• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rumusan dan impak program

Proses pesanan bahan mentah bagi Sijil Kulinari lebih teratur dan efisen memandangkan lebihan penggunaan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dipelihara dengan menggunakan proses penjerukan bertujuan menjaga kebaikan produk selama berbulan-bulan. Hasil produk yang telah dibotolkan dan dilabel untuk jualan ke pasaran tempatan (contoh: Jeruk Cili). Produk ini yang secara tidak langsung menjalani proses pengawetan yang betul dan tahan lebih lama untuk tujuan pengkomersialan. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan Kolej Komuniti Nibong Tebal berjaya mencapai matlamat pengurusan Lean dimana menghapuskan pembaziran yang dapat dilihat secara tersembunyi. Pengurusan Lean dapat membantu pengurusan bahan mentah bagi mengelakkan pembaziran dan kenalpasti di mana wujud pembaziran dan secara tak langsung.

Rujukan

Saniah Kormin, Che Rahani Zakaria, Zainun Che Ahamad, Othman Mohd Top, Rashila Mohamad, Azizah Ahmad, Suwardi Afandi Ahmad (2014). Manual Teknologi Penghasilan Jeruk Buah Dan Sayuran. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2014

Mahathir Fansuri Bin Azizan (2018). Pengurusan Lean, Kemuncak Kecekapan dan Kebersanan

Mohd Hasren Hassan (2014). Standard Komoditi Buah-buahan Dan Sayur-sayuran Peraturan GPL

INTEGRITI PENSYARAH : ISU ETIKA DAN KESAN DALAM MUAMALLAH MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Shabriyah Binti Sehat Kolej Komuniti Tasek Gelugor

shabriyah@kktg.edu.my

ABSTRAK

Pensyarah bukan sekadar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai tenaga pengajar tetapi pensyarah mempunyai pelbagai tanggungjawab yang harus dilakukan untuk memastikan integriti seseorang pensyarah tersebut terus diakui dan terpelihara. Pensyarah yang berkredibiliti merupakan pensyarah yang mampu memberi tumpuan terhadap sesuatu bidang dengan mengamalkan nilai-nilai etika menurut al-Quran dan Sunnah. Namun demikian, tidak semua pensyarah mampu memenuhi tanggungjawab yang telah dipertanggungjawab dengan sempurna. Ini kerana terdapat salah laku etika akademik dilaporkan dan disebarkan oleh media massa berkait dengan amalan yang tidak beretika. Terdapat juga kes-kes perlanggaran etika seperti rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dalam pengurusan dan sebagainya yang melibatkan pendidik serta dikenakan tindakan atas pelbagai kes salah laku. Kajian ini bertujuan menjelaskan isu salahlaku etika yang timbul dan kesannya ekoran ketidakpatuhan pensyarah terhadap penghayatan integriti dalam melaksanakan tugas mengikut etika kerja Islam yang sebenar. Kaedah kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan melibatkan tinjauan literatur terhadap bahan seperti buku, kertas kerja, artikel, jurnal, penulisan ilmiah, kajian disertasi dan tesis. Hasil kajian ini mendapati asas akidah merupakan tunjang kepada setiap perbuatan dan ibadah. Muamallah yang dilakukan juga perlu berteraskan kepada syariat Islam. Pematuhan akidah dan syariat Islam dapat mengelakkan berlakunya salah laku etika kerja Islam seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi diri lebih berkualiti dalam pekerjaan dan masyarakat untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

PENGENALAN

Islam adalah agama menyeluruh yang merangkumi soal pengurusan individu dan kumpulan manusia, rakyat dan kerajaan dalam aspek kehidupan, agar mereka sebagai umat Islam, menepati konsep ummatan wasatan sebagai umat yang adil dan terpilih. Noraishah Abdullah (2014: 14). Sayugianya, kita diingatkan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat melakukan pekerjaan dengan sebaik-mungkin untuk mendapat kebahagian dan keberkatan. Keberkatan dalam pekerjaan sangat berhubung kait kerana ia merupakan muamalah dalam kehidupan. Menurut Mohamad A’sim(2012) muamalah membawa pengertian etika hubungan manusia bagi memenuhi hajat keperluan masing-masing dalam aspek perhubungan sosial dan juga ekonomi. Secara asasnya syariat menuntut manusia bermuamalah sesama mereka berdasarkan peraturan yang telah pun digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah serta daripada sumber perundangan Islam termasuk melalui kaedah ijtihad seperti ijmak ulama dan qias. Kepatuhan kepada syariat merupakan asas kepada memperolehi keberkatan dalam muamalah dan amal yang manusia lakukan. Jadi semua amalan yang dituntut syariat adalah berbentuk kebajikan dan kebaikan yang memberi manfaat dan keselamatan kepada individu, keluarga dan masyarakat serta negara. Masyarakat dituntut untuk hidup bekerjasama melakukan perkara kebaikan dan tidak sebaliknya bersama-sama melakukan perkara keburukan. Ini bertepatan seperti saranan dalam surah al-Maidah, ayat 2, firman Allah S.W.T:

َلَع اوُن َواَعَت َو باَقِعْلا ُديِدَش َ َّاللَّ َّنِإ َ َّاللَّ اوُقَّتا َو ِنا َوْدُعْلا َو ِمْثلإا ىَلَع اوُن َواَعَت لا َو ى َوْقَّتلا َو ِِّرِبْلا ى

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah sangat berat siksa-Nya.

Maka manusia dituntut dan digesa untuk berpegang kepada peraturan Allah S.W.T. dengan menjadikan hubungan sesama mereka sebagai ibadah. Justeru ibadat bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh dalam kehidupan manusia. Sebaliknya ia merupakan asas, kaedah dan titik tolak pembinaan segala idea dan pemikiran seseorang muslim, tindak tanduknya dan hubungannya dengan orang lain juga alam sekelilingnya.(Wan Abdul Rahman et.all. 2002 :3). Disamping dapat mengelakkan unsur-unsur negatif seperti berburuk sangka, hasad dengki, mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga menganggu hak orang lain dan berpecah-belah. Apabila unsur-unsur negatif menjadi musuh masyarakat maka akan lahir sebuah masyarakat yang menjadikan keadilan dan kepimpinan mereka yang dapat membela keperluan masyarakat secara adil dan berteraskan fitrah kehendak manusia seperti

yang dituntut oleh agama Islam. Maka di situ etika dan tatacara hidup secara fitrah yang dibawa oleh Islam akan menjadi dasar dan pegangan yang utama sebagai teladan dan petunjuk kepada kehidupan manusia (Mohamad A’sim.(2012).

PENYATAAN MASALAH

Dewasa kini, isu salah laku etika masih berleluasa dan berlaku sepanjang zaman dalam kehidupan. Kebanyakan isu salahlaku ini wujud di kalangan mereka yang berkerjaya profesional. Mohd Tap Salleh (2007) dalam kajian (Shamsuddin Ahmad, Khairuddin Idris & Azahari Ismail. 2009:19 ) menyatakan saban hari masyarakat melalui media massa dimaklumkan mengenai kesalahan etika salah laku. Ini telah menyebabkan golongan pelbagai profesion (Loviscky, Trevino dan Jacobs 2007) kini tidak mendapat kepercayaan di mata masyarakat. ( Cervero 1988). Dalam kajian Tang Keow Ngang dan Tengku Ahmad Badrul Raja Hussin (2015:3) Terdapat kes-kes pelanggaran etika yang melibatkan pendidik dan pemimpin institusi pendidikan yang dikaitkan dengan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan (Zulqarnain, 2004). Laporan Negara Tahunan 2004 yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia melaporkan bahawa terdapat pensyarah universiti tempatan yang diambil tindakan disiplin kerana terlibat dalam aktiviti antikerajaan (Zulqarnain, 2004), dan pelbagai kes salah laku (Sufian, 2006).

Jika keadaan ini tidak dapat dibendung, profesion tidak akan dapat lagi menjalankan fungsi utama mereka iaitu membantu menjadikan masyarakat dan negara berada dalam keadaan sejahtera. Mengapakah kejadian tidak beretika masih lagi timbul. Apakah punca permasalahannya. Masih menjadi delima bagi pengkaji akan hal permasalahan pensyarah yang tidak beretika dalam melaksanakan tugas mengikut muamalah Islamiyyah yang sebenar. Oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengupas isu permasalahan dan kesan yang timbul ekoran ketidapatuhan dalam penghayatan intergriti pensyarah dalam melaksanakan tugas.