• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menginovasi hari ini untuk hari esok yang cemerlang

Dalam dokumen MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA MODEL (Halaman 33-39)

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Membentuk ekosistem bagi keusahawanan

n Memudahkan masuk dan keluar firma dan pekerja berkemahiran

tinggi

n Menyusun semula dana modal mula (seed capital) dan modal usaha niaga (venture capital) bagi menyokong usahawan yang sedang meningkat

n Memudahkan undang-undang kebankrapan yang berhubung dengan syarikat dan individu bagi merangsang keusahawanan yang bertenaga

n Memanfaatkan kepakaran berasaskan Web dan rangkaian industri

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Merangsang persekitaran bagi inovasi

n Menambahbaikkan akses terhadap kemahiran khusus

n Memastikan perlindungan hak harta intelek

n Memberikan insentif kepada firma supaya menggunakan

teknologi dan menganjak naik pada rantaian nilai

n Menguatkuasakan pematuhan ketat terhadap piawaian dan tanda aras global

n Memupuk hubungan P&P antara institusi pengajian tinggi dengan sektor swasta

n Melancarkan segera kesalinghubungan jalur lebar yang pantas di seluruh negara

n Mengkaji semula dan menggabungkan semua pendanaan P&P kerajaan yang ada sekarang

n Menjajarkan P&P dengan objektif pertumbuhan negara, terutamanya dalam bidang inovatif dan teknologi tinggi

n Akses terbuka terhadap pendanaan bagi persaingan antara penyelidik

n Memastikan perolehan awam menyokong inovasi tempatan

n Mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk universiti berdasarkan pengkomersialan

Menubuhkan institusi pemungkin yang lebih kukuh

n Menubuhkan penjana penyelidikan teknologi dan pusat kecemerlangan yang bergerak atas asas komersial, contohnya model gugusan Taiwan ITRI

n Menggerakkan Model Inovasi Negara yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2007

n Mengimbangkan pendekatan inovasi dorongan teknologi dengan dasar berpandukan pasaran, seperti perolehan global melalui pengantara teknologi

IPS 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan Malaysia mesti memanfaatkan lokasi strategiknya dan kelebihan berbandingnya yang datang daripada anugerah sumber aslinya untuk mewujudkan platform pengeluaran yang mendorong pertumbuhan nilai tambah yang tinggi dengan kesan limpahan. Ekonomi ikut

bidangan mesti diberikan tumpuan melalui koridor pertumbuhan untuk menyuburkan pengembangan berpotensi ke dalam pasaran baru, seperti output pertanian hiliran, ekopelancongan, penjanaan tenaga alternatif dan pengurangan perubahan iklim (Jadual J).

Jadual J – Mencari bahagian terbaik ekonomi

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mewujudkan nilai daripada penggerak pertama dan kelebihan berbanding yang lain

n Mengenal pasti subsektor E&E untuk membina kedalaman dan memupuk industri bitara (niche) yang baru dan untuk menguasai bahagian yang lebih besar sebagai hab pengedaran apabila berkembangnya perdagangan serantau

n Memberikan tumpuan kepada industri hiliran berkaitan minyak sawit untuk membangunkan teknologi dan inovasi asli atau mendapatkan teknologi bagi memenuhi permintaan pasaran yang baru

n Menggalakkan inovasi teknologi huluan untuk menghasilkan tandan buah baru yang mengeluarkan hasil yang lebih tinggi

n Menguasai bahagian lebih besar dalam pasaran pendidikan, pelancongan perubatan dan ekopelancongan melalui perkongsian domestik dan serantau

n Menggalakkan produk dan perkhidmatan yang mengurangkan perubahan iklim, contohnya bahan kitar semula

n Menggalakkan produk dan perkhidmatan berasaskan syariah, contohnya kewangan dan farmaseutikal

Mewujudkan integrasi yang lebih besar antara produk

n Mengintegrasikan perkhidmatan pendidikan dengan pembangunan perindustrian, sebagai contoh pusat kecemerlangan kejuruteraan dalam kelompok E&E

n Memberikan keutamaan lanjut kepada industri logistik, memanfaatkan kemajuan jalan raya, pelabuhan dan infrastruktur ICT di Malaysia yang sudah tersedia

n Menambahbaikkan perkhidmatan pelancongan yang tekal dengan memastikan perkhidmatan berkualiti pada sepanjang rantaian nilai (contohnya, seperti peningkatan kualiti perkhidmatan teksi yang buruk dan menambahbaikkan keselamatan diri untuk pelancong)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mewujudkan pasaran baru

n Menguasai bahagian lebih besar sebagai hab pengedaran apabila berkembangnya perdagangan serantau

n Menambahbaikkan perkhidmatan maritim dan pelabuhan, dengan memanfaatkan teknologi

n Beralih kepada penjanaan tenaga alternatif serta produk dan perkhidmatan yang menjimatkan tenaga

n Mengembangkan industri berorientasikan perkhidmatan ke pasaran serantau berdasarkan biodiversiti yang sedia wujud di Malaysia

Membina skala industri dan rangkaian

pengeluaran bagi pengkhususan

n Menggalakkan pembangunan berasaskan koridor di sekitar pusat tumpuan yang sesak ruangnya dan daerah pedalaman yang berhampiran, terutamanya untuk elektronik

n Menggalakkan persaingan antara tempat

n I n d u s t r i k e l o m p o k m e m a n f a a t k a n i n t e g r a s i , s k a l a d a n kesalinghubungan

n Mengeksploitasi ekonomi ikut bidangan melalui rangkaian pengeluaran manakala rantaian penawaran memanfaatkan lokasi - ‘Kepantasan ke pasaran’

n Mewujudkan kehadiran global melalui pengambilalihan antarabangsa ke atas syarikat dalam bidang yang sama.

Memanfaatkan potensi inovasi

n Menerapkan sistem inovasi terbuka untuk mendapatkan teknologi dan mengembangkan rangkaian

n Menyokong transformasi pantas PKS yang memiliki potensi ke arah inovasi

n Membangunkan industri yang menyokong pembangunan mampan, seperti penggunaan tumbuhan dan herba tradisional untuk penggunaan moden Mengintegrasikan industri sektor benar dengan perkhidmatan kewangan

n Membangunkan platform perdagangan komoditi dan produk bagi pengeluar domestik untuk meraih manfaat daripada inovasi dan pengembangan kewangan

n Menawarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi pasaran hadapan dan juga pasaran semerta bagi komoditi

n Membangunkan produk kewangan berasaskan syariah untuk menyokong pengeluaran domestik dan pengurusan risiko bagi harga dan pengeluaran

IPS 8: Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan

Memulihara sumber asli kita dan melindungi kepentingan generasi masa depan mesti dimudahkan dengan melaksanakan dasar penentuan harga, kawal selia dan dasar strategik untuk mengurus sumber mudah

lupus dengan cekap. Kebolehmampanan kewangan awam melalui disiplin fiskal yang

ketat, yang mewajibkan pembaziran dan kos lebihan dikurangkan, merupakan mercu tanda untuk memelihara keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan (Jadual K).

Jadual K – Masa depan cerah. Masa depan ialah Malaysia

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Memulihara sumber asli

n Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia dan dasar strategik yang sesuai untuk mengurus sumber mudah lupus dengan mampan

n Menggalakkan semua sektor supaya menerima pakai ‘teknologi hijau’ dalam pengeluaran dan proses

n Membangunkan dasar tenaga yang komprehensif

Memanfaatkan

kelebihan berbanding bagi produk dan perkhidmatan nilai tambah yang tinggi

n Meningkatkan tumpuan pada pengeluaran dan perkhidmatan nilai tambah tinggi hiliran

n Membangunkan dasar tenaga yang komprehensif

Memenuhi komitmen antarabangsa

n Mengurangkan carbon footprint sejajar dengan komitmen kerajaan

n Menguatkuasakan piawaian udara dan air bersih dalam menggunakan sumber asli, iaitu pengurangan pencemaran

Memudahkan

pemberian pinjaman dan pembiayaan bank bagi ‘pelaburan hijau’

n Membangunkan keupayaan perbankan untuk menilai kelulusan kredit bagi pelaburan hijau yang menggunakan kriteria berasaskan bukan cagaran

n Melonggarkan kemasukan pakar asing yang mengkhusus dalam analisis kewangan yang berkaitan dengan daya maju projek teknologi hijau

n Menyokong pelaburan teknologi hijau dengan memberikan penekanan lebih kepada dana modal usaha niaga (venture capital)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Memastikan kewangan awam yang kukuh

n Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia dan dasar strategik yang sesuai untuk mengurus sumber mudah lupus dengan mampan

n Mengurangkan pembaziran dan menghindarkan kos lebihan melalui pengawalan perbelanjaan yang lebih baik

n Mewujudkan proses perolehan kerajaan yang terbuka, cekap dan telus

n Menerapkan amalan baik antarabangsa dalam ketelusan fiskal

SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH – ITULAH YANG MALAYSIA PERLUKAN

Perbincangan di atas menggariskan unsur-unsur utama MEB yang disarankan. IPS membentangkan perubahan utama yang diperlukan untuk menggerakkan Malaysia ke arah menjadi negara maju. Namun begitu, ini bukan tanda tamatnya perjalanan kita, sebaliknya tanda bermulanya perjalanan kita. Walau bagaimanapun, jalan di hadapan adalah jelas tetapi Malaysia akan tersesat sekiranya tindakan segera tidak diambil.

Sesungguhnya, usaha MPEN ini belum sempurna. Langkah seterusnya adalah untuk MPEN membantu merumuskan dasar terperinci bersama pihak berkepentingan dalam menyokong IPS yang disarankan. Butiran langkah dasar akan dibentangkan dalam laporan Model Ekonomi Baru untuk Malaysia Bahagian ke-2 yang akan dikemukakan kepada Kerajaan pada hujung tahun ini.

Dalam dokumen MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA MODEL (Halaman 33-39)

Dokumen terkait