• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA MODEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA MODEL "

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIA

BAHAGIAN 1

MPEN

Majlis Penasihat Ekonomi Negara Aras 5 & 11, Menara Usahawan

Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62652 PUTRAJAYA MALAYSIA

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kualiti

Hidup Rakyat

Berpendapatan Tinggi

(2)

CHAPTRE

1

MODEL EKONOMI BARU

U N T U K M A L AY S I A

Bahagian I: Hala Tuju Dasar

Strategik

MPEN

MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

(3)

Hakcipta Terpelihara

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada:

Setiausaha

Majlis Penasihat Ekonomi Negara Aras 5 & 11, Menara Usahawan Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62652 PUTRAJAYA

Tel : 03-8888 6512/8888 6513 Faks : 03-8888 4638/8888 4177 Emel : [email protected] www.neac.gov.my

Terjemahan oleh:

Institut Terjemahan Negara Malaysia Wisma ITNM

No. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur

Tel : 03-4149 7210 Faks : 03-4143 2939 www.itnm.com.my

Naskah jualan boleh diperolehi daripada:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Chan Sow Lin

50554 Kuala Lumpur

Tel : 03-9236 6888 Faks : 03-9222 4773

Emel : [email protected]

________________________________

(4)

Ringkasan Eksekutif

(5)
(6)
(7)
(8)

Ringkasan Eksekutif

Ringkasan

Eksekutif

Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan (Rajah A). Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan.

Rajah A – Empat Tonggak Transformasi Negara

Dua tonggak yang lain telah pun dilancarkan. Tonggak ini ialah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara

(National Key Result Areas, NKRA). Tonggak terakhir ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 yang akan diumumkan nanti pada tahun ini.

MENGAPAKAH KITA MEMERLUKAN MEB DAN APAKAH MATLAMATNYA?

Model pertumbuhan lepas menjanakan tiga dekad pencapaian cemerlang, membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat global. Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran. Berbanding dengan generasi terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan mudah mendapat akses kepada teknologi moden.

5DN\DW 4XDOLW\RI/LIH

+LJK,QFRPH

(9)

Rajah B – Matlamat Model Ekonomi Baru

Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abad yang lalu, kini menjadi perlahan dan prospek pertumbuhan ekonomi pula menjadi lembap. Kita tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana – kita tidak tergolong dalam kalangan ekonomi global berpencapaian unggul. Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya. Malah pertumbuhan ekonomi kita ini dicapai dengan menanggung kos alam sekitar yang besar dan juga tidak memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Hakikatnya, Kerajaan mesti berdepan dengan realiti ini dan perlu membuat keputusan yang sukar.

Kita memerlukan satu perubahan radikal dengan segera dalam pendekatan kita supaya pembangunan ekonomi akan terus mampan dalam jangka panjang dan dinikmati oleh setiap rakyat serta membolehkan Malaysia meraih status negara berpendapatan tinggi. MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang supaya dapat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan (Rajah B). Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yakin bahawa melalui pelaksanaan konsisten dasar berani yang merentasi lapan IPS, asas menjalankan perniagaan di Malaysia akan berubah daripada pendekatan lama. Ini akan membolehkan sektor swasta cerdas dan memberikan sumbangan penuh kepada pertumbuhan.

Namun begitu, MEB berusaha gigih ke arah mencapai matlamat yang lebih luas, bukan sekadar merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta. MEB mengambil pendekatan holistik, dengan turut memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan manusia dan menyedari bahawa meskipun kita berjaya mengurangkan kemiskinan dengan banyaknya, namun peratusan yang besar, iaitu 40% daripada isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat. Langkah diperlukan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di Semenanjung.

(10)

Ringkasan Eksekutif dan ‘Apakah kelebihan yang ada pada kita?’

untuk mengemukakan hujah bagi perubahan segera yang diperlukan. MEB mempunyai visi yang jelas tentang ‘Ke manakah tujuan kita?’ dan mengutarakan keputusan sukar dan langkah berani dalam menunjukkan laluan kepada ‘Bagaimanakah caranya untuk kita sampai ke sana?’ Sekarang adalah masa untuk berubah – Itulah yang Malaysia perlukan.

DI MANAKAH KEDUDUKAN KITA?

Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan akan kekal demikian walau apa pun yang berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi dunia membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dan pendapatan per kapita yang bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia mudah terkena kejutan luar sebagaimana yang disaksikan ketika berlakunya krisis yang lalu. Kenaikan harga komoditi antarabangsa, seperti bahan api atau makanan telah memberikan impak langsung terhadap harga domestik. Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan dengan membawa kesan negatif terhadap guna tenaga dan pendapatan negara melainkan kos pengeluaran dan produktiviti di Malaysia dapat bersaing dengan negara luar.

Jentera ekonomi Malaysia sedang bergerak perlahan. Sejak krisis kewangan Asia tahun 1997-1998, kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini semakin terhakis. Pertumbuhannya lebih rendah daripada pertumbuhan negara lain yang turut dilanda krisis, sementara pelaburannya pula belum pulih.

Pelabur swasta kini memainkan peranan yang kurang menggalakkan. Sejak krisis kewangan Asia, pelaburan agregat sebagai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terus-menerus merosot, dengan pelaburan swasta kekal lembap disebabkan beberapa faktor. Dalam beberapa industri, penyertaan aktif Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK) telah membantutkan pelaburan swasta.

Masih terlalu sukar untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Prosedur birokrasi yang rumit, lembap dan memakan masa memberikan kesan kepada kos pelaburan dan potensi pulangan pelaburan. Menurut laporan

Global Competitiveness Index tahun 2010, kedudukan Malaysia telah jatuh ke nombor 24 dari kedudukan nombor 21 sebelumnya. Justeru itu ia menandakan bahawa negara telah hilang daya penariknya sebagai destinasi pelaburan.

Eksport kita masih teguh tetapi tidak menjanakan nilai tambah yang cukup. Ekonomi kita sangat bergantung pada pasaran luar, dengan nisbah eksport kepada KDNK sebanyak 1.2 dan nisbah perdagangan kepada KDNK, sebanyak 2.2 pada tahun 2008. Struktur eksport Malaysia tertumpu k e b a n y a k a n n y a p a d a p r o d u k e l e k t r i k dan elektronik (E&E) dan pada komoditi utama, seperti petroleum dan minyak sawit. Walau bagaimanapun, dengan kandungan import yang banyak dalam eksport pembuatan, nilai tambah kepada produk akhir adalah rendah.

(11)

bersinonim dengan upah yang lebih tinggi. Di Malaysia, kewujudan pekerjaan upah tinggi masih tidak mencukupi manakala sumbangan pekerja mahir masih merosot merentasi industri. Kebanyakan kes menunjukkan bahawa majikan tidak membayar untuk kemahiran sebaliknya bergantung pada bekalan pekerja asing tidak mahir yang mudah diperolehi dan sumber terkurang harga – direalisasikan oleh dasar kerajaan – untuk menjanakan keuntungan daripada pengeluaran produk dan perkhidmatan nilai tambah yang rendah. Faktor ini juga sebahagian besarnya memalapkan pertumbuhan upah.

Produktiviti sedang tumbuh tetapi terlalu perlahan. Sebelum krisis kewangan Asia, Malaysia menerajui rantau ini dari segi pertumbuhan produktiviti pekerja. Namun sejak itu, ia hilang kedudukan unggul ini. Pertumbuhan produktiviti yang lemah mendedahkan hakikat nyata bahawa Malaysia masih kurang dari segi kreativiti dan inovasi – sebagaimana yang ditunjukkan dari segi sumbangan yang lembap oleh jumlah produktiviti faktor dan pendidikan terhadap pertumbuhan output.

Usaha untuk menginovasi dan mereka cipta tidak memadai. Rekod prestasi yang lemah bagi inovasi domestik di Malaysia dicerminkan oleh bilangan penyelidik yang secara perbandingannya adalah rendah. Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) yang rendah menyebabkan kurangnya inovasi dalam sektor perindustrian dan sektor eksport.

Kita tidak membangunkan bakat dan apa yang dimiliki pula pergi meninggalkan kita.

Situasi modal insan di Malaysia kini sampai ke tahap yang kritikal. Kadar penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang mahir meningkat dengan pantas. Yang juga serius ialah hakikat bahawa bilangan ekspatriat yang bekerja di negara ini semakin merosot. Pada masa yang sama, sistem pendidikan kita tidak menghasilkan

kemahiran yang dikehendaki oleh firma.

Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa pada tahun 2007, 80% daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut kajian tentang iklim pelaburan Malaysia, kekurangan kemahiran berserta rungutan tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa Inggeris, secara konsistennya ianya adalah

rintangan utama yang dihadapi oleh firma.

(12)

Ringkasan Eksekutif

Sumber: Nationmaster Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia

Rajah C – Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita (1990 - 2008; ribu AS$)

31.3HUNDSLWD Malaysia tersekat dalam perangkap

pendapatan sederhana. Malaysia dengan pantas menaiki tangga untuk mencapai status pendapatan sederhana atas menjelang tahun 1992 tetapi ekonominya menjadi lembap sejak itu (Rajah C). Dari segi sejarah, negara pendapatan rendah begitu mudah untuk beranjak kepada status pendapatan sederhana apabila mereka memanfaatkan sumber asli atau kelebihan kos rendah mereka untuk menarik pelaburan. Namun kelebihan kos rendah ini berlaku buat seketika dan akan berakhir apabila pusat kos rendah yang lain mula muncul. Tanpa bitara (niche) yang baru dan rancangan pembaharuan strategik, banyak negara tidak berupaya keluar daripada kategori pendapatan sederhana – suatu fenomena yang diistilahkan sebagai ‘perangkap pendapatan sederhana’.

Kelemahan ini menghalang kita untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana. Hampir semua ekonomi Asia Timur kini bersedia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam dekad ini. Namun begitu, Malaysia mengalami risiko penurunan berterusan yang memungkinkan berlakunya kelembapan yang memeritkan.

(13)

(patronage) dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus. Hal ini mengakibatkan rasuah menular, justeru perlu ditangani dengan serius.

Sistem penentuan harga yang dikawal dan subsidi mengakibatkan berlakunya penyalahuntukan sumber. Penentuan harga bagi barangan dan perkhidmatan keperluan di Malaysia tidak mencerminkan harga pasaran. Penentuan harga yang menyimpang ini membawa kepada penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Pada masa yang sama, perbelanjaan kerajaan yang besar ke atas subsidi – kebanyakannya dibiayai oleh perolehan petroleum – tidak dapat diteruskan. Subsidi bertujuan untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah tetapi manfaatnya juga dinikmati oleh kumpulan lain, termasuk kumpulan berpendapatan tinggi. Sudah sampai masanya untuk kita mengambil pendekatan yang lebih menjurus, bukannya subsidi yang meluas asasnya.

Model perniagaan kos rendah yang dapat dipenuhi melalui pemesongan harga dan dasar menggalakkan sektor swasta memberikan tumpuan kepada untung jangka pendek. Sektor swasta tidak melabur dalam produk dan perkhidmatan yang akan mendorong pertumbuhan masa depan. Hal ini dicerminkan oleh pelaburan yang rendah dalam P&P, kurangnya minat dalam menginovasi produk dan proses untuk meningkatkan rantaian nilai, justeru mempamerkan sikap tidak berminat yang kuat untuk membina kemahiran dan membayar upah yang lebih tinggi demi produktiviti yang lebih baik.

Kita mesti bertindak sekarang sebelum kedudukan kita lebih merosot.

APAKAH YANG SEDANG BERLAKU DI SEKELILING KITA?

Kita perlu memahami dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling supaya kita dapat bertindak dengan berkesan. Disebabkan krisis kewangan global, pada masa terdekat ini negara maju akan mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan banyak negara sedang mengkaji semula strategi pertumbuhan mereka.

Peneraju global yang baru sedang muncul dan Malaysia mesti menjadi salah satu daripada mereka. Krisis kewangan global secara kreatif memusnahkan order lama dan membuka pula peluang dalam order baru. Era sebelum krisis yang menyaksikan penguasaan besar ekonomi G7 sudah berakhir. Jentera pertumbuhan dunia yang baru, seperti ‘BRIC’ (Brazil, Rusia, India dan China) dan ekonomi baru muncul yang lain, seperti Indonesia, akan tumbuh dengan lebih pantas dan menjadi lebih kaya. Suara mereka semakin kuat dalam G20 dan kini bersedia untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pentas dunia.

(14)

Ringkasan Eksekutif

APAKAH KELEBIHAN YANG ADA PADA KITA?

Malaysia berhadapan dengan cabaran yang menggentarkan di tengah-tengah perubahan global yang pesat. Walau bagaimanapun, kita boleh memanfaatkan sebilangan keunikan kekuatan dan kelebihan yang kita miliki dalam melaksanakan tindakan dasar penuh tekad untuk bergerak ke hadapan.

Kita tidak miskin dan kita memiliki infrastruktur yang baik. Sebagai sebuah negara, Malaysia telah berjaya membasmi kemiskinan dengan banyaknya dan menganjak masuk ke dalam kategori pendapatan sederhana atas pada awal tahun 1990-an. Pelaburan yang besar telah menghasilkan pembinaan infrastruktur bertaraf dunia di Malaysia. Infrastruktur yang baik telah menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang pembuatan E&E dan eksport sumber asli utama yang dapat dimanfaatkan ke arah lebih aktiviti nilai tambah tinggi. Malaysia juga dibekalkan potensi untuk memajukan lagi sektor logistiknya.

Kita berjaya mewujudkan asas pembuatan bertaraf dunia. Pembuatan merupakan sektor yang mengalami pertumbuhan terpantas dalam ekonomi pada masa lalu. Pembuatan yang tertumpu pada sektor E&E, menarik pelaburan

masuk yang besar daripada firma multinasional.

Sektor E&E menggandakan pertumbuhan sektor lain dalam bidang pembekalan, logistik dan perkhidmatan. Malaysia menjadi pengeksport utama produk pengguna dan elektronik perindustrian. Ia kini bersedia untuk lompatan teknologi ke arah industri teknologi

termaju yang lebih berinovatif dan memiliki nilai tambah yang lebih tinggi.

Malaysia terletak di tengah-tengah rantau yang rancak berkembang. Lokasi Malaysia yang strategik ini akan berupaya menarik pelaburan untuk mewujudkan hab pengangkutan dan logistik. Anugerah Malaysia yang kaya akan membantu menarik Pelaburan Langsung Asing (PLA)dan Pelaburan Portfolio Asing (PPA) dari China, India dan Asia Timur kerana negara ini berusaha mendapatkan kestabilan mata wang melalui kepelbagaian, akses terhadap sumber asli dan pasaran bitara (niche) yang mengukuhkan ikatan dua hala.

Malaysia merupakan model kepelbagaian budaya, etnik dan biologi. Warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik – malah sejarah kolonialnya juga merupakan aset untuk menjalinkan hubungan dengan banyak negara, terutamanya dengan ekonomi pertumbuhan tinggi seperti China, India, Asia Barat dan Indonesia. Di samping itu, kepelbagaian rangkaian bahasa di Malaysia membantu untuk menyokong pembangunan pelancongan dan hubungan industri dalam pasaran yang sama. Biodiversiti kaya yang ada pada Malaysia boleh dimanfaatkan untuk menjana faedah ekonomi daripada pelancongan, rekreasi, penggunaan farmaseutikal dan produk nutrisi.

KE MANAKAH TUJUAN KITA?

(15)

menjelang tahun 2020 (Rajah D). Pencapaian satu-satu matlamat tidak seharusnya menjejaskan yang lain. Dalam usaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan berbelanja lebih atas kekayaan daripada sumber asli yang sememangnya tidak kekal. Kita juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran dan mengabaikan keperluan untuk memelihara keharmonian sosial. Setelah mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untuk mengekalkan kedudukan tersebut meskipun selepas tahun 2020.

Melonjak ke arah status berpendapatan tinggi

Pelaksanaan penuh dan mampan bagi langkah pembaharuan yang disarankan oleh MPEN akan mendorong transformasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MPEN menjangka langkah pembaharuan yang berani akan menambah-giat pelaburan, mendorong produktiviti buruh

dan merangsang kecekapan, lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5% setahun dalam tempoh 2011-2020. Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita akan meningkat kepada kira-kira AS$17,700 menjelang tahun 2020. Senario ini mengandaikan bahawa tidak berlaku satu lagi krisis ekonomi yang besar di peringkat global yang boleh menggelincirkan ekonomi Malaysia keluar dari landasan pertumbuhan ini.

Jika sasaran pertumbuhan KDNK hendak dicapai, maka permintaan agregat juga perlu tumbuh pada kadar yang bertenaga. Pelaburan akan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi melepasi tahun 2020. Sumbangan daripada pelaburan swasta mesti kembali kepada paras bermakna seperti yang dicapai pada tahun 1997, iaitu mencecah hampir satu per lima daripada KDNK menjelang tahun 2020 berbanding dengan kira-kira satu per sepuluh pada tahun 2010.

Rajah D – Model Ekonomi Baru: Matlamat dan Ciri

(16)

Ringkasan Eksekutif Pertumbuhan mampan juga akan disokong

oleh hemat fiskal. MEB mahukan supaya defisit fiskal dikurangkan lagi ke paras hampir seimbang menjelang tahun 2020. Defisit fiskal

Kerajaan Persekutuan, iaitu kira-kira 7.4% daripada KDNK, mencecah paras puncak dalam tahun 2009 dan dijangka menurun kepada 5.6% daripada KDNK dalam tahun 2010. Sentimen pasaran akan bertambah baik

lagi sekiranya defisit fiskal ini dikurangkan

lagi.

Menjanakan manfaat untuk semua rakyat Malaysia

Keterangkuman merupakan matlamat kedua dan merupakan komponen utama bagi MEB. Ini menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan kekitaan. Pertumbuhan yang menyokong golongan miskin akan memastikan bahawa tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan keperluan asas rakyat akan dipenuhi. Keluarga akan diberikan peluang dan keupayaan untuk memburu impian mereka di bandar, pekan dan kampung yang moden, canggih dan mudahhubung. Mereka akan tinggal, bekerja dan belajar di tempat yang bebas daripada rasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan diskriminasi dan kekurangan keperluan. Keterangkuman akan membolehkan semua komuniti menyumbang dan berkongsi kekayaan negara. Meskipun kesaksamaan yang sempurna itu mustahil dicapai, namun masyarakat yang terangkum akan memastikan masalah ketaksamaan ini tidak akan menjadi lebih buruk.

Masyarakat yang berpecah-belah dari segi etnik

lebih cenderung mencetuskan konflik ganas.

Komposisi penduduk Malaysia yang berbilang bangsa masih merupakan satu ciri unggulnya dan kepelbagaian etnik ini akan kekal bersama kita. Namun begitu, tumpuan berlebihan pada pengagihan sumber berasaskan etnik, akan menimbulkan jurang keterpisahan dan pertelingkahan yang semakin buruk.

Cabaran utama pertumbuhan terangkum ialah pembentukan langkah berkesan yang mencapai keseimbangan antara kedudukan istimewa kaum bumiputera dengan kepentingan sah kumpulan yang lain. Justeru, program tindakan

afirmatif yang mesra pasaran yang seiring

dengan prinsip keterangkuman akan:

n฀ Menyasarkan bantuan kepada isi rumah

adil melalui proses yang telus

n฀ Menyediakan akses kepada sumber

berasaskan keperluan dan merit bagi menambahbaik keupayaan, pendapatan dan kesejahteraan

n฀ Mempunyai rangka kerja institusi yang

mantap demi pemantauan yang lebih baik dan pelaksanaan yang berkesan

Program tindakan afirmatif yang telus dan

(17)

mengukuhkan keupayaan isi rumah dalam kumpulan 40% terendah supaya mereka dapat mengambil kesempatan daripada peluang yang ada untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, meningkatkan produktiviti dan menambahkan pendapatan mereka. Kumpulan ini akan dibantu dengan program untuk membina kemahiran supaya mereka dapat menggunakan naluri keusahawanan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan. Ini akan menambahbaikkan taraf, peluang dan prospek kehidupan mereka. Amalan dahulu yang membiakkan aktiviti merentir (rent-seeking) dan kuasa naungan

(patronage) yang tidak sihat serta menular akan dihentikan.

Penyelesaian yang mampu bertahan lama dari segi ekonomi dan alam sekitar

Komponen kebolehmampanan dalam MEB bertujuan untuk memastikan bahawa semua langkah saranan yang diutarakan di bawah model baru tersebut mestilah mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Kebergantungan Malaysia pada penggunaan sumber asli sebagai jentera utama pertumbuhan ternyata tidak mampan dalam kedua-dua aspek berkenaan. Ini tidaklah bermaksud untuk mencadangkan bahawa penggunaan sumber asli tidak harus menjadi komponen utama pengeluaran negara. Namun, ini bererti bahawa di bawah model baru, keputusan pelaburan dan dasar hanya akan dibuat setelah mempertimbangkan keseluruhan impak jangka panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

Kebolehmampanan ekonomi akan dipastikan

melalui pembentukan disiplin fiskal yang

diperlukan bagi melindungi keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan.

Pembaharuan sektor awam merupakan komponen penting bagi kebolehmampanan

fiskal jangka panjang dan menjadi komponen

utama MEB. Pembaharuan perkhidmatan awam yang berterusan, termasuk peningkatan kemahiran dan latihan semula kakitangan, akan menjadi kunci kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan awam dan menjadikannya lebih fokus pelanggan.

Kebolehmampanan alam sekitar akan dicapai dengan menolak pendekatan tradisional terhadap pertumbuhan ekonomi yang terlampau mengabaikan alam sekitar. Sungguhpun telah wujud sedikit keprihatinan mengenai alam sekitar, namun dasar lalu tertumpu pada isu penyampaian pertumbuhan yang kemudiannya diikuti dengan langkah menangani isu alam sekitar. Pada masa depan, penekanan yang sama mesti diberikan kepada soal perlindungan alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Pengukuran KDNK konvensional bagi pertumbuhan ekonomi tidak mengambil kira kos terhadap masyarakat yang timbul akibat kemerosotan alam sekitar. Perkembangan terbaru konsep ‘KDNK Hijau’ akan memungkinkan pertimbangan wajar diberikan mengenai impak pertumbuhan terhadap alam sekitar dan pembentukan langkah yang sesuai bagi menangani masalah alam sekitar.

(18)

Ringkasan Eksekutif Penerima manfaat mutlak: Rakyat dan

perniagaan

MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang akan sampai kepada semua rakyat jika langkah dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten dan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita mesti menyedari bahawa penyampaian pelbagai manfaat ini memerlukan masa. Sementara itu, beberapa segmen penduduk mungkin melihat impak negatif lebih daripada manfaat ataupun mereka mendapat manfaat yang kurang berbanding orang lain. Kerajaan mesti berupaya menyampaikan kesaksamaan hakiki manfaat

ini pada kemudian hari, menggesa komitmen diberikan kepada proses dan mewujudkan visi kebaikan bersama jangka panjang. Disebabkan keperluan terhadap ketepatan masa dan urutan tindakan dasar yang betul, PTE akan menyediakan jaring keselamatan yang lebih baik dan dana transformasi untuk melindungi pelbagai komuniti semasa tempoh peralihan sebelum manfaat direalisasikan sepenuhnya. Orang ramai perlu lebih memahami bahawa penyelarasan dan perubahan secara teratur diperlukan jika mahu melihat matlamat MEB tercapai. Manfaat bagi rakyat hasil daripada MEB disenaraikan dalam Jadual A.

Jadual A – Manfaat untuk rakyat

Dalam ekonomi

berpendapatan tinggi, rakyat boleh menjangkakan:

Semua rakyat akan berasa terangkum berikutan:

Pendekatan mampan akan memberi rakyat:

•฀ Pilihan yang lebih banyak dan kuasa beli yang lebih tinggi

•฀ Kualiti hidup yang lebih baik

•฀ Peluang bagi meningkatkan mobiliti

•฀ Ganjaran bagi inovasi dan kreativiti

•฀ Keyakinan yang lebih tinggi terhadap kekukuhan ekonomi

Hidup dan bekerja dalam

•฀

persekitaran yang selamat

Akses kepada maklumat yang

•฀

sama rata dan mudah

Saling menghormati dan

•฀

maruah individu

Setiap bahagian di negara

•฀

ini – sama ada negeri, bandar, pekan atau kampung – penting

Golongan miskin tidak akan

•฀

Manfaat bagi perniagaan akan diperolehi daripada kesaksamaan alam sekitar yang lebih baik, ekosistem yang lebih berkesan dan

(19)

Jadual B – Manfaat untuk perniagaan

Persekitaran saksama yang membolehkan

pelabur berkembang maju, termasuklah:

Ekosistem berkesan bagi operasi perniagaan akan melibatkan:

Pasaran cekap akan memberikan peluang yang sewajarnya dan tanggungjawab pemilik perniagaan yang sewajarnya

Kedaulatan

Undang-•฀

Undang. Keupayaan untuk mengurus perniagaan dengan jaminan sistem undang-undang yang adil dan boleh dipercayai

Kebebasan Pemilikan.

•฀

Bebas untuk memiliki sepenuhnya perniagaan sendiri dan memilih rakan niaga

Kecil dan Sederhana (PKS). Peraturan adalah bersesuaian dan seimbang dengan perniagaan kecil

Ketelusan Pasaran.

•฀

Tiadanya merentir (rent-seeking) dan kuota, dengan sokongan kepada perniagaan bersandarkan prinsip pasaran

Perkhidmatan Awam.

•฀

Kelulusan lebih pantas merentasi semua peringkat

Kecekapan Pelesenan.

•฀

Penghapusan pelesenan yang tidak perlu dan beban kawal selia yang tidak wajar

Kelompok Dinamik.

•฀ Manfaat

diperolehi daripada skala melalui pengelompokan dan perangkaian industri

Modal Insan.

•฀ Akses lebih baik terhadap bakat yang terbaik berdasarkan keupayaan membayar

Pendanaan.

•฀ Akses yang

fleksibel dan pantas terhadap

pendanaan PKS di bawah peraturan tadbir urus yang kukuh

Mahkamah yang Cekap.

•฀

Penyelesaian pantas bagi pertikaian undang-undang

Dana Transformasi.

•฀ Akses

adil terhadap bantuan istimewa semasa tempoh peralihan ekonomi

Integrasi Serantau.

•฀ Pasaran

serantau yang berintegrasi dan menyokong perkembangan maju supaya menjadi peneraju serantau.

Pasaran yang Adil.

Dengan kekecualian yang minimum, subsidi dan

kawalan harga akan dimansuhkan

(20)

Ringkasan Eksekutif Ciri Teras MEB

Bagaimanakah keadaan Malaysia pada tahun 2020? Pada masa depan MEB akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh, hasil daripada kepintaran rakyatnya yang ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang harmoni dan tradisi budayanya yang kaya. Ekonominya kelak adalah berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan keusahawanan dan inovatif.

Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai oleh barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam persekitaran yang bersaingan. Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu pasaran. Kerajaan akan terus berperanan untuk menangani gangguan daripada kegagalan pasaran yang tidak dapat dielakkan. Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap dipertanggungjawabkan terhadap hasil berasaskan pencapaian selaras dengan PTK dan memiliki kakitangan berkelayakan tinggi dengan keupayaan melaksanakan pelbagai tugas dan pada masa yang sama,

mempamerkan fleksibiliti serta dinamisme.

Firma swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil akan menaruh hasrat untuk mencapai standard tadbir urus yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan bagi memanfaatkan sebaik-baiknya peluang pertumbuhan daripada pembiayaan yang tersedia. Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal, sosial dan institusi. Kesemuanya ini akan menyumbang kepada perluasan pasaran melalui integrasi serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan serta melalui pembentukan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas sempadan.

MEB – Cara baru ‘menjalankan perniagaan’ di Malaysia

(21)

Jadual C – Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi: perbezaan antara pendekatan lama dengan MEB

Pendekatan Lama Pendekatan Baru

1

Pertumbuhan terutamanya melalui pengumpulan modal. Menumpukan pada pelaburan dalam pengeluaran

dan infrastruktur fizikal dengan

gabungan pekerja berkemahiran rendah untuk menghasilkan eksport

bernilai tambah rendah

Pertumbuhan melalui produktiviti. Menumpukan pada proses inovasi dan teknologi terkini, disokong oleh pelaburan

swasta dan bakat pada paras yang sihat, untuk menghasilkan barangan

dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi

2

Penyertaan kerajaan yang dominan dalam ekonomi. Pelaburan awam

langsung yang besar (termasuk melalui SBK) dalam sektor ekonomi

yang terpilih

Pertumbuhan berpandukan sektor swasta. Menggalakkan persaingan dalam

dan merentasi sektor untuk memulihkan semula pelaburan swasta dan dinamisme

pasaran

3

Perancangan strategik terpusat. Panduan dan kelulusan daripada

pihak berkuasa persekutuan untuk keputusan

ekonomi

Autonomi tempatan dalam pembuatan keputusan. Memperkasakan pihak berkuasa

tempatan dan negeri untuk membentuk dan menyokong inisiatif pertumbuhan serta menggalakkan persaingan antara kawasan

4

Pertumbuhan wilayah yang seimbang. Menyebarkan aktiviti ekonomi merentasi negeri untuk meluaskan manfaat daripada

pembangunan

Aktiviti ekonomi berasaskan kelompok dan koridor.Penumpuan aktiviti ekonomi untuk ekonomi ikut bidangan (economies

of scale) dan penyediaan perkhidmatan sokongan yang lebih baik

5

Mengutamakan industri dan

firma tertentu.

Memberikan layanan istimewa dalam bentuk insentif dan

pembiayaan bagi entiti terpilih

Mengutamakan industri dan firma yang

berkemampuan teknologi. Memberikan insentif untuk menyokong inovasi dan pengambilan risiko bagi membolehkan usahawan membangunkan produk dan

(22)

Ringkasan Eksekutif

Pendekatan Lama Pendekatan Baru

6

Kebergantungan eksport pada pasaran G-3 (AS, Eropah dan

Jepun). Sebahagian daripada rantaian pengeluaran untuk membekalkan barangan dan komponen pengguna kepada

pasaran tradisional

Orientasi Asia dan Asia Barat. Membangunkan dan mengintegrasikan

dengan giat ke dalam rangkaian kewangan dan pengeluaran serantau

untuk mendapatkan manfaat aliran pelaburan, perdagangan

dan idea

7

Sekatan terhadap pekerja mahir asing. Wujud kebimbangan

sekiranya bakat asing akan menggantikan pekerja

tempatan

Memelihara dan menarik golongan profesional mahir. Menggabungkan bakat, termasuk tempatan dan asing, yang diperlukan untuk merangsang ekonomi nilai

tambah tinggi dan inovatif

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK KITA SAMPAI KE SANA?

Malaysia memerlukan transformasi segera. Ini akan diberikan oleh MEB melalui lapan IPS dan PTE. Pemungkin terpenting MEB ialah

keazaman dan kepimpinan politik untuk memecahkan kebuntuan hasil rintangan daripada kumpulan berkepentingan dan menyediakan rakyat untuk menyokong perubahan berbentuk akar umbi dalam hala tuju dasar (Rajah E). Dengan adanya pemungkin ini, suatu ‘tolakan besar’ dalam tindakan dan inisiatif dasar diperlukan untuk memulakan proses transformasi. Tolakan ini mestilah mencetuskan momentum yang mencukupi untuk mengatasi rintangan yang boleh membantutkan kemajuan. Apabila sahaja pembaharuan bermula, maklum balas berterusan adalah perlu bagi menyelaraskan dasar dan mengekalkan landasannya.

Kepimpinan mantap dan keazaman politik

(23)

Kerajaan mesti mengambil tindakan segera apabila menghadapi rintangan dan mengekalkan landasannya. Rintangan mungkin datang daripada komuniti perniagaan, termasuk industri terlindung, majikan buruh asing, pemegang lesen, penerima faedah subsidi dan mereka yang mahir menjalankan perniagaan cara lama. Beberapa segmen rakyat yang tidak lagi layak mendapat subsidi dan geran kerajaan mungkin menentang keras manakala mereka yang menikmati kerja yang terjamin dan gaya hidup yang stabil di bawah

firma terlindung mungkin berasa terancam dan

Rajah E – Model Ekonomi Baru: Pemungkin dan Inisiatif Pembaharuan Strategik

membantah. Setiap pihak yang berkenaan akan cenderung untuk melihat MEB dari perspektif ‘untung’ atau ‘rugi’. Oleh yang demikian, visi MEB perlu disampaikan dengan jelas supaya difahami oleh semua pihak.

MPEN menekankan betapa pentingnya Kerajaan menangani situasi politik dengan sewajarnya. Keamanan dan keharmonian di Malaysia mesti dipelihara ketika menghadapi gangguan yang mungkin timbul, buat sementara, daripada pelaksanaan PTE.

Sumber: MPEN

͚7RODNDQEHVDU͛\DQJNRKHUHQXQWXNPHUDQJVDQJWUDQVIRUPDVLGDQSHUWXPEXKDQ

7LQGDNDQ3HPXQJNLQ

%HUSXVDU .H%DZDK

(24)

Ringkasan Eksekutif Mendapatkan sokongan rakyat untuk

bersama-sama menggerakkan perubahan

Mendapat sokongan pihak berkepentingan dan orang ramai terhadap MEB akan melibatkan proses politik. Pucuk pimpinan politik arif dalam hal ini. Walau bagaimanapun, MPEN mencadangkan beberapa langkah yang amat penting dalam usaha nasional ini bagi menyediakan dan melaksanakan PTE. Walaupun ketika penerangan kepada orang awam sedang berjalan, kumpulan yang sama ini yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaan PTE mesti mengatur proses teknikal yang rapi untuk mengumpulkan maklumat bagi melaporkan kemajuan PTE kepada semua pihak berkepentingan. Penglibatan dengan semua pihak berkepentingan adalah mustahak atas dua sebab: pertama, untuk memupuk sokongan melalui komunikasi yang jelas; dan kedua, untuk melihat perapian dan penambahbaikan dalam tindakan dasar. Pada masa yang sama, pucuk pimpinan politik dan intelektual mesti terus-menerus berada di benteng hadapan dalam proses transformasi ini.

‘Tolakan besar’ langkah dan inisiatif dasar secara serentak

Dengan keterlibatan pucuk pimpinan dan rakyat, tolakan besar sekelompok langkah dasar IPS mesti diumumkan secara serentak. Disebabkan Inisiatif Pembaharuan Strategik bersifat berjalin (cross-cutting), maka urutan tindakan dasar adalah sangat penting bagi mencapai impak dan hasil. Terdapat tindakan dasar yang boleh dilaksanakan dengan segera manakala selebihnya mungkin memerlukan

masa penyediaan yang lebih panjang untuk diperkenalkan. Walau bagaimanapun, penyediaan ini mesti dimulakan dengan segera. Pengenalan dasar secara sedikit demi sedikit dan tidak koheren adalah tidak konsisten dengan sifat berjalin (cross-cutting)

yang ada pada IPS. Langkah dasar yang seiring dengan IPS mesti bergerak bersama-sama untuk merealisasikan pendapatan tinggi secara terangkum dan mampan.

Mengukur pencapaian dan melakukan penyesuaian ketika pelaksanaan berjalan

(25)

Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS)

MPEN percaya bahawa adalah sangat penting untuk mendapatkan sokongan pihak berkepentingan terhadap rancangan pelaksanaan yang terperinci bagi setiap Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS). Pada masa ini, MPEN hanya mengemukakan parameter secara umum di bawah setiap IPS dan akan diperhalusi pada masa akan datang setelah perbincangan dan pengaturan dilakukan bersama semua pihak berkepentingan.

Kami mengenal pasti lapan IPS yang penting bagi mencapai MEB (Rajah E). MPEN menyedari sepenuhnya bahawa banyak daripada langkah dasar yang menyokong IPS adalah sama ada sedang dirancang ataupun telah dimulakan oleh kerajaan. Saranan MPEN

bertujuan untuk menokok nambah nilai dengan memantapkan dan meningkatkan usaha dasar yang sedang berjalan.

IPS 1: Menyuburkan kembali sektor swasta

Sektor swasta perlu bangkit dan menyandang

profil yang lebih tinggi dalam transformasi

negara. Sepanjang sejarah yang tercatat, ekonomi mengalami pertumbuhan jangka panjang yang terjamin berterusan melalui inisiatif keusahawanan sektor swasta, didorong oleh insentif ekonomi yang menggalakkan individu mengambil pandangan jauh dan mengelak daripada sikap suka mengambil kesempatan jangka pendek. Sesetengah langkah dasar yang mungkin yang berkaitan dengan penyuburan semula sektor swasta ini dipaparkan dalam Jadual D.

Jadual D – Mencerdaskan sektor swasta

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Menyasarkan produk dan perkhidmatan nilai tambah yang tinggi

n Menjajarkan insentif bagi memupuk pelaburan dalam aktiviti

nilai tambah tinggi yang menjanakan kesan limpahan

n Menyesuaikan insentif untuk memenuhi keperluan setiap

firma

n Memudahkan Pelaburan Langsung Asing (PLA) dan Pelaburan

Langsung Domestik (PLD) dalam industri/sektor yang pesat berkembang

Menghapuskan halangan dan kos untuk menjalankan perniagaan

n Menghapuskan herotan dalam peraturan dan pelesenan,

termasuk penggantian sistem Approved Permit (AP) dengan senarai import yang negatif

n Memperkenalkan proses pelesenan ‘Satu Tingkap’ melalui

(26)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Membentuk ekosistem bagi keusahawanan dan inovasi

n Mengurangkan penyertaan langsung Kerajaan dalam ekonomi

n Mengeluarkan SBK dari industri yang mana sektor swasta

beroperasi dengan berkesan

n Pelancaran jalur lebar seluruh ekonomi

n Memastikan SBK beroperasi atas dasar komersial

semata-mata, bebas daripada campur tangan kerajaan

Menggalakkan kecekapan melalui persaingan sihat

n Melaksanakan proses yang cekap dan telus bagi perolehan

kerajaan pada semua peringkat

n Meratakan gelanggang (level playing field) bagi sektor swasta

melalui aturan standard yang telus

n Menyokong persekitaran persaingan yang lebih kukuh dengan

undang-undang persaingan

Merangsang pertumbuhan PKS

n Menyokong PKS dalam bidang yang inovatif dan yang maju

teknologinya

n Memudahkan akses yang tepat masa terhadap pendanaan

bagi aktiviti perniagaan

Melahirkan peneraju serantau

n Menggalakkan perkongsian SBK dengan syarikat sektor

swasta

n Membentuk jaringan serantau yang agresif – ASEAN, China,

India, Asia Barat

n Menambahbaikkan manfaat Perjanjian Dagang Bebas (FTA)

IPS 2: Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing

Pasaran buruh mesti berfungsi dengan lancar: pekerjaan dan pekerja mesti dipadankan dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti dan dengan itu meningkatkan upah untuk semua. Penyesuaian pasaran buruh mestilah lancar: pekerja yang layak perlu segera

(27)

insan mahir yang menggunakan bakat mereka untuk menghadapi cabaran ekonomi dengan cemerlang. Malaysia tidak boleh terlepas peluang untuk menggerakkan sumbernya yang amat berharga ini. Oleh itu, Malaysia mesti

menghapuskan halangan yang menghindarkan rakyatnya yang berkebolehan daripada mendapatkan kemahiran dan pada masa yang sama, menarik insan berbakat ini supaya terus berkhidmat dalam negara (Jadual E).

Jadual E – Merangsang tenaga kerja untuk mencungkil kebolehan mereka

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Meningkatkan bakat tempatan

n Mengkaji semula sistem pendidikan – merubah pendekatan

pendidikan daripada ‘pembelajaran melalui hafalan’ kepada ‘pemikiran kreatif dan kritis’

n Meningkatkan penekanan pada pengenalan semula kolej latihan

teknik dan vokasional

n Mengenal pasti dan memupuk bakat melalui proses

berorientasikan permintaan

n Meningkatkan autonomi dan akauntabiliti institusi pendidikan

n Menggalakkan usaha sama P&P antara institusi pengajian tinggi

dengan industri

n Meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris

n Menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dan dalam jangkauan

semua tempat

Memperbaharui kemahiran tenaga buruh sedia ada

n Meningkatkan kemahiran tenaga buruh Malaysia yang berada

dalam kumpulan terendah melalui pendidikan dan latihan berterusan

n Menyediakan jaring keselamatan pekerja untuk pekerja yang

hilang pekerjaan

n Industri bekerjasama dengan kerajaan untuk menggalakkan

‘Latihan Kerja Berterusan’ (LKB)

n Memformalkan pensijilan kemahiran dan standard kualiti

antarabangsa

(28)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mengekalkan dan mengakses bakat global

n Mengkaji semula program sedia ada bagi menarik rakyat Malaysia

berkemahiran tinggi di luar negara supaya kembali

n Menawarkan taraf pemastautin tetap kepada bekas rakyat

Malaysia dan keluarga mereka

n Memusatkan pengawasan pekerja asing dan ekspatriat untuk

membolehkan amalan yang koheren

n Membolehkan membentuk kelompok kritikal golongan profesional

mahir melalui permit kerja dan prosedur imigresen yang lebih ringkas

n Meliberalisasikan perkhidmatan profesional melalui

pengiktirafan bersama

Menghapuskan herotan pasaran buruh yang mengekang

pertumbuhan upah

n Melindungi pekerja, bukannya pekerjaan, melalui jaring

keselamatan yang lebih kukuh sekaligus menggalakkan fleksibiliti

pasaran buruh

n Menyemak rangka kerja undang-undang dan institusi bagi

memudahkan pengambilan dan pemecatan pekerja

n Menaikkan bayaran melalui laba produktiviti, bukannya

pengawalan upah

Mengurangkan

kebergantungan pada buruh asing

n Menguatkuasakan standard buruh yang sama bagi pekerja

tempatan dan asing

n Menggunakan sistem levi untuk mencapai sasaran bagi pekerja

asing tidak mahir sejajar dengan keperluan sektor

IPS 3: Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing

Banyak herotan akan dilenyapkan dan ekonomi akan mengalami suasana kebersaingan yang lebih sengit dengan terhapusnya subsidi, kawalan harga dan aneka insentif yang telah

hilang objektif asalnya. PTE akan membantu

individu dan firma untuk mengurangkan

(29)

Jadual F – Pasaran yang rancak dan pilihan yang lebih banyak

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Menambahbaikkan kecekapan ekonomi melalui persaingan

n Mengukuhkan persekitaran persaingan dengan memperkenalkan

undang-undang perdagangan adil

n Menambahbaikkan undang-undang persaingan bagi melindungi

kepentingan firma domestik sebelum meliberalisasikan sektor kepada firma asing

n Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata untuk

men-gurangkan amalan diskriminasi dan tidak adil

n Mengkaji semula halangan kemasukan yang ada dalam sektor

barangan dan perkhidmatan

n Menerapkan amalan baik dan standard antarabangsa bagi industri

tempatan supaya tinggi daya saingnya

Membina keusahawanan

n Menyusun semula dana modal mula (seed capital) dan modal usaha

niaga (venture capital) bagi menyokong usahawan yang sedang meningkat

n Memudahkan undang-undang kebankrapan yang berhubung

dengan syarikat dan individu bagi merangsang keusahawanan yang bertenaga

n Memberikan sokongan kewangan dan teknikal kepada PKS dan

perniagaan mikro supaya mereka dapat menganjak naik pada rantaian nilai

Menghapuskan herotan

pasaran yang mengakibatkan penyalahuntukan sumber

n Menghentikan secara berperingkat kawalan harga dan subsidi yang

memesongkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan

n Menggunakan tabungan kerajaan bagi jaring keselamatan sosial

yang lebih luas untuk isi rumah dalam kumpulan 40% terendah sebelum subsidi dihapuskan

n Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu firma yang

(30)

Ringkasan Eksekutif IPS 4: Mengukuhkan sektor awam

Institusi awam mesti disusun semula. Institusi awam tidak harus menduplikasikan fungsi yang dijalankan dengan baik oleh sektor swasta. Sebaliknya, ia seharusnya berusaha memikul tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh sektor swasta. Penyampaian perkhidmatan kerajaan mesti cekap dan berkesan, menggunakan

pendekatan ‘menyeluruh kerajaan’ (whole-of-government approach) bagi memudahkan

operasi sektor swasta. Pengurusan fiskal mesti

dikukuhkan supaya merangkumi ketelusan yang lebih tinggi dan untuk memberikan insentif yang betul. Asas hasil kerajaan mesti dipelbagaikan dan perbelanjaan diperkemas untuk merangsang penggunaan hasil yang lebih baik (Jadual G).

Jadual G – Kerajaan yang cekap dan fokus pelanggan

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Menambahbaikkan proses pembuatan keputusan

n Menggunakan pendekatan ‘menyeluruh kerajaan’

(whole-of-government approach) untuk memberikan perkhidmatan berintegrasi

n Memperkasakan entiti negeri dan tempatan untuk menjalankan

tugas mereka di peringkat setempat

n Menggalakkan input dan autoriti tempatan yang lebih besar dalam

pembangunan ekonomi untuk menyokong perbezaan dan keperluan wilayah

n Membangunkan proses untuk pelaksanaan, pemantauan dan

penilaian yang berkesan bagi langkah dasar

n Memperkasakan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

supaya menjadi agensi sehenti (one stop center) yang berkesan untuk memudahkan pelaburan asing

n Menyusun semula Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) supaya

menjadi lebih berkesan dalam mendorong perbaikan produktiviti dan kecekapan

Menambahbaikkan penyampaian perkhidmatan

n Merubah kerajaan menjadi cekap, mengamalkan perundingan dan

fokus penyampaian

n Meningkatkan kemahiran kakitangan bagi membolehkan mereka

melaksanakan pelbagai tugas

n Memodenkan pengurusan sumber manusia untuk menyesuaikan

(31)

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mengurangkan ‘kos geseran’

n Tidak bertolak ansur terhadap rasuah

n Menangani struktur tadbir urus yang lemah

n Menggubal kod amalan baik

n Melaksanakan proses yang terbuka, cekap dan telus bagi perolehan

kerajaan pada semua peringkat

Menyediakan jaring keselamatan bagi memudahkan peralihan berjalan lancar

n Memikul peranan sokongan bagi jaring keselamatan untuk

menstabilkan dan membetulkan tempoh dan kejadian kegagalan pasaran

n Menggunakan tabungan kerajaan bagi jaring keselamatan sosial

yang lebih luas untuk isi rumah dalam kumpulan 40% terendah sebelum subsidi dihapuskan

n Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu firma yang

mengalami kesukaran semasa tempoh pembaharuan

Mengukuhkan pengurusan kewangan awam

n Meluaskan asas cukai, contohnya Cukai Barangan dan

Perkhidmatan

n Menurunkan kadar cukai pendapatan perseorangan dan syarikat

n Menerapkan kriteria terpiawai bagi penerimaan hasil negeri

n Menggunakan bajet berasaskan pencapaian

n Melaksanakan bajet jangka sederhana yang berasaskan program

n Menerapkan piawaian antarabangsa untuk ketelusan fiskal

n Menggunakan teknologi untuk pungutan duti dan cukai yang cekap

IPS 5: Tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran

Komponen utama keterangkuman adalah untuk memupuk peluang ekonomi yang sama dan adil. Institusi dan program tindakan

afirmatif sedia ada akan diteruskan dalam

MEB tetapi, selaras dengan pandangan pihak berkepentingan yang utama, akan disusun semula untuk menghapuskan ciri merentir ( rent-seeking) dan pemesongan pasaran yang telah menjejaskan keberkesanan program tersebut.

Tindakan afirmatif akan mengambil kira semua

kumpulan etnik dengan adil dan sama rata selagi mereka tergolong dalam kumpulan 40% isi rumah berpendapatan rendah. Program

tindakan afirmatif akan didasarkan pada kriteria

(32)

Ringkasan Eksekutif Jadual H – Keluar daripada pendapatan rendah

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mengurangkan ketaksamaan pendapatan

n Meneruskan program sokongan untuk kumpulan tidak bernasib

baik

n Memberikan tumpuan pada isi rumah dan pemilik perniagaan

yang berada dalam kumpulan 40% terendah

n Mengalihkan tumpuan kepada kemiskinan relatif

n Meneruskan pertumbuhan sebagai cara mengurangkan

kemiskinan

n ‘Keanjalan Pertumbuhan bagi Kemiskinan’– ketaksamaan boleh

mengurangkan impak pertumbuhan terhadap kemiskinan

Mewujudkan tindakan

afirmatif mesra

pasaran

n Menggunakan prosedur dan kriteria yang telus

n Menggunakan tindakan afirmatif sebagai cara untuk merangsang

pembinaan keupayaan dan kemampuan

n Menghentikan secara berperingkat pendekatan yang mewujudkan

merentir (rent-seeking) dan kuasa naungan (patronage)

Merapatkan jurang perbezaan wilayah

n Mengumpilkan skala dengan pembangunan kelompok ekonomi

yang berkesan sebagai cara mengurangkan ketaksamaan wilayah, terutamanya di Sabah and Sarawak

n Meningkatkan langkah bagi menaikkan paras pendapatan

melalui akses yang lebih baik dan penyediaan perkhidmatan sosial berkualiti dalam pendidikan dan kesihatan, terutamanya di Sabah and Sarawak

Menggalakkan pemberian ganjaran berdasarkan

pencapaian

n Menggalakkan persaingan yang lebih hebat dalam ekonomi

dengan menghapuskan perlindungan yang keterlaluan dan mempercepatkan liberalisasi sektor

n Merangka semula tindakan afirmatif supaya mengambil kira

merit dan keperluan

n Menghentikan secara berperingkat pendekatan yang mewujudkan

(33)

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Merangsang akses yang sama dan adil terhadap peluang

n Menekankan peluang yang sama dan adil untuk bidang

pekerjaan, kesihatan dan pendidikan serta akses terhadap peluang perniagaan

n Menggunakan tabungan kerajaan bagi jaring keselamatan sosial

yang lebih luas untuk isi rumah dalam kumpulan 40% terendah sebelum subsidi dihapuskan

n Menubuhkan Dana Transformasi bagi membantu firma yang

mengalami kesukaran semasa tempoh pembaharuan

n Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata untuk menangani

diskriminasi dan layanan tidak adil

IPS 6: Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan

Transformasi ekonomi dalam sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan proses yang memerlukan inovasi berterusan dan pertumbuhan produktiviti

dengan kemajuan teknologi yang ketara dan dorongan keusahawanan. Penggunaan proses yang selaras dengan amalan baik dan standard antarabangsa akan menambahbaikkan peluang

bagi firma Malaysia untuk berjaya dalam arena

pasaran global (Jadual I).

Jadual I – Menginovasi hari ini untuk hari esok yang cemerlang

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Membentuk ekosistem bagi keusahawanan

n Memudahkan masuk dan keluar firma dan pekerja berkemahiran

tinggi

n Menyusun semula dana modal mula (seed capital) dan modal usaha niaga (venture capital) bagi menyokong usahawan yang sedang meningkat

n Memudahkan undang-undang kebankrapan yang berhubung

dengan syarikat dan individu bagi merangsang keusahawanan yang bertenaga

n Memanfaatkan kepakaran berasaskan Web dan rangkaian

(34)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Merangsang persekitaran bagi inovasi

n Menambahbaikkan akses terhadap kemahiran khusus

n Memastikan perlindungan hak harta intelek

n Memberikan insentif kepada firma supaya menggunakan

teknologi dan menganjak naik pada rantaian nilai

n Menguatkuasakan pematuhan ketat terhadap piawaian dan

tanda aras global

n Memupuk hubungan P&P antara institusi pengajian tinggi

dengan sektor swasta

n Melancarkan segera kesalinghubungan jalur lebar yang pantas

di seluruh negara

n Mengkaji semula dan menggabungkan semua pendanaan P&P

kerajaan yang ada sekarang

n Menjajarkan P&P dengan objektif pertumbuhan negara,

terutamanya dalam bidang inovatif dan teknologi tinggi

n Akses terbuka terhadap pendanaan bagi persaingan antara

penyelidik

n Memastikan perolehan awam menyokong inovasi tempatan

n Mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk universiti

berdasarkan pengkomersialan

Menubuhkan institusi pemungkin yang lebih kukuh

n Menubuhkan penjana penyelidikan teknologi dan pusat

kecemerlangan yang bergerak atas asas komersial, contohnya model gugusan Taiwan ITRI

n Menggerakkan Model Inovasi Negara yang diumumkan oleh

kerajaan pada tahun 2007

n Mengimbangkan pendekatan inovasi dorongan teknologi

(35)

IPS 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan

Malaysia mesti memanfaatkan lokasi strategiknya dan kelebihan berbandingnya yang datang daripada anugerah sumber aslinya untuk mewujudkan platform pengeluaran yang mendorong pertumbuhan nilai tambah yang tinggi dengan kesan limpahan. Ekonomi ikut

bidangan mesti diberikan tumpuan melalui koridor pertumbuhan untuk menyuburkan pengembangan berpotensi ke dalam pasaran baru, seperti output pertanian hiliran, ekopelancongan, penjanaan tenaga alternatif dan pengurangan perubahan iklim (Jadual J).

Jadual J – Mencari bahagian terbaik ekonomi

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mewujudkan nilai daripada penggerak pertama dan kelebihan

berbanding yang lain

n Mengenal pasti subsektor E&E untuk membina kedalaman dan

memupuk industri bitara (niche) yang baru dan untuk menguasai bahagian yang lebih besar sebagai hab pengedaran apabila berkembangnya perdagangan serantau

n Memberikan tumpuan kepada industri hiliran berkaitan minyak sawit

untuk membangunkan teknologi dan inovasi asli atau mendapatkan teknologi bagi memenuhi permintaan pasaran yang baru

n Menggalakkan inovasi teknologi huluan untuk menghasilkan tandan

buah baru yang mengeluarkan hasil yang lebih tinggi

n Menguasai bahagian lebih besar dalam pasaran pendidikan,

pelancongan perubatan dan ekopelancongan melalui perkongsian domestik dan serantau

n Menggalakkan produk dan perkhidmatan yang mengurangkan

perubahan iklim, contohnya bahan kitar semula

n Menggalakkan produk dan perkhidmatan berasaskan syariah,

contohnya kewangan dan farmaseutikal

Mewujudkan integrasi yang lebih besar antara produk

n Mengintegrasikan perkhidmatan pendidikan dengan pembangunan

perindustrian, sebagai contoh pusat kecemerlangan kejuruteraan dalam kelompok E&E

n Memberikan keutamaan lanjut kepada industri logistik, memanfaatkan

kemajuan jalan raya, pelabuhan dan infrastruktur ICT di Malaysia yang sudah tersedia

n Menambahbaikkan perkhidmatan pelancongan yang tekal dengan

(36)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Mewujudkan pasaran baru

n Menguasai bahagian lebih besar sebagai hab pengedaran apabila

berkembangnya perdagangan serantau

n Menambahbaikkan perkhidmatan maritim dan pelabuhan, dengan

memanfaatkan teknologi

n Beralih kepada penjanaan tenaga alternatif serta produk dan

perkhidmatan yang menjimatkan tenaga

n Mengembangkan industri berorientasikan perkhidmatan ke pasaran

serantau berdasarkan biodiversiti yang sedia wujud di Malaysia

Membina skala industri dan rangkaian

pengeluaran bagi pengkhususan

n Menggalakkan pembangunan berasaskan koridor di sekitar pusat

tumpuan yang sesak ruangnya dan daerah pedalaman yang berhampiran, terutamanya untuk elektronik

n Menggalakkan persaingan antara tempat

n I n d u s t r i k e l o m p o k m e m a n f a a t k a n i n t e g r a s i , s k a l a d a n

kesalinghubungan

n Mengeksploitasi ekonomi ikut bidangan melalui rangkaian pengeluaran

manakala rantaian penawaran memanfaatkan lokasi - ‘Kepantasan ke pasaran’

n Mewujudkan kehadiran global melalui pengambilalihan antarabangsa

ke atas syarikat dalam bidang yang sama.

Memanfaatkan potensi inovasi

n Menerapkan sistem inovasi terbuka untuk mendapatkan teknologi

dan mengembangkan rangkaian

n Menyokong transformasi pantas PKS yang memiliki potensi ke arah

inovasi

n Membangunkan industri yang menyokong pembangunan mampan,

seperti penggunaan tumbuhan dan herba tradisional untuk penggunaan moden

Mengintegrasikan industri sektor benar dengan perkhidmatan kewangan

n Membangunkan platform perdagangan komoditi dan produk bagi

pengeluar domestik untuk meraih manfaat daripada inovasi dan pengembangan kewangan

n Menawarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi pasaran hadapan

dan juga pasaran semerta bagi komoditi

n Membangunkan produk kewangan berasaskan syariah untuk

(37)

IPS 8: Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan

Memulihara sumber asli kita dan melindungi kepentingan generasi masa depan mesti dimudahkan dengan melaksanakan dasar penentuan harga, kawal selia dan dasar strategik untuk mengurus sumber mudah

lupus dengan cekap. Kebolehmampanan kewangan awam melalui disiplin fiskal yang ketat, yang mewajibkan pembaziran dan kos lebihan dikurangkan, merupakan mercu tanda untuk memelihara keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan (Jadual K).

Jadual K – Masa depan cerah. Masa depan ialah Malaysia

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Memulihara sumber asli

n Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia dan dasar

strategik yang sesuai untuk mengurus sumber mudah lupus dengan mampan

n Menggalakkan semua sektor supaya menerima pakai ‘teknologi

hijau’ dalam pengeluaran dan proses

n Membangunkan dasar tenaga yang komprehensif

Memanfaatkan

kelebihan berbanding bagi produk dan perkhidmatan nilai tambah yang tinggi

n Meningkatkan tumpuan pada pengeluaran dan perkhidmatan

nilai tambah tinggi hiliran

n Membangunkan dasar tenaga yang komprehensif

Memenuhi komitmen antarabangsa

n Mengurangkan carbon footprint sejajar dengan komitmen kerajaan

n Menguatkuasakan piawaian udara dan air bersih dalam

menggunakan sumber asli, iaitu pengurangan pencemaran

Memudahkan

pemberian pinjaman dan pembiayaan bank bagi ‘pelaburan hijau’

n Membangunkan keupayaan perbankan untuk menilai kelulusan

kredit bagi pelaburan hijau yang menggunakan kriteria berasaskan bukan cagaran

n Melonggarkan kemasukan pakar asing yang mengkhusus dalam

analisis kewangan yang berkaitan dengan daya maju projek teknologi hijau

n Menyokong pelaburan teknologi hijau dengan memberikan

(38)

Ringkasan Eksekutif

Matlamat Dasar Langkah Dasar yang Mungkin

Memastikan kewangan awam yang kukuh

n Menggunakan penentuan harga, rangka kawal selia dan dasar

strategik yang sesuai untuk mengurus sumber mudah lupus dengan mampan

n Mengurangkan pembaziran dan menghindarkan kos lebihan

melalui pengawalan perbelanjaan yang lebih baik

n Mewujudkan proses perolehan kerajaan yang terbuka, cekap dan

telus

n Menerapkan amalan baik antarabangsa dalam ketelusan fiskal

SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH – ITULAH YANG MALAYSIA PERLUKAN

Perbincangan di atas menggariskan unsur-unsur utama MEB yang disarankan. IPS membentangkan perubahan utama yang diperlukan untuk menggerakkan Malaysia ke arah menjadi negara maju. Namun begitu, ini bukan tanda tamatnya perjalanan kita, sebaliknya tanda bermulanya perjalanan kita. Walau bagaimanapun, jalan di hadapan adalah jelas tetapi Malaysia akan tersesat sekiranya tindakan segera tidak diambil.

(39)

Referensi

Dokumen terkait

POLA ASUH ANAK PADA ETNIK JAWA MIGRAN DAN ETNIK MANDAR Asiah Hamzah... ADLN Perpustakaan

Dilihat dari grafik pengaruh kadar aspal terhadap campuran dapat disimpulkan bahwa grafik yang terbentuk adalah grafik parabola, artinya pada grafik ini ada nilai

Mungkin, penggunaan rumput sintetis ini ditujukan untuk mengakomodasi gaya sepak bola konvensional yang dianut para pemain futsal kita.. Asal tahu saja, Ronaldinho,

Jika imbalan tersebut kurang dari nilai wajar aset neto entitas anak yang diakuisisi, selisih tersebut diakui dalam laporan laba rugi sebagai keuntungan dari akusisi entitas anak

Kualitas Pelayanan (X) berpengaruh secara signifikan terhadap Kepuasan Wajib Pajak (Y) Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa Kualitas Pelayanan memiliki pengaruh yang

Strategi yang digunakan oleh Qutaibah bin Muslim dalam penaklukan ke wilayah Transoxiana yaitu penaklukan dilakukan pada musim semi dan jika musim dingin datang, Qutaibah dan

Tujuan dari penelitian ini adalah mengetahui konsumsi zat gizi dan daya terima pasien rawat inap penyakit kardiovaskular terhadap makanan yang disajikan RSUP H..

[r]