3.1 Pendahuluan
Metodologi kajian merupakan susunan cara kerja dalam mencapai matlamat di dalam sesuatu kajian. Pelbagai kaedah boleh di gunakan contohnya, ia boleh di lakukan menerusi pengumpulan maklumat melalui pembacaan bahan seperti buku, journal, hasil kajian yang lepas, laporan dan keratan akhbar. Selain itu, maklumat – maklumat juga boleh di perolehi dengan melakukan temuramah, soal selidik dan pemerhatian serta tinjauan di kawasan kajian. Metodologi kajian bermula dari permulaan pembinaan hipotesis sehinggalah matlamat kajian tersebut di capai.
3.2 Metodologi kajian
Kaedah pendekatan pertama yang di lakukan untuk mencapai objektif kajian ialah melalui pengumpulan data – data yang berkaitan dengan faktor-faktor yang boleh mendorong kepada kegagalan cerun. Kesemua data – data ini akan di gunapakai semasa pemantauan cerun di lakukan. Proses pengumpulan data ini melibatkan pembacaan dari rujukan-rujukan seperti buku yang berkaitan, jurnal, artikel, laporan akhbar, kajian – kajian yang lepas dan sumber – sumber dari Internet. Kesemua data – data yang berkaitan akan di gunakan di dalam suatu sistem yang di panggil ‘ Slope Priority
Ranking System ( SPRS ) ’. SPRS ini akan melibatkan pemberian markah kepada setiap
maklumat mengikut tahap sesuatu ciri yang terdapat pada cerun.
Selain daripada itu, pemerhatian dan tinjauan juga di lakukan di tapak kajian bagi mengenalpasti kriteria – kriteria yang mempunyai persamaan yang boleh di kaitkan di antara satu sama lain. Kriteria ini adalah merupakan ciri – ciri yang terdapat pada cerun yang mana ciri – ciri tersebut boleh mempengaruhi cerun terbabit. Pengumpulan kriteria ini seterusnya akan di tentukan dengan pemberian markah mengikut tahap – tahap setiap kriteria tersebut.
Penentuan kriteria dan klasifikasi setiap kriteria di lakukan merujuk kepada kajian – kajian yang lepas. Markah yang di berikan akan di bahagikan kepada tiga tahap bagi setiap kriteria. Tahap yang pertama di berikan kepada kriteria – kriteria yang mempunyai kesan yang tidak serius terhadap kestabilan cerun. Tahap yang kedua merupakan kriteria yang memberikan kesan sederhana serius terhadap cerun. Tahap ketiga merupakan tahap yang serius bagi setiap kriteria yang mana ia mendorong kepada kejadian kegagalan cerun dengan pertambahan faktor – faktor yang boleh menggagalkan cerun.
Seterusnya, setiap kriteria yang telah di klasifikasikan itu akan di bangunkan dengan menggunakan Microsoft Access 2003. Pembangunan sistem pemantauan mengunakan Microsoft Access 2003 ini di lakukan kerana ia dapat di jadikan sebagai pangkalan data. Sistem yang telah siap akan dapat membantu dalam memantau tahap kestabilan cerun tersebut mengikut rating atau keutamaannya.
Sistem ini akan di analisis dengan membuat perbandingan dengan cerun di kawasan kajian. Setiap kriteria dan maklumat yang terdapat pada cerun di kawasan kajian akan di masukkan ke dalam sistem ini bagi menilai kestabilannya. Seterusnya ia akan dapat memberikan rating bagi setiap cerun dan ini akan mengambarkan tindakan yang perlu di lakukan pada cerun tersebut.
3.3 Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003
Sistem pemantauan cerun yang akan di bangunkan adalah dengan mengunakan perisian Microsoft Access 2003. Microsoft Access 2003 ini merupakan versi yang ke lapan dan terbaru dalam perisian Access. Perisian ini di gunakan sebagai suatu sistem pengurusan pangkalan data yang popular dan boleh di gunakan pada sebarang keperluan pengurusan maklumat. Ia di gunakan daripada susunan alamat yang ringkas sehinggalah kepada sistem pengurusan yang sukar.
Pangkalan data di gunakan secara meluas bagi menyimpan data dan maklumat. Ia boleh di bangunkan mengikut kehendak dan keperluan tersendiri. Perkara yang paling utama ialah ia senang di gunakan, fleksibel dan mesra pengguna. Penggunaannya boleh melibatkan pengiraan, simpanan data serta cetakan dan seterusnya dapat
memudahkan pencarian semula dengan membenarkan pengasingan di lakukan mengikut jenis atau kehendak pengguna.
Ciri asas bagi pangkalan data ialah ia dapat menyediakan penggabungan simpanan kesemua data tentang sesuatu topik. Siri bagi Word document, lembaran Excel, teks fail, meseg email dan nota boleh di gabungkan ke dalam satu pangkalan data. Pangkalan data bukan sahaja boleh menyimpan data sebaliknya mempunyai lebih banyak kelebihan yang lain. Antara kelebihan Microsoft Access ialah :-
i ) Menyediakan muka depan bagi memasukkan data dengan mudah
ii ) Mencari data – data yang berkaitan dengan cepat
iii ) Menggambarkan data sebagai graf, carta dan laman web
iv ) Menyediakan laporan yang mudah di fahami dan di cetak ataupun di
paparkan di skrin
v ) Menghantar maklumat kepada Microsoft Word atau Microsoft Excel
Selain itu, masalah asas bagi Microsoft Excel ialah perisian ini tidak mempunyai kemudahan untuk menyemak data. Sekiranya berlaku kesilapan dalam penaipan,
Microsoft Excel tidak dapat memaklumkan seterusnya data yang di kehendaki tidak dapat di cari. Namun, segala permasalahan ini akan dapat di atasi melalui penggunaan Microsoft Access. Antara keistimewaan Microsoft Access ialah :-
i ) Access akan menyimpan setiap maklumat data ke dalam satu tempat
sahaja. Kesilapan dalam penaipan tidak akan berlaku kerana penaipan tidak di lakukan secara berterusan.
ii ) Access boleh mengemukakan beberapa data bagi menyesuaikan dengan
masukkan mengikut susunan tarikh. Prinsip yang sama di aplikasikan untuk setiap hari.
iii ) Access dengan mudah dapat mengesan suatu set data bagi mengenalpasti
setiap perubahan nilai
iv ) Access dapat membantu untuk menghasilkan user – friendly data entry
interface yang di kenali sebagai form di dalam Access. Selain daripada
menaip nama pelanggan, nama juga boleh di pilih daripada senarai nama
pada skrin.
3.4 Pengenalan kepada ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’
‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ ialah merupakan suatu sistem yang di
bangunkan bagi mengenalpasti cerun – cerun yang perlu di beri keutamaan untuk di baikpulih dengan segera bagi menjaga keselamatan pengguna yang menggunakan jalanraya sebagai laluan untuk ke destinasi – destinasi yang di ingini. Selain itu, SPRS ini juga dapat membantu kerja – kerja penyenggaraan cerun. Ini dapat di lakukan dengan memantau kelemahan – kelemahan yang wujud serta faktor – faktor yang menyumbang kepada fenomena kegagalan sesuatu cerun.
3.4.1 Prinsip asas dalam ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’
Antara prinsip dan konsep asas dalam ‘Slope Priority Ranking System ( SPRS )’ ialah :
i ) Penilaian akan di buat berdasarkan Borang Pemeriksaan Cerun
[ JKR ( CKC-UKC 1 / 2005 ) ] yang telah di isi berpandukan nota dan garis panduan pemeriksaan cerun JKR.
ii ) Pemarkahan akan di berikan kepada setiap butir atau maklumat mengikut
tahap sesuatu ciri cerun tersebut.
iii ) Jumlah markah yang terkumpul akan memberikan keputusan keutamaan
cerun untuk tindakan yang selanjutnya.
iv ) Nilai keutamaan yang di perolehi akan dapat membantu JKR dalam
BAB IV