39
BAB 4:
MODAL DAN PEMODAL
40
PANDUAN 16:
Modal Salah satu perkara penting yang diperlukan dalam semua bisnes ialah modal.Modal ini boleh datang dalam banyak bentuk termasuk modal nama baik, kemahiran, kepakaran dan wang. Modal berbentuk wang diperoleh daripada banyak cara: • Wang simpanan sendiri • Wang hasil jualan aset • Pinjaman daripada ahli keluarga
• Pinjaman daripada bank dan institusi kewangan atau ejensi
Fokus penulisan ini adalah modal tanpa melibatkan diri dalam risiko pinjaman.
41
Tidak semua orang mempunyai wang simpanan yang besar selagi belum mencapai usia tertentu dengan kerjaya dan gaji tertentu. Maka, pada kebanyakan masa dinasihatkan agar bisnes dimulakan dengan apa yang ada.
Dalam konteks bisnes tadika dan pendidikan, modal awal paling minima ialah modal pemasaran dan sewaan premis bisnes. Oleh itu, modal wang sememangnya diperlukan dalam proses membuka bisnes tadika.
Persediaan memulakan bisnes memerlukan pendiri bisnes merancang cara dan keperluan mendapatkan modal tanpa perlu terlibat dalam apa-apa pinjaman yang membebankan.
Salah satu perkara yang dibolehkan adalah membawa masuk pemodal dengan menawarkan saham dalam syarikat bisnes.
42
PANDUAN 17:
PemodalPemodal merupakan satu istilah yang dipilih untuk digunapakai dalam konteks perbincangan ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan istilah pelabur yang banyak dimanipulasikan.
Pemodal merupakan individu atau syarikat yang mempunyai wang lebihan dan tidak perlu menggunakannya dalam tempoh yang panjang. Tempoh ini mungkin mengambil masa sesingkat 18 bulan dan sepanjang hayat individu atau syarikat berkenaan. Pemodal dapat memberikan sokongan kepada ekosistem bisnes dan membolehkan bisnes dijalankan dan dikembangkan tanpa perlu melibatkan pinjaman bank. Pemodal merupakan antara orang-orang yang mahu mempunyai kepentingan dalam bisnes-bisnes pilihan dalam industri tertentu.
43
PANDUAN 18:
Nilai modalDalam kebanyakan bisnes, kos membuka adalah rendah secara relatif kepada kos-kos jelas dalam memulakan bisnes perkhidmatan terutama tanpa premis.
PANDUAN 19:
Panduan Menerima ModalApabila menerima modal daripada pemodal, pendiri bisnes perlu bersedia dengan keperluan berbisnes secara bersyarikat dan budaya melapor. Berikut adalah perkara yang perlu diteliti: Jumlah sebenar modal yang diperlukan a) Sediakan unjuran kewangan bisnes untuk 3 tahun pertama.
b) Semak jumlah wang yang ada dan anggaran
keperluan wang cukup untuk menanggung kos operasi.
44
c) Kira jumlah sebenar dan masa yang diperlukan
untuk modal masuk.
Untuk tujuan ini, khidmat nasihat daripada akauntan yang bertauliah dan berpengalaman akan membantu. Latar belakang pemberi modal Ada pemodal yang profesional dan pemodal amatur. Pilih pemodal profesional. Antara ciri pemodal profesional:
a) Merupakan orang bisnes dan mempunyai ilmu bisnes meskipun tidak mempunyai bisnes sendiri (business acumen).
b) Pernah melabur dalam bisnes lain c) Faham hal-hal asas persyarikatan
d) Mempunyai wang lebihan yang tidak akan digunakan dalam tempoh yang panjang.
45
PANDUAN 20:
Model perkongsian keuntunganTentukan model perkongsian keuntungan dan cara pembayaran yang sesuai. Antara yang biasa dilakukan ialah:
a) Melalui pegangan saham dalam syarikat dengan terma-terma yang tidak melanggar Akta Syarikat. b) Melalui pinjaman sementara dengan perkongsian
keuntungan yang jelas kiraannya.
Kos-kos yang timbul
Mengambil pemodal akan melibatkan kos tambahan meskipun sedikit. Ini termasuklah:
a) Kos menyediakan bahan dan mengendalikan sesi taklimat.
b) Kos menyediakan dokumen dan borang-borang termasuk perjanjian dan setem cukai.
46
PANDUAN 21:
Panduan Sebagai Pemodal Menjadi pemodal bisnes melibatkan 2 fasa iaitu sebelum dan semasa menjadi pemodal.Seorang pemodal perlu bersedia sebelum menjadi pemodal. Maka, pendiri bisnes yang mahu menerima modal juga mestilah memastikan pemodal melalui fasa 1 dan fasa 2 ini.
Pemodal akan dapat bersedia dengan lebih baik apabila bakal penerima modal bersedia untuk memastikan pemodal melalui semua perkara dalam fasa sebelum dan semasa. Fasa 1 : Sebelum a) Kefahaman • Memahami model dan jenis pemodal
47
• Mengetahui tugas dan tanggungjawab pemodal
• Bersedia menjadi pemodal profesional b) Modal
• Menyemak jumlah nilai modal yang ada • Mengira berapa lamakah nilai ini tidak
diperlukan untuk kehidupan seharian • Menganggarkan masa bila wang modal ini
bakal diperlukan untuk diambil semula atau tidak
c) Jenis bisnes
• Semak jenis bisnes yang mahu dimodalkan. (cawangan, lesen, kerjasama, francais)
• Teliti syarikat dan individu yang menguruskan bisnes
• Dapatkan maklumat tentang budaya, falsafah dan cara kerja pihak pengurusan
48
d) Sesi penerangan atau taklimat
Pemodal mesti hadir dan dapatkan maklumat berikut:
• Profil syarikat yang lengkap : Ahli Lembaga Pengarah, tim pengurusan, jenis bisnes • Unjuran kewangan bisnes / projek
• Rancangan pengembangan projek dalam jangka masa tiga hingga lima tahun
• Semak model bisnes yang digunakan • Teliti semua risiko terbabit
Draf perjanjian perkongsian
• Semak klausa untuk keluar, tarik diri, menjual semula saham dan mengambil semula modal
• Semak klausa cara pembayaran keuntungan
• Semak klausa perwarisan
49 Fasa 2 : Semasa a) Pertemuan • Menghadiri mesyuarat yang diadakan • Membaca, menyimpan minit mesyuarat • Mengambil tindakan sekiranya perlu
berdasarkan keputusan mesyuarat
b) Dokumentasi
• Rekod penyerahan modal dan kewangan • Perjanjian pemodal – syarikat pengurusan
bisnes
o Memasukkan penama dan waris yang berhak ke atas pulangan modal
o Sediakan wasiat • Laporan
o Menerima laporan secara berkala o Membaca dan menyimpan
50
o Mengambil tindakan sekiranya perlu berdasarkan laporan
PANDUAN 22:
Pilihan Model Perkongsian Sebagai Pemodal Jangka Masa PanjangMenjadi pemegang saham dalam syarikat bisnes secara tetap dengan menerima dividen tahunan.
Contoh 1
Pemodal memasukkan satu nilai wang yang dikirakan sebagai % pegangan saham dalam syarikat SDN BHD.
• XYZ Learning & Consultancy Sdn Bhd menawarkan pegangan saham sebanyak 10 peratus dengan modal RM50,000. Bermakna, 1 peratus saham bernilai RM5,000
51
Contoh 2
Semua pemodal memasukkan satu nilai wang yang dikirakan sebagai % pegangan saham dalam syarikat PLT.
• XYZ Learning Centre PLT memerlukan RM60,000 dan dapat mengutip jumlah itu daripada sekumpulan pemodal untuk memulakan satu Pusat Tuisyen.
Terdapat 50 orang pemodal yang membawa masuk nilai modal minima RM1,000 dan maksima RM21,000 % pegangan saham dinilai seperti berikut: Nilai wang dibawa (RM) / RM60,000 x 100
Jika Pemodal A memodalkan RM5,000, % sahamnya ialah: (5000/60,000) x 100 = 8.33%
52
Jangka Masa Sederhana Panjang
Menjadi pemegang saham sementara dengan pilihan menjual saham yang ada dengan peratusan saham minima dikekalkan.
Contoh
Pemodal C bersetuju membawa satu nilai modal, RMYK yang memberikan 10% pegangan saham dalam syarikat bisnes.
Syarikat bisnes dan Pemodal C bersetuju dengan pembayaran semula modal melalui penjualan saham sebanyak 7% (1dengan harga yang dipersetujui) selepas tempoh2 lapan belas (18) bulan daripada perjanjian ditandatangan.
Baki saham 3% akan dikekalkan, sehingga notis menjual saham diberikan oleh Pemodal C atau apabila beliau menerima tawaran pembelian saham dari pihak lain.
53
Nota:
1saham yang dijual semula biasanya dinilaikan dengan nilai semasa ATAU dengan nilai pada masa belian awal saham mengikut persetujuan dalam perjanjian. 2 tempoh ini diletakkan berdasarkan kiraan tempoh break-even bisnes. Jangka Masa Sederhana Pendek
Menjadi pemegang saham sementara dengan pilihan menjual saham yang ada sepenuhnya.Contoh
Pemodal C bersetuju membawa satu nilai modal, RMYK yang memberikan 10% pegangan saham dalam syarikat bisnes.
Syarikat bisnes dan Pemodal C bersetuju dengan pembayaran semula modal melalui penjualan semua
54
saham selepas tempoh a tiga puluh enam (36) bulan daripada perjanjian ditandatangan dengan nilaian semasa.
atempoh ini disebut berdasarkan kiraan di mana bisnes sudah melalui break-even dan mula membuat keuntungan tetap.
Pilihan Lain Sebagai Pemodal dan Menerima Modal
Pilihan lain bagi pendiri bisnes dan pemodal ialah dengan memberi dan menerima modal untuk jangka masa pendek.
Apakah maksudnya?
Memberi modal tertentu dalam projek kecil bisnes dengan perkongsian keuntungan.
55 Contoh projek kecil: • Modal untuk menghasilkan produk • Modal untuk mencetak bahan • Modal untuk mengeluarkan pakaian seragam • Modal untuk mengendalikan event Contoh perkongsian keuntungan: Biasanya, pembayaran semula modal sepenuhnya dengan keuntungan antara 1% hingga 3% daripada jumlah modal yang dibayar dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas jualan produk /pengendalian projek berjalan.
Contoh
Tadika Ceria mempunyai 10 cawangan dan mempunyai murid seramai 500 orang. Tadika ceria mahu mencetak 1000 pasang baju sekolah yang kosnya ialah RM25 sepasang.
56
Tempahan dari pembekal mesti dibuat seawal Ogos tahun ini. Pembayaran perlu dibuat pada bulan September.
Tadika Ceria memerlukan RM25,000 untuk menanggung kos keseluruhan. Pembekal mahukan deposit 50% iaitu RM 14,500 dibayar pada 10 November. Tadika Ceria hanya mempunyai RM10,000 yang disimpan untuk
‘operational expenses’ 10 cawangannya.
Tadika Ceria tidak mahu mengambil fasiliti overdraft dari bank. Maka, Tadika Ceria membuat keputusan untuk mendapatkan pemodal memodalkan RM20,000 untuk projek ini dan selebihnya dimodalkan sendiri.
Contoh kos sepasang baju sekolah dikira seperti berikut:
Harga dari pembekal : RM25,000
Kos lain (termasuk kos pengurusan, logistik dan simpanan): RM 10
57 Harga kos sebenar baju sekolah ialah: RM35 Harga jualan kepada pelanggan: RM45 Untung kiraan : RM10
Tadika Ceria menawarkan keuntungan atas setiap baju sekolah yang dibeli dengan duit modal sebanyak RM3 sepasang.
Pembayaran semua modal sepenuhnya adalah pada 10 Disember dan baki keuntungan pada 1 Januari tahun hadapan.
Puan Azimah bersetuju untuk memodalkan projek pembuatan ‘baju sekolah’ untuk Tadika Ceria dengan memasukkan wang sebanyak RM20,000 pada 1 November tahun ini. Kiraan pembayaran keuntungan: Jumlah baju yang dibeli dengan duit modal: RM20,000 (jumlah modal) / 25 = 800 pasang baju
58 Jumlah keuntungan : Perkongsian untung satu baju = RM3 Jumlah keuntungan dibayar kepada pemodal = RM3 x 800 pasang baju = RM2400
Bermakna Puan Azimah akan menerima semula RM20,000 pada 10 Disember tahun ini dan keuntungan sebanyak RM2400 pada 1 Januari tahun hadapan. Tempoh wang Puan Azimah ditangan Tadika Ceria hanyalah 2 bulan sahaja.
PANDUAN 23:
Panduan Am Menjadi Pemodal dan Persediaan Menerima Modal
a) Pengurusan bisnes mestilah dilakukan secara bersyarikat
b) Syarikat pengurusan bisnes mestilah berdaftar PLT atau SDN BHD.
59
c) Maklumat syarikat dan individu dalam syarikat boleh disemak di SSM dengan sedikit bayaran. d) Syarikat mestilah mempunyai ‘Setiausaha
Syarikat’ yang aktif dalam pengurusan syarikat. e) Perjanjian yang disediakan dirujuk kepada
peguam sebelum ditandatangani.
f) Semak adanya terma pembahagian perkongsian yang jelas.
g) Semak terma untuk pemindahan / pembayaran semula modal.
h) Semak terma untuk menarik diri sebagai pemodal. i) Semua transaksi dan komunikasi mestilah
direkodkan.
j) Syarikat yang menguruskan pemodal dengan betul akan:
• Memberikan semua maklumat berkenaan syarikat bisnes dengan telus
• Menjalankan / menguruskan bisnes dengan kepakaran dan pengalaman
60
• Mempunyai cara-cara mengurus yang melibatkan pengurusan risiko yang baik k) Kewujudan internal dan external auditor dalam
syarikat akan meminimakan risiko bisnes sekaligus meminimakan risiko pemodal.
l) Syarikat yang menguruskan bisnes mestilah syarikat yang mempunyai pemegang saham yang sah, Ahli Lembaga Pengarah dilantik dan tim pengurusan yang berwibawa.
m) Pengurusan bisnes mestilah bersistem dan mempunyai SOP yang membolehkan pengiraan dividen dibuat dengan betul.
n) Elakkan daripada melabur dalam syarikat yang diuruskan sepenuhnya oleh keluarga tertentu untuk meminimakan risiko sebagai pemodal. o) Menggunakan khidmat valuer untuk melakukan
due diligence adalah yang biasa dilakukan oleh
syarikat korporat yang melabur dalam syarikat bisnes lain.
61