2
23 PANDUAN AM
MEMULAKAN BISNES
untuk usahawan.
Noraminah Omar www.noraminahomar.com3
HAK CIPTA
© Life Tract Learning Resources (002870886-V) Terbitan Pertama: Oktober 2020
Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk,
diterbitkan atau disimpan semula dalam bentuk dan cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara sama ada secara elektronik, komputer, fotokopi, mekanik, rakaman, gambar atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Diterbitkan oleh
Life Tract Learning Resources (002870886-V) 013 380 8831
4
KANDUNGAN
Tentang Penulis BAB 1
Pengenalan
PANDUAN 1: Latar Belakang Pendidikan PANDUAN 2: Hadir Kursus Bisnes PANDUAN 3: Berkuli
PANDUAN 4: Kerja Berkumpulan BAB 2
Fahaman Dan Mindset Bisnes
PANDUAN 5: Berhenti kerja untuk berbisnes PANDUAN 6: Menerima modal untuk berbisnes PANDUAN 7: Berhenti Kerja untuk Berbisnes PANDUAN 8: Menerima Modal Untuk Berbisnes PANDUAN 9: Cara Bekerja dan Berfikir
PANDUAN 10: Mengurus Kewangan BAB 3
Persediaan Diri
PANDUAN 11: Langkah 1: Persediaan diri sendiri PANDUAN 12: Langkah 2: Validasi dan pengesahan. PANDUAN 13: Langkah 3 : Kemahiran Asas dalam Bidang PANDUAN 14: Langkah 4 : Membina Karisma
5 BAB 4
Modal Dan Pemodal
PANDUAN 16: Modal PANDUAN 17: Pemodal PANDUAN 18: Nilai modal
PANDUAN 19: Panduan Menerima Modal PANDUAN 20: Model perkongsian keuntungan PANDUAN 21: Panduan Sebagai Pemodal
PANDUAN 22: Pilihan Model Perkongsian Sebagai Pemodal PANDUAN 23: Panduan Am Menjadi Pemodal dan
Persediaan Menerima Modal BAB 5
6
TENTANG PENULIS
Noraminah Omar, merupakan seorang Penasihat Perniagaan (Business Advisor), Konsultan dan Jurulatih.
Terdahulu beliau menguruskan sebuah syarikat bisnes pendidikan dengan 5 cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3500 anak anak-anak dan keluarga dari tahun 2007-2013.
2014, beliau merupakan individu yang ditangunggjawabkan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau juga terlibat dalam pembangunan konsep
perkongsian terbuka untuk rangkaian pendidikan.
2012 -2014, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kehormat WENA. Kini merupakan ahli aktif persatuan “Private Education Entrepreneurs Association of Malaysia (PEEAM)”. Beliau juga merupakan ahli Toastmasters Club Kajang.
Beliau menamatkan program CEO@University kendalian SMECorp pada tahun 2013. Beliau menamatkan latihan professional dalam bidang pendidikan termasuk Certificate in Early Childhood, Pam Arnold College, Sijil Perguruan Tadika (Persatuan Tadika Malaysia) dan Certificate in Early Childhood, DiKa College. Beliau merupakan
7
graduan Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan CAD/CAM.
Beliau menerbitkan sendiri 5 tajuk buku bergambar kanak-kanak yang dilancarkan di Singapura pada tahun 2014.
Pada tahun yang sama beliau terlibat sebagai salah seorang fasilitator dalam program “Education in Business in Diversified Culture : A Lean Start-Up” 28 April - 2 May 2014, kendalian NAM Institute for the Empowerment of Women.
Bidang konsultasi dan khidmat nasihat beliau termasuklah pengurusan proses kerja (SOP) dan pengurusan perniagaan untuk SME.
Beliau menulis di www.noraminahomar.com. Menyokong kepada visi
“shared prosperity”, beliau yakin bahawa perubahan hanya bermula daripada setiap individu dalam sebuah masyarakat.
8
BAB 1:
9
Bisnes, bukanlah satu perkara yang biasa bagi saya yang dibesarkan dalam suasana yang sederhana. Secara jujur, ramai yang memulakan bisnes berdasarkan kecenderungan dan minat masing-masing.
Tanpa sedar, ramai yang terperangkap dalam set minda ini apabila apa yang mereka lakukan tidak dapat mereka ‘jual’
Pada masa yang sama, ramai juga percaya kepada kekuatan kepakaran masing-masing dalam bisnes untuk berjaya. Namun, ia mesti disokong dengan pembangunan sistem pengurusan yang kukuh.
Umum juga sedia maklum bahawa bisnes hanya boleh dilakukan apabila mereka mempunyai matlamat dan sebab yang jelas dalam menjalankan bisnes. Membuka perniagaan memerlukan persediaan. Perjalanan bisnes mengambil masa untuk berjaya.
10
PANDUAN 1:
Latar Belakang Pendidikan
Latar belakang pendidikan banyak membantu seseorang untuk berjaya menjalani hidup berbisnes. Pendidikan formal bukanlah satu faktor yang muktamad. Pembelajaran secara berterusan dapat memastikan kelangsungan ilmu dan pembangunan diri seseorang dalam bisnes.
PANDUAN 2:
Hadir Kursus Bisnes
Kelompongan antara kemahiran dan bakat mesti diisi dengan betul. Pengurusan masa untuk menghadiri kursus, program latihan dan sesi jaringan menjadi platform penting untuk membangunkan kemahiran, mengasah bakat dalam bisnes dan kepakaran dalam industri.
11
Bangga dan sentiasa rasa hebat dengan profesion pilihan.
PANDUAN 3:
Berkuli
Pengalaman adalah guru yang terbaik. Sebelum menceburkan diri dalam pengurusan, saya sendiri menimba ilmu dengan bekerja dengan beberapa buah institusi bisnes yang menggunakan sistem yang berbeza.
Pengetahuan yang sedikit dikumpul menjadi satu buku pelajaran yang sangat membantu apabila situasi yang dihadapi perlu ditangani. Ia hanya untuk mereka yang memerhati dan berfikir.
12
PANDUAN 4:
Kerja Berkumpulan
Bagi pengurusan sistem sumber manusia pula, ia memerlukan banyak kesabaran untuk dibangun dan diurus. Menjadi keperluan untuk orang bisnes mempunyai karisma kepimpinan.
Apabila masuk fasa mengurus bisnes, kerja menyusun tim dan membangunkan profesionalisme menjadi kritikal. Ia adalah sesuatu yang boleh dipelajari.
Membina kepercayaan dan kesefahaman dalam bekerja menjadi nadi kepada keserasian dan kejayaan antara kumpulan pengurusan dan kumpulan eksekutif (staf). Inisiatif seperti program pembangunan berterusan yang dijalankan melalui sesi latihan dan kursus perlu dirancang secara berkala.
13
Komunikasi dan maklumbalas yang dinilai dapat membantu perkembangan kualiti dalam produk dan servis yang ditawarkan.
Keyakinan yang tinggi adalah faktor utama dalam kerja berkumpulan. Mazhab dan fahaman yang sama membentuk gerak kerja yang lebih tersusun.
Kandungan bahagian ini adalah perkongsian pengalaman praktikal.
Ia juga memuatkan langkah-langkah yang mudah difahami. Ia boleh diambil dan disusun semula berdasarkan situasi unik bagi setiap jenis bisnes dengan kepelbagaian sistem yang ada.
Ia tidak hanya mengandungi maklumat dan proses asas membuka atau menubuhkan sebuah bisnes semata-mata. Ia adalah pendekatan diri secara emosi dan
14
falsafah kepercayaan dalam perjalanan menjadi usahawan.
Buku ini adalah untuk mereka yang mahu pergi jauh dalam bisnes dan tidak hanya berhenti pada tahap nilaian angka.
Perkembangan diri usahawan bisnes tidak harus disekat dengan kewujudan satu sistem. Sistem yang baik adalah sistem yang berubah mengikut keperluan semasa. Formulanya memenuhi keperluan terkini. Ia membolehkan mereka yang berada di dalamnya berkembang dengan sekata.
Buku ini juga menjadi inspirasi kepada mereka yang mahu membina modal sosial diri yang tinggi melalui bisnes berprestasi tinggi. Tujuan dan objektif yang jelas, memudahkan keputusan bisnes dibuat dengan tepat.
15
BAB 2:
FAHAMAN DAN
MINDSET BISNES
16
Apabila mahu memulakan bisnes, ramai yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Malah, tujuan menjalankan bisnes juga berbeza antara satu dengan yang lain.
Dua situasi yang menyebabkan seseorang membuat keputusan untuk berbisnes.
PANDUAN 5:
Berhenti kerja untuk berbisnes
Ada beberapa situasi biasa apabila seseorang berhenti kerja dan membuat keputusan memulakan bisnesnya. Mereka boleh berhenti daripada pekerjaan dan
menceburi pelbagai bidang. Sama ada ia bermula dengan minat atau kepakaran sedia ada.
• Dari bidang dan industri yang sama • Dari bidang dan industri yang berbeza
17
PANDUAN 6:
Menerima modal untuk berbisnes
Pada masa yang sama, ada juga yang memilih untuk memulakan bisnes kerana ada modal. Ini berlaku dalam dia keadaan:
• Ada pengalaman berbisnes • Ada pengalaman bekerja
PANDUAN 7:
Berhenti Kerja untuk Berbisnes
Mereka yang berhenti kerja mempunyai banyak sebab. Sama ada memilih untuk berhenti dan berbisnes sepenuh masa atau diakibatkan oleh situasi pembuangan pekerja oleh syarikat.
Perkara yang membezakannya adalah latar belakang dan pengalaman kerja mereka.
18
Ada yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza dengan industri tetapi mempunyai pengalaman kerja yang relevan.
Ada yang memang datang daripada latar belakang industri secara khusus yang berkaitan tetapi bukan dari bidang yang sama.
PANDUAN 8:
Menerima Modal Untuk Berbisnes
Ada satu lagi kumpulan yang menceburi bisnes dengan sebab mempunyai modal. Ada ramai yang mempunyai modal hasil daripada jualan aset, pampasan diberhentikan kerja atau dimodalkan oleh ahli keluarga. Mempunyai modal bukan satu-satunya faktor kejayaan dalam menjalankan bisnes.
19
Mempunyai modal semata-mata, tanpa ada kepakaran dan rakan kongsi yang betul, situasi yang tidak baik masih boleh timbul.
PANDUAN 9:
Cara Bekerja dan Berfikir
Apabila kita berada dalam situasi yang dipilih sendiri dalam kerjaya dan kehidupan peribadi, banyak perkara yang kita lakukan dan yang kita fikirkan perlu diubah caranya.
PANDUAN 10:
Mengurus Kewangan
Pengurusan kewangan merupakan antara yang penting dalam menguruskan bisnes. Mengurus kewangan syarikat tidak sama dengan mengurus wang sendiri, wang perbelanjaan keluarga dan perbelanjaan dapur di rumah.
20
Pengurusan kewangan dalam syarikat melibatkan sekumpulan orang yang semuanya mempunyai hak dan kuasa masing dalam bahagian dan bidang masing-masing.
Ada bahagian pentadbiran, akaun, kewangan, jualan, pengurusan stok, belian dan pengurusan sumber manusia yang semuanya melibatkan kos dan perbelanjaan yang tertentu.
Orang bisnes mesti bersedia belajar dan menerima nasihat yang betul daripada mereka yang betul agar keputusan bisnes yang dibuat dapat memastikan syarikat berjalan dan ditadbir dengan baik.
21
BAB 3:
22
Berdasarkan maklumat yang terkumpul, rata-rata terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkan seseorang itu mahu menceburi bisnes.
Antara yang paling jelas adalah di kalangan individu yang mahukan kebebasan dari belenggu jam bekerja di pejabat. Sebahagian besar mahu meluangkan lebih masa bersama-sama anak mereka sendiri.
Amnya, ramai yang mahu tahu, apakah persediaan yang perlu untuk memulakan bisnes? Banyak perkara teknikal tentang bisnes yang telah dibincangkan oleh pengendali kursus atau seminar tentang cara memulakan bisnes. Tidak kurang juga, terdapat beberapa agensi yang sememangnya fokus mengendalikan program untuk membantu mereka yang mahu menceburi bisnes dengan memberikan maklumat tentang semua proses teknikal yang terlibat.
23
Berikut ialah 5 langkah awal menyiapkan diri dalam bisnes.
PANDUAN 11:
Langkah 1: Persediaan diri sendiri
Sumber yang paling penting dan kritikal dalam fasa awal bisnes adalah diri usahawan itu sendiri. Sumber ‘diri sendiri’ ini melibatkan semua yang berada dan berlegar di sekelilingnya.
a. Ahli Keluarga
Ahli keluarga terdekat termasuklah pasangan, ibu bapa dan anak-anak ahli keluarga yang lain. Melibatkan diri
dalam bisnes terutamanya bisnes tidak memerlukan persediaan orang di sekeliling
24
usahawan. Tetapi, memerlukan persediaan menyantuni orang di sekeliling mereka.
Ini adalah persediaan penting untuk sekurang-kurangnya 12 bulan pertama melalui fasa tempoh kritikal bisnes.
b. Rekod peribadi
Ramai yang tidak menyedari bahawa rekod peribadi seorang usahawan itu adalah penting dan memberi kesan kepada perjalanan bisnes. Rekod peribadi boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
1. Latar belakang peribadi.
Katakanlah, jika usahawan adalah seorang guru sebelum ini. Paradigma umum yang biasa, kebarangkalian melihat bisnes
25
sebagai satu institusi yang patut diurus oleh mereka yang layak adalah tinggi.
Manakala apabila usahawan adalah seorang pegawai korporat yang baru berhenti kerja dan memilih untuk menceburkan diri dalam bisnes , pandangannya berbeza. Amnya, ramai berpendapat bahawa pusat pendidikan tersebut pasti tidak dikendalikan dengan baik dan hanya dijalankan dengan tujuan membuat keuntungan. Pandangan seperti ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi.
Dalam situasi tertentu pula, jantina usahawan turut memberi kesan. Umum melihat usahawan lelaki lebih dominan dan lebih dipercayai daripada usahawan wanita.
26
Namun, kebelakangan ini, situasi ini sudah berubah.
2. Latar belakang kewangan
Bisnes ada pelbagai risiko yang mesti diurus. Ia boleh dimulakan dengan kos serendah RM2K dan dilihat sebagai model bisnes yang ringkas. Untuk keluar dari bisnes juga kelihatan mudah.
Walaupun begitu, perancangan bisnes dengan teliti dan latar belakang kewangan usahawan adalah penting untuk memastikan kelangsungan perjalanan bisnes untuk jangka masa yang lebih panjang.
Sebagai contoh, meskipun modal permulaan adalah kecil, usahawan masih perlu
27
membuka akaun semasa. Ini adalah termasuk dalam tatacara menjaga akaun kira-kira. Pembukaan akaun untuk perjalanan bisnes di bawah kendalian syarikat adalah satu cara yang betul untuk menjalankan bisnes. Yuran atau sebarang bayaran tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi.
Pada peringkat permulaan membuka bisnes, kebiasaannya modal awal atau working capital adalah agak besar jumlahnya.
Selain daripada membuat bantuan dari institusi kewangan, ramai usahawan yang mendapat kepercayaan daripada pelabur atau venture capitalist untuk membantu melepasi fasa ini.
Untuk tujuan ini, rekod kewangan yang bersih juga sangat membantu.
28
Dalam bisnes juga, meskipun aliran kewangan sering berubah dan namun ia masih boleh dijangkakan.
Sebagai contoh, apabila cuti sekolah bermula pada hujung bulan hadapan, kebarangkalian aliran tunai yang masuk lewat dan tersekat adalah tinggi.
Situasi sebegini, biasanya memerlukan usahawan untuk bersedia dengan kebolehan mendapatkan kemudahan ‘overdraft’ untuk membantu dalam tempoh singkat.
Untuk tujuan seperti ini juga, usahawan memerlukan rekod kewangan yang bersih. Pendek kata, untuk terjun dalam dunia bisnes, rekod kewangan usahawan mesti bersih!
29
PANDUAN 12:
Langkah 2: Validasi dan pengesahan.
Meneruskan keputusan untuk melibatkan diri dalam bisnes memerlukan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya termasuklah:
a. Meneliti semula tujuan dan objektif berbisnes Pada satu ketika ramai yang menyangka bahawa mereka berniaga untuk mendapatkan kebebasan masa dan kewangan dalam hidup.
Mereka mahu bebas dalam membuat keputusan dan mempunyai masa yang fleksibel dalam bekerja.
30
Apakah kenderaan yang bakal dipilih? Bagaimanakah memilih kenderaan untuk ke destinasi tersebut?
Apakah risiko dan peluang sepanjang perjalanan itu nanti?
Objektif bisnes boleh dimulakan dengan menyusun perkara yang boleh dicapai dalam tempoh 3 bulan pertama, kemudian 6 bulan pertama dan seterusnya.
Apabila memulakan bisnes, semua objektif mesti jelas dan spesifik termasuklah:
• Objektif Pengurusan
Contoh: Kadar turnover staff dalam tempoh 11 bulan pembelajaran hanya sebanyak 3 peratus sahaja.
31 • Objektif Kewangan
Contoh : Mendapat 50 orang pelanggan dengan belian minima RM100
• Objektif Pencapaian
Contoh : Menambah bilangan aset setiap tahun.
Dengan adanya objektif yang berkala dan bersifat ‘boleh-capai’, keputusan yang cepat dan tepat boleh dilakukan dengan mudah.
Apabila keputusan untuk berbisnes boleh dibuat sebegini, bermakna seseorang itu sudah bersedia untuk berada dalam bisnes.
b. Semakan persiapan diri mengurus untuk bisnes Berbisnes memerlukan sokongan. Dalam setiap bisnes, perlu ada aliran dan rantaian yang
32
tertentu. Maka, tidak dinafikan bahawa kemahiran dalam industri membantu orang bisnes berjaya dalam bisnesnya.
Sebagai contoh, seorang usahawan kedai kek perlu tahu selok-belok dan tatacara membuat kek.
Walau bagaimanapun, tidak semua pembuat kek boleh berbisnes.
Oleh itu, dalam industri pendidikan, seseorang yang sudah bersedia, mesti tahu tentang selok-belok dan keperluan bisnes, meskipun beliau bukan pakar dalam bidang.
33
PANDUAN 13:
Langkah 3 : Kemahiran Asas dalam Bidang Secara amnya, ada 2 bahagian penting dalam menjalankan bisnes.
1. Pengetahuan dalam bidang
a. Kelulusan kemahiran minima yang diperlukan seperti sijil profesional. Diploma atau
sebagainya.
b. Pengalaman (hands-on) adalah antara yang penting untuk bermula. Biasanya, pengalaman minima selama 12 bulan sudah memadai sebagai permulaan.
c. Faham dan fasih tentang tatacara pengendalian operasi.
34 2. Asas pengurusan bisnes
Bahagian ini terbahagi kepada 2 iaitu memulakan bisnes dan menguruskan bisnes.
a. Memulakan Bisnes : Kemahiran asas memulakan bisnes
• Menyediakan rancangan perniagaan • Melakukan kajian pasaran
• Menyediakan unjuran kewangan
Secara ringkasnya, bakal usahawan perlu mahir menggunakan Business Model Canvas (BMC)
sebagai persediaan memulakan bisnes. b. Menguruskan Bisnes :
• Operasi
o Pengurusan syarikat pengurusan bisnes dan pengurusan am syarikat.
o Aktiviti pembelajaran, operasi dan program yang berkaitan
35
o Aktiviti pemasaran dan pengurusan pelanggan
• Kewangan
o Asas pengurusan kewangan
o Penyusunan rekod berkaitan kewangan
• Pengurusan sumber manusia
o Pengambilan dan pemberhentian
o Pembangunan dan perkembangan profesional
o Asas perundangan pengurusan Maka, apabila ditanya :
Apakah yang perlu saya lakukan untuk persediaan membuka bisnes?
36
a) Rancangkan bagaimana perkara 1 (pengetahuan asas ) dan perkara 2 (asas pengurusan bisnes) dapat diadakan.
• Mempelajari kedua-dua bahagian perkara 1 dan 2; ATAU
• Mencari rakan kongsi yang dapat melengkapkan keperluan 1 dan 2.
b) Bercakap-cakap dengan mereka yang sudah dan sedang menjalankan bisnes itu.
c) Menghadiri program yang boleh membantu kita membina ‘network’ seperti kongres, konvesyen, kelas latihan dan seumpamanya.
d) Membaca dan mengumpulkan maklumat berkaitan melalui bahan bacaan atau sumber khusus seperti Jabatan atau Agensi kerajaan dan swasta.
37
e) Bermula dengan berkuli atau bekerja terlebih dahulu dengan mana-mana institusi atau syarikat bisnes yang mahu kita ceburi.
f) Rancangkan bagaimana modal dapat dikumpulkan dalam tempoh tertentu sebelum bermula.
PANDUAN 14:
Langkah 4 : Membina Karisma
Apabila seseorang masuk ke dalam dunia bisnes, dia perlu bersedia untuk membina karisma diri sebagai pemimpin dan pengurus bisnes.
Bisnes hanya berlaku apabila ada transaksi wang antara satu pihak dengan pihak yang lain. Maka, kemahiran dan karisma diri membolehkan seseorang mempengaruhi orang lain untuk mempercayai idea dan nilai bisnesnya.
38
Kemahiran mengurus dan pandai mendorong diri sendiri akan membantu mereka menguruskan bisnes, membina karisma dan mengekalkan motivasi dalaman orang bisnes itu sendiri.
PANDUAN 15:
Langkah 5 : Ilmu dan Mentor
Dalam semua jenis bisnes, ilmu dan panduan daripada mereka yang pernah, telah dan sedang menjalankan bisnes tersebut menjadi satu persediaan yang penting juga.
Selain mentor dalam bidang pendidikan, mentor untuk bahagian pengurusan, kewangan dan strategi banyak membantu orang bisnes mempersiapkan diri dalam melangkah ke fasa menjalankan bisnes kelak.
39
BAB 4:
40
PANDUAN 16:
Modal
Salah satu perkara penting yang diperlukan dalam semua bisnes ialah modal.
Modal ini boleh datang dalam banyak bentuk termasuk modal nama baik, kemahiran, kepakaran dan wang. Modal berbentuk wang diperoleh daripada banyak cara:
• Wang simpanan sendiri • Wang hasil jualan aset
• Pinjaman daripada ahli keluarga
• Pinjaman daripada bank dan institusi kewangan atau ejensi
Fokus penulisan ini adalah modal tanpa melibatkan diri dalam risiko pinjaman.
41
Tidak semua orang mempunyai wang simpanan yang besar selagi belum mencapai usia tertentu dengan kerjaya dan gaji tertentu. Maka, pada kebanyakan masa dinasihatkan agar bisnes dimulakan dengan apa yang ada. Dalam konteks bisnes tadika dan pendidikan, modal awal paling minima ialah modal pemasaran dan sewaan premis bisnes. Oleh itu, modal wang sememangnya diperlukan dalam proses membuka bisnes tadika.
Persediaan memulakan bisnes memerlukan pendiri bisnes merancang cara dan keperluan mendapatkan modal tanpa perlu terlibat dalam apa-apa pinjaman yang membebankan.
Salah satu perkara yang dibolehkan adalah membawa masuk pemodal dengan menawarkan saham dalam syarikat bisnes.
42
PANDUAN 17:
Pemodal
Pemodal merupakan satu istilah yang dipilih untuk digunapakai dalam konteks perbincangan ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan istilah pelabur yang banyak dimanipulasikan.
Pemodal merupakan individu atau syarikat yang mempunyai wang lebihan dan tidak perlu menggunakannya dalam tempoh yang panjang.
Tempoh ini mungkin mengambil masa sesingkat 18 bulan dan sepanjang hayat individu atau syarikat berkenaan. Pemodal dapat memberikan sokongan kepada ekosistem bisnes dan membolehkan bisnes dijalankan dan dikembangkan tanpa perlu melibatkan pinjaman bank. Pemodal merupakan antara orang-orang yang mahu mempunyai kepentingan dalam bisnes-bisnes pilihan dalam industri tertentu.
43
PANDUAN 18:
Nilai modal
Dalam kebanyakan bisnes, kos membuka adalah rendah secara relatif kepada kos-kos jelas dalam memulakan bisnes perkhidmatan terutama tanpa premis.
PANDUAN 19:
Panduan Menerima Modal
Apabila menerima modal daripada pemodal, pendiri bisnes perlu bersedia dengan keperluan berbisnes secara bersyarikat dan budaya melapor. Berikut adalah perkara yang perlu diteliti:
Jumlah sebenar modal yang diperlukan
a) Sediakan unjuran kewangan bisnes untuk 3 tahun pertama.
b) Semak jumlah wang yang ada dan anggaran keperluan wang cukup untuk menanggung kos operasi.
44
c) Kira jumlah sebenar dan masa yang diperlukan untuk modal masuk.
Untuk tujuan ini, khidmat nasihat daripada akauntan yang bertauliah dan berpengalaman akan membantu. Latar belakang pemberi modal
Ada pemodal yang profesional dan pemodal amatur. Pilih pemodal profesional. Antara ciri pemodal profesional:
a) Merupakan orang bisnes dan mempunyai ilmu bisnes meskipun tidak mempunyai bisnes sendiri (business acumen).
b) Pernah melabur dalam bisnes lain c) Faham hal-hal asas persyarikatan
d) Mempunyai wang lebihan yang tidak akan digunakan dalam tempoh yang panjang.
45
PANDUAN 20:
Model perkongsian keuntungan
Tentukan model perkongsian keuntungan dan cara pembayaran yang sesuai. Antara yang biasa dilakukan ialah:
a) Melalui pegangan saham dalam syarikat dengan terma-terma yang tidak melanggar Akta Syarikat. b) Melalui pinjaman sementara dengan perkongsian
keuntungan yang jelas kiraannya. Kos-kos yang timbul
Mengambil pemodal akan melibatkan kos tambahan meskipun sedikit. Ini termasuklah:
a) Kos menyediakan bahan dan mengendalikan sesi taklimat.
b) Kos menyediakan dokumen dan borang-borang termasuk perjanjian dan setem cukai.
46
PANDUAN 21:
Panduan Sebagai Pemodal
Menjadi pemodal bisnes melibatkan 2 fasa iaitu sebelum dan semasa menjadi pemodal.
Seorang pemodal perlu bersedia sebelum menjadi pemodal. Maka, pendiri bisnes yang mahu menerima modal juga mestilah memastikan pemodal melalui fasa 1 dan fasa 2 ini.
Pemodal akan dapat bersedia dengan lebih baik apabila bakal penerima modal bersedia untuk memastikan pemodal melalui semua perkara dalam fasa sebelum dan semasa.
Fasa 1 : Sebelum a) Kefahaman
47
• Mengetahui tugas dan tanggungjawab pemodal
• Bersedia menjadi pemodal profesional b) Modal
• Menyemak jumlah nilai modal yang ada • Mengira berapa lamakah nilai ini tidak
diperlukan untuk kehidupan seharian • Menganggarkan masa bila wang modal ini
bakal diperlukan untuk diambil semula atau tidak
c) Jenis bisnes
• Semak jenis bisnes yang mahu dimodalkan. (cawangan, lesen, kerjasama, francais)
• Teliti syarikat dan individu yang menguruskan bisnes
• Dapatkan maklumat tentang budaya, falsafah dan cara kerja pihak pengurusan
48
d) Sesi penerangan atau taklimat
Pemodal mesti hadir dan dapatkan maklumat berikut:
• Profil syarikat yang lengkap : Ahli Lembaga Pengarah, tim pengurusan, jenis bisnes • Unjuran kewangan bisnes / projek
• Rancangan pengembangan projek dalam jangka masa tiga hingga lima tahun
• Semak model bisnes yang digunakan • Teliti semua risiko terbabit
Draf perjanjian perkongsian
• Semak klausa untuk keluar, tarik diri, menjual semula saham dan mengambil semula modal
• Semak klausa cara pembayaran
keuntungan
49 Fasa 2 : Semasa
a) Pertemuan
• Menghadiri mesyuarat yang diadakan • Membaca, menyimpan minit mesyuarat • Mengambil tindakan sekiranya perlu
berdasarkan keputusan mesyuarat b) Dokumentasi
• Rekod penyerahan modal dan kewangan • Perjanjian pemodal – syarikat pengurusan
bisnes
o Memasukkan penama dan waris yang berhak ke atas pulangan modal
o Sediakan wasiat • Laporan
o Menerima laporan secara berkala
o Membaca dan menyimpan
50
o Mengambil tindakan sekiranya perlu berdasarkan laporan
PANDUAN 22:
Pilihan Model Perkongsian Sebagai Pemodal Jangka Masa Panjang
Menjadi pemegang saham dalam syarikat bisnes secara tetap dengan menerima dividen tahunan.
Contoh 1
Pemodal memasukkan satu nilai wang yang dikirakan sebagai % pegangan saham dalam syarikat SDN BHD.
• XYZ Learning & Consultancy Sdn Bhd menawarkan pegangan saham sebanyak 10 peratus dengan modal RM50,000. Bermakna, 1 peratus saham bernilai RM5,000
51 Contoh 2
Semua pemodal memasukkan satu nilai wang yang dikirakan sebagai % pegangan saham dalam syarikat PLT.
• XYZ Learning Centre PLT memerlukan RM60,000 dan dapat mengutip jumlah itu daripada sekumpulan pemodal untuk memulakan satu Pusat Tuisyen.
Terdapat 50 orang pemodal yang membawa masuk nilai modal minima RM1,000 dan maksima RM21,000
% pegangan saham dinilai seperti berikut: Nilai wang dibawa (RM) / RM60,000 x 100
Jika Pemodal A memodalkan RM5,000, % sahamnya ialah: (5000/60,000) x 100 = 8.33%
52 Jangka Masa Sederhana Panjang
Menjadi pemegang saham sementara dengan pilihan menjual saham yang ada dengan peratusan saham minima dikekalkan.
Contoh
Pemodal C bersetuju membawa satu nilai modal, RMYK yang memberikan 10% pegangan saham dalam syarikat bisnes.
Syarikat bisnes dan Pemodal C bersetuju dengan pembayaran semula modal melalui penjualan saham sebanyak 7% (1dengan harga yang dipersetujui) selepas tempoh2 lapan belas (18) bulan daripada perjanjian
ditandatangan.
Baki saham 3% akan dikekalkan, sehingga notis menjual saham diberikan oleh Pemodal C atau apabila beliau menerima tawaran pembelian saham dari pihak lain.
53 Nota:
1saham yang dijual semula biasanya dinilaikan dengan
nilai semasa ATAU dengan nilai pada masa belian awal saham mengikut persetujuan dalam perjanjian.
2tempoh ini diletakkan berdasarkan kiraan tempoh
break-even bisnes.
Jangka Masa Sederhana Pendek
Menjadi pemegang saham sementara dengan pilihan menjual saham yang ada sepenuhnya.Contoh
Pemodal C bersetuju membawa satu nilai modal, RMYK yang memberikan 10% pegangan saham dalam syarikat bisnes.
Syarikat bisnes dan Pemodal C bersetuju dengan pembayaran semula modal melalui penjualan semua
54
saham selepas tempoh a tiga puluh enam (36) bulan daripada perjanjian ditandatangan dengan nilaian semasa.
atempoh ini disebut berdasarkan kiraan di mana bisnes
sudah melalui break-even dan mula membuat keuntungan tetap.
Pilihan Lain Sebagai Pemodal dan Menerima Modal Pilihan lain bagi pendiri bisnes dan pemodal ialah dengan memberi dan menerima modal untuk jangka masa pendek.
Apakah maksudnya?
Memberi modal tertentu dalam projek kecil bisnes dengan perkongsian keuntungan.
55 Contoh projek kecil:
• Modal untuk menghasilkan produk • Modal untuk mencetak bahan
• Modal untuk mengeluarkan pakaian seragam • Modal untuk mengendalikan event
Contoh perkongsian keuntungan:
Biasanya, pembayaran semula modal sepenuhnya dengan keuntungan antara 1% hingga 3% daripada jumlah modal yang dibayar dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas jualan produk /pengendalian projek berjalan.
Contoh
Tadika Ceria mempunyai 10 cawangan dan mempunyai murid seramai 500 orang. Tadika ceria mahu mencetak 1000 pasang baju sekolah yang kosnya ialah RM25 sepasang.
56
Tempahan dari pembekal mesti dibuat seawal Ogos tahun ini. Pembayaran perlu dibuat pada bulan September.
Tadika Ceria memerlukan RM25,000 untuk menanggung kos keseluruhan. Pembekal mahukan deposit 50% iaitu RM 14,500 dibayar pada 10 November. Tadika Ceria hanya mempunyai RM10,000 yang disimpan untuk
‘operational expenses’ 10 cawangannya.
Tadika Ceria tidak mahu mengambil fasiliti overdraft dari bank. Maka, Tadika Ceria membuat keputusan untuk mendapatkan pemodal memodalkan RM20,000 untuk projek ini dan selebihnya dimodalkan sendiri.
Contoh kos sepasang baju sekolah dikira seperti berikut: Harga dari pembekal : RM25,000
Kos lain (termasuk kos pengurusan, logistik dan simpanan): RM 10
57
Harga kos sebenar baju sekolah ialah: RM35 Harga jualan kepada pelanggan: RM45 Untung kiraan : RM10
Tadika Ceria menawarkan keuntungan atas setiap baju sekolah yang dibeli dengan duit modal sebanyak RM3 sepasang.
Pembayaran semua modal sepenuhnya adalah pada 10 Disember dan baki keuntungan pada 1 Januari tahun hadapan.
Puan Azimah bersetuju untuk memodalkan projek pembuatan ‘baju sekolah’ untuk Tadika Ceria dengan memasukkan wang sebanyak RM20,000 pada 1 November tahun ini.
Kiraan pembayaran keuntungan:
Jumlah baju yang dibeli dengan duit modal: RM20,000 (jumlah modal) / 25 = 800 pasang baju
58 Jumlah keuntungan :
Perkongsian untung satu baju = RM3
Jumlah keuntungan dibayar kepada pemodal = RM3 x 800 pasang baju = RM2400
Bermakna Puan Azimah akan menerima semula RM20,000 pada 10 Disember tahun ini dan keuntungan sebanyak RM2400 pada 1 Januari tahun hadapan. Tempoh wang Puan Azimah ditangan Tadika Ceria hanyalah 2 bulan sahaja.
PANDUAN 23:
Panduan Am Menjadi Pemodal dan Persediaan Menerima Modal
a) Pengurusan bisnes mestilah dilakukan secara bersyarikat
b) Syarikat pengurusan bisnes mestilah berdaftar PLT atau SDN BHD.
59
c) Maklumat syarikat dan individu dalam syarikat boleh disemak di SSM dengan sedikit bayaran. d) Syarikat mestilah mempunyai ‘Setiausaha
Syarikat’ yang aktif dalam pengurusan syarikat. e) Perjanjian yang disediakan dirujuk kepada
peguam sebelum ditandatangani.
f) Semak adanya terma pembahagian perkongsian yang jelas.
g) Semak terma untuk pemindahan / pembayaran semula modal.
h) Semak terma untuk menarik diri sebagai pemodal. i) Semua transaksi dan komunikasi mestilah
direkodkan.
j) Syarikat yang menguruskan pemodal dengan betul akan:
• Memberikan semua maklumat berkenaan syarikat bisnes dengan telus
• Menjalankan / menguruskan bisnes dengan kepakaran dan pengalaman
60
• Mempunyai cara-cara mengurus yang melibatkan pengurusan risiko yang baik k) Kewujudan internal dan external auditor dalam
syarikat akan meminimakan risiko bisnes sekaligus meminimakan risiko pemodal.
l) Syarikat yang menguruskan bisnes mestilah syarikat yang mempunyai pemegang saham yang sah, Ahli Lembaga Pengarah dilantik dan tim pengurusan yang berwibawa.
m) Pengurusan bisnes mestilah bersistem dan mempunyai SOP yang membolehkan pengiraan dividen dibuat dengan betul.
n) Elakkan daripada melabur dalam syarikat yang diuruskan sepenuhnya oleh keluarga tertentu untuk meminimakan risiko sebagai pemodal. o) Menggunakan khidmat valuer untuk melakukan
due diligence adalah yang biasa dilakukan oleh syarikat korporat yang melabur dalam syarikat bisnes lain.
61
BAB 5:
KEUSAHAWANAN
SEBAGAI KERJAYA
62
KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA
Sebagaimana semua jenis kerjaya yang ada, ia mempunyai cabaran can juga halangan. Ramai yang melihat ‘usahawan’ bukan sebagai satu kerjaya. Malah, menjadi usahawan tidak ada dalam senarai ‘cita-cita’ dikalangan anak-anak kita.Selepas membaca buku ini, sudah tentu kita perlu melihat dengan satu cara yang berbeza. Usahawan merupakan satu jenis kerjaya. Maka, ia perlu
dirancangkan. Perancangan termasuklah tentang melihat perkembangan dalam menjalankan perniagaan itu. Dalam kerjaya biasa, kita bercakap tentang kenaikan pangkat dan gaji. Ia juga sama apabila kita menjadi usahawan. Ada perubahan tugas dan juga jenis imbuhan yang berbeza.
63
Secara amnya, buku ini bertujuan untuk memberikan input dan maklumat kepada pembaca untuk bersedia dengan lebih teliti apabila menjadi seorang usahawan. Ia bukan hanya tentang jualan dan membuat keuntungan, tetapi menjadi salah satu cara kita berkembang dalam kehidupan. Membangunkan diri dan pada masa yang sama mengembangkan potensi orang di sekeliling kita. Selamat menempuh dunia keusahawanan!