• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN MANIPULATIF

STANDARD KANDUNGAN

2. Motor Halus

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 2.1 Melakukan

pergerakan motor halus dengan alatan / bahan

2.1.1 Melakukan pergerakan jari

i. menerap doh dengan acuan

ii. menggentel doh menjadi bentuk bulat pelbagai saiz

1 Memegang acuan pelbagai bentuk serta saiz dan mencubit doh secara bebas

2 Memegang acuan pelbagai bentuk serta saiz dan mencubit doh dengan cara yang betul

3 Menerap doh menggunakan acuan pelbagai saiz serta bentuk dan menggentel doh menjadi bentuk bulat

4 Menerap doh dengan acuan dan menggentel doh menjadi bentuk bulat pelbagai saiz dengan teknik yang betul

5 Menerap doh dengan acuan dan menggentel doh menjadi bentuk bulat pelbagai saiz dengan teknik yang betul dan kemas

45

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 2.1 Melakukan pergerakan motor halus dengan alatan / bahan 2.1.2 Melakukan pergerakan jari dalam permainan puppet. 2.1.3 Membuat origami mengikut arahan.

1 Membuat pergerakan jari secara bebas

2

Menggerakkan jari dalam permainan puppet dan membuat lipatan kertas secara bebas

3

Menentukan kedudukan jari mengikut jenis puppet yang digunakan dan melipat kertas secara

berpandu

4

Menggerakkan jari dalam permainan puppet dan membuat lipatan kertas dengan teknk yang betul.

5

Melakukan pergerakan kreatif dalam permainan puppet dan menggabungkan pelbagai teknik lipatan asas untuk menghasilkan origami

6

Berkomunikasi bersama rakan dalam permainan puppet dan origami

46

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 2.1 Melakukan pergerakan motor halus dengan alatan / bahan

2.1.4 Menggenggam bahan yang bertekstur lembut, halus, keras dan kasar.

1 Membuat pergerakan membuka dan menutup jari-jari tangan

2 Menunjuk cara menggenggam

3 Menunjuk cara menggenggam dengan bahan

4 Menggenggam bahan yang bertekstur lembut, halus, keras dan kasar

5 Menggenggam dan membezakan bahan yang bertekstur lembut, halus, keras dan kasar

6 Menggenggam bahan yang bertekstur lembut, halus, keras dan kasar dengan selamat

47

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 2.1 Melakukan pergerakan motor halus dengan alatan / bahan

2.1.5 Membentuk corak menggunakan

penyembur air secara bebas dan berpandu.

1 Membuat pergerakan membuka dan menutup jari-jari dalam posisi tangan yang mendatar

2 Membuat aksi menggerakkan jari menggunakan penyembur air

3 Mempraktikkan kemahiran menggunakan pelbagai jenis penyembur air secara bebas

4 Membentuk corak menggunakan penyembur air secara berpandu.

5 Menghasilkan bentuk corak menggunakan penyembur air

6 Mencipta corak menggunakan penyembur air mengikut konsep/tema

48

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 2.2 Melakukan kemahiran asas motor halus melalui aktiviti harian

2.2.1 Menggunting kertas mengikut bentuk atau corak secara

berpandu.

1 Menggunting kertas secara bebas

2 Menggunting kertas mengikut garisan lurus secara berpandu

3 Menggunting kertas mengikut pelbagai bentuk garisan secara berpandu

4 Menggunting kertas mengikut bentuk atau corak secara berpandu

5 Menggunting gambar pelbagai bentuk dan corak pada akhbar atau majalah dengan kemas

49

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 2.2 Melakukan kemahiran asas motor halus melalui aktiviti harian

2.2.2 Mengisi air atau pasir ke dalam botol kosong pelbagai saiz.

1 Membuat aksi menggerakkan jari untuk menceduk atau menggenggam

2 Menunjuk cara mengisi air atau pasir ke dalam botol kosong menggunakan tangan

3 Mengisi air atau pasir ke dalam botol kosong pelbagai saiz menggunakan tangan

4 Mengisi air atau pasir ke dalam mulut botol pelbagai saiz menggunakan tangan

5 Mengisi air atau pasir ke dalam mulut botol pelbagai saiz menggunakan tangan dengan selamat

6 Menghasilkan isian air atau pasir ke dalam botol pelbagai saiz secara kreatif

50

3. Pengamatan

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 3.1 Mendiskriminasikan

bunyi 3.1.1. Mengecam bunyi- bunyian dalam sesuatu muzik latar:

i. bunyi haiwan

ii. bunyi kenderaan

iii.bunyi alam semulajadi

1 Mendengar dan menyatakan satu bunyi dalam sesuatu muzik latar.

2 Mendengar dan menyatakan tiga bunyi dalam sesuatu muzik latar.

3 Mengenal pasti bunyi-bunyian dalam sesuatu muzik latar

4 Membezakan bunyi-bunyian dalam sesuatu muzik latar

5 Mengecam dan membunyikan semula bunyi-bunyian yang didengar dalam sesuatu muzik latar.

6 Menghasilkan pelbagai bunyi-bunyian kreatif berdasarkan pengalaman

51

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 3.2 Kebolehan mengingat kembali 3.3 Kebolehan menentukan orientasi kedudukan 3.2.1 Mengecam dan mengingat kembali gambar atau nombor yang dilihat.

3.3.1 Mengenal dan membezakan

kedudukan

bentuk, nombor atau huruf.

1 Mengecam dan menyebut semula satu gambar/ nombor / bentuk/ huruf yang telah dilihat

2 Mengingat kembali dan menyebut gambar/ nombor/ bentuk/ huruf yang dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan

3 Mengenal pasti dan mengasingkan gambar/ nombor/ bentuk/ huruf yang telah dilihat

4 Membezakan orientasi kedudukan sesuatu bentuk, nombor atau huruf yang telah dilihat

5 Membuat gambaran mengenai kedudukan bentuk nombor dan huruf.

52

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 3.4 Koordinasi mata-tangan 3.4.1 Mencucuk manik pelbagai saiz

1 Memegang manik dan tali pada kedudukan yang betul

2 Mencucuk manik berlubang besar dengan cara yang betul.

3 Mencucuk manik berlubang kecil dengan cara yang betul.

4 Mencucuk manik pelbagai saiz dengan cara yang betul

5 Menghasilkan hiasan daripada pelbagai saiz manik

53

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (murid boleh…) 3.5 Pengamatan sensori motor menggunakan deria sentuh 3.5.1 Menyentuh dengan tangan dan menyatakan benda yang lembut, keras,kasar, licin dan kesat.

1 Menyentuh pelbagai permukaan dengan tapak tangan

2 Menyentuh dan menyatakan benda yang lembut, keras, kasar, licin dan kesat secara berpandu

3 Menyentuh dan membezakan benda yang lembut, keras,kasar, licin dan kesat.

4 Menyentuh dan menyatakan benda yang lembut, keras,kasar, licin dan kesat.

5 Memberi contoh benda-benda lain berdasarkan sifat bahan

6 Menghubungkaitkan sifat bahan dengan benda-benda lain di persekitaran

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk

Dokumen terkait