• Tidak ada hasil yang ditemukan

MUHAMAD HAZIQ

Dalam dokumen Definisi Pentaksiran bahasa dan Penilaian (Halaman 32-38)

Penilaian telah dilakukan ke atas Muhamad Haziq yang berumur 6 tahun. Muhammad Haziq merupakan seorang murid yang sederhana dari segi pencapaiannya. Walaupun kemahiran membaca belum dikuasai sepenuhnya, Haziq seorang yang berani dan yakin apabila soalan secara lisan diberikan kepadanya. Dia boleh memberi jawapan dangan jelas kepada soalan yang diberi.

Kemahiran Membaca

Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(26 + 10 + 12 + 9 + 0 + 4 + 6 + 0) ( 64 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua suku kata, perkataan tetapi sesetengah suku kata dibunyikan tidak tepat. Haziq belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca masih memerkan bimbingan guru.

Kemahiran Menulis

Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(6 + 26 + 3 + 26 + 10 + 4 + 8) ( 100 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran menulis. Haziq telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.

JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 74% 90 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 83% 100

3 4

Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tetapi ada keterbalikan huruf ditulis dalam melengkapkan huruf iaitu b ditulis huruf d dan sebaliknya. Huruf lain seperti tiada masalah.

Kemahiran Mengira

Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(3 + 4 + 3 + 20 + 4 + 4 + 4+ 1) ( 43 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran asas mengira pada band 3 iaitu baik dan memuaskan. Standard prestasi band 3 ialah dapat menyelesaikan operaso tambah dan tolak dengan bimbingan. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Haziq juga dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Melalui pentaksiran ini, Haziq kelihatan lebih memahami konsep tolak berbanding konsep tambah.

Kemahiran Menaakul

Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(24 + 18)_________ ( 42 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, menunjukkan bahawa prestasi perkembangan kemahiran menaakul Haziq berada pada tahap band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara dengan yakin dan jawapan yang logik. Haziq yakin pada jawapannya sendiri memudahkan

JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 78% 55 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 84% 50

penilaian dibuat. Haziq boleh memberikan jawapan yang logic terhadap seoalan yang diajukan serta dapat membantu menyelesaikan masalah.

Graf Prestasi Perkembangan Muhamas Haziq

Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Haziq telah menguasai kemahiran menulis dan menaakul dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Haziq.

0 20 40 60 80 100

Skor Murid

Skor Murid

Graf Perkembangan Murid

Tindakan susulan

BAND 4

BAND 3

BAND 2

3 6

Haziq boleh mengikuti aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain dalam aktiviti menaakul. Contohnya, membuat perbincangan bersama murid yang telah menguasai kemahiran menaakul ini. Hasil daripada perbincangan murid ini diminta membentangkan hasil di hadapan kelas supaya perkembangan mereka dapat berkembang dengan optimum. Di sini guru berperanan memberikan soalan aktiviti dan membimbing murid dengan mengaju soalan yang membantu murid menjana idea mereka. Masalah menulis huruf terbalik perlu difokuskan supaya perkembangan murid ini tidak terbantut. Pada pengamatan saya, Haziq sebenarkan mempunyai potensi untuk berkembang dengan maju, tetapi mungkin ada sesuatu yang menghalangnya menguasai sesuatu kemahiran seperti masalah mengecaman huruf ini secara tidak langsung menjejaskan prestasinya dalam kemahiran menulis dan membaca. Guru perlu membuat aktiviti yang membantunya menukar konsep bentuk b yang d yang telah terbina di dalam mindanya melalui aktiviti mencari bentuk seperti b dan d, mencantum b dan d serta membuat perbezaan kedua huruf tersebut.

Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan.

Satu instrumen pentaksiran kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul telah dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai 8 soalan bagi kemahiran membaca, 8 soalan bagi kemahiran menulis, 8 soalan bagi kemahiran mengira dan 2 soalan untuk kemahiran menaakul. Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah

Melalui proses yang telah berlaku, secara umumnya saya merumuskan pentaksiran sebagai proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Melalui aktiviti ini saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh murid. Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan dan kelebihan seseorang murid. Dalam masa yang sama, ia menggalakkan saya untuk mencari aktiviti untuk memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan guru dalam memaksimumkan perkembangan kanak-kanak. Jadi saya perlu mengenalpasti tahap perkembangan mereka sepaya dapat menyediakan aktiviti yang selaras dengan perkembangan mereka, aktiviti yang mencabar tetapi tidak begitu sukar atau begitu mudah. Kesan daripada tiada bimbingan yang sewajarnya, kanak-kanak menjadi tidak yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka ada. Oleh

3 8

itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar kelemahan murid tidak terkumpul.

Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu prasekolah. Kanak-kanak yang berjiwa bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk menjadi seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam saya setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini.

Selain daripada aktiviti tersebut, saya dapat bekerjasama dan berbincang dengan rakan-rakan tentang subjek ini. Saya dapat membina keyakinan saya dalam memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan-rakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Perbincangan juga telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah mendapatkan data murid daripada fail prasekolah serta berkolaborasi dengan guru. Melalui perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan murid yang dipilih dengan lebih dekat sama ada di rumah atau sekolah.

Secara keseluruhannya saya dapat simpulkan bahawa penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penilaian yang membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam empat jenis kemahiran utama yang perlu dikuasai iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Apa yang dapat saya tegaskan hasil daripada tugasan ini bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh diambil mudah oleh guru prasekolah. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan murid akan bertambah dan seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Akhir kata, jadilah guru yang berjaya mencorak kain putih dengan corak yang menarik dan pelbagai seterusnya menarik dapat minat pelanggan.

Dalam dokumen Definisi Pentaksiran bahasa dan Penilaian (Halaman 32-38)

Dokumen terkait