• Tidak ada hasil yang ditemukan

Definisi Pentaksiran bahasa dan Penilaian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Definisi Pentaksiran bahasa dan Penilaian"

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)

Pentaksiran

dan

(2)

2

1.0

Pengenalan

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapat menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu dalam mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid.

Untuk membuat instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami konsep pentaksiran dan penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan sahih untuk digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh membantu dalam memberi gambaran sebenar perkembangan seseorang murid tersebut.

Oleh itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerja kursus ini amat membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.

(3)

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Berikut merupakan definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pula menyatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

(4)

4

Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang diperoleh.

Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana dapat menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di samping membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

(5)

Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan kemajuan murid menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian tidak dapat dipisahkan, sama seperti pentaksiran, penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971) menyatakan penilaian sebagai

“the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”.

Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran. . Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Tujuannya untuk mendapatkan gambaran yang hanpir tepat tentang perkembangan seseorang individu tersebut.

(6)

6

Teori daripada tokoh lain pula seperti Rohaty dan Abu Bakar (1989), menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

3.0

Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

(7)

dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan :

5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.

‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini’.

Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu, pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

(8)

8

guru, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid seterusnya merancang dan mengubah suai aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan murid.

Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran tahap perkembangan murid yang hampir. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas dan mempunyai bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan. Dari sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Pentaksiran dan penilaian juga amat membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik mereka. Daripada hasil pentaksiran dan penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada membantu murid dalam mengalakkan perkembangan mereka ke tahap yang optimum. Daripada analisis data yang diperolehi guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid sama ada perlu mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang digunakan atau perlu memikirkan alternatif lain dalam usaha guru menyediakan persekitaran yang mampu membantu perkembangan murid prasekolah. Dalam erti kata lain, guru perlu Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan jika keputusan dapatan tidak memberansangkan atau menganalisis semula iventori yang digunakan sama ada terlalu sukar atau terlalu mudah untuk tahap kebolehan murid. Dari situ guru dapat Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Tujuan pentaksiran dan penilaian ini juga membantu guru mengenalpasti murid yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Murid pula boleh mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. Jadi, guru bertanggungjawab memberitahu atau menjelaskan kepada ibu bapa murid tentang perkembangan anak-anak mereka secara individu.

(9)

yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

Selain itu, pentaksiran ini bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program. Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. (Zamrina, 1996)

4.0

Prinsip Pentaksiran dan Penilaian

Berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan.

Kanak-kanak merupakan individu yang sentiasa berubah-ubah. Mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Gangguan emosi dan tahap keselesaan mereka terutamanya disebabkan oleh orang terdekat seperti rakan, ibu bapa, guru malah binatang peliharaan boleh menjejaskan keputusan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan supaya perkembangan dapat direkod dengan tepat.

Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.

(10)

1 0

penaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif ( Formative assessment ). Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangaan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Oleh itu perlu adanya perkongsian maklumat antara guru dan ibu bapa berkenaan perkembangan kanak-kanak daripada penilaian.

Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal.

Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standart digunakan, selaras dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK perlu diukur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.

Mengalami perubahan yang pesat.

Perancangan, strategi dan instrument penilaian berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat pembelajaran. Kriteria menilai perkembangan kanak-kanak perlu sesuai dengan objektif kandungan pembelajaran. Penilaian yang dijalankan perlu sesuai dengan aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam pengalaman harian mereka.

Kanak-kanak tidak berminat dengan penilaian

(11)

dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi.

Maklumat perlu sah dan sahih selaras dengan program kurikulum semasa (KSPK)

Maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Mempunyai tempoh masa yang konsisten

Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program. Maklumat berkenaan pertumbuhan, perkembangan dan pembelajaran perlu direkodkan secara sistematik dan kerap.

Mengenalpasti kesesuaian bahan dengan responden

(12)

1 2

Perlu ada tindakan susulan

Dalam pentaksiran, guru boleh mengunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi.

Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangaan kanak-kanak ini kelak. Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat “ A ” atau “ B ” dan seterusnya. Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah.

5.0

Teknik merekod penaksiran dan penilaian secara berterusan.

Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.

Rekod senarai semak

(13)

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod skala kadar

(14)

1 4

untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.

Rekod Berterusan

Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

(15)

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan.

Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

6.0

Tindakan susulan

Tindakan susulan merupakan tindakan yang diambil oleh guru apabila telah mengetahui prestasi seseorang murid. Terdapat dua peringkat tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru untuk membantu menunaikan atau menyediakan kehendak murid dalam proses perkembangan mereka supaya tidak terhenti atau terbantut. Tujuan utamanya supaya murid dapat berkembang secara optimum. Bagi murid yang belum menguasai , mereka perlu diberi bimbingan atau pemulihan. Bagi murid yang telah menguasai dengan lancar sesuatu kemahiran tersebut pula perlu disediakan aktiviti pengayaan agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran dan pengajaran yang berlaku.

(16)

1 6

Bimbingan dan pemulihan, ini adalah untuk mereka yang belum atau dalam proses menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan.

Setiap murid sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik atau dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri murid itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik atau luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa, rakan sebaya atau nasihat daripada guru.

Pengukuhan dan pengayaan

Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid yang sudah menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan tambahan yang lebih mencabar diberikan kepada golongan murid ini. Ia merupakan proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

(17)

Inventori

Kemahira

(18)

1 8

Portfolio

(19)
(20)

2 0

Analisis

data dan

(21)

Laporan dan Analisis data Elisya

Latar belakang murid

Penilaian telah dilakukan ke atas Elisya Izzwani. Elisya berumur 6 tahun. Elisya merupakan seorang kanak-kanak yang suka memberi idea serta bercerita tentang apa-apa sahaja di sekelilingnya kepada guru atau rakan-rakanya. Tidak hairanlah mengapa Elisya aktif dalam setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran.

(22)

2 keja yang diberikan kepadanya. Elisya dilahirkan dalam keluarga senang dimana kedua ibu bapanya bekerja. Sikap Elisya di sekolah juga terpengaruh daripada mud dari rumah. Apabila mud Elisya tidak baik, dia tidak akan melayan apa-apa soalan yang diberikan kepadanya.

Kemahiran Membaca

Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(26 + 10 + 12 + 18 + 6 + 4 + 6 + 8)

( 90 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah menguasai Kemahiran membaca. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah boleh membaca dan memahami ayat mudah dalam teks dengan lancar, betul, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua huruf, suku kata, perkataan, frasa serta ayat yang diuji dengan lancar tanpa bimbingan. Elisya juga dapat menjawab soalan yang diajukan dengan lancar. Dia juga ada menyatakan “ Ala, senangnya!” semasa guru sedang menjalankan penilaian ini menunjukkan bahawa tahap kebolehan kemahiran membaca Elisya telah melepasi inventori yang dibuat. Oleh itu, aktiviti pengayaan dan pengukuhan perlu dilaksanakan agar Elisya tidak bosan serta membantu perkembangannya.

Kemahiran Menulis

Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

JUMLAH MARKAH

X 100 = MARKAH KESELURUHAN

(23)

Pengiraan markah: kesilapan apabila sepatutnya ditulis huruf kecil tetapi Elisya menulis huruf besar iaitu bagi soalan 6. Dalam soalan 7 pula iaitu menggabung suku kata dan menyalin perkataan, Elisya telah menggabungkan suku kata dengan betul, tetapi semasa menyalin semula, Elisya telah meninggalkan satu huruf dalam perkataan dalam 5 daripada 6 soalan. Dalam kemahiran menulis, tidak banyak kesilapan yang dilakukan oleh Elisya. Sepanjang penilaian dilaksanakan, dapat saya perhatikan bahawa Elisya tidak fokus dalam membuat kerja, Elisya hanya ingin menyiapkan kerja dengan cepat serta sering memerhati kawan yang lain. Mungkin itulah punca banyak kesilapan dalam penulisan Elisya.

Kemahiran Mengira

Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(3 + 4 + 4 + 20 + 4 + 8 + 2 + 3)

( 48 )

(24)

2 4

tambah (+), Elisya juga telah menguasainya serta dapat menjawab semua soalan yang berkaitan dengan operasi tambah tanpa bimbingan dengan betul. Tetapi, daripada soalan 7 dan 8, dapat dinilai bahawa Elisya belum menguasai operasi tolak (-). Hampir semua jawapan bagi operaso tolak tidak betul.

Kemahiran Menaakul

Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(27 + 16)_________

( 43 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah menguasai Kemahiran asas mengira. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara dengan yakin dan jawapan yang logik. Elisya memang bijak dalam memberikan pendapat serta memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia dapat memberikan jawapan yang logik serta boleh diterima. Dia juga berjaya memberikan idea bagaimana menenggelamkan sudu plastik iaitu dengan mengikat objek berat pada sudu hasil daripada bimbingan guru tentang soalan yang sebelumnya.

Graf Prestasi Perkembangan Elisya

Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Elisya telah menguasai kemahiran 4M iaitu Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Kemahiran Mengira dan Kemahiran Menaakul. Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Elisya.

JUMLAH MARKAH

X 100 = MARKAH KESELURUHAN

(25)

0 20 40 60 80 100

Skor Murid

Skor Murid

Graf Perkembangan Murid

Tindakan susulan

Elisya memerlukan aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan kepada Elisya agar membantu perkembangannya secara progresif tanpa adanya sekatan persekitaran. Memandangkan dia telah menguasai kemahiran membaca, antara aktiviti pengayaan yang boleh membantu Elisya mengikuti perkembangan dirinya secara optimum membaca buku cerita di hadapan kelas. Begitu juga dengan kemahiran menaakul seperti menjelaskan kefahamannya terhadap sesuatu eksperimen di hadapan kelas dengan bimbingan berbentuk soalan dari guru bagi merancang pemikiran Elisya. Aktiviti seperti melengkapkan cerita atau menyalin semula ayat mengikut susunan gambar juga boleh diberi kepada Elisya.

BAND 4

BAND 3

BAND 2

(26)

2 6

Contoh Aktiviti

(27)

Laporan dan Analisis data Siti Nurameza

Latar belakang murid

SITI

(28)

2 8

Penilaian telah dilakukan ke atas Siti Nurameza. Siti juga berumur 6 tahun. Siti merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, tidak banyak bercakap dan tidak nakal. Sukar untuk mendengar suaranya. Walaupun pendiam, Siti pandai bergaul dengan rakannya. Sikapnya agak lasak jika sedang bermain.

Kemahiran Membaca

Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(26 + 10 + 12 + 16 + 6 + 1 + 2 + 0)

( 71 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua huruf, suku kata, tetapi tidak yakin apabila membaca perkataan.

Kemahiran Menulis

Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tiada kesalahan dan lancar. Tulisan Siti kemas dan cantik. Dia seorang yang berhati-hati melaksanakan tugasan walaupun agak lambat dalam menyiapkan kerja.

(29)

Kemahiran Mengira

Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(3 + 4 + 4 + 20 + 4 + 8 + 4+ 7)

( 55 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah menguasai Kemahiran asas mengira. Siti telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menyelesaikan masalah matematik dalam operasi tambah dan tolak.. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Siti juga dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Selain itu, Elisya tiada masalah dalam mengira bilangan objek dalam gambar. Dari segi menyelesaikan operasi tambah (+) dan operasi tolak (-). Kemahiran mengira Siti Nurameza berkembang lebih cepat berbanding Kemahiran membaca. Siti dapat menjawab soalan matematik dengan yakin. Kelebihan Siti ialah fokus dan sangat berhati-hati dalam menyiapkan tugasan. Tiadak hairanlah jarang ada kesilapan yang dijumpai.

Kemahiran Menaakul

Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(20 + 15)_________

( 35 )

(30)

3 0

seorang yang pendiam, mungkin menyebabkan dia kurang yakin dalam memberikan pendapat serta memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia dapat memberikan jawapan yang logik serta boleh tetapi kelihatan malu-malu untuk menjawab soalan yang diajukan.

Graf Prestasi Perkembangan Siti Nurameza

Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Siti telah menguasai kemahiran menulis dan mengira dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Siti.

0 20 40 60 80 100

Skor Murid

Skor Murid

Graf Perkembangan Murid

Tindakan susulan

Siti Nurameza memerlukan aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain dalam aktiviti mengira. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengukuhan dan

BAND 4

BAND 3

BAND 2

(31)

pengayaan kepada Siti agar membantu perkembangannya secara progresif tanpa adanya sekatan persekitaran. Antara aktiviti mengayaan dalam aktiviti mengira ialah menambahankan pengetahuan konsep nombor bulat sehingga 20 ataupun 100 sekiranya dia telah menguasai nombor tersebut. Memandangkan Siti telah mahir tentang konsep tambah, fakta asas tambah boleh diperkenalkan kepdanya.

Dedahkan Siti kepada menyelesaikan dalam bentuk lazim serta konsep puluh dan sa. Selain itu, menambahan tiga nombor juga boleh didedahkan kepada Siti. Bagi Kemahiran membaca dan menaakul pula, Siti perlu diberi pengukuhan serta dibimbing menjadi lebih yakin kepada jawapan sendiri. Pada mengamatan saya, Siti sebenarnya memahami kehendak soalan tetapi ragu-ragu untuk menyatakan pendapatnya menyebabkan dia akhirnya berdiam diri.

(32)

3 2

Laporan dan Analisis data Mohamad Haziq

Latar belakang murid

(33)

Penilaian telah dilakukan ke atas Muhamad Haziq yang berumur 6 tahun. Muhammad Haziq merupakan seorang murid yang sederhana dari segi pencapaiannya. Walaupun kemahiran membaca belum dikuasai sepenuhnya, Haziq seorang yang berani dan yakin apabila soalan secara lisan diberikan kepadanya. Dia boleh memberi jawapan dangan jelas kepada soalan yang diberi.

Kemahiran Membaca

Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(26 + 10 + 12 + 9 + 0 + 4 + 6 + 0)

( 64 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua suku kata, perkataan tetapi sesetengah suku kata dibunyikan tidak tepat. Haziq belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca masih memerkan bimbingan guru.

Kemahiran Menulis

(34)

3 4

Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tetapi ada keterbalikan huruf ditulis dalam melengkapkan huruf iaitu b ditulis huruf d dan sebaliknya. Huruf lain seperti tiada masalah.

Kemahiran Mengira

Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. dengan bimbingan. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Haziq juga dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Melalui pentaksiran ini, Haziq kelihatan lebih memahami konsep tolak berbanding konsep tambah.

Kemahiran Menaakul

Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(24 + 18)_________

( 42 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, menunjukkan bahawa prestasi perkembangan kemahiran menaakul Haziq berada pada tahap band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara dengan yakin dan jawapan yang logik. Haziq yakin pada jawapannya sendiri memudahkan

(35)

penilaian dibuat. Haziq boleh memberikan jawapan yang logic terhadap seoalan yang diajukan serta dapat membantu menyelesaikan masalah.

Graf Prestasi Perkembangan Muhamas Haziq

Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Haziq telah menguasai kemahiran menulis dan menaakul dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Haziq.

0 20 40 60 80 100

Skor Murid

Skor Murid

Graf Perkembangan Murid

Tindakan susulan

BAND 4

BAND 3

BAND 2

(36)

3 6

Haziq boleh mengikuti aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain dalam aktiviti menaakul. Contohnya, membuat perbincangan bersama murid yang telah menguasai kemahiran menaakul ini. Hasil daripada perbincangan murid ini diminta membentangkan hasil di hadapan kelas supaya perkembangan mereka dapat berkembang dengan optimum. Di sini guru berperanan memberikan soalan aktiviti dan membimbing murid dengan mengaju soalan yang membantu murid menjana idea mereka. Masalah menulis huruf terbalik perlu difokuskan supaya perkembangan murid ini tidak terbantut. Pada pengamatan saya, Haziq sebenarkan mempunyai potensi untuk berkembang dengan maju, tetapi mungkin ada sesuatu yang menghalangnya menguasai sesuatu kemahiran seperti masalah mengecaman huruf ini secara tidak langsung menjejaskan prestasinya dalam kemahiran menulis dan membaca. Guru perlu membuat aktiviti yang membantunya menukar konsep bentuk b yang d yang telah terbina di dalam mindanya melalui aktiviti mencari bentuk seperti b dan d, mencantum b dan d serta membuat perbezaan kedua huruf tersebut.

(37)

Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan.

Satu instrumen pentaksiran kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul telah dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai 8 soalan bagi kemahiran membaca, 8 soalan bagi kemahiran menulis, 8 soalan bagi kemahiran mengira dan 2 soalan untuk kemahiran menaakul. Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah

Melalui proses yang telah berlaku, secara umumnya saya merumuskan pentaksiran sebagai proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

(38)

3 8

itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar kelemahan murid tidak terkumpul.

Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu prasekolah. Kanak-kanak yang berjiwa bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk menjadi seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam saya setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini.

Selain daripada aktiviti tersebut, saya dapat bekerjasama dan berbincang dengan rakan-rakan tentang subjek ini. Saya dapat membina keyakinan saya dalam memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan-rakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Perbincangan juga telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah mendapatkan data murid daripada fail prasekolah serta berkolaborasi dengan guru. Melalui perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan murid yang dipilih dengan lebih dekat sama ada di rumah atau sekolah.

Secara keseluruhannya saya dapat simpulkan bahawa penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penilaian yang membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam empat jenis kemahiran utama yang perlu dikuasai iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Referensi

Dokumen terkait

Kaedah Bercerita pula ialah satu pendekatan alternatif pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru di peringkat sekolah rendah untuk membolehkan

Item 3 “Saya boleh kenal pasti potensi murid melalui PBD”, item 7 “Saya bertanggungjawab melaksanakan PBD dalam PdPc BM dengan telus” dan item 8 “Saya mengutamakan penguasaan kemahiran

Penguasaan Bahasa Arab: Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru ABSTRACT Bahasa Arab adalah salah satu daripada tiga bahasa utama di dunia yang memainkan peranan penting