• Tidak ada hasil yang ditemukan

Murid menjawab Lembaran Kerja 3 2 Murid menjawab Lembaran Kerja

Tidak Semuanya Sama

Tidak Semuanya Sama

Tidak Semuanya Sama

Tidak Semuanya Sama

86

Betapa istimewanya saya!

Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 87

Tajuk: Betapa istimewanya saya!

Ringkasan: Murid membuat produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan.

Standard Kandungan:

SAINS HAYAT

4.2 Mencipta produk daripada bahagian – bahagian tumbuhan.

Standard Pembelajaran:

4.2.1. Mereka bentuk produk seperti penanda buku,potpori, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan.

4.2.2. Menceritakan tentang hasil ciptaan secara lisan.

Tempoh masa: 3 waktu

Sumber: 1. Bunga dan daun 2. Surat khabar 3. Buku tebal 4. Kad manila

Aktiviti:

Aktiviti 1

1. Murid mengumpul bunga dan daun dari kawasan persekitaran sekolah.

2. Murid menyusun bunga dan daun di antara kepingan surat khabar dan memastikan bunga dan daun itu tidak bersentuhan antara satu sama lain.

3. Murid menutup bunga dan daun itu dengan surat khabar dan meletakkan sebuah buku yang tebal di atasnya.

4. Biarkan selama seminggu.

Aktiviti 2

1. Murid menampal bunga dan daun kering di atas kepingan keras 2. Murid mempamerkan hasil projek di hadapan kelas.

3. Hasil projek boleh dijadikan penanda buku.

4. Murid menjual hasil kerja untuk mengutip dana kelas.

5. Guru meminta murid memberi cadangan penambahbaikan hasil kerja mereka.

Pentaksiran: 1. Mempamerkan hasil kerja/projek.

Aktiviti pemulihan: Aktiviti pengayaan

88

Tajuk: DERIA PENGLIHATAN KITA

Ringkasan: Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti bahagian anggota badan yang berhubungkait dengan deria penglihatan, kepentingan deria penglihatan dan mensyukuri anugerah Tuhan tersebut.

Standard Kandungan :

Sains Fizikal

5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.

Standard Pembelajaran:

5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.

5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.

Tempoh masa: 2 waktu

Sumber:

1. Lampiran 1 (Kad Ujian Mata) 2. Lampiran 2 (10 gambar objek) 3. Kain penutup mata

4. Lembaran Kerja 1 (Menghargai mata)

5. Lembaran Kerja 2 (Cantuman gambar mata)

6. Lembaran Kerja 3 (Padankan mata mengikut haiwan) 7. MS PowerPoint (Slaid 10 gambar objek)

Aktiviti: 1. Guru menunjukkan kad pengujian mata di hadapan kelas (Lampiran 1). Murid-murid dikehendaki menutup sebelah mata menggunakan tapak tangan dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru.

2. Guru menyoal sama ada abjad yang ditunjukkan adalah jelas atau tidak. 3. Murid diminta menyatakan apakah deria yang diperlukan untuk

menjalankan aktiviti tersebut.

4. Guru menerangkan mata merupakan salah satu daripada deria yang dimiliki oleh manusia.

5. Guru memaparkan 10 gambar di skrin dengan menggunakan LCD (Lampiran 2 / Slaid powerpoint ). Murid diberi 1 minit untuk mengingati gambar yang dipaparkan .

6. Setelah paparan tersebut dipadamkan, murid dikehendaki menyebut seberapa banyak objek yang telah dilihat.

7. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria penglihatan (contoh objek-objek yang dilihat adalah dengan menggunakan deria penglihatan dan bukannya organ deria yang lain)

8. Guru memanggil dua orang murid kehadapan dan menutup mata salah seorang daripada mereka dengan menggunakan sehelai kain.

9. Guru memberi arahan dan meminta murid yang berkenaan mengikuti arahan tersebut. (contoh: bergerak ke arah meja guru, mengambil sebuah buku yang terdapat pada meja yang berhampiran)

89

10. Murid yang lain dikehendaki membuat penilaian dan perbandingan berdasarkan tingkah laku aktiviti yang dijalankan.

11. Dua orang murid yang berkenaan dikehendaki untuk menceritakan pengalaman yang dilalui hasil daripada aktiviti yang dijalankan.

12. Guru menjelaskan tentang kepentingan deria penglihatan dalam kehidupan seharian. Murid dikehendaki mensyukuri dan menghargai anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.

13. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran Kerja 1). Murid dikehendaki melengkapkan helaian yang diberikan berdasarkan jawapan yang disediakan

Penilaian: Lembaran Kerja 1

Aktiviti Pemulihan:

Murid diberikan gambar cantuman dan ejaan mata (Lembaran Kerja 2) . Murid dikehendaki menggunting dan mencantumkan cantuman tersebut supaya menjadi gambar dan ejaan mata yang lengkap .

Aktiviti Pengayaan:

Murid diberikan helaian (Lembaran Kerja 3). Murid dikehendaki memadankan gambar mata yang sesuai dengan haiwan yang betul.

90

• Murid dikehendaki menutup sebelah mata dengan menggunakan tapak

tangan.

• Murid diminta memerhati dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan

91

• Guru memaparkan 10 objek di hadapan kelas.

• Murid diberikan masa selama 1 minit untuk memerhatikan dan

mengingat objek tersebut.

• Murid dikehendaki menyebut objek-objek tersebut setelah paparan

92

• Lukiskan gambar mata pada tempat yang betul.

94

95

Tajuk: DUNIA WARNA

Ringkasan: Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti pelbagai warna iaitu biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu, perang dan jingga.

Standard Kandungan:

Sains Fizikal

5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.

Standard Pembelajaran:

5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu dan jingga

5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan

5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa:

2 waktu

Sumber: 1. Jalur Gemilang

2. Kad warna (biru, merah, kuning, putih) 3. Lampiran 1

4. Lembaran Kerja 1 (Penilaian) 5. Lembaran Kerja 2 (Penilaian) 6. Lembaran Kerja 3 (Pemulihan) 7. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan) 8. Lembaran Kerja 5 (Pengayaan) 9. LCD

10. MS PowerPoint/Lampiran 3 (Warna-warna berbeza)

Aktiviti: 1. Guru menunjukkan Jalur Gemilang dan murid menyatakan warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang.

2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan dan setiap

kumpulan dibekalkan dengan satu kad berwarna

berdasarkan warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang (biru, merah, kuning, putih).

3. Guru membawa murid keluar dari kelas. (contoh: ke tempat letak kereta atau tapak perhimpunan).

4. Murid memerhatikan objek di sekeliling yang mempunyai warna yang sama mengikut kumpulan masing-masing (contoh kenderaan, tiang, pasu, bangunan sekolah dan sebagainya).

5. Murid menyenaraikan dan menamakan objek yang dilihat dengan warna kumpulan.

6. Guru menjelaskan bahawa objek-objek di sekeliling mempunyai warna-warna tertentu.

96

7. Guru kemudian membawa murid mengelilingi kawasan sekolah untuk mengenalpasti warna-warna lain (iaitu hijau, hitam, ungu, perang dan jingga). Guru membimbing murid mengenal pasti warna yang terdapat pada objek yang dijumpai dan murid mengulangi sebutan tersebut. (contoh: daun-hijau, tong sampah – hitam, mural pada dinding sekolah – ungu, baju – putih, jingga – limau)

8. Guru membawa murid balik ke kelas.

9. Guru menunjukkan kad berwarna (biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu dan jingga) dan murid menyebut warna yang ditunjukkan. Guru menekankan aspek ejaan dan sebutan. (Lampiran 2)

10. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada murid

11. Guru memaparkan gambar pada skrin dan menyoal murid apa akan terjadi sekiranya semua objek sekeliling kita mempunyai warna yang sama. (Slaid powerpoint)

( Lampiran 1)

12. Guru mengaitkan warna dengan alam sekeliling dengan kejadian ciptaan Nya.

Penilaian: Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2

Aktiviti Pemulihan:

Murid menjawab Lembaran Kerja 3

Aktiviti Pengayaan:

102

103

"

! ! # $ %

&!% &!%' &!% (

&!% &!% ) &!% '

&!%" &!% * &!% " +

&!%, - &!% , &!%. / 24 24 24 24

104

0

,

105

.

-

Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 106 Tajuk: BENTUK DI SEKELILINGKU

Ringkasan: Murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk iaitu, segiempat tepat, segi empat sama, segi tiga,bulatan, sfera,

piramid,kubus,kuboid,kon dan silinder.

Standard Kandungan:

Sains Fizikal

5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.

Standard Pembelajaran:

5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, Segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaranmurid..

5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 4 waktu

Sumber: 1. Sampul berisi pelbagai bentuk. 2. Model bentuk dan bongkah. 3. Lembaran kerja 1 (Penilaian) 4. Lembaran kerja 2 (Pemulihan). 5. Lembaran kerja 3 (pengayaan) 6. Lampiran 1

7. Lampiran 2

8. Lampiran 3 (basikal beroda segiempat)

Aktiviti: Aktiviti 1

1. Guru mengedarkan sampul berisi bentuk segiempat tepat, segiempat sama, segi tiga dan bulatan kepada setiap kumpulan.

2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.

3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.

Aktiviti 2

1. Guru mengedarkan pelbagai bentuk iaitu silinder, kon, piramid, kubus dan kuboid.

2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.

3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.

Aktiviti 3

1. Guru menayangkan slaid lampiran 5.

2. Guru membincangkan kepentingan bentuk dalam kehidupan.

Penilaian: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2.

Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 107 Aktiviti

pemulihan:

Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.

Murid menyiapkan lembaran kerja 3.

Aktiviti pengayaan

Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 108

Dokumen terkait