• Tidak ada hasil yang ditemukan

Negara Berkebajikan

Dalam dokumen IRC, PAS Dan Politik Malaysia (Halaman 47-60)

Ada sesetengah pihak mengatakan, konsep Negara Berkebajikan digerakkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad dalam mendepani rakyat. Abdul Hadi Awang mengatakan bahawa Negara Berkebajikan tidak lari daripada konsep Negara Islam kerana Negara Berkebajikan sendiri adalah ciri konsep Negara Islam.

Jika kita perhaluskan lagi elemen konsep Negara Berkebajikan, ia bagaikan pengembalian semula elemen Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan Islam Dalam Abad ke 21 yang dikemukakan pada zaman Fadzil Mohd Noor.

Antara elemen yang ada dalam konsep Negara Berkebajikan ialah a) Prinsip Adil dan Ihsan (al ‘adl wa al Ihsan)

b) Memakmurkan bumi dan Menyejahterakan Rakyat c) Membina Masyarakat Madani

d) Kesaksamaan

e) Kedaulatan Undang-undang

f) Mengutamakan keperluan dan kelayakan bagi yang berhak memperolehi (al aslahiyyah)

g) Good Governance dengan prinsip kompentensi (al itiqan), pertanggungjawaban (al amanah) dan ketelusan serta keterbukaan (al shafafiyyah al hukumah)

h) Menjunjung Peratutan yang Maha Pencipta i) Prinsip Demokrasi

j) Mengukuhkan Hubungan Antarabangsa

Konsep Negara Berkebajikan membawa impak positif dan negatif kepada PAS. PAS mendapat kerusi yang banyak pada peringkat DUN sehingga menjadi kuasa penting dan berpengaruh dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Impak negatifnya, perjuangan asasi Negara Islam mula kurang disantuni oleh kelompok Pro Pakatan. Menariknya, Ulil Abshar Abadalla, tokoh Jaringan Islam Liberal pernah menyatakan ‘meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil’ antara sifat liberalisasi dalam kalangan Islamis dalam gerakan Islam.

5. Menuju PAS Baru

Mujahid Yusuf menulis buku kontroversi yang berjudul Menuju PAS Baru. Dalam buku ini banyak perbincangan idea yang baik sama ada yang telah dilakukan oleh PAS dan yang disaran dilakukan oleh PAS. Buku ini menyebabkan sesetengah pihak menyangka kelompok progresif mahu menubuhkan parti baru. Menariknya, akhirnya sebuah parti baru juga ditubuhkan.

Hubungan IKRAM Dengan PAN

IRC memberi pengalaman buruk kepada PAS dan ABIM. Penyusupan IRC menyebabkan kestabilan sesebuah organisasi tergugat kerana berlakunya fenomena jemaah dalam jemaah.

Barangkali ada beranggapan remeh dalam persoalan jemaah dalam jemaah. Jemaah dalam jemaah inilah yang dikatakan menghasilkan jaringan sehingga hampir setiap peringkat dan berisiko untuk berlaku krisis.

Penubuhan PAN disokong oleh IKRAM. Menurut Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; “IKRAM mengalu-alukan kemunculan sebuah parti baru yang ingin

memainkan peranannya yang tersendiri; demi memastikan sistem dwi-parti dapat terus diperkukuhkan.”xliii

Hasanuddin Mohd Yunus menyatakan “Di atas pendirian ini, IKRAM menyatakan

kesediaan untuk menjadi sebahagian dari gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan sejahtera.”xliv

Hasanuddin Mohd Yunus sekali lagi menyatakan “GHB akan menjadi suara untuk rakyat,

dengan membawakan idea dan pemikiran untuk kebaikan negara dan ummah.”xlv

Setelah melihat tiga kenyataan Timbalan Presiden IKRAM, Hasanuddin Mohd Yunus jelas menunjukkan IKRAM menyokong penubuhan parti baru yang kemudiaannya dikenali sebagai PAN. Hasanuddin Mohd Yunus sendiri telah dilepaskanxlvi oleh IKRAM untuk menjawat Naib Presiden PAN.xlvii

Penubuhan PAN yang menyertai Pakatan Harapan lebih disukai oleh IKRAM kerana pengamalan sistem politik dwiparti. Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM menyatakan “IKRAM percaya Pakatan Harapan akan dapat mengukuhkan sistem dwiparti di

Malaysia yang telah terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen melalui proses semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.”xlviii

Sistem dwiparti sangat penting dalam demokrasi negara kita dan ia tidak boleh digugat. Ia dilihat menghasilkan pembangkang yang kuat boleh mengimbangi pihak kerajaan dan mewujudkan suasana 1 lawan 1 ketika pilihanraya. Kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan sistem dwiparti tergugat. Setiausaha Agung IKRAM, Nahar Md Nor menyatakan “Sebab itu

apabila sistem dwiparti yang telah agak kukuh ini tergugat kita melahirkan kerisauan kita. Dengan sebab itu apabila terdapat usaha bagi mengukuhkan kembali sistem dwiparti ini, kita amat mengalu-alukannya. Insya-Allah, akan ada ahli-ahli kita yang berkemampuan dan

punyai minat yang akan terlibat secara langsung dalam proses ini”

Kenyataan IKRAM dan penglibatan tokoh yang pernah mendapat pentarbiahan mereka (al jamaah-IRC-JIM-IKRAM) menunjukkan IKRAM mampu menguasai PAN suatu masa nanti. Jika kita lihat pimpinan masa depan PAN, peluang mereka untuk menguasai PAN sangat cerah.

Pada jawatan Naib Presiden PAN, Ustaz Dr Mujahid Yusuf dikatakan pernah mendapat tarbiah Alami-JIM manakala Hasanuddin Mohd Yunus adalah Timbalan Presiden IKRAM. Pemikir mereka ialah Dzulkefly Ahmad (dikenali Abu Iman) dan pakar tarbiah mereka ialah Saari Sungip (tokoh yang berpengaruh IRC sehingga nama tertempel ‘Tanzim Abu Urwah’) berada dalam Jawatankuasa Pusat PAN.

Keanehan Politik Sebelum Penubuhan PAN

1. DAP putus hubungan Presiden PAS tetapi bukan dengan PAS. Pada 24 Mac 2015, DAP mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggar semangat konsensus serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR). “DAP hilang kepercayaan dan keyakinan

kepada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau”xlix

2. PAS Kawasan Kota Bharu menjemput Lim Kit Siang berceramah di Kota Bharu. Lim Kit Siang mempertikaikan hudud dalam ceramah PAS.l Perkara ini menimbulkan kemarahan PAS terhadap DAP kerana tidak menghormati rakyat Kelantan.

3. DAP Menolak TGHH sebagai Presiden PAS. DAP cuba campurtangan dalam pemilihan PAS. Mujahid Yusuf memberi nasihat kepada DAP ‘Serangan Lim Kit Siang dan anaknya,

Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit’.li

4. Penggunaan Cai. Kedua-dua pihak mengamalkan pengunaan chai. Permasalahan yang timbul apabila pihak yang kalah menuduh pihak yang menang mengunakan chai padahal mereka sendiri juga menggunakan chai. Pada tahun 2015, kita boleh lihat dua kelompok dalam chai iaitu tim pro ulama dengan tim pro pakatan (kelompok progresif).lii Kelompok progresif yang pro pakatan (sebenarnya Pro Anwar) telah tewas dan menubuhkan PAN.

5. Multaqa Ulama tahun 2013, resolusi memutuskan agar tahaluf siyasi dikaji semula manakala Multaqa tahun 2015 mengkritik DAP sebagai rakan tahaluf siyasi PAS

6. Muktamar sebagai medan singkirkan elemen sekular. Abdul Hadi Awang menyatakan ‘kita tak setuju untuk menjadikan PAS parti sekular, ada kalangan kita hendak buang

perkataan Islam, itu kita tak boleh terima’liii

7. Usul Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada tahun 2015 diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS ke 61 (2015).

Salah Ijtihad Politik dan Kembali kepada Jemaah

Dalam kehidupan, setiap insan melakukan kesilapan kerana kita makhluk yang lemah. Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah ulama besar dan isteri Rasulullah SAW melakukan kesilapan dalam ijtihad dalam penentangan terhadap Khalifah Ali Bin Abi Talib sehingga menyebabkan Perang Jamal.

Kekecewaan Saidatina Aisyah terhadap ijtihadnya menyebabkan beliau menolak untuk dikebumikan disamping Rasulullah jika beliau meninggal dunia. Beliau juga ada juga merintih

sedih dalam beberapa madah beliau. Antaranya dengan ayat ‘Aduhai seandainya aku ini tidak

diciptakan!’.liv

Insan seperti Saidina Aisyah melakukan kesilapan dalam ijtihad apatah kita manusia yang begitu kerdil disisi Allah, amalan dan ilmu bagaikan setitis air di lautan jika hendak dibanding dengan Saidatina Aisyah. Justeru, jika kita tersilap ijtihad dalam sesuatu perkara, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang betul.

PAN membuka ruang yang lebih luas kepada perpecahan dan perbalahan sesama umat Islam. Jika dulu umat Islam di Malaysia berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR, kini tambah satu lagi, PAN. Alangkah baiknya jika mereka kembali bertaut dengan PAS. Penulis yakin dan berdoa agar era selepas Abdul Hadi Awang berlakunya pertautan kembali antara PAS dengan PAN.

Perpecahan Umat Adalah Medan Fitnah

Perpecahan PAS membuka ruang fitnah baru yang lebih besar. Jika dulu berlaku fitnah menfitnah secara dalaman, kini suasana semakin terbuka dan lebih teruk. Masyarakat umum mula memandang serong kepada gerakan Islam dan harapan mereka berkecai kerana gerakan Islam juga sama bergaduh sesama sendiri berebut kuasa.

Dalam menilai fitnah menfitnah ini, penilaian kita perlu kepada individu dalam parti bukannya parti. Kritikan dan teguran terhadap PAN ini bukanlah menunjukkan PAS lebih baik daripada PAN bahkan barangkali PAN lebih baik dan benar daripada PAS. Persoalan yang paling

besar, tindakan bekas anggota PAS menubuhkan parti baru adalah kesilapan besar kerana mengundang perpecahan yang membawa fitnah besar pada gerakan Islam, rakyat dan Islam.

Persoalan kedua ialah mantan pemimpin PAS tidak berdisplin dalam berorganisasi seterusnya persoalan ketaatan kepada pemimpin.

Sayang pertarungan dalaman diakhiri dengan penubuhan parti baru. Kita sudah melihat impak penubuhan parti baru seperti fitnah menfitnah, caci-mencaci, label melabel, berebut aset dan pelbagai fitnah lagi.

Pada akhir zaman, fitnah berleluasa kerana perselisihan yang banyak, ujian tahap taqwa dan ujian ketaatan kepada pemimpin. Kita boleh melihat hadith-hadith Rasulullah SAW.

“Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat

(kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin al mahdiyyin (khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi gerahan dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, seseungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat”

“kaum yahudi telah berpecah kepada 71 atau 72 puak dan kaum nasrani telah berpecah kepada 71 atau 72 puak. manakala umatku sendiri berpecah kepada 73 puak.” (Riwayat Abu Daud) “Nabi SAW memandang ke arah salah satu benteng dari benteng-benteng di Madinah, lalu baginda bersabda ‘Adakah kamu melihat apa yang aku lihat? sesungguhnya aku melihat berlakunya fitnah yang dahsyat di antara kaum umpama hujan yang turun” (Riwayat Bukhari)

Fitnah politik dan perebutan kuasa ini akan membawa umat Islam ke lembah fitnah dan perpecahan umat Islam. Belum cukup lagikah peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin untuk kita menjadi pengajaran?

Mendepani Fitnah

“Kami sudah letih bersabar, baik kami keluar PAS” keluhan seorang anak muda.

“Kami sudah biasa kalah, kena caci dan dah lama bersabar. Tahun ini luar biasa, kami sudah

hilang sabar dengan kerenah mereka” kata seorang pemimpin dengan penuh geram.

Adakah kedua-dua orang ini sudah bersabar?

Kita sebagai muslim perlu terus bersabar tanpa tewas kepada nafsu. Jika kita tewas kepada nafsu, adakah kita seorang yang benar-benar bersabar?.

Maqam kedua lebih tinggi daripada maqam sabar ialah redha. Redha dengan apa yang berlaku kepada kita. Malangnya ramai yang mempermainkan konsep redha sehingga menganggap redha itu sebagai simbol kelemahan.

Maqam paling tinggi ialah syukur. Bersyukur dengan apa yang kita alami. Maqam ini agar sukar dilihat dalam kalangan umat Islam.

FASA MAQAM

Fasa 3 Syukur

Fasa 2 Redha

Fasa 1 Sabar

Dunia ini penuh fitnah. Politik medan fitnah yang paling besar. Justeru, seorang pemimpin perlu mempunyai daya kesabaran, keredhaan dan kesyukuran pada peringkat tertinggi. Seseorang pemimpin tidak perlu mengikut rentak fitnah-menfitnah. Jika kita berada dalam pihak yang benar, kita tidak perlu takut dan tidak perlu melayani fitnah-fitnah yang mendatangi kita.

Seorang pengikut tidak wajib mentaati pemimpin mereka yang jelas kepada kekufuran dengan sengaja. Mereka tidak dianggap memberontak tetapi dianggap sebagai jihad

menegakkan agama Allah dalam menentang pemimpin yang kufur. Jika pemimpin masih berpegang kepada ajaran Islam tetapi masih melakukan kezaliman dan melampau batas-batas Islam, para ulama menyatakan dua pendapat:

a) Harus menentang dan keluar daripada kesetiaan terhadapnya. (Mazhab al Sayf[pedang]) b) Tidak harus keluar menentang pemimpin yang zalim. (Mazhab al Sabr[Sabar])

Kedua-dua pendapat ini memerlukan dalil daripada al Quran dan al sunnah dalam menghadapi situasi yang berbeza atau ijtihad para alim ulama untuk memenuhi keperluan konteks semasa.

Kita tertanya-tanya, apakah ulama-ulama PAS dan Abdul Hadi Awang melakukan kezaliman?. Dan apakah dalil-dalil mereka dalam menentang kepimpinan PAS?. Tak bolehkah mereka terus bersabar, redha dan bersyukur dalam menghadapi mehnah?.

Jika kita menelusuri sejarah Saidina Usman Bin Affan, kehidupan beliau ketika itu dikelilingi oleh pihak penentang beliau. Adakah baginda tidak mampu mengarah penduduk Madinah menghalau dan menentang pihak penentang beliau?. Adakah Saidina Usman membela ‘fitnah’ (oleh pemberontak, para pelabel dan penfitnah)?.

Apabila Saidina Ali meminta izin daripada Khalifah Usman Bin Affan untuk memerangi pemberontak, Saidina Usman berkata “Aku bersumpah demi Allah, Aku adalah seorang lelaki

yang mengetahui tentang kebenaran demi kerana Allah, dan aku berikrar bahawa aku berada di pihak yang benar. Namun tidak satu titik darah orang yang menentangku atau darah kamu sekalian yang harus ditumpahkan kerana aku”.

Saidina Usman mengambil langkah tidak popular yang akhirnya menyebabkan beliau terkorban.

Dalam perjuangan Islam, kita memerlukan keikhlasan. Menurut Prof Dr Zulkifli Muhammad, Timbalan Presiden (YDP) PAS, “kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tak

tahu apa-apa, mungkin tidak kuat tetapi kalau keikhlasan ada kepada kita, maka ada harapan cita-cita kita akan dapat dilaksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat sekiranya kita tidak ikhlas kepada Islam yang kita perjuangkan.”

Keikhlasan tidak dapat dinilai kerana ia diketahui oleh empunya diri dan Allah sahaja. Cuma pengaulan dan amallah dapat menunjukkan kepada keikhlasan. Jangan sampai amalan dan pengaulan kita merugikan agama Islam.

Kebanyakan orang menyangka kebebasan bersuara dan kebebasan fikir melalui dialog, debat, forum, media sosial, muktamar, seminar, sidang meja bulat dapat menyelesaikan masalah. Kita mengalakkan kebebasan bersuara dan berfikir, cuma berwaspadalah agar tidak melampaui batas dan taksub pendapat sendiri daripada hujah atau pendapat al Quran dan al Sunnah. Imam al Ghazali menyatakan “didalam bertukar-tukar fikiran ini, akan berkembanglah

pertukaran fikiran itu kepada perbahasan dan perbalahan dan diketika perbahasan dan perbalahan itu berlaku maka bertenggeklah syaitan di atas bahu orang berbahas itu. Katanya (syaitan), “berbalah kamu, fa anta ‘ala haqqin...kamulah yang benar”. Ini mengingatkan

penulis kepada istilah ‘saya salah, anda betul’ dan narsisisme. Syaitan sangat suka jika kita merasakan diri kita benar.

Bagaimana Kita Nak Tahu Musuh Gembira Atas Kehadiran Kita?

Barat dan musuh Islam sangat gembira jika Islam dan politik berjaya dipisahkan. Barat dan musuh Islam sangat suka jika Islam tidak mentadbir dan balik bertapa di masjid. Barat dan musuh Islam sangat suka Islam tanpa syariat (Islam Amerika) atau tasawuf tanpa syariat. Musuh Islam menerima Islam kecuali tiga perkara

a) Islam dan Politik

b) Islam dan Pemerintahan

c) Islam dan Syariat (perundangan Islam terutamanya hukum hudud)

Musuh Islam terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang salah tentang Islam. Penentangan mereka kepada Islam dengan kejahilan dan tidak faham tentang Islam. Kita melihat tiga elemen di atas oleh dianggap KPI dan keaslian sesebuah gerakan Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam yang syumul.

Di Mesir, penubuhan Parti al Wasat pada tahun 1996 menjadi ‘perahu layar’ baru bagi mantan anggota Ikhwanul Muslimin. Pemimpin moderat dan progresif terutamanya kalangan anak muda menyertai Parti al Wasat.

Kehadiran parti al Wasat mendapat pujian daripada Carnegie Endowment For

International Peace dengan kenyataan “berusaha untuk menafsirkan prinsip-prinsip syariah Islam dengan cara yang konsisten dengan nilai-nilai sistem demokrasi liberal. Walaupun parti al Wasat pendukung sistem politik yang kuat meninggalkan hukum Islam, namun mereka juga memandang prinsip Islam fleksibel dan kompatibel sepenuhnya dengan prinsip-prinsip pluralisme dan hak-hak kewarganegaraan yang sama.”

Kemudian pihak musuh yang menentang Islam [pemerintahan Islam, Syariat Islam dan Politik Islam] membantu dari segi sokongan moral, dana dan jentera kepada pihak kita. Musuh tidak mudah membantu umat Islam dan gerakan Islam jika tidak mendapat apa-apa keuntungan.

Penubuhan PAN, pihak manakah yang paling gembira?.

Hala Tuju Parti Amanah Negara?

Masa depan PAN terletak dalam ilmu Allah. Lagi pun, PAN masih tidak menunjukkan prestasi sebenar dalam pilihanraya. Dalam politik, ia bukan sekitar idealisme dan potensi pemimpin sahaja, ia juga melibat dua elemen yang paling penting iaitu jentera (sumber manusia) dan dana (kewangan).

Secara kajian masa depan yang sudah tentu menimbulkan persepsi dan ramalan, penulis boleh mengemukakan beberapa telaah masa depan yang akan berlaku pada PAN. Antara hipotesisnya ialah

1. PAN akan bergabung dengan PKR atau DAP pada masa depan. Penulis lebih dekat dengan gabungan PKR+PAN menjadi parti baru. Perkara ini telah berlaku antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bergabungan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengabungan ini lebih kepada persoalan pengukuhan parti. Jika dilihat, ramainya anggota IKRAM dalam PKR, ada pendapat mengatakan mereka menunggu pengabungan.

2. Jika berlaku pengabungan dengan PKR, PAN akan kekal terbiar atau dibubarkan. Jika kekal, kemungkinan akan diambil-alih oleh IKRAM sepenuhnya.

3. PAN akan menjadi parti serpihan lain seperti HAMIM dan BERJASA yang malap dan layu. 4. PAN menjadi kuasa baru politik Malaysia sebagaimana yang dialami oleh AKP di Turki. Keempat-empat ramalan tersebut sangat bergantung kepada prestasi PAN dalam pilihanraya pada masa akan datang.

Jika ‘ramalan’ 1 dan 2 terjadi, kemungkinan besar PAN akan diambil alih oleh IKRAM untuk meneruskan misi PAN sebagai parti Islam kedua di Malaysia. Ada pendapat IKRAM mahu mencontohi PKS dan an Nahdah dalam pendekatan politik mereka. Mantan Presiden PKS, Muhammad Anis Matta antara yang begitu kerap dirujuk oleh IKRAM dalam mempelajari pendekatan politik.

Sebagaimana PKR, PAN mempunyai ramai pemimpin muda yang berbakat. PAN mampu menjadi popular dalam kalangan masyarakat berpendidikan, bandar dan anak muda. PAN dilihat sebuah parti yang akan memainkan isu popular sebagaimana PKR.

Walaubagaimanapun, isu popular ada pasang surutnya. Pemimpin boleh datang dan pergi. Unsur isu dan pemimpin bukanlah sesuatu yang mampu memberi impak jangka masa yang panjang. Paling penting dalam keutuhan sesebuah parti adalah akar umbi yang melata dalam kalangan rakyat, pengkaderan, dana, jentera dan ideologi.

Kepelbagaian proksi dalam PAN boleh menyebabkan perpecahan. PAN memerlukan ikon dan ‘ideologi’ yang boleh menyatukan semua proksi dalam PAN. PKR mempunyai Anwar Ibrahim dan ‘demokrasi liberal’. Dalam persaingan dalaman parti, kita boleh mengambil iktibar daripada penyingkiran proksi ABIM daripada PKR pada awal tahun 2000an.

PAN jangan sesekali meninggalkan ulama. Masyarakat Islam terutamanya orang Melayu pada peringkat orang awam masih menghormati ulama. PAS mampu bertahan kerana Islam (sebagai ideologi) dan ulama. Islam paling mudah difahami oleh pelbagai peringkat masyarakat sama ada bawahan atau atasan berbanding falsafah atau ideologi ciptaan manusia. Ulama pula mudah rapat dengan kelompok atasan dan bawahan.

Walaupun PAN mengatakan mereka inklusif, pengaulan dan pemikiran mereka adalah eksklusif. Sejauh mana rakyat bawahan menerima PAN?. Kita melihat PAN lebih kepada

kelompok berpendidikan dan elitis sahaja. Kemudian, sejauh manakah buah pemikiran PAN difahami oleh rakyat bawahan?.

Saranan Untuk Parti Pembangkang Malaysia.

PAS dan Pakatan Harapan serta elemen lain seperti elemen dalam UMNO-BN perlu sedar bahawa misi mereka ialah menyelamatkan negara dan rakyat daripada bencana politik, bencana sosial dan bencana ekonomi yang dibuat oleh UMNO-Barisan Nasional. Untuk itu, mereka perlu bersatu menuju ke arah satu lawan satu pada setiap kerusi pilihanraya. UMNO dijangka berkonflik, PH dan PAS perlu mendapat elemen UMNO yang menentang pentadbiran Dato Seri Mohd Najib.

Perikatan yang longgar di antara PAS, PH dan elemen UMNO perlu diwujudkan. Perikatan politik ini bersifat kerajaan pemulihan untuk penggal tersebut. Kerusi dibahagi sama banyak antara pihak PAS, PAN, DAP, PKR dan elemen UMNO di peringkat negeri dan nasional. Pada peringkat pusat, kabinet boleh terdiri seperti di bawah

Perdana Menteri : Dato Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri 1: Tan Sri Muyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri 2: Dato Seri Shafie Afdal Timbalan Perdana Menteri 3: Lim Kit Siang

Atau

Perdana Menteri : Tan Sri Muyiddin Yasin

Timbalan Perdana Menteri 1: Datin Seri Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri 2: Dato Seri Shafie Afdal Timbalan Perdana Menteri 3: Lim Kit Siang

Dimana kedudukan PAS?. Sebagai timbal balik, PAS diberi kelebihan di peringkat negeri. Di Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perlis, Menteri Besarnya dalam kalangan PAS. Pulau Pinang di bawah DAP. PKR di Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor manakala PAN di Negeri Sembilan, Perak dan Melaka. Elemen UMNO-BN diberi kelebihan sebagai majoriti dalam kabinet menteri.

Elemen UMNO-BN, PAS dan Pakatan Harapan tak ada cara lain untuk mengalahkan UMNO-BN melainkan bersatu untuk mencapai hasrat 1 lawan 1 pada setiap kerusi.

Selepas kerajaan pemulihan ditubuh dan dilaksanakan selama 5 tahun. Pilihanraya ke 15, perikatan parti itu boleh diteruskan atau memilih hasrat untuk bertanding secara bebas.

Dalam dokumen IRC, PAS Dan Politik Malaysia (Halaman 47-60)

Dokumen terkait