• Tidak ada hasil yang ditemukan

IRC, PAS Dan Politik Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IRC, PAS Dan Politik Malaysia"

Copied!
60
0
0

Teks penuh

(1)

PAS, IRC dan Politik Malaysia

Siapa Lebih Ikhwan?

Oleh

Duan Lias

(2)

IKRAM, Politik Kepartian dan Pemerintahan: Dari al Jamaah Hingga Parti

Amanah Nasional.

“Allah SWT tidak akan mengizinkan musuh-musuh dari luar menghancurkan Islam

dan kekuatan umatnya, tetapi gerakan Islam itu akan dihancurkan sendiri oleh

ancaman dari dalam diri mereka” -Fadzil Mohd Noor

Dalam tajuk ini, kita mempelajari;

a) Sejarah penubuhan IKRAM

b) Idealisme Politik IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dalam penulisan ini, kebanyakannya penulis masukkan ucapan dan penulisan

tokoh-tokoh Pertubuhan IKRAM Malaysia tanpa edit atau sedikit edit. Ia penting

dalam mengambarkan idea sebenar IKRAM dalam politik.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) didakwa sebagai Ikhwanul Muslimin

cawangan Malaysia. IKRAM merupakan pemayungan semua organisasi yang

dipengaruhi oleh Ikhwanul Muslimin dan sealiran dengannya.

Pemayungan ini didakwa mempunyai visi yang jauh iaitu penerimaan IKRAM

sebagai wakil atau cawangan Ikhwan secara mutlak kerana selama ini

pengiktirafan hanya dikatakan diberi hanya pandangan segelintir pihak dalam

Ikhwan. Pemayungan IKRAM sedikit terencat apabila dua organisasi besar yang

turut mengakui wakil Ikhwan tidak menyertai IKRAM iaitu Himpunan Lepasan

Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN Malaysia) dan Ikatan Muslimin Malaysia

(ISMA) tidak menyertainya.

(3)

Visi kedua ialah IKRAM ditubuhkan sebagai NGO. Menurut Badlihisham Mohd

Nasir, fahaman Ikhwan terhadap dakwah adalah ingin menegakkan tuntutan

Islam yang syumul khususnya dalam politik bagi merealisasikan semua objektif

pelaksanaan Islam dengan lebih berkesan. Fahaman Ikhwan sendiri mempunyai

hakikat politik iaitu keterlibatan dalam politik.

Menariknya, ada pendapat mengatakan IKRAM barangkali mengambil masa 5

tahun atau setelah merasakan dirinya kuat dan dikehendaki, IKRAM boleh

mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah parti politik Islam yang baru

(sebagaimana PKS di Indonesia, dan cukup menarik apabila kebelakangan ini,

IKRAM seringkali merujuk kepada PKS) atau menjadi affiliasi politik kepada

mana-mana parti politik yang hauskan imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan

PAS.

i

Pada tahun 2015, IKRAM menyokong penubuhan Parti Amanah Nasional (PAN)

sebagai parti Islam kedua. Timbalan Presiden IKRAM telah dilantik sebagai Naib

Presiden PAN.

Adakah tercapai hasrat IKRAM menggantikan PAS sebagai parti Islam ulung di

negara ini? Sama-samalah kita lihat.

Sejarah Penubuhan IKRAM

Asal usul IKRAM bermula apabila pelajar Malaysia yang berada di luar negara

seperti United Kingdom, Mesir, Amerika, Autralia, Kuwait, India, Maghribi, Jordan

dan beberapa negara lagi telah mendapat tarbiah daripada gerakan Islam iaitu

Ikhwanul Muslimin, Gerakan Nursi dan Jamaat Islami. Mereka menggunakan

pendekatan tarbiah dan dakwah.

Pada pertengahan 1970an, mereka pulang ke Malaysia dan menggerakkan usaha

dakwah dan tarbiah terutamanya di kampus-kampus. Penglibatan mereka dalam

pelbagai wadah dan saluran. Mereka lebih dikenali sebagai al Jamaah. Al Jamaah

menarik kalangan pelajar universiti yang genius dan berpontensi untuk ditarbiah

dan dijadikan sebagai kader dakwah.

Pada peringkat permulaan kepulangan mereka, al jamaah berhimpun membina

jamaah dalam kalangan umat Islam setempat bagi menyempurnakan

(4)

tanggungjawab bersama. Semasa di luar negara, pada April 1974 Islamic

Representative Council (IRC) telah ditubuhkan bertujuan membina jamaah yang

menyatukan pelajar dari Malaysia.

Pada 27 Julai 1990, Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan. JIM kehilangan 15

tahun kerana tidak bergerak secara terbuka dan tokoh IRC kehilangan zaman belia

mereka sebagai tokoh jemaah.

IKRAM ditubuhkan pada 22 Oktober 2009. Sejak tahun 2003, perbincangan telah

dilakukan untuk mengumpul ahli dan usaha dalam satu wahana, menyatukan

kembali sahabat yang telah menceburi pelbagai bidang. Objektif utamanya ialah

untuk menilai pencapaian dan pengalaman dan menggariskan langkah terbaik

untuk dakwah di Malaysia. Syura memutuskan penubuhan sebuah NGO Islam

pada bulan Mac 2006. Wadah NGO dipilih untuk membawa risalah dakwah dalam

konteks Malaysia.

Jawatankuasa Pusat JIM telah mencadangkan status akhir iaitu pembubaran JIM.

Pada 24 Julai 2010, Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas diadakan bersetuju

untuk menyokong dan menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Kenyataan Zaid Kamarudin, Presiden JIM selepas Perhimpunan Perwakilan

Nasional Khas JIM

“Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan

sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar

dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah,”

Walaupun kita melihat IKRAM seakan-akan mengantikan JIM tetapi ia sebenarnya

bukan mengantikan JIM. JIM dan wahana-wahana yang lain disatukan dalam

sebuah pertubuhan. JIM merupakan kumpulan terbesar dan terkehadapan dalam

masyarakat dalam kalangan wahana al Jamaah atau IRC. Ada dua wahana yang

tidak menyertai IKRAM iaitu HALUAN Malaysia dan ISMA.

IKRAM diketuai oleh Ustaz Dr Haji Mohd Parid Sheikh Ahmad daripada Alami

Mesir, keturunan ulama tersohor Negeri Sembilan dan anak usrah Tuan Guru

Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Antara anak usrah yang lain ialah

Ustaz Dr Mohamad Kamil (UM), Ustaz Dr Zawawi Ali (adik Dato Mustafa Ali,

(5)

IRC-JIM), Ustaz Abdul Rahim (Negeri Sembilan-PAS), Ustaz Darus Senawi (HALUAN), Dr

Hatta Shaharom (IRC-JIM) dan Ustaz Alias Othman (IRC-JIM).

Semasa era JIM-IRC, kelompok IRC UK yang terdiri kalangan profesional lebih ke

depan dan menonjol berbanding Alami Mesir kalangan ulama. Justeru,

masyarakat seringkali menganggap bahawa IRC itu hanya kelompok profesional.

Menariknya, pengaruh profesional dalam JIM-IRC sangat kuat sehingga timbul

istilah seperti Tanzim Abu Urwah (Ir Saari Sungip) dan JIM dipimpin oleh

profesional.

Pendirian Politik IKRAM

Di bawah, penulis lampirkan kenyataan Sekretariat Biro Politik IKRAM tentang

pendirian IKRAM dalam politik.

Pendirian politik IKRAM hinggakan ada yang buat andaian kiranya IKRAM jadi parti

politik di masa akan datang, akan berlaku perpecahan ummat Islam di Malaysia.

Pada saya, apa yang akan berlaku di masa akan datang adalah persoalan lain.

Yang penting adalah apa yang IKRAM boleh buat SEKARANG dengan senario

politik tanah air yang tidak stabil. Apa pun spekulasi yang keluar, adalah sangat

baik kiranya pendirian sebuah pertubuhan itu dirujuk kepada mereka yang lebih

pakar.

Baru-baru ini, Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM baru sahaja meluluskan

pendirian politiknya supaya masyarakat jelas tentang peranan IKRAM dalam

politik sekali pun sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan bukan parti

politik. Satu perkara yang kita kena faham, tidak semesti parti politik sahaja yang

boleh melakukan perubahan politik tanah air, tapi NGO-NGO juga boleh

memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik negara terjamin. Setiap

orang atau pertubuhan punya peranan mereka yang tersendiri dalam penjuru dan

kemampuan mereka.

1.0 LATAR BELAKANG

(6)

1.2 IKRAM adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Pendaftar

pertubuhan Malaysia yang bersifat pertubuhan dakwah dan bukannya parti

politik.

1.3 IKRAM diasaskan dengan manhaj yang menekankan tarbiyyah dan pembinaan

peribadi soleh dan musleh. Walaupun IKRAM bukan sebuah parti politik, ia tetap

prihatin dan mengambil berat terhadap urusan politik dan pemerintahan, serta

hal ehwal umat Islam, masyarakat dan negara.

1.4 Fasal 4 Perlembagaan IKRAM menyatakan matlamat IKRAM seperti

berikut(Perenggan 4.4 sehingga 4.8 berkait rapat dengan urusan politik):

“IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk

menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

4.1 Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya

daripada kebatilan dan syubahat;

4.2 Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan

membina akhlak yang mulia;

4.3 Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

4.4 Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta

membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja

kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

4.5 Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan

dan perpaduan di kalangan mereka;

4.6 Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

4.7 Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam

memajukan kepentingan umat Islam;

4.8 Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif

yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.”

(7)

1.5 IKRAM berwawasan agar Syari’ah Islam dilaksanakan di bumi Malaysia pada

tahun 2020.

1.6 IKRAM berpegang dengan prinsip menyeru kepada yang baik, menyuruh

kepada yang ma’aruf dan mencegah daripada yang munkar.

PENDIRIAN POLITIK IKRAM

Maka:

1. IKRAM ialah sebuah organisasi Islam yang bebas dan tersendiri, berdiri teguh di

atas prinsip, dan tidak terikat dengan mana-mana parti atau gerakan politik, serta

pertubuhan lain.

2. IKRAM akan menyokong pendirian politik yang datang daripada mana-mana

pihak samada individu, parti atau pertubuhan, yang bertepatan dengan kehendak

Islam dan mendatangkan manfaat kepada ummah, masyarakat dan negara.

3. IKRAM akan menentukan pendirian terhadap sebarang isu dan bebas terlibat

dalam proses demokrasi dan pilihanraya berdasarkan kepada prinsip-prinsip

berikut:

(a) Islam

(b) Maqasid Syariah

(c) Kesatuan dan Perpaduan (Unity and Solidarity)

(d) Secara Bebas (Independent)

(e) Keadilan dan Kemuliaan Insan (Justice and Human Dignity)

(f) Ketelusan dan Kebertanggungjawaban (Transparency and Accountability)

(g) Mengambilkira pandangan rakyat

(8)

(h) Pendekatan Aman (Non-violence)

4. IKRAM mendokong penambahbaikan pelaksanaan sistem demokrasi di

Malaysia, serta menggerakkan usaha-usaha bagi memastikan berlakunya

ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir baik (good governance) dalam

sistem pemerintahan negara. Untuk itu IKRAM menyokong usaha untuk

memantapkan sistem “check and balance” yang sihat melalui sistem dwiparti

dalam kerangka demokrasi di Malaysia.

5. IKRAM beriltizam menerajui usaha-usaha ke arah kesatuan ummah, dan

menolak segala bentuk percaturan yang memecahbelahkan masyarakat.

6. IKRAM menolak sebarang pendekatan yang berlandaskan keganasan dan

tindakan tidak syar’ie.

7. IKRAM mendokong sebarang usaha yang mendatangkan manfaat secara

keseluruhannya kepada ummah, masyarakat dan negara.

IKRAM dan Politik Kepartian

IKRAM menafikan bahawa mereka terlibat dalam politik kepartian. Menurut

Jamaluddin Abdullah (Ir), Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang, “Bukan pertubuhan

politik, tapi sebuah NGO dakwah, tarbiyyah dan kebajikan. IKRAM ini adalah

pertubuhan yang prihatin dengan kehidupan bermasyarakat, sejajar dengan cara

hidup Islam, berlandaskan kepada Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias.” Mereka

hanya pertubuhan dakwah yang sudah tentu mencakupi seluruh aspek kehidupan

termasuk politik.

Menurut Jamaludin Abdullah lagi, IKRAM (baca termasuk al Jamaah-IRC-JIM)

“dianggap sebagai pertubuhan politik mungkin kerana ada begitu ramai bekas

ikon pertubuhan-pertubuhan tersebut kini aktif dalam wadah politik.” Antaranya

tokoh mereka ialah YB Ir Saari Sungip (Presiden JIM, Abu Urwah), Dr Dzulkefly

Ahmad(Abu Iman), Fuziah Salleh, Syed Ibrahim Syed Noh, Dato’ Mohd. Rashid

Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang), Mohd. Tuah Ismail (Pegawai

Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong) dan Mohd Bakhtiar

Wan Chik (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP).

(9)

IKRAM tidak terlibat secara rasmi dalam politik kepartian tak semestinya IKRAM

tidak terlibat dengan politik negara. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM

menyatakan

“Kita melibatkan diri dalam politik negara dengan tujuan membangunkan umat

dan masyarakat yang celik politik, memiliki kematangan dan keberanian

bertindak secara politik yang tinggi sehingga mampu menggerakkan perubahan

kepemimpinan politik negara, menggerakkan agenda politik yang akan

menghantar pemimpin terbaik ke mercu kekuasaan, memimpin negara dengan

penuh kewibawaan, mendukung satu sistem politik yang adil dan cemerlang”

Walaupun IKRAM tidak terlibat secara rasmi dalam politik kepartian, IKRAM akan

menyokong calon dan parti Islam. Kenyataan Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh

dapat dilihat dalam kenyataan di bawah

“Ikram telah membuat keputusan untuk menyokong parti dan calon yang

menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam”

Penglibatan Ahli IKRAM Dalam Politik Kepartian

IKRAM membawa bagasi negatif dalam gerakan Islam kerana pendekatan

penyusupan mereka yang menghasilkan masalah dalam gerakan Islam seperti

fenomena jemaah dalam jemaah. Apabila al Jamaah-IRC-JIM-IKRAM melepaskan

anggota mereka untuk menyertai parti politik, ia menghasilkan kewaspadaan

kepada sesebuah parti.

Anggota IKRAM yang dilepaskan perlu membawa budaya dan sifat yang dipelajari

dalam IKRAM untuk dipraktis dalam politik kepartian dan pemerintahan negara.

Ahli yang menyertai politik diminta melepaskan jawatan jemaah IKRAM.

Bagi mengelakkan anggota IKRAM yang menyertai sesebuah parti terpengaruh

dengan budaya baru, Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh Ahmad menggariskan

sembilan objektif penglibatan ahli-ahli IKRAM dalam politik, iaitu:

(10)

2.

membangunkan budaya politik yang bersih dan sihat

3.

mewujudkan perubahan lanskap politik negara

4.

ke arah peralihan kuasa secara demokratik

5.

pertukaran pemerintahan secara aman

6.

mengangkat pemimpin terbaik menerajui kepemimpian negara

7.

membentuk pemerintahan yang bertanggungjawab

8.

membangunkan sistem politik yang adil

9.

membangunkan daulah ar-risalah

Pendekatan Strategi Dua Lapis: Pengalaman JIM

JIM menggunakan pendekatan dua lapis dalam menangani isu masyarakat dan

bertindak sebagai sebuah gerakan masyarakat madani. Kelebihan pendekatan ini

ialah JIM dapat mendalami, mempelajari dan mendekati pihak yang

memperjuangkan hak asasi manusia selain berfungsi sebagai gerakan dakwah.

Antara pendekatan JIM ialah

a) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan NGO Islam seperti ACCIN dan

MAIM.

b) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan NGO lain dan masyarakat

madani. Umpamanya dalam Gerakan Mansuh ISA dan Mafrel.

c) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan parti politik seperti dalam PKR

dan PAS. (kini PAN)

d) Membina jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan. Contoh dalam

PEMADAM.

e) Pendidikan melalui institusi seperti Sekolah Rendah al Amin.

f) Pengeksportan ahli ke pelbagai institusi awam, swasta dan NGO.

Pendekatan ini mempunyai banyak kelemahan terutamanya bab kesatuan dan

wala’. Antara kelemahan yang dikesan ialah

a) Tiada wadah utama dan boleh menyebabkan perpecahan. Perlu

sebumbung, satu nama, satu tanzim, satu kepimpinan dan satu tumpuan

wala’.

b) Tidak dapat mengamal sepenuhnya semua piawaian dalam organisasi

c) Kewujudan tidak dirasai oleh masyarakat.

(11)

d) Terdapat pandangan yang insular(dalaman, eksklusif) dalam sebahagian

ahli.

e) Ramai kader dan pemimpin bertebaran memilih bidang penglibatan,

membina nama dan institusi sendiri tanpa berpandukan perancangan

tersusun.

f) Tidak optimen tenaga penggerak kerana program sama pendekatan dan

bentuk

Permasalahan menimbulkan keperluan menyepadukan semua ahli sejak usrah

bermula sampai sekarang, sumber dan pencapaian di bawah satu organisasi dan

satu perancangan. Organisasi juga lebih mantap, menginstitusikan amalan tanzimi

Islam, penekanan kepada tarbiah serta mengembang jaringan dan kegiatan pada

peringkat antarabangsa.

Idealisme IKRAM Dalam Politik

Fokus politik IKRAM untuk pembaikan adalah pengukuhan sistem dwi-parti.

IKRAM mencadangkan agar diperkasakan semak imbang (check and balance )

yang berkesan menerusi sistem dua parti yang utuh. Dalam konteks Malaysia,

perlu wujud dua gabungan parti yang sama kuat, sama mampu bersaing secara

sihat, bersih dan adil dan saling mampu memerintah, berupaya menjadi

pemerintah.

Persaingan ini akan mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses demokrasi

dan menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut. Kita perlu kepada

sistem dua parti yang memberi ruang kepada semua pihak untuk mencabar

penyalahan guna kuasa. (Power corrupts; Absolute power corrupts absolutely ).

Oleh itu, monopoli kuasa oleh mana-mana pihak perlu ditentang.

Pimpinan IKRAM merasa bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan

situasi politik negara ke arah situasi politik yang lebih baik, lebih sihat dan adil

yang akan mewujudkam ruang yang luas dan berkekalan bagi pembaikan

perjalanan negara menuju negara rahmah untuk manusia dan alam semesta.

Untuk menjayakan hasrat tersebut pihak pimpinan akan sentiasa memantau

keadaan dan perkembangan politik negara dan dunia, bertindak proaktif ke arah

perkembangan-perkembangan tersebut agar umat tidak terpinggir, Islam akhirnya

(12)

dapat dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya. “Memimpin manusia dan

dunia”.

Secara ringkas dan jelas, tanpa berselindung, kita ingin menegaskan kepada

semua, kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi semua kemungkinan

yang akan terjadi, agar umat memiliki pembela nasibnya yang tulen, pejuang

cita-citanya yang manusiawi dan murni.

Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru

yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah

satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, ة يلاو ةماع (wilayah ammah).

Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan

mempunyaiىوق لا ني ملأا (kebolehan dan integriti).

Parti terbaik harus meningkatkan budaya dialog dan "engagement" dengan

kumpulan-kumpulan selain mereka dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan

bersama dan nasional. Mereka harus bertukar-tukar buah fikiran dengan

pertubuhan-pertubuhan keIslaman yang lain, ia sangat baik untuk bekerjasama

membangunkan umat Islam. Tetapi mereka juga harus berdialog, berkomunikasi

dan bersedia bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan di luar aliran "Islamisme",

kerana akhirnya yang kita mahu ialah menyampaikan mesej Islam kepada semua

pihak, bukannya Islam menjadi terpencil dan jauh daripada ruang awam atas

alasan "mahu selamat".

Penglibatan IRC-JIM-IKRAM dalam Politik Malaysia

Penglibatan IRC dalam politik berkembang pesat setelah Anwar Ibrahim (Dato

Seri) masuk ke dalam UMNO. Kemasukkan Anwar Ibrahim menyebabkan

sebahagian pemimpin IRC yang memimpin ABIM mendalangi usul penolakkan

keputusan Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Anwar Ibrahim sendiri sangat rapat

dengan gerakan Islam antarabangsa melalui WAMY. Menariknya pada akhir tahun

1980am, satu kertas kerja mengusulkan anggota IRC masuk UMNO tetapi usul ini

ditolak serta diakhiri dengan penubuhan JIM.

Walaupun ditolak unsur bersama UMNO, JIM semasa Anwar Ibrahim bersama

UMNO berperanan menguatkan UMNO. Antara kader mereka yang masuk

(13)

UMNO ialah Abdul Rahim Ghouse, Wan Husni Wan Hasan dan Sahri Bahari.

Berlaku pertembungan IRC-JIM dengan PAS berlaku termasuk di kampus.

Pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan hubungan IRC-JIM dengan UMNO

menjadi kendur. JIM telah bersama GERAK yang dipimpin oleh Fadzil Mohd Noor.

JIM juga’ mengeksport’ pemimpin mereka ke dalam Parti Keadilan Nasional.

Antaranya ialah Saari Sungip, Rodziah Ismail

ii

, Fuziah Salleh, Sahri Bahri dan

lain-lain. Manakala Dr Dzulkefly Ahmad masuk PAS. Kemudianya, Ir Saari Saari

menyertai PAS. Pada ketika itu, sayap wanita PKN dikuasai oleh Wanita JIM dan

kelompok liberal. Antara Haniza Talha, Rodziah Ismail dan Fuziah salleh.

Kemudian Saari Sungip telah menyertai PAS.

IRC-JIM-IKRAM terus menghantar tokoh mereka seperti Syed Ibrahim Syed Noh

ke dalam PKR sebagai Ketua Penerangan. Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga

mula dibanjiri oleh pimpinan muda daripada IKRAM termasuk Ahli Parlimen Belia.

Paling mengejutkan, perpecahan PAS menyebabkan sebahagian besar pimpinan

PAS daripada latarbelakang IRC-JIM-IKRAM, Suara Islam dan ABIM keluar

menubuhkan parti baru iaitu Parti Amanah Nasional (PAN).

iii

PAN didukungi sepenuhnya oleh IKRAM. Pemimpin IKRAM dihantar untuk

memperkuatkan PAN. IKRAM melepaskan Timbalan Presiden IKRAM, Hasanuddin

Mohd Yunus untuk bergerak aktif dalam PAN melalui jawatan Naib Presiden PAN.

PAN digerakkan oleh tokoh IRC-JIM-Suara Islam seperti Ir Nizar Jamaludin (Suara

Islam), Ir Izham Hashim (Suara Islam), Ir Khalid Samad (Suara Islam), Dzulkefly

Ahmad (IRC), Saari Sungip (IRC-JIM), Mujahid Yusuf (Alami-JIM) dan lain-lain.

IKRAM dan Pemerintahan: Malaysia Menuju Negara Rahmah

Negara Islam versi IKRAM boleh dilihat dalam Gagasan: “Malaysia Menuju

Negara Rahmah”. Fasa 2 dinamakan Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di

peringkat nasional. Antara ciri-cirinya ialah;

I.

Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai ‘Baldatun Tayyibatun

(14)

II.

Negara yang berdiri atas asas Hakimiah Allah SWT

III.

Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang adil, tidak

melakukan pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar, mungkin pernah

melakukan maksiat yang kecil sahaja, mendaulatkan syariat sepanjang

pemerintahannya.

IV.

Negara yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.

V.

Negara yang melaksanakan tuntutan syariah.

VI.

Negara yang meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada

pemerintahan dan pentadbiran.

VII.

Negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan

kesaksamaaan manusia sejagat.

VIII.

Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya tanpa

mengira agama dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat dan

maqasid syariah.

IX.

Negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan

(syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk

bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan.

X.

Negara yang memastikan risalah dan dakwah Islam ditegakkan dan

menjadikannya ciri utama kepada kelangsungan pentadbirannya.

XI.

Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta meletakkan

kesejahteraan rakyat sebagai matlamat penting dalam kewujudannya.

Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak siyasah syar’iyyah yang

menuntut pengurusan kehidupan rakyat dan pentadbiran negara sejajar dengan

tuntutan-tuntutan syariah, unjuran-unjuran syariah bagi maksud menegakkan

Islam dalam negara dan kehidupan manusia serta menertibkan perjalanan

dunia berasaskan bimbingannya.

(15)

Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan ulama’-ulama’ ummah yang

tersohor sewaktu berbicara tentang siyasah syar’iyyah atau maksud daripada

penegakan pemerintahan dan negara Islam. Penyataan ulama iaitu

“Siyasah syar’iyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yang adil terhadap

urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajar dengan

kehendak-kehendak syariah.”

“Penegakan agama dan pengurusan (perjalanan) negara dengan (bimbingan)

agama (Islam).”

iv

Muhasabah Untuk Kelompok Pendokong IKRAM Dalam Menggapai Cita-cita

Politik

1. Para pendokong IKRAM dalam politik kepartian seringkali mengutarakan

istilah inklusif. Malangnya pada yang sama, IKRAM sendiri adalah eksklusif.

Lihat sahaja dari segi pemeringkatan jenis keahlian dalam IKRAM.

2. Sifat taqiyah dan tauriah para pendokong IKRAM dalam politik kepartian

bakal mencelarukan pemikiran Islam mereka. Dalam masa jangka panjang,

pihak sekular akan menganggap kelompok pendokong IKRAM akan menipu

mereka.

3. Sifat menumpang parti politik seperti PAN dan PKR bakal mencetuskan

gelombang perpecahan dalaman suatu hari kelak.

4. Pemikiran Islam mereka tidak jelas menyebabkan timbulnya pragmatik

dalam membuat keputusan.

5. Campurgaul antara sekularisme dan Islam menyebabkan kita terfikir,

apakah manfaat kelompok pendokong IKRAM bersama puak sekular

kepada Islam?. Mendekatkan mereka dengan Islam atau kita lebih banyak

mengikut mereka?.

6. Apabila istilah-istilah moden seringkali digunakan, hujah Islam kelihatan

tempelan dan sampingan sahaja.

7. Tanpa mengutamakan akidah, perjuangan akan bersifat ‘nafas pendek’

kerana bergantung kepada umpanan duniawi.

(16)

Kesimpulan

Kehadiran IKRAM melalui proksi politik menambah dinamika politik Islam di

Malaysia. Ia cuba memecahkan monopoli dan dominasi PAS yang selama ini

menjadi parti Islam tunggal di Malaysia.

Kehadiran proksi IKRAM menyebabkan berlaku pertembungan dan persaingan

politik sesama sendiri antara gerakan Islam. Ia dilihat merugikan perjuangan

Islam.

Oleh kerana, IKRAM bersifat eksklusif, proksi politik IKRAM kurang berkebolehan

melatakan pengaruh parti dalam kalangan rakyat jelata. Mereka hanya meraikan

kejayaan hasil menumpang bukannya membawa keahlian baru dalam kalangan

rakyat.

Kehadiran mereka memberi alternatif baru dalam politik Islam yang selama ini

hanya tertumpu dengan pendekatan dan pemikiran PAS. Ia menambah

kepelbagaian pemikiran dan pendekatan.

(17)

Islamic Representative Council (IRC)

“Masa depan tidak bersama Islam politik, tidak bersama para Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik berasaskan Islam di negara-negara umat Islam. Itu hakikatnya. Masa

depan adalah bersama masyarakat terbuka (open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara eksklusif,”

Maszlee Malik (Dr.)

Dalam bab ini, kita akan menelusuri beberapa perkara dibawah 1. Mengenali Sejarah IRC

2. Menyelusuri pendekatan yang digunakan oleh Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia. Membicarakan tentang IRC, ia bagaikan membicarakan kisah dongeng dan mitos. Benar atau tidak?. Ia disebabkan pimpinan lama IRC tidak mahu menulis secara jelas tentang kewujudan mereka.

Menjelang penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia, pimpinan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah merungkaikan persoalan kewujudan jamaah yang selama ini disebut ‘IRC’ dalam Ucapan Dasar Presiden JIM dalam PPN ke 20 (2010) dan PPN ke 21 serta Ucaptama Sempena Majlis Penubuhan IKRAM. Ketiga-tiga ucapan ini menjadi penting kerana ia akuan rasmi mengesahkan kewujudan IRC yang rahsia selama ini. Bahkan akuan ini juga memungkinkan kita mengesah segala cakap orang dan kertas kerja wujudnya IRC selama ini.

IRC mempunyai proses pentarbiahan dan dakwah bukan politik yang terbaik. Ini tidak dapat dinafikan. Penulisan ini cuba menyelusuri liku-liku ‘dakwah politik’ IRC.

Satu Jemaah yang tidak bernama dikenali sebagai al Jemaah memuncul diri sebagai Islamic Representative (IRC) pada akhir tahun 1970an. IRC dianggap sebagai Harakah Islamiaih

Syumuliah (HIS) yang bermatlamat menegakkan Islam sebagai sistem hidup. IRC mempunyai

tanzim dan kepimpinan rahsia.

Penulis mengunakan IRC dalam merujuk kepada Ikhwanul Muslimin Malaysia atau Ikhwan Melayu. IRC hasil gabungan Alami Mesir dan IRC UK.

(18)

Bermulanya Sebuah Tanzim

Tanzim Ikhwanul Musliminv berkembang ke seluruh dunia sangat bergantung kepada pemikiran tokoh-tokoh dan cawangan Ikhwan di tempat seseorang itu belajar. Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) Mesir ditindas oleh kerajaan Mesir. Penindasan ini menyebabkan kebangkitan radikalisme dalam Ikhwan. Radikalisme juga disebabkan oleh pemikiran Sayyid Qutb yang berlandaskan pelurusan dan kemantapan aqidah. Pemikiran Sayyid Qutbvi mendominasi pemikiran anak muda dalam Ikhwan sehingga menjadikan mereka radikal.

Mursyidul Aam selepas Imam Hassan al Banna, Imam Hassan al Hudaybi, Ustaz Umar Tilmisani, Ustaz Muhammad Hamid Abu Nasr dan Ustaz Mustafa Masyhur cuba mengendurkan para pendamba pemikiran Sayyid Qutb yang keras. Walaubagaimanapun, usaha ini sukar dijalankan ekoran penindasan berterusan dan pengharaman terhadap Ikhwanul Muslimin oleh pemerintah Mesir.

Pada zaman Ustaz Umar Tilmisani, beliau cuba mengurangkan ketegangan politik dan konflik dengan kerajaan. Antara usaha beliau memberi tumpuan utama kepada pengkaderan, pentarbiahan dan penguasaan organisasi melalui penyusupan kader dan kawalan entiti yang dikuasai melalui pemayungan oleh ‘kerajaan ghaib’ atau daulah terpendam. Ustaz Umar dibantu oleh pakar tarbiah seperti Ustaz Abbas as Saisi.

Ikhwanul Muslimin juga berkembang di Barat apabila pemimpin Ikhwan berada dalam buangan menubuhkan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Antara penggerak utama Ikhwanul Muslimin Antarabangsa ialah Ustaz Mustafa Masyhur di Jerman. Selain itu, ramai tokoh Ikhwan Iraq, Ikhwan Syria dan Ikhwan Mesir yang menjadi pelarian politik menyambung pelajaran dan mendapat PhD mengajar di Barat. Muktakhir ini, tokoh Ikhwan Tunisia, Syeikh Rashid Ghannosshi merupakan pemimpin buangan Ikhwan yang cukup berpengaruh kepada gerakan Islam pada hari ini.

Ikhwanul Muslimin juga tersebar ke seluruh negara umat Islam melalui penubuhan cawangannya. Cawangan Ikhwan yang berpengaruh ialah Ikhwanul Muslimin Cawangan Syria dan Iraq. Kedua-dua cawangan ini banyak melahirkan pemikir agung Ikhwanul Muslimin. Di Syria, antara pimpinan terkenal Mustafa as Sibaie dan Said Hawwa. Manakala Ikhwan Iraq terkenal dengan Abdul Karim Zaidan dan Abdul Aziz al Badri. Di Sudan, tokoh terkenal Ikhwan di sana ialah Hassan Turabi. Pada muktakhir ini, Ikhwan Jordan dan Nahdah Tunisia banyak mempengaruhi pemikiran politik Ikhwan di seluruh dunia.

(19)

Fenomena Berbilang-bilang Jemaah: Pembentukan Tanzim dan Pengaruhnya di Malaysia

Pembentukan tanzim bergantung kepada tempat kader-kader Ikhwan belajar dan siapa murabbi mereka. Dalam pemikiran politik, Ikhwan Syria dan Ikhwan Iraq lebih ke depan berbanding induk mereka Ikhwan Mesir. Ikhwan Mesir mengutama pentarbiahan dan pengkaderan. Ikhwanul Muslimin Antarabangsa juga mengutamakan pentarbiahan dan pengkajian tentang ketamadunan Barat terutamanya demokrasi dan hak asasi manusia.

Kewujudan banyak Tanzim Ikhwan di sesebuah negara juga dibentuk oleh pengaruh pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan yang mentarbiah dan mementori para kader dakwah. Sudah tentu pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan mempunyai perbezaan terutamanya dari segi pendekatan dakwah.

Penulis tertarik dengan pendapat Youssef Nada yang mengatakan ‘politik Timur Tengah penuh

kerahsiaan, namun Ikhwan Muslimin ada di mana-mana di seluruh dunia. Ia bukan berasaskan sistem keahlian tetapi berdasarkan cara seseorang berfikir”. Cara seseorang berfikir melahirkan

kesatuan mereka sekaligus membawa kesatuan amal yang bertujuannya kerana Allah. Walaupun ada pelbagai tanzim dan nama, mereka dapat disatukan dengan cara berfikir.

Ada yang bercerita di sesetengah negara, tanzim Ikhwan ada 10 buah. Ia bukanlah satu kepelikkan kerana pemikiran tokoh dan tempat belajar yang berbeza. Di Malaysia, antara tokoh awal mempunyai pemikiran Ikhwan ialah Prof. Dr Zulkifli Mohamad. Beliau belajar di Mesir dan pernah menjawat Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat. Kemudian kelompok Ustaz Hassan Shukri menerapkan pemikiran Ikhwan dalam PAS dan sahabat beliau, Ustaz Dahlan Mohd Zain dalam ABIM. Diikuti oleh peranan Tuan Guru Yahya Othman dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ABIM. Kemudian kelompok tua Alami Mesir-IRC UK (IRC), Suara Islam UK (masuk PAS), HALUAN Malaysia dan kelompok muda Alami Mesir (ISMA).

Ikhwanul Muslimin mementingkan sofwatul mukhtarah iaitu pembinaan golongan terpilih (orang cerdik) dalam jemaah.vii Alat pentarbiahan yang sangat penting adalah usrah. Usrah yang terkenal yang dikatakan ‘usrah ibu segala murabbi’ ialah usrah yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa di Mesir. Antara yang dikatakan anggota usrah itu ialah Ustaz Zawawi Ali (IRC), Ustaz Mohd Parid Sheikh Ahmad(IRC), Ustaz Mohamad Kamil Majid (UM), Ustaz Abdul Rahim (Negeri Sembilan), Ustaz Darus Senawi (HALUAN), Dr Hatta Shaharom (IRC) dan Ustaz Alias Othman. Usrah ini dikatakan diserahkan kepada Ustaz Mustafa Masyhur setelah Tuan Guru Abdul Hadi pulang ke Malaysia. Tokoh-tokoh ini menjadi murabbi jemaah Islam di Malaysia dan cukup berpengaruh dalam al jamaah-IRC-JIM-IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS.

(20)

Walaupun Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendapat pengaruh Ikhwan Mesir, beliau terlebih dahulu dipengaruhi oleh pemikiran tokoh Ikhwan Syria, Said Hawwa. Pemikiran politik dan tanggungjawab jemaah menyebabkan Tuan guru Abdul Hadi bergerak dalam PAS berbanding IRCviii.

Tokoh unik yang mendapat celupan Ikhwanul Muslimin adalah Tuan Guru Yahya Othman (mantan ahli Majlis Syura Ulama PAS dan Majlis Syura ABIM). Beliau pernah berguru dengan pemimpin Ikhwan Syria yang terkemuka iaitu Ustaz Mustafa as Sibai. Kemudian beliau mendapat tarbiah Ikhwan Iraq seterusnya mendapat tarbiah Ikhwan Mesir. Beliau pernah berikrar bersama sahabat beliau untuk memperjuangkan Islam di Malaysia semasa beliau di Mesir. Menariknya, Tuan Guru Yahya Othman pernah bergerak cergas dalam WAMY yang digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.

Gelombang besar yang mendapat pengaruh Ikhwanul Muslimin Iraq ialah sekumpulan pelajar Malaysia yang dihantar belajar ke Iraq. Mereka adalah

1. Hassan Shukri (PAS)

2. Muhammad bin Daud (PAS)

3. Abdul Rahim bin Muhammad Zain (pensyarah UM) 4. Hasbullah Kasban (pensyarah UTM)

5. Hashim Jasin (PAS)

6. Azmi bin Ahmad (ABIM Kedah) 7. Abdul Ghani bin Kasa (guru agama)

8. Abdul Halim Yahya (pegawai agama FELDA) 9. Isamuddin bin Ahmad (ahli perniagaan)

10. Dahlan Mohd Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN)

Dalam membicarakan tentang pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia, adalah tidak adil tidak menyebut tentang peranan Dato Mohd Asri Muda. Beliau mempunyai hubungan baik dengan pimpinan gerakan Islam di dunia. Antaranya dengan Muhamad Natsir (MASYUMI) dan Kamal as Sananiri (Ikhwan Mesir, suami Hamidah Qutb). Dengan hubungan baik ini jugalah, Dato Asri mendapat tajaan daripada Kerajaan Iraq(masa itu rapat dengan Ikhwan) kepada 10 pelajar di atas dan mendapat bantuan kader untuk membantu PAS atas saranan pimpinan gerakan Islam antarabangsa.

Dasar Ekonomi Baru membolehkan kelompok pelajar cemerlang kalangan bumiputera ditaja belajar ke luar negara terutamanya Britain. Kesedaran Islam semasa di sana membolehkan

(21)

mereka merapati pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam buangan. Selain itu, mereka juga mendekati tokoh Islam daripada Jamaati Islami Pakistan dan Jamaah Nur dari Turki. Di Britain, MISG sudah ada sejak 1971 dan bergabung dengan Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Pelajar Islam (FOSIS). FOSIS bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar Islam.

Perasaan tidak berpuas hati terhadap mula memutik apabila pelajar Malaysia tidak dapat menerima pendekatan Islam FOSIS dan penguasaan pelajar Islam daripada negara-negara Islam yang minoriti berbanding pelajar Malaysia yang majoriti dalam FOSIS. Isu-isu Malaysia kurang dicakna oleh FOSIS.

Pada awal tahun 1975, Suara Islam telah ditubuhkan oleh pelajar Malaysia. Suara Islam dipengaruhi oleh pemikiran Jamaati Islami Pakistan. Mentor Suara Islam ialah Javed Ansari, seorang tokoh Jamaati Islami yang menjadi pensyarah di sana. Javed mempunyai pemikiran radikal dan kritis. Beliau memberi penerangan perbandingan Islam dengan komunisme Mao dan Stalin. Antara kepercayaan Suara Islam ialah ‘revolusi Islam perlu dipimpin oleh sebuah parti politik’. Mereka bercadang ingin menubuhkan Parti Revolusi Islam(ada pendapat Parti Negara Islam) sekembali mereka ke Malaysia.ix

Kemudian muncul IRC yang menggunakan pendekatan dakwah dan tarbiah. Mereka mengunakan pendekatan Ikhwan iaitu menembusi organisasi sedia ada dan cuba melakukan perubahan daripada dalam organisasi tersebut. IRC mengunakan usrah-usrah untuk merapat hubungan sesama anggota dan mengalakkan anggota mereka dalam penyertaan dalam pembangunan masyarakat.x

Perkembangan Tanzim Ikhwan Di Malaysia.

Di Malaysia, Tanzim Ikhwan dikatakan terbahagi 3 iaitu Tanzim IKRAM, ISMA dan HALUAN Malaysia. Masing-masing mengaku dan menisbahkan mereka sebagai wakil sah sebagai cawangan Ikhwan di Malaysia. Persaingan sengit antara IKRAM, ISMA dan HALUAN.

Dalam sejarah Tanzim Ikhwan di negara ini, kita wajar melihat siapa yang paling awal menceburi diri dalam Ikhwan. Setakat hari ini, sejarah membuktikan generasi semasa Prof Dr Zulkifli Mohamad adalah generasi awal yang mendapat pengaruh pemikiran Ikhwan. Prof Dr Zulkifli Mohamad sendiri mendapat tarbiah secara langsung melalui kuliah hari selasa yang diadakan oleh Ikhwan di Kaherah semasa beliau belajar.xi Cuma yang tidak dapat dibuktikan adalah keahlian beliau dalam Ikhwan.

(22)

Pengaruh pemikiran Ikhwan juga dikesan pada tahun 1957 apabila seorang pelarian dari Mesir, Syeikh Taqiyuddin datang mengajar pelajar sekolah agama di Kedah. Beliau mengunakan sistem usrah yang digilirkan antara rumah ahli usrah. Menariknya, antara ahli usrah ini adalah Ustaz Jais Anwar yang kelaknya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 1968/70.xii

Peringkat yang penting adalah pada tahun 1963 apabila 10 orang pelajar Malaysia dihantar ke Iraq atas saranan Dato Mohd Asri Muda dengan kerjasama Presiden Iraq pro Ikhwan, Muhamma Arif Abdul salam. Antara mereka ialah Ustaz Hassan Shukri (PAS), Ustaz Muhammad Daud al Iraqi (PAS) dan Ustaz Dahlan Muhammad Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN Malaysia). Kelompok PAS dalam kumpulan ini menyebarkan pemikiran Ikhwan dalam PAS dalam ceramah dan penulisan mereka. Ustaz Dahlan Mohamad Zain pimpinan ABIM Perlis tidak bersetuju pendapat ABIM yang ‘melepaskan’ Anwar Ibrahim masuk UMNO. Akibatnya, beliau menubuhkan kumpulan sendiri yang dikenali Kumpulan Ustaz Dahlan atau KUSDA dan kemudiaanya menjadi HALUAN.

Kelompok ketiga ialah kelompok Alami Mesir dan diikuti oleh IRC UKxiii.

Sebenarnya ada satu lagi kumpulan usrah di London yang diusahakan oleh pimpinan PKPIM. Usrah ini dipimpin oleh Ustaz Razali Nawawi di London ini diadakan pada tahun 1968. Anggota lain usrah ini ialah Syed Ibrahim Abdul Rahman , Wan Ismail Wan Ibrahim dan Hishamuddin Yahya. Cuma kita kekurangan maklumat tentang hubungan Ikhwan dengan usrah ini. Adakah ia dipengaruhi setakat pertemuan dan bahan bacaan atau tidak mendapat pengaruh daripada Ikhwan.

IRC bermula daripada kumpulan pelajar yang pulang daripada luar negaraxiv pada tahun 1970an. Mereka hidup dalam organisasi yang tidak berdaftar melalui usrah-usrah. Ramai kalangan mereka menyerap-masuk atau menyusup ke dalam ABIM. Pendekatan mereka adalah dakwah dan tarbiahxv. IRC (atau al jamaah atau sebuah pertubuhan tidak diberi nama) mengetepikan untuk bergerak di bawah gerakan dibina sendiri demi menjaga kesatuan ummah.xvi Pada tahun 1990, baru sebuah entiti yang dikenali JIM ditubuhkan untuk meneruskan usaha IRC dalam dakwah.

Abdul Hadi Awang, Yahya Othman, PAS dan Ikhwanul Muslimin.

Baru-baru ini heboh berita di Mesir yang mendakwa Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Kemudian berita ini dinafikan oleh PAS. Ada yang mendakwa Abdul Hadi menganggotai Ikhwan sejak akhir 1960an.

(23)

Abdul Hadi Awang kurang bersetuju dengan pemikiran dan pendekatan konsep Ikhwan Alami. Konsep Ikhwan Alami bukanlah fikrah Ikhwan yang asal dan tidak dipersetujui oleh senior-senior dalam Ikhwan. Ikhwan Alami digerakkan oleh tokoh muda Ikhwan yang pernah mengerakkan Ikhwan di negara Barat. Ikhwan Alami mahu menubuhkan jemaah baru walaupun di negara tersebut sudah ada jemaah Islam yang sedia ada.

Menurut Abdul Hadi Awang, asal usul Ikhwan Alami Malaysia apabila beliau memperkenalkan sekelompok pelajar Melayu lepasan Nilam Puri (kemudian menjadi tokoh Alami) kepada pihak Ikhwan. Abdul Hadi bersangka baik dengan mereka kerana mereka datang daripada Nilam Puri yang dibawah PAS.xvii

Apabila mereka pulang ke Malaysia, mereka mahu menubuhkan Ikhwan di Malaysia. Abdul Hadi tidak bersetuju dengan mereka. Menurut Abdul Hadi, mereka ini tidak ihtiram (menghormati) orang yang lebih khibrah (berpengalaman) dalam memahami waqie' (realiti).

Murabbi umat celupan Ikhwan Mesir, Ikhwan Syria dan Ikhwan Iraq serta Ikhwan Antarabangsa (melalui WAMY), Tuan Guru Yahya Othman juga tidak bersetuju dengan penubuhan jemaah baru. Beliau pernah dijemput untuk menjadi murabbi atau mas’ul tarbiah sebuah jemaah tetapi beliau menolak. Beliau memberitahu bahawa beliau dan sahabat beliau dinasihati oleh Ikhwanul Muslimin menyertai PAS dalam usaha memperkuatkan PAS khususnya dalam bidang tarbiah dan dakwah. Nasihat Yahya Othman, ‘PAS ini terbuka akhi, sesiapa sahaja boleh masuk

PAS, tak perlu tubuh jemaah baru”. Begitu nasihat Yahya Othman kepada pemimpin sebuah

jemaah.xviii

Kamal Helbawy pernah menyarankan HALUAN, ISMA dan JIM memilih PAS sebagai platform perjuangan dalam memastikan suasana politik yang adil. Kumpulan-kumpulan Islam ini bergerak bersama-sama dengan PAS dalam kondisi saling memahami antara satu sama lain. Jangan bersikap melampau dan provokatif antara satu sama lain.xix

Hassan al Banna sendiri mengakuri dan bersetuju pendapat Raja Saudi, al Malik Faisal tidak membenarkan Ikhwan ditubuhkan di sana kerana menganggap beliau juga sebahagian daripada Ikhwan. Abdul Hadi bersetuju dengan idea mentor beliau, Said Hawwa yang mengkritik pendekatan Ikhwan Alami yang dianggap tidak perlu. Sudah cukup dengan adanya front antarabangsa untuk menyatukan ikhwan daripada seluruh bukannya menubuhkan Ikhwan di negara yang sudah ada jemaah Islam.

Kepimpinan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa menjadi wakil jemaah seluruh dunia. Front ini berperanan membuat qarar (ketetapan) yang dipersetujui bersama. Semua jamaah di

(24)

negara-negara umat Islam tadi wajib melaksanakan qarar-qarar tersebut semampu mungkin. Namun jika bertembung dengan realiti di negara masing-masing mengekang, maka qarar itu boleh untuk tidak dilaksana.xx

Dalam mengatasi permasalahan perbezaan antara jemaah Islam, pendekatan sederhana, berhikmah dan lembut wajib digunakan. Seteruk mana sekalipun mereka, mereka tetap anasir-anasir Islam. Mereka sendiri bukan musuh. Dalam keluarga, setiap anggotanya ada fungsi. Ada yang berwatak emak, watak ayah dan watak anak. Ibu garang, ayah menasihati.xxi

Kemunculan HALUAN, JIM, ISMA dan IKRAM

Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan 27 Julai 1990. JIM merupakan salah satu atau sebahagian entiti Tanzim Ikhwan Malaysia. Setelah 15 tahun bergerak tanpa organisasi sendiri, satu keperluan untuk IRC bergerak dalam ruang terbuka.

Visi JIM ialah membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat

Islam menjelang 2020. Motto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Presiden pertama JIM ialah Ir. Saari Sungip dikatakan salah pimpinan IRC UK. Antara kejayaan penting JIM ialah

1. Kedudukannya (positioning) kalangan NGO Islam

2. Kedudukan JIM dalam kalangan NGO lain dan masyarakat Madani 3. Kedudukan dalam parti politik

4. Jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan

5. Dikenali dengan institusi seperti sekolah al Amin.

Pertubuhan IKRAM Malaysia(IKRAM) diluluskan pendaftaran pada 22 Oktober 2009. Antara tujuannya ialah menyatukan entiti IRC yang bertaburan yang menyukarkan arahan pusat. Presiden pertama ialah Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Cogan kata IKRAM ialah “Ukhuwah

Teras Kegemilangan”. Dasar IKRAM ialah Islam, dan asas pegangannya ialah Al-Qur’an,

As-Sunnah, Ijma’ dan Ijtihad.

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN Malaysia) mempunyai susur galur daripada ABIM Perlis atau ABIM Utara. Ada juga mengenali kelompok ini sebagai ‘Sahabat Utara’ atau Kumpulan Ustaz Dahlan (KUSDA). Pada tahun 1988, kumpulan ini menjelmakan diri sebagai HALUAN Malaysia. Haluan Malaysia lebih menumpukan kepada kebajikan dan pentarbiahan. Pusat pengajian popular mereka ialah Ma’had Attarbiyah al

Islamiyyah (MATRI) diasaskan oleh Ustaz Dahlan Mohamad Zainxxii. Motto iaitu “berakhlak,

(25)

Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada tahun 1997 yang menjadi sebahagian daripada Tanzim IRC. Pada tahun 2005, penjenamaan ISMA berlaku. Ia dikenali sebagai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan menarik diri daripada pengaruh IRC. ISMA berasal usul daripada kelompok Alami Mesir kalangan anak muda. Diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. ISMA mempunyai dua motto iaitu ‘Membangun Umat Beragenda’ dan ‘Melayu

Sepakat, Islam Berdaulat’. Pada pilihanraya umum 2013, ISMA telah melakukan ijtihad dengan

menghantar calon-calon mereka melalui parti BERJASA. Dalam bidang bantuan kemanusiaan, agensi ISMA iaitu Aman Palestin terkenal di Malaysia.

IRC-JIM-IKRAM dan Politik Malaysia

Pada pertengahan 1970an, kader dakwah Alami Mesir dan IRC UK pulang ke Malaysia. Ramai kalangan mereka menjadi pensyarah universiti. Tumpuan mereka kepada pentarbiahan dan pengkaderan. Oleh kerana ABIM dan PAS sudah lama bertapak, mereka tidak menubuhkan gerakan baru tetapi diarahkan untuk memperkuatkan organisasi mata rantai gerakan Islam yang sedia ada. Pada waktu itu PAS berada dalam BN, kader dakwah ini mula menyusupi ABIM. Mereka mengunakan pendekatan rahsia dan tidak mendedahkan identiti mereka.

Pendekatan kerahsiaan, pemayungan dan penyusupan dalam organisasi dilakukan semasa zaman ustaz Umar Tilmisani bagi mengelakkan Ikhwan ditindas. Anggota Ikhwan Mesir telah menyusup masuk ke dalam banyak pertubuhan profesional di Mesir. Pertubuhan-pertubuhan ini diletakkan dibawah kawalan Ikhwan dan cuba mengaburi pihak berkuasa. Ia menjadikan pertubuhan tersebut hanya proksi.

Ada pihak mendakwa terdapat Konsep Harakah Islamiyyah Syumuliah (HIS) diaturkan oleh IRC (al jamaah) dimana menjadikan PUM (ulama), ABIM (NGO) dan PAS (sayap politik) sebagai proksi dimana kekuasaan sebenar terletak kepada Amir IRC bukan kepimpinan PUM, PAS dan ABIM.xxiii

IRC cuba menguasai pentarbiahan ABIMxxiv tetapi kurang berkesan apabila ABIM cuba menjarakkan diri mereka daripada pemikiran Sayyid Qutbxxv. Penguasaan ini juga tidak berjaya kerana pentarbiahan ABIM didominasi oleh Anwarinas (setia dengan Anwar Ibrahim). Penguasaan IRC dalam ABIM sangat berjaya sehingga berjaya menghuni ‘Majlis Syura’ ABIM. Perkara ini jelas sesudah Anwar Ibrahim masuk UMNO dimana ada kalangan mereka mula menunjukkan imej sebenar mereka dengan meninggalkan ABIM.

(26)

Kebanyakan pemimpin IRC cuba menyusupi gerakan mahasiswa Islamxxvi dan PAS yang kesedihan kerana kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah menjemput dua anggota Majlis Syura IRC untuk bersama mereka pada pertengahan tahun 1980anxxvii. Peluang ini diambil oleh anggota IRC untuk memperkukuhkan kedudukan mereka ke dalam PAS.

IRC bukan sahaja mentarbiahkan anggota PAS dan gerakan mahasiswa Islam tetapi telah memilih unsur terpilih dan terbaik dalam PAS untuk diserapkan ke dalam IRC secara rahsia. Gerakan jemaah dalam jemaah ini berjaya dikesan oleh Dewan Pemuda PAS dan akar umbi menolak kehadiran mereka. Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri hampir terperangkap apabila pemimpin yang dikatakan proksi IRC Ir. Mustafa Kader antara calon yang dicadangkan sebagai Ketua DPPP. Syura DPPP telah memilih Ustaz Abdul Halim Arshad sebagai Ketua DPPP. Mereka juga cuba menguasai peringkat kawasan.

Jemaah Islam Malaysia dikatakan diusahakan pada tahun 1988xxviii dan ditubuhkan pada 29 Julai 1990. Ia ditubuhkan pengislahan secara dakwah tidak berkesan dan dakwah tidak terpimpin. Justeru, IRC(al jamaah) memutuskan ‘jamaahlah HIS’ dimana sebuah jamaah yang mengambarkan identiti IRC diwujudkan. Ada berpendapat JIM bukan IRC tetapi ia sebahagian IRC.

Menariknya, pada bulan Mac 1990, didakwa satu dokumen bertajuk ‘Pembentangan Usul

Pendekatan Terhadap UMNO’ dibentangkan oleh wakil Majlis Syura Jemaah(MSJ).xxix Melalui usul ini, IRC mahu menghalalkan dan mewujudkan penglibatan anggota mereka ke dalam UMNO. Tetapi usul ini telah ditolak.

Zaman reformasi pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim membuka peluang JIM untuk mengunakan pendekatan politik. Presiden JIM, Ir Saari Sungip dan Sahri Bahri berserta ramai lagi pimpin JIM masuk Parti Keadilan Nasional berketuakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Menariknya, pemimpin yang ada kaitan dengan IRC seperti Dr Dzulkefly Ahmad masuk PAS.

Pendekatan politik IRC-JIM selepas tahun 1998 sangat berjaya apabila pimpinan mereka berjaya menduduki tampuk kepimpinan tertinggi dalam PAS dan PKN(PKR). Antaranya Fuziah Salleh sebagai Ketua Wanita PKN dan Ir Sahri Bahri sebagai Setiausaha Agung PKN. Dalam PAS, Dr Dzukefly Ahmad dilantik sebagai Ketua Dewan Penyelidikan PAS Pusat. Dalam pilihanraya pula, ramai daripada pemimpin yang bersusur galurkan Ikhwan di Malaysia iaitu IRC-JIM dan Suara Islam terpilih sebagai calon. Antaranya Ir Khalid Samad (SI), Ir Mohamad Nizar (SI), Saari Sungip (JIM) dan ramai lagi.

(27)

Perpecahan PAS pada tahun 2015 menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Nasional. Sebahagian besar kelompok IRC-SI-JIM-ABIM dalam PAS yang kecewa dan kalah dalam pemilihan bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baru. Menariknya ada wakil IKRAM, Ustaz Hassanudin Mohd Yunus telah dilantik sebagai Naib Presiden PAN. Dalam PAN, ramai pemimpin mantan pimpinan senior IRC-JIM dan IKRAM, anak kepada pimpin IRC-JIM disamping ada yang mendapat tarbiah IRC semasa di alam kampus.

Pada masa yang sama, JIM-IKRAM memperkuatkan cengkaman mereka dalam PKR dengan menghantar Syed Ibrahimxxx yang dilantik sebagai ketua Penerangan PKR dan seorang lagi dikatakan turut dikaitkan dengan IKRAM ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain, pimpinan muda IKRAM turut menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK). Antaranya ialah Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Mohd Mustaqim Abdul Jalil. Kedua-duanya mereka adalah anggota Parlimen Belia Malaysia.

JIM, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia

JIM mahu berada dalam barisan hadapan dalam kalangan organisasi Islam dan dalam kalangan masyarakat madani.xxxi JIM mempunyai pendekatan yang unik dalam menangani demokrasi, hak asasi manusia, urus tadbir baik kerajaan, masyarakat madani dan penglibatan dalam NGO berasaskan sekularisme. JIM membina hubungan yang baik dengan NGO-NGO dan aktif dalam penglibatan dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh NGO terbabit. Antara NGO terbabit ialah BERSIH, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), dan

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia

(GBM). Terbaru wakil JIM-IKRAM terlibat dalam Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia( Negara-ku).

JIM berusaha meletakkan kedudukan mereka di kalangan NGO lain dan masyarakat madani. Walau pun pegangan JIM jelas, memperjuangkan pelaksanaan syariah, JIM tetap bersama dan diterima oleh NGO lain dalam usaha sama memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia, good

governance dan kebaikan, untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.

JIM-IKRAM juga mengutamakan pengunaan secara optimun sumber tenaganya dalam pelbagai NGO. Ia dapat meningkatkan lagi kerjasama dan permuafakatan dengan pelbagai NGO. dan menambah pengalaman anggota JIM-IKRAM.

Persoalan yang timbul pula, ada pertubuhan atau pemimpinxxxii yang jelas menentang pelaksanaan Islam dalam pemerintahan. Adakah JIM-IKRAM bertaqiyah pendirian pelaksanaan

(28)

syariah dalam masa yang sama bergerak dalam pertubuhan pro sekularisme dan hak asasi manusia?.

Peranan PAS Penyatuan Tanzim-tanzim Ikhwan di Malaysia.

Tuan Guru Fadzil Noor berpendapat tidak boleh ada dua wadah politik Islam.xxxiii Kewujudan dua parti Islam boleh mengundang perpecahan masyarakat dan ia boleh melemahkan gerakan Islam itu sendiri. Dalam sejarah politik gerakan Islam, penubuhan parti baru lebih mejuruskan pertembungan sesama sendiri. Umpamanya, Parti Saadet dengan AKP di Turki dan FJP dengan Parti an Nur di Mesir.

IRC-JIM-IKRAM mempunyai pengalaman tiada penyatuan dalam organisasi. Betapa pentingnya keperluan sebumbung, satu nama, satu tanzim, satu kepimpinan dan satu tumpuan wala’ dan tiada pertindihan penggunaan sumber. Setelah 15 tahun, IRC tanpa wadah, ia memberi kesan negatif. Antaranya

1. Tiada wadah utama dan tiada ‘rallying point’ untuk dakwah.

2. Tidak dapat mengamal sepenuhnya semua piawaian, best practices dan urus tadbir baik dalam organisasi.

3. Kewujudan tidak dapat dirasai oleh masyarakat umum.

4. Terbentuk pandangan yang insular (eksklusif dan dalaman) kalangan sebahagian anggota.

5. ramai memilih bertebaran dalam pelbagai organisasi tanpa perancangan. 6. Tidak optimun sumber tenaga dan program kerana berlaku pertindihan.

Pengalaman ini wajar memberi pengajaran kepada IRC agar mereka meleburkan diri ke dalam PAS dan ABIM seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. Apabila sudah ada jemaah Islam yang berpandukan al Quran dan hadith, tradisi Ikhwan ialah anggota mereka menjadi pembantu dan tentera kepada jemaah yang sedia ada. Mereka perlu membuang matlamat mahu menguasai jemaah lain, berdengki dan dendam lama dalam menyatukan gerakan Islam di Malaysia.

Usaha penyatuan tanzim Ikhwan Malaysia pernah diusahakan pada tahun 1995 di Kelana Jaya. Ia dikenali sebagai peristiwa “indimaj” antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan tetapi gagal. Menurut THTLxxxiv, Tanzim Ikhwan Malaysia tidak berjaya disatukan disebabkan oleh

1. masing-masing kumpulan mendapat latihan dari tempat yang berbeza dan mendapat penekanan latihan dan ilmu yang diterima tidak sama

(29)

2. masing-masing kumpulan mempunyai strategi politik dan manhaj operasi dakwah dan tarbiyah yang berbeza.

3. sikap terhadap pemerintah yang tidak sama

4. taksub kepada pemimpin kumpulan masing-masing 5. Tidak ada kepercayaan antara satu sama lain.

Pendekatan terbaik penyatuan tanzim ialah menyertai PAS. Sebagai gerakan Islam berasal daripada Ikhwanul Muslimin, ‘hakikat politik’ ada tersemai dalam perjuangan mereka. Justeru, mereka perlu memasuki sebuah organisasi yang kukuh, bersifat politik dan mempunyai sejarah yang cukup lama dalam politik. Tiada lain selain PAS. Apabila memasuki PAS, wajar mereka memulakan perjuangan mereka daripada bawah. Sifat perjuangan bukannya menyusup atau mewujudkan jemaah dalam jemaah tetapi bersifat pembantu. PAS era Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dekat dengan pimpinan Alami Mesir sewajarnya diambil peluang oleh IRC untuk merapatkan hubungan dan meleburkan diri mereka ke dalam PAS dengan membuang imej IRC mereka.

Penyusupan dalam parti politik Islam oleh kader dakwah jemaah Islam adalah satu kaedah yang terbaik. Cuma masalah yang berlaku apabila kewujudan mereka menjuruskan kepada jemaah dalam jemaah. Sebaiknya kesetiaan dan sifat berkumpulan berdasarkan jemaah lain perlu dileburkan. Perkara ini pernah berlaku dalam Parti Keadilan Nasional(PKN) apabila ABIM dikatakan melakukan proses PengABIMAN PKN. IRC juga didakwa pernah cuba menguasai kepimpinan pemuda PAS. Menariknya, penyertaan pimpinan ABIM ke dalam PAS pada akhir 1970an dulu membuktikan keupayaan mereka meleburkan jemaah lama mereka setelah masuk ke dalam PAS.

Di Indonesia terdapat pebagai parti beraspirasi Islam. Tanpa penyatuan, kepelbagaian parti itu merugikan perjuangan Islam. Kader Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama dihantar ke GOLKAR, Parti Amanat Nasional, Parti kebangkitan Umat dan lain-lain. Dalam konteks tersebut, sewajarnya, Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama berbincang dan menghasilkan sebuah parti politik Islam di Indonesia.

Dua wala’ perlu diharamkan dalam gerakan Islam. Dua wala’ berlaku apabila jemaah menghantar kader mereka ke dalam jemaah islam yang lain dengan tujuan membantu dan ada bertujuan menguasai jemaah tersebut. Persoalan yang timbul, apabila berlakunya pertembungan pendapat antara jemaah asal dengan jemaah sekarang, dimanakah wala’ kader dakwah, jemaah baru atau jemaah lama?. Apa yang akan dilakukan oleh anggota PKR yang berasal daripada JIM-IKRAM jika berlaku pertembungan wala’ antara IKRAM dengan PKR?. Apa yang akan berlaku jika PAN yang mempunyai anggota IKRAM bertembung dengan PKR yang

(30)

turut disertai oleh anggota IKRAM, kepada siapakah wala’ anggota JIM-IKRAM yang berada dalam PAN dan PKR? Jemaah atau parti?.

Kewujudan jemaah dan ‘front’ atau proksi bukanlah suatu yang baik dalam tempoh masa yang panjang. Ia boleh menghasilkan penentangan bahkan pertembungan antara jemaah dengan proksi. Perkara ini pernah berlaku di Sudan apabila Proksi yang dipimpin oleh Hassan Turabi menentang keputusan jemaah.

IRC dan Gerakan Mahasiswa Islam

Pada awal 1980an, kedua-dua kumpulan iaitu Ikhwan Alami dan IRC UK bergabung membentuk IRC. Perjuangan mereka secara rahsia dan melalui proses pentarbiahan.

Pertembungan antara IRC (baca:JIM atau IKRAM) dengan PAS bermula sejak peringkat sekolah melalui proses pentarbiahan, pengkaderan dan penguasaan persatuan pelajar (BADAR). Ada pengaruh utama yang menyebabkan pertembungan ini ialah terdapat mentor dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah, anak anggota JIM dan PAS dan penyertaan pelajar dalam pertubuhan pelapis (Kelab Remaja JIM). Antara medan utama pertembungan ini adalah di sekolah berasama penuh terutamanya sekolah agama seperti Kolej Islam Klang (KISAS).

Kemudian anak-anak JIM/IKRAM/IRC melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan bergiat dalam kegiatan universiti. Pembawaan ‘ideologi’ JIM/IRC/IKRAM turut sama dibawa bersama mereka. Di universiti, selain daripada anak-anak anggota, ada juga pelajar universiti yang sememang dilatih dan diindoktrinasi di sekolah-sekolah milik JIM/IKRAM, ABIM, HALUAN dan PAS. Mereka ini turut berpengaruh dalam mengerakkan aktiviti gerakan Islam di kampus.

IRC pernah memegang tampuk pentarbiahan mahasiswa terutamanya pentarbiahan mahasiswa di Universiti Malaya. Penyusupan mereka secara rahsia. Pentarbiahan mereka untuk memilih kader berkualiti untuk diserapkan dalam IRC bukannya PAS yang menguasai Jemaah Islam Kampus(JIK).

Pada era tahun 1986-1988, berlaku perselisihan faham antara kelompok pro PAS dengan pro IRC. Akibatnya, IRC disingkirkan dalam PMIUM. Ekoran penyingkiran ini, IRC bertindak balas menyingkirkan kelompok pro PAS daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM(PMAPIUM). Kemudian kelompok pro PAS berjaya menguasai PMAPIUM pada sesi 1988/89. Pada tahun seterusnya, IRC menghantar wakil dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) yang pro HEP. Antara pimpinan IRC terkenal ialah Nazman Mustafa.

(31)

Di UKM, IPU pernah membentuk Majlis Syura hasil gabungan mahasiswa pro PAS dan pro IRC. Lujnah tarbiah dipegang oleh IRC manakala lujnah politik oleh IPU. Pada tahun 1987, berlaku pengeseran apabila IPU mendakwa IRC menarik ahli-ahli IPU untuk masuk dalam IRC dan melakukan program untuk kepentingan IRC tanpa pengetahuan Majlis Syura.

Pada mesyuarat agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Islam UKM(PMFPI) sesi 1988/89, IRC bertanding untuk melawan calon-calon IPU. Perkara ini berlanjutan dalam muktamar ISIUKM dimana calon IPU dan IRC bertarung secara terbuka sehingga terpaksa dilakukan dua kali kerana kehadiran yang luar biasa.

Di UTM, IRC gagal menguasai PMUTM dan PMIUTM tetapi mereka kembali bangkit apabila Syed Mohd Famy dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor HEP. IRC cuba menguasai kolej melalui HEP. Pada sesi muktamar PMIUTM sesi 1988/89, ada juga berlaku pertembungan antara IRC dengan pro PAS. Kekalahan mereka menyebabkan mereka berundur daripada PMIUTM.

Tindakan IRC menarik keanggotan PMI sehingga membentuk Jemaah dalam Jemaah adalah satu tindakan terkutuk. Ia satu penyusupan yang tidak beradab dalam berjemaah, apatah lagi mengunakan kekuatan orang lain untuk memperkuatkan diri sendiri tanpa pengetahuan pihak terbabit.

Kesimpulan

Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia terdiri daripada IRC-JIM-IKRAM, HALUAN, Suara Islam dan ISMA. IRC terdiri Alami Mesir dan IRC UK yang didominasi oleh IRC UK dalam pentadbirannya, syuranya oleh Ikhwan Alami. Kewujudan IKRAM mengangkatkan memaparkan pemimpin Alami Mesir sebagai ketua.

ISMA ialah kelompok muda Alami Mesir manakala HALUAN lebih kepada tanzim Ustaz dahlan. Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia dipecahkan kepada tiga pengaruh iaitu Ikhwan Mesir, Ikhwan Iraq-Syria dan Ikhwan Antarabangsa. Pemikiran dan pendekatan mereka cukup berbeza dalam menangani permasalahan.

Penulisan ini mengakui jasa dan perjuangan semua tanzim Ikhwan Malaysia. Cuma paling baik mereka bersatu dibawah satu bumbung iaitu dalam PAS atas hakikat sebenar mereka adalah politik Islam.

(32)

1. Jika kita seorang Islamis, dalam politik kita perlu menjadi pembantu bukannya bercita-cita tinggi mahu pemimpin atau menguasai jemaah Islam yang lain. Jika kita mengejar jawatan dalam kepimpinan, kita membuka ruang kepada permusuhan dalaman.

2. Keaktifan kita di peringkat lujnah negeri dan kawasan. Atau berjuang berdasarkan isu seperti alam sekitar, pengguna, hak pekerja dan orang asal. Jangan sangka keaktifan peringkat negeri atau kawasan itu tidak bermakna, Dato Husam Musa umpamanya, hanya tokoh Pemuda peringkat Negeri Kelantan yang akhirnya dipilih sebagai Naib Presiden PAS.

3. Tanzim Ikhwan Malaysia perlu menjadikan PAS sebagai wadah penyatuan mereka. Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan naqib usrah kepada murabbi IRC-JIM-IKRAM dan HALUAN. Kedekatan ini sewajarnya merapatkan lagi hubungan PAS dengan tanzim Ikhwan. Alternatifnya leburkan organisasi dan sertai PAS. Menjadi tentera dan pembantu bukannya menyimpan cita-cita menjadi pemimpin atau menguasai PAS. 4. Tanzim Ikhwan perlu menjadikan pengalaman dulu sebagai ibrah penting. Penyatuan

(33)

Tradisi Kepimpinan Ulama Dalam PAS

Mengenali Akar Kepimpinan Ulama Dalam PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebuah organisasi politik Islam telah dilahirkan atas kesedaran para ulama yang berada dalam UMNO. Teras kekuatan PAS adalah Islam, Ulama dan Melayu. Apabila PAS muncul sebagai entiti berasingan daripada UMNO, bekas pimpinan Hizbul Muslimin mula memperkukuhkan PAS. Antaranya adalah Ustaz Khaidir Khatib, Ustaz Osman Abdullah dan Ustaz Dato Mohd Asri Haji Muda.

Penubuhan PAS adalah satu proses evolusi daripada mesyuarat Jawatankuasa Agung UMNO pada 16 Julai 1949 bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Bahagian Agama yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim. Beliau dibantu oleh Sheikh Abdul Jalil Hassan, Ustaz Salleh Osman, Tuan Guru Haji Mohamad bin Haji Hitam, Tuan Guru Ahmad Mahir, Tuan Guru Abdul Rahman Merbuk, Haji Mohamad Bin Sidin dan Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam.

Pada tahun 1951, UMNO dikecohkan oleh kesanggupan Tunku Abdul Rahman menerima dana daripada hasil loteri. Cadangan penambahan sumber kewangan UMNO melalui hasil loteri disokong kuat oleh Kesatuan Melayu Kedah dan Perikatan Melayu Perak cawangan Selama. Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Badawi, Haji Fathullah Suhaimi dan Tuan Guru Ahmad Fuad menentang keras penerimaan tersebut.

Ketiadaan wadah Islam cukup dirasai oleh para ulama dalam UMNO. Jabatan Agama UMNO telah mencadangkan mengadakan Kongres Alim Ulama Pan Malaya pada bulan Ogos 1951. Dalam kongres, satu resolusi agar ditubuhkan sebuah organisasi ulama yang bebas daripada UMNO. Akhirnya, organisasi ulama tersebut dikenali sebagai Persatuan Ulama-ulama Se-Tanah Melayu. Antara pimpinan ulama yang terlibat ialah Tuan Guru Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Badawi(Naib Ketua Pemuda UMNO), Tuan Guru Tuan Husein dan Tuan Guru Ahmad Maliki. Pensejarahan di atas menunjukkan PAS berasal daripada wadah ulama dan refleksi para ulama terhadap ‘maksiat’ yang dilakukan oleh UMNO. Para ulama daripada UMNO dan Hizbul Muslimin memperkuatkan PAS pada peringkat permulaan.

Naratif perubahan nama memperjelaskan bahawa PAS berasal daripada sebuah organisasi ulama. Perubahan istilah ulama kepada Islam dicadangkan oleh Ustaz Uthman Hamzah (bekas anggota Hizbul Muslimin) menunjukkan kesediaan para ulama memperluaskan keanggotaan organisasi kepada umat Islam bukan hanya kepada para ulama.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil wawancara tersebut, dapat disimpulkan jika pengelola dan LC dalam melakukan strategi komunikasi untuk mempertahankan pelanggan yaitu

Sebagai sebuah contoh : seseorang diketahui paling mendekati tipe sosial, akan lebih cenderung memasuki okupasi dalam lingkungan pelayanan sosial karena okupasi itu diketahui

Solusi Bayes ini selanjutnya akan dibandingkan dengan solusi Maximum Likelihood dengan menggunakan hasil simulasi data dengan menggunakan perangkat lunak Manitab

Dampak negatif upah minimum ini secara signifikan lebih mempengaruhi kelompok dalam pasar tenaga kerja yang lebih rentan, yaitu perempuan pekerja, pekerja muda,

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui efektivitas pembelajaran dengan dengan metode Course Review Horay dalam meningkatkan kemampuan numerasi

Selain itu, untuk mengetahui kenaikan muka air laut di perairan PPP Sadeng berdasarkan data multi satelit altimetri maka menggunakan data satelit altimetri yang telah dikelompokan

Keluarga terdiri dari orang-orang dewasa dari kedua jenis kelamin, minimal dua orang yang memelihara hubungan seksual dalam aturan-aturan yang dapat diterima oleh lingkungan

Rumusan masalah dalam penelitian ini adalah: Bagaimana cara merancang website Dinas Budaya dan Pariwisata Kota Malang yang informatif sesuai kebutuhan dan