• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nilai Islam Moderator Perhubungan Antara Kemahiran Usahawan dan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PERNIAGAAN

4.6.8 Nilai Islam Moderator Perhubungan Antara Kemahiran Usahawan dan

Kejayaan

Kepimpinan dan pengurusan yang baik merupakan nilai utama dalam budaya keusahawanan. Usahawan perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu mengurus perniagaan dengan baik dan teratur kerana ia merupakan kunci kejayaan kepada perniagaan. Nilai-nilai ini seharusnya diamalkan dan dihayati oleh semua orang serta tidak hanya terhad kepada usahawan sahaja. Ini penting kerana setiap manusia mempunyai tanggungjawab tersendiri dan perlu mengurus tanggungjawabnya dengan baik dan teratur. Sebagaimana di jelaskan dalam hadis yang bermaksud:

Daripada ‘Abd Allah bin ‘Umar (ra) sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah bersabda: “setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab di atas apa yang dipimpin. Maka ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab di atas orang bawahannya dan suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab di atas ahli keluarganya. Dan isteri di dalam rumah suaminya adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang di bawah jagaannya, dan seorang hamba adalah pemimpin (penjaga) kepada harta tuannya dan bertanggungjawab di atas apa yang di bawah jagaannya.

(Sahih Bukhari)

Selain daripada hadis di atas, banyak ayat-ayat yang menyentuh mengenai perlunya pengurusan yang baik dan teratur. Ini termasuklah proses perancangan, pengorganisasian, pengurusan sumber manusia, kawalan dan sebagainya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

171 “ Dan bersiap sedialah kamu menghadapi mereka dengan kemampuan yang ada pada kamu daripada kekuatan dan kuda-kuda perang”

Surah al-Anfal (8):60

Ayat ini menunjukkan kepentingan perancangan yang rapi dari semua segi sebelum menghadapi atau memulakan sesuatu tindakan. Tindakan tanpa mempunyai perancangan yang baik akan hanya menyebabkan kerugian yang besar termasuklah perniagaan. Di samping itu Al-Quran juga sangat menekankan keperluan umat Islam dengan menganjurkan sifat al-Ta'awun (bantu-membantu dan tolong-menolong) antara satu sama lain dalam perkara-perkara kebaikan termasuklah perniagaan (Mohd Nizho & Mohd Shukri, 2005). Usahawan juga perlulah berlaku adil seperti Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Surah al-Ahzab (33):72

Dalam aktiviti perniagaan, sifat jujur telah diletakkan oleh Islam di tempat yang paling utama dan dikatakan sebagai penyumbang kepada kejayaan dalam perniagaan. Al-Quran telah menyuruh kita agar mencukupkan dalam sebarang sukatan dan timbangan. Perkara ini sangat ditekankan bagi menjauhkan keburukan yang bakal menimpa ke atas hubungan sesama manusia dan perpaduan masyarakat amat dititikberatkan oleh Islam sepertimana firmanNya yang bermaksud:

172 Hendaklah kamu sempurnakan sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan neraca yang betul, demikian itu adalah yang lebih baik dan utama di akhirat kelak.

Surah al-Isra(17):35

Menurut Muhammad Nasri et al. (1999) usahawan yang tidak jujur menipu timbangan untuk mendapatkan untung yang lebih. Menipu timbangan merupakan kaedah penipuan dan eksploitasi yang telah dilakukan sejak sekian lama. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman agar timbangan dilakukan dengan tepat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan penuhkanlah sukatan, bila kamu menyukat (menakar) dan menimbanglah dengan neraca yang betul. Inilah yang paling baik dan lebih elok kesudahannya.”

Surah Al-Israa’(17):35 Allah S.W.T juga berfirman yang maksudnya:

“Dan kepada penduduk Madyan Kami utus saudaranya Syu’aib, dia mengatakan: Hai kaumku! Hendaklah kamu menyembah Allah. Kamu tidak mempunyai Tuhan selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang bukti yang terang kepada kamu dari Tuhanmu sebab itu, cukupkanlah sukatan dan timbangan, dan jangan kamu kurangkan hak-hak manusia itu. Janganlah kamu membuat bencana dimukabumi ini sesudah ada perbaikan. Itulah yang baik untuk kamu, kalau kamu orang yang beriman.”

Surah Al-A’raaf(7):85

Sifat jujur dalam soal sukat-menyukat dan timbang-menimbang ini adalah sebagai kunci utama menuju ke arah kejayaan dalam perniagaan di mana semua pihak akan mendapat haknya yang memuaskan. Rasulullah S.A.W. juga memerintahkan agar para peniaga menyatakan dengan jujur sebarang kecacatan yang terdapat pada barang perniagaannya, jika tidak haram menual barang tersebut dan Allah Ta’ala akan menghapuskan keberkatan darinya. Usahawan harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai amalan perniagaan Islam sekiranya ingin berjaya dalam perniagaan. Ini dapat diperolehi dengan membaca dan memahami perkara-perkara yang digariskan dalam Al-Quran dan hadis. Di samping itu, mereka wajib meyakini bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah S.W.T pada hari

173 akhirat nanti. Ini akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah S.W.T. Oleh itu, mereka harus melaksanakan dan mengamalkan perniagaan yang dituntut oleh Islam (Mohd Nizho, 2005). Di samping itu Allah juga digambarkan secara ringkas melalui sepotong ayat yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya itu). Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)”

Surah al- Baqarah (2): 282

Menurut Shuhairimi dan Ku Halim (2010), antara masalah utama yang menyumbang kepada kegagalan usahawan adalah disebabkan sikap negatif mereka. Sesetengah usahawan bersikap mencari jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan inginkan keuntungan yang cepat tanpa memikirkan faedah jangka panjang pembinaan empayar pernigaan yang dijalankan. Sikap boros, membazair dan tidak pandai mengurus kewangan adalah sebahagian daripada pengabaian nilai-nilai murni dalam amalan keusahawanan.

Selain itu kemahiran merekod setiap transaksi perniagaan juga amat ditekankan dalam Islam. Antara faktor utama kegagalan usahawan ialah tidak mempunyai pengurusan kewangan dan perakaunan yang cekap. Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa mengemas kini sistem rekod dengan akauntan atau sistem yang paling cekap dan tepat (Suhaili & Ahmad Sufian, 2005). Firman Allah di dalam Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila antara kamu menjalankan urusan hutang piutang dalam suatu tempoh yang tertentu, maka hendak kamu catatkan urus niaga itu. Maka catatkanlah urus niaga antara kamu itu oleh seorang pencatat dengan keadah yang adil dan berautoriti. Dan janganlah pencatat itu enggan melakukan seperti mana yang diajarkan oleh Allah. Maka hendaklah dia catatkan dan merencanakan (akaun dengan

174 jelas) sebagaimana urus niaga yang berlaku serta bertaqwa kepada Allah... ”

surah al-Baqarah(2): 282

Ayat yang disebutkan merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran yang mengerangkan secara terperinci tentang pentingnya menjalankan urusanperakaunan dengan baik, teliti dan amanah. Sekali pun para ulama’ meletakkan hukum harus, tetapi dalam konteks perniagaan, perakaunan boleh dianggap sebagai wajib demi menjaga urusan kewangan agar lebih sistematik dan menyumbang kepada kejayaan PKS .

Nilai Islam sebagai moderator perhubungan antara kemahiran usahawan dan kejayaan boleh dirumuskan dalam hipotesis berikut:

Hipotesis 3c: Nilai Islam merupakan moderator perhubungan antara kemahiran dan kejayaan