CONTOH JENIS-JENIS SOALAN STPM SEBENAR TAHUN-TAHUN LEPAS Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi. {STPM 2014)
Pendahuluan
Menjelang abad ke-15 dan abad ke-16, Portugal muncul sebagai sebuah kuasa maritim di Eropah.
Masyarakat maritim di Portugal telah memberi sumbangan dalam bidang penjelajahan, perdagangan, penjajahan, teknologi pelayaran dan perkapalan.
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
Isi Penting
(a) Perkembangan kapitalisme dan merkantalisme
sistem ekonomi ini menggalakkan masyarakat Portugal mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
ini menyebabkan Raja Portugal memberi galakan dan menaja pelayaran rakyatnya ke seberang laut untuk tujuan tersebut.
ini menyebabkan muncul masyarakat maritim Portugal yang giat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan.
(b) Perkembangan perdagangan
Menjelang abad ke-15, permintaan untuk rempah ratus oleh masyarakat Eropah menyebabkan pedagang-pedagang portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan.
ini disebabkan kegiatan perdagangan rempah ratus dikuasai oleh pedagang Itali dan Islam yang meraih keuntungan besar melalui penjualan pada harga yang tinggi.
oleh itu, pedagang Portugal mencari jalan laut ke Timur untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus tersebut.
(c) Pengaruh Renaisans
zaman renaisans telah menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme dalam cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah.
ini melahirkan masyarakat di Eropah yang menekankan kepentingan sains dan teknologi berbanding dengan institusi gereja yang dianggap mengongkong pemikiran.
kemajuan ini menyemai semangat ingin tahun di kalangan orang Portugal untuk menerokai kawasan-kawasan baru seperti Ferdinand Magellan pada September 1519 M.
(d) Teknologi pelayaran
pengetahuan teknikal dalam geografi dan pelayaran menggalakkan aktiviti penerokaan dan penjelajahan ke sebarang laut.
masyarakat maritim di Portugal mencipta peralatan baru seperti peta pelayaran, kompas magnetik (arah) dan astrolab (longitud) untuk memudahkan mereka berlayar.
mereka juga membina kapal-kapal besar seperti kapal Caravel seberat 2000 tan untuk berlayar di lautan yang luas.
(e) Pengetahuan dunia luar
diperolehi melalui orang Islam Arab yang mempunyai pengetahuan terawal tentang dunia luar (500-1000M)
catatan pengalaman pengembara Eropah seperti Marco Polo ke China dan John Monte Corvino ke Parsi dan India turut mendorong masyarakat Portugal mengembara.
pengetahuan ini menggalakkan Putera Henry (1394-1460) bergiat lebih aktif dalam aktiviti penjelajahan di kalangan masyarakat Portugis.
Kesimpulan
masyarakat maritim di Portugal telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
mereka memainkan peranan penting untuk menjadi kuasa maritim yang unggul dan disegani di benua Eropah.
Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul The Wealth of Nation.
{STPM 2017}
Pendahuluan
Menjelang abad ke 18 muncul ramai ahli ekonomi yang terkenal di England.
Adam Smith merupakan salah seorang tokoh dalam bidang ekonomi dan falsafah.
Beliau terkenal melalui bukunya yang ditulis "The Wealth of Nations".
Isi penting
(a) Idea perdagangan bebas - laissez-faire
Melalui bukunya Adam Smith telah telah mencetuskan idea tentang perdagangan bebas -laissez-faire
Menurut beliau, kerajaan tidak harus campur tangan dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan.
Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan School of Political Economi
Idea perdagangan bebas yang disebarkan oleh Adam Smith mendapat perhatian ahli-ahli ekonomi seperti Ricardo dan Thomas Maltus.
(b) Mengkritik dasar merkantilisme
Adam Smith mengkritik dasar ekonomi merkantilisme yang diamalkan oleh negara bangsa di Eropah
Beliau menolak tindakan yang dilakukan oleh negara bangsa untuk mengawal tanah jajahan.
Tindakan mengawal tanah jajahan secara politik akan menambahkan beban negara induk daripada masalah kewangan.
(c)Faedah mutlak
Dalam karyanya Karl Mark menganjurkan teori yang dikenali sebagai faedah mutlak.
Beliau menyarakan agar sesebuah negara membuat membuat pengkhususan dalam pengeluaran barangan yang mempunyai faedah mutlak
Karl Mark juga berpendapat bahawa faedah mutlak juga boleh disebabkan oleh iklim dan struktur tanah.
(d) Pengkhususan antarabangsa
Adam Smith menyatakan juga bahawa perdangan bebas akan meluaskan pasaran dan pengkhusussan kerja
Perkembangan ini akan menyebabkan berlakunya lebihan hasil yang akan dapat dipasarkan ke luar negara
Perkembangan ini menunjukkan pengkhususan antarabangsa menjadi sebahagian daripada proses kemajuan sesebuah negara
Adam Smith juga berpendapat perdagangan bebas akan menambahkan sumber pendapatan sesebuah negara.
Beliau juga berpendapat perdagangan bebas akan mengurangkan kos pengeluaran dan menyebabkan pengaliran modal ke sektor yang prokuktif.
(e) Nilai dan pengelasan masyarakat
Melalui bukunya The Wealth of Nations, Adam Smith juga turut mengemukakan pandangan mengenai nilai dan pengelasan masyarakat.
Menurut beliau nilai merujuk kepada kuasa untuk membeli barangan lain.
Masyarakat dikelaskan kepada tiga, iaitu mereka yang hidup dengan
memperoleh sewa, upah dan untung.
Kesimpulan
Adam Smith telah mengemukakan idea-idea beliau dalam bidang ekonomi dan ia telah berjaya mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh England pada masa tersebut.
Malah idea-idea beliau juga telah diterima dan diamalkan oleh negara-negara lain di seliruh Eropah.
Sejauhmanakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah. {STPM 2013}
Pendahuluan
Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifik
Zaman ini berusaha untuk mglahirkan masyarakat yang lebihterbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.
Pada zaman ini lahir pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu, Jeremy Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang telah memberikan idea pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara Eropah pada abad ke-19 dan 20 Masihi.
Isi penting (a) Idea Politik
Montesqiueu melalui karya “The Spirit of the Laws” mengemukakan idea kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin pembahagian dan imbangan kuasa.
Menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang (eksekutif), pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan kehakiman (judiciary).
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Politik Eropah
Idea Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlaku Revolusi Perancis pada 1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus memerintah sendiri ), kebebasan ( kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang tidak adil) dan persamaan ( hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek kehidupan ).
Raja-raja Eropah lain seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria, Peter the Great dan Catherine the Great dari Rusia juga mula mengamalkan pemerintahan yang adil dan gaksama.
Kuasa politik kini digunakan untuk membaiki taraf hidup rakyat.
Frederick the Great mengamalkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam dan mengadakan perkhidmatan awam yang efisen.
Joseph II membebaskan serf yang terikat di bawah sistem feudal.
Pada era inipentadbir kerajaan dilantik berasakan merit dan bukan keturunan.
Raja-raja era ini menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja dan elit di bandar.
Raja mengasaskan jentera pentadbiran sebuah negara moden tanpa campurtangan raja.
(b) Idea Ekonomi
Pemikir utama dalam bidang ekonomi ialah Adam Smith melalui karya “The Wealth of the Nations”.
Memajukan idea kebebasan perdagangan berasaskan kritikan terhadap sistem Merkantilisme yang mengongkong ekonomi negara-negara Eropah.
Menurutnya kerajaan tidak harus campurtangan dalam urusan ekonomi dan membiarkannya berfungsi seperti biasa mengikut hukum permintaan dan penawaran.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Ekonomi Eropah
Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggens di India dan China. Monopoli dengan India dimansuhkan pada 1813 dan dengan China pada 1833.
Pemansuhan monopoli ini mernbuka peluanq perdagangan yang sama kepada pedagang persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini.
Kemuncak perjuangan ialah pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.
England juga menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal, dengan mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda Akta Perkapalan pada 1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan penubuhan pelabunan-pelabuhan bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh pengsiytiharan Singapura sebagai pelabuhan bebas pada 1819 dan Negeri-Negeri Selat pada 1826.
Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeterai dengan negara-negara tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.
(c) Idea Sosial
Pemikir utama ialah Jeremy Bentham yang mengemukakan idea utilitarianisme.
Pengikutnya dikenali sebagai utilitarian.
Bentham percaya adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk menjamin kebahagiaan yang maksima kepada penduduk negara
Oleh itu dasar kerajaan harus membahagiakan penduduk yang paling ramai dan bukan satu kumpulan yang kecil/minoriti.
Utilitarian juga berusaha untuk membebaskan individu daripada kongkongan adat dan penindasan golongan bangsawan dan paderi.
Seorang lagi pemikir yang telah mengemukakan idea yang mendahului zaman dalam bidang sosial ialah Rousseau.
Melalui novel “Emile” beliau mengemukakan pendidikan baru. Menurutnya kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak dipaksa mengikuti pelajaran yang mereka tidak gemari.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Sosial Eropah
Idea Bentham telah mempengaruhi kerajaan England abad ke-19 dalam aneka bidang.
Antara bidang yang menerima reformasi Bentham ialah penjara ( hak asasi banduan harus dijaga dan mereka dilayan secara kemanusiaan); pengesahan kesatuan sekerja, undi sulit, reformasi kerajaan tempatan, hak mengundi untuk wanita, rancangan perancang keluarga, kebebasan berucap, kebebasan akhbar dan kenaikan pangkat berasaskan merit atau pencapaian.
Idea Rousseau pula meninggalkan kesan dalam sistem pendidikan England, Perancis dan Jerman. Tujuan pendidikan kini lebih bersifat praktikal dan holistik.
Terdapat usaha untuk menjadikan pembelajaran lebih menyenangkan dan lebih banyak kebebasan untuk pelajar.
Kini telah wujud pengkhususan pelajaran dan perinqkat persekolahan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pendidikan dibahagikan kepada tiga tahap; tahap pertama secara tidak rasmi untuk kanak–kanak antara umur 2-12 tahun; tahap kedua berasaskan pemerhatian dan pengalaman untuk mereka yang berumur antara 13-15 tahun dan tahap akhir secara rasmi untuk mereka yang melebihi usia 15 tahun sehingga mendirikan rumahtangga.
Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah mengemukakan banyak idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada reformasi politik dan pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan bebas dan sosial, negara yang mengutamakan hak asasi dan kebajikan masyarakat