• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB III SEJARAH HITAM PERISTIWA MEMALI DI MALAYSIA

A. Pandangan Tokoh-Tokoh Politik Di Malaysia

Antara tokoh yang terlibat dalam memberi kritikan dan pandangan terhadap kasus memali ini adalah tokoh politik yang terkemuka pada saat

1

Riduan Mohamad Nor, Memori Tragedi Memali, ( Selangor, Percetakan Zafar Sdn Bhd: 2010) , cet I, hlm 50

terjadinya peristiwa Memali dan masih hidup sampai sekarang, yaitu Abdul Hadi Awang.

Beliau lahir 6 Zulhijjah 1366 H / 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Lahir dari pasangan Hj. Awang Mohamad Bin Abd Rahman dan Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia. Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Partai Islam Se-Malaysia (PAS) dan mantan Menteri Besar Terengganu.2 Beliau juga telah diberi gelar "Dato' Seri " yang diberikan Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin). Anak ke-5 dari 9 orang bersaudara. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang Terengganu. Abdul Hadi Awang dikenal sebagi tokoh ilmuwan agama yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan pemikiran dan isu-isu kontemporer.

Sementara dunia pendidikan begitu digandrungi oleh beliau dilihat dari keseriusan untuk melanjutkan pendidikan ke Universitas Al-Azhar ke tingkat S.2 dengan gelar M.A. (Siyasah Syariyyah) dan berhasil menyelesaikannya dalam waktu hanya 2 tahun (1974 - 1975). Perjalanan karir pemerintahan Abdul Hadi Awang terjadi ketika pemilihan raya umum tahun 1999, kesempatan memegang amanah wewenang pemerintahan itu telah dengan penuh tanggungjawab di manfaatkan oleh beliau untuk mengembalikan kedaulatan Islam di bumi tercinta ini. Maka hasilnya meskipun Abdul Hadi Awang hanya diamanatkan dalam

2

Istilah Menteri Besar di Indonesia dikenal dengan istilah Gubernur yaitu pemimpin yang membawahi sebuah provinsi (Negara bagian).

waktu empat (4) tahun tiga (3) bulan, tetapi banyak pihak berpendapat apa yang sempat dilaksanakan sudah jauh lebih baik dari pemerintahan sebelumnya, dan merupakan track record yang dapat dibanggakan.

Dalam kronologi pada saat itu, yang terjadi di dewan yang kecil dan penyusun3’ duduk benar-benar di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan apabila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sadar air mata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun lihat mengesat air mata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong PAS ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) karena penyusun duduk bersebelahan beliau.4

Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bertentangan dengan taklimat pimpinan PAS. Tragedi itu benar-benar menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan PAS. Berbulan-bulan media massa melaporkan kericuhan ini dan hampir ke semua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya karena dianggap penjahat, pengikut ajaran sesat, pembangkang, pemberontak dan sebagainya. Maka antara pandangan

3 Penyusun yang dimaksudkan adalah salah seorang karangan buku yang terkait dengan peristiwa memali yaitu Hj Mohd Sabu.

yang dikemukan dalam masalah ini katanya; teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:

.

" Apabila engkau melihat umatku takut untuk berhadapan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang-orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya" - hadith riwayat Imam Ahmad."Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah SAW yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. "

Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato' Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini mengingatkan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal. Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah SAW sendiri.5 Dan katanya lagi Abdul Hadi Awang dengan ucapanya;

5

“Apa dosa Ibrahim Libya? Beliau hanya ingin negeri ini ditadbir secara Islam, undang-undang negara ini dijalankan secara Islam. Beliau bukan pelaku pidana, apabila polisi meminta dan menarik balik ijin memegang senjata api, beliau menyerahkan kembali senjata api. Ini bukti beliau bukanlah penjenayah. Memali adalah pembunuhan beramai-ramai... mereka dizalimi, dan ini adalah untuk melengkapkan syarat kepada kumpulan Islam, sebagaimana Firman Allah, ’Mereka berjuang (berjihad) pada jalan Allah tanpa menghiraukan celaan orang-orang yang mencela’ (Al-Maidah;54) (Ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas peristiwa Memali; 1985).6

Seterusnya pandangan tokoh politik adalah A. Samad Said, beliau juga terlibat karirnya sebagai salah seorang sasterawaan negara katanya;

”Pembayaran pampasan oleh pihak kerajaan tidak harus dianggap penyelesaian

terhadap kejadian berdarah Memali. Dia dituduh membawa ajaran sesat, dituduh macam-macam yang memburukkan dia. Jadi kerajaan harus mengumumkan, kerajaan harus membetulkan semua tuduhan, mengatakan mereka ini (para syuhada) membawa ajaran sesat. Jika tidak, sejarah akan terus meletakkan Ustaz Ibrahim sebagai pembawa ajaran sesat, penentang dan sebagainya. Jika perkara ini tidak diperjuangkan untuk mengadakan pembetulan dan pengertian semula, sejarah dan generasi masa depan akan terus mengulang tuduhan itu terhadap

6

http://aneroid09.wordpress.com/2009/04/11/kisah-benar-tragedi-memali-ustaz-ibrahim-libya/ Diakses pada 27/03/11 jam 13:45 WIB

para syuhada dan peristiwa tersebut. Bukan saja tuduhan terhadap peristiwa itu perlu diluruskan malah kerajaan harus menghentikan dan membetulkan semua tuduhan yang dibuat terhadap semua pihak dalam peristiwa Memali.” (Petikan kata-kata Sasterawan Negara; A. Samad Said; 14 Mac 2010).7

Terakhir adalah ucapan almarhum Dato’ Haji Fadzil MD. Noor, sebagai

Presiden Partai Islam Se-malaysia ( PAS) yaitu” ”Syuhada Memali membayar dengan mahal harga perjungan, peristiwa Memali yaitu pada November 1985 adalah sejarah hitam yang berlaku di tanah air kita. Ia juga akan lama dikenang dalam sejarah. Peristiwa ini adalah manifestasi kerakusan, kezaliman,kekejaman Umno, 8karena Umnolah yang mendesak”.9

Dokumen terkait