• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tinjauan Hukum Islam Terhadap Pembunuhan Ibrahim Libya … 70

BAB III SEJARAH HITAM PERISTIWA MEMALI DI MALAYSIA

D. Tinjauan Hukum Islam Terhadap Pembunuhan Ibrahim Libya … 70

Pada tahun ini, genap 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan dunia dapat menyaksikan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai sama ada dari aspekekonomi, politik, sosial dan undang-undang. Namun begitu, jika direnungkan kembali kepada perkembangan undang-undang Islam di Malaysia sehingga kini, hakikatnya masih terdapat kekurangan malahan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang amat terbatas dan perlu diperbaiki terutamanya dari sudut pengamalan dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam.18

Bahkan boleh dikatakan bahwa secara umumnya, undang-undang kriminal syariah di Malaysia boleh dikategorikan atau hanya meliputi takzir. Oleh itu, skripsi ini akan memfokuskan perbincangan dengan cara memberikan gambaran secara umum mengenai perkembangan undang-undang jenayah Islam di Malaysia dan menguraikan perlaksanaannya di Mahkamah Syariah. Penulis juga akan membicarakan isu-isu semasa perundangan berkaitan undang-undang jenayah Islam mulai dari segi bidang kuasa, klasifikasi jenayah dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang sedia ada, kasus-kasus yang dilaporkan hingga sumber-sumber perundangan lain yang diterima.19

Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruanglingkup takzir. Hingga kini tiada sebarang undang-undang hudud tentang qisas

18

Abdul Aziz Bari, 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 35

19

Tun Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, ( Ampan/Hulu Klang Selangor Darul Ehsan: Dawanan Sdn Bhd, 2006), cet. III, h. 293

dilaksanakan walaupun terdapat usaha-usaha untuk melaksanakannya di Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu. Malahan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah juga amatlah terbatas jika dibandingkan dengan mahkamah sivil. Sebelum adanya akta jinayah syariah negeri-negeri, undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah kebanyakannya diperuntukkan di bawah akta pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Dari sudut bidangkuasa jinayah, hukuman maksimum yang diperuntukkan di dalam akta-akta sebelum tahun 1965 hanya merangkumi denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara selama tidak melebihi 4 bulan atau kedua-duanya sekali. Had hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 1965 dengan denda seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Amandamen pada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) telah dibuat pada tahun 1984, dan setelah itu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah syariah ialah denda lima ribu ringgit atau penjara tiga tahun atau enam kali dicambuk atau kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah memperkenalkan akta kesalahan jenayah syariah masing-masing. Pada tahun 1988 telah berlaku amandamen di dalam Perlembagaan Persekutuan yiaitu artikel 121(1A) yang telah membawa kepada penambahan kewibawaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa ekslusif yang mana bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil. Dari era sebelum merdeka hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa pembaharuan dan perkembangan terhadap ruang lingkup undang-undang jenayah Islam di Malaysia.

Secara umumnya undang-undang jinayah syariah ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini dapat dibahagi kepada kesalahan berkaitan dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan, judi, rukun Islam, kesucian agama Islam dan institusinya, matrimoni dan juga kesalahan-kesalahan lain.

Secara umum, kesalahan-kesalahan jinayah yang diperuntukkan dalam akta-akta terkait adalah terlalu sedikit dan amat terbatas termasuk peruntukan hukumannya. Hukuman yang diperuntukkan hanyalah merangkumi takzir yaitu penjara, denda atau cambuk. Peruntukan ini boleh dilihat dalam beberapa akta negeri-negeri seperti Akta Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, Akta Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 dan Akta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (amandamen) (Kelantan) 1986.20

Bagi negeri yang masih tidak mempunyai akta ketentuan jenayah syariah, peruntukan kesalahan terdapat di dalam akta pentadbiran undang-undang Islam negeri masing-masing. Selain daripada itu terdapat juga kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di bawah akta undang-undang keluarga Islam bahagian iv dan x yang dikenali sebagai kesalahan matrimoni seperti Akta Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 2003.21

20

Abdul Aziz Bari, 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 40

21

http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_jenayah diakses pada tanggal 23/4/2011 jam 21:56 am WIB.

Untuk memudahkan perbincangan, pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat diringkaskan seperti berikut:

a) Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah:- i) Kesalahan yang berhubung dengan akidah;

ii) Kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya; iii) Kesalahan berhubung dengan rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan; iv) Kesalahan seksual;

v) Kesalahan berhubung dengan kesejahteraan orang lain; vi) Kesalahan pelbagai;

b) Enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam:-

i) Penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan; dan ii) Penalti am.

Seterusnya, Tinjauan Hukum Islam Terhadap Pembunuhan Ibrahim Libya adalah melihat putusan yang dikeluarkan oleh berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’

dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. 22

Bagi pihak partai pemerinah atau UMNO, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan

22

http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=262&kategori=12diakses pada tanggal 23/4/2011 jam 21:56 am WIB.

Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan

mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan

beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak. Sehingga hari ini, kasus ini yang telah beberapa kali dibawa ke Mahkamah, tetapi tidak ditanggapi lagi.23

Kasus yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh

Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau

memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan.24

Kesimpulanya, antara yang mengeluarkan fatwa tentang kematian ustadz Ibrahim Libya sebagai mati syahid adalah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, dan pada saat kejadian berlaku beliau menjabat sebagai ketua dewan ulama PAS pusat, dan sekarang ini beliau menjabat jabatan sebagai Menteri Besar (Gubernur) di Negeri Bagian Kelantan.

23

Mohd Sabu, Air Mata Memali, ( Selangor, Warisan Syuhada: 2010 ) , cet I, hlm.50

24

Riduan Mohamad Nor, Memori Tragedi Memali, ( Selangor, Percetakan Zafar Sdn Bhd: 2010) , cet I, hlm 50

74 A. Kesimpulan

Dari penjelasan bab-bab terdahulu dan untuk mengakhiri pembahasan dalam skripsi ini, penulis membuat beberapa kesimpulan sebagai berikut:

1. Penelitian terhadap teori hukum Islam dan hukum positif bagi masalah kepidanaan adalah amat penting, karena hal-hal ini sering terjadi di kalangan masyarakat sehingga timbulnya pelbagai kasus. Maka teori atau landansan hukum amatlah penting untuk mewujudkan undang-undang bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dalam hal ini kajian hukum Islam lebih maju atau ke depan dengan wujudnya pelbagai teori yang telah diterapkan oleh ulama-ulama klasik dan juga ulama kontemporer, maka impelementasi teori hukum Islam di dalam undang-undang amatlah dinamis dan relevan untuk mewujudkan hukum positif yang lebih komprehensif dan feksibel. Sebagai contoh di Malaysia, ada beberapa hal yang terkait masalah jenayah atau kepidanaan sudah berlaku teori hukum Islam dipraktikkan di dalam

hukum positif seperti hukuman ta’zir dan sebagainya.

2. Pandangan tokoh-tokoh dan ahli media terhadap kasus Memali sangat penting untuk meluas kajian ini secara akademik, agar kasus tidak tertutup atau hilang di mata masyarakat, koran, buku, internet dan sebagainya maka peneliti amatlah bertanggujawab bagi mencari kebenaran terhadap kasus ini. Maka

segala kritikan dari berbagai pihak khususnya tokoh-tokoh politik dari pihak pemerintah atau oposisi dan juga ahli-ahli media menjadi bahan utama untuk mengumpulkan segala maklumat atau data sehingga peneliti membuat kesimpulan. Antaranya adalah, pandangan dari pihak pemerintah yaitu menganggap kasus ini adalah suatu penyimpangan terhadap kesusilaan negara tanpa meneliti dengan lebih tepat kronologi peristiwa tersebut, sementara dari pihak oposisi dan ahli media mengangap kasus ini bukanlah penyimpangan kesusilaan padahal kesalahan ini muncul dari pihak pemerintah.

3. Tinjauan hukum Islam terhadap kasus ini sudah jelas yaitu hal-hal ini terlibat kematian, kepidanaan, penipuan, melanggar hak asasi manusia yaitu pembunuhan, kebebasan dalam memberi pendapat dan sebagainya, maka di sini teori hukum Islam sudah ditetapkan berbagai kriminal tersebut dengan berlandasankan Al-Quran, al-Sunnah, dan pendapat ulama-ulama terdahulu dan kontemporer.

Dokumen terkait