• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN AM GURU (B): PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM 1.0 PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

Dalam dokumen Buku Pengurusan SMKS 2017 (Halaman 32-35)

1.1 Semua bahagian Buku Persediaan Mengajar mesti diisi dengan lengkap. 1.1.1 Bahagian Hadapan

 Misi,Visi, Falsafah Sekolah  Butiran diri guru

 Cuti Am dan penggal sekolah  Takwim sekolah

 Jadual waktu kelas/persediaan beserta analisis  Senarai buku pelajaran murid

 Senarai buku rujukan guru  Sukatan pelajaran

 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)  Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 1.1.2 Bahagian belakang

 Rekod penilaian pelajar (Isikan selepas setiap ujian dan peperiksaan)  Markah Sasaran Pelajar dan TOV ( Take Off Value )

 Maklumat pelajar yang bermasalah kesihatan

1.2 Format penulisan RPT dan RPH bagi satu-satu panitia hendaklah diselaraskan. Cara penulisan hendaklah seperti yang dikehendaki dalam Pekeliling Iktisas 3/99- Penyediaan Rekod Pelajaran dan Pembelajaran yang mengandungi:

1.2.1 Tarikh 1.2.2 Hari 1.2.3 Mata pelajaran 1.2.4 Tingkatan 1.2.5 Masa 1.2.6 Tajuk 1.2.7 Objektif

1.2.8 KBKK / iTHINK / KBAT / PPPM/ EMK/ KSSM/ PA 21 1.2.9 Nilai

1.2.10 BBM 1.2.11 Aktiviti 1.2.12 Impak/Refleksi

1.3 Semasa ujian/peperiksaan, aktiviti gerak gempur/ulangkaji/aktiviti khas format Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian hendaklah ditulis seperti garis panduan berikut:

1.4 Rancangan Mingguan

1.4.1 Ditulis maklumat mata pelajaran, kelas-kelas yang diajar (pada lajur Tingkatan) dan tajuk.

1.4.2 Pada minggu peperiksaan dalam lajur tuliskan jadual jadual peperiksaan sepanjang minggu itu (memadai maklumat tarikh, mata pelajaran/kertas dan masa). Lajur mata pelajaran-tinggalkan kosong, lajur tingkatan- tulis maklumat kelas-kelas yang sepatutnya dijalankan P&P.

1.4.3 Jika aktiviti ulangkaji nyatakan bab/tajuk yang akan dibuat ulangkaji dalam minggu itu. 1.5 Rancangan Harian

1.5.1 Ditulis maklumat asas (kelas, mata pelajaran, waktu dan masa, objektif, aktiviti/strategi,nilai dan refleksi) 1.5.2 Pada hari peperiksaan ditulis maklumat kelas, waktu dan masa. Maklumat mata pelajaran diganti dengan

‘Peperiksaan/Ujian’. Sila nyatakan kertas tersebut. Lain-lain maklumat tidak perlu diisi. 15.3 Jika dijalankan ulangkaji sila nyatakan perincian tajuk.

1.6 Buku persediaan Mengajar hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki.

1.7 UJIAN DAN PEPERIKSAAN

1.7.1 Soalan ujian/peperiksaan hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

1.7.2 Soalan-soalan yang telah disemak oleh Penolong Kanan perlu dihantar untuk cetakan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh ujian/peperiksaan bermula. Guru-guru yang hantar lewat perlu beri alasan secara bertulis kepada pengetua.

1.7.3 Guru-guru adalah diingatkan mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 16/2000 – salah laku memasukkan unsur politik dalam soalan peperiksaan/ujian di sekolah dan perbuatan menghasut/meracuni fikiran pelajar membenci kerajaan bertarikh 13/11/2000.

1.7.4 Skema jawapan dan pemarkahan Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan perlu diedarkan kepada guru-guru mata pelajaran pada hari ujian/peperiksaan diadakan.

1.7.5 Guru-guru yang menyediakan soalan Penilaian Kurikulum, Peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun/Percubaan perlu serahkan 2 set soalan berserta skema jawapan kepada setiausaha peperiksaan dan simpan 1 set dalam fail panitia masing-masing.

1.7.6 Ujian/peperiksaan peringkat sekolah – pelajar yang tidak hadir ke sekolah sewaktu ujian/peperiksaan peringkat sekolah adalah dikira /tidak hadir gagal dalam ujian/peperiksaan tersebut. Jika alasan munasabah ,Ujian/peperiksaan boleh diambil oleh murid tersebut tetapi markah yang diperoleh hanya untuk menilai diri murid tersebut sahaja.

1.7.7 Laporan kerja kursus PBS dan SPM hendaklah disediakan dan disahkan oleh pihak sekolah dan hendaklah dikeluarkan serentak dengan pengumuman keputusan dan pengedaran slip keputusan PT3/SPM setiap tahun. Rujuk pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 16/2002.

1.7.8 Latih tubi dan ulang kaji terancang – buat pembahagian tugas dalam panitia masing-masing. Markah dan gred mesti direkodkan. Hasil penilaian/ujian akan digunakan untuk perancangan kemajuan dan peningkatan seterusnya.

1.8 PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.8.1 Pencerapan secara formal dan tidak formal akan dijalankan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kokurikulum, Guru Kanan dan Ketua Panitia.

1.8.2 Semakan buku latihan pelajar oleh Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Kanan/Ketua Panitia dijalankan 2 kali setahun dibuat secara terancang dan teratur.

1.8.3 Perkembangan staf/kursus dalaman/perjumpaan Professional/Mesyuarat Panitia dijalankan untuk bimbingan dan berkongsi ilmu sepanjang tahun. Guru-guru digalakkan membuat lawatan ke sekolah-sekolah lain untuk membuat

benchmarking.

2.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN 2.1 Pengurusan dan Organisasi kelas

2.1.1 Menjalankan pengurusan bilik darjah atau kelas seperti pemilihanketua kelas dan jawatankuasa kelas, mengaturkan giliran bertugas, giliran menjaga kebersihan dan keceriaan, memastikan bekalan peralatan, perhiasan kelas serta kerusi meja berada dalam keadaan teratur.

2.1.2 Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan memaparkan nilai-nilai murni serta kesedaran sivik yang tinggi.

2.1.3 Menentukan perkara berikut ada di dalam kelas: 2.1.3.1 Misi dan Visi Sekolah

2.1.3.2 Jadual waktu kelas 2.1.3.3 Jadual bertugas 2.1.3.4 Inventori perabot kelas

2.1.3.5 Pelan pengosongan bangunan ketika kecemasan 2.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak.

2.3 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas 2.4 Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar

2.4.1 Menanda Buku Register / Kedatangan

2.4.2 Memastikan Buku Register / Kedatangan dihantar ke pejabat sebelum masa ke-3 setiap hari 2.4.3 Melengkapkan setiap butiran dan maklumat murid di dalam Buku Register/ Kedatangan. 2.4 Mengemaskini data murid dalam Modul Pengurusan Murid (MPM) atau APDM

2.5 Menguruskan penempatan murid- perpindahan murid masuk dan keluar

2.6 Mengemaskini dan memastikan semua murid mempunyai dokumen asas yang diperlukan. 2.7 Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Displin

2.7.1 Memberi galakan, motivasi, dan meransang minat murid terhadap akademik 2.7.2 Sentiasa perihatin terhadap semua masalah murid dalam kelas

2.7.3 Membuat laporan kepada GPK Tadbir dan Kurikulum jika terdapat murid yang menghadapi masalah dalam akademik

2.8 KEPIMPINAN

2.8.1 Menjadi guru kelas yang fleksibel dan adaptif supaya mengubahsuai mengikut keperluan semasa berdasarkan arahan pentadbiran.

2.8.2 Memiliki kemahiran berkomunikasi dan berintegrasi denngan murid. 2.8.3 Berinisiatif mengeluarkan idea-idea baru dan kreatif untuk kelas.

MARKAH

GRED

TAHAP

Dalam dokumen Buku Pengurusan SMKS 2017 (Halaman 32-35)