• Tidak ada hasil yang ditemukan

58 21 PEDOMAN BUAT WANITA

Dalam dokumen MATERI PESANTREN KILAT (Halaman 117-120)

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahwa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Karena insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., karena dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya karena ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya karena melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkandan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri / mengenai kerjanya, /kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya & bertolak-ansur dgnnya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, & memberi penghormatan tdk akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dlm rumahtangga ialah apabila masing2 suami isteri tdk mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dgn baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahwa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahwa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, karena dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bhw anda adalah seorg yg keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lg dia mungkin merasa bhw dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jln keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul krn manusia biasanya bertindak dgn akal yg sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tang.jawab anda terhadapnya.

58. PENYAKIT ROHAHI & RAWATANNYA DALAM ISLAM

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T. Kami memujiMu wahai Zat yang Maha Memiliki sifat Keagungan dan Kemuliaan atas segala sesuatu yang telah Engkau sempurnakan daripada agama Islam. Selawat dan salam atas Nabi pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan membawa al-Kitab dan Hikmah sebagai penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya.

Pada hari ini, insya Allah dapat kita merenung dan memikir sejenak hasil buku mengenai PENYAKIT ROHANI DAN RAWATANNYA DALAM ISLAM yang ditulis oleh Drs. Hanafi Mohamed. Semoga dengan apa yang akan disampaikan dapat menjadi peringatan, nasihat dan bimbingan terutama pada diri saya dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dalam rangka meyempurnakan disiplin kehidupan agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Umat Islam masa kini banyak mengalami gejala penyakit rohani sehingga boleh menimbulkan keresahan dan kegelisahan. Kesannya, kesihatan fizikal manusia mengalami seksaan dan penderitaan jiwa. Penyakit rohani yang boleh membawa kepada keresahan kehidupan manusia telah timbul sejak adanya manusia di dunia ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dengan firmanNya : Ertinya : Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah, apabila ditimpa keburukan, dia keluh kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia enggan (bersedekah) kecuali orang yang bersembahyang. (Surah al-Ma'arij : 19-22)

Dalam Islam, penawar atau rawatan yang paling mujarab untuk mengubat penyakit rohani adalah dengan meningkatkan taqwa kepada Allah, mendekatkan diri kepadaNya, banyak mengerjakan amal soleh, mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya serta mencontohi atau mengamalkan Sunnah Rasullullah s.a.w.

PENYEBAB KERESAHAN HIDUP.

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :

1. Tidak adanya iman atau lemahnya imat seseorang. 2. Percampuran antara iman dan syirik.

3. Kurangnya kesedaran bahwa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firmat Allah : Ertinya : Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya. (Surah al-Rum : 26)

4. Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.

5. Orang tua kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.

6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.

7. Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.

8. Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.

9. Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.

10. Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.

11. Sentiasa diselubungai perasaan bersalah atau berdosa karena telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.

Sekianlah dulu buat kali ini, InsyaAllah kita bersambung dilain waktu dengan melihat faktor-faktor keresahan hati dan fikiran manusia.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T. Kami memujiMu wahai Zat yang Maha Memiliki sifat Keagungan dan Kemuliaan atas segala sesuatu yang telah Engkau sempurnakan daripada agama Islam.

Selawat dan salam atas Nabi pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan membawa al-Kitab dan Hikmah sebagai penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya.

Insya Allah, hari ini kita akan melihat beberapa faktor yang menyebabkan keresahan hati dan fikiran manusia. Antaranya ialah :

1. Melakukan dosa.

Orang yang melakukan dosa akan mencetuskan keresahan dalam hidupnya. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud : "Yang menyebabkan timbulnya huru-hara di dalam hati sanubari manusia ialah dosa-dosa yang dilakukan manusia." (Hadis riwayat Muslim).

2. Berpaling daripada peringatan Allah.

Seseorang yang lupa tentang peringatan dan amaran Allah akan mengalami kesempitan rohani dan kehidupannya sehingga menimbulkan keresahan. Firman Allah yang bermaksud : "Dan barangsiapa berpaling daripada

peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" (Al-Quran Surah Thaha : 124)

3. Melakukan syirik kepada Allah baik dengan perkataan, perbuatan, atau hati.

Firman Allah yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh". (Al-Quran Surah al-Nisa : 116)

Firman Allah : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) orang yang mempersekutukanNya dan Dia mengampuni yang selain itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang

mempersekutukanNya maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar". (Al-Quran Surah al-Nisa : 48)

4. Hidupnya diselubungai perasaan putus asa, lantaran itu apabila imannya lemah akan mendorong pula

seseorang melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri.

Firman Allah yang bermaksud : "Dan apabila kami berikan kepada manusia suatu rahmat, nescaya mereka bergembira menerimanya. Dan apabila mereka ditimpa suata musibah kerena perbuatan mereka sendiri, lantas mereka menjadi putus asa". (Al-Quran Surah al-Rum : 36)

Jikalau seseorang itu hidupnya penuh dengan penderitaan, tidak bererti dia banyak dosa karena tidak semua derita itu akibat dari perbuatan atau dosanya. Sesungguhnya segalanya datang daripada Allah yang mahu menguji keimanan manusia.

Dalam dokumen MATERI PESANTREN KILAT (Halaman 117-120)