KECENDERUNGAN UMAT ISLAM TERHADAP KONSEP PEMAKANAN HALAL : KAJIAN DI UiTM PULAU PINANG
PEMAKANAN HALAL
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
Ungkapan halalan tayyiban disebut dalam ayat di atas berkait rapat dengan soal pemakanan yang menjadi keperluan harian manusia. Pemakanan yang baik menurut Islam bukan sekadar berkhasiat tetapi mematuhi kriteria halal yang ditetapkan. Ia disebut sebagai halalan tayyiban dengan maksud bukan sekadar halal sahaja tetapi baik menurut perspektif Islam. Halalantayyibanbermaksud makanan itu halal, bersih serta selamat untuk dimakan. Situasi ini secara tidak langsung menampakkan betapa telitinya ajaran Islam dalam mendidik para penganutnya. Membentuk umat yang patuh bukan hanya sekadar penekanan kepada mematuhi peraturan malahan terhadap segala perlakuan yang memberi kesan terhadap individu tersebut. Dalam ayat di atas digambarkan manusia yang gagal mematuhi prinsip halal Islam dalam pemakanan sebagai menuruti jejak langkah syaitan. Syaitan selaku musuh yang nyata akan mudah mempengaruhi manusia yang tidak memberi perhatian dalam soal pemakanan halal. Ia berusaha mempengaruhi manusia agar mengharamkan kebaikan-kebaikan yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T. dan menjerumuskan manusia ke dalam kesesatan. (Yusuf Qardhawi, 1984:53) Keadaan ini menunjukan betapa Islam memberi penekanan dalam soal pemakanan halal. Pemilihan makanan halal sebagai adalah satu tanda ketundukan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Memilih yang haram bermakna bersekutu dengan syaitan dan menentang hukum Allah S.W.T.
Konsep halalan tayyiban ini juga turut mengambil kira sumber kewangan bagi mendapatkan makanan tersebut. Selain itu kaedah penyediaannya meliputi penggunaanperalatan,cara memproses, penyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran hendaklah bebas daripada najis serta mematuhi tahap amalan kebersihan yang ditetapkan. Adalah satu kesilapan jika menganggap makanan halal sekadar ianya bukan binatang yang diharamkan atau binatang tersebut disembelih secara Islam. Salah tanggap ini menjadi penyebab tindakan sesetengah ibubapa yang tidak mempedulikan persoalan kebersihan ketika mengunjungi premis perniagaan umat Islam. Mereka tidak mempedulikan keadaan jijik dan kotor di premis perniagaan tersebut untuk menjamu selera bersama anak-anak. Keadaan ini sudah tentunya bercanggah dengan prinsip halalan tayyiban yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.
Pengharaman sesuatu benda kerana masalah yang terdapat padanya dan bukan satu bentuk penderaan Allah S.W.T. terhadap umat Islam. Yang diharamkan adalah sesuatu yang kotor dan keji. Umat Islam dianggap termasuk golongan yang berjaya jika mereka menjauhi segala kekejian tersebut. Allah S.W.T. menghalalkan segala perkara yang baik dan mengharamkan yang kotor sebagaimana firmanNya dalam surah al-A`raf ayat 157 yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mengikut
Zulkifli, Kecenderungan Umat Islam Terhadap Konsep Pemakanan Halal
59 Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat- sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara- perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan Dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
Untuk itu umat Islam wajib mempastikan segala tindakan mereka selari dengan konsep halal dalam Islam ketika mencari rezeki. Berusaha mencari pemakanan halal ini adalah merupakan satu tuntutan sebagaimana tuntutan kefardhuan lain. Adalah merupakan satu kesalahan dan dosa bagi umat Islam yang mengabaikan tuntutan ini. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Bahawa mencari rezeki yang halal itu adalah wajib selepas perkara-perkara fardhu yang lain.” (Riwayat al-Baihaqi)
Secara ringkasnya dapat difahami pemakanan halal sebagai pemakanan yang dibenarkan atau tidak dilarang dalam Islam. Pemakanan tersebut adalah berasaskan kepada kriteria-kriteria berikut: (http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=109&parent_id=91)
a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak; c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari
benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Kedudukan kita dalam sebuah negara yang berkongsi kehidupan dengan masyarakat Islam menuntut agar lebih prihatin dalam memilih pemakanan halal. Dalam soal penyediaan makanan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu: (http://www.islam.gov.my/e- rujukan/lihat.php?jakim=2090)
1) Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.
2) Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka
sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat pengiktirafan halal oleh badan bertanggungjawab.
3) Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.
4) Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol, minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya. Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.
5) Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula. 6) Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaan kebersihan
makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.