• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan hutan mesti memelihara kepelbagaian biologi dan nilai-nilai yang berkaitan dengannya, sumber air, tanah dan ekosistem dan lanskap yang unik serta mudah rosak, dan dengan berbuat demikian akan mengekalkan fungsi-fungsi ekologi dan integriti hutan

Prinsip 10: Pembangunan Ladang

Ladang-ladang mesti dirancang, ditubuh dan diurus sejajar dengan Prinsip-prinsip 1-9 dan kriteria yang terkandung di bawahnya, serta Prinsip 10 dan

Kriteria-kriteria yang terkandung di bawahnya.

Kriteria Petunjuk Verifier

10.1 Objektif pengurusan ladang, termasuk objektif

pemeliharaan dan pemulihan hutan asli, mesti dinyatakan secara jelas di dalam rancangan pengurusan, dan jelas ditunjukan dalam pelaksanaan rancangan.

10.1.1 Pelaksanaan rancangan pengurusan ladang hutan dengan objektif pengurusan yang jelas, termasuk objektif pemeliharaan dan pemulihan hutan asli.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak • Rancangan Pengurusan Ladang Hutan • Rancangan Kerja Tahunan

10.2 Rekabentuk dan susun atur ladang mesti menggalakkan perlindungan, pemulihan dan pemeliharaan hutan asli, dan tidak meningkatkan tekanan terhadap hutan asli. Koridor hidupan liar, zon-zon benteng sungai dan aliran serta dirian mozek untuk kumpulan umur dan pusingan tebangan yang berbeza, mesti digunakan dalam susun atur ladang, selari dengan skala operasi. Skala dan susun atur blok ladang semestinya sejajar dengan pola dirian hutan yang terdapat di dalam landskap semulajadi.

10.2.1 Rekabentuk dan susun atur ladang hutan mesti menggalakan perlindungan, pemulihan dan pemeliharaan hutan asli untuk kawasan ladang hutan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak • Rancangan Pengurusan Ladang Hutan

10.2.2 Penubuhan ladang hutan mesti, bersesuaian dengan skala dan intensiti operasi, mengikut landskap semulajadi dan mengambilkira keperluan untuk koridor hidupan liar, zon-zon penampan untuk sungai dan aliran air yang tetap, serta dirian mozek untuk kumpulan umur yang berbeza.

Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak • Rancangan Pengurusan Ladang Hutan

• Rekod-rekod dan peta-peta pola penanaman kawasan ladang hutan

10.3 Kepelbagaian komposisi ladang adalah diutamakan, untuk menambahbaik kestabilan ekonomi, ekologi, dan sosial. Kepelbagaian ini termasuk saiz dan taburan unit-unit pengurusan dari aspek landskap, bilangan dan komposisi genetik spesies, kumpulan umur dan struktur.

10.3.1 Kedapatan maklumat berkaitan stok dan spesies tanaman di dalam kawasan ladang hutan, mengambilkira bahawa kepelbagaian komposisi di dalam ladang hutan diutamakan, untuk menambahbaik kestabilan ekonomi, ekologi dan sosial.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Senarai spesies yang ditanam di dalam kawasan ladang hutan, termasuk asal spesies tersebut

10.3.2 Kedapatan dokumentasi saiz dan taburan bagi kawasan ladang hutan yang ditubuhkan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Keluasan kawasan yang ditanam dari aspek spesies dan kumpulan umur

Kriteria Petunjuk Verifier

10.4 Pemilihan spesies untuk penanaman mesti berdasarkan kepada kesesuaian keseluruhan spesies itu terhadap tapak dan terhadap objektif pengurusan. Untuk menambahbaik pemeliharaan kepelbagaai biologi, spesies asli diberikan keutamaan berbanding spesies eksotik, kecuali spesies eksotik yang sedia terbukti dan telah ditanam, di dalam penubuhan ladang dan pemulihan ekosistem yang terjejas. Spesies eksotik, hanya boleh digunakan sekiranya prestasinya lebih baik dari spesies asli, mesti dipantau dengan rapi untuk mengenalpasti kadar kematian, rebakan wabak penyakit atau serangga yang luar biasa dan impak ekologi yang negatif.

10.4.1 Kedapatan dokumentasi pemilihan spesies yang sesuai dengan keadaan tapak dan objektif pengurusan bagi penubuhan kawasan ladang hutan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Rekod-rekod tinjauan tapak dan pemeriksaan tanah • Dokumentasi berkaitan ciri-ciri pertumbuhan, prestasi dan

pengurusan spesies yang dipilih untuk penubuhan kawasan ladang hutan

10.4.2 Kedapatan justifikasi dan/atau analisis perbandingan antara kelebihan/kebaikan memilih spesies eksotik berbanding dengan spesies asli di dalam penubuhan dan/atau pemulihan ladang hutan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Hasil-hasil justifikasi dan/atau analisis perbandingan antara kelebihan/kebaikan memilih spesies eksotik berbanding dengan spesies asli yang tumbuh secara semula jadi dalam penubuhan dan/atau pemulihan ladang hutan

10.4.3 Penilaian ladang hutan yang ditanam dengan spesies eksotik melalui pemantauan plot sampel kekal untuk mengenalpasti kadar kematian, rebakan wabak penyakit atau serangga yang luar biasa dan impak ekologi yang negatif.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Rekod-rekod pemantauan penubuhan ladang hutan yang menggunakan spesies eksotik

• Hasil-hasil analisis plot sampel kekal 10.5 Sebahagian dari keseluruhan kawasan pengurusan ladang

hutan, bersesuaian dengan skala ladang, mesti diuruskan supaya dapat memulihkan tapak itu kepada litupan hutan asli.

10.5.1 Peruntukan dan langkah-langkah, bersesuaian dengan skala ladang hutan, untuk mengurus sebahagian dari kawasan ladang hutan sebagai hutan asli.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Dokumentasi dan peta-peta menunjukkan kawasan yang diuruskan sebagai hutan asli di dalam kawasan ladang hutan

• Strategi pengurusan, rancangan-rancangan dan program-program untuk memantau perkembangan di dalam pengurusan hutan asli 10.6 Langkah-langkah mesti diambil untuk mengekal atau

memperbaiki struktur, kesuburan, dan aktiviti biologi tanah. Teknik-teknik dan kadar pengusahasilan, pembinaan dan penyelenggaraan jalan dan lorong, dan pemilihan spesies seharusnya tidak membawa kepada degredasi jangkamasa panjang tanah atau kesan negative kepada kualiti dan kuantiti air, atau pengalihan ketara aliran air sungai dari aliran asal.

10.6.1 Aplikasi teknik-teknik penyediaan tapak dan penanaman yang bersesuaian, pembinaan dan penyelenggaraan jalan dan lorong, dan pemilihan spesies untuk kawasan ladang hutan yang tidak akan membawa kepada degredasi jangkamasa panjang tanah atau kesan negatif kepada kualiti dan kuantiti air, atau pengalihan ketara aliran air sungai dari aliran asal.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Garispanduan untuk penyediaan tapak dan teknik penanaman • Garispanduan untuk susun atur, pembinaan dan penyelenggaraan

jalan hutan

• Rancangan Pengusahasilan

• Dokumentasi berkaitan pemilihan spesies untuk penubuhan ladang hutan

10.7 Langkah-langkah mesti diambil untuk mengelak dan meminimakan rebakan penyakit, perosak, kebakaran dan pengenalan tumbuhan yang bersifat ceroboh. Pengurusan perosak bersepadu harus dibentuk sebagai satu komponen penting dalam rancangan pengurusan, dengan pergantungan utama lebih kepada kaedah pencegahan dan kawalan biologi berbanding dengan penggunaan racun dan baja kimia. Pengurusan ladang harus berusaha untuk menghindari dari menggunakan racun dan baja kimia, termasuk penggunaan di dalam tapak semaian. Penggunaan bahan kimia juga dinyatakan di dalam Kriteria-Kriteria 6.6. dan 6.7.

10.7.1 Kedapatan dan pelaksanaan garispanduan dan/atau prosedur untuk mengawal rebakan penyakit, perosak, kebakaran dan pengenalan tumbuhan yang bersifat ceroboh, sekiranya ada, untuk kawasan ladang hutan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Garispanduan dan/atau standard prosedur operasi untuk amalan pengawalan dan pengurusan perosak dan penyakit, termasuk amalan kebersihan hutan dan kaedah-kaedah kawalan biologi • Rancangan Pengurusan Kebakaran Hutan

• Prosedur-prosedur untuk menghindari, memantau dan menilai pengenalan tumbuhan yang bersifat ceroboh

Kriteria Petunjuk Verifier

10.7.2 Kedapatan dan pelaksanaan jadual pembajaan bagi kawasan ladang hutan, termasuk penggunaan racun kimia dan agen biologi seperti tumbuhan dan organisma tanah yang membetul dan melengkapkan elemen dan nutrient utama tanah.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Rekod-rekod pengaplikasian baja di dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan, termasuk penggunaanya di dalam tapak semaian, serta penggunaan racun kimia dan agen biologi

• Standard prosedur operasi bagi penggunaan bahan kimia di dalam operasi ladang hutan

10.8 Bersesuaian dengan skala dan kepelbagaian operasi, pemantauan ladang mesti mengandungi penilaian yang kerap tentang impak-impak sosial dan ekologi sama ada di dalam kawasan tapak atau di luar kawasan tapak, (seperti regenerasi semulajadi, kesan-kesan terhadap sumber air dan kesuburan tanah, dan impak-impak ke atas kebajikan tempatan dan kesejahteraan sosial), sebagai tambahan kepada elemen-elemen yang telah dinyatakan di dalam Prinsip 8, 6 dan 4. Semua spesies tidak boleh ditanam secara besar-besaran sehingga percubaan peringkat tempatan dan/atau pengalaman lepas membuktikan bahawa spesies tersebut sesuai dengan keadaan tapak, tidak bersifat ceroboh dan tidak memiliki kesan ekologi yang negatif yang ketara atas ekosistem lain. Perhatian khusus mesti diberikan kepada isu-isu sosial berkaitan dengan perolehan tanah untuk ladang, terutama sekali tentang perlindungan hak-hak pemegangan, penggunaan dan hak untuk memasuki tanah oleh orang tempatan.

10.8.1 Kedapatan dan pelaksanaan program-program, bersesuaian dengan skala dan kepelbagaian operasi ladang hutan, untuk memantau potensi impak-impak ekologi dan sosial sama ada di dalam kawasan tapak atau di luar kawasan tapak bagi penubuhan dan pembangunan ladang hutan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak • Rancangan Kerja Tahunan

• Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) • Laporan-laporan pemantauan

10.8.2 Kedapatan dokumentasi bagi ujian di peringkat tapak semaian dan lapangan, termasuk percubaan-percubaan awal spesies yang dipilih untuk penubuhan ladang hutan.

Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak

• Laporan tentang ujian di peringkat tapak semaian dan lapangan, termasuk percubaan-percubaan awal spesies yang dipilih untuk penubuhan ladang hutan

• Hasil-hasil dan analisis ujian di peringkat tapak semaian dan lapangan, termasuk percubaan-percubaan awal spesies yang dipilih untuk penubuhan ladang hutan

Kriteria Petunjuk Verifier

10.8.3 Kedapatan dokumentasi tentang perolehan tanah di bawah rangka perundangan persekutuan, negeri dan tempatan yang berkaitan bagi kawasan ladang hutan yang menghormati dan melindungi hak-hak pemegangan, penggunaan dan hak untuk memasuki tanah oleh orang tempatan.

Semenanjung Malaysia

• Kanun Tanah Negara, 1965 • Enakmen-Enakmen Hutan Negeri • Kaedah-Kaedah Hutan Negeri

• Rekod-rekod pengasingan dan penggunaan hak • Perjanjian-perjanjian konsesi dan/atau pajakan • Lesen pengusahasilan hutan

• Dokumen pemilikan tanah Sabah

• Enakmen Hutan, 1968 • Kaedah Hutan, 1969

Ordinan Tanah, 1930 (Sabah Bab 68) • Dokumen pemilikan tanah

• Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Berkekalan / Perjanjian Lesen Kayu-kayan Jangkamasa Panjang

Sarawak

• Ordinan Hutan, 1954 (Bab 126) • Kanun Tanah, 1958 (Bab 81) • Lesen untuk Ladang Hutan

• Semua Adat yang disenaraikan di bawah Ordinan Adat Anak Negeri (Pengisytiharan), 1996 dan Adat-adat lain yang dikenalpasti dan boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Anak Negeri di bawah Ordinan Mahkamah Anak Negeri, 1992, dan Kaedah Mahkamah Anak Negeri, 1993

• Keputusan Mahkamah Sivil yang berhubung dengan peraturan atau adat-adat pemegangan atau hak-hak penggunaan

Dokumen terkait