• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembentangan Laporan 8 Calon seharusnya dapat:

BAHAGIAN C: KAJIAN LUAR

6 Pembentangan Laporan 8 Calon seharusnya dapat:

(a) berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan mahir dan berkesan; Boleh dilakukan secara berkumpulan Calon digalakkan membentangkan laporan dengan menggunakan ICT dan media lain (b) bekerjasama dalam kumpulan,

mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan; (c) mengurus masa mengikut

jadual pembentangan; (d) meningkatkan keyakinan diri

dan bermotivasi;

(e) menghasilkan pembentangan secara kreatif dan inovatif.

41 Kajian Luar

Kertas 942/4: Kajian Luar Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan

1 Pengenalan

Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin Geografi. Teori yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan. Pelajar akan dibawa ke lapangan untuk menjalankan kajian luar.

Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja kursus Geografi (kajian luar) 942/4 sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 3. Kajian luar perlu dijalankan bagi komponen alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia berdasarkan soalan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Bagi Geografi Alam Sekitar Fizikal, soalan merangkumi tajuk Sistem Geomorfologi, Sistem Atmosfera, Sistem Hidrologi, dan Sistem Ekologi. Bagi Geografi Alam Sekitar Manusia pula merangkumi tajuk Penduduk, Transformasi Desa dan Pembandaran, serta Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar. Format pentaksiran bagi kajian luar ini adalah berasaskan sekolah. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Panduan dan soalan kajian luar akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Soalan kajian luar adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Geografi.

2 Objektif

Objektif kajian luar adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam konteks: (a) Kemahiran kognitif, iaitu

(i) mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan sebaliknya serta mencadangkan langkah mengatasinya dalam konteks setempat;

(ii) menjelaskan pelbagai bentuk, pola, dan proses dalam alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia serta faktor yang mempengaruhinya;

(iii) mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar di lapangan;

(iv) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan sebaliknya;

(b) Kemahiran manipulatif, iaitu

(i) mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer;

(ii) menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer di lapangan;

(iii) mengumpul, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta daripada sumber Internet; (iv) memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, dan menganalisis data dan

42

(v) mempersembahkan data serta maklumat yang diperoleh daripada lapangan ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menganalisis dan mempersembahkan data;

(c) Kemahiran insaniah (soft skills), iaitu

(i) berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan, berupaya meningkatkan berkeyakinan diri, dan bermotivasi;

(ii) bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, bekerja sebagai satu pasukan, dan berkemahiran memimpin;

(iii) mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan dan berkemahiran menyelesaikan masalah;

(iv) menjalankan kajian secara kuantitatif dan kualitatif, kreatif, dan inovatif; (v) menyedari dan menghargai kepentingan alam sekitar;

(vi) menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.

Kertas 942/5: Ujian Bertulis untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dikehendaki mengambil kertas 942/5 sebagai alternatif kepada kajian luar Geografi yang diambil oleh calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan. Pentaksiran bagi soalan kertas 942/5 adalah ujian bertulis secara pentaksiran berpusat, iaitu berdasarkan tajuk kajian luar dan kemahiran amali bagi tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang telah dipelajari dalam penggal 1, penggal 2, dan penggal 3. Bagi Geografi Alam Sekitar Fizikal, soalan merangkumi tajuk Sistem Geomorfologi, Sistem Atmosfera, Sistem Hidrologi, dan Sistem Ekologi. Bagi Geografi Alam Sekitar Manusia pula merangkumi tajuk Penduduk, Transformasi Desa dan Pembandaran, serta Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar. Wajaran markah bagi kertas ini adalah sebanyak 20%.

43 Skim Pentaksiran

Penggal Pengajian

Kod dan

Nama Kertas Jenis Ujian

Markah

(Wajaran) Masa Pentadbiran Penggal 1 942/1

Geografi 1

Ujian Bertulis

Bahagian A: Geografi Alam Sekitar Fizikal

Soalan berstruktur 1 soalan diberikan Soalan wajib dijawab Soalan esei

2 soalan diberikan

Jawab 1 daripada 2 soalan Bahagian B: Geografi Alam Sekitar Manusia

Soalan berstruktur 1 soalan diberikan Soalan wajib dijawab Soalan esei

2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalan

80 (32%) 40 40 2 jam Pentaksiran berpusat Penggal 2 942/2 Geografi 2 Ujian Bertulis

Bahagian A: Geografi Alam Sekitar Fizikal

Soalan berstruktur 1 soalan diberikan Soalan wajib dijawab Soalan esei

2 soalan diberikan

Jawab 1 daripada 2 soalan Bahagian B: Geografi Alam Sekitar Manusia

Soalan berstruktur 1 soalan diberikan Soalan wajib dijawab Soalan esei

2 soalan diberikan

Jawab 1 daripada 2 soalan

80 (32%) 40 40 2 jam Pentaksiran berpusat

44

Penggal Pengajian

Kod dan

Nama Kertas Jenis Ujian

Markah

(Wajaran) Masa Pentadbiran Penggal 3 942/3

Geografi 3

Ujian Bertulis

Bahagian A: Geografi Alam Sekitar Fizikal

Soalan berstruktur 2 soalan diberikan Jawab kedua-dua soalan Bahagian B: Geografi Alam Sekitar Manusia

Soalan berstruktur 2 soalan diberikan Jawab kedua-dua soalan

40 (16%) 20 20 1 jam Pentaksiran berpusat 942/4 Geografi 4

Kerja Kursus (Kajian Luar) Soalan kajian luar

2 soalan diberikan Jawab 1 daripada 2 soalan yang diberikan

Soalan adalah berdasarkan penggal 1, 2, atau 3 50 (20%) Sepanjang penggal 3 Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan 942/5 Geografi 5 Ujian Bertulis Bahagian A

Soalan esei tentang kajian luar 2 soalan diberikan

Jawab 1 daripada 2 soalan Bahagian B

Soalan kemahiran amali 2 soalan diberikan

Jawab 1 daripada 2 soalan Bahagian C

Soalan kemahiran amali 2 soalan diberikan

Jawab 1 daripada 2 soalan

50 (20%) 20 15 15 1¼ jam Pentaksiran berpusat bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu sebagai alternatif kajian luar

45 Senarai Rujukan

Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal

1. Barry, R.G. dan Chorley, R.J., 1995. Atmosphere, Weather and Climate. Edisi ke-6. London: Routledge.

2. Chan Ngai Weng, 1995. Asas Kaji Iklim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Chan Ngai Weng, 2008. Iklim dan Cuaca. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

4. Christopherson, R.W., 1997. Geosystems: An Introduction to Physical Geography. New Jersey: Prentice Hall.

5. Harvey, L.D., 2000. Climate and Global Environmental Change. London: Prentice Hall.

6. Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

7. Mohd Noor Ramlan, 1999. Ekologi Asas dan Alam Semula Jadi Terpilih. Shah Alam: BIROTEKS, Universiti Teknologi MARA.

8. Shaharuddin Ahmad, 2001. Pengantar Sains Atmosfera. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

9. Shaharuddin Ahmad, 2006. Meteorologi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 10. Strahler, A., 2000. Introducing Physical Geography. New York: John Wiley.

Bahagian B: Alam Sekitar Manusia

11. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah, 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Chan Ngai Weng et al., 1993. Pengantar Geografi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. De Blij M.J dan A.B.Murphy., 2003. Human Geography: Culture, Society, and Space. New York: John Wiley.

14. Fellmann J.D., Getis D., dan Getis J., 2002. Human Geography: Landscape of Human Activities. New York: McGraw-Hill.

15. Hassan Naziri Khalid, Abibullah Samsudin dan Morshidi Sirat, 1997. Penubuhan dan Perkembangan Semasa ASEAN: Perspektif Geografi, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

16. Katiman Rostam, 2001. Pengantar Persekitaran Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

17. Katiman Rostam dan Asmah Ahmad, 2005. Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

18. Sham Sani dan Abdul Samad Hadi, 1990. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

46

19. Solehah Abdul Hamid, 1997. Pembangunan Ekonomi ASEAN. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 20. Weeks J.R., 2005. Population: An Introduction to Concept and Issues. Edisi ke-9. London:

Thomson Learning.

47

Nombor kad pengenalan: ... Nombor pusat/angka giliran: ...

Dokumen terkait