• Tidak ada hasil yang ditemukan

129

PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 1.0 PENGENALAN

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN

2.1 Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986.

2.2 Laporan perkembangan latihan tersebut ialah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang), Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’Haji Mohd. Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.

2.3 Rentetan daripada laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 13 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri serta semua Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling.

2.4 IPPN (IAB) telah menerima peruntukkan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek selama tiga bulan yang releven untuk Kementerian pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih Guru Bimbingan dan Kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.

2.5 Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

2.6 Pada 7 Disember1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dalam majlis pembukaan rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.

2.7 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul telah diadakan di IAB.

2.8 Pada perasmian Program Kepimpinan PRS Kebangsaan di Hotel KL Plaza, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2008 yang disempurnakan oleh Allahyarham Dato’Razali Ismail Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Pengasas PRS, iaitu Pn. Zuraidah binti Abdul Rahman telah diberi penghormatan memperkenalkan vest rasmi PRS, logo serta lagu PRS.

130

3.0 PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

3.1 Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

3.2 Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.

4.0 DEFINISI

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

5.0 RASIONAL

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pelajaran kita.

Walaupun perkidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat

“murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

5.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.

5.2 Bertambah masalah salah laku dalam kalanganmurid. Murid memerlukan bimbingan dan perhatian PRS sebagai khidmat sokongan.

5.3 Membantu khidmat Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.

6.0 FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

7.0 VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya dari sapek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

8.0 MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari sapek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

131 9.0 MATLAMAT

9.1 Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

9.2 Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai – nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

9.3 Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selasa dalam masyarakat majmuk.

9.4 Melalui pengaruh positif dan bersepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.

10.0 OBJEKTIF

10.1 Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

10.2 Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

10.3 Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

11.0 ETIKA PRS

PRS perlu patuh kepada etika berikut:

11.1 Amanah dan menyimpan rahsia.

11.2 Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

11.3 Tahu batasan dan keupayaan diri.

11.4 Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.

11.5 Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

11.6 Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

11.7 Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

12.0 IKRAR PRS

Bahawasanya saya / kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi

Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.

Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Berusaha menjadi murid contoh.

Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.

Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

13.0 SENARAI TUGAS PRS

13.1 Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

13.2 Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

13.3 Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

132

13.4 Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

13.5 Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan strategi intervensi jika perlu.

13.6 Sebagai Role Model kepada murid lain.

13.7 Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.

13.8 Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

13.9 Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.

13.10 Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.

13.11 Mematuhi kerahsiaan.

13.12 Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.

13.13 Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masa biasa /normal.

13.14 Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

13.15 Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

13.16 Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

14.0 MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA KEBANGSAAN

Modul Pembimbing Rakan Sebaya Kebangsaan telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa boleh merujuk modul terkini untuk maklumat lengkap berkaitan program Pembimbing Rakan Sebaya.

133 15.0 CARTA ALIRAN PENGURUSAN PRS

MULA

Dokumen terkait