• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH"

Copied!
177
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

(2)

2

(3)

3

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

5 6 7

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Latar Belakang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling

Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Mukadimah

Skop Kaunseling

Kod Tatalaku

Piagam Pelanggan

10 14 22 22 22 23 23 23 25 26 26 26 27 31

Bab 2 : Pengurusan Dan Pentadbiran Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling

Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

Aliran Perhubungan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Dalam Organisasi

Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah

Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah

Cadangan Sasaran Kerja Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Menengah

Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Rendah

Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Carta Aliran Sesi Bimbingan Individu, Bimbingan Kelompok, Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok.

Pengurusan dan Pentadbiran Program dan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling

Sistem Fail Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pengurusan Kewangan

34 36 38 39 40 41 46 53 60 60 61 62 64 67

(4)

4

KANDUNGAN MUKA SURAT

Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2012

Kadar Bantuan Perkapita

Borang Anggaran Belanja Mengurus, Borang Nota Minta

Cadangan Maklumat dan Inventori Khas Murid Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah / Rendah

Rangkaian Strategik

68 69 70 72 73

Bab 3 : Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Cadangan Standard Minimum Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling I

Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling II

Gambar Bilik Bimbingan dan Kaunseling

76 79 80 81

Bab 4 : Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah

89 90

Bab 5 : Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak

94

Senarai Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Contoh Borang / Rekod / Senarai Semak

95 96

Bab 6 : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Bab 7 : Program Kaunseling Berfokus

Bab 8 : Panduan Kajian Tindakan

LAMPIRAN

Senarai Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran

Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Di Sekolah

Contoh Tajuk Aktiviti Kelas Ganti Guru Bimbingan dan Kaunseling

Rujukan Modul-Modul Bimbingan dan Kaunseling PENGHARGAAN

128 135 147

161 163 166 167 168

(5)

5

KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan utama semua pihak, khususnya pihak kerajaan.

Pelbagai usaha, perancangan, peruntukan dan tindakan telah diatur bagi mencapai tahap pendidikan yang tinggi, seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan antara pemangkin pendidikan berkualiti Negara terutama dalam aspek pembangunan modal insan. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid amalahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang tepat dalam menjalankan perkhidmatan.

Murid diibaratkan rebung yang masih boleh dilentur. Oleh itu, peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah amat penting untuk melentur mereka menuju ke arah kejayaan melalui usaha perekayasaan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tidak dapat dinafikan, murid sekolah adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Justeru, apa sahaja yang berlaku dalam masyarakat akan terdedah kepada mereka. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan akan dapat menyediakan pengetahuan, kemahiran, dan persekitaran yang sesuai kepada murid bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang dhasratkan.

Saya berasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang selari dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia merupakan satu sumbangan yang sangat bermakna kepada perkembangan pendidikan di Malaysia.

Sekian terima kasih.

TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

(6)

6

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan unit yang penting dalam pembentukan kecemerlangan diri dan sahsiah murid. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memfokuskan enam ciri utama iaitu; pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dewibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional yang diperlukan oleh setiap murid supaya dapat bersaing pada peringkat global.

Sehubungan itu, pelaksanaan perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya dan psikososal seharusnya berada pada tahap yang terbaik. Semua murid sewajarnya mendapat panduan, bimbingan kaunseling yang berkualiti. Oleh itu, semua Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa diharap dapat menggunakan buku panduan ini sebagai rujukan utama untuk mewujudkan perkhidmatan yang efektif dan sistematik.

Impak perkhidmatan yang berkesan dan profesional ini akan mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif, selamat dan berdaya saing. Harapan kita, kecemerlangan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan murid yang mampu bersaing hingga ke pingkat global pada masa hadapan.

Tahniah, saya ucapkan atas kejayaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kerana Berjaya menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah edisi terbaru ini.

Sekian terima kasih.

DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

(7)

7

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Remaja, khususnya murid sekolah merupakan aset penting Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan agar dapat menyediakan modal insan yang menguasai kemahiran insaniah dan memenuhi keperluan industri di era globalisasi ini.

Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting dalam membangunkan murid secara holistik. Bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, disamping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Peranan dan beban tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah dikaji semula dan hasil daripada itu, wujudlah Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Johor yang diperbaharui dengan maklumat terkini termasuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

Sukacita saya mengucapkan tahniah kepada Sektor Pengurusan Kaunseling Disiplin kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru ini. Saya berharap semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memanfaatkan buku ini dan memantapkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS

(8)

8

(9)

9

PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(10)

10

LATAR BELAKANG

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. SEJARAH

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.

Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :

Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian Sekolah- Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.

Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya.

Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun

(11)

11

Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.

Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3 bulan termasuk praktikum.

Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.

Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2 kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997

Mulai bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma dan Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara.

Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.

Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/1/

Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).

(12)

12

Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling

350 1

851 - 1350 2

1351 - 1850 3

1851 - 2350 4

2351 - 2850 5

2851 - 3350 6

Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling

500 1

501 - 1000 2

1001 - 1500 3

1501 - 2000 4

2001 - 2500 5

2501 - 3000 6

Nisbah Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah

Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil. KP (PP) 0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah.

Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

Pada Januari 2005, kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunseling ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.

Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secara rasmi.

(13)

13 2. PEREKAYASAAN

Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 16 April 2012 adalah merupakan panduan perkhidmatan terkini yang perlu dilaksanakan oleh semua Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Ini kerana bidang yang diperkenalkan melalui perekayasaan kaunseling berbeza daripada yang terdahulu. Penekanan diberi kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid dari sudut kemenjadian pelajar dan fokusnya adalah menjurus kepada pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.

(14)

14

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAMPIRAN

PEREKAYASAAN

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN

1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

KONSEP

2. Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.

3. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.

4. Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan

B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.

(15)

15

5. Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah.

OBJEKTIF

6. Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah;

6.1 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.

6.2 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka, seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.

6.3 Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

6.4 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.

FOKUS PERKHIDMATAN B&K

7. Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut;

7.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid 7.2 Peningkatan disiplin diri murid

7.3 Pendidikan kerjaya murid

7.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Fokus 1 : Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid:

8. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (character)

(16)

16

murid daripada aspek berikut : 8.1 Sikap penyayang (kepedulian) 8.2 Budi bahasa

8.3 Konsep kendiri 8.4 Kepemimpinan 8.5 Komunikasi 8.6 Kekemasan diri 8.7 Ketepatan masa

Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji.

Fokus 2 :Peningkatan Disiplin Diri Murid

9. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti-sosial yang lain.

Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.

Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid

10. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;

10.1 Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.

10.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.

10.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus

memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi

pengajian tinggi awam atau swasta.

(17)

17

Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa

hadapan

Fokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid

11. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;

11.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi 11.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi 11.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Outcome : Murid yang sihat pemikirannya

KAEDAH PELAKSANAAN

Pengurusan Profil Murid

12. Fokus ini adalah menyediakan pangkalan Profil Murid yang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;

12.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin 12.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah 12.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid

12.4 Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi

13. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian.

Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan

14. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar

berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang

memudaratkan diri seperti kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk

bahan inhalan.

(18)

18

15. Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah rogol dan bunuh diri.

Konsultasi Keibubapaan

16. Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana;

16.1 Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan.

16.2 Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

17. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah;

17.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS

17.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;

a. PRS sebagai role model kepada orang lain

b. Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

Murid Berkeperluan Khas

18. Fokus ini adalah memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.

19. Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skill dan hala tuju kerjaya murid berkeperluan khas.

20. Membimbing murid normal yang lain untuk menerima, membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.

Penyampaian (outreach) perkhidmatan

21. Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh

Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K.

(19)

19

22. Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

23. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B&K.

24. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

PENGURUSAN

Menjalankan Tugas Luar

25. Seorang guru B&K boleh dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

26. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B&K diarahkan;

26.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.

26.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.

26.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara itu boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

27. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarahkan atau diminta oleh KPM, JPN atau PPD.

Kelas Ganti

28. Guru B&K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak melebihi 8 waktu seminggu.

29. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah

(20)

20

melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan Perkhidmatan B&K.

30. Guru B&K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

Jadual Waktu

31. Tempoh masa bertugas Guru B&K adalah sama seperti guru P&P. Walau bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagi Guru B&K di sekolah perlu lebih fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang Guru B&K di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas guru P&P di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian Guru B&K.

32. Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksibel (flexi) kerana fungsi mereka termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di luar sekolah di mana aktiviti tersebut hendaklah hanya untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah.

Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah

33. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan Kaunseling hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan B&K yang berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7 (Fokus Perkhidmatan B&K).

Sokongan Pentadbir Sekolah

34. Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru B&K berfokus kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid. Dalam hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru B&K memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan B&K.

35. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat

pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru B&K akan

keberkesanan perkhidmatan mereka.

(21)

21

(22)

22

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbinga dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman

dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,

jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

(23)

23

RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala-gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.

2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.

3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.

4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah:-

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

4. Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.

3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

(24)

24

4. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurang- kurangnya dalam jangka masa panjang.

7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti- aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.

10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :

10.1. Orientasi Deria

Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2. Gerak Balas (Response)

Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.

10.3. Corak Pemikiran

Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.

11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan,tetapi ini bergantung kepada nilai,jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan.

Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyelesaikan diri.

(25)

25

12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia cognitif.

Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani.

Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut :

1.1. Pendekatan Pencegahan

Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.

1.2. Pendekatan Perkembangan

Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

1.3. Pendekatan Pemulihan

Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu.

1.4. Pendekatan Krisis

Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.

(26)

26

KOD ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MUKADIMAH

1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng piawaian perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhan. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

2. Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan diri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung semasa Kod Etika . 4. Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan dan

Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmtan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

(27)

27 KOD TATALAKU

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan di Malaysia.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir dari Jabatan Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

A. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

(28)

28

9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.

14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam.

B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Rakan Profesional

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. Guru Bimbingan dan Kunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan . Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

(29)

29

C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadap Masyarakat 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati

unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.

7. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.

9. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

E. Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)

i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik.

2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.

(30)

30

3. Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang hendak dijalankan.

4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya.

6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah.

7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan Pergerakan) 8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi jadual waktu

mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

9. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai status kes.

11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah berkenaan berdasarkan kekananan atau senioriti.

ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program.

2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti guru akademik lain.

3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.

(31)

31

5. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah.

7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling Sekolah.

8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan bimbingan dan kaunseling, berasaskan peraturan kewangan sedia ada.

ETIKA PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi penerangan yang lengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan.

Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada klien (warga sekolah).

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima semua klien tanpa syarat.

3. Memenuhi temujanji klien.

(32)

32

4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.

6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit setiap sesi individu atau kelompok.

7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.

8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

(33)

33

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

(34)

34

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

1. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

3. Merancang, melaksana dan mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok, secara profesional dan beretika.

4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.

5. Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui media yang sesuai.

6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.

7. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid.

10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental murid.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

15. Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

(35)

35

16. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.

18. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

20. Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

(36)

36

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH

1 PEMBANGUNAN &

PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID

Pembangunan Diri Keibubapaan

Bimbingan Akademik

Kemahiran Komunikasi Perkembangan Individu Perkembangan Remaja

Masa Kini & Akan Datang

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Kepimpinan

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Kemahiran Sosial Pengurusan Diri

Kemahiran Pemilihan Aktiviti Keutamaan

Kemahiran Belajar Pengumpulan Maklumat

Belajar

Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Latihan Dalam Kumpulan Bengkel

Ceramah Seminar Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor-Mentee

Amalan Guru Penyayang

2 PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Psikososial &

Kesejahteraan Mental

Pembangunan Diri Pendidikan

Pencegahan Dadah/ Rokok/

Inhalan/ HIV/AIDS Keibubapaan

Kemahiran Pengurusan Masa

Kemahiran Sosial Pengurusan Diri Kemahiran Komunikasi Kemahiran Tegas Diri /

Asertif

Pengurusan Tekanan Kemahiran Membuat

Keputusan

Penyebaran Maklumat Kemahiran Analisis Kritikal Perhargaan Kendiri

Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Lawatan ke rumah Ceramah

Forum Seminar

Tayangan Video Pameran Kolokium Tutor Sebaya Mentor-Mentee

Amalan Guru Penyayang

3 PENDIDIKAN KERJAYA MURID

Kerjaya Inventori Minat Kerjaya (IMK)

Inventori Tret Personaliti (ITP)

Inventori Nilai

Pemilihan Mata Pelajaran Elektif

Pengumpulan Maklumat Kerjaya

Pendedahan Maklumat Kerjaya dan Peluang Latihan Kerjaya Penyebaran Maklumat Bengkel Penempatan IPTA /

ILKA

Pentaksiran Psikometrik Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Bimbingan Kerjaya merentasi kurikulum dan kokurikulum

Lawatan Ceramah Forum Seminar

Tayangan Video Bengkel

E-Profil

(37)

37

BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH

4 PSIKOSOSIAL &

KESEJAHTERAAN MURID

Psikososial &

Kesejahteraan Mental

Ujian Tret Personaliti (ITP) Inventori Personaliti

Warna (IPW) Ujian Psikologi (Minda

Sihat)

Dasar Warga Emas Negara

Kemahiran Komunikasi Kemahiran Tegas Diri /

Asertif

Pengurusan Tekanan Kemahiran Membuat

Keputusan

Kemahiran Kerohanian Kemahiran Pengawalan

Diri

Kemahiran Aplikasi Kemahiran Sintesis Kemahiran Analisis

Kritikal

Perhargaan Kendiri Perkembangan

Keremajaan Konsep Kendiri Program Orientasi Pendidikan Kekeluargaan Perkembangan Seksual

Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Latihan Dalam Kumpulan Bengkel

Ceramah Seminar Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor-Mentee Kursus

Kaunseling Keluarga Tayangan Video Kuiz

Pameran Bengkel Brosur Poster Perkongsian Program Jati Diri

Amalan Guru Penyayang

(38)

ALIRAN PERHUBUNGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA DALAM ORGANISASI SEKOLAH

PENGETUA/GURU BESAR

SK/SMK ……….

PENOLONG KANAN

PENTADBIRAN PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN PETANG

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

38

(39)

39

JAWATANKUASA ORGANISASI

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH

Pengetua

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Petang

Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU PENYELARAS KELAS PERALIHAN GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU PENYELARAS TINGKATAN 1

KETUA GURU ASRAMA (WARDEN) GURU PENYELARAS TINGKATAN 2

GURU MEDIA GURU PENYELARAS TINGKATAN 3

GURU DATA GURU PENYELARAS TINGKATAN 4

KETUA GURU DISIPLIN GURU PENYELARAS TINGKATAN 5

GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS TINGKATAN 6 PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

NAIB-NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

(40)

49

JAWATANKUASA ORGANISASI

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

Guru Besar

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Petang

Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

AHLI JAWATANKUASA

KETUA PANITIA GURU PENYELARAS TAHUN 1

GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU PENYELARAS TAHUN 2

GURU MEDIA GURU PENYELARAS TAHUN 3

GURU DATA GURU PENYELARAS TAHUN 4

KETUA GURU DISIPLIN GURU PENYELARAS TAHUN 5

GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS TAHUN 6

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

NAIB-NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

(41)

CADANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bi l

Petunjuk

Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR

1 Masa Kuantiti Kualiti Kos

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Memberi khidmat Sesi Bimbingan Kaunseling

Semua murid dan ibu bapa

Matlamat:

100% murid yang dirujuk mendapat perkhidmatan kaunseling.

Jenis Aktiviti:

Kaunseling kelompok Kaunseling individu Bimbingan individu Bimbingan kelompok Sesi konsultasi

Jangkamasa Pelaksanaan:

Sepanjang tahun

40% 40%

2 PEMBANGUNAN DIRI

DAN

PERKEMBANGAN SAHSIAH

Merancang, melaksana, mengawalselia

pengurusan dan aktiviti pembangunan diri murid

- Bidang

Pembangunan Diri Murid

- Bidang

Keibubapaan - Bidang Bimbingan

Akademik

Semua murid Matlamat:

Memberi input dan

pendedahan pembangunan diri

Jangkamasa Pelaksanaan:

Sepanjang tahun

15% 15%

41

(42)

Bil Petunjuk

Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR

3 Masa Kuantiti Kualiti Kos

PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID Merancang, melaksana, mengawalselia

pengurusan dan aktiviti pembangunan diri murid

- Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental

- Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/

Inhalan/ HIV/ AIDS - Bidang

Keibubapaan

Semua murid Matlamat:

Memberi input dan pendedahan pembangunan diri

Jangkamasa Pelaksanaan:

Sepanjang tahun

15% 15%

42

(43)

Bil Petunjuk

Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR

4 Masa Kuantiti Kualiti Kos

KERJAYA

Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pengajian dan kerjaya .

Matlamat:

100% murid didedahkan dengan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya

Jenis Aktiviti

Bimbingan kelompok Bimbingan Individu Ujian Psikometrik Lawatan

Ceramah Forum Pameran Seminar

Tayangan Video Pertandingan

-Media maklumat Kerjaya -Buku Skrap Kerjaya -Eksplorasi Alam Kerjaya -Poster kerjaya

- Sketsa Kerjaya

Semua murid GKSM

Penolong Kanan PK HEM

PK KOKO

Profesional jemputan

10% 10%

43

(44)

Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR 5 Masa

Kuantiti Kualiti Kos

PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

Merancang, menyedia, mengurus,

mengenalpasti, mengawalselia berkaitan dengan bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental termasuk

Perkembangan Diri Murid

Matlamat:

100% murid akan didedahkan input dalam bidang Psikososial, Kesihatan Mental dan Perkembangan Diri Murid.

Jenis Aktiviti : Bimbingan merentasi Kurikulum dan kokurikulum Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Forum, Kursus Bengkel, Seminar Kem Bina Insan / Diri Kolokium, Rehlah Lawatan

Tayangan Video Kaunseling Keluarga Latihan dalam kumpulan Aktiviti simulasi

Kumpulan

Perkhemahan Ibadah Ceramah

Jangkamasa Pelaksanaan:

Sepanjang tahun

GBKSM

Pegawai Kesihatan Pegawai Kebajikan Masyarakat

PRS

10% 10%

44

Gambar

GAMBAR PERKARANGAN BILIK KAUNSELING/
GAMBAR BILIK KAUNSELING KELOMPOK

Referensi

Dokumen terkait

kerana dengan izin-Nya, Sahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menghasilkan Buku Panduan Pengawas Sekolah sebagai panduan dan

5.3 Analisis Hubungan Personaliti Berdasarkan Faktor Extraversion, Agreebleness, Conscientiousness, Neuroticism, Dan Openness To Experience Dengan Tahap Kecekapan Guru