• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pempelbagaian dan Teori Portfolio Moden

Dalam dokumen Nota Pelaburan (Halaman 6-57)

BAB 4:TEORI PORTFOLIO DAN MODEL PENILAIAN ASET

4.2 Pempelbagaian dan Teori Portfolio Moden

4.4 Kesimpulan

BAB 5: PENGURUSAN PORTFOLIO DAN STRATEGI PENGURUSAN ASET

5.1 Strategi-Strategi Pelaburan

5.2 Strategi Pelaburan Menurut Teori Portfolio Moden 5.3 Kesimpulan Buku Rujukan, Slide, Nota Syarahan. ASAEMBUDAYAAN USAHAWAN

MINGGU TOPIK RUJUKAN

4

BAB 6: ANALISA PENYATA KEWANGAN SYARIKAT

6.1 Pengenalan kepada Penyata Kewangan 6.2 Jenis-Jenis Penyata Kewangan

6.3 Analisis Penyata Kewangan 6.4 Limitasi Analisis Kewangan 6.5 Kesimpulan Buku Rujukan, Slide, Nota Syarahan. 5

BAB 7: PENILAIAN SAHAM

7.1 Pengenalan kepada Saham dan Pelaburan Saham 7.2 Penilaian Saham

7.3 Membuat Anggaran Harga Saham 7.4 Mengira Kadar Pulangan

7.5 Penilaian Relatif 7.6 Kesimpulan Buku Rujukan, Slide, Nota Syarahan. ASAS PEMBU DAYAAN USAHAWAN

MINGGU TOPIK RUJUKAN

6

BAB 8: PENILAIAN BON

8.1 Pengenalan kepada Bon 8.2 Nilai Bon dan Hasilnya

8.3 Kadar Hasil Sehingga Matang (YTM) 8.4 Pengkadaran Bon 8.5 Bon Kerajaan 8.6 Kesimpulan Buku Rujukan, Slide, Nota Syarahan. 7

BAB 9 : PENILAIAN PRESTASI PELABURAN

9.1 Pengenalan Kepada Konsep Penilaian Prestasi Portfolio

9.2 Kriteria Penilaian Portfolio

9.3 Mengimbang Semula Portfolio Pelaburan 9.4 Keseimbangan Dalam Keputusan Untuk

Mengimbang Semula 9.5 Kesimpulan Buku Rujukan, Internet, LCD powerpoint

RUJUKAN

1. Avadhani, V.A.. “Securities Analysis and Portfolio Management”, Global Media, Mumbai, India, 2009

2. Kamarulzaman Bakri, “Analisis, Proses Dan Strategi Portfolio Pelaburan Berteraskan Syariah, Universiti Utara Malaysia, Mei 1999

3. Reilly & Brown, “The Investment Setting”, Investment Analysis and Portfolio Management, Thomson South Western, 8th Edition, 2006

4. Ross, Westerfield and Jordan, “Fundamentals of Corporate Finance”, McGraw Hill, 6th

Edition, 2003

5. Yesim Tokat, “Portfolio Rebalancing in Theory and Practice”, Vanguard® Investment Counseling & Research

6. http://www.investopedia.com/articles/basics/03/080103.asp#ixzz1QZGrlYKk

BAB 1

PENGENALAN KEPADA ASAS-ASAS PELABURAN

1.1 Definisi Pelaburan

Pelaburan didefinasikan sebagai komitmen kewangan hari ini bagi satu tempoh masa bertujuan mendapatkan pulangan pada masa depan.

Pelabur mungkin terdiri daripada individu, kerajaan, dana pencen atau korporat. Definisi ini merangkumi kesemua jenis pelaburan, sama ada pelaburan korporat di dalam mesin dan peralatan, atau pelaburan individu di dalam saham tersenarai, bon dan komoditi. Dalam semua keadaan, pelabur menukarkan sejumlah wang masa kini yang diketahui jumlahnya dengan sejumlah aliran tunai dijangka pada masa depan yang lebih tinggi daripada jumlah pelaburan awalnya.

Ini menjawab persoalan mengapa individu melabur dan apa yang mereka inginkan daripada pelaburan mereka. Individu melaburkan wang mereka bagi mendapatkan ganjaran ke atas komitmen masa, inflasi dijangka dan ketidakpastian pulangan. Ganjaran ini dikenali sebagai pulangan, manakala segala ketidakpastian ini pula disebut sebagai risiko.

Pelaburan merupakan satu instrumen bagi menjana dan mengumpul kekayaan. Di dalam proses pengurusan kewangan, pelaburan menjadi instrumen penting bagi memastikan matlamat kewangan individu tercapai. Bayangkan jika Encik A berhasrat

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menerangkan definisi pelaburan

2. Memahami manfaat pelaburan 3. Menerangkan objektif pelaburan

4. Mengenalpasti kadar pulangan diperlukan 5. Membezakan jenis-jenis pelaburan

menunaikan haji dalam masa lima tahun lagi, tetapi beliau tidak melaburkan wangnya, sebaliknya hanya menyimpan wang tersebut di rumah. Walaupun tekun menyimpan setiap bulan, apakah beliau akan mampu mencapai matlamatnya? Jawapannya, mungkin ya dan mungkin tidak.

1.2 Manfaat Pelaburan

a. Pelaburan Menangkis Kesan Negatif Inflasi Ke Atas Nilai Wang

Beliau mungkin mampu menunaikan haji dalam tempoh lima tahun jika beliau menyimpan dalam satu jumlah yang meningkat setiap tahun. Ini kerana kos menunaikan haji, seperti juga kos barangan dan perkhidmatan lain, meningkat setiap tahun akibat inflasi. Jika beliau menyimpan pada kadar yang sama, beliau mungkin terpaksa menangguhkan pemergian beliau ke Mekah kerana terpaksa menunggu jumlah simpanan beliau mencukupi. Itu pun dengan syarat kerajaan memberi subsidi bagi menjamin kos haji tidak meningkat. Tapi bagaimana pula dengan kos-kos lain yang sentiasa meningkat?

Simulasi di bawah menunjukkan kesan inflasi ke atas kos haji. Kos haji tersebut adalah kos sebenar yang dikenakan ke atas bakal haji bagi tahun-tahun 2006-2010 setelah Tabung Haji memberi subsidi sebanyak lebih RM2,000 setiap tahun bagi setiap bakal haji. Jika Encik A menetapkan untuk menyimpan wang sebanyak RM2,000 setahun bagi mencapai jumlah RM10,000 selama lima tahun, mampukah beliau mencapai hasratnya jika kos haji meningkat lagi pada tahun berikutnya?

Rajah 1.1: Tabungan Tetap Haji berbanding Kos Haji

Pelaburan mampu menangkis kesan negatif inflasi ke atas kuasa beli wang kerana dengan melabur, kita mempunyai potensi untuk menjana pulangan ke atas pelaburan tersebut. Misalnya, jika Encik A mendepositkan wangnya ke dalam Tabung Haji, wang tersebut akan dikumpulkan untuk dilabur di dalam aktiviti-aktiviti perladangan, hartanah, perdagangan dan sebagainya. Hasil pelaburan ini membolehkan Tabung Haji membayar dividen kepada pendeposit-pendepositnya. Dividen yang diberikan oleh Tabung Haji mampu mengurangkan kejatuhan kuasa beli wang individu tersebut akibat inflasi.

Simulasi di dalam Jadual 1.1 menunjukkan jumlah tabungan Encik A dengan mengandaikan Tabung Haji memberikan 5% dividen setiap tahun. Jumlah tabungan Encik A akan bertambah menjadi RM11,604 pada penghujung tahun ke 5. Jika kos haji tetap pada RM9,980, lebihan tabungan tersebut membolehkan Encik A menggunakannya bagi keperluan-keperluan lain.

Jadual 1.1: Simulasi Jumlah Tabungan dengan Dividen 5% Setahun Tahun 1 2 3 4 5 Baki awal 0.00 2,100.00 4,305.00 6,620.25 9,051.26 Simpanan 2,000.00 2,000.00 2,000.00 2,000.00 2,000.00 Baki 2,000.00 4,100.00 6,305.00 8,620.25 11,051.26 Dividen 100.00 205.00 315.25 431.01 552.56 Baki akhir 2,100.00 4,305.00 6,620.25 9,051.26 11,603.83

b. Pelaburan Membantu Menyediakan Keperluan Kewangan Masa Depan

Pelaburan membantu menyediakan keperluan kewangan masa depan. Seperti contoh sebelumnya, pelaburan membantu Encik A mencapai matlamatnya menunaikan haji dan pada masa sama mempunyai lebihan wang bagi kegunaan lain. Hidup manusia mempunyai kitaran – dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa yang berkerja, berkahwin dan bersara. Setiap peringkat kehidupaan mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza. Pada masa persaraan misalnya, keperluan hidup bertambah dari aspek keperluan perubatan, rumah yang selesa dan makanan yang sihat. Bayangkan sekiranya kita hanya mempunyai kurang daripada RM50,000 simpanan KWSP apabila tiba umur persaraan. Jumlah ini sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan pada masa persaraan. Jika diandaikan kita memerlukan RM1,000 sebulan, duit tersebut akan habis dalam tempoh 4 tahun 2 bulan sahaja! Itu belum mengambilkira kesan inflasi ke atas perbelanjaan kita. Jika kita terpaksa mengekalkan jumlah pembayaran bagi kos-kos tetap seperti belanja dapur dan bil-bil utiliti misalnya, dengan inflasi, simpanan KWSP kita akan habis dalam tempoh yang lebih pendek.

Oleh itu, kita mestilah mengambil langkah segera menyediakan pelan pelaburan bagi memastikan keperluan-keperluan masa depan dapat dipenuhi.

1.3 Objektif Pelaburan

Pelaburan, secara umumnya, melibatkan komitmen dana kepada aset yang akan dipegang bagi satu tempoh masa yang panjang. Pelabur (berbeza dengan spekulator) biasanya mempunyai batas masa yang menjangkaui tempoh enam bulan atau setahun. Dalam membuat keputusan untuk melaburkan wang untuk satu tempoh yang lama, pelabur mengharapkan untuk memperoleh pulangan yang berpatutan daripada pelaburan tersebut. Pulangan ini mesti memberi imbuhan kepada pelabur untuk:–

a. Tempoh masa wang itu dilaburkan b. Inflasi yang dijangka

c. Ketidakpastian pulangan masa depan

a. Tempoh masa wang itu dilaburkan

Pelabur sudah tentu inginkan pulangan sebagai imbuhan kepada komitment mereka. Di dalam membuat keputusan memilih produk pelaburan, pelabur pastinya berdepan dengan beberapa pilihan, seperti sama ada mahu melabur di dalam unit saham amanah, saham tersenarai atau mungkin juga amanah pelaburan hartanah. Atau mungkin juga, yang paling mudah dan rendah risiko adalah simpanan di Tabung Haji yang mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya 5% setahun. Jadi, jika pelabur memilih unit saham amanah misalnya, pelabur tentunya inginkan pulangan yang diperolehinya sekurang-kurangnya sama dengan yang mungkin diperolehi melalui simpanan di Tabung Haji. Ini dikenali sebagai kos peluang. Kos peluang menjadi satu daripada faktor-faktor penentu kadar pulangan dijangka yang diinginkan pelabur.

b. Inflasi yang dijangka

Inflasi ialah kadar kenaikan harga. Ia diukur dengan membandingkan harga terkini dengan harga sebelumnya. Inflasi menyebabkan nilai wang menurun. Dengan kata lain, inflasi menyebabkan kuasa beli wang menjunam.

Bayangkan jika 30 tahun dahulu, dengan 20 sen, kita mampu membeli makanan dan minuman tengahari di kantin sekolah. Tetapi dengan 20 sen sekarang, kita hanya boleh membeli 2 biji gula-gula. 20 sen tidak mampu memberikan kita sepinggan mee, hatta sekeping kuih, pada hari ini. Begitulah kesan inflasi.

Kadar inflasi rasmi yang dicatatkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ialah 4% setahun. Dengan kadar tersebut, dalam tempoh 16 tahun, nilai wang berkurang sebanyak 50%. Ini bermakna, RM1,000 yang kita miliki hari ini, hanya akan bernilai RM500 16 tahun dari sekarang. Dalam masa 32 tahun, ia hanya mempunyai nilai seperti RM250 hari ni.

Inflasi dikatakan sebagai musuh utama wang, selain dari cukai. Cukai, yang mempunyai pelbagai bentuk seperti cukai pendatapatan, cukai jalan dan cukai jualan, sangat difahami sebagai faktor penghakis wang. Tetapi, cukai pendapatan misalnya, hanya memberi kesan kepada kita sekiranya kita mempunyai pendapatan melebihi kadar tertentu. Begitu juga cukai jalan, hanya terkesan kepada mereka yang mempunyai kenderaan. Cukai jualan juga boleh dielak dengan tidak membeli barangan yang mengenakan cukai. Tetapi berlainan dengan inflasi, kesannya terkena kepada semua, tidak kira jumlah pendapatan atau gaya hidup. Perlu di sebut di sini, semakin tinggi gaya hidup, semakin tinggi kadar inflasi peribadi. Ini kerana barangan mewah mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi dari barangan biasa. Atas alasan tersebut, adalah lebih bijak jika kita memilih barangan berdasarkan kebolehgunaan dan kualiti, bukan jenama.

Satu lagi sebab mengapa inflasi menjadi musuh utama wang ialah kerana kesan bola saljinya (snow ball effect). Kadar inflasi terkompaun ini menjadikan nilai wang semakin lama semakin jatuh. Seperti yang disebutkan di atas, dalam tempoh 16 tahun, nilai wang jatuh sebanyak 50% dan dalam masa 32 tahun, nilai wang menjunam sebanyak 75%!

Kefahaman tentang inflasi dan kesannya ke atas nilai wang amat penting untuk kita memastikan kuasa beli wang tidak terjejas. Cara mudah ialah dengan memastikan pulangan pelaburan kita sentiasa lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Untuk mencapai tujuan tersebut, kita mesti memahami jenis-jenis pelaburan, risiko-risiko pelaburan tersebut dan kaedah menguruskannya.

c. Ketidakpastian pulangan masa depan

Pelaburan sering dikaitkan dengan risiko. Risiko bermaksud pelaburan berkemungkinan memberikan pulangan yang berlainan daripada apa yang kita harapkan. Di dalam keadaan tertentu, kita boleh kehilangan semua wang pelaburan kita. Atas alasan tersebut, pelabur sentiasa mengharapkan untuk mendapat pulangan yang setimpal dengan risiko yang diambil. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi kadar pulangan yang diharapkan.

Ini menerangkan konsep keseimbangan risiko dan pulangan. Pelabur biasanya penghindar risiko. Jika mereka terpaksa menghadapi risiko yang tinggi daripada sesuatu pelaburan, mereka mengharapkan pulangan yang juga tinggi. Ini menyebabkan penawar atau pengendali produk juga perlu memberikan pulangan yang tinggi bagi produk yang berisiko tinggi bagi tujuan menarik orang ramai melabur di dalam produk mereka.

Cara lain menerangkan konsep keseimbangan risiko dan pulangan ialah dengan melihat produk pelaburan yang bergantung kepada faktor penawaran dan permintaan seperti saham tersenarai di Bursa Malaysia. Sesetengah saham tersenarai atau stok mempunyai volatiliti yang tinggi. Ini bermaksud potensi untuk mendapat pulangan modal yang tinggi daripada saham ini adalah besar. Bagaimana pun, perlu diingat, saham yang harganya mempunyai potensi untuk meningkat tinggi juga sebenarnya mempunyai potensi yang sama untuk jatuh menjunam dengan teruk. Jadi, semakin tinggi pulangan, semakin besar risiko!

1.4 Kadar Pulangan Diperlukan

Definisi pelaburan tersebut membawa maksud bahawa pelabur berkehendakkan satu kadar pulangan minimum daripada pelaburan mereka, dan pelaburan hanya akan dibuat jika pelabur yakin mendapat pulangan yang melebihi kadar ini.

Dalam ilmu pelaburan kadar ini disebut dengan istilah “kadar pulangan yang diperlukan”.

Pelabur “perlu” mendapat pulangan minimum ini sebagai imbuhan kerana pengorbanannya: (1) berpisah dengan wangnya, (2) menghadapi kemerosotan nilai wang (inflasi), dan (3) menanggung risiko ketidakpastian pulangan yang akan diperolehi nanti.

Maka pada teorinya kadar pulangan yang diperlukan ini mengandungi tiga unsur berikut:

Kadar pulangan sebenar, r Kadar inflasi, i

Kadar untuk risiko yang dihadapi (premium risiko, rp)

Unsur 1: Kadar pulangan sebenar

Kadar pulangan sebenar merupakan imbuhan untuk tempoh pengorbanan aset; iaitu tempoh pelabur berpisah dengan wangnya. Ia juga sebagai ganjaran kerana menangguhkan penggunaan wang tersebut pada masa depan.

Kadar pulangan sebenar juga dianggap sebagai kadar pulangan untuk semua pelaburan dalam ketiadaan inflasi dan risiko.

Unsur 2: Perlindungan inflasi

Seperti dibincangkan pada awal bab ini, inflasi adalah kenaikan paras umum harga barang. Apabila berlakunya inflasi, kuasa beli wang akan merosot. Jika nilai wang merosot pada masa depan disebabkan inflasi, kita memerlukan satu imbuhan untuk melindungi diri dari kerugian ini. Inilah yang disebut perlindungan inflasi.

Apakah perhubungan kadar pulangan sebenar dengan kadar inflasi? Dalam pelaburan, kadar pulangan sebenar boleh diterjemahkan sebagai kadar faedah sebenar. Kadar faedah adalah kadar pulangan keatas aset tanpa risiko, seperti bon.

Kadar faedah pasaran disebut sebagai kadar nominal, nr, dan ia merangkumi (1) kadar faedah sebenar, dan (2) kadar inflasi yang dijangka.

Formula ringkasnya: nr = r + i

Di mana:

nr = kadar nominal r = kadar sebenar i = kadar inflasi.

Unsur 3: Imbuhan kerana menanggung risiko

Risiko dalam pelaburan adalah ketidakpastian mengenai pulangan yang akan diperolehi. Pelabur pada amnya penghindar risiko. Tetapi risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dalam pelaburan. Maka pelabur perlu diberi imbuhan yang berpadanan dengan risiko yang mereka tanggung.

Bagi pelaburan yang tidak ada risiko, pulangan yang berpatutan adalah sama dengan “kadar faedah nominal tanpa risiko”.

Sekiranya pelaburan adalah berisiko, pelabur memerlukan pulangan yang melebihi kadar tanpa risiko ini sebagai premium untuk risiko.

Sebagai kesimpulannya, kadar pulangan diperlukan oleh pelabur adalah campuran (1) kadar pulangan sebenar, (2) inflasi dan (3) premium risiko. Premium risiko berubah mengikut rendah atau tingginya risiko sesuatu pelaburan. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi pula premium risiko yang diperlukan.

Secara formula, kadar pulangan diperlukan boleh ditulis seperti berikut:

k = r + i + rp

(r + i) juga disebut sebagai kadar pulangan tanpa risiko atau kadar bebas risiko, krf.

Maka kadar pulangan perlu boleh ditulis semula seperti berikut:

k = krf + rp

1.5 Jenis-jenis Pelaburan

Terdapat pelbagai jenis pelaburan di pasaran. Ia terdiri daripada asset fizikal, asset kewangan, asset derivatif dan asset alternatif.

1.5.1 Asset Fizikal

Asset fizikal adalah apabila pelabur melaburkan wangnya ke dalam asset-asset fizikal seperti tanah, rumah, bangunan pejabat, bangunan kilang, mesin dan peralatan dan jugak stok barangan. Apakah faktor-faktor risiko yang perlu diambilkira dalam pelaburan fizikal?

– Tempoh pulangan modal yang lama

– Aliran tunai yang agak tetap, tapi ada ketidak pastian – Kos baik pulih

– Kecairan yang rendah

1.5.2 Asset kewangan

Asset kewangan adalah apabila pelabur melaburkan wangnya ke dalam instrumen-instrumen kewangan yang boleh digunakan sebagai tuntutan ke atas nilai yang mereka laburkan. Contoh-contoh asset kewangan adalah saham, bon dan unit amanah.

a. Saham

Pelaburan di dalam saham syarikat merupakan pelaburan langsung di mana pelabur melaburkan wangnya dengan membeli saham syarikat. Wang yang dilaburkan oleh pelabur akan digunakan oleh syarikat bagi membiayai operasi perniagaannya. Sebagai ganjarannya, pelabur mungkin memperolehi pulangan hasil dari keuntungan syarikat. Dua bentuk pulangan dari pelaburan saham adalah:

i. Aliran tunai dari pembahagian untung yang dikenali sebagai dividen ii. Keuntungan modal apabila saham tersebut dijual semula kepada

pasaran

Pelaburan saham juga memberikan hak kepada pelabur untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan syarikat dan mengundi di dalam mesyuarat tersebut. Dengan kata lain, dengan memiliki saham syarikat, pelabur sebenarnya mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam syarikat.

Pelaburan saham, bagaimanapun, mempunyai risiko-risikonya sendiri. Antara risiko-risiko pelaburan saham adalah:

i. Harga yang mungkin turun naik secara mendadak akibat perubahan ekonomi, politik dan musibah alam semulajadi

ii. Syarikat yang mungkin mengalami kerugian dan dinyah senarai iii. Salah pengurusan yang boleh sebabkan syarikat digantung dari senarai iv. Kecairan yang rendah akibat kurang permintaan

b. Bon

Bon adalah instrumen hutang yang diterbitkan oleh kerajaan dan syarikat untuk mendapatkan wang bagi membiayai operasi projek-projek besar.

Pelabur bon merupakan si pemiutang kepada penerbit bon di mana setiap enam bulan atau setiap tahun penerbit bon akan membayar faedah kepada pemegang bon. Pelaburan bon hanya dibuka kepada pelabur-pelabur besar kerana setiap unit bon berharga lebih RM1 juta.

Pelaburan bon memberikan pulangan tetap kepada pelabur. Risiko pelaburan bon bergantung kepada jenis bon-bon tersebut. Bon syarikat biasanya dianggap lebih tinggi risikonya berbanding bon kerajaan. Risiko pelaburan bon adalah kegagalan penerbit bon untuk membayar faedah yang dijanjikan pada setiap tempoh dan dalam kes yang lebih teruk, gagal membayar semula wang pokok pelaburan tersebut.

c. Amanah Saham

Amanah saham merupakan dana yang mengumpulkan wang ramai pelabur yang mempunyai matlamat yang sama untuk dilaburkan di dalam pasaran kewangan seperti pasaran saham, pasaran bon dan pasaran wang jangka pendek seperti Sijil Deposit Boleh Tawar, Bil Perbendaharaan, Penerimaan Jurubank dan lain-lain lagi.

Pelaburan amanah saham membolehkan pelabur meraih pulangan dividen dan untung modal hasil jualan semula unit-unit yang mungkin meningkat harganya.

Kelebihan melabur di dalam amanah saham ialah: i. Dana diurus oleh pengurus professional

ii. Tahap kecairan lebih tinggi berbanding pelaburan terus di dalam saham

iii. Memberikan manfaat pempelbagaian iaitu risiko yang lebih rendah berbanding pelaburan terus

iv. Memberi peluang pelabur kecil untuk mendapat pendedahan kepada asset-asset yang secara individu tidak mampu dimiliki, seperti bon dan sukuk.

Kelemahan melabur di dalam amanah saham pula ialah: i. Pelabur tidak mempunyai hak membuat keputusan

ii. Kos pengurusan dan jualan yang relatifnya lebih tinggi berbanding pelaburan langsung dalam pasaran saham

iii. Pempelbagaian mengurangkan risiko dan pada masa sama mengurangkan pulangan

1.5.3 Aset Derivatif

Asset derivatif adalah asset yang nilainya diperolehi daripada asset-aset yang menjadi sandarannya. Bentuk asset derivatif paling lazim adalah kontrak hadapan dan kontrak pilihan atau dikenali juga sebagai opsyen. Satu contoh asset derivatif di Malaysia ialah Kontrak Hadapan Minyak Sawit Mentah (Future Crude Palm Oil). Bagi asset ini, nilainya bergantung kepada harga minyak sawit mentah di pasaran.

Asset derivatif mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding asset-asset kewangan lain. Ini kerana jual beli asset ini dibuat dahulu pada harga yang dijangka pada masa hadapan. Risiko menjadi lebih tinggi apabila pembelian asset dilakukan menggunakan wang pinjaman.

1.5.4 Asset Alternatif

Asset alternatif pula ialah emas, perak, lukisan, barangan antik dan sebagainya. Asset-asset ini biasanya dibuat koleksi peribadi dan hanya dijual apabila keadaan memerlukan.

1.6 Kesimpulan

Pelaburan merupakan aktiviti yang sangat penting dalam pengurusan kewangan. Ia bermatlamat mendapatkan pulangan sebagai ganjaran kepada pengorbanan pelabur menangguhkan penggunaannya, kadar inflasi yang dijangka dan ketidakpastian mendapat pulangan tersebut. Kemahiran memilih aset bersesuaian amat penting bagi memastikan pelabur mendapat manfaat yang diinginkan dari pelaburan.

BAB 2

RISIKO DAN PULANGAN

2.1 Sumber Pulangan Pelaburan

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pulangan dari sesuatu pelaburan terdiri dari dua bahagian:

a. Pulangan pendapatan

Pulangan ini merupakan aliran tunai masuk daripada pelaburan tersebut kepada pelabur. Ia adalah pembahagian keuntungan yang dikenali sebagai dividen, untung dan bonus atau mungkin juga caj perkhidmatan seperti sewa dan yuran.

Contoh pulangan berbentuk pendapatan

i. Ahmad membeli saham TNB dengan harga RM10.00 sesaham. Dalam tempoh setahun, TNB membayar dividen 30 sen sesaham. Pulangan pendapatan = 0.30/10.00 = 0.03 = 3.0%

ii. Hamid membeli sebuah rumah dengan harga RM200,000 untuk disewakan. Pendapatan tahunan bersih sewaan ialah RM10,000. Pulangan pendapatan = 10,000/200,000 = 0.05 = 5% setahun.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Mengenalpasti sumber-sumber pulangan pelaburan 2. Memahami kaedah pengiraan pulangan

3. Memahami bagaimana mengira pulangan dijangka 4. Menghargai kepentingan pelaburan semula

5. Menerangkan makna “risiko” dalam pelaburan 6. Mengenaplasti kaedah pengukuran risiko

7. Memahami penggunaan koefisien variasi dalam proses membuat keputusan pelaburan

b. Pulangan modal

Pulangan modal adalah pulangan hasil daripada penjualan semula pelaburan tersebut. Ia diperolehi hasil perubahan harga asset tersebut. Jika harga pelaburan meningkat berbanding harga beliannya, pelabur akan mendapat keuntungan. Jika harga turun, pelabur akan menanggung kerugian.

Contoh pengiraan keuntungan modal

i. Ahmad membeli saham TNB dengan harga RM10.00 sesaham. Dalam tempoh setahun, harga saham TNB meningkat kepada RM11.20. Keuntungan modal = (11.20-10.00)/10.00 = 0.12 = 12%

ii. Hamid membeli sebuah rumah dengan harga RM200,000 untuk disewakan. Setelah lima tahun rumah itu dijual dengan harga 260,000. Keuntungan modal= (260,000-200,000)/200,000 = 0.30 = 30% untuk tempoh lima tahun.

2.2 Mengira Pulangan

2.2.1 Pulangan Wang (Ringgit)

– Jumlah wang yang diperolehi daripada pelaburan untuk sesuatu tempoh tertentu

– Pulangan Ringgit = Pendapatan + Perbezaan Harga

– Bergantung kepada saiz pelaburan dan tempoh pegangan (pelaburan)

2.2.2 Pulangan Tempoh Pegangan (%)

– Dikira sebagai peratusan Pulangan Wang (RM) berbanding dengan jumlah pelaburan.

– Boleh digunakan untuk membuat perbandingan prestasi pelaburan dengan syarat tempoh pegangan dan risiko adalah sama

Dalam dokumen Nota Pelaburan (Halaman 6-57)

Dokumen terkait