• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan

2.3 Teori-Teori dalam Bidang Kepemimpinan

2.3.9 Pendekatan Teori Kepemimpinan Pengajaran

Kepemimpinan pengajaran didefinisikan sebagai aktiviti yang dilakukan oleh pengetua atau pengetua mewakilkannya kepada orang lain untuk meningkatkan mutu pembelajaran pelajar. Teori kepemimpinan pengajaran telah dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985).

M2 Gaya Melatih Gaya Menyokong M3

M4

Gaya Menurunkan Kuasa

M1

58

Ianya merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua dengan tujuan untuk mewujudkan suasana kerja guru yang produktif dan memuaskan dan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar (Celikten, 1998). Sebelum ini DeBevoise (1984) juga telah memberikan definisi kepemimpinan pengajaran sebagai tindakan-tindakan yang dilakukan pengetua atau guru yang bertujuan memajukan pelajar. Teori ini merangkumi sepuluh dimensi iaitu:

I. Menetapkan Matlamat Sekolah.

Sekolah yang berkesan dapat menetapkan matlamat yang jelas yang memberi tumpuan kepada pencapaian pelajar. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan yang penting dalam menentukan matlamat yang akan menjadi tumpuan semua warga sekolah. Matlamat yang dibentuk boleh jadi berdasarkan kepada data pencapaian pelajar terdahulu atau yang terkini serta termasuk tanggungjawab kakitangan dalam mencapai matlamat tersebut (Hallinger dan Murphy, 1985).

II. Menyampaikan Matlamat Sekolah

Cara pengetua menyampaikan matlamat utama sekolah kepada guru-guru, waris dan pelajar juga amat penting. Perbincangan dan maklum balas tentang kepentingan matlamat sekolah terutamanya yang berkaitan dengan pengajaran, kurikulum dan perbelanjaan kewangan dapat dilakukan secara berkala oleh pengetua. Komunikasi secara formal melalui kenyataan matlamat, buletin guru, surat pekeliling, mesyuarat kakitangan dan kurikulum, mesyuarat persatuan ibu bapa guru (PIBG), buku panduan sekolah dan perhimpunan dan interaksi tidak formal melalui perbualan dengan kakitangan boleh digunakan untuk menyampaikan matlamat sekolah (Hallinger & Murphy, 1985).

59 III. Menyelia dan Menilai Pengajaran.

Peranan pengetua adalah memastikan matlamat sekolah dilaksanakan di dalam kelas. Ini termasuklah menyelaras objektif guru di dalam kelas, menyediakan sokongan pengajaran kepada guru dan memantau pengajaran di dalam kelas melalui lawatan tidak rasmi ke kelas. Maklum balas kepada guru melalui penyeliaan dan penilaian pengajaran adalah amat penting (Hallinger & Murphy, 1985).

IV. Menyelaras Kurikulum

Penyelarasan kurikulum yang bermutu merupakan ciri pengajaran sekolah berkesan yang paling jelas. Objektif kurikulum sekolah berkait rapat dengan kurikulum yang di ajar di dalam kelas dan pencapaian pelajar dalam ujian. Dimensi menyelaras kurikulum ini dilaksanakan melalui interaksi antara guru berkaitan isu pengajaran dan kurikulum (Hallinger & Murphy, 1985).

V. Memantau Pencapaian Pelajar.

Pengajaran sekolah berkesan menitik beratkan piawaian dan kriteria rujukan. Ujian digunakan bagi menguji keberkesanan program dan kelemahan pelajar, menilai kesan perubahan program yang dilaksanakan di sekolah dan memastikan perjalanan proses pembelajaran di kelas. Dalam dimensi ini, pengetua berperanan menyediakan keputusan ujian pelajar dalam bentuk yang mudah difahami, membincangkan hasil ujian tersebut dengan semua guru dan menyediakan penerangan bagi setiap keputusan ujian yang diperolehi (Hallinger, Murphy, 1985).

VI. Mengawal Masa Pengajaran.

Masa yang diperuntukkan untuk guru melaksanakan pengajaran sepatutnya tidak boleh diganggu. Pengajaran guru akan terganggu sekiranya terdapat pengumuman, pelajar diminta ke pejabat atau pelajar yang tidak berdisiplin.

60

Kajian yang dijalankan pada lewat 1970-an dan 1980-an menunjukkan kesan yang signifikan ke atas gangguan masa pembelajaran pelajar. Pengetua boleh berperanan mengawal masalah ini melalui polisi sekolah. Pengetua yang boleh melaksanakan polisi sekolah dengan berkesan boleh meningkatkan masa pembelajaran dan pencapaian pelajar (Hallinger & Murphy, 1985).

VII. Mengekalkan Kenampakan

Interaksi yang berlaku antara pengetua, pelajar dan guru secara tidak formal akan memberikan pengetua gambaran tentang keperluan guru dan pelajar. Komunikasi ini dapat memberi kesan positif kepada pelajar serta kepada tingkah laku guru. Pengetua biasanya sibuk menghadiri mesyuarat dan majlis-majlis tertentu, oleh itu beliau perlu lebih prihatin dalam pembahagian masa dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti sekolah sebanyak yang mungkin (Hallinger & Murphy, 1985).

VIII. Menyediakan Insentif untuk Guru

Bagi mewujudkan iklim pembelajaran sekolah yang positif, pengetua perlu mengiktiraf usaha-usaha yang dilakukan oleh guru dengan memberikan mereka insentif atau ganjaran dalam bentuk pujian, pengiktirafan secara terbuka dan penghargaan dalam bentuk sijil atau hadiah (Hallinger & Murphy, 1985).

IX. Menggalakkan Peningkatan Profesionalisme

Pengetua mempunyai pelbagai cara untuk menyokong usaha guru untuk meningkatkan mutu pengajaran. Di antara caranya ialah memaklumkan kepada guru bahawa terdapat peluang-peluang untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan aktiviti latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan ini perlu seiring dengan matlamat sekolah dan dapat meningkatkan kemahiran pengajaran guru di dalam kelas (Hallinger & Murphy, 1985).

61 X. Menyediakan Insentif Untuk Pelajar

Bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang positif dan menggalakkan, pelajar-pelajar yang berjaya dalam pencapaian akademik perlu diiktiraf melalui pemberian hadiah atau sijil penghargaan. Bagi sekolah yang mempunyai sumber kewangan yang terhad, pengiktirafan dari guru sudah memadai berbanding dengan pemberian hadiah yang mahal. Pelajar perlu diiktiraf bermula dari peringkat kelas hinggalah ke peringkat sekolah keseluruhannya. Sokongan padu dari pengetua akan dapat melaksanakan sistem pengiktirafan ini (Hallinger & Murphy, 1985).

Kajian yang dijalankan oleh Southworth (2002) melalui kaedah temu bual, memberi tumpuan kepada ciri-ciri pengetua yang berjaya dan bagaimana cara pengetua menggalakkan peningkatan pencapaian sekolah dan cara pengetua mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. Berdasarkan kepada kajian Southworth (2002) terdapat enam tema umum yang menggabungkan di antara pengetua, guru dan pelajar; iaitu bekerja keras, penentuan matlamat, berfikiran positif, keupayaan untuk mencuba, kerja berpasukan dan guru-guru yang mahu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Hasil kajian Southworth (2002) ini mendapati bahawa kepemimpinan pengajaran memerlukan seorang ketua yang bukan sahaja mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan kefahaman yang jelas tentang kurikulum bahkan mereka juga perlu memahami perkara berkaitan pedagogi dan pembelajaran pelajar.