• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendetailan Bahan Halaqah

Dalam dokumen Panduan Murabbi 01 - Tamhidi (Halaman 25-76)

Bulan Bahan Minggu I Minggu II Minggu III Minggu IV

Tafsir An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Lahab

1

Aqidah Fasal I Fasal 2 Fasal 3 Fasal 4

Tafsir An-Nasr Al-Kafirun Al-Kauthar Al-Maa’un

2

Aqidah Fasal 5 Fasal 6 Fasal 7 Fasal 8

Tafsir Al-Quraisy Al-Fiil Al-Humazah Al-Asr

3

Aqidah Fasal 9 Fasal 10 Fasal 11 Fasal 12

Tafsir At-Takathur Al-Qaari’ah Al- ‘Aadiyat Al-Zalzalah 4

Aqidah Fasal 13 Fasal 14 Fasal 15 Fasal 16

Tafsir Al- Bayyinah Al-Qadr Al- ‘Alaq At- Tin

5 Seerah Pendahuluan m/s 05-26 Bahagian 1 m/s 27-40 Bahagian 2 m/s 41-52 Bahagian 3 m/s 53-62

6 Shafawi Tahriri Penilaian/

Ziarah

Proses pemeringkatan/ziarah

Minggu Pertama

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah An Nas

Pengenalan

1. Terdiri daripada surah Makkiyah, mengikut pendapat yang sohih 2. Mempunyai enam ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum

Objektif Khusus

1. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

2. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.

Objektif Sulukiah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.

2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

4. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali

1. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.

Soalan Kefahaman

1. Sebutkan kelebihan surah An Nas dan Al Falaq? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan “al Istiia’zah”?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kejahatan “al Was waasil khanas” dan siapakah “al was waasil khannas”?

4. Bagaimana cara “al was waasil khannas” mengasut umat manusia?

5. Kenapakah kita disuruh memohon perlindungan daripada Allah SWT sahaja?

Tauhid Az Zindani Fasal 1 : Tauhid

Isi Kandungan

1. Apakah definasi ilmu Tauhid?

- Ilmu Tauhid : yang membentangkan dalil-dalil aqli(akal) dan naqli(al Quran& Hadis) bagi membuktikan kesahihan dan kebenaran akidah Islam.

- Ar Ra’d:19

2. Apakah Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid?

- Ilmu Tauhid: yang membincangkan persoalan beriman kepada Allah, kitab-kitab, para rasul, malaikat,hari Akhirat dan qadar baik dan jahat.

3. Dimanakah kedudukan ilmu Tauhid berbanding ilmu lain?

- Ilmu Tauhid: Ilmu yang termulia berbanding ilmu agama dan ilmu keduniaan yang lain, kerana ia berkait dengan Allah Taala, Tuhan sekalian dan meceritakan kebesaran Allah Taala, Pecipta Alam.

4. Apakah hukum mempelajari ilmu Tauhid fardu ain atau fardu kifayah?

- Mempelajari perkara asas dalam ilmu ini merupakan fardu ain bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah Taala, para rasul, kitab-kitab, para malaikat, hari kiamat serta qadar baik atau buruk.

- Muhammad:19

5. Adakah al Quran prihatin terhadap ilmu ini?

- Al Quran mementingkan topik-topik dalami ilmu ini dan kebanyakan ayat al Quran al Makkiyyah; memfokuskan ilmu ini dan perkara yang berkaitan dengannya. 6. Adakah orang Islam prihatin terhadap ilmu ini?

- Orang Islam yang terdahulu amat prihatin terhadap ilmu ini, lalu mereka dimuliakan dan dijadikan peminpin.

7. Apakah yang akan menimpa orang Islam apabila mereka mencuaikan ilmu Tauhid? - Apabila mereka mencuaikannya, rosaklah akidah mereka.Kerosakan ini merebak

ke dalam akhlak dan tindakan mereka lalu orang kafir menjajah tanah dan negara mereka.

Objektif Khusus

1. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya.

2. Menentukan kedudukkannya di antara semua ilmu. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya.

4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya.

Minggu Kedua

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Falaq

Pengenalan

1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi lima ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum

Objektif Khusus

1. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

2. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.

Objektif Sulukiyah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.

2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

4. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah

6. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk Objektif Amali

1. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.

Soalan Kefahaman

1. Sebutkan kelebihan surah An Nas dan Al Falaq?

2. DiDalam surah ini Allah memerintah kita berlindung dari apa? 3. Apakah kaitan diantara kedua-dua surah ini?

4. Adakah kedua-dua surah ini boleh digunakan sebagai jampi mentera?

Tauhid Fasal 2 “Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam”

Isi Kandungan

1. Kenapa Allah Taala hanya menerima amalan orang yang beriman?

- Allah Taala tidak menerima amalan orang kafir dan Dia hanya menerima amalan orang yang beriman.

- Ini kerana orang kafir melakukan amalan bukan untuk mendapat keredaan Penciptanya dan dia tidak peduli tentang amalan yang dilakukannya sama ada diredai atau dimurkai Allah Taala. Oleh itu golongan aini layak menerima azab pedih dan diharamkan pahala.

- -An Nur:39

2. Kenapa Islam meletakkan ucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun Islam yang pertama?

dua kalimah syahadah yang sempurna hanya akan terlaksana dengan mempelajari ilmu Tauhid.

- Oleh itu, ilmu Tauhid adalah ilmu yang paling penting dalam kaca mata agama Islam

Objektif Khusus

1. Menjelaskan hubungan iman dan amal.

Minggu Ketiga

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Ikhlas

Pengenalan

1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi empat ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum

Objektif Khusus

1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.

2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

3. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah

Objektif Sulukiyah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.

2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.

5. Memantapkan kedalam diri nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilai-nilai maddiyyah (kebendaan

Objektif Amali

1. Sentiasa mentauhidkan Allah swt

2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya Soalan Kefahaman

1. Sebutkan kelebihan-kelebihan surah al Ikhlas?

2. Huraikan hakikat tauhid yang terdapat dalam surah ini? 3. Apakah yang dituntut kepada kita dari hakikat tauhid tersebut?

Tauhid Fasal 3 “Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia”

Isi Kandungan

1. Apakah kesan tidak memahami ilmu Tauhid terhadap kehidupan manusia?

- Orang yang tidak mengetahui ilmu Tauhid dalam keadaan ‘buta’ seperti haiwan. Dia mengakhiri kehidupannya di muka bumi sedangkan dia tidak mengetahui mengapa ia bermula. Dia mati, sedangkan dia tidak mengetahui mengapa dia hidup. (Muhammad:10)

- Orang tidak beriman dengan hari Akhirat hanya tamakkan habuan dunia. Mereka mencarinya tanpa mengira halal haram. Inilah yang merosak kehidupan dan memecahbelahkan masyarakat.

- Apabila kejahilan tentang ilmu Tauhid berleluasa, akdah dan amalan manusia akan rosak serta iman seseorang menjadi lemah maka bertambahlah dosa. Allah Taala akan menurunkan azab kepada mereka yang melakukan dosa. (Ar Rum:41)

2. Apakah implikasi ilmu Tauhid dalam kehidupan manusia?

- Orang yang beriman, dia mengenali Tuhan dan Peciptanya. Dia mengetahui kenapa Allah menciptanya di dunia, dengan itu hidup mengikut petunjuk Allah serta berada di atas jalan yang lurus dan benar. (Al Mulk:22)

- Orang beriman adalah bersaudara akan melahirkan masyarakat tolong menolong di antara satu sama lain dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan. (Hujuraat:10 & Ali Imran:110)

- Iman membuahkan amal salih dan menjaminkan keredaan Allah, Pencipta sekalian alam, dengan itu Allah akan membuka pintu keberakatan serta menolong orang yang beriman. Mereka dianugerahkan kemenangan mengalahkan para musuh seperti berlaku kepada orang salih yang terdahulu.(Al A’raf:96 & Muhammad:7)

Objektif Khusus

1. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah. 2. Menjelaskan hubungan iman dan amal.

3. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iaman yang pertama. 4. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya

Minggu Keempat

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Lahab

Pengenalan

1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi limat ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Lahab secara umum

Objektif Khusus

1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.

2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

Objektif Sulukiyah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.

2. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya

3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali

1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya Soalan Kefahaman

1. Sebutkan sebab surah ini diturunkan?

2. Nyatakan apakah yang diisyaratkan oleh surah ini?

3. “Sesungguhnya Allah akan mempertahankan orang-orang yang beriman” Apakah kaitan maksud ayat tersebut dengan surah al Ma’sad?

4. Bagaimanakah dengan reality kehidupan kita hari ini?

Tauhid Fasal 4 : “Bagaimanakah Kita Mengenal Allah”

Isi Kandungan

Mengetahui Kewujudan Allah Taala

1. Bagaimanakah kita mengetahui kewujudan Allah

- Apabilla kita melihat kereta atau kapal terbang bergerak teratur, ia menunjukkan kewujudan pemandu yang mengawalnya.

- Apabila kita melihat pergerakan matahari,bulan, bintang, malam dan siang yang teratur serta segala penciptaan makhluk yang dibuat dengan begitu seni dan teliti, ia menunjukkan kewujudan Allah.

- Sekiranya Pecipta tidak wujud, maka tidak wujudlah segala makhluk. (At Tuur:35-36)

Mengetahui Sifat Allah

- Berfikir tentang makhluknya dan juga melalui ajaran para rasulNya.(Al Jaathiyah:3-4)

2. Bagaimanakah kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir tentang makhluknya? - Sekiranya kita berfikir tentang kereta contohnya, kita akan mengetahui bahawa

pembuatnya memiliki besi, kaca, dawai dan semua bahan yang digunakan untuk membuat kereta serta dia mempunyai kemampuan ilmu pembuatan, kepakaran kejuruteraan dan kemahuan untuk membuat kereta.

3. Apakah kaitan contoh di atas dengan cara mengetahui cara mengetahui sifat Allah? - Apabilla kita berfikir tentang pembuat kereta ialah dengan berfikir mengenai kereta

yang telah dihasilkannya. Begitu juga apabila kita berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, kita mengetahui bahawa hikmah yang ada pada ciptaan ini berasal daripada Allah Yang Maha Bijaksana.

4. Mampukah kita mengetahui semua sifat Allah dengan berfikir tentang makhluk ciptaanpNya?

- Kita tidak mampu mengetahui semuanya, kerana apabila kita berfikir tentang sebuah kereta, kita mengetahui kepakaran pembuatnya, tetapi kita tidak

mengetahui apakah kita sifat pembuat kereta itu dia mulia atau bakhil, tinggi atau rendah, zalim atau adil dsb.

- -Begitulah dengan Allah Taala, kita mungkin dapat mengetahui banyak sifat Allah dengan memerhati dan berfikir tentang makhluk ciptaannya, kita meungkin mengetahui kenapa Dia mencipta dan mematikan kita. Kita tidak mungkin mengetahui sifat-Nya Yang Maha Tinggi seperti Dialah yang Layak Disembah, Yang Maha Pemurah dsb melainkan dengan ajaran daripada-Nya sendiri. 5. Bagaiman kita mengetahui sifat tuhan yang belum kita ketahui?

- Melalui perantaran para Rasul yang mengajar kita perkara yang dikehendaki oleh Allah untuk kita mengetahui tentang-Nya. (Al Baqarah:255)

Objektif Khusus

1. Mengetahui kewujudan Allah melalui makhluk ciptaan-Nya

2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.

Minggu Kelima

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah an Nasr

Pegenalan

1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi limat ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nasr secara umum

Objektif Khusus

1. Memahami sebab-sebab surah ini diturunkan

2. Memahami berita gembira yang terdapat dalam surah ini kepada Rasulullah saw. 3. Memahani taujih Allah kepada Rasulullah saw dan umatnya yang terdapat dalam

surah ini.

4. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw Objektif Sulukiyah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

3. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali

1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.

Soalan Kefahaman

1. Sebutkan sebab-sebab surah ini diturunkan?

2. Sebutkan berita gembira yang terdapat dalam surah ini?

3. Apakah perintah Allah yang terkandung dalam surah ini kepada Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman?

4. Nyatakan apakah isyarat yang terdapat dalam surah ini?

Tauhid Fasal 5 “Manusia Hendaklah Melihat Kepada Makanannya”

Isi Kandungan

1. Kenapa Allah Taala memerintah kita supaya melihat dan berfikir tentang makanan yang kita makan?

- -Allah Taala memerintah kita supaya berfikir tentan makanan harian kita, sebagai bukti yang menjelaskan sebahagian dari sifat-Nya kepada kita pada semua ciptaan-Nya.

2. Apakah sifat Allah yang dapat kita ketahui dengan berfikir mengenai makanan kita? - -Kita dapat mengetahui banyak sifat seperti Dialah Yang Maha Memberi Rezeki,

Yang Maha Mengetahui, Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya, Yang Maha Mengasihani dan lain-lain lagi.

3. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki?

- Ketika kita berfikir bagaimana Allah Taala menyalurkan rezeki kepada manusia ketika dalam perut ibunya, kemudian bagaimana Dia memberi rezeki kepada manusia melalui buah dada ibunya, kemudian bagaimana Dia mengurniakan rezeki kepada manusia melalui tumbuh-tubuhan, kita mengetahui Allah Taala adalah Yang Maha Memberi Rezeki.

4. Bagaimanakah kita mengetahui sifat Allah yang lain yang telah disebut sebelum ini? - Kita mengetahui bahawa Allah adalah Yang Maha Mengetahui kerana Dia

mengetahui kita memerlukan rezeki ketika dalam rahim ibu, lalu Dia memberikan kepada kita. Dia mengetahui kelahiran kita lalu Dia memberi makanan kepada kita melalui buah dada ibu kita.

5. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana?

- Ketika kita menyaksikan kehalusan kerja dan ketelitian dalam penciptaan tali pusat. Begitu juga apabila kita melihat pengeluaran susu ibu yang bersesuaian dengan pembesaran kita.Serta apabila kita melihat kehalusan kerja pada pembuatan setiap bahagian tumbuh-tumbuhan.

6. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Amat Mendalam

7. pengetahuan-Nya?

- Ketika kita melihat kepakaran dalam pemindahan makanan ketika dalam rahim ibu. Begitu juga susu yang terhasil daripada makanan yang dimakan oleh ibu. 8. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha

Mengasihani?

- Ketika kita menyedari ketidakupayaan janin dalam perut ibu untuk menguruskan rezekinya, ketidakupayaan bayi yang menyusu untuk mencari sendiri rezekinya dan ketidakupayaan manusia untuk mencipta biji-bijian, buah-buahan, air dan hujan.

9. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Mulia? - Ketika kita melihat rezeki yang dikurniakan-Nya melimpah ruah ke atas semua

makhluk.

10. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk?

- Kita mengetahui bahawa Dia adalah Yang Maha Memberi Petunjuk ketika kita melihat buah dada yang dipenuhi susu, mengilhamkan kepada untuk menghisap buah dada ibunya.

11. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Menghidupkan sesuatu?

12. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Membentuk Rupa?

- Ketika melihat rupa yang cantik dan berbagai-bagai terbentuk dari tanah, air dan udara.

13. Apakah faedah mengetahui sebahagian sifat Allah?

- Kita mengetahui bahawa yang mencipta makanan adalah Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana, Yang Amat mendalah Pengetahuan-Nya, Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Mulia, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Menghidupkaan sesuati lagi Maha Membentuk Rupa, kita mengetahui Dia adalah Allah Taala.

- -Ini kerana tabiat semulajadi atau patung berhala walau bagaimanapun rupanya tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.(‘Abasa: 24-32)

Objektif Khusus

1. Memahami perintah Allah supaya manusia hendaklah melihat kepada makanannya 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan

Allah swt serta keesaanNya.

Minggu Keenam

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Kafirun

Pengenalan

1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi enam ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Kafirun secara umum

Objektif Khusus

1. Memahami bahawa hakikat Tauhid ada manhaj hidupnya sendiri 2. Memahami bahawa kesyirikkan juga ada manhaj hidupnya sendiri.

3. Menjelaskan bahawa orang yang kafir adalah orang yang putus harapan dengan Allah swt.

4. Menjelaskan perbezaan ibadat Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman dengan ibadat orang kafir dan tidak tolak ansur dalam urusan ibadat.

5. Memahami kewajipan “al Mufasolah” diantara iman dengan kufur. Objektif Sulukiyah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

3. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali

1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.

Soalan Kefahaman

1. Apakah maksud “al Mufasolah”?

2. Bagaimana surah ini membina keyakinan wajib “al Mufasolah” antara iman dengan kufur?

3. Mengapa “Manhaj Tauhid” dan “Manhaj Syirik” selama-lamanya tidak akan ada titik pertemuan?

Tauhid Fasal 6 : “Yang Terapung”

Isi Kandungan

1. Apakah definisi awan?

- Awan adalah wap-wap air yang terapung di udara. (Az Zumar:21) 2. Bagaimanakah proses pembentukan awan?

- Allah Taala menjadikan matahari yang memancarkan kepanasan,lala air laut bertukar menjadi wap-wap air yang mengewap naik ke langit dalam bentuk wap air yang tawar.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem(sunnah Allah ) ini?

- Allah Taala menjadikan kepanasan sinaran matahari dan tiupan angin sebagai wap air dapat naik dari laut sehingga melepasi ketinggian bukit.(Al Waqi’ah:68-70) - Allah yang mengutuskan angin, menjadikan awan dan menurunkan hujan.(Al

‘Araaf:57)

4. Kenapa kesejukan bertambah apabila berada dikedudukan yang lebih tinggi? - Logiknya kita di puncak gunung yang tinggi kita semakin dekat dengan matahari

tentulah kita bertambah panas tetapi sebaliknya merasa sangat sejuk kerana Allah menjadi udara sejuk yang mencapai ketinggian lapan batu dari aras laut oleh itu suhu kepanasan semakin rendah supaya wap air yang keluar dari laut akan kekal diatmosfera dan tidak berterusan naik sehingga di langit lepas.(al Mukminun:18) Objektif Khusus

1. Memahami proses pembentukan awan dan peranannya dalam kehidupan.

2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.

Minggu Ketujuh

Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Kauthar

Pengenalan

1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi tiga ayat

3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Kauthar secara umum

Objektif Khusus

1. Memahami sebab surah ini diturunkan

2. Memahami dalil-dalil yang terdapat dalam surah ini.

3. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

Objektif Sulukiyah

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

3. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali

1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya

Dalam dokumen Panduan Murabbi 01 - Tamhidi (Halaman 25-76)

Dokumen terkait