Peringkat Asas
Peringkat Asas
Peringkat Asas
Peringkat Asas
(01)
(01)
(01)
(01)
PANDUAN MURABBI (01)
Peringkat : Asas Tempoh : 1 Tahun
Definasi Marhalah (Syarat Kelayakan)
Peribadi yang memiliki sifat-sifat yang terpuji serta ciri-ciri asas Islam dan tidak dicemari sesuatu yang mengaibkan dan tiada perhubungan dengan musuh.
Ciri-ciri Marhalah (Nilai-nilai yang akan dibina) Aqidah Sejahtera
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan Jin Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati Tidak bersumpah dgn selain Allah. Tidak mempercayai adanya sial Mengikhlaskan ‘amal kerana Allah Mengimani rukun-rukun Iman
Beriman dgn azab kubur dan nikmatnya Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt. Ibadah Yang Sahih
Tidak menolak utk azan Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah Sangat suka berjemaah di masjid Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan Ada niat utk menunaikan haji Beriltizam dgn adab-adab tilawah Khusyuk ketka membaca al-Quran Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar Menjadikan setiap amalan mempunyai niat Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi Sentiasa membaca zikir petang
Menunaikan Nazar Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin Akhlak Yang Mantap
Tidak takabbur Mempunyai pendirian Tidak menipu Tidak mencaci
Tidak mengadu domba Tidak mengumpat Tidak berdusta Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati oarng yg lebih tua Menunaikan janji
Menundukkan pandangan Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya Mampu Bekerja
Mejauhi pekerjaaan yang haram Menjauhi riba
Menjauhi judi Menjauhi penipuan Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi Berpengetahuan
Mampu membaca dan menulis dgn baik Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran Memelihara hukum-hukum tilawah Menghafaz setengah dari hadith 40 Menhafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah morden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng Mengetahui aspek keburukkan dari perancang keluarga Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita Tubuh Yang Cergas
Bersih tubuh badan Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspaek kesihatan Meninggalkan tabiat merokok
Mejauhi tempat-tempat kotor Menjauhi tempat-tempat berpenyakit Mujahadah (Menguasai Diri) Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan Meninggalkan tempat-tempat maksiat Teratur urusannya
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam Sangat Menghargai Masa
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar Bermanfaat Kpd Orang Lain
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan Membantu orang-orang yg memerlukan Membimbing orang yang sesat
Objektif Marhalah (Pencapaian @ Hasil))
Memahami asas-asas Islam yang umum dari sudut ‘Aqidah, Syariah, Akhlaq dan sebagainya. Keseluruhan Kandungan Manhaj Tamhidi ( I tahun ).
Perlaksanaan Dalam Halaqah
Bil Subjek Kandungan
1 Tafsir An-Nas Al-A’la
2 Hadith Hadith-hadith pilihan
3 Aqidah Jilid Pertama
Kitab Al-Tauhid (Zindani)
4 Seerah al-Nabawiyyah Seerah Nabawiyyah
(Mustafa Siba’ie) Perlaksanaan Luar Halaqah
Bil Subjek Wasail
1. Tajwid & Tahsin tilawah Kelas Khas
2. Fiqh Daurah
3. Tazkiyyah Qiam
4. Kisah-Kisah Para Nabi Qiam / Mukhayyam
5. Manusia Dan Kebenaran Daurah
6. Gambaran Dari Kehidupan Sahabat Mukhayyam
7. Bagaimana Aku Mendapat Hidayah Rehlah
Format Amali
Bil Amalan Kekerapan Catatan
1 Tilawah al Quran Harian Satu Hizib sehari
2 Memelihara Solat Fardhu berjemaah &
digalakkan berwirid selepas solat Harian
Solat berjamaah di Masjid terutama Subuh dan Isya’
3 Membaca Ma’thurat Sughra Harian 1 kali sehari
4 Beristighfar Harian
5 Memelihara sembahyang sunat rawatib Harian Setiap kali selepas solat
6 Membaca buku sekurang-kurangnya ½ jam Harian Setiap hari
6 Riadhah (15 min sehari) Harian 3 kali seminggu
7 Menghafaz ayat Al Quran Harian Satu ayat sehari
9 Berinteraksi dengan jiran - Minima sekali seminggu
11 Riadhah Jamie Mingguan
12 Qiam Fardi Mingguan Setiap minggu
13 Berpuasa Sunat Bulanan 3 kali sebulan
14 Berinteraksi ibu-bapa Minima sekali seminggu
15 Ziarah Kubur Bulanan Setiap 2 bulan
Peringkat Asas
Peringkat Asas
Peringkat Asas
Peringkat Asas
(01)
(01)
(01)
(01)
SEMESTER
SEMESTER
SEMESTER
SEMESTER
PERTAMA
PERTAMA
PERTAMA
PERTAMA
PERLAKSANAAN SEMESTER PERTAMA (6 BULAN)
1. Kandungan Manhaj Semester Pertama
Bil Subjek Kandungan Perlaksanaan
1 Tafsir An Nas Al-Tiin Dalam Halaqah
2 Aqidah (Zindani) Jilid I ( Fasal 1 – 16 ) Dalam Halaqah
3 Sirah Nabi Muhammad s.a.w m/s 05 - 62 Dalam Halaqah
4 Fiqh Toharah & Solat Daurah
5 Tajwid Tajwid Al-Qur’an Kelas Khas
6 Tazkiyyah
Al-Taqwa, Al-Wafa’, Al-Amanah, Al-Hubb fillah, Al-Istiqamah
Qiam 7 Gambaran Dari Kehidupan Sahabat Anas Malek, Said
Amer, Tufail
Mukhayyam
8 Manusia Dan Kebenaran Teks Diskusi Mukhayyam
2. Wasail Tarbiah dan kekerapan ( semester pertama )
Bil Wasilah Kekerapan
1 Halaqah 20 x 2 Qiam 5 x 3 Daurah 2 x 4 Rehlah 1 x 5 Tahsin Tilawah 5 x 6 Mukhayyam 1 x 7 Riadhah 20 x
3. Pembahagian masa mengikut pecahan bulan Bulanan Halaqah Riadhah Tahsin
Tilawah
Qiam Daurah Rehlah Mukhayyam Pertama 4 Kali 4 kali 1 Kali 1 Kali
Kedua 4 Kali 4 kali 1 Kali 1 Kali
Ketiga 4 Kali 4 kali 1 Kali 1 Kali
Keempat 4 Kali 4 kali 1 Kali 1 Kali
Kelima 4 Kali 4 kali 1 Kali 1 Kali
2 kali 1 Kali 1 Kali
WASAIL TARBIAH
HALAQAH
Halaqah adalah wasilah utama Tarbiyah Imaniyah dan Thaqafiyah, dan merupakan asas utama pembinaan peribadi seseorang muslim yang akan mewarnai seluruh urusan hidupnya bertepatan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Bilangan anggota dan kekerapan - Keahlian antara 5 hingga 10 orang
- Seminggu sekali ( setiap pertemuan antara 2 – 4 Jam). - Halaqah akhawat, sebaik-baik di waktu siang.
Panduan Perlaksanaan Halaqah
- Memastikan peserta mempunyai bahan perbincangan.
- Melakukan penyampaikan bahan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan peserta bersedia dengan membaca bahan perbincangan sebelum pertemuan dan menghafaz dalil-dalil
- Menyediakan soalan-soalan untuk peserta.
- Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan akan datang. - Memantau perkembangan hafazan peserta.
Adab Halaqah
- Bersedia di segi ruhi, aqli dan jasadi.
- Serius dalam semua urusan dengan tidak mengabaikan kehangatan ukhuwah. - Bertanggungjawab menjaga keceriaan halaqah.
- Bersedia dengan bahan-bahan yang akan dibincangkan dalam halaqah. - Memberi perhatian dalaam semua agenda halaqah.
- Berfikiran terbuka dan bertukar pendapat. - Berdisplin dalam semua agenda halaqah.
- Menghidupkan suasana halaqah dengan perbincangan bahan. - Menjauhi diri dari bersikap taasub
- Memberi teguran dengan hikmah.
- Tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang tidak bermanfaat. - Bersopan santun, memberi salam dan meminta izin ketika bercakap. Format Halaqah
Tilawah & tasmi’ : 20 minit Kalimah taujihiah / Tazkirah : 10 minit
Pengisian I : 45 minit
Pengisian II : 45 minit
Berita Dunia Islam : 15 minit
Perbincangan masalah : 15 minit
Mutabaah Amali/Taqyim program : 15 minit Kutipan Tabung HALAQAH : 05 minit
HURAIAN SUBJEK
1. TAFSIR
1.1 Objektif Umum
Mengukuhkan hubungan dengan Kitab Allah berasaskan kefahaman yang jelas, cinta dan menguasai pengajaran-pengajarannya, sentiasa terikat dengan bimbingan-bimbingannya, beramal dengan hukum-hakamnya melalui pemahaman yang baik dan penyaringan objektif-objektifnya yang dapat memberikan petunjuk pada setiap masa dan tempat, disamping sentiasa merujuk terutamanya ketika berlaku perselisihan. Semuanya itu dalam lingkungan apa yang telah dipelajari
1.2 Objektif Khusus.
1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.
2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.
3. Menerangkan kandungan surah-surah yang terdiri dari tasbih dan taqdis (mensucikan) Allah swt dari sesuatu yang tidak layak baginya.
4. Menerangkan tentang kekuasaan Allah swt atas makhluk serta nikmat-nikmatnya kepada manusia.
5. Menerangkan perkara-perkara yang jelas berlaku pada hari Qiamat, merangkumi kenikmatan dan kecelakaan, sebagai balasan yang setimpal terhadap amalan manusia.
6. Menjelaskan bagaimana Allah swt bersumpah dengan makhluk ciptaanNya, serta larangan untuk manusia melakukan seumpamanya.
7. Menerangkan akibat buruk yang menimpa orang-orang yang melakukan kerosakkan dan kesudahan mereka di dalam kehidupan, melalui kisah kaum Aad, Thamud dan Firaun.
8. Mengingatkan tentang ujian yang berupa kebaikan dan keburukkan, serta keadaan manusia menghadapinya.
9. Menghitung nikmat-nikmat Allah swt serta kekuasaanNya ke atas manusia, kemudian menyatakan bagaimana cara mesyukuri nikmat-nikmat itu, dari surah al-Balad.
10. Menjelaskan kelebihan dan kurniaan Allah swt kepada orang yang bersedekah, dan juga kemurkaanNya kepada orang yang bakhil, dan ia merasa cukup hanya dengan kekayaan semata-mata, dan juga menyatakan kesudahan mereka, dari surah al-Lail. 11. Mengingatkan tentang kurnian Allah swt serta saranan-sarananNya kepada rasulNya,
dari surah al-Dhuha.
12. Menjelaskan kefahaman berikut dari pembacaan surah-surah. 13. Penciptaan insan dengan sebaik-baiknya.
14. Kembalinya manusia ke peringkat yang paling hina.
15. Melampaunya manusia itu dari batas, yaitu dengan hanya bergantung pada kekayaannya semata.
16. Perbalahan dikalangan orang-orang mushrikin selepas turunnya tanda-tanda kebenaran.
17. Menerangkan mengenai Laila al-Qadr dan kemungkinan-kemungkinan harinya. Menjelaskan perkara yang berlaku seperti turunnya Malaikat serta kelebihan pahala padanya.
19. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw. 20. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan
menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah.
21. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.
1.3 Objektif Pembinaan Diri
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.
2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
4. Iltizam dengan sifat, yaitu memudahkan hamba-hamba Allah swt.
5. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.
6. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.
7. Berfikir dengan mendalam tentang ciptaan Allah swt terhadap diri juga ciptaanNya di ufuk langit yang tinggi.
8. Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
9. Menunaikan kewajipan mengingatkan manusia kepada Allah swt serta penguasaanNya terhadap al-kaun (alam sejagat).
10. Mengharapkan ganjaran Allah swt dari segala musibah yang menimpanya di jalan Dakwah.
11. Dapat merasakan kurnian Allah swt kepada manusia, yaitu dengan mengutuskan Nabi Muhammad saw.
12. Mengikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara.
13. Sentiasa berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran di dalam kajian ilmiahnya.
14. Menggunakan nikmat-nikmat Allah swt kepada hamba-hambaNya untuk tujuan ketaatan dan jihad di jalanNya.
15. Memantapkan kedalam diri nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilai-nilai maddiyyah (kebendaan).
16. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat.
17. Menilai sesuatu perkara dan juga peribadi dengan neraca Allah swt (berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah)
18. Membela orang-orang mukmin yang lemah atau ditindas.
19. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat. 20. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.
21. Menyediakan diri untuk bertemu Allah swt dengan bekalan taqwa.
22. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk). 23. Menjauhi diri dari penyebar fitnah,orang yang hanya manis di mulut tidak dihati, orang
yang menutamakan syahwat dan orang munafik. Dia juga meminta perlindungan Allah swt dari mereka itu.
1.4 Kandungan.
1. Menghafaz dari surah al-‘Alaa sehigga surah al-Naas serta tafsirnya. Dari Tafsir al-Wadhih, oleh Dr. Mahmud Hijazi.
2. Mempelajari hukum-hukum mim mati dan nun mati
3. kaedah-kaedah yang asasi bagi pentafsiran al-Quran serta memanfatkannya. 4. Cara yang paling baik beriteraksi dengan al-Quran al-Karim dan
5. Kelebihan menghafaz al-Quran al-Karim dan cara yang paling mudah membantu untuk tujuan itu.
a. Surah-surah yang ditentukan untuk bacaan, tafsiran dan hafazan, yaitu (dari al-‘Alaa sehingga al-Naas)
b. Method Pengkajian
i. Latihan secara praktikal untuk bacaan yang betul dan tumpuan kepada hukum-hukum tilawah yang banyak didapati di dalam setiap surah, (secara beransur-ansur).
ii. Pempelajari tafsir surah-surah yang ditentukan mengikut metodologi yang khusus di sini, dan secara terperinci dari dalil muallim (panduan guru).
iii. Setiap nas (sebahagiannya dari surah yang lengkap atau lebih dari satu surah) dikaji mengikut cara berikut:
a. Nama surah @ nama-nama nya yang lain. b. Asbabul nuzul (sebab turun ayat sekiranya ada) c. Makkiyyah/ Madaniyyah.
d. Tajuk surah, isu-isu serta tujuan-tujuannya.
6. Mempelajari satu ayat, ataupun beberapa ayat yang berkaitan sesuatu tajuk mengikut cara berikut:
a. Mengkaji makna perkataan-perkataan, khususnya yang gharib (jarang diketahui) serta kata-kata kunci (seperti istilah-istilah) makna umum. b. Mengubung kaitkan di antara ayat-ayat.
c. Mengambil kesimpulan tentang isu-isu yang terkandung di dalamnya. ( dengan tumpuan secara khusus terhadap isu-isu pokok di dalam Islam, tentang manusia, serta dakwah dari apa yang dinaskan dalam setiap surah).
d. Mengambil kesimpulan tentang pengajaran tarbawiyyah dan hukum-hukum syariah yang boleh didapati (tanpa takalluf /dibuat-buat) e. Mengaitkan isu-isu dan pengajaran dengan hukum-hukum syariat yang
ada (tanpa direka-reka)
f. Mengenali secara ringkas sebahagian dari aspek bahasa dan kesusasteraan yang asasi, bertujuan menghubungkan secara lansung antara pembaca dengan nas al-Quran serta membiasakannya mentadabbur al-Quran dari seluruh aspeknya.
g. Berhenti sejenak (tidak terlalu panjang) di hadapan beberapa mukjizat al-Quran berkaitan fakta sains serta hakikat diri dan lain-lain yang diisyaratkan oleh nas al-Quran.
7. Isu-isu yang disimpulkan dari surah-surah untuk diberikan tumpuan sepanjang pengkajian di peringkat ini adalah;
a. Rukun-rukun iman yang asas (beriman kepada Allah swt, risalah, Malaikat, kitab,para rasul,hari Akhirat dan kesan-kesannya dalam kehidupan).
b. Memberi bukti tentang Allah yang Maha Pencipta, melalui penelitian terhadap al-kaun (alam semesta)
c. Asmau al-Husna di antara akal dan naql (nas). d. Contoh tauladan (para Nabi dan para Rasul).
e. Perasaan tanggungjawab sepenuhnya di hadapan Allah swt. f. Ilmu; kepentingan, peraturan-peraturan dan penggunaannya.
g. Kerja-kerja kebajikan.
h. Akibat buruk orang-orang yang zalim.
i. Tanggungjawab manusia terhadap kebahagiaan dan kecelakaannya di dunia serta akhirat.
j. Bahaya bergelumang dengan dunia dalam keadaan jauh dari petunjuk Allah swt.
k. Bahaya-bahaya dosa ke atas manusia. l. Pendirian terhadap syaitan.
1.5 Aktiviti Pengukuhan
1. Mempelajari surah-surah dan memantapkan hafazan.
2. Merakam filem yang membicarakan tentang mukjizat al-Quran dari aspek saintifik. 3. Membuat kesimpulan tentang sasaran sesuatu surah dan menulisnya di akhbar
dinding.
4. Menulis sesuatu kisah yang mengandungi perbandingan di antara hisab (perbicaraan) orang-orang yang mendapat kecelakaan dan orang-orang yang mendapat kebahagiaan.
5. Mengadakan rehlah khalwiyyah di mana ia berfikir mengenai sesuatu yang telah disentuh oleh ayat-ayat.
6. Membentuk halaqah masjidiyyah (halaqah-halaqah di masjid) untuk mempelajari tilawah, tajwid dan tafsir bagi pemuda-pemuda masjid.
7. Menyediakan satu kajian tentang rahsia-rahsia makanan yang dinyatakan Allah swt dalam sumpahnya dari surah-surah tertentu.
8. Menyediakan buku-buku, video dan kaset-kaset yang mengandungi tafsir surah-surah secara meluas.
9. Menyediakan kaset-kaset pengajaran al-Quran di kutub khanah masjid seperti mushaf muallim oleh shikh al-Husari dll.
10. Ziarah kubur untuk mendapat peringatan dan iktibar.
11. Menyampaikan ceramah tentang tabiat jiwa manusia yang kosong daripada keimanan.
12. Melakukan muhasabah diri setiap hari terhadap setiap dosa, sama ada besar ataupun kecil.
13. Membiasakan diri menjauhi sifat mencaci dan mengeji.
14. Membuat pembentangan mengenai aqidah al-Walaa dan al-Baraa.
15. Menulis satu maqalah mengenai “akhlak selepas mendapat sesuatu kemenangan dalam Islam”
16. Menjelaskan hubungan ilmu modern dengan al-Quran al-Karim. 1.6 Penilaian Dan Pemantauan
1. Mendengar penjelasan ayat dan surah yang telah dihafaz.
2. Menguji individu tentang hukum-hukum tajwid secara ilmu dan amal (teori dan praktikal)
3. Menanyakan tentang sejauh manakah ia iltizam dengan adab-adab tilawah. 4. Menguji kemampuan menafsir ayat, serta kemampuan menghubungkan ayat itu
dengan realiti.
5. Meneliti tingkahlaku individu dan sejauhmana iltizamnya dengan adab-adab al-Quran melalui saranan dari surah-surah yang telah dipelajari dan dihafaz.
6. Memantau sejauhmana penglibatan dalam aktiviti seiringan, melalui borang kaji selidik.
1.7 Pembelajaran Kendiri
1. Bahagian kedua dari juzuk Amma. (al-‘Ala hingga al-Naas) 2. Menjelaskan makna perkataan dan maksudnya.
3. Menjelaskan keserasian risalah Islam dengan keujudan makhluk ciptaan Allah swt. 4. Menentukan tugas Rasul melalui pengajaran surah.
5. Menjelaskan tabiat dakwah (mengajak) manusia untuk beriman kepada Allah swt serta kaitannya dengan jihad di jalan Allah swt.
6. Menjelaskan akibat orang yang zalim dan kesannya pada kemenangan dakwah dan para da’I, serta perkembangan dakwah Islamiyyah.
7. Menerangkan rahsia ujian terhadap hamba, dan kesan ujian itu kepada manusia, serta peranan orang-orang beriman berhadapan dengan ujian ini.
8. Menerangkan kelebihan menyegerakan amal-amal kebaikkan.
9. Mengikat hubungan di antara iman dan amal, dimana keduanya adalah lazim melazimi dan tidak boleh dipisahkan.
10. Menentukan peranan pendakwah dalam menyebar luas akhlak-akhlak Islam. 11. Menghitung kelebihan-kelebihan dan keistimewaan aspek fizikal dan spiritual
(kerohanian) yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia.
12. Menjelaskan nilai keimanan dan amal soleh dalam kehidupan manusia.
13. Menyatakan kelebihan ilmu dalam pembinaan tamaddun dan kecemerlangan dakwah.
14. Menyatakan tindak balas pendakwah di hadapan kesombongan taghut.
15. Menjelaskan tentang kesatuan agama samawi pada asalnya dan bentuknya yang ringkas dan mudah.
16. Menjelaskan melalui surah-surah, mukjizat ilmiyyah dan betapa teperincinya balasan amalan.
17. Menyifatkan rawatan yang dikemukakan oleh surah-surah terhadap sifat semula jadi jiwa manusia yang terdiri dari kanud,(tidak syukur kepada Tuhan) jahud (ingkar) dan kesan dari rawatan ini.
18. Mengikat keimanan dengan sensitiviti moral bagi orang yang beriman melalui surah-surah.
19. Menjelaskan kaedah yang selamat dalam memahami nas-nas al-Quran.
20. Menerangkan kewajipan manusia terhadap Allah swt yang telah mengurniakan nikmat ke atas mereka.
21. Menunjukkan dalam realiti kehidupan akan janji Allah swt kapada Rasullullah saw dan janji buruk untuk musuh-musuhNya.
22. Menyatakan sebab wajibnya mufasalah (memutuskan) di antara iman dan kufur. 23. Menjelaskan perkara-perkara yang wajib ada, dari sudut manhaj dan arahan
selepas menerima keesaan Allah swt.
24. Memperelok bacaan surah-surah serta memahami kaedah-kaedah tajwid dan juga memahami makna-maknanya.
25. Menjelaskan realiti pertarungan di antara Iblis serta pembantu-pembantunya dari golongan jin dan manusia dengan hamba-hamba Allah swt yang beriman.
Rujukan pembelajaran kendiri 1. Tafsir Ibd Kathir. 2. Tafsir al-Qurtubi.
3. Zubdah al-Tafasir oleh Dr. Muhammad Sulaiman al-Ashqar.
4. Safwat al-Bayan fi Maani al-Quran oleh Syekh Muhammad Hasanain Makhluf. 5. Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh Imam al-Nawawi.
2. AQIDAH
2.1 Objektif Umum.
Mengetahui perkara yang berhubung kait dengan aqidah berpandukan dari al-Quran dan juga al-Sunnah serta dalil-dalil naqliyyah (bersumberkan riwayat) dan 'aqliyyah (akal fikiran), bertujuan menanamkannya ke dalam diri serta menyelamatkanya dari sesuatu yang boleh mencacatkannya seperti bid'ah dan khurafat dan sebagainya. 2.2 Objektif Khusus
1. Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya. 2. Menentukan kedudukannya berbanding dengan ilmu lain. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya.
4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya.
5. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah. 6. Menjelaskan hubungan iman dan amal.
7. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iman yang pertama. 8. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya 9. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan
kewujudan Allah swt serta keesaanNya.
10. Memastikan perkara-perkara yang membatalkan aqidah 11. Menjelaskan rahsia diturunkan kitab
12. Menjelskan himpunan ayat-ayat dan bukti-bukti Kerasulan nabi Muhammad s.a.w 13. Membawa dalil-dalil kepentingan beriman dengan hari akhirat dan kesannya
kepada kehidupan setiap muslim.
14. Menjelaskan hakikat malaikat dan tugas mereka serta hukum beriman dengan malaikat.
15. Menjelaskan makna Al-Qadr, jenis-jenisnya serta hukum beriman dengannya. 2.3 Objektif Pembinaan Diri
1. Menjauhi amalan memohon bantuan melalui jampi kecuali dari Quran atau al-Sunnah
2. Menjauhi amalan berhubung dengan jin atau meminta pertolongan dari orang yang ada hubungan dengan jin.
3. Menjauhi amalan tenung nasib atau duduk bersama tukang tilek dan astroger 4. Menjauhi amalan mengusap kubur dan memohon pertolongan dari penghuni kubur 5. Menjauhi amalan bersumpah dengan selain Allah swt.
6. Menjauhi kepercayaan terhadap unsur-unsur sial.
7. Mengikhlaskan niat dan tujuan hanya untuk Allah swt semata.
8. Menyertakan niat dan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan. 9. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya.
10. Mensyukuri Allah swt atas nikmat yang dikurniakan. 11. Menunaikan nazar.
2.4 Aktiviti Pengukuhan
1. Mengadakan jaulah untuk taammul dan tafakkur tentang makhluk ciptaan Allah swt sehingga ia dapat membuktikan wujud pencipta melalui akalnya.
2. Mengumpulkan sebahagian ayat-ayat Quran yang menunjukkan aktiviti al-Tafakkur
3. Mengumpulkan ayat-ayat dan hadith-hadith menunjukkan al-Wahdaniyyah (keesaan)
4. Menulis makalah yang mengandungi dalil-dalil al-Wahdaniyyah.
5. Menghimpunkan kata-kata muslimin yang prihatin juga non-muslim yang menunjukkan al-Wahdaniyyah.
6. Mengambil tahu kesan peninggalan umat Islam tentang al-Wahdaniyyah (keesaan).
7. Menyampaikan pengajian yang dapat menjelaskkan kewajipan beriman serta menjelaskan tingkahlaku-tigkahlaku dan penonjolan yang menunjukkan demikian (keimanan).
8. Memberi tugasan kepada penuntut, tajuk-tajuk untuk diperbincangkan semasa pengajian.
9. Memberi tugasan kepada pengkhutbah dan penceramah agar menyediakan tajuk-tajuk serta latihan-latihan menyampaikanya, dengan tujuan memmperbaiki kekurangan dari aspek kefahaman dan menjawab persoalan-persoalan.
10. Mengadakan" rehlah khalwiyyah" waktu malam dan siang ke pantai atau ke sungai.
11. Menyebut contoh-contoh dari golongan al-salaf al-soleh dalam beriman dengan al-qadr (qadha' dan qadar)
2.5 Wasilah-Wasilah Peilaian Dan Pemantauan.
1. Uji pengetahuan melalui soalan-soalan, perbualan dan perbincangan.
2. Menggunakan pendekatan mulahazah (observation) untuk memastikan pencapaian objekti-objektif.
3. Penyediaan model menilaian.
4. Menyediakan model untuk wirid muhasabah.
5. Uji pengetahuan untuk perbandingan sejauh mana tercapainya objektif-objektif. 6. Menggunakan pendekatan mulahazah (penelitian) dalam memmbandingkan
matlamat-matlamat yang bersifat kemahiran. 7. Wirid muhasabah.
2.6 Rujukan
1. Al-‘Aqaid al-Islamiyyah oleh Syed Sabiq. 2. ‘Aqidah al-Tauhid oleh al-Qardhawi.
3. Ta’rif al-‘Aam bi Deen al-Islam oleh ‘Ali al-Tantawi. 4. ‘Aqidah al-Islam oleh al-Ghazaliy.
2.7 Saranan-Saranan Dan Panduan Untuk Menjayakan Silibus ‘Aqidah
Untuk menjayakan pengajian ‘aqidah mencapai objektifnya, murabbi mestilah meraikan perkara-perkara berikut.
• Sesungguhnya ‘aqidah tidak terbentuk dengan senang dan mudah. Kerana ‘aqidah adalah sesuatu yang tetap serta mantap di lubuk hati.
• Untuk tetap di hati, ‘aqidah perlu melalui beberapa marhalah (peringkat);-
- Ia bermula dengan pemikiran yang dikuasahi oleh kejelasan sehingga mampu menilai.
- Kemudian dikukuhkan dengan dalil-dilil naqliyyah dan ‘aqliyyah yang menghilangkan keraguan. Dalil-dalil ini semestinya diterima akal dengan penuh kerelaan dan ketundukkan.
- Kemudian ia disusuli oleh kesan-kesan dari aspek perasaaan, seperti kisah, contoh teladan dan lain-lain lagi. Ini bertujuan menjadikan fikrah mantap di hati selepas ia mantap dalam pemikiran. Dengan demikian ia dapat merasa, dapat ketenangan dan akhirnya berpegang teguh dengannya.
• Untuk mencapai tujuan ini, adalah perlu bagi mu’allim menguasai ilmu-ilmu syari’ah dan ilmu-ilmu modern. Ia juga perlu mengenali muridnya, sifat-sifat serta masalah-masalah mereka dan tahu bagaimana bemu’amalah serta memberi kesan di hati dan pemikiran mereka, melalui tidak-tanduk, gerak-geri, intonasi suara dan tindak balasnya yang membawa kesan kepada jiwa serta perasaan. Pendidik yang begini seumpama petani yang biajk lagi berjaya di buminya.
• Murabbi mestilah memulakan dalam penanaman ‘aqidah kepada anak-anak buahnya, menjadikan mereka cinta kepada pencipta mereka. Menanam perasaan cinta mendahului dari menanam perasaan takut. Memberikan galakkan sebelum ancaman. Maka ia memperkenalkan mereka akan Allah swt sebagai pencipta, pemberi rezeki dan mengembalikan seluruh nikmat sebagai kurnian Allah swt semata. Dengan itu ia memindahkan cinta secara tabii daripada sesuatu kepada penciptanya. Masej rahmah mendahului masej azab, ini kerana jiwa manusia dicipta secara umumnya cenderung kepada sesuatu yang dicintainya. Oleh itu Rasullullah saw bersabda “Mudahkan, jangan pula menyusahkan, gembirakan, jangan pula membencikan!” riwayat Bukhari & Muslim.
• Murabbi mestilah menjadi contoh kepada muridnya di mana ‘aqidah menjadi darah dagingnya tertonjol dalam tingkahlakunya, mu’amalatnya, tidak-tanduk dan akhlaknya. Dengan demikian ia telah menyediakan suasana Islam yang sesuai untuk membentuk ‘aqidah yang sejahtera di kalangan anak buahnya.
• Sesungguhnya teknik pengajaran ‘aqidah berbeza, dengan berbezanya tahap umur serta kedudukkan. ia juga berbeza berdasarkan perbezaan tajuk-tajuk.
3. SEERAH NABAWIYYAH
3.1 Objektif Umum.
1. Mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah saw serta mencontohi baginda dengan sebaiknya, dan juga merumuskan pengajaran serta iktibar-iktibar.
2. Memaklumkan pelajar tentang al-Tartibat al-Idariyyah (kaedah pengurusan) yang dilakukan oleh Rasulullah saw bagi mendirikan al-Daulah al-Islamiyyah di Madinah al-Munauwarah.
3.2 Objektif Khusus.
1. Mengkaji, mengapakah Rasulullah saw pergi ke gua Hira’ sebelum dibangkitkan (al-Bi’thah).
2. Mengetahui bahawa berfikir tentang makhluk ciptaan Allah swt bertujuan untuk mengetahui akan kekuasaan Allah swt adalah ‘ibadah.
3. Mengetahui sebahagian dari kehidupan Rasulullah saw semasa kecil dan remajanya.
4. Menentukan faktor-faktor yang telah membantu serta memberi kesan dalam pendidikan Rasulullah saw.
5. Membuat perbandingan antara kehidupan Baginda saw dan kehidupan pemuda-pemuda sepertinya di Makkah.
6. Mengambil pengajaran dari pederitaan Rasulullah saw serta para sahabat yang ditimpa seksaan dari orang-orang kafir.
7. Menghuraikan tentang arahan Rasulullah saw kepada sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah.
8. Hendaklah ia menjelaskan cara-cara mencontohi Rasulullah saw dalam dakwahnya.
9. Menjelaskan kaedah-kaedah dakwah Rasul s.a.w
10. Hendaklah ia mengetahui beberapa situasi dimana Rasulullah saw telah bersabar dan bermujahadah demi mentarbiyah sahabat-sahabatnya. 11. Memahami bahawa mencintai Rasul adalah wajib
12. Memberi kefahaman bahawa bukti kasihkan Rasul adalah melaksananakan suruhannya.
13. Membezakan antara seseorang yang patuh suruhan Rasul dengan orang ynag tidak mematuhinya.
3.3 Objektif Pembinaan Diri.
1. Hendaklah ia benar-benar berminat dengan sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra.
2. Menghormati sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah saw.
3. Menimbang di antara budi pekerti Rasulullah saw dan orang lain dalam situasi yang sama.
4. Hendaklah ia menghargai sahabat-sahabat yang mulia yang telah membantu Rasulullah saw.
5. Hendaklah ia rasa sempit di dalam setiap situasi yang menyakiti Rasulullah saw dan juga sahabatnya.
6. Hendaklah ia rasa bahagia dan lega apabila membaca sirah Rasulullah saw dan para sahabatnya.
7. Hendaklah ia rasa bahagia apabila ia membaca situasi kecintaan dari sirah Rasulullah saw.
8. Hendaklah ia rasa rindu untuk mendengar hadith Rasulullah saw.
9. Hendaklah ia menolak perbuatan mengganggu orang lain dengan perkataan begitu juga ia menolak perbuatan memperolok-olokan saudaranya yang beriman.
10. Hendaklah ia mencontohi Rasulullah saw dalam mencintai manusia, menasihati dan berdakwah agar mereka mendapat petunjuk.
11. Hendaklah ia menyeru saudaranya agar mencontohi Rasulullah saw. 12. Hendaklah ia menggabungkan diri ke dalam jamaah yang menyeru
kepada Allah swt yang sebenar demi mencontohi Rasulullah saw. 13. Hendaklah ia mempertahankan golongan yang lemah lagi dizalimi.
3.4 Aktiviti Sampingan dan Peralatan
1. Peta dan gambar Mekah serta persekitarannya bagi menjelaskan suasana persekitaran tanah air Rasul s.a.w
2. Sediakan peta serta gambar tentang suasana (Bi’ah) yang telah mendidik Rasul s.a.w
3. Guna kemudahan semua alat media massa Islam yang berkaiatan dengan tajuk.
4. Sediakan nasyid-nasyid bagi melatih mengasihi Rasul s.a.w
5. Galakkan ahli mengerjakan umrah bagi tujuan melawat kawasan-kawasan sejarah yg berkaitan dengan seerah Rasul.
6. Sediakan filem atau kesah-kesah yang menceritakan sifat Rasul serta pengalaman dakwahnya.
7. Buat rekording atau vcd yang berkaitan dengan tajuk
4. TAJWID
4.1 Objektif Umum:
Memelihara lidah dari kesalahan pada kalam Allah swt dan membacanya dengan cara yang paling sahih sebagaimana diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dari Rasullullah saw dari Jibril as.
4.2 Objektif Khusus:
1. Mengetahui takrif tajwid dari segi bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan kelebihan dan kemuliaan ilmu ini. 3. Menyatakan hukumnya.
4. Mengetahui al-Lahn (kesilapan) dari segi bahasa dan istilah. 5. Ingat maratib al-Qiraah (peringkat-peringkat bacaan) dan mengenali setiap daripadanya.
6. Ingat hukum berkaitan al-Istiazah dan al-Basmalah. 7. Mengetahui hukum-hukum waqf dan Ibtida ketika tilawah . 8. Mengenali makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya. 9. Mengenali hukum nun mati dan tanwiin.
10. Mengenali hukum mim mati.
11.Mengenali hukum-hukum lam mati dan lam fiel. 4.3 Objektif Pembinaan Diri.
1. Menghargai ilmu Tajwid dan kelebihannya. 2. Melafazkan huruf dari makhrajnya yang sahih. 3. Memenuhi sifat-sifat huruf yang khas.
4. Memperaktikkan hukum-hukum tajwid ketika tilawah. 5. Menjauhi al-Lahn (kesilapan sebutan) pada kalam Allah swt 6. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
7. Memberi kesan kepada orang yang mendengarnya ketika ia membaca al-Quran.
8.Mempunyai respon (tindak balas) terhadap makna ayat-ayat ketika tilawah.
9. Menjaga adab-adab tilawah. 4.4 Aktiviti Seiringan
1. Membaca al-Quran kepada qari yang sempurna bacaan (sekira ada).
2. Mendengar kaset-kaset qari-qari yang diiktiraf dan sempurna bacaan.
3. Menggunakan koputer untuk mengetahui makhraj huruf(tempat keluar huruf) dan cara menyebutnya.
4. Melatih lidah untuk bacaan yang betul.
5. Menjadikan bacaan harian sebagai wirid untuk dirinya. 6. Membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam qiamullail. 7. Membiasakan membaca al-Quran dengan bertajwid.
8. Hadir dalam daurah (kursus intensif) ilmu Tajwid.
9. Menyediakan nota Tajwid yang mengandungi ringkasan hukum-hukumnya.
10.Mewujudkan waktu membaca al-Quran untuk isteri dan anak-anaknya (mingguan)
4.5 Wasilah Penilaian Dan Pematauan.
1. Meneliti dan membetulkan bacaan satu persatu ketika tilawah al-Quran.
2. Membincangkan hukum-hakam tajwid semasa tilawah.
3. Mengeluarkan hukum-hukum tilawah yang terkandung di dalam sesetengah ayat.
4. Mengadakan musabaqah tilawah.
5. Sediakan daftar pemantauan untuk setiap pembaca untuk memantau tahap pembaikkan tilawah.
4.6 Pembelajaran Kendiri
1. Meningkatkan kemampuan mengkaji dan mencari ma'lumat. 2. Mendalami kefahaman Ilmu Tajwid.
3. Menambah ilmu (tajwid), ilmu qiraat dan kepelbagaiannya. 4. Sampai keperingkat pematapan ilmu (ilmu Tajwid) dalam dua
aspek nazariyyah dan tatbiqiyyah (teori dan praktikal).
4.7 Rujukan
1. Al-'Amid fi fan al-Tajwid oleh Syeikh Mahmud Bashi 2. Hidayat al-Qari oleh Syeikh 'Abdul Fattah al-Mursafiy.
3. Lubab al-Tasanif fi Tilawat al-Mushaf al-Syarif oleh (Lujnah al- Tarbawiyyah wa al-Baht al-Ilmi)
4. Al-Nashr fi al-Qiraat al-'Ashr, oleh Ibn al-Jazariy.
5. Al-Iqna' fi sharh al-Syatibiyyah, oleh 'Abdul fattah al-Qadhi. 6. Hujjat al-Qiraat, oleh Ibn Zanjalah.
FIQH
Objektif Umum.
Mengetahui pengertian ibadat dalam Islam dan mengetahui hukum-hukum, cara-cara yang betul dari aspek syarak serta kesan-kesannya kepada individu dan masyarakat.
Objektif Khusus.
1. Menjelaskan pegertian ibadat kemudian muamalat dan seterusnya ahwal sakhsiyyah 2. Menjelaskan hakikat al-Ahkam al-Sultaniyyah.
3. Mengingati sumber-sumber hukum syariah dan rujukannya yang paling asasi 4. Menjelaskan jenis-jenis hukum syarak.
5. Memberikan sedikit latar belakang tentang sejarah perkembangan fiqah. 6. Menentukan air-air yang suci dan pembahagiannya.
7. Mengenali najis dengan menjelaskan jenis-jenisnya serta cara menghilangkannya 8. Mengetahui pengertian hidh, nifas dan janabah dengan menentukan sebab-sebab
yang mewajibkan mandi.
9. Membezakan di antara mandi wajib dan sunat.
10. Mengetahui wudhuk, dengan menghitung fardhu-fardhunya (rukun-rukunnya), sunat-sunatnya, cara melakukannya dengan menunjukkan dalilnya sekali.
11. Menghitung perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, dan bilakah ia diwajibkan dan bila pula ia disunatkan.
12. Menjelaskan cara menyapu di atas kuffain (setokin kulit), al-jaurabain (setokin tebal) dan al-jabirah (tampalan), dan bilakah batalnya sapuan tersebut.
13. Mengetahui tayammum dengan memberikan dalil dari segi syarak, juga menjelaskan perkara-perara yang membatalkannya.
14. 13.Menjelaskan hukum solat, kelebihannya serta hukum meninggalkannya dengan memberikan dalilnya.
15. 14.Menjelaskan hukum, waktu sembahyang, azan dan qamat.
16. Memperincikan syarat-syarat sembahyang serta menghitung kefardhuannya (rukun-rukun) dan sunat-sunatnya.
17. Menghitung perkara-perkara makruh, perkara-perkara yang membatalkan dan perkara-perkara yang harus berkaitan sembahyang.
18. Menhitung solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.
19. Menyebutkan kelebihan solat berjemaah serta hadith-hadith yang berkaitan. 20. Menjelaskan secara ringkas perbahasan mengenai perkara berikut;
Jamak dua solat Solat orang sakit. Solat qadha. Sujud sawi. Sujud tilawah.
Hukum-hukum berkaitan masjid. Objektif Kemahiran.
1. Mandi serta berwudhuk dengan sempurna.
2. Menyapu di atas khuffain, jaurabain dan jabirah dengan sempurna. 3. Menunaikan solat dengan sahih lagi sempurna.
Objektif Pembinaan Diri
1. Bangun awal untuk menunaikan solat fajr (subuh). 2. Berusaha untuk azan untuk mendapatkan ganjaran.
3. Berusaha bersungguh untuk menunaikan solat di masjid. 4. Menjauhi perkara-perkara makruh berkaitan solat.
5. Berusaha untuk qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu. 6. Kyusuk ketika membaca al-Quran.
7. Berusaha menghafaz semampu mungkin dari al-Quran. 8. Memohon doa khususnya pada waktu-waktu yang afdhal. 9. Mengakhiri untuk tidurnya dengan taubat dan istighfar. 10. Setiap amalan yang dilakukan sentiasa diiringi niat. 11. Menjaga zikir-zikir pagi dan petang.
12. Mengingati Allah swt setia waktu. 13. Menggunakan siwak (kayu sugi). 14. Sentiasa berwudhuk sedaya mungkin.
15. Berusaha melawan nafsu dalam menjauhi perkara-perkara yang di haramkan serta menjauhi tempat-tempat maksiat.
Aktiviti Seiringan
1. Menugaskan penuntut agar menyediakan pengajaran secara praktikal tentang wudhuk, mandi, tayammum dan menyapu di atas khuffain.
2. Membuat lakunan simulasi untuk memantapkan perlaksanaan ibadat serta memperbaikinya dalam kehidupan muslim.
3. Menggunakan gambar-gambar dinding yang mengajar cara-cara berwudhuk dan tayammum.
4. Menulis kalimah-kalimah azan dan qamat serta menggantungnya di masjid untuk dihafaz.
5. Mengendalikan perbincangan tentang kesan-kesan solat keatas individu dan masyarakat.
6. Mendengar kaset-kaset yang membicarakan tentang solat.
7. Melatih penuntut (secara praktikal) melakukan azan, qamat dan solat. 8. Pembelajaran secara praktikal, bagaimana menunaikan solat di dalam kelas. 9. Menggangtung gambar-gambar yang berbagai yang menjelaskan keadaan solat. 10.Penuntut melatih anak-anak mereka menunaikan solat dengan cara yang sahih. 11. Sembahyang dua rakaat, qiamullail bersama isteri dan anak-anak demikian juga dalam
kelas.
Wasilah Penilaian Dan Pemantauan. 1. Ujian praktikal berwudhuk.
2. Meminta supaya menyediakan satu muka surat yang menjelaskan padanya rukun-rukun solat dan sunat-sunatnya.
3. Meminta supaya menyediakan satu muka surat yang menghitung padanya jenis-jenis najis.
4. Menyusun ayat-ayat yang menunjukkan kewajipan solat. 5. Ingat hadith-hadith yang menjelaskan perlakuan solat. 6. Wirid muhasabah.
Objektif Pembinaan Diri
1. Menjelaskan kedudukkan dan kepentingan solat dalam Islam.
2. Menyenaraikan kelebihan-kelebihan serta kesan-kesannya keatas individu dan masyarakat.
4. Menyenaraikan waktu-waktu solat. 5. Menjelaskan cara azan dan qamat.
6. Menentukan rukun-rukun dan sunat-sunat solat.
7. Menghitung perkara-perkara yang membatalkan solat dan perkara yang harus. 8. Menghitung perkara-perkara yang makruh berkaitan solat.
9. Mensyarahkan cara menunaikan solat dengan cara yang sempurna. 10. Menghitung jenis-jenis air.
11. Menjelaskan dua jenis najis( hisiyyah dan hukmiyyah) beserta contoh. 12. Menjelaskan kesan-kesan bersuci ke atas ibadat.
13. Menjelaskan adab-adab qadha hajat.
14. Menyebut cara berwudhuk: kefarduannya, sunat-sunatnya dan perkara yang membatalkannya.
15. Mengetahui janabah, hidh dan nifas.
16. Membezakan di antara janabah dan najasah (najis).
17. Menerangkan dua jenis mandi (wajib dan mustahab) serta contoh bagi setiap jenis.
Rujukan
1. al-Ta’allum al-Zati (self study) 2. Fiqh al-Sunnah oleh Syed Sabiq. 3. Al-Iqna’ Sharh Alfaz Abi Syuja’. PERHATIAN
Saranan-Saranan Dan Petunjuk-Petunjuk Untuk Murabbi Ketika Melaksanakan Ilmu Fiqah. Untuk berjaya dalam penyampaiannya, murabbi sepatutnya meraikan asas-asas berikut ketika mengajar ibadat:-
• Menggunakan pendekatan dailog dengan penuntut bukan penyampaian sehala, agar membiasakan mereka memberi respon yang positif dan mengelakkan mereka bersifat negatif dan bergantungan. Supaya natijahnya lebih afdhal.
• Murabbi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memberi kefahaman kepada muridnya makna setiap ibadah dan hakikatnya (rohnya) serta perkara-perkara yang berkaitan yang terdiri dari perkataan dan amalan. Ini akan menjadikan mereka cenderung untuk beribadat, kerana kefahaman akan menjurus kepada menikmati ibadah serta merasa kemanisannya. Seterusnya mendorong untuk sentiasa bergantungan dengannya. Ini akan memberi jaminan kepada murabbi untuk terus mendidik mereka untuk memelihara akan ibadat-ibadat. Sesungguhnya Rasulullah saw telahpun memberi galakkan kepada perkara berikut apabila baginda menyebut tentang tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah swt pada hari tiada perlindungan melainkan perlindungan dariNya; pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah swt dan seorang yang hatinya sentiasa bergantungan dengan masjid. Kefahaman ini berbeza mengikut tahap murid dan umur mereka, tetapi ia tidak boleh diabaikan dalam apa jua keadaan. Adalah berbeza seorang yang bersolat, sedangkan ia sedar makna takbir, petunjuk dari rukuk dan sujud dengan seorang yang solat tetapi tidak menyedarinya. Disana ada perbezaan di antara orang yang mentadabbur makna-makna yang terdapat di dalam surah al-Fatihah dengan orang yang hanya menyebut dengan lidah tanpa menghayatinya dengan hati, aqal dan perasaan (jiwa). Demikian juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Perkara ini sering diabaikan oleh murabbi di mana mereka hanya memberi tumpuan kepada hukum-hukum ibadat dan tidak mengambil berat kepada pentafsiran dan ruh ibadat itu sendiri. Perkara ini mesti diberikan tumpuan.
• Hendaklah ia memfokuskan kepada syarat-syarat penerimaan sesuatu ibadah yaitu ikhlas dan mengikut sunnah.
• Mengembangkan fikiran pelajar terhadap kesan-kesan positif dari ibadat terhadap individu dan juga masyarakat.
• Hendaklah dorongan melakukan ibadat dalam diri muridnya bertolak dari penanaman rasa cinta kepada Allah swt di dalam hati mereka. Dorongan dalaman yang seakan dinamo yang menggerakkan dengan sendirinya. Ia lebih kuat dan lebih berkesan dari kilauan ganjaran dan api seksaan, tanpa menolak kepentingan keduanya. Perasan cinta dan keinginan yang berkobar boleh menarik kanak-kanak kecil begitu juga orang dewasa. Oleh itu menjadi kewajipan murabbi memperkenalkan muridnya tentang keadilan Allah swt dalam mengganjari hamba-hamba yang patuh lagi taat serta balasan azab bagi mereka yang ‘asi (pelaku ma’siat).
• Murabbi mestilah menjadi contoh kepada muridnya, dengan memiliki kemantapan dalam ilmu Islam, ilmu pendidikan dan maklimat umum. Hendaklah ia melaksanakan apa yang diperkatakan dan iltizam menunaikan ibadat. Permasalahan yang kita hadapi adalah kebanyakkan mu’allim berkata, memberi nasihat, menyuruh dan melarang sedangkan di waktu yang sama dilihat oleh murid bahawa amalan mereka berlawanan dengan apa yang diserukan oleh mereka. Oleh itu kata-kata mereka tidak lagi memberi kesan.
• Perkara ini mendorong kita menegaskan betapa pentingnya mewujudkan suasana Islam di institusi-institusi pendidikkan. Adalah tidak wajar bagi kita disibukkan dengan perkara-perkara lain ketika waktu solat.
• Mua’allim perlu memberi fokus kepada aspek mempengaruhi pemikiran dan memperjelas hukum-hukum dengan memberi contoh tauladan tentang kehidupan para sahabat dan para solihin. Dengan membawa kisah, contoh tauladan serta qudwah dari kehidupan Rasulullah saw dan sahabat yang solih dalam menyempurnakan ibadah, pelajar-pelajar akan mendapat in-put yang banyak. Sehigga mereka merasakan betapa sedikitnya ibadah meraka dan betapa perlunya berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ketahap mereka, agar ketaatan mereka sesuai dengan keagungan Allah swt.
• Mu’allim mestilah sedaya upaya menggunakan uslub (pendekatan) memberi contoh dan melatih dalam melaksanakan manhaj. Yakni penjelasan secara praktikal dari muallim dan latihan amali dari pelajar disamping memberi tumpuan kepada memperbetulkan kesalahan pelajar dalam melakukan ibadat.
• Membawa dalil-dalil dari al-Quran dan hadith yang bersesuaian dengan pelajar. • Menggunakan kitab yang di tentukan dengan mengambil faedah sebaik-baiknya serta
menggunakannya dengan efektif.
• Muallim mestilah mengambil contoh-contoh ibadat dari persekitaran pelajar, seperti yang kerap kali kita dapati perbezaan sukatan di dalam kitab fiqah dengan sukatan yang digunapakai di negeri mereka. Seperti perkataan al-Saa’ (gantang) dan al-Mail (batu).. Oleh itu murabbi mestilah memberikan kefahaman perbandingan seperti yang lumrah di negara mereka.
Pendetailan Bahan Halaqah
Bulan Bahan Minggu I Minggu II Minggu III Minggu IV
Tafsir An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Lahab
1
Aqidah Fasal I Fasal 2 Fasal 3 Fasal 4
Tafsir An-Nasr Al-Kafirun Al-Kauthar Al-Maa’un
2
Aqidah Fasal 5 Fasal 6 Fasal 7 Fasal 8
Tafsir Al-Quraisy Al-Fiil Al-Humazah Al-Asr
3
Aqidah Fasal 9 Fasal 10 Fasal 11 Fasal 12
Tafsir At-Takathur Al-Qaari’ah Al- ‘Aadiyat Al-Zalzalah 4
Aqidah Fasal 13 Fasal 14 Fasal 15 Fasal 16
Tafsir Al- Bayyinah Al-Qadr Al- ‘Alaq At- Tin
5 Seerah Pendahuluan m/s 05-26 Bahagian 1 m/s 27-40 Bahagian 2 m/s 41-52 Bahagian 3 m/s 53-62
6 Shafawi Tahriri Penilaian/
Ziarah
Proses pemeringkatan/ziarah
Minggu Pertama
Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah An Nas
Pengenalan
1. Terdiri daripada surah Makkiyah, mengikut pendapat yang sohih 2. Mempunyai enam ayat
3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum
Objektif Khusus
1. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.
2. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.
Objektif Sulukiah
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.
2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
4. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.
5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali
1. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.
Soalan Kefahaman
1. Sebutkan kelebihan surah An Nas dan Al Falaq? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan “al Istiia’zah”?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kejahatan “al Was waasil khanas” dan siapakah “al was waasil khannas”?
4. Bagaimana cara “al was waasil khannas” mengasut umat manusia?
5. Kenapakah kita disuruh memohon perlindungan daripada Allah SWT sahaja?
Tauhid Az Zindani Fasal 1 : Tauhid
Isi Kandungan
1. Apakah definasi ilmu Tauhid?
- Ilmu Tauhid : yang membentangkan dalil-dalil aqli(akal) dan naqli(al Quran& Hadis) bagi membuktikan kesahihan dan kebenaran akidah Islam.
- Ar Ra’d:19
2. Apakah Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid?
- Ilmu Tauhid: yang membincangkan persoalan beriman kepada Allah, kitab-kitab, para rasul, malaikat,hari Akhirat dan qadar baik dan jahat.
3. Dimanakah kedudukan ilmu Tauhid berbanding ilmu lain?
- Ilmu Tauhid: Ilmu yang termulia berbanding ilmu agama dan ilmu keduniaan yang lain, kerana ia berkait dengan Allah Taala, Tuhan sekalian dan meceritakan kebesaran Allah Taala, Pecipta Alam.
4. Apakah hukum mempelajari ilmu Tauhid fardu ain atau fardu kifayah?
- Mempelajari perkara asas dalam ilmu ini merupakan fardu ain bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah Taala, para rasul, kitab-kitab, para malaikat, hari kiamat serta qadar baik atau buruk.
- Muhammad:19
5. Adakah al Quran prihatin terhadap ilmu ini?
- Al Quran mementingkan topik-topik dalami ilmu ini dan kebanyakan ayat al Quran al Makkiyyah; memfokuskan ilmu ini dan perkara yang berkaitan dengannya. 6. Adakah orang Islam prihatin terhadap ilmu ini?
- Orang Islam yang terdahulu amat prihatin terhadap ilmu ini, lalu mereka dimuliakan dan dijadikan peminpin.
7. Apakah yang akan menimpa orang Islam apabila mereka mencuaikan ilmu Tauhid? - Apabila mereka mencuaikannya, rosaklah akidah mereka.Kerosakan ini merebak
ke dalam akhlak dan tindakan mereka lalu orang kafir menjajah tanah dan negara mereka.
Objektif Khusus
1. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya.
2. Menentukan kedudukkannya di antara semua ilmu. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya.
4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya.
Minggu Kedua
Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Falaq
Pengenalan
1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi lima ayat
3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum
Objektif Khusus
1. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.
2. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.
Objektif Sulukiyah
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.
2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
4. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.
5. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah
6. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk Objektif Amali
1. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.
Soalan Kefahaman
1. Sebutkan kelebihan surah An Nas dan Al Falaq?
2. DiDalam surah ini Allah memerintah kita berlindung dari apa? 3. Apakah kaitan diantara kedua-dua surah ini?
4. Adakah kedua-dua surah ini boleh digunakan sebagai jampi mentera?
Tauhid Fasal 2 “Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam”
Isi Kandungan
1. Kenapa Allah Taala hanya menerima amalan orang yang beriman?
- Allah Taala tidak menerima amalan orang kafir dan Dia hanya menerima amalan orang yang beriman.
- Ini kerana orang kafir melakukan amalan bukan untuk mendapat keredaan Penciptanya dan dia tidak peduli tentang amalan yang dilakukannya sama ada diredai atau dimurkai Allah Taala. Oleh itu golongan aini layak menerima azab pedih dan diharamkan pahala.
- -An Nur:39
2. Kenapa Islam meletakkan ucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun Islam yang pertama?
dua kalimah syahadah yang sempurna hanya akan terlaksana dengan mempelajari ilmu Tauhid.
- Oleh itu, ilmu Tauhid adalah ilmu yang paling penting dalam kaca mata agama Islam
Objektif Khusus
1. Menjelaskan hubungan iman dan amal.
Minggu Ketiga
Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Ikhlas
Pengenalan
1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi empat ayat
3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nas secara umum
Objektif Khusus
1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.
2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.
3. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah
Objektif Sulukiyah
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.
2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka. 3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.
5. Memantapkan kedalam diri nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilai-nilai maddiyyah (kebendaan
Objektif Amali
1. Sentiasa mentauhidkan Allah swt
2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya Soalan Kefahaman
1. Sebutkan kelebihan-kelebihan surah al Ikhlas?
2. Huraikan hakikat tauhid yang terdapat dalam surah ini? 3. Apakah yang dituntut kepada kita dari hakikat tauhid tersebut?
Tauhid Fasal 3 “Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia”
Isi Kandungan
1. Apakah kesan tidak memahami ilmu Tauhid terhadap kehidupan manusia?
- Orang yang tidak mengetahui ilmu Tauhid dalam keadaan ‘buta’ seperti haiwan. Dia mengakhiri kehidupannya di muka bumi sedangkan dia tidak mengetahui mengapa ia bermula. Dia mati, sedangkan dia tidak mengetahui mengapa dia hidup. (Muhammad:10)
- Orang tidak beriman dengan hari Akhirat hanya tamakkan habuan dunia. Mereka mencarinya tanpa mengira halal haram. Inilah yang merosak kehidupan dan memecahbelahkan masyarakat.
- Apabila kejahilan tentang ilmu Tauhid berleluasa, akdah dan amalan manusia akan rosak serta iman seseorang menjadi lemah maka bertambahlah dosa. Allah Taala akan menurunkan azab kepada mereka yang melakukan dosa. (Ar Rum:41)
2. Apakah implikasi ilmu Tauhid dalam kehidupan manusia?
- Orang yang beriman, dia mengenali Tuhan dan Peciptanya. Dia mengetahui kenapa Allah menciptanya di dunia, dengan itu hidup mengikut petunjuk Allah serta berada di atas jalan yang lurus dan benar. (Al Mulk:22)
- Orang beriman adalah bersaudara akan melahirkan masyarakat tolong menolong di antara satu sama lain dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan. (Hujuraat:10 & Ali Imran:110)
- Iman membuahkan amal salih dan menjaminkan keredaan Allah, Pencipta sekalian alam, dengan itu Allah akan membuka pintu keberakatan serta menolong orang yang beriman. Mereka dianugerahkan kemenangan mengalahkan para musuh seperti berlaku kepada orang salih yang terdahulu.(Al A’raf:96 & Muhammad:7)
Objektif Khusus
1. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah. 2. Menjelaskan hubungan iman dan amal.
3. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iaman yang pertama. 4. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya
Minggu Keempat
Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Lahab
Pengenalan
1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi limat ayat
3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Lahab secara umum
Objektif Khusus
1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.
2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.
Objektif Sulukiyah
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya.
2. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya
3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali
1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya Soalan Kefahaman
1. Sebutkan sebab surah ini diturunkan?
2. Nyatakan apakah yang diisyaratkan oleh surah ini?
3. “Sesungguhnya Allah akan mempertahankan orang-orang yang beriman” Apakah kaitan maksud ayat tersebut dengan surah al Ma’sad?
4. Bagaimanakah dengan reality kehidupan kita hari ini?
Tauhid Fasal 4 : “Bagaimanakah Kita Mengenal Allah”
Isi Kandungan
Mengetahui Kewujudan Allah Taala
1. Bagaimanakah kita mengetahui kewujudan Allah
- Apabilla kita melihat kereta atau kapal terbang bergerak teratur, ia menunjukkan kewujudan pemandu yang mengawalnya.
- Apabila kita melihat pergerakan matahari,bulan, bintang, malam dan siang yang teratur serta segala penciptaan makhluk yang dibuat dengan begitu seni dan teliti, ia menunjukkan kewujudan Allah.
- Sekiranya Pecipta tidak wujud, maka tidak wujudlah segala makhluk. (At Tuur:35-36)
Mengetahui Sifat Allah
- Berfikir tentang makhluknya dan juga melalui ajaran para rasulNya.(Al Jaathiyah:3-4)
2. Bagaimanakah kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir tentang makhluknya? - Sekiranya kita berfikir tentang kereta contohnya, kita akan mengetahui bahawa
pembuatnya memiliki besi, kaca, dawai dan semua bahan yang digunakan untuk membuat kereta serta dia mempunyai kemampuan ilmu pembuatan, kepakaran kejuruteraan dan kemahuan untuk membuat kereta.
3. Apakah kaitan contoh di atas dengan cara mengetahui cara mengetahui sifat Allah? - Apabilla kita berfikir tentang pembuat kereta ialah dengan berfikir mengenai kereta
yang telah dihasilkannya. Begitu juga apabila kita berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, kita mengetahui bahawa hikmah yang ada pada ciptaan ini berasal daripada Allah Yang Maha Bijaksana.
4. Mampukah kita mengetahui semua sifat Allah dengan berfikir tentang makhluk ciptaanpNya?
- Kita tidak mampu mengetahui semuanya, kerana apabila kita berfikir tentang sebuah kereta, kita mengetahui kepakaran pembuatnya, tetapi kita tidak
mengetahui apakah kita sifat pembuat kereta itu dia mulia atau bakhil, tinggi atau rendah, zalim atau adil dsb.
- -Begitulah dengan Allah Taala, kita mungkin dapat mengetahui banyak sifat Allah dengan memerhati dan berfikir tentang makhluk ciptaannya, kita meungkin mengetahui kenapa Dia mencipta dan mematikan kita. Kita tidak mungkin mengetahui sifat-Nya Yang Maha Tinggi seperti Dialah yang Layak Disembah, Yang Maha Pemurah dsb melainkan dengan ajaran daripada-Nya sendiri. 5. Bagaiman kita mengetahui sifat tuhan yang belum kita ketahui?
- Melalui perantaran para Rasul yang mengajar kita perkara yang dikehendaki oleh Allah untuk kita mengetahui tentang-Nya. (Al Baqarah:255)
Objektif Khusus
1. Mengetahui kewujudan Allah melalui makhluk ciptaan-Nya
2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.
Minggu Kelima
Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah an Nasr
Pegenalan
1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi limat ayat
3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah an Nasr secara umum
Objektif Khusus
1. Memahami sebab-sebab surah ini diturunkan
2. Memahami berita gembira yang terdapat dalam surah ini kepada Rasulullah saw. 3. Memahani taujih Allah kepada Rasulullah saw dan umatnya yang terdapat dalam
surah ini.
4. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw Objektif Sulukiyah
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
3. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat 4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali
1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.
Soalan Kefahaman
1. Sebutkan sebab-sebab surah ini diturunkan?
2. Sebutkan berita gembira yang terdapat dalam surah ini?
3. Apakah perintah Allah yang terkandung dalam surah ini kepada Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman?
4. Nyatakan apakah isyarat yang terdapat dalam surah ini?
Tauhid Fasal 5 “Manusia Hendaklah Melihat Kepada Makanannya”
Isi Kandungan
1. Kenapa Allah Taala memerintah kita supaya melihat dan berfikir tentang makanan yang kita makan?
- -Allah Taala memerintah kita supaya berfikir tentan makanan harian kita, sebagai bukti yang menjelaskan sebahagian dari sifat-Nya kepada kita pada semua ciptaan-Nya.
2. Apakah sifat Allah yang dapat kita ketahui dengan berfikir mengenai makanan kita? - -Kita dapat mengetahui banyak sifat seperti Dialah Yang Maha Memberi Rezeki,
Yang Maha Mengetahui, Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya, Yang Maha Mengasihani dan lain-lain lagi.
3. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki?
- Ketika kita berfikir bagaimana Allah Taala menyalurkan rezeki kepada manusia ketika dalam perut ibunya, kemudian bagaimana Dia memberi rezeki kepada manusia melalui buah dada ibunya, kemudian bagaimana Dia mengurniakan rezeki kepada manusia melalui tumbuh-tubuhan, kita mengetahui Allah Taala adalah Yang Maha Memberi Rezeki.
4. Bagaimanakah kita mengetahui sifat Allah yang lain yang telah disebut sebelum ini? - Kita mengetahui bahawa Allah adalah Yang Maha Mengetahui kerana Dia
mengetahui kita memerlukan rezeki ketika dalam rahim ibu, lalu Dia memberikan kepada kita. Dia mengetahui kelahiran kita lalu Dia memberi makanan kepada kita melalui buah dada ibu kita.
5. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana?
- Ketika kita menyaksikan kehalusan kerja dan ketelitian dalam penciptaan tali pusat. Begitu juga apabila kita melihat pengeluaran susu ibu yang bersesuaian dengan pembesaran kita.Serta apabila kita melihat kehalusan kerja pada pembuatan setiap bahagian tumbuh-tumbuhan.
6. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Amat Mendalam
7. pengetahuan-Nya?
- Ketika kita melihat kepakaran dalam pemindahan makanan ketika dalam rahim ibu. Begitu juga susu yang terhasil daripada makanan yang dimakan oleh ibu. 8. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha
Mengasihani?
- Ketika kita menyedari ketidakupayaan janin dalam perut ibu untuk menguruskan rezekinya, ketidakupayaan bayi yang menyusu untuk mencari sendiri rezekinya dan ketidakupayaan manusia untuk mencipta biji-bijian, buah-buahan, air dan hujan.
9. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Mulia? - Ketika kita melihat rezeki yang dikurniakan-Nya melimpah ruah ke atas semua
makhluk.
10. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk?
- Kita mengetahui bahawa Dia adalah Yang Maha Memberi Petunjuk ketika kita melihat buah dada yang dipenuhi susu, mengilhamkan kepada untuk menghisap buah dada ibunya.
11. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Menghidupkan sesuatu?
12. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Membentuk Rupa?
- Ketika melihat rupa yang cantik dan berbagai-bagai terbentuk dari tanah, air dan udara.
13. Apakah faedah mengetahui sebahagian sifat Allah?
- Kita mengetahui bahawa yang mencipta makanan adalah Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana, Yang Amat mendalah Pengetahuan-Nya, Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Mulia, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Menghidupkaan sesuati lagi Maha Membentuk Rupa, kita mengetahui Dia adalah Allah Taala.
- -Ini kerana tabiat semulajadi atau patung berhala walau bagaimanapun rupanya tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.(‘Abasa: 24-32)
Objektif Khusus
1. Memahami perintah Allah supaya manusia hendaklah melihat kepada makanannya 2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan
Allah swt serta keesaanNya.
Minggu Keenam
Tafsir Pengenalan & Tafsiran Surah al Kafirun
Pengenalan
1. Terdiri dari Surah Makkiyah 2. Mengandungi enam ayat
3. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah 4. Memahami tafsiran surah al Kafirun secara umum
Objektif Khusus
1. Memahami bahawa hakikat Tauhid ada manhaj hidupnya sendiri 2. Memahami bahawa kesyirikkan juga ada manhaj hidupnya sendiri.
3. Menjelaskan bahawa orang yang kafir adalah orang yang putus harapan dengan Allah swt.
4. Menjelaskan perbezaan ibadat Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman dengan ibadat orang kafir dan tidak tolak ansur dalam urusan ibadat.
5. Memahami kewajipan “al Mufasolah” diantara iman dengan kufur. Objektif Sulukiyah
1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
3. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.
4. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah. Objektif Amali
1. Sentiasa beristighfar kepada Allah swt dalam apa keadaan sekali pun. 2. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya 3. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.
Soalan Kefahaman
1. Apakah maksud “al Mufasolah”?
2. Bagaimana surah ini membina keyakinan wajib “al Mufasolah” antara iman dengan kufur?
3. Mengapa “Manhaj Tauhid” dan “Manhaj Syirik” selama-lamanya tidak akan ada titik pertemuan?
Tauhid Fasal 6 : “Yang Terapung”
Isi Kandungan
1. Apakah definisi awan?
- Awan adalah wap-wap air yang terapung di udara. (Az Zumar:21) 2. Bagaimanakah proses pembentukan awan?
- Allah Taala menjadikan matahari yang memancarkan kepanasan,lala air laut bertukar menjadi wap-wap air yang mengewap naik ke langit dalam bentuk wap air yang tawar.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem(sunnah Allah ) ini?
- Allah Taala menjadikan kepanasan sinaran matahari dan tiupan angin sebagai wap air dapat naik dari laut sehingga melepasi ketinggian bukit.(Al Waqi’ah:68-70) - Allah yang mengutuskan angin, menjadikan awan dan menurunkan hujan.(Al
‘Araaf:57)
4. Kenapa kesejukan bertambah apabila berada dikedudukan yang lebih tinggi? - Logiknya kita di puncak gunung yang tinggi kita semakin dekat dengan matahari
tentulah kita bertambah panas tetapi sebaliknya merasa sangat sejuk kerana Allah menjadi udara sejuk yang mencapai ketinggian lapan batu dari aras laut oleh itu suhu kepanasan semakin rendah supaya wap air yang keluar dari laut akan kekal diatmosfera dan tidak berterusan naik sehingga di langit lepas.(al Mukminun:18) Objektif Khusus
1. Memahami proses pembentukan awan dan peranannya dalam kehidupan.
2. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.