Yang terbuka; Pintu. Yang dibukakan; Pintu. Yang membuka; Aku.
Kalau engkau termasuk gulungan yang terbuka, maka segala pintu akan terbuka terus bagimu. Kalau engkau gulungan yang dibukakan maka untuk keluar engkau harus ditunjukkan jalan dengan dibimbing, di tuntun. Kalau engkau termasuk gulungan yang membuka, maka adalah kewajipanmu membimbing menuntun dan menunjukkan jalan bagi orang yang engkau buka.
Saya yang tadinya menurut setahuku telah terbuka sendiri, berjalan keluar sebagai seorang pengembara.
Aku berjalan semenjak pintu telah terbuka bagiku, berjalan seorang Diri dengan mengorbankan apa yang ada padaku. Bertahun tahun sudah aku berjalan dan banyaklah pengalaman pengalaman yang aku perdapat selama dalam perjalanan. Aku berjalan dan terus berjalan.
Dalam perjalanan aku menemui anak kunci dan dengan aku telah dapat membuka dan memasuki dan telah banyak yang telah aku bukakan. Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidak banyak tahu, dan amat sedikit pula diantara mereka yang berterima kasih padaku.
Dia mau buah yang sudah masak, dan disuapkan lagi kemulutnya, diwaktu disuapkan membayangkan keuntungan untuknya sendiri dengan tidak memperdulikan orang lain, apa lagi yang memberinya. Makanan yang empuk aku berikan dijadikannya makanan yang keras oleh kerana pembawaannya keras.
Aku membawanya kesyurga, tetapi dia membawa ku keneraka, anihnya lagi disaat saat yang tertentu, aku disalahkan, aku dihukum tanpa diadili. Akan tetapi untunglah aku
Makanan yang lazat empuk yang aku berikan dapat diterimanya dengan sangat susah menelannya, kerana menurutkan jalanku, akan tetapi diwaktu mengeluarkannya, iaitu diwaktu mempergunakannya, bukan jalan yang aku tunjukkan yang diturutinya, melainkan dia memakai jalan sendiri, iaitu jalan yang berisikan “hawa Nafsu”
Maka berlainan keinginan dengan kehendak, seiring tetapi bertukar jalan, aku kembali kepada diriku sendiri, kembali memikirkan keadaanku.
90
Telah banyak aku berbuat dan telah banyak kali pula aku berjalan. Apa hasilnya? Hasilnya bagi ku ialah saperti menghasta kain sarung, sampainya di situ kesitu jua, sebabnya ialah aku terlampau banyak melihat keluar, sedangkan di luar jalan terlampau banyak simpangnya.
Yang terang hasilnya bagi ku ialah aku telah pandai membuka dan membawa berjalan sekali keluar. Hendak kemana mereka aku bawa? Sudah tentu menuruti jalan yang telah aku tempuh. Aku membawanya keluar, aku tunjuki mereka jalan dan aku biarkan mereka berjalan. Tujuanku supaya mereka lekas cerdas, lekas pandai dan lekas tahu. Ada antara mereka telah puas dengan apa yang diperdapatnya dan menuruti jalan sendiri dengan tidak mengingat lagi untuk kembali kepangkalan. Yah, dia telah besar dan telah dapat menjalankan sendiri pada tangkapannya.
Ada pula diantara mereka sentiasa berasa kekurangan dan tidak puas dan kembali kepangkalan, minta petunjuk, minta diisi, minta di tambah.
Kedatangan mereka itu kembali, aku terima dengan perasaan kaseh sayang, walaupun kadang kadang hatiku mendongkol disebab keranakan tindak laku perbuatanya.
Aku bersihkan dirinya, aku siangi jalannya dan aku beri dia lagi isi, akan tetapi kebanyakan yang tersua telur yang aku berikan, bukan berkembang sampai menghasilkan turunan dan bertelur pula, melainkan adalah telur itu lantaran enak rasanya baginya, dipecahkannya,didadarnya dan dirorengkanya dan dimakannya dan ………..keluar menjadi kotoran.
Aku tidak rugi, kerana bagiku banyak persiapan persiapan yang lain, hanya aku merasa menyesal dan kesal kerana pemberian ku di sia siakan sampai terbuang percuma sahaja. Emas yang 24 karat keluarnya menjadi loyang dan tembaga yang sangat rendah nilai dan harganya.
Sayang kebanyakan diantara mereka tidak tahu.
Aku kembali kediriku sendiri dan aku pelajari kembali apa yang terjadi padaku. Aku dapati ada pula yang begitu saja meninggalkan aku dengan tidak mempercayai ilmu ku lagi, kerana percubaan percubaannyamengamalkan ilmu ku tidak menghasilkan yang dihajatinya. Dia menjauhi aku dan ada pula yang mengatakan yang bukan bukan mengenai aku.
Bagiku didatangi atau tidak oleh orang orang saperti itu, sama sahaja, bahkan kalau boleh saya mengatakan terima kasih padanya kerana oleh tindak laku perbuatanya itu, aku ingat kembali kediriku sendiri.
Aku tidak akan menyalahkan orang lain, melainkan aku akan menyalahkan diriku sendiri, kerana tadinya aku menganggap adalah orang orang itu sama sahaja saperti saya, tetapi satelah pakaian ku ku berikan padanya, kenyataannya mereka mereka itu tidaklah saperti saya. Kerana pakaian ku yang begitu bagus dasar dan warnanya, ada yang jadi sudah robek robek dan kotor dan bagi setengahnya ada pula sudah hilang ragi dan warnanya telah mulai pudar.
91
Sebaliknya ada pula yang selalu menghubungiku, dapat memahami aku dan dapat merasakan akan hikmatnya pakaian ku yang dipakainya dan dapat pula mengetahui sakit senang aku dan menganal aku, bulungan mereka ini hanya sedikit, tidak banyak dan termasuk orang mengerjakan suruh dan menghentikan yang ditegah.
Keinginan ku untuk mendapatkan orang yang cerdas, berpengetahuan umum, ber Tuhan dalam erti kata yang sebenarnya, dapat menangkap dan menerima apa apa yang ku berikan dan mengamalkan dengan sebaik baiknya belum tercapai. Bahkan tujuan ku lebih dari itu. Bersama samanya menggali dan mempelajari dengan lebih mendalam, menuju kepada “Pengakuan”, diakui oleh cerdik pandai, diakui oleh orang berilmu, diakui oleh ulama dan mendapat pengakuan hendaknya dimana mana, sehingga menjadi pengetahuan umum untuk diamalkan sendiri sendiri dan bersama sama.
Pengalaman pengalaman yang banyak itu menyebabkan aku sering kembali kediri sendiri, memperbaiki Diri, menyedari, mencari jalan yang benar.
Banyak sudah yang terbuka oleh ku dan banyak pula sudah yang sakit mendapat ubat dari ku. Orang lain aku buka sampai terbuka dan aku tak tahu siapa yang membuka aku. Setahu ku aku telah terbuka. Bagi orang yang telah terbuka maka adalah orang yang membukannya itu aku.
Dan akku siapa yang membuka ku?aku tak dapat tahu, setahuku aku sudah terbuka, dan pengalaman juga menunjukkan bahawa aku telah keluar dan sering keluar yang bererti pintu telah terbuka bagiku.
Tiada guru yang ke dapati tempatku bertanya atau belajar akan tetapi yang aku dapati hanya ahli ahli untuk membanding.
Aku mencari dan mencari dan adalah kalau boleh dikatakan ”pengalamanlah” yang jadi guruku.
Dan begitu lah aku sampai menjadi seorang pengembara mencari jalan yang sebenarnya jalan, iaitu jalan yang berpetunjuk, jalan yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.
Dan aku temuilah itu jalan yang sebenarnya jalan yang menjadi pegangan ku sampai saat sekarang ini dan seterusnya (insyaallah) rupanya jalan itu letaknya bukan di luar, malahan didiri sendiri. Jalan nya hidup bukan mati lagi berisi, isinya “nikmat” lagi memberi, pemberiannya mendatangkan “nikmat” lagi terang bukan gelap.
92
Dan begitulah selama hayatku, aku sentiasa akan membuka dan terus membuka, kalau tidak ada yang akan dibuka ku buka diriku sendiri, membuka Rahsia Diri untuk aku jadikan ilmu pengetahuan yang menuju kepada “pengakuan” pengakuan dari orang banyak. Aku akan mengaliri apa yang dapat ku aliri dan kalau tak ada yang akan ku aliri maka aku akan terus mengalir dan mengaliri yang patut aku aliri dan aku akan berjalan terus dan terus berjalan.
Jalan menjalankan
Kalau pintu telah terbuka, kalau mau tentu boleh berjalan. Kemana hendak berjalan? Dan sudahkan tahu dijalan yang akan dilalui? Lain jalan orang dan lain pula jalanku. Lain berjalan sendiri dan lain pula berjalan bersama sama dengan ada yang membawa berjalan.
Dan ada pula orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akan mendapat kesulitankah seseorang, kalau tugasnya hanya menjalankan sahaja? Menjalankan tidak sulit, yang penting tahu jalannya.
Dan ada pula orang sudah banyak berjalan dan telah banyak jalan yang terjalankan olehnya, akan tetapi tidak menghasilkan sesuatu apa apa, kerana orang itu menjalani jalan yang kosong alias tidak berisi. Bagi orang yang berjalan saperti yang tersebut diatas, jangan teruskan berjalan. Lebih baik kembali sahaja kepangkalan. Gunanya supaya dapat kita mengetahui bahawa yang telah dijalani itu bukanlah jalan benar melainkan jalan sesat lagi menyesatkan.
Saya berjalan sendiri dan tidak menjalankan apa apa. Yang saya jalankan ialah perasaan yang tak dapat mengatakannya, perasaan yang orang lain tak dapat pula merasakannya, pengalaman pahit, tuduhan yang bukan bukan yang ditimpakan kepada saya, kebenaran di tutup dengan kepalsuan, kebaikan dihilangkan deganti dengan keburukan.
Saya tak berdaya, saya sendiri, bilangan mereka banyak. Dan akibatnya saya kehilangan, kehilangan “mastika” hidup, kerana sebahagian kehidupanku dibawanya. Walaupun diganti namun gantinya tidak serupa nan hilang, berlainan lainan, kelebihan. Apa yang tak ada padaku ada padanya dan apa yang tak ada padanya ada padaku. Dia telah pergi dan aku kehilangan.
Ada pula orang tertentu dalam peristiwa aku, yang aku namakan dia orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akibatnya orang ini pun kehilangan. Dia kehilangan kesayangan, belahan Diri. Dia merana dan aku menderita.
Dan pada pilihan ini juga ada pula ikut tersangkut seorang yang sedang berjalan dan menjalankan sesuatu untuk sesuatu pula.
93
Diperdapatnya yang dijalankannya itu dengan cara mengemis, meminta minta dengan tujuan dalam ingatannya hendak menjadi orang pandai. Supaya disegani orang, dihormati dan dihargai, pada hal warisan untuk itu tak ada padanya, sejak dari nenek moyangnya apa yang ada padanya hanyalah akal, akal yang bergelumang hawa nafsu, nafsu yang sentiasa dikemukakannya dalam berbuat bertindak dan berlaku, pengetahuan umum jauh sekali.
Sejak yang dimintanya diperdapatnya dengan jalan mengemis itu, pengalamannya menjadi penetapan baginya bahawa dia telah menjadi orang yang pandai lagi pintar. Dan mendatanglah rasa sombong dan takbur dan akibatnya perjalanan yang terjalankan olehnya i8alah salah, jalan yang dimurkai lagi sesat. Dan kemana dia pergi atau berjalan, banyaklah sudah orang yang dikorbankannya. Dan begitulah pula orang itu berjalan terus dan terus berjalan dengan tidak bisa pulang kembali kepangkalannya. Sudah jauh tersesat lagi menyesatkan.
Inilah akibat dari orang yang tak mau menyalahkan Diri sendiri dan selalu menimpakan kesalahan pada orang lain.
Aku sudah jauh berjalan dan telah banyak melakukan perjalanan dan telah banyak pula membawa orang berjalan dan telah pula menunjukkan orang jalan. Telah lama pula aku menjalankan oleh ku dan sampai sekarang aku terus berjalan, berjalan sendiri, bersama sama, membawa menjalankan apa yang dapat ku jalankan. Jalanku jalan terang, tetapi bagi orang gelap, oleh kerana yang hidup bagikan bagi orang lain mati dan yang mati bagiku bagi orang lain hidup. Berlainan pandangan, akan tetapi untuk kebaikan satu tujuan, dan untuk kejahatan biarlah aku tidak ikut, sebab aku bukan jahat. Telah banyak ku alami aku dijahatkan orang, tetapi tak terjadi aku jahat dan telah ku cuba pula menjahatkan orang. Tetapi jadinya lebih baik. Dari itu makanya aku dapat mengatakan aku bukan orang jahat.
Cukup mencukupi
Biarlah “satu” bagiku, tetapi mencukupi daripada “sembilan puluh sembilan” tetapi tidak cukup.
Aku teringat akan kesah dua orang bersaudara mendatangi seorang yang dianggapnya “ahli” minta hukum yang adil dan anehnya dengan menunjukkan jalan yang betul.
Keduanya berselisih, anehnya yang seorang pada yang lain. Seorang diantaranya berkata: “ ini saudara saya, ia mempunyai 99 ekor kambing dan saya hanya mempunyai seekor sahaja, lalu katanya kepada saya: “berikanlah kambing engkau ini kepadaku saya menjaganya, dan dikalahkannya saya dengan percakapannya.”
Berkata si “ahli” tadi, sungguh ia anehnya sekali pada engkau kerana meminta kambing engkau itu supaya dicampurkannya kepada kambingnya. Supaya kebanyakan orang orang yang bersyarikat itu anehnya yang seorang kepada yang lain, kecuali orang orang yang beriman dan beramal salleh, tetapi amat sedikit bilangan mereka itu.
Kesah ini aku perdapat dari Quran surat 38 shaad juz 23, ayat 22-23-24 dan adalah si Ahli yang dimaksud Nabi Daud.
Maka dengan kedatangan kedua orang bersaudara itu membawa perkaranya kepada nabi Daud, tahulah ia bahawa Tuhan mencubai dia. Lalu meminta ampun kepada Tuhan, seraya terlingkup, tunduk dan kembali.
Bagi Nabi Daud kedatangan orang berdua bersaudara itu dianggap nya sebagai ujian dari Tuhan, maka adalah bagi kita yang datang kemudian dapat menunjukkan jalan yang betul betul hendaknya saperti yang dikehendakki kedua bersaudara itu dengan tidak merugikan yang punyai seekor kambing dan yang telah punya sembilan puluh sembilan ekor itu mendapat pula yang dikehendakinya dengan tidak merugikan orang lain.
Bagi ku orang yang mendatang kemudian dan yang telah jauh berjalan telah banyak menjalankan dan telah banyak pula yang terjalankan dan sudah biasa berjalan sendiri, maka aku akan mengatakan:
Kepada yang telah punya 99 ekor kambing dan belum merasa cukup, Cukupkanlah dengan apa yang ada padamu.
Dengan pandainya engkau mencukupkan dengan apa yang ada padamu, maka kamu tidak akan merugikan orang lain.
Kepada yang punya seekor, cukupkanlah saudaramu yang telah punya 99 ekor itu dengan apa yang ada padamu. Dengan pandainya engkau mencukupkan saudaramu itu dengan apa yang ada padamu, maka engkau tidak akan merugikan dirimu sendiri. Kalau masing masing tak tahu jalannya, maka sebaiknya bertanyalah kepada yang tahu.
Untuk yang telah sampai mempunyai sebanyak 99 tetapi belum merasa cukup, tandanya dia sudah terlampau jauh berjalan keluar untuk mencari.
Maka untuk supaya dapat mencukupi dia harus berjalan ke dalam, kedirinya kerana didirinyalah letaknya kekurangan itu. Begitu pula yang punyai seekor kambing itu, dia harus berjalan keluar dengan dirinya untuk mencari kelebihan, supaya dia dapat mencukupkan yang kekurangan dengan tidak merugikan dirinya sendiri.
Dan kalau jalan yang sebenarnya telah ditemui, maka tiada yang sulit yang tak bisa di atasi dengannya. Dari itu carilah jalan yang benar.
Berjalan ke dalam dimaksud ialah ke dalam rumah sendiri dan berjalan keluar ialah keluar rumah sendiri.
95
Maka adalah yang telah punya 99 ekor kambing itu, seumpama dahan dahan kayu yang tak berbatang dan yang punya hanya seekor itu ialah batang kayu yang tak berdahan. Jadi yang di butuhkan oleh dahan yang banyak ialah batang, dan oleh batang ialah dahan. Apa sebab yang 99 tak berbatang oleh kerana datangnya atau diperdapat dari luar dan tatkala mencarinya badanlah yang dianggap batangnya. Oleh kerana itu walau berapa banyak sudah di perdapat namun keinginan untuk menambah lagi tetap mendatang atau mau lagi oleh kerana tidak puas atau belum puas.
Dan begitulah kesudahannya bagi seseorang yang mencari sesuatu untuk sesuatu, seumpama ada yang sudah dapat dalam bilangan 9 dan ingin mencari yang satu untuk pencukupan dan begitu pula ada yang telah lewat dari sepuluh, kerana yang dimintanya satu untuk pencukup, maka diperdapat dua, maka sampailah pula dia dalam bilangan sudah mencapai sebanyak 99.
Yang mepunyai sekor kambing atau satu tidak mencari lagi keluar untuk menguatkan melainkan, dicukupkan dengan apa yang ada padanya, iaitu batang tubuhnya beserta isinya oleh kerana dia mengerti akan yang satu itu.
Begitulah Tuhan dengan Rahsianya memberi beberapa contoh sebagai perumpamaan. Ckupkanlah yang diluar dengan yang didalam dan yang didalam harus keluar untuk dapat mencukupi.
Dan begitulah setelah aku dapat memecahkan rahsia yang terkandung pada kesah yang ku kesahkan di atas dengan menunjukkan jalan yang betul kepada kedua orang bersaudara yang berselisih itu, maka untuk ku aku perdapat pula pelajaran bagaimana cara menghukum secara adil dengan tidak merugikan kedua belah pehak dan aku beruntung telah mendapat pula pelajaran menemui jalan untuk mencukupi diriku sendiri dan mencukupi Diri orang lain dengan tidak merugikan diriku sendiri.
Dan begitu pula telah banyak orang yang aku bukakan jalan, aku tunjukkan jalan dengan membawanya berjalan. Selagi aku yang membawa mereka mereka itu berjalan, semuanya berjalan dengan betull, akan tetapi mereka mereka tidak mengerti. Buktinya setelah aku membawanya berhenti berjalan dan bertanya apa yang telah dilakukan, aku tiada mendapat jawapan yang betul. Mereka tak dapat mengatakan apa yang telah dilakukannya, apa yang telah diperbuatnya dan apa yang telah dirasakannya. Mereka belum dapat memperbezakan antara yang satu dengan yang lain.
Kebanyakan mereka salah tangkapan. Kenyataannya, diwaktu mereka berjalan sendiri sendiri dengan menggunakan jalanku, maka jarang mereka yang sampai dapat menemui tujuannya, kerana di samping dia menurutkan jalanku dia memakai jalannya sendiri pula, maka adalah hasilnya tidak memuaskan kerana dalam praktiknya telah berlaku kata pepatah: seiring bertukar jalan. Perjalanan yang ku berikan padanya dicampur aduknya dengan jalannya sendiri iaitu gerak fikirannya.
Dan aku berjalan terus, dan terus berjalan, berjalan sendiri, berjalan bersama sama, membawa orang berjalan, menjalankan yang harus ku jalankan, sehingga telah banyak yang terjalankan olehku. Di dalam perjalanan yang jauh tetapi dekat, aku dapat menemui kesah perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Haidir yang telah dikurniakan Tuhan Rahmat dan mendapat pengajaran ilmu Pengetahuan (alkahfi ayat 65)
Saya sangat tertarik akan kesah perjalanan dua orang Hamba Allah itu dan ingin sekali hendak ikut menurutkan jejak perjalanannya. Semoga dengan dapat menurutkan jejak perjalanannya itu, aku akan mendapat pula pelajaran Ilmu Pengetahuan, saperti yang telah dikurniakan Tuhan kepada Nabi Haidir itu.
Aku telah dapat menemui “NYA” penemuan padanya tidaklah saperti pertemuan Nabi Musa, iaitu di pertemuan permukaan dua laut. Melainkan kalau boleh ku katakan, aku telah dapat menemui “NYA”di pertemukan Kiri dan Kanan. Dan aku akan menurutkan jalannya sebagai mana yang dikehendakinya. Dan untuk badanku yang telah banyak melakukan perjalanan dan telah jauh berjalan telah banyak lurah yang dituruni. Telah banyak bukit yang didaki, maka aku mencari kedudukan untuknya. Kasihan aku kepada badanku yang kurus lagi lemah itu. Dan aku berjalan terus sebagai seorang “Pengembara”. Suatu perjalanan yang pulang dan pergi ke pusat.
Kandung Mengandung
Aku telah dapat menemui yang ku kandung selama ini, yang telah berada bersama ku semenjak ibu mengandung ku dan aku telah memancarkan kandungan ku tersebut, setelah aku dapat menemuinya menurutkan saluran tertentu, kerana pintu telah terbuka bagiku.
Aku yang dilahirkan oleh ibu yang mengandungku, telah melalhirkan kandungan ku pula. Aku yang semenjak sudah tahu berjalan telah melakukan perjalanan yang jauh dan selama dalam perjalanan banyaklah sudah yang aku temui halangan dan rintangan yang merupakan ujian atau cubaan bagiku dan tak kurang pula banyaknya pertolongan pertolongan dan bantuan yang ku perdapat baik berupa lahir mau pun berupa batin yang mendorong ku mencari jalan yang sebenarnya jalan.
Dan tak kurang pula aku terharu, aku tergoda, kerana maklumlah aku ini manusia biasa.
Dan begitulah telah dapat aku menemui jalan yang sebenarnya jalan iaitu jalan yang menjadi pegangan ku sekarang dan seterusnya.
97
Rupanya jalan itu telah sering ku jalani, telah acapkali aku tempu, pulang dan pergi, kebodohankulah yang menyebabkan aku sampai begitu lama dapat menemuinya. Kenyataannya dia tidak jauh dari aku, bahkan telah beserta aku, hanya aku yang tak mengerti.
Dengan berpegang kepada jalan yang telah ku temui itu, maka bertambah teranglah jalan yang ku tempuh dan perjalanan ku yang rasanya bertambah dekat menuju kepada kenyataan.
Dan dengan menurutkan jejak perjalanannya ke dalam aku temuilah “dia” dipertemuan kiri dan kanan. Aku jualah yang selama ini yang tidak mengerti.
Aku cukupkan yang belum cukup sampai mencukupi dengan apa yang ada padaku, iaitu dengan diriku sendiri. Aku mencukupkan orang lain dengan apa yang ada padaku dengan tidak merosak diriku sendiri, ini aku lakukan oleh kerana aku telah biasa melakukannya dan aku telah dapat mengetahui jalannya.
Lebih Melebihkan
Telah aku ketahui mana yang lebih dan mana yang kurang. Aku ambil yang lebih dan aku tambah yang kurang, sudah tentu dengan jalan nya dan pada jalannya.
Dan begitulah pula perjalanan ku dalam cukup mencukupi. Jalan untuk mencukupi yang di luar ialah dengan yang di dalam dan jalan untuk mencukupkan yang di dalam ialah dengan yang di dalam dan yang diluar benar, lebih dari mencukupi.
Kalau Diri merasa telah cukup keluarlah untuk mencari kelebihan, supaya mendapat lebih dari mencukupi. Kalau sudah banyak kita mempunyai kelebihan sudah tentu pandangan orang sudah lain pada kita. Orang akan tertarik kepada kelebihan kita itu