• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh persekitaran bermusuhan yang ditanggap terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

3.9 Pernyataan Hipotesis

3.9.4 Pengaruh persekitaran bermusuhan yang ditanggap terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

Persekitaran bermusuhan yang ditanggap adalah merupakan suatu keadaan apabila pesaing dan pihak berkuasa memberikan tekanan yang lebih terhadap firma lain (Khandwalla, 1977). Namun demikian, persekitaran ini sesuai untuk menyokong sikap autonomi, inovatif, proaktif, mengambil risiko dan daya saing agresif yang tinggi dalam hubungan dengan prestasi yang tinggi (Kreiser et al., 2002b; Lumpkin dan Dess, 2001; Shane, 1994; Zahra dan Bogner, 2000).

Persekitaran bermusuhan memerlukan firma supaya membuat keputusan dengan cepat dan tepat untuk mengatasi tindakan pesaingnya (Khandwalla, 1977). Oleh sebab itu, firma yang berautonomi lebih cenderung untuk membuat dan melaksanakan keputusan segera dengan mengubahsuai peraturan dan mengabaikan prosedur dan belanjawan (Shane, 1994).

Sikap berinovatif dalam persekitaran bermusuhan didapati positif dalam hubungannya dengan pulangan ekuiti firma di mana persekitaran ini menghasilkan hubungan yang positif dengan syer pasaran dan penyelidikan dan pembangunan (Zahra dan Bogner, 2000). Persekitaran bermusuhan menghindarkan firma daripada melibatkan inovasinya dalam suasana persaingan yang sengit kerana keadaan ini mungkin mengancam sumbernya yang terhad (Kreiser et al., 2002b). Walaupun begitu penemuan Zahra dan Bogner (2000) mendapati hubungan inovasi dengan prestasi adalah positif dalam persekitaran bermusuhan.

Persekitaran bermusuhan lebih cenderung untuk menghalang firma daripada menanggung risiko yang berlebihan memandangkan kecenderungan menanggung risiko oleh firma adalah di antara tahap rendah hingga sederhana (Begley dan Boyd, 1987). Namun demikian, memandangkan persekitaran bermusuhan menyebabkan sumber menjadi semakin berkurangan dan margin untung semakin rendah, maka mengambil risiko dalam persekitaran ini adalah lebih membantu untuk mendapatkan sumber dan meningkatkan prestasi (Miller dan Friesen, 1983). Mengambil risiko dengan melabur ke dalam projek penerokaan sumber baru merupakan salah satu usaha untuk mendapatkan sumber baru (Kreiser et al., 2002a).

Firma yang proaktif dalam persekitaran bermusuhan akan bertindak dengan lebih berhati-hati dalam membelanjakan sumber kewangannya (Chakravarthy, 1982). Persekitaran ini mewujudkan keadaan persaingan yang

intensif yang mengurangkan peluang untuk melakukan percubaan dan penemuan baru (Lumpkin dan Dess, 2001), namun demikian Zahra dan Bogner (2000) mendapati hubungan ini lebih positif apabila sikap proaktif yang tinggi mampu mengatasi persekitaran yang terhad dengan mendahului pesaing dalam mendapatkan sumber dan pasaran.

Sikap berdaya saing agresif menjadikan sesebuah firma mendahului firma lain dalam persekitaran yang bermusuhan (Lumpkin dan Dess, 1996). Daya saing agresif ialah tindakan firma menggunakan kaedah baru dalam menghadapi persaingan dengan menganalisis kelemahan pesaing (Lumpkin dan Dess, 1996). Tindakan mendahului pesaing samada dalam mendapatkan sumber atau pasaran sudah pasti membantu meningkatkan prestasi walaupun dalam persekitaran yang bermusuhan (Kreiser et al., 2002a). Oleh yang demikian, dianjurkan:

H10: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi. H10a: Sikap berautonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10b: Sikap berinovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi. H11a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi. H12a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

3.10 Rumusan

Dua bab sorotan karya memaparkan senario pembangunan keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera di Malaysia dan penemuan dalam kajian yang lepas dalam bidang keusahawanan, orientasi keusahawanan, persekitaran yang ditanggap dan prestasi. Beberapa model dijadikan rujukan untuk membantu membentuk model kajian ini. Di antara model tersebut adalah terdiri daripada model tahap pembangunan keusahawanan Hj. Din (2005), model keusahawanan tahap firma Covin dan Slevin (1991) dan model orientasi keusahawanan Lumpkin dan Dess (1996). Kajian mendalam mengenai strategi pembangunan keusahawanan mengikut tahap perkembangan PKS Bumiputera di Malaysia juga masih tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Sorotan karya mempamerkan jurang di dalam hubungan langsung di antara pemboleh ubah orientasi keusahawanan dengan prestasi di kalangan PKS Bumiputera. Jurang juga dikenal pasti wujud dalam persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Sehubungan dengan itu soalan dan objektif kajian dibentuk berdasarkan masalah yang dikenalpasti di Malaysia merujuk kepada laporan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) (Malaysia, 2001) yang menunjukkan perbezaan yang ketara

dalam prestasi pemilikan ekuiti kaum Bumiputera kurang daripada 19% sahaja berbanding dengan kaum bukan Bumiputera dan syarikat asing yang memiliki lebih daripada 80% ekuiti. Justeru itu, Hashim (2000a), Mohamad (2000), resolusi dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (1999) dan Abdullah (1997) menggariskan beberapa cadangan untuk mengimbangkan kedudukan ini di mana sebahagiannya termasuklah cadangan supaya strategi keusahawanan diperkemaskan untuk membangunkan PKS Bumiputera.

Sebanyak 60 hipotesis telah dibentuk berdasarkan pemboleh ubah yang dikenalpasti terdiri daripada lima pemboleh ubah tidak bersandar, tiga pemboleh ubah penyederhana dan tiga pemboleh ubah bersandar. Lima belas hipotesis dinyatakan sebagai hubungan secara langsung di antara setiap orientasi keusahawanan iaitu sikap berautonomi, berinovatif, proaktif, mengambil risiko, dan berdaya saing agresif dengan tiga prestasi PKS Bumiputera iaitu pulangan jualan, pulangan harta, dan pulangan modal. Manakala empat puluh lima hipotesis dinyatakan sebagai hubungan interaksi persekitaran yang ditanggap iaitu persekitaran membantu, dinamik, dan bermusuhan ke atas hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera.

Dokumen terkait