• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Tiga - Orientasi Keusahawanan, Persekitaran yang Ditanggap dan Prestasi (Tesis PhD 2006)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bab Tiga - Orientasi Keusahawanan, Persekitaran yang Ditanggap dan Prestasi (Tesis PhD 2006)"

Copied!
50
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 3

ORIENTASI KEUSAHAWANAN, PERSEKITARAN YANG DITANGGAP DAN PRESTASI

3.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang sorotan karya berkaitan konsep keusahawanan dan metodologi yang akan digunakan dalam kajian. Terdapat sepuluh bahagian utama dalam bab ini. Pertama, konsep keusahawanan secara umum dan konsep keusahawanan bertahap-firma dan kaitannya dengan orientasi keusahawanan. Kedua, persekitaran yang ditanggap. Ketiga, prestasi dan pertumbuhan firma. Keempat, orientasi keusahawanan dengan pandangan asas sumber (PAS). Kelima, hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Keenam, impak persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi. Ketujuh, jurang dalam sorotan karya. Kelapan, kerangka penyelidikan. Kesembilan, pernyataan hipotesis dan diakhiri dengan rumusan.

3.1 Konsep Keusahawanan

(2)

mencipta gabungan sumber yang unik dan baru yang mengakibatkan ketidakseimbangan apabila berlakunya pemusnahan kreatif dalam pasaran. Fenomena ini adalah hasil dari proses inovasi yang merupakan sebahagian daripada dimensi keusahawanan (Jenning, 1994).

Morris dan Kuratko (2002) mencadangkan bahawa pandangan terkini dalam mendefinisikan keusahawanan adalah berhubung dengan perkara yang dilakukan oleh usahawan, di mana kegiatan umum dalam keusahawanan ialah seperti memulakan perniagaan baru, menghasilkan inovasi atau mencipta gabungan menggunakan sumber baru, memburu peluang, meneroka sumber baru, mengambil risiko, mencari keuntungan, dan mencipta nilai. Stevenson, Grousbeck, Robert dan Bhide (1999) membahagikan keusahawanan kepada empat komponen. Pertama, keusahawanan merupakan suatu proses yang boleh digunakan untuk membangunkan organisasi. Kedua, keusahawanan merupakan penciptaan nilai di dalam organisasi dan juga di dalam pasaran. Ketiga, keusahawanan merupakan suatu gabungan sumber yang unik untuk mencipta nilai dan menghasilkan perbezaan. Keempat, keusahawanan juga adalah suatu proses memburu peluang tanpa terlalu bergantung kepada sumber yang sedia ada.

(3)

melalui sikap berinovatif, proaktif, cenderung untuk mengambil risiko, berautonomi dan berdaya saing yang agresif untuk mencapai pertumbuhan yang mapan dan prestasi yang tinggi (Covin dan Slevin, 1989, 1991; Dess et al., 2005; Hitt et al., 2003; Lumpkin dan Dess, 1996; Miller, 1983).

3.1.1 Orientasi keusahawanan dengan keusahawanan tahap firma

(4)

Orientasi keusahawanan adalah manifestasi daripada kajian awal yang teoritis dan empirikal dalam keusahawanan korporat seperti dalam kajian-kajian oleh Burgelman (1983; 1984a; 1984b) dan Miller (1983). Berbagai label telah digunakan untuk menerangkan keusahawanan tahap firma ini seperti istilah keusahawanan oleh Miller (1983); keusahawanan korporat (Zahra, 1991; 1993; 1995; Dess et al., 1999; Barringer dan Bluedorn, 1999); keusahawanan dalaman (Kuratko et al., 1990; Carrier, 1996); perawakan keusahawanan (Covin dan Slevin, 1990; 1991); perawakan strategik (Covin dan Slevin, 1988; 1989), merangka strategi keusahawanan (Dess et al., 1997); dan orientasi keusahawanan (Dess, Lumpkin dan Taylor, 2005; Lumpkin dan Dess, 1996; Knight, 1997; Wilklund, 1998a; 1998b; 1999).

Orientasi keusahawanan adalah merupakan sebahagian daripada strategi keusahawanan yang penting dalam merangka strategi untuk menentukan kejayaan organisasi (Dess et al., 1997). Justeru itu dengan melaksanakan orientasi keusahawanan, sesebuah organisasi memperolehi kelebihan saingan dengan menjana inovasi serta mengambil risiko yang mencabar (Miller dan Friesen, 1982). Untuk tujuan yang sama, Miller (1983) mengemukakan rangka kerja orientasi keusahawanan dengan menggabung tindakan sesebuah organisasi melalui inovasi, mengambil risiko dan bertindak dengan proaktif. Beliau merumuskan:

(5)

Dakwaan ini menunjukkan bahawa keusahawanan yang dimaksudkan oleh Miller (1983) adalah merupakan suatu proses melaksanakan unsur-unsur dalam keusahawanan oleh pemilik atau pengurus firma bersama-sama pekerjanya. Miller (1983) juga menakrifkan keusahawanan sebagai tindakan yang diambil oleh usahawan bersama-sama dengan pekerjanya untuk mengatasi pesaing. Ketiga-tiga dimensi iaitu inovasi, mengambil risiko dan proaktif adalah sebahagian daripada dimensi strategi keusahawanan yang terkandung di dalam sebelas dimensi proses merangka strategi oleh Miller dan Friesen (1978). Jelaslah bahawa Miller (1983) telah menggunakan pendekatan strategik dalam keusahawanan (Wilklund, 1998b). Sehubungan dengan itu, dimensi orientasi keusahawanan juga dilihat sebagai faktor dalaman yang menjadi kelebihan persaingan sesebuah organisasi (Dess et al., 2005; Hitt et al., 2003; Wheelen dan Hunger, 2002).

Kebanyakan kajian mencatatkan bahawa instrumen yang digunakan oleh Khandwalla (1977) dan Miller dan Friesen (1982) adalah pengukur yang sesuai untuk mengukur keusahawanan tahap firma. Instrumen ini telah dipetik dan diubahsuai oleh Covin dan Slevin (1989), Dean (1993), Merz, Weber dan Laetz, (1994), Brown (1996), Wilklund (1998b), Zahra, Jenning dan Kuratko (1999), Kreiser et al. (2002a, 2002b, 2002c), begitu juga Loos dan Coulthard (2005).

(6)

telah diuji ke atas dua sampel di Kanada, satu sampel untuk firma berbahasa Inggeris dan satu sampel lagi untuk firma berbahasa Perancis. Kajian ini mendapati hanya 8 item dapat diguna pakai, 3 item untuk sikap inovatif dan 5 item untuk sikap proaktif. Begitu juga dengan kajian oleh Kreiser et al. (2002c) yang telah dilakukan di enam buah negara iaitu Australia, Finland, Mexico, Netherlands, Norway dan Sweden membuktikan konstruk orientasi keusahawanan sesuai untuk tujuan kajian antara budaya. Manakala kajian Kreiser et al. (2002a, 2002b) juga menggunakan data dari sembilan buah negara seperti Australia, Costa Rica, Finland, Greece, Indonesia, Netherland, Norway dan Sweden membuktikan konstruk orientasi keusahawanan adalah sesuai untuk digunakan dalam beberapa budaya.

(7)

pengertian dan proses yang berbeza antara satu sama lain. Begitu juga tentang impaknya yang tidak seragam antara satu sama lain apabila dihubungkan dengan prestasi. Oleh itu, kelima-lima dimensi orientasi keusahawanan hendaklah dilaksanakan dalam bentuk berbagai dimensi. Perbincangan lanjut berhubung dengan lima dimensi orientasi keusahawanan tersebut adalah seperti berikut.

Pertama, inovasi merupakan tunjang dalam proses keusahawanan (Schumpeter, 1934; Drucker, 1985). Schumpeter (1934) merupakan seorang ahli ekonomi yang pertama meletakkan faktor inovasi dalam model pemusnahan kreatif apabila organisasi keusahawanan diperlukan untuk membangunkan produk baru, mencipta proses baru serta memperkenalkan kaedah baru dalam memberikan nilai tambah. Oleh itu, daya inovasi memerlukan firma yang sentiasa cenderung untuk menjana idea baru, melakukan aktiviti percubaan, penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Dengan ini produk dan proses baru dapat diwujudkan sebelum memasuki pasaran baru (Lumpkin dan Dess, 1996).

(8)

Ketiga, Lumpkin dan Dess (1996) mencatatkan bahawa firma yang proaktif adalah berkaitan dengan firma yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini selalunya menyebabkan firma yang berkeusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru (Lumpkin dan Dess, 1996; 1997). Kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001) mendapati pendekatan ini juga selaras dengan kajian oleh Miller dan Friesen (1978) yang melihat proaktif sebagai pengubah persekitaran apabila produk dan teknologi baru diperkenalkan dalam pasaran. Venkatraman (1989) pula melibatkan pencarian peluang baru yang diluar bidang operasi firma sekarang sebagai sikap proaktif.

(9)

Jadual 3.1

Ringkasan Kajian Yang Lepas Mengenai Dimensi Orientasi Keusahawanan

Pengarang Label Konstruk Dimensi

Khandwalla (1977) Miller dan Friesen (1982)

Miller (1983)

Covin dan Slevin (1986) Covin dan Slevin (1989) Miller (1989)

Covin dan Slevin (1990) Covin et al. (1990) Covin dan Slevin (1991) Miles et al. (1993) Mertz et al. (1994) Zahra dan Covin (1995) Brown (1996)

Lumpkin dan Dess (1996)

Brown dan Kirchoff (1997)

Lumpkin dan Dess (1997)

Knight (1997) Wilklund (1998) Sterz et al. (2000) Lumpkin dan Dess (2001)

Kreiser et al. (2002a,c) Loos dan Coulthard (2005) Faktor strategik Keusahawanan Keusahawanan Gelagat keusahawanan Postur strategik Rangka strategi Postur keusahawanan Postur strategik Postur keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi strategik Keusahawanan korporat Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Orientasi keusahawanan Mengambil risiko

Inovasi, proaktif dan ambil risiko

Inovasi, proaktif dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Inovasi, proaktif dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi, ambil risiko, autonomi dan daya saing agresif

Proaktif, inovasi dan ambil risiko

Proaktif, inovasi dan ambil risiko

Inovatif dan proaktif

Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif, inovasi dan ambil risiko Proaktif dan daya saing agresif

Proaktif, inovasi dan ambil risiko Inovasi, proaktif, daya saing agresif, ambil risiko dan autonomi

(10)

pemimpin yang tidak mengamalkan pemusatan kuasa, serta sentiasa menurunkan kuasa dan saling bergantungan dengan kepakaran teknikal.

Jadual 3.1 meringkaskan dimensi orientasi keusahawanan yang pernah digunakan oleh beberapa penyelidik, nama label dan dimensinya dalam penyelidikan yang lepas.

3.2 Persekitaran yang Ditanggap

Sebuah organisasi mempunyai hubungan yang simbiotik dengan persekitarannya. Menurut Khandwalla (1977) hubungan ini boleh diterangkan oleh beberapa kategori persekitaran seperti kekangan, kontingensi, peluang dan masalah (Khandwalla, 1977). Wheelen dan Hunger (2002) pula mengaitkan jenis persekitaran dengan merujuk kepada analisis SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman. Hakikat ini selaras dengan kajian awal dalam persekitaran seperti yang diutarakan oleh Emery dan Trist (1965) yang mengkategorikan persekitaran kepada empat jenis juga iaitu placid-randomized, placid-clustered, disturbed-reactive, dan turbulent. Berdasarkan pandangan ini, Pfeffer dan Salancik (1978) mengaitkan persekitaran organisasi dengan enam unsur iaitu konsentrasi, membantu atau munificent, saling berkaitan, konflik, saling bergantungan, dan ketidakpastian.

(11)

Pertama, persekitaran dinamik dilabelkan sebagai persekitaran yang bergolak oleh Khandwalla (1977) dan diperincikan sebagai suatu persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah dan sukar untuk dijangka (Dean, 1993; Miller dan Friesen, 1984; Sim dan Yap, 1997, 2000; Sulaiman, 1993). Persekitaran ini juga dilabelkan sebagai sebahagian daripada ketidakpastian persekitaran dalam kajian Sulaiman (1993). Persekitaran dinamik mempunyai hubungan yang kuat dengan daya terus hidup dan pertumbuhan perniagaan kecil kerana saiznya yang kecil lebih sensitif kepada perubahan dalam persekitarannya (Merz dan Sauber, 1995). Persekitaran dinamik yang tinggi juga didapati menyokong perawakan strategik keusahawanan seperti yang ditemui di dalam kajian oleh Miles, Covin dan Heeley (2000) di mana mereka mendakwa penemuan ini juga disokong oleh kajian-kajian Harvey (1968); Khandwalla (1977); Miller (1983); dan Dean (1993).

(12)

mengambil risiko adalah paling tinggi apabila persekitaran bermusuhan berada pada tahap sederhana.

Persekitaran membantu ialah suatu keadaan apabila sumber kritikal senang diperolehi (Pfeffer dan Salancik, 1978). Keadaan ini merujuk kepada wujudnya suatu tahap kesediaan sumber yang kritikal kepada firma. Jika tahap kesediaan sumber kritikal yang tinggi wujud di dalam sesebuah industri maka kesan terhadap orientasi keusahawanan dan pertumbuhan perniagaan di dalam industri tersebut adalah sangat besar (Brown dan Kirchoff, 1997; Castrogiovanni, 1991). Selanjutnya, keadaan ini juga akan berupaya membantu menyediakan peluang kepada usahawan (Romanelli, 1987), sekaligus usahawan dapat bertindak dengan lebih berinovatif (Kirchoff, 1994), lebih bersikap proaktif dan sanggup menanggung risiko (Romanelli, 1985). Justeru itu, semakin tinggi persekitaran membantu maka semakin tinggilah kemungkinan firma untuk terlibat dalam kegiatan keusahawanan (Brown dan Kirchoff, 1997).

3.3 Prestasi dan Pertumbuhan Firma

(13)

mencadangkan penggunaan pendekatan pelbagai konstituensi prestasi tetapi hendaklah disokong oleh teori (Hunt, 1983). Dimensi pengukur prestasi yang diutarakan oleh Murphy et al. (1996) ialah kecekapan kewangan, pertumbuhan, keuntungan, saiz, kecairan, kejayaan atau kegagalan, syer pasaran, dan leveraj.

Kajian ini menggunakan pengukur prestasi kewangan sebenar yang terdiri daripada prestasi pulangan jualan, pulangan harta dan pulangan modal firma yang dikaji. Pengukuran yang dilakukan adalah selaras dengan beberapa kajian lepas seperti yang digunakan di dalam kajian-kajian oleh Dean (1993), Lumpkin dan Dess (2001) dan Kreiser et al. (2002a).

(14)

dari semua PKS hanya menyumbangkan 19% di antara tahun 1985 hingga 1990 meningkat kepada 20.6% di antara tahun 1991 hingga 1995 dan kembali menurun kepada 19.1% di antara tahun 1995 hingga 2000 (Malaysia, 2001). Keadaan ini menunjukkan perbezaan prestasi yang amat ketara di antara PKS Bumiputera dengan bukan Bumiputera, justeru kajian yang mendalam terhadap strategi keusahawanan dalam PKS Bumiputera dan hubungannya dengan prestasi adalah penting untuk memastikan pembangunan ekonomi Malaysia menjadi lebih seimbang antara semua kaum. PKS di Malaysia didefinisikan sebagai perniagaan yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang yang diwakili oleh perniagaan jenis pengilangan, perdagangan dan perkhidmatan (SMIDEC, 2000). PKS juga merupakan perniagaan yang pulangan jualannya tidak melebihi RM25 juta (SMIDEC, 2003).

3.4 Orientasi Keusahawanan dan Pandangan Asas Sumber (PAS)

(15)

Jadual 3.2

Perbandingan PAS dengan Lima Teori Organisasi Perindustrian Terdahulu

Nama Teori Persamaan dengan PAS Perbezaan dengan PAS

Mikroekonomi Neoklasik Organisasi Industri Jenis-Bain Ekonomi inovasi Schumpeter

Firma selaku penggabung input: mementingkan pengeluaran

produk/perkhidmatan fizikal

Persekitaran firma (firma lain/dasar awam) meng-halang strategi

Memungkin pulangan Lebih normal

Pulangan melebihi paras normal boleh datang dari kaedah baru utk bersaing

Wawasan keusahawanan sentiasa dihati firma

Peniru berpotensi sentiasa wujud

Algoritma pengeluaran tidak diberi; masalah untuk kenalpasti sumber dan gabungan sumber

Sumber kritikal mungkin tidak bergerak (sudah tiada untuk dibeli, atau sukar dibuang walaupun sudah tidak produktif) mungkin sisa dari hasil kerja berpasukan

Saiz dan skop firma adalah isu penting

Kekangan pada hasil dari tindakan bermonopoli atau bersekongkol, atau melabur untuk menyekat kemasukan, bukan sumber utama untuk hasilkan pulangan lebih dari normal yang tegar

Firma (bukan industri) lebih

memahami punca kepada pulangan lebih dari normal

Organisasi dalaman firma adalah pemboleh ubah penting

Gelagat firma adalah hasil dari pilihan secara sedar memandangkan ia diabaikan dalam struktur industri

Kemudahan kaedah baru untuk bersaing tidak bergantung pada kaedah monopoli atau amalan mengekang output

Peniru dihalang oleh sumber mahal-utk-ditiru

Kejutan luaran boleh jadi penting kepada pemusnahan kreatif

Pendapatan yang tinggi adalah hasil dari inovasi secara revolusi

(16)

Nama Teori Persamaan dengan PAS Perbezaan dengan PAS Sekolah

Chicago

Coase dan Williamson Kos Transaksi

Firma adalah pencari

pengeluaran dan pengedaran yang cekap

Saiz dan skop firma mencerminkan tahap tercapainya kecekapan

Pengkhususan aset dan bil-angan yang kecil adalah konsep penting yang boleh menghalang opsyen ber-strategi sesebuah firma

Fokuskan pada kadar pulangan

intermediate. Kemasukan pesaing menggalakkan kecekapan semua firma

Kecekapan bukan sahaja untuk produk sedia ada malah produk baru juga

Tumpuan firma adalah pada mengguna dan menggabung input tertentu dan bukan untuk mengelak dari ditipu

Sumber: Conner (1991).

(17)

Orientasi keusahawanan ialah pemboleh ubah yang mengandungi lima dimensi iaitu autonomi, berinovatif, proaktif, mengambil risiko, dan berdaya saing agresif yang berhubung secara langsung dengan prestasi dan kelebihan persaingan (Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996). Barney (1991) merumuskan bahawa prestasi dan kelebihan persaingan adalah berpunca dari penggemblengan sumber yang memenuhi empat syarat iaitu bernilai atau valuable, nadir atau rare, sukar untuk ditiru, dan sukar untuk diganti. Maka kelebihan persaingan sebuah firma dapat dipertahankan apabila usahawan dan kakitangannya bersikap inovatif, proaktif, mengambil risiko, berdaya saing agresif dan berautonomi selaras dengan sumber lain yang terdapat dalam firma (Lumpkin dan Dess, 2001).

(18)

Keupayaan terbentuk dalam suatu tempoh masa dan dipengaruhi oleh ciri-ciri persekitaran perniagaan tertentu yang menghasilkan kelebihan daya saing untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi (Barney, 1991; Hitt et al., 2003; Miles dan Snow, 1978; Bettis dan Prahalad, 1995; Venkatraman dan Prescott, 1990; Wernerfelt, 1984).

3.5 Orientasi Keusahawanan dan Prestasi

(19)

Jadual 3.3

Ringkasan Sorotan Karya Hubungan Antara Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi

Penyelidik N PTB PB Penemuan

Miller (1983)

Begley dan Boyd (1987)

Covin dan Covin (1990) Brown dan Kirchoff (1997)

Lumpkin dan Dess (1997)

Wilklund (1998b) Wilklund (1999) Luo (1999)

Lumpkin dan Dess (2001)

Kreiser et al. (2002a)

(20)

Lindsay (2003) 79

Ambil risiko Proaktif Inovatif Ambil risiko

Prestasi objektif

Sig. (-) Sig. (+) Tidak sig. Tidak sig.

Jadual 3.3 ... sambungan

Penyelidik N PTB PB Penemuan

Loos dan Coulthard (2005)

200 Inovatif Proaktif Ambil risiko Daya saing Autonomi

Prestasi firma Sig. (+) Sig. (+) Tidak sig. Tidak sig. Tidak sig. Nota: N = Jumlah sampel, PTB = Pemboleh ubah tidak bersandar, PB = Pemboleh ubah bersandar, OK = Orientasi keusahawanan, Sig. (+) = Pekali beta positif, Sig. (-) = Pekali beta negatif, Tidak sig. = Tidak signifikan.

Sorotan karya menunjukkan penemuan yang bercampur-campur dalam menentukan pengaruh setiap dimensi orientasi keusahawanan terhadap prestasi firma. Setengah kajian mendapati hubungan yang kuat seperti dalam kajian Wilklund (1998a), tetapi kajian oleh Brown dan Kirchoff (1997) menemui hubungan yang lemah. Manakala kajian Begley dan Boyd (1991) mendapati hubungan yang negatif. Seterusnya, setiap dimensi orientasi keusahawanan secara berasingan juga berhubung dengan prestasi yang berbeza seperti yang ditemui oleh Kreiser et al. (2002a) dan Lindsay (2003).

(21)

3.6 Impak Persekitaran yang Ditanggap ke atas Hubungan Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi

Dua kajian oleh Miller (1982, 1983) menghasilkan penemuan bahawa impak persekitaran yang ditanggap dalam mempengaruhi hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi adalah sangat penting, di mana matlamat sesebuah firma akan lebih mudah untuk dicapai jika strategi dan persekitaran dapat disesuaikan. Konsep penyesuaian atau fit adalah tergolong dalam kaedah penyederhanaan atau moderation mengikut pandangan Lumpkin dan Dess (2001). Sehubungan dengan itu, Venkatraman (1989) menyarankan bahawa impak pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar adalah bergantung kepada tahap pemboleh ubah ketiga yang dipanggil penyederhana. Selaras dengan itu juga konsep elaborasi (Rosenberg, 1968) ataupun analisis elaborasi yang dicadangkan oleh Zikmund (2003) sesuai untuk menjelaskan hubungan langsung di antara dua pemboleh ubah melalui interaksi oleh pemboleh ubah penyederhana. Justeru itu, teori kontingensi yang diutarakan oleh Lawrence dan Lorsch (1967) juga berkaitan dengan kajian ini.

(22)

hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi (Lumpkin dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1983).

Persekitaran dinamik adalah merujuk kepada kadar kecepatan perubahan dalam inovasi serta kadar ketidakpastian yang tinggi. Kedinamikan di dalam persekitaran ini boleh mengganggu daya jangkaan usahawan tentang masa hadapan firmanya (Khandwalla, 1977; Miller dan Friesen, 1983). Persekitaran bermusuhan pula merujuk kepada suatu keadaan di mana terdapat persaingan yang sengit dan ganas menyebabkan peluang untuk menjayakan perniagaan menjadi semakin berkurangan (Covin dan Slevin, 1989). Manakala persekitaran membantu pula merujuk kepada persekitaran yang menyediakan lebihan bekalan sumber dan juga peluang (Kreiser et al., 2002a).

(23)

Menurut penenemuan kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001) pula mendapati persekitaran dinamik memberikan kesan yang positif ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan pertumbuhan jualan dan keuntungan sahaja. Sebaliknya kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan pulangan jualan terbukti tidak signifikan. Sehubungan dengan itu juga, Kreiser et al. (2002a) menemui kesan penyederhana persekitaran dinamik yang lemah ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan untung kasar. Manakala kesan penyederhana persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan tidak dapat dibuktikan.

Berhubung dengan dimensi sikap mengambil risiko dengan prestasi, sesebuah firma yang tidak mengambil risiko dalam persekitaran dinamik akan kehilangan pasaran dan daya tahannya kepada pesaing yang lebih agresif berdasarkan catatan oleh Covin dan Slevin (1991). Namun demikian, Kreiser et al. (2002a) mendapati kesan yang signifikan tetapi negatif apabila persekitaran dinamik mempengaruhi hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan pertumbuhan jualan. Tetapi kesan persekitaran dinamik selaku penyederhana dalam hubungan di antara mengambil risiko dengan tahap jualan dan untung kasar didapati tidak signifikan (Kreiser et al., 2002a).

(24)

kesan persekitaran dinamik dalam mempengaruhi hubungan sikap berdaya saing agresif dengan pertumbuhan jualan dan pulangan jualan adalah tidak siginifikan. Sehubungan dengan itu juga, kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001) mendapati wujudnya pengaruh persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara daya saing agresif dengan prestasi. Kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001) mendapati kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi adalah bercanggahan. Kesan persekitaran dinamik ke atas hubungan di antara daya saing agresif dengan pertumbuhan jualan adalah secara positif tetapi hubungan daya saing agresif dengan pulangan harta dan keuntungan adalah secara negatif (Lumpkin dan Dess, 2001).

3.6.2 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran bermusuhan

Persekitaran bermusuhan menjejaskan tahap pulangan keuntungan serta mengurangkan sumber yang boleh digunakan untuk inovasi apabila firma melabur dengan jumlah yang banyak untuk teknologi baru (Zahra, 1996). Keadaan ini berlaku apabila beberapa kajian oleh Kresier et al. (2002b) dan Zahra dan Bogner (2000) mendapati hubungan di antara sikap berinovatif dengan pulangan ekuiti dan saham pasaran adalah secara negatif di dalam persekitaran bermusuhan. Oleh itu persekitaran bermusuhan menyederhanakan hubungan di antara sikap inovatif dengan prestasi secara negatif selaras dengan kenyataan berikut:

(25)

Catatan dalam kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001) membahaskan bahawa sikap proaktif adalah kurang sesuai digunakan dalam persekitaran bermusuhan. Di dalam persekitaran bermusuhan sumber adalah terhad menyebabkan firma terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaannya (Chakravarthy, 1982), tetapi sikap proaktif berfungsi melalui percubaan-percubaan untuk menghasilkan penemuan baru yang memerlukan sumber yang banyak (Lumpkin dan Dess, 2001). Justeru itu, Lumpkin dan Dess (2001) menjangka bahawa dalam persekitaran bermusuhan hubungan di antara sikap proaktif dengan prestasi adalah negatif. Tetapi, sebaliknya penemuan di dalam kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001) telah membuktikan sikap proaktif berhubung secara positif dengan prestasi dalam persekitaran bermusuhan.

Penemuan dalam kajian oleh Covin dan Slevin (1989) dan Smart dan Vertinsky (1984) mendapati bahawa di dalam persekitaran bermusuhan, hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan prestasi adalah secara positif. Manakala Zahra dan Garvis (2000) pula menemui hubungan di antara mengambil risiko dengan prestasi adalah secara lengkung linear dalam persekitaran bermusuhan.

(26)

semakin berkurangan di dalam persekitaran bermusuhan yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, persekitaran bermusuhan memberikan kesan secara lengkung linear ke atas hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan prestasi. Ini bermakna tahap sikap mengambil risiko berkaitan dengan prestasi yang semakin tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang sederhana, manakala pada tahap sikap mengambil risiko berkaitan dengan prestasi yang semakin rendah di dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi (Kreiser et al., 2002b).

(27)

3.6.3 Orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran membantu

Persekitaran membantu dijangka menggalakkan lagi orientasi keusahawanan dalam firma dalam hubungannya dengan prestasi (Kreiser et al., 2002a). Kajian oleh Zahra (1996) mendapati persekitaran membantu mendorong orientasi keusahawanan firma untuk meningkatkan prestasi mereka. Tetapi penemuan oleh Kreiser et al. (2002a) mendapati sikap inovatif hanya berhubung secara positif dengan pertumbuhan jualan dalam persekitaran membantu. Manakala hubungan sikap inovatif dengan tahap jualan didapati tidak dapat dibuktikan. Sebaliknya, persekitaran membantu mempengaruhi hubungan yang negatif di antara sikap inovatif dengan keuntungan (Kreiser et al., 2002a).

Di dalam kajian oleh Kreiser et al. (2002a) juga mendapati sikap proaktif berhubung secara positif dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan tetapi hubungannya dengan untung kasar dalam persekitaran membantu tidak dapat dibuktikan. Begitu juga di dalam kajian oleh de Koning dan Brown (2001) yang tidak dapat membuktikan pengaruh persekitaran membantu ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi.

(28)

permintaan yang tidak dapat disediakan oleh pesaing. Sehubungan dengan itu juga, Smart dan Vertinsky (1984) mengesyorkan firma yang beroperasi dalam persekitaran membantu supaya lebih cenderung untuk mengambil risiko kerana persekitaran tersebut menyediakan sumber yang mencukupi. Selaras dengan itu, kajian oleh Kreiser et al. (2002a) telah membuktikan dalam penemuannya yang bertepatan dengan pandangan-pandangan tersebut. Kreiser et al. (2002a) mendapati bahawa persekitaran membantu mempengaruhi hubungan yang positif di antara sikap mengambil risiko dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan. Namun demikian, kajian Kreiser et al. (2002a) mendapati pengaruh persekitaran membantu terhadap hubungan mengambil risiko dengan untung kasar adalah masih tidak dapat dibuktikan.

(29)

secerhana di mana firma akan terus bersaing walaupun dalam keadaan sumber organisasi yang terhad.

Jadual 3.4

Ringkasan Sorotan Karya (Impak penyederhana persekitaran yang ditanggap terhadap hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi)

Penyelidik N PTB PP PB Penemuan

Covin dan Slevin (1989)

Dess, Lumpkin dan Covin (1997)

Becherer dan Maurer (1997) Brown dan Kirchoff (1997) Wilklund (1998) Lou (1999)

Miles, Covin dan Heeley (2000)

Lumpkin dan Dess (2001)

De Koning dan Brown (2001)

Kreiser et al. (2002) 161 32 147 273 413 63 344 321 2455 1671 Postur strategik ESM OK OK OK Inovatif Proaktif Ambil risiko Postur strategik Proaktif Daya saing OK Inovatif Proaktif Ambil risiko Persekitaran bermusuhan Persekitaran Ketidakpastian Bergolak Bermusuhan Bergolak Dinamik Kompleksiti Dinamik Bermusuhan Munifisen Dinamik Dinamik Bermusuhan Munifisen Dinamik Munifisen Objektif Subjektif Pertumbuhan ROI Keuntungan Pertumbuhan Pertumbuhan Kewangan Pasaran Kewangan Pertumbuhan ROS Keuntungan Ambil peluang Tahap Jualan Pertumbuhan Untung kasar Sig. Sig. Sig. Sig. TS TS Sig. Sig. Sig. Sig. Sig.

Nota: N = Jumlah sampel, PTB = Pemboleh ubah tidak bersandar, PP = Pemboleh ubah penyederhana, PB = Pemboleh ubah bersandar, ESM = Entreprenurial strategy making, OK = Orientasi keusahawanan, Sig. = Signifikan, TS = Tidak signifikan

(30)

Namun begitu, dalam kajian berhubung dengan proses merangka strategi, Dess et al. (1997) telah mengambilkira dimensi sikap autonomi sebagai salah satu dimensi proses merangka strategi keusahawanan atau entrepreneurial strategy making (ESM). Kajian ini mengesyorkan bahawa dalam persekitaran membantu hubungan di antara sikap autonomi dengan prestasi adalah secara positif memandangkan keadaan ini akan memudahkan lagi proses membuat keputusan dengan lebih cepat (Shane et al., 1995). Tambahan lagi, sikap autonomi juga menyemarakkan lagi proses kreativiti dan inovasi dalam firma (Shane dan Venkataraman, 2000).

Impak persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi menunjukkan penemuan yang bercampur-campur. Setengah kajian seperti kajian oleh Miller (1988) dan Zahra (1996) mendapati pengaruh persekitaran membantu hubungan yang positif di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Tetapi beberapa kajian oleh Kreiser et al. (2002a), Lumpkin dan Dess (2001) dan Dess et al. (1997) mendapati hubungan yang lemah di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dalam persekitaran yang ditanggap yang dikaji (rujuk Jadual 3.4).

3.7 Jurang Dalam Sorotan Karya

(31)

penyederhana persekitaran yang ditanggap iaitu dinamik, bermusuhan dan membantu dalam menerangkan hubungan dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi. Sehubungan dengan itu juga, sorotan karya banyak merujuk kepada kajian di barat sedangkan kajian di Malaysia masih berkurangan, keadaan ini menunjukkan terdapat jurang berhubung kajian yang sama perlu dilakukan terhadap PKS Bumiputera di Malaysia. Jurang juga dikenalpasti di dalam bab 2 berhubung dengan kajian strategi mengikut tahap pembangunan PKS Bumiputera di Malaysia yang belum mendapat perhatian sewajarnya berbanding dengan PKS di negara maju.

3.8 Kerangka Penyelidikan

(32)

Samar bersebab

Permintaan tidak diketahui Pandangan Asas Sumber Pulangan heterogen

Teknologi tidak stabil

Kelebihan keusahawanan

Rajah 3.1 Kelebihan keusahawanan. Sumber: Alvarez dan Barney (2000).

Teori PAS adalah diasaskan kepada empat andaian, pertamanya, setiap firma dan pulangannya adalah tidak seragam atau heterogeneous, keduanya, pulangan yang melebihi pendapatan normal akan terhasil apabila kaedah baru digunakan dalam persaingan, ketiganya, wawasan keusahawanan sentiasa menjadi pegangan firma, dan keempatnya, peniru berpotensi sentiasa wujud (Conner, 1991; Schumpeter, 1934).

(33)

Ekonomi Perindustrian

Mason (1939) Bain (1959) Scherer (1970)

Struktur Organisasi sebagai Kontingensi

Chandler (1962) Hofer (1975)

Serba sama/

Kedudukan Kompetensi Persekitaran

sebagai Kontingensi sebagai Kontingensi sebagai Kontingensi

Porter (1980) Selznick (1952) Lawrence dan Lorsch

Lenz (1981) Snow dan Hrebiniak (1980) (1967)

Miller (1986) Hitt dan Ireland (1985) Hambrick (1983)

Donaldson (1987)

Pandangan Asas Sumber Firma

Wernerfelt (1984) Barney (1986, 1991)

Rajah 3.2 Perkembangan teori kontingensi dan PAS. Sumber: Wilson (1999).

(34)

struktur organisasi adalah sebagai pemboleh ubah kontingensi yang dapat menerangkan perbezaan terhadap prestasi firma. Kajian ini telah mencetuskan beberapa penemuan berhubung dengan pemboleh ubah kontingensi lain seperti konsep serba sama atau congruency seperti dalam kajian oleh Porter (1980), kompetensi dalam kajian Hitt dan Ireland (1985) dan persekitaran dalam kajian oleh Lawrence dan Lorsch (1967) yang menerangkan perbezaan terhadap prestasi perniagaan.

Kerangka penyelidikan kajian ini seperti yang dilakarkan dalam Rajah 3.3 dibangunkan atas dua aliran, aliran pertama ialah konsep kompetensi (Hitt dan Ireland, 1985) dan model keusahawanan tahap-firma (Covin dan Slevin, 1991; Lumpkin dan Dess, 1996) yang menyamai konsep keupayaan mengikut pandangan asas sumber (PAS) seperti yang diterangkan oleh Wernerfelt (1984), Barney (1986), Peteraf (1993), Conner (1991) dan Mathews (2001). Manakala aliran kedua ialah teori kontingensi persekitaran (Khandwalla, 1987; Lawrence dan Lorsch, 1967; Miller, Droge dan Toulouse, 1988) yang merupakan pemboleh ubah penyederhana yang mampu meningkatkan keupayaan keusahawanan untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi.

(35)

dan kompetensi yang seharusnya dimiliki oleh PKS Bumiputera. Kelima-lima dimensi tersebut adalah sikap keusahawanan firma yang samar bersebab dan sukar ditiru (Alvarez dan Barney, 2000; Hitt et al., 2003). Keupayaan ini juga merupakan gagasan sumber yang membentuk kompetensi yang perlu sepadan dengan kehendak persekitaran untuk memandu firma ke arah kelebihan persaingan yang lestari (Andrew, 1980; Grant, 1996; Hitt dan Ireland, 1985; Wernerfelt, 1984). Model kajian ini juga tertakluk kepada andaian dalam teori PAS berhubung dengan firma keusahawanan selaras dengan pandangan Conner (1991) dan Schumpeter (1934).

Persekitaran yang ditanggap Membantu

Dinamik Bermusuhan

Orientasi

Keusahawanan Autonomi

Inovatif Prestasi Ambil risiko Pulangan Jualan Pulangan Harta

Proaktif Pulangan Modal Daya saing agresif

Rajah 3.3 Kerangka penyelidikan.

(36)

prestasi firma yang lebih tinggi (Covin dan Slevin, 1991; Miller et al., 1988; Khandwalla, 1987).

3.9 Pernyataan Hipotesis

Pernyataan hipotesis dibentuk berdasarkan andaian yang dikemukakan oleh teori PAS dan teori kontingensi. Pertamanya, hubungan langsung antara orientasi keusahawanan dengan prestasi adalah secara positif kerana orientasi keusahawanan adalah tergolong sebagai keupayaan keusahawanan yang menyumbang kepada peningkatan prestasi (Alvarez dan Barney, 2000). Keduanya, pengaruh persekitaran membantu terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi juga secara positif mengikut pandangan Brown dan Kirchoff (1997). Ketiganya, pengaruh persekitaran dinamik terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi juga secara positif mengikut cadangan Lumpkin dan Dess (2001). Keempatnya, pengaruh persekitaran bermusuhan terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi juga adalah secara positif mengikut pandangan Kreiser et al. (2002b).

3.9.1 Hubungan langsung orientasi keusahawanan dengan prestasi

(37)

mengambil risiko yang tinggi adalah merupakan firma yang mempunyai orientasi keusahawanan yang tinggi. Firma yang mempamerkan orientasi keusahawanan yang tinggi berupaya menghasilkan prestasi yang tinggi (Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 2001; Miller, 1983). Oleh yang demikian, dianjurkan:

H1: Setiap dimensi orientasi keusahawanan berhubung dengan pulangan jualan secara positif

H1a: Berautonomi berhubung dengan pulangan jualan secara positif

H1b: Berinovatif berhubung dengan pulangan jualan secara positif

H1c: Proaktif berhubung dengan pulangan jualan secara positif

H1d: Berdaya saing agresif berhubung dengan pulangan jualan secara positif

H1e: Menanggung risiko berhubung dengan pulangan jualan secara positif

H2: Setiap dimensi orientasi keusahawanan berhubungan dengan pulangan harta secara positif

H2a: Berautonomi berhubung dengan pulangan harta secara positif

H2b: Berinovatif berhubung dengan pulangan harta secara positif

H2c: Proaktif berhubung dengan pulangan harta secara positif

H2d: Berdaya saing agresif berhubung dengan pulangan harta secara positif

H2e: Menanggung risiko berhubung dengan pulangan harta secara positif

H3: Setiap dimensi orientasi keusahawanan berhubung dengan pulangan modal secara positif

(38)

H3b: Berinovatif berhubung dengan pulangan modal secara positif

H3c: Proaktif berhubung dengan pulangan modal secara positif

H3d: Berdaya saing agresif berhubung dengan pulangan modal secara positif

H3d: Menanggung risiko berhubung dengan pulangan modal secara positif

3.9.2 Pengaruh persekitaran membantu yang ditanggap terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

Persekitaran membantu yang ditanggap didapati cenderung untuk menyokong hubungan di antara sikap autonomi, inovasi, proaktif, mengambil risiko dan daya saing agresif dengan prestasi yang tinggi di kalangan PKS Bumiputera (Kreiser et al., 2002a, Lumpkin dan Dess, 1996).

Lumpkin (1996) mendakwa bahawa kesediaan sumber yang banyak memberikan peruntukan yang mencukupi untuk sesebuah firma menyediakan perbelanjaan dan kepakaran yang mencukupi bagi memajukan perniagaannya. Kepakaran yang dimaksudkan ialah seperti kemudahan mendapatkan latihan dan perbelanjaan untuk membangunkan teknologi, mengeluar dan memasarkan produk baru atau membaharui produk lama dengan lebih berkesan (Lumpkin, 1996; Lumpkin dan Dess, 1996).

(39)

persekitaran membantu menyediakan kemudahan yang banyak kepada PKS Bumiputera sepatutnya menyemarakkan lagi sikap autonomi mereka ke arah pencapaian prestasi yang lebih tinggi.

Firma yang mengambil risiko dalam persekitaran membantu memungkinkan pulangan yang tinggi (Lumpkin, 1996), kerana persekitaran yang membantu menyediakan sumber yang mencukupi untuk menampung kos akibat daripada kegagalan atau kerugian (Lumpkin dan Dess, 2001). Dalam konteks Malaysia, bantuan kerajaan untuk membantu PKS yang menghadapi masalah membayar hutang yang tertunggak dan penyediaan infrastruktur yang murah untuk disewa seperti dalam Laporan Rancangan Malaysia Kelapan (2001) dalam tempoh antara 2000-2005 menyumbang kepada peningkatan dalam prestasi apabila firma mengambil risiko.

Peluang yang strategik sentiasa tersedia dalam persekitaran membantu di mana firma yang proaktif dapat mengambil peluang tersebut untuk mencipta kelebihan saingan dalam pasaran (Lieberman dan Montgomery, 1988). Persekitaran membantu menyediakan kemudahan yang banyak untuk memenuhi keperluan sikap proaktif sesebuah firma dalam menghadapi dan mengatasi persaingan (Kreiser et al., 2002a).

(40)

demikian, kesediaan sumber yang banyak dalam persekitaran akan menambahkan lagi kekuatan daya saing firma dalam pasaran untuk mengatasi penurunan harga atau strategi lain yang digunakan oleh pesaing (Kreiser et al., 2002a). Oleh yang demikian, dianjurkan:

H4: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4a: Sikap berautonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4b: Sikap berinovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H4e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan

yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

(41)

H5c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang

tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H5e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang

tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang

tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

H6e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal

yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

3.9.3 Pengaruh persekitaran dinamik yang ditanggap terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

(42)

saing agresif sesebuah firma yang berkait dengan prestasi yang tinggi (Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 2001; Sim dan Yap, 1997). Begitu juga Covin dan Slevin (1991), Khandwalla (1987) dan Milller dan Friesen (1982) yang mendapati semakin tingginya persekitaran dinamik, maka setiap dimensi orientasi keusahawanan yang tinggi akan menyumbang kepada prestasi firma yang semakin tinggi.

Persekitaran dinamik menyokong sikap berautonomi adalah berasaskan kepada keperluan firma untuk bertindak dengan cepat untuk mendapatkan sumber, walaupun memastikan cetusan idea baru dan kemajuan besar atau breakthrough (Kanter, 1983; Peters dan Waterman, 1982).

Persekitaran dinamik juga meningkatkan sikap inovatif apabila berlaku pembangunan yang pesat dalam produk, pasaran dan firma baru yang terhasil akibat daripada wujudnya gabungan baru dan pemusnahan kreatif yang mempercepatkan evolusi dinamik dalam ekonomi (Schumpeter, 1934). Zahra dan Bogner (2000) mendapati bahawa persekitaran dinamik telah menggalakkan prestasi firma ke tahap yang paling tinggi dengan memajukan dan meningkatkan penciptaan produk baru yang menepati citarasa dan kehendak pelanggan menggunakan strategi pembangunan dan penyelidikan.

(43)

meningkatkan syer pasaran serta mengekalkan kedudukan dalam industri setanding dengan pesaing yang lebih agresif (Covin dan Slevin, 1991; Miller, 1983; Kreiser et al., 2002a).

Sikap proaktif berkait rapat dengan penerokaan dan penciptaan sumber dalam niche baru (March, 1991; Lumpkin dan Dess, 2001). Penerokaan dan penciptaan ini lebih mudah untuk berjaya dalam persekitaran dinamik apabila kos dan risiko yang berkaitan akan diganti dengan pemantapan produk baru atau niche baru dalam pasaran dalam bentuk pulangan yang meningkat (Lumpkin dan Dess, 2001).

Sikap berdaya saing agresif ialah suatu reaksi terhadap corak persaingan dan permintaan semasa dalam persekitaran (Lumpkin dan Dess, 2001) di mana sikap ini sepatutnya bersifat adaptif dan reaktif. Bentuk persekitaran yang dinamik dan stabil adalah paling sesuai untuk menyokong sikap daya saing agresif di mana firma hanya perlu memastikan supaya sumber yang sedia ada digembleng ke tahap optima dan diperkuatkan (Helfat, 1997). Oleh yang demikian, dianjurkan:

H7: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H7a: Sikap berautonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H7b: Sikap berinovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi

(44)

H7c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi

dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H7d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H7e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan

yang tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H8: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H8a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H8b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H8c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H8d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang

tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H8e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang

tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H9: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H9a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

(45)

H9b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H9c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H9d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang

tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

H9e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal

yang tinggi dalam persekitaran dinamik yang tinggi.

3.9.4 Pengaruh persekitaran bermusuhan yang ditanggap terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

Persekitaran bermusuhan yang ditanggap adalah merupakan suatu keadaan apabila pesaing dan pihak berkuasa memberikan tekanan yang lebih terhadap firma lain (Khandwalla, 1977). Namun demikian, persekitaran ini sesuai untuk menyokong sikap autonomi, inovatif, proaktif, mengambil risiko dan daya saing agresif yang tinggi dalam hubungan dengan prestasi yang tinggi (Kreiser et al., 2002b; Lumpkin dan Dess, 2001; Shane, 1994; Zahra dan Bogner, 2000).

(46)

Sikap berinovatif dalam persekitaran bermusuhan didapati positif dalam hubungannya dengan pulangan ekuiti firma di mana persekitaran ini menghasilkan hubungan yang positif dengan syer pasaran dan penyelidikan dan pembangunan (Zahra dan Bogner, 2000). Persekitaran bermusuhan menghindarkan firma daripada melibatkan inovasinya dalam suasana persaingan yang sengit kerana keadaan ini mungkin mengancam sumbernya yang terhad (Kreiser et al., 2002b). Walaupun begitu penemuan Zahra dan Bogner (2000) mendapati hubungan inovasi dengan prestasi adalah positif dalam persekitaran bermusuhan.

Persekitaran bermusuhan lebih cenderung untuk menghalang firma daripada menanggung risiko yang berlebihan memandangkan kecenderungan menanggung risiko oleh firma adalah di antara tahap rendah hingga sederhana (Begley dan Boyd, 1987). Namun demikian, memandangkan persekitaran bermusuhan menyebabkan sumber menjadi semakin berkurangan dan margin untung semakin rendah, maka mengambil risiko dalam persekitaran ini adalah lebih membantu untuk mendapatkan sumber dan meningkatkan prestasi (Miller dan Friesen, 1983). Mengambil risiko dengan melabur ke dalam projek penerokaan sumber baru merupakan salah satu usaha untuk mendapatkan sumber baru (Kreiser et al., 2002a).

(47)

intensif yang mengurangkan peluang untuk melakukan percubaan dan penemuan baru (Lumpkin dan Dess, 2001), namun demikian Zahra dan Bogner (2000) mendapati hubungan ini lebih positif apabila sikap proaktif yang tinggi mampu mengatasi persekitaran yang terhad dengan mendahului pesaing dalam mendapatkan sumber dan pasaran.

Sikap berdaya saing agresif menjadikan sesebuah firma mendahului firma lain dalam persekitaran yang bermusuhan (Lumpkin dan Dess, 1996). Daya saing agresif ialah tindakan firma menggunakan kaedah baru dalam menghadapi persaingan dengan menganalisis kelemahan pesaing (Lumpkin dan Dess, 1996). Tindakan mendahului pesaing samada dalam mendapatkan sumber atau pasaran sudah pasti membantu meningkatkan prestasi walaupun dalam persekitaran yang bermusuhan (Kreiser et al., 2002a). Oleh yang demikian, dianjurkan:

H10: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi. H10a: Sikap berautonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10b: Sikap berinovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H10d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

(48)

H10e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan

yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi. H11a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang

tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H11e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta

yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12: Setiap orientasi keusahawanan yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi. H12a: Sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12b: Sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12c: Sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi

(49)

H12d: Sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang

tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

H12e: Sikap daya saing agresif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal

yang tinggi dalam persekitaran bermusuhan yang tinggi.

3.10 Rumusan

Dua bab sorotan karya memaparkan senario pembangunan keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera di Malaysia dan penemuan dalam kajian yang lepas dalam bidang keusahawanan, orientasi keusahawanan, persekitaran yang ditanggap dan prestasi. Beberapa model dijadikan rujukan untuk membantu membentuk model kajian ini. Di antara model tersebut adalah terdiri daripada model tahap pembangunan keusahawanan Hj. Din (2005), model keusahawanan tahap firma Covin dan Slevin (1991) dan model orientasi keusahawanan Lumpkin dan Dess (1996). Kajian mendalam mengenai strategi pembangunan keusahawanan mengikut tahap perkembangan PKS Bumiputera di Malaysia juga masih tidak mendapat perhatian sewajarnya.

(50)

dalam prestasi pemilikan ekuiti kaum Bumiputera kurang daripada 19% sahaja berbanding dengan kaum bukan Bumiputera dan syarikat asing yang memiliki lebih daripada 80% ekuiti. Justeru itu, Hashim (2000a), Mohamad (2000), resolusi dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (1999) dan Abdullah (1997) menggariskan beberapa cadangan untuk mengimbangkan kedudukan ini di mana sebahagiannya termasuklah cadangan supaya strategi keusahawanan diperkemaskan untuk membangunkan PKS Bumiputera.

Referensi

Dokumen terkait

Total hasil tangkapan nimfa capung yang diperoleh dari empat lokasi penelitian adalah 585 individu yang terdiri dari 2 famili (Libellulidae dan Aeshnidae), yang terdiri

Dengan mengangkat penelitian ini, maka diharapkan kontribusi CCTV dapat membentuk perilaku sosial berlalu lintas di lampu merah Pasir Koja Jalan Soekarno-Hatta Kota

1. Pembuatan bak/kolam penampungan limbah yang memadai sehingga limbah tidak di buang ke sungai secara terus menerus atau meresap ke tanah. Memberikan penyuluhan tata

Kegiatan ini merupakan akhir dari proses pembelajaran tematik subtema tugasku sehari-hari di Rumah dengan menggunakanmodel pemelajaran kooperatif tipe Make a Match.

Therefore Williamson chooses to use the term "obtaining information accidentally" in Model of Information Seeking and Use (Fisher, et. This is what the

Dalam penciptaan karya ini mahasiswa diharapkan untuk mampu menerapkan konsep-konsep register, counter, dan penggunaan gerbang logika serta pemrograman dalam

Peran KIMBis Kota Tegal dalam pengembangan ekonomi masyarakat tersebut, yaitu (1) Sebagai sarana untuk menumbuhkan iklim usaha yang kondusif, (2) Sebagai sarana

Berdasarkan hasil penelitian pengaruh ekstrak labu siam (Sechium edule (Jacq.) Swartz) terhadap waktu koagulasi pada mencit (Mus musculus) yang telah dilakukan dapat