KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG INI :
AUDIT:
13. (1) JAD hendaklah memeriksa akaun Kumpulan Wang ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu (1) tahun.
(2) JAD berhak memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubung secara langsung dengan Kumpulan Wang ini dan mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana individu yang dikehendakinya supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan dengan Kumpulan Wang ini.
(3) Jika JAD berpuas hati, mereka hendaklah menandatangani satu kenyataan pengesahan akaun yang disediakan oleh Jawatankuasa menurut UUK 53.
(4) Jika JAD tidak berpuas hati maka hendaklah mereka mengemukakan laporan mengenai perkara-perkara tersebut kepada Pengerusi dan dibentangkan kepada pengetahuan Lembaga.
PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG INI :
14. (1) Jika kedudukan Kumpulan Wang ini berkurangan disebabkan berlakunya peperangan, kekacauan, rusuhan, taun atau kejadian yang tidak dijangkakan, atau kekurangan wang kerana terlalu banyak derma yang dikeluarkan dalam satu (1) tahun, atau kerana difikirkan berfaedah kepada Koperasi, maka bolehlah Lembaga dengan memaklumkan kepada Suruhanjaya, menggantungkan perjalanan Kumpulan Wang ini sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang, bagi mendapat apa-apa keputusan, Lembaga tidak akan membuat sebarang pembayaran dalam
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
masa penggantungan ini dan Koperasi ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan dalam tempoh penggantungan ini.
(2) Anggota-anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling mengenai penggantungan ini atau pemulihan semula kepada Kumpulan Wang ini.
AM :
15. (1) Mana-mana anggota, pertubuhan, kumpulan atau individu tidak berhak membuat sebarang tuntutan atas Kumpulan Wang ini.
(a) Tidak akan menjalankan Kumpulan Wang ini, dalam tempoh yang telah ditetapkan.
atau ;
(b) Memberhentikan perjalanan Kumpulan Wang ini.
(2) Koperasi ini tidak akan meminta sebarang pembayaran wang daripada anggota-anggota dalam tempoh yang ditentukan, sebaliknya mengusahakan sesuatu cara yang sesuai bagi menambahkan wang Kumpulan Wang ini untuk menjalankan aktivitinya.
(3) Anggota / mana-mana pertubuhan, kumpulan atau individu tidak boleh menuntut derma ini sebagai haknya.
(4) Wang yang terkumpul dalam Kumpulan Wang ini bolehlah dengan kelulusan Lembaga dipindahkan ke Tabung/Kumpulan Wang lain jika difikirkan perlu.
(5) Aturan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta Koperasi 1993, Peraturan – peraturan Koperasi 2010 dan UUK Koperasi.
(6) Lembaga dengan persetujuan Suruhanjaya bolehlah meminda sebarang peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan perlu dan mustahak. Pindaan ini adalah bagi memudahkan perjalanan serta pengurusan Kumpulan Wang ini mengikut keadaan semasa. Tarikh berkuatkuasa pindaan tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan setelah dimaklumkan kepada Suruhanjaya.
PERTIKAIAN :
16. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut UUK 80(1)(2)(3) Koperasi ini.
Mra/na
TERMA RUJUKAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA KECIL KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
1. PENDAHULUAN
Pada dasarnya Anggota Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama adalah dilantik dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi yang terdekat selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan dan mereka akan berkhidmat sehingga ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang, melainkan pelantikan mereka ditamatkan oleh Lembaga Koperasi sebelum tempoh berkenaan tamat. Adalah menjadi bidang kuasa Lembaga untuk menamatkan pelantikan tersebut.
2. TERMA RUJUKAN DAN TUGAS-TUGAS 3.1. Tugas
3.1.1. Jawatankuasa bertanggungjawab untuk meneliti secara mendalam apa-apa cadangan atau kertas kerja untuk disyorkan kepada Lembaga Koperasi. Ini adalah kerana Lembaga mungkin tidak dapat meneliti secara mendalam atas faktor faktor yang diberi. Oleh yang demikian penelitian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama akan memudahkan Lembaga Koperasi membuat keputusan.
3.1.2. Jawatankuasa akan berbincang berkenaan bantuan-bantuan kebajikan baru dan mengkaji dari segi bayaran-bayaran, sumbangan-sumbangan dan bantuan-bantuan yang sedia ada untuk disyorkan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.
3.1.3. Jawatankuasa mempunyai kuasa memutuskan , meluluskan atau mengesahkan bayaran yang telah dibuat ke atas apa-apa bantuan kebajikan yang dilaksanakan mengikut aturan-aturan Kumpulan wang ini.
4. MESYUARAT
3.1 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang kurangnya dua (2) kali setahun.
3.2 Komposisi Jawatankuasa terdiri seperti berikut : i. Seorang (1) Pengurus
ii. Seorang (1) Penolong Pengurus
iii. Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi iv. Seorang (1) dikalangan Anggota
3.3 Kuorum bagi mengadakan mesyuarat ini adalah empat (4) orang.
Mra/na
3.4 Lembaga Koperasi berkuasa membubarkan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama ini atau menggantikan anggota Jawatankuasa ini jika difikirkan perlu pada bila-bila masa.
4. BIDANG KUASA JAWATANKUASA
Bidang kuasa Jawatankuasa ini adalah sebagaimana kuasa dan kewajipan Lembaga Koperasi mengikut UUK Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Jawatankuasa ini akan memantau dengan lebih terperinci segala dasar dan aktiviti- aktiviti yang dijalankan mengikut keputusan Lembaga.
4.1 Kewangan
Jawatankuasa dibenar untuk pertimbangkan, meluluskan atau mengesahkan ke atas perkara-perkara berkaitan dengan:-
4.1.1 Kadar Derma Maksimum dan Minimum
Mengkaji dan menetapkan had jumlah derma atau sumbangan untuk disyorkan kepada Lembaga
4.1.2 Punca Kewangan
Mengkaji dan mengesyorkan kepada Lembaga bentuk dan cara untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan.
4.1.3 Menimbangkan, Meluluskan , Mengeluarkan, dan / atau Mengesahkan Derma Yang Telah Dibayar
Kuasa menimbangkan,meluluskan mengeluarkan dan atau mengesahkan semua derma derma yang telah dibuat .
4.1.4 Kelayakan
Mengkaji dari masa ke semasa kelayakan penerima Kumpulan Wang ini.
5. ELAUN MESYUARAT
Elaun mesyuarat Jawatankuasa adalah seperti yang diluluskan dalam Anggaran Belanjawan Tahunan.
7. PENUTUP
Terma rujukan dan garis panduan ini disediakan bagi memastikan keputusan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama adalah rasmi dan sah dari segi UUK seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Mra/na