Mra/na
PINJAMAN KEPADA ANGGOTA DAN PEKERJA
Mra/na
ATURAN – ATURAN PINJAMAN
KEPADA ANGGOTA
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA NAMA DAN MULA BERKUATKUASA :
1. (1) Aturan ini adalah dinamakan ‘Aturan-Aturan Pinjaman Kepada Anggota Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad’.
(2) Aturan ini diwujudkan di bawah perenggan 9(1)(a) UUK dan akan berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya.
TAFSIRAN :
2. (1) Dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, jika sesuatu perkataan atau ungkapan sudah mempunyai makna yang diberi kepadanya di sisi Akta Koperasi 1993 atau Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 atau di sisi UUK Koperasi ini yang dibawahnya Aturan ini dibuat, maka perkataan atau ungkapan itu hendaklah mempunyai makna yang sedemikian diberi kepadanya; dan perkataan-perkataan yang bermaksud bilangan mufrad hendaklah meliputi bilangan jamak, dan begitu juga sebaliknya, dan perkataan- perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah juga meliputi jantina perempuan, dan perkataan-perkataan yang bermaksud orang hendaklah juga meliputi pertubuhan perbadanan.
(2) Sekiranya berlaku percanggahan pendapat tentang takrif sesuatu persoalan yang berbangkit daripada peruntukan Aturan ini, maka pendapat yang diberikan oleh Lembaga tentang persoalan sedemikian adalah muktamad dan konklusif.
TUJUAN:
3. (1) Untuk merancangkan segala-galanya yang perlu bagi melaksanakan aktiviti- aktiviti Koperasi ini dari segi memberi segala kemudahan pinjaman kepada anggota-anggotanya sebagai suatu usaha bagi mempertingkatkan kepentingan ekonomi mereka menurut prinsip-prinsip koperasi di samping mencegah mereka meminjam selain daripada Koperasi ini;
(2) Untuk memastikan segala kemudahan pinjaman koperasi ini diberi bagi maksud- maksud yang betul-betul mendatangkan keuntungan kepada sekalian anggota Koperasi ini dengan mendapatkan jaminan yang secukupnya bagi mendapatkan balik dengan sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang munasabah dan dengan caj perkhidmatan yang berpatutan; dan
(3) Untuk mengawal dan mengawalselia aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi maksud memastikan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Koperasi ini dilaksanakan dengan sepenuhnya serta dengan sepatutnya demi manfaat anggota-anggotanya.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
PUNCA KEWANGAN:
4. (1) Modal dan sumber kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memberikan kemudahan-kemudahan pinjaman kepada anggota-anggota yang dimaksudkan dalam fasal (2) UUK 9 bolehlah diperdapatkan daripada :-
(a) syer anggota-anggota di bawah UUK 55A;
(b) yuran anggota-anggota di bawah UUK 56;
(c) simpanan khas daripada anggota di bawah UUK 56; dan
(d) pinjaman daripada anggota-anggota dan bukan anggota-anggota di bawah UUK 62(1).
JENIS DAN KEMUDAHAN PINJAMAN :
5. (1) Kemudahan-kemudahan pinjaman yang boleh diperolehi daripada Koperasi ini adalah dikategorikan seperti berikut:-
(a) pinjaman peribadi (cagaran sembilan puluh peratus (90%) yuran kredit peminjam);
(b) pinjaman berjamin (jaminan diri peminjam dan jaminan diri sekurang- kurangnya dua (2) orang penjamin);
(c) pinjaman kecemasan (cagaran 90% yuran kredit peminjam atau jaminan diri peminjam dan jaminan diri sekurang-kurangnya dua (2) orang penjamin).
(d) Pinjaman Pesara (tidak kurang daripada seorang (1) dan tidak lebih daripada tiga (3) orang penjamin dan/atau cagaran 90% dari yuran kreditnya).
(e) Pinjaman Khas (jaminan diri peminjam dan jaminan diri sekurang-kurangnya dua (2) orang penjamin dan/atau cagaran 90% dari yuran kreditnya)
(2) Semua kemudahan pinjaman di bawah perenggan 5 (1) adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang berikut:-
(a) tiadalah seseorang anggota pun boleh mendapat sesuatu pinjaman yang melebihi had jumlah liabilitinya di bawah subaturan 11 (1); dan
(b) jumlah amaun ansuran pinjamannya berserta keuntungan di atas pinjaman di atasnya, bersekali dengan potongan lain bulanannya, tidaklah boleh melebihi enam puluh peratus (60%) jumlah pendapatan bulanannya dan hendaklah diperdapatkan dengan cara potongan gaji bulanannya melalui mana-mana biro potongan gaji yang sah dan yang diluluskan oleh Lembaga.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
(3) Bagi maksud menyenangkan bayaran balik baki sesuatu pinjaman sedia ada berserta keuntungan di atas pinjaman terakru dan perlu dibayar di atasnya bagi mendapatkan sesuatu pinjaman baru, Lembaga bolehlah atas sebab-sebab munasabah yang terpulang kepada budibicara mutlaknya mengizinkan amaun yang demikian ditolak daripada pinjaman barunya yang bagi maksud subaturan ini dirujuk sebagai “pinjaman bertindih:” Dengan syarat bahawa tiadalah seseorang anggota pun boleh menuntut kemudahan sesuatu pinjaman bertindih sebagai suatu haknya.
HAD PINJAMAN :
6. (1) Tertakluk kepada subaturan 5 (2), pinjaman-pinjaman di bawah subaturan 5 (1) hendaklah dihadkan setakat amaun:-
(a) Pinjaman Peribadi: Sembilan puluh peratus (90%) daripada yuran kredit anggota yang hendak meminjam.
(b) Pinjaman Berjamin:Maksimum pinjaman sehingga RM 100,000.00;
(c) Pinjaman Kecemasan: Satu (1) bulan jumlah pendapatan anggota yang hendak meminjam atau RM 5,000.00 mengikut mana-mana jua yang kurang.
(d) Pinjaman Pelancongan : Enam (6) bulan jumlah pendapatan anggota yang hendak meminjam dicampur yuran kreditnya atau RM 10,000.00, mengikut mana-mana jua yang kurang.
(e) Pinjaman Pesara (f) Pinjaman Khas
(2) Lembaga adalah berkuasa mengikut budibicaranya menghadkan amaun sesuatu pinjaman yang dipohonkan oleh mana-mana anggota yang tertentu demi kebaikannya sendiri.
(3) Pinjaman Kecemasan; Pinjaman Pesara dan Pinjaman Khas dianggap sebagai pinjaman yang berasingan daripada Pinjaman Peribadi dan Pinjaman Berjamin.
MAKSUD DAN KEGUNAAN PINJAMAN :
7. (1) Pinjaman-pinjaman boleh diberi kepada anggota-anggota hanya bagi maksud- maksud yang berguna lagi bermanfaat yang di antaranya ialah;-
(a) untuk membeli tanah dan/atau rumah, atau untuk membina atau mengubahsuaikan rumah;
(b) untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah;
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
(c) untuk membiayai pendidikan anggota dan anggota keluarganya;
(d) untuk membiayai rawatan perubatan anggota dan anggota keluarganya;
(e) untuk membiayai upacara perkahwinan anggota yang hendak meminjam atau mana-mana anggota keluarganya, atau upacara pengebumian mana-mana anggota keluarganya atau apa-apa jua upacara lain sekadar yang sesuai dengan pendapatan dan taraf hidup anggota yang hendak meminjam;
(f) untuk membiayai apa-apa jua upacara keagamaan yang wajib;
(g)untuk apa-apa jua maksud lain yang pada pendapat Lembaga boleh mendatangkan kebaikan yang tertentu kepada anggota yang hendak meminjam.
(2) Tiadalah seseorang anggota pun boleh diberi pinjaman bagi:- (a) maksud berdagang;
(b) maksud-maksud keagamaan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 7 (1) (f) ;
(c) apa-apa jua maksud lain yang pada pendapat Lembaga tidak mendatangkan kebaikan yang positif kepada anggota yang hendak meminjam.
(3) Maksud yang baginya sesuatu pinjaman diperlukan hendaklah dinyatakan secara terang dan betul dalam borang permohonan pinjaman dan Lembaga hendaklah memastikan supaya pinjaman itu digunakan dengan sewajarnya mengikut maksud yang baginya ia diberikan, dan, jika ia disalahgunakan, Lembaga adalah berkuasa menuntut supaya pinjaman itu dibayarbalik dengan sepenuhnya dalam masa satu (1) bulan berserta keuntungan di atas pinjaman yang terakru dan perlu dibayar di atasnya dan sebagai tambahan, Lembaga boleh mengenakan denda mengikut kadar lima peratus (5%) di atas amaun pinjaman yang diberikan.
JAMINAN PINJAMAN :
8. (1) Pinjaman-pinjaman hendaklah hanya boleh diberikan kepada anggota-anggota dengan jaminan diri anggota yang meminjam dan dengan jaminan diri penjamin- penjamin yang terdiri daripada anggota-anggota Koperasi ini yang sekurang- kurangnya salah seorang mereka hendaklah mempunyai had jumlah liabiliti terhadap Koperasi ini sebagai peminjam dan/atau penjamin dibawah subaturan 11 (1), yang bagi maksud Aturan ini dirujuk sebagai ” liabiliti kredit,” yang mencukupi untuk menampung keseluruhan amaun pinjaman yang dipohonkan (setelah ditolak amaun yang dicagarkan dengan 90% yuran kredit anggota yang hendak meminjam), yang selepas ini dirujuk sebagai “keseluruhan amaun pinjaman,” dan , jika penjamin kedua didapati tidak mempunyai liabiliti kredit yang mencukupi untuk menampung keseluruhan amaun pinjaman, seorang lagi penjamin yang
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
mempunyai liabiliti kredit sesama mereka berdua yang mencukupi untuk menampung keseluruhan amaun pinjaman bolehlah disetujuterima mengikut budibicara Lembaga :
Dengan syarat bahawa jaminan diri peminjam dan penjamin- penjamin yang dimaksudkan dalam subaturan (1) bolehlah diketepikan bagi sesuatu pinjaman (selain daripada pinjaman peribadi) jika anggota yang hendak meminjam menyertai “Skim Khairat Kematian” Koperasi ini dan juga “Tabung Pampasan Kematian” yang ditubuhkan oleh Koperasi ini bagi faedah anggota-anggotanya.
(2) Bilangan penjamin yang dikehendaki bagi sesuatu pinjaman (selain daripada sesuatu pinjaman peribadi) ialah tidak kurang daripada seorang (1) orang dan tidak lebih daripada tiga (3) orang.
(3) Tiadalah seseorang anggota pun boleh menjamin pinjaman-pinjaman yang jumlah potongan bulanan ansuran bayaran balik pinjaman-pinjaman itu berserta keuntungan di atas pinjaman di atasnya melebihi enam puluh peratus (60%) jumlah pendapatannya.
(4) Adalah menjadi kewajipan seseorang peminjam memastikan supaya jaminan baru diperuntukkan bagi tiap-tiap pinjaman bilamana salah seorang penjamin sedia adanya mati atau terhenti menjadi anggota atau tidak lagi berupaya memenuhi obligasi-obligasinya dan jika dia tidak berbuat demikian dalam masa satu (1) bulan dari tarikh berlakunya mana-mana kes sedemikian, pinjamannya boleh dituntut supaya dibayar balik dengan serta-merta.
(5) Lembaga berkuasa untuk menyelaraskan simpanan peminjam dan penjamin- penjamin dalam keadaan peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman adalah menurut budi bicara Lembaga.
(6) Bagi menjamin pinjaman yang dipohon oleh anggota setiap anggota diwajibkan mencarum ke dalam “Tabung Pampasan Kematian” yang ditaja oleh Koperasi seperti berikut :-
JUMLAH PINJAMAN (RM) CARUMAN 1,000 - 10,000 0.5 % 11,000 - 50,000 0.3 % 51,000 - 100,000 0.25 %
PEMBAYARAN, PENANGGUHAN DAN PENGURANGAN ANSURAN PINJAMAN :
9. (1) Pinjaman-pinjaman hendaklah biasanya perlu dibayar balik berserta keuntungan di atas pinjaman atasnya secara ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah ini bermula dari bulan yang diberikan tertakluk kepad subaturan 10(2) :-
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA (a)
Pinjaman Peribadi (90% daripada MY) Tempoh Bayar Balik Jumlah Pinjaman
12 bulan hingga 120 bulan RM 1,000.00 hingga RM 100,000.00
(b)
Pinjaman Berjamin
Tempoh Bayar Balik Jumlah Pinjaman
12 bulan hingga 120 bulan RM 1,000.00 hingga RM 100,000.00
(c) Pinjaman Kecemasan:
Pinjaman Kecemasan hanya boleh dipohon oleh anggota selepas bulan berikut anggota tersebut diberikan pinjaman peribadi ataupun pinjaman berjamin.
Pinjaman Kecemasan
Tempoh Bayar Balik Jumlah Pinjaman
1 bulan hingga 36 bulan RM 1,000.00 hingga RM 5,000.00
(d) Pinjaman Pesara:
Pinjaman Pesara
Tempoh Bayar Balik Jumlah Pinjaman
1 bulan hingga 36 bulan RM 1,000.00 hingga RM 5,000.00
(e) Pinjaman Khas
Pinjaman Khas
Tempoh Bayar Balik Jumlah Pinjaman
1 bulan hingga 36 bulan RM 1,000.00 hingga RM 2,000.00
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA (f) Pinjaman Pelancongan
Pinjaman Pelancongan
Tempoh Bayar Balik Jumlah Pinjaman
1 bulan hingga 60 bulan RM 1,000.00 hingga RM 10,000.00
(2) Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh mengikut budibicaranya mengizinkan penangguhan atau pengurangan mana-mana ansuran pinjaman bagi seseorang anggota:
Dengan syarat bahawa tiadalah sesuatu permohonan penangguhan atau pengurangan mana-mana ansuran pinjaman pun boleh dipertimbangkan kecuali persetujuan bertulis sudah diperolehi terlebih dahulu daripada penjamin- penjaminnya jika pinjamannya adalah suatu pinjaman berjamin;
Dan dengan syarat lagi bahawa tiadalah sesuatu penangguhan atau pengurangan mana-mana ansuran pinjaman pun boleh diizinkan atas sebab apa-apa jua pesta.
(3) Apabila seseorang peminjam bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji, dia boleh dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis penjamin-penjaminnya (jika pinjamannya ialah suatu pinjaman berjamin) memohonkan penangguhan atau pengurangan ansuran pembayaran pinjamannya sepanjang tempoh yang dia bercuti sedemikian:
Dengan syarat bahawa dia hendaklah terus membayar yuran dan keuntungan di atas pinjaman atas pinjamannya seperti biasa.
KEUNTUNGAN DI ATAS PINJAMAN :
10. (1) Kadar keuntungan di atas pinjaman atas semua kemudahan pinjaman adalah seperti berikut :
Jenis Pinjaman Caj Perkhidmatan
Pinjaman Peribadi
Satu peratus (1%) setiap bulan berasaskan baki berkurangan bulanan atas pinjaman.
Pinjaman Berjamin
Satu peratus (1%) setiap bulan berasaskan baki berkurangan bulanan atas pinjaman.
Pinjaman Kecemasan
Satu peratus (1%) setiap bulan berasaskan baki berkurangan bulanan atas pinjaman.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
Pinjaman Pesara
Satu peratus (1%) setiap bulan berasaskan baki berkurangan bulanan atas pinjaman.
Pinjaman Khas RM 25.00 bagi setiap RM 1,000.00 pinjaman.
Pinjaman Pelancongan
Empat peratus (4%) setahun daripada jumlah pinjaman. Caj pinjaman akan ditolak secara sekaligus semasa pinjaman diluluskan.
Dengan syarat bahawa bagi maksud memudahkan kerja dan menjimatkan belanja mendapatkan balik ansuran pinjaman berserta keuntungan di atas pinjaman diatasnya setiap bulan, keuntungan di atas pinjaman yang kena dibayar setiap bulan atas pinjaman-pinjaman hendaklah diperdapatkan secara ansuran bulanan samarata daripada gaji peminjam-peminjam mengikut tempoh yang sama dengan tempoh wangpokoknya, dan, dalam kes sesuatu pinjaman yang hendak dibayarbalik kesemuanya sekali atau sebahagiannya pada bila-bila masa jua sebelum tarikh matangnya (baik secara tunai mahupun secara pelarasan), keuntungan di atas pinjaman yang terakru dan kena dibayar atas pinjaman itu sejak ia diberikan hendaklah dibayarbalik dengan sepenuhnya oleh peminjam.
(2) Keuntungan di atas pinjaman atas sesuatu pinjaman yang diberi sebelum lima belas (15) haribulan sesuatu bulan hendaklah dikira sebagai satu (1) bulan penuh dan atas sesuatu pinjaman yang diberi selepas empat belas (14) haribulan sesuatu bulan hendaklah dikira sebagai setengah bulan.
(3) Selama mana-mana tempoh seseorang anggota menangguh atau mengurangkan mana-mana ansuran pinjamannya dengan keizinan Lembaga, dia hendaklah terus membayar keuntungan di atas pinjaman atas pinjamannya mengikut sebagaimana yang disyaratkan dalam bon pinjaman.
(4) Pinjaman Khas merupakan satu kemudahan pinjaman tanpa caj perkhidmatan.
Kadar caj proses akan dikenakan sebanyak RM25.00 bagi setiap RM 1,000.00 pinjaman yang diambil/berikan.
HAD JUMLAH LIABILITI SEBAGAI PEMINJAM ATAU PENJAMIN :
11. (1) Had jumlah liabiliti terhadap Koperasi ini yang boleh ditanggung oleh mana-mana seorang anggota, baik sebagai peminjam mahupun sebagai penjamin atau kedua- duanya sekali, ialah:-
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
(a) enam (6) bulan jumlah pendapatan campur yuran yang menjadi kreditnya bagi pinjaman-pinjaman hingga RM 4,000.00 ; dan
(b) sembilan (9) bulan jumlah pendapatan campur yuran yang menjadi kreditnya bagi pinjaman-pinjaman dari RM 4,001.00 hingga RM 25,000.00
(c) dua belas (12) bulan jumlah pendapatan campur yuran yang menjadi kreditnya bagi pinjaman-pinjaman dari RM 25,001.00 sehinggan RM 50,000.00
(d) lapan belas (18) bulan jumlah pendapatan campur yuran yang menjadi kreditnya bagi pinjaman-pinjaman dari RM 50,001.00 sehingga RM 100,000.00
(2) Walau apa pun peruntukan subaturan 11(1) menghadkan liabiliti peminjam dan penjamin namun begitu Lembaga mempunyai kuasa untuk tidak menuruti peruntukan subaturan 11(1) di dalam keadaan tertentu menurut budi bicara Lembaga bagi melayakkan pinjaman maksimum.
KELAYAKAN MENDAPAT PINJAMAN DAN SEKATAN :
12. (1) Seseorang anggota yang telah menjadi anggota selama satu (1) bulan dan telah menyelesaikan fi masuk, modal syer dan modal yuran yang pertama dan seterusnya.
(2) Simpanan khas Jaminan Pinjaman kreditnya hendaklah sudah terkumpul secara beransur-ansur tiap-tiap bulan setakat sekurang-kurangnya :-
JUMLAH PINJAMAN (RM) PERATUS (%)
1,000 - 2,000 10
2,001 - 5,000 15
5,001 - 10,000 20
10,001 - 50,000 25
50,001 - 100,000 30
PERMOHONAN PINJAMAN :
13. (1) Pemohon hendaklah memastikan supaya segala kehendak borang permohonan pinjamannya diisikan dengan terang, betul lagi lengkap dan segala dokumen berkaitan dengannya (jika diperlukan) dilampirkan bersekali dengannya bagi mengelakkannya daripada disimpan dalam perhatian atau ditolak yang boleh menyebabkannya terpaksa mengemukakan semula permohonannya.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
(2) Permohonan-permohonan pinjaman bolehlah dipertimbangkan dan jika layak, diberikan tertakluk kepada pembayaran caj pemprosesan mengikut kadar satu peratus (1%) atas amaun pinjaman yang diluluskan. Had maksimum kepada caj pemprosesan adalah RM 250.00 mengikut mana jua yang kurang, dimana kumpulan wang ini bolehlah digunakan sebagai bayaran elaun kepada pengendali-pengendali dan/atau Lembaga Pinjaman dalam urusan memproses pinjaman.
(3) Lembaga mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu permohonan pinjaman dan seseorang anggota tidak boleh mendakwa bahawa pemberian pinjaman itu sebagai suatu haknya.
JAWATANKUASA PINJAMAN :
14. (1) Menurut perenggan 45(2)(w), UUK Koperasi ini, Lembaga mempunyai kuasa dan kewajipan menubuhkan Jawatankuasa Pinjaman yang terdiri daripada :
(a) Seorang (1) Pengurus
(b) Seorang (1) Penolong Pengurus
(c) Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi (d) Seorang (1) dikalangan anggota
(2) Pengurus Koperasi mempunyai kuasa bagi menimbang dan meluluskan permohonan-permohonan pinjaman serta mengeluarkan pinjaman-pinjaman tersebut. Semua pinjaman-pinjaman yang telah diluluskan hendaklah disahkan di dalam mesyuarat Anggota Lembaga yang terdekat.
(3) Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh salah seorang Anggota Lembaga yang dilantik oleh Lembaga Koperasi.
(4) Jawatankuasa Kecil Pinjaman hendaklah, semasa menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan yang diwakilkan sedemikian kepadanya, akur dengan apa-apa jua peraturan sebagaimana yang mungkin dikenakan keatasnya oleh Lembaga.
(5) Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
(6) Tempoh perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa ini adalah selama satu (1) tahun.
KUORUM MESYUARAT JAWATANKUASA :
15. (1) Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) orang daripada jumlah Jawatankuasa ini.
PEMBAYARAN PINJAMAN :
16. Pinjaman-pinjaman hendaklah hanya boleh dibayar kepada anggota-anggota selepas bon-bon disempurnakan dengan lengkap dan, dalam kes-kes di mana jaminan kolateral diperlukan, selepas-
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
(a) Mendapatkan persetujuan dan tandatangan penjamin-penjamin jika pinjaman itu pinjaman berjamin.
AKU JANJI PEMINJAM DAN PENJAMIN :
17. Apabila seseorang anggota mengambil atau menjamin sesuatu pinjaman, dia hendaklah membuat aku janji tidak akan meletakkan jawatan dari perkhidmatannya yang sediada sehinggalah pinjaman itu dibayarbalik dengan sepenuhnya, dan dia hendaklah membenarkan pemotongan ansuran pinjaman dan keuntungan di atas pinjaman diatasnya daripada gajinya oleh Akauntan Negara, Malaysia atau melalui mana-mana biro perkhidmatan potongan gaji yang sah dan dia hendaklah juga rela menandatangani lembaran gaji bagi amaun penuh gajinya seolah-olah potongan sedemikian telah tidak dilakukan.
MENDAPATKAN BALIK PINJAMAN YANG GENAPMASA DAN YANG LAMPAU GENAPMASA:
18. (1) Sesuatu pinjaman hendaklah biasanya genapmasa dan kena mendapatkan balik berserta keuntungan di atas pinjaman terakru dan perlu dibayar
di atasnya tanpa berlengah-lengah dan tanpa menghiraukan tempoh yang baginya ia diberikan jika berlaku kes-kes yang berikut-
(a) sekiranya keanggotaan peminjam terhenti atas apa-apa sebab juapun;
(b) sekiranya salah seorang penjamin tidak lagi layak atas apa-apa sebab juapun hendak meneruskan jaminannya dan sekiranya peminjam tidak menguntukkan seorang penjamin lain yang memuashati Lembaga;
(c) sekiranya pinjaman itu disalahgunakan bagi apa-apa maksud selain daripada maksud yang baginya ia telah diberikan;
(d) sekiranya mana-mana jua ansurannya melewati tempoh pembayarbalikannya selama lebih daripada tiga (3) bulan berturut-turut;
(e) sekiranya kedudukan peminjam dianggap meragukan;
(f) sekiranya peminjam didapati memalsukan permohonan pinjamannya atau apa- apa jua dokumen berkaitan denganya (jika ada) atau tandatangan mana-mana jua penjaminnya ataupun tandatangan mana-mana jua anggota Lembaga Koperasi ini.
(2) Lembaga hendaklah juga tanpa berlengah-lengah mendapatkan balik daripada peminjam mana-mana baki pinjaman yang genapmasa dan kena dibayarbalik dalam kes-kes yang dimaksud dalam subaturan (1), dan sekiranya peminjam enggan membayarbalik kepada Koperasi ini baki pinjaman sedemikian tempoh sebagaimana yang mungkin difikirkan munasabah mengikut budibicara Lembaga, Lembaga hendaklah memberitahu kes sedemikian kepada penjamin-penjaminnya
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA ANGGOTA
(jika ia adalah suatu pinjaman berjamin) dan mendapatkan balik melalui mereka dengan cara memotongkan gaji masing-masing mengikut cara yang disyaratkan dalam bon pinjaman yang berkaitan dengannya:
Dengan syarat bahawa jika penjamin-penjaminnya mempertikaikan tindakan sedemikian yang diambil oleh Lembaga, Lembaga hendaklah merujukkan kes itu sebagai suatu pertikaian kepada Suruhanjaya mengikut cara yang diperuntukkan dalam UUK Koperasi ini.
(3) Tiadalah apa-apa juapun dalam Aturan ini boleh membatasi kuasa Lembaga untuk mendapatkan balik secara menuntut atau secara merujuk kepada Suruhanjaya sebagai suatu pertikaian baki pinjaman sedemikian berserta keuntungan di atas pinjaman terakru dan perlu dibayar di atasnya terus daripada penjamin-penjamin dan tidak daripada peminjam.
PENETAPAN BORANG, BON DAN DOKUMEN PINJAMAN :
19. Lembaga hendaklah dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa jua yang difikirkannya perlu menetapkan borang permohonan pinjaman dan bon, termasuklah apa-apa jua dokumen lain yang berkaitan, bagi maksud melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah Aturan ini dan begitu juga ia bolehlan mengubahsuaikan supaya selaras dengan keperluan semasa.
AKTA, PERATURAN, UNDANG-UNDANG KECIL DAN PINDAAN KEPADA ATURAN :
20. (1) Aturan ini adalah tambahan kepada peruntukan UUK Koperasi ini dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah Aturan ini adalah tertakluk kepada peruntukan- peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 dan juga peruntukan-peruntukan UUK Koperasi ini dan Aturan ini yangmana hendaklah dibaca secara bersekali.
(2) Lembaga bolehlah, dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan, meminda mana-mana jua peruntukan Aturan ini dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa jua yang difikirkannya perlu supaya menjadikannya selaras dengan keperluan hidup semasa anggota-anggota Koperasi ini disamping mengawalselia aktiviti-aktiviti pinjaman kepada mereka dilaksanakan dengan lebih baik lagi teratur.
Mra/na
ATURAN – ATURAN PINJAMAN
KEPADA PEKERJA
Mra/na
KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA PEKERJA NAMA DAN MULA BERKUATKUASA :
1. (1) Aturan ini adalah dinamakan ‘Aturan-Aturan Pinjaman Kepada Pekerja Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad’.
(2) Aturan ini diwujudkan di bawah perenggan 9(1)(a) UUK dan akan berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya.
TAFSIRAN :
2. Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran berikut adalah dipakai;
(a) ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(b) ‘Pinjaman’ ertinya pinjaman yang diberi oleh Koperasi kepada pekerja yang diselenggarakan oleh Koperasi ini dan dikehendaki dibayar balik menurut syarat- syarat yang ditetapkan.
(c) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal- ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
(d) ‘Jawatankuasa’ ertinya Jawatankuasa Kecil yang dilantik di bawah UUK 45(w).
(e) ‘JAD’ ertinya Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi yang dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi menurut UUK 50.
(f) ‘Pekerja’ ertinya pekerja-pekerja yang telah sah diterima dan diambil bekerja sepenuh masa dengan Koperasi ini dan telah disahkan jawatannya.
(g) ‘Mesyuarat Agung’ ertinya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(h) ‘Suruhanjaya’ ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
(i) ‘Individu’ ertinya orang perseorangan yang memerlukan bantuan.
(j) ‘UUK’ ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
TUJUAN:
3. (1) Tujuan Aturan Pinjaman Kepada Pekerja ini diwujudkan ialah untuk memberi kemudahan kepada pekerja-pekerja Koperasi ini mendapatkan pinjaman untuk dibelanjakan bagi maksud tertentu yang diluluskan oleh Lembaga.
(2) Peruntukan Pinjaman ini juga boleh berubah jumlahnya dari semasa ke semasa mengikut budi bicara Lembaga.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA PEKERJA PENTADBIRAN :
4. (1) Komposisi Jawatankuasa ini terdiri seperti berikut : i. Seorang (1) Pengurus
ii. Seorang (1) Penolong Pengurus
iii. Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi iv. Seorang (1) dikalangan Anggota
(2) Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh salah seorang (1) Anggota Lembaga yang dilantik oleh Lembaga.
(3) Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
(4) Tempoh perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa ini adalah satu (1) tahun.
(5) Jawatankuasa hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kumpulan Wang ini berserta dengan akaunnya dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Koperasi.
(6) Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersekali dengan akaun-akaun lain Koperasi setiap tahun.
KUORUM MESYUARAT JAWATANKUASA :
5. (1) Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) orang daripada jumlah Jawatankuasa ini.
PUNCA KEWANGAN:
6. Punca atau sumber kewangan bagi Pinjaman Kepada Pekerja ini adalah diperolehi dari sumber-sumber kewangan Koperasi.
JENIS DAN KEMUDAHAN PINJAMAN :
7. (1) Pinjaman Berjamin ( jaminan diri peminjam dan jaminan dari sekurang- kurangnya dua orang penjamin terdiri daripada anggota Koperasi dan / atau Pekerja-pekerja Koperasi ini.)
(2) Pekerja-pekerja Koperasi ini tidak boleh menjadi penjamin kepada anggota- anggota Koperasi ini.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA PEKERJA HAD PINJAMAN :
8. (1) Pinjaman Berjamin
Dua belas (12) bulan gaji pokok pekerja yang hendak meminjam atau mengikut keperluan wang pemohon iaitu minimum RM 1,000.00 dan maksimum RM 25,000.00, mengikut mana-mana jua yang kurang.
(2) Lembaga adalah berkuasa mengikut budi bicaranya menghadkan amaun sesuatu pinjaman yang dipohonkan oleh mana-mana seorang pekerja yang tertentu demi kebaikannya sendiri.
KEUNTUNGAN DI ATAS PINJAMAN :
9. (1) Kadar keuntungan di atas pinjaman atas semua kemudahan pinjaman kepada pekerja ialah satu peratus (1 %) sebulan yang perlu dibayar setiap bulan berasaskan baki berkurangan bulanan atas pinjaman.
(2) Dengan syarat bahawa bagi maksud memudahkan kerja dan menjimatkan belanja mendapatkan balik ansuran pinjaman berserta keuntungan di atas pinjaman di atasnya setiap bulan, keuntungan di atas pinjaman yang kena dibayar setiap bulan atas pinjaman-pinjaman hendaklah diperdapatkan secara ansuran bulanan samarata daripada gaji peminjam-peminjam mengikut tempoh yang sama dengan tempoh wangpokoknya, dan, dalam kes sesuatu pinjaman yang hendak dibayarbalik kesemuanya sekali atau sebahagiannya pada bila-bila masa jua sebelum tarikh matangnya (baik secara tunai mahupun secara pelarasan), keuntungan di atas pinjaman yang terakru dan kena dibayar atas pinjaman itu sejak ia diberikan hendaklah dibayarbalik dengan sepenuhnya oleh peminjam.
(3) Keuntungan di atas pinjaman atas sesuatu pinjaman yang diberi sebelum lima belas (15) haribulan sesuatu bulan hendaklah dikira sebagai satu (1) bulan penuh dan atas sesuatu pinjaman yang diberi selepas empat belas (14) haribulan sesuatu bulan hendaklah dikira sebagai setengah bulan.
(4) Jika seseorang pekerja menangguh atau mengurangkan mana-mana ansuran pinjamannya dengan keizinan Lembaga, dia hendaklah terus membayar keuntungan di atas pinjaman atas pinjamannya selama tempoh penangguhan sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian.
HAD KELAYAKAN MENDAPATKAN PINJAMAN DAN SEKATANNYA :
10. Tiadalah seseorang pekerja pun layak mendapatkan kemudahan pinjaman melainkan dan sehingga dia telah berkhidmat di Koperasi selama suatu tempoh minimum seperti yang ditetapkan di bawah dengan amaun pinjaman maksimum yang selaras dengannya seperti di bawah :
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA PEKERJA (a)
Had-had Kelayakan Pinjaman (i) 1 tahun hingga 5 tahun RM 5,000 (ii) 5 tahun hingga 9 tahun RM 10,000 (iii) 10 tahun ke atas RM 25,000
(b) Lembaga mempunyai kuasa membatalkan / meluluskan permohonan dan menetapkan satu amaun yang difikirkan sesuai.
JAMINAN PINJAMAN :
11. (1) Pinjaman-pinjaman hendaklah diberikan hanya kepada pekerja Koperasi ini dengan jaminan diri penjamin-penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi ini dan /atau pekerja Koperasi ini.
(2) Bilangan penjamin yang dikehendaki bagi sesuatu pinjaman ialah tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada tiga (3) orang.
(3) Tiadalah seseorang pun boleh menjamin pinjaman-pinjaman yang jumlah potongan bulanan ansuran pembayarbalikan pinjaman-pinjaman itu berserta keuntungan di atas pinjaman di atasnya melebihi enam puluh peratus (60%) jumlah pendapatannya.
(4) Adalah menjadi kewajipan seseorang peminjam memastikan supaya jaminan baru diperuntukkan bagi tiap-tiap pinjaman bilamana salah seorang penjamin sedia ada mati, berhenti menjadi anggota atau menamatkan perkhidmatannya di Koperasi ini atau tidak lagi berupaya memenuhi obligasi-obligasinya dan jika dia tidak berbuat sedemikian dalam masa satu (1) bulan dari tarikh berlakunya mana- mana kes sedemikian, pinjamannya boleh dituntut supaya dibayar balik dengan serta-merta.
BAYARAN BALIK, PENANGGUHAN DAN PENGURANGAN ANSURAN PINJAMAN :
12. (1) Pinjaman-pinjaman hendaklah dibayar balik berserta keuntungan di atas pinjaman di atasnya secara ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah ini bermula dari bulan yang ia diberikan pinjaman.
Pinjaman Berjamin
i) 60 bulan dari RM 1,000 hingga RM 5,000 ii) 84 bulan dari RM 5,001 hingga RM 10,000 iii) 120 bulan dari RM 10,001 hingga RM 25,000
Mra/na
KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA PEKERJA
(2) Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh mengikut budi bicaranya mengizinkan penangguhan atau pengurangan mana-mana ansuran pinjaman bagi seseorang pekerja dengan syarat :
(a) tiadalah sesuatu penangguhan atau pengurangan mana-mana ansuran pinjaman pun boleh dipertimbangkan kecuali persetujuan bertulis sudah diperolehi terlebih dahulu daripada penjamin-penjaminnya.
(b) tiadalah sesuatu penangguhan atau pengurangan mana-mana ansuran pinjaman pun boleh diizinkan atas sebab apa-apa jua pesta.
(c) tiadalah seseorang pekerja pun dibenarkan meletakkan jawatan sehingga pekerja tersebut selesai membayar pinjamannya.
(d) sekiranya seseorang pekerja yang masih mempunyai pinjaman dengan Koperasi ini mungkir akan janji-janjinya atau meletak jawatan tanpa kelulusan, maka Lembaga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas peminjam tersebut.
PERMOHONAN PINJAMAN
13. (1) Tiadalah seseorang pekerja pun layak mendapat sesuatu kemudahan pinjaman melainkan dan sehingga dia telah bekerja di Koperasi ini tidak kurang dari satu (1) tahun dan telah disahkan dalam jawatannya.
(2) Mana-mana pekerja yang ingin membuat pinjaman hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan mengisi borang yang disediakan oleh Lembaga dan diberi kepada Lembaga Koperasi ini.
(3) Pemohon hendaklah memastikan supaya segala dokumen yang berkaitan dilampirkan bersama permohonannya bagi mengelakkannya daripada disimpan dalam perhatian atau ditolak yang boleh menyebabkannya terpaksa mengemukakan semula permohonannya.
MEMPROSES PERMOHONAN :
14. (1) Semua borang permohonan yang diterima hendaklah diproses oleh Lembaga untuk dipertimbangkan dan meluluskan permohonan ini serta mengeluarkan pembayaran setelah ditentukan bahawa permohonan ini dibuat menurut syarat- syarat kelayakan di dalam Aturan ini.
(2) Perakuan-perakuan itu hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan yang disediakan oleh Lembaga.
Mra/na
ATURAN-ATURAN PINJAMAN KEPADA PEKERJA PEMBAYARAN :
15. (1) Semua pembayaran setelah diluluskan hendaklah dibuat dengan cek Koperasi.
(2) Bayaran-bayaran akan dibuat mengikut budi bicara Lembaga atau dibayar setelah Lembaga berpuas hati atas kesahihan permohonan itu.
TUNTUTAN BALIK PINJAMAN DENGAN SERTA-MERTA : 16. Pinjaman hendaklah dibayar balik dengan serta-merta :-
(a) apabila peminjam berhenti kerja dengan Koperasi ini.
(b) sekiranya seseorang daripada penjaminnya tidak lagi berkelayakan menjamin pinjaman itu kerana sesuatu sebab dan pekerja itu tidak dapat memberi penjamin lain yang dipersetujui oleh Lembaga.
(c) atas sebab-sebab lain yang difikir patut dituntut oleh Lembaga.
(d) apabila sesuatu bayaran ansuran berserta dengan keuntungan di atas pinjamannya tidak dibayar lebih dari tiga (3) bulan tanpa makluman maka Lembaga hendaklah menuntut balik kesemua baki pinjaman itu dengan bayaran keuntungan di atas pinjaman daripada penjamin-penjaminnya.
MENOLAK PERMINTAAN PINJAMAN :
17. (1) Lembaga berkuasa penuh menolak sesuatu permintaan pinjaman itu atau menghadkan amaun pemberian pinjaman. Tidak ada seorang pekerja pun boleh menuntut bahawa pinjaman itu adalah suatu hak terjamin kepadanya.
PERTIKAIAN :
18. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut UUK 81 Koperasi ini.
Mra/na
TERMA RUJUKAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA KECIL PINJAMAN KEPADA ANGGOTA DAN PEKERJA
1. PENDAHULUAN
Pada dasarnya Anggota Jawatankuasa Kecil Pinjaman kepada Anggota dan Pekerja adalah dilantik dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi yang terdekat selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan dan mereka akan berkhidmat sehingga ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang melainkan pelantikan mereka dibatalkan oleh Lembaga Koperasi sebelum tempoh berkenaan tamat. Adalah menjadi bidang kuasa Lembaga untuk menamatkan pelantikan tersebut.
2. TERMA RUJUKAN DAN TUGAS-TUGAS 2.1. Tugas
2.1.1. Jawatankuasa bertanggungjawab untuk meneliti secara mendalam apa-apa cadangan atau kertas kerja untuk disyorkan kepada Lembaga Koperasi. Ini adalah kerana Lembaga mungkin tidak dapat meneliti secara mendalam atas faktor faktor yang diberikan. Oleh yang demikian penelitian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Pinjaman Kepada Anggota Dan Pekerja Koperasi akan memudahkan Lembaga Koperasi membuat keputusannya.
2.1.2. Jawatankuasa akan berbincang semua perkara berkaitan pinjaman ini termasuk jumlah pinjaman minimum dan maksimum yang patut diberi kepada anggota- anggota, tempoh bayaran balik dan keuntungan di atas pinjaman dan caj- caj lain yang perlu dibayar balik oleh anggota dan mengkaji dari segi cara bayaran balik untuk disyorkan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.
2.1.3. Jawatankuasa mempunyai kuasa memutuskan, meluluskan atau mengesahkan pinjaman pinjaman yang dikeluarkan mengikut Aturan-Aturan Pinjaman Kepada Anggota dan Pekerja.
3. MESYUARAT
3.1 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang kurangnya dua (2) kali setahun.
3.2 Komposisi Jawatankuasa ini terdiri seperti berikut : i. Seorang (1) Pengurus
ii. Seorang (1) Penolong Pengurus
iii. Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi iv. Seorang (1) dikalangan Anggota
3.3 Kuorum bagi mengadakan mesyuarat ini adalah empat (4) orang.
Mra/na
3.4 Lembaga Koperasi berkuasa membubarkan Jawatankuasa Kecil Pinjaman Kepada Anggota dan Pekerja ini atau menggantikan anggota Jawatankuasa ini jika difikirkan perlu pada bila-bila masa.
4. BIDANG KUASA JAWATANKUASA
Bidang kuasa Jawatankuasa ini adalah sebagaimana kuasa dan kewajipan Lembaga Koperasi mengikut UUK Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Jawatankuasa ini akan memantau dengan lebih terperinci segala dasar dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut keputusan Lembaga.
4.1 Jumlah maksimum dan minimum pinjaman
Menetapkan had jumlah pinjaman minimum dan juga maksimum 4.2 Keuntungan di atas pinjaman
Menetapkan caj- caj perkhidmatan dan caj- caj lain yang akan dikenakan ke atas pinjaman-pinjaman yang diberikan.
4.3 Menimbangkan, meluluskan dan mengeluarkan pinjaman
Sepertimana yang terdapat dalam Aturan-aturan Pinjaman Kepada Anggota dan Pekerja.
4.4 Kelayakan
Mengkaji dari masa ke semasa kelayakan penerima Kumpulan Wang ini.
5. ELAUN MESYUARAT
Elaun mesyuarat Jawatankuasa adalah seperti yang diluluskan dalam Anggaran Belanjawan Tahunan.
6. PENUTUP
Terma rujukan dan garis panduan ini disediakan bagi memastikan keputusan Jawatankuasa Kecil Pinjaman Kepada Anggota Dan Pekerja Koperasi adalah rasmi dan sah dari segi UUK seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Mra/na
KUMPULAN WANG
KEBAJIKAN BERSAMA
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA NAMA DAN MULA BERKUATKUASA :
1. (1) Aturan ini adalah dinamakan ‘Aturan-Aturan Kumpulan Wang Kebajikan Bersama Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad’.
(2) Aturan ini diwujudkan di bawah perenggan 9(1)(d) UUK dan berkuat kuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya.
TAFSIRAN :
2. Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran berikut adalah dipakai;
(a) ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(b) ‘Anggota’ ertinya seseorang yang telah sah diterima menjadi anggota koperasi menurut UUK Koperasi ini dan melaksanakan kewajipan sebagaimana yang terkandung dalam UUK 16 dan 55A UUK.
(c) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal- ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
(d) ‘Derma’ ertinya pemberian yang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Kebajikan Bersama mengikut Aturan ini.
(e) ‘Jawatankuasa’ ertinya Jawatankuasa Kecil yang dilantik dibawah UUK 45(w).
(f) ‘JAD’ ertinya Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi yang dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi menurut UUK 50.
(g) ‘Keluarga Anggota’ ertinya termasuklah isteri atau suami atau isteri-isterinya, anak-anaknya, termasuk juga anak angkat yang sah di sisi undang-undang dan anak-anak tiri di bawah peliharaannya yang berumur di bawah 18 tahun pada tarikh permohonan dibuat, bapa dan emak anggota sendiri.
(h) ‘Suami/Isteri’ ertinya suami atau isteri-isteri anggota Koperasi ini yang sah di sisi undang-undang.
(i) ‘Mesyuarat Agung’ ertinya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(j) ‘Tarikh Peristiwa’ ertinya tarikh yang terdapat pada surat / sijil sebagai bahan bukti yang sahih.
(k) ‘Kumpulan Wang ini’ ertinya Kumpulan Wang Kebajikan Bersama.
(l) ‘Suruhanjaya’ ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Negeri-negeri.
(m) ‘Individu’ ertinya orang perseorangan sama ada anggota Koperasi atau bukan anggota.
(n) ‘Pertubuhan’ ertinya sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah ROS yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Sekolah Agama yang ditubuhkan dibawah mana-mana Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau swasta.
(o) ‘UUK’ ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA TUJUAN:
3. Tujuan Kumpulan Wang ini diwujudkan untuk menyediakan dana bagi meringankan beban anggota yang ditimpa kesusahan dan memberi sumbangan ikhlas kepada pertubuhan, kumpulan atau individu yang memerlukan bantuan. Kumpulan Wang ini terbahagi kepada dua iaitu :-
(1) Derma kepada anggota
Bantuan akan diberikan kepada anggota yang mengalami keadaan atau peristiwa seperti berikut :-
(a) Kebakaran rumah anggota yang berlaku disebabkan kemalangan tulen yang tidak dapat dielakkan ;
(b) Kerosakan harta benda akibat bencana alam yang berlaku atas kuasa Tuhan seperti;
i) Banjir
ii) Angin /Ribut taufan iii) Tanah runtuh
iv) Bencana-bencana alam lain yang difikirkan wajar oleh Lembaga untuk diberikan bantuan.
v) Apa-apa sumbangan yang difikirkan wajar diberikan oleh Lembaga.
(c) Menghidap penyakit-penyakit seperti:
i) Serangan jantung
ii) Penyakit Arteri Koronari Memerlukan Pembedahan iii) Kegagalan Buah Pinggang
iv) Pemindahan Organ Utama v) Sklerosis Berbilang (Otak) vi) Buta Total dan Kekal vii) Terbakar Teruk
viii) Hilang Keupayaan Bercakap ix) Distroti Otot
x) Penyakit Terminal xi) Penyakit Hati Kronik
xii) Jangkitan HIV Dari Pemindahan Darah xiii) Trauma Kepala Yang Teruk
xiv) Poliomielitis (Otak)
xv) Penyakit Paru-paru Kronik xvi) Pembedahan Otak
xvii) Penyakit Arteri Koronari Serius Yang Lain xviii) Strok
xix) Kanser
xx) Hepatitis Viral Fulminan xxi) Lumpuh / Paraplegia
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
xxii) Hipertensi Pulmonari Arterial xxiii) Penggantian Injap Jantung xxiv) Pembedahan Aorta (Jantung) xxv) Penyakit Alzheimer
xxvi) Pekak Total dan Kekal xxvii) Penyakit Motor Neuron xxviii) Ensefalitis (Virus) xxix) Anemia Aplastik xxx) Penyakit Parkinson xxxi) Tumor Otak Benigna xxxii) Koma
xxxiii) Meningitis Bakteria xxxiv) Sindrom Apallik (Otak) xxxv) Aids Peringkat Akhir
(2) Derma Am
Bantuan akan diberikan kepada pertubuhan, kumpulan atau individu seperti yang dinyatakan pada perkara 1(a)(b)(c) yang ditimpa kesusahan atau yang memerlukan bantuan yang difikirkan wajar oleh Lembaga.
PUNCA KEWANGAN :
4. Punca atau sumber kewangan bagi Kumpulan Wang ini, adalah diperolehi daripada:- (1) Keuntungan bersih Koperasi sepertimana yang dijelaskan dalam perenggan
65(2)(d) UUK Koperasi.
(2) Derma dan sumbangan daripada anggota Koperasi mengikut keputusan Mesyuarat Agung.
(3) Derma dan sumbangan daripada pihak lain yang difikirkan sesuai.
KELAYAKAN :
5. (1) Kelayakan bagi memohon dan menerima semua dari Kumpulan Wang ini, dibahagikan kepada dua (2) bahagian.
(a) Derma kepada anggota
Seseorang anggota yang telah menjadi anggota Koperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan telah menjelaskan bayaran fi masuk dan yuran bagi
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
bulan pertama dan seterusnya yang memerlukan bantuan seperti yang terdapat di perenggan 3(1)(a)(b)(c).
(b) Derma Am
Pertubuhan, kumpulan atau individu yang memerlukan bantuan.
(2) Jika lebih dari seorang menjadi anggota dari sesebuah keluarga, maka hanya anggota yang ditimpa musibah itu sahaja yang layak memohon dan menerima derma dari Tabung ini bagi satu permohonan.
(3) Seseorang anggota bersara hanya boleh diberikan derma dalam keadaan anggota tersebut telah menjelaskan sepenuhnya yuran dan syer mereka menurut Undang- undang Kecil 55, 55A dan 21(3)(a)(b) Koperasi ini.
(4) Seseoang Anggota hanya layak memohon derma dari tabung ini sekali bagi setiap tiga (3) tahun, sehingga mencapai maksimum RM 5,000.00 sepanjang tempoh keanggotaannya di Koperasi ini
KADAR DERMA :
6. (1) Kadar bayaran bagi Derma ini adalah seperti berikut :- (a) Derma kepada anggota
- Maksimum RM 5,000.00 (b) Derma am
- Maksimum RM 5,000.00
PENTADBIRAN :
7. (1) Komposisi Jawatankuasa terdiri seperti berikut : i. Seorang (1) Pengurus
ii. Seorang (1) Penolong Pengurus
iii. Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi iv. Seorang (1) dikalangan Anggota
(2) Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh salah seorang (1) Anggota Lembaga yang dilantik oleh Lembaga.
(3) Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
(4) Tempoh perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa ini adalah satu (1) tahun.
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
(5) Jawatankuasa hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kumpulan Wang ini beserta dengan akaunnya dan dibentangkan dalam mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.
(6) Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersekali dengan akaun-akaun lain Koperasi setiap tahun.
KUORUM MESYUARAT JAWATANKUASA :
8. (1) Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang- kurangnya empat (4) orang daripada jumlah Jawatankuasa ini.
TAHUN KEWANGAN :
9. (1) Tahun Kewangan bagi Kumpulan Wang ini hendaklah bermula pada Satu (1) hari bulan Januari dan berakhir pada Tiga puluh Satu (31) hari bulan Disember setiap tahun.
PERMOHONAN :
10. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan derma ini hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Koperasi.
(2) Lembaga bolehlah mempertimbangkan kadar derma kepada anggota, pertubuhan, kumpulan atau mana-mana Individu yang memerlukan bantuan tersebut.
(3) Setiap permohonan hendaklah dikepilkan bersama perakuan yang asal atau sebarang dokumen bukti (yang akan dikembalikan sesudah diwasilkan dibelakangnya) dan satu (1) salinan pendua untuk simpanan Koperasi.
(4) Permohonan untuk mendapatkan derma ini hendaklah disertakan dengan bukti yang sah termasuk perakuan dari doktor hospital kerajaan dan/atau swasta bagi derma penyakit.
(5) Bagi kerosakan, bencana, kebakaran dan/atau apa-apa kemalangan mestilah disertakan salinan asal laporan polis dan jumlah kerosakan dan/atau kerugian yang dialami.
MEMPROSES PERMOHONAN :
11. (1) Semua permohonan/borang permohonan yang diterima hendaklah diproses oleh Jawatankuasa untuk menimbangkan dan meluluskan permohonan ini serta
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
mengeluarkan pembayaran setelah ditentukan bahawa permohonan ini dibuat menurut syarat-syarat kelayakan di dalam Aturan ini.
(2) Perakuan-perakuan itu hendaklah dibuat di dalam permohonan/borang permohonan yang dikemukakan.
PEMBAYARAN :
12. (1) Semua pembayaran setelah diluluskan hendaklah dibuat dengan cek Koperasi.
(3) Bayaran adalah mengikut budi bicara Lembaga setelah berpuashati atas kesahihan permohonan itu.
(4) Hanya satu (1) bayaran sahaja yang akan dibayar bagi satu (1) permohonan.
AUDIT:
13. (1) JAD hendaklah memeriksa akaun Kumpulan Wang ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu (1) tahun.
(2) JAD berhak memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubung secara langsung dengan Kumpulan Wang ini dan mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana individu yang dikehendakinya supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan dengan Kumpulan Wang ini.
(3) Jika JAD berpuas hati, mereka hendaklah menandatangani satu kenyataan pengesahan akaun yang disediakan oleh Jawatankuasa menurut UUK 53.
(4) Jika JAD tidak berpuas hati maka hendaklah mereka mengemukakan laporan mengenai perkara-perkara tersebut kepada Pengerusi dan dibentangkan kepada pengetahuan Lembaga.
PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG INI :
14. (1) Jika kedudukan Kumpulan Wang ini berkurangan disebabkan berlakunya peperangan, kekacauan, rusuhan, taun atau kejadian yang tidak dijangkakan, atau kekurangan wang kerana terlalu banyak derma yang dikeluarkan dalam satu (1) tahun, atau kerana difikirkan berfaedah kepada Koperasi, maka bolehlah Lembaga dengan memaklumkan kepada Suruhanjaya, menggantungkan perjalanan Kumpulan Wang ini sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang, bagi mendapat apa-apa keputusan, Lembaga tidak akan membuat sebarang pembayaran dalam
Mra/na
ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
masa penggantungan ini dan Koperasi ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan dalam tempoh penggantungan ini.
(2) Anggota-anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling mengenai penggantungan ini atau pemulihan semula kepada Kumpulan Wang ini.
AM :
15. (1) Mana-mana anggota, pertubuhan, kumpulan atau individu tidak berhak membuat sebarang tuntutan atas Kumpulan Wang ini.
(a) Tidak akan menjalankan Kumpulan Wang ini, dalam tempoh yang telah ditetapkan.
atau ;
(b) Memberhentikan perjalanan Kumpulan Wang ini.
(2) Koperasi ini tidak akan meminta sebarang pembayaran wang daripada anggota- anggota dalam tempoh yang ditentukan, sebaliknya mengusahakan sesuatu cara yang sesuai bagi menambahkan wang Kumpulan Wang ini untuk menjalankan aktivitinya.
(3) Anggota / mana-mana pertubuhan, kumpulan atau individu tidak boleh menuntut derma ini sebagai haknya.
(4) Wang yang terkumpul dalam Kumpulan Wang ini bolehlah dengan kelulusan Lembaga dipindahkan ke Tabung/Kumpulan Wang lain jika difikirkan perlu.
(5) Aturan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta Koperasi 1993, Peraturan – peraturan Koperasi 2010 dan UUK Koperasi.
(6) Lembaga dengan persetujuan Suruhanjaya bolehlah meminda sebarang peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan perlu dan mustahak. Pindaan ini adalah bagi memudahkan perjalanan serta pengurusan Kumpulan Wang ini mengikut keadaan semasa. Tarikh berkuatkuasa pindaan tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan setelah dimaklumkan kepada Suruhanjaya.
PERTIKAIAN :
16. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut UUK 80(1)(2)(3) Koperasi ini.
Mra/na
TERMA RUJUKAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA KECIL KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA
1. PENDAHULUAN
Pada dasarnya Anggota Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama adalah dilantik dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi yang terdekat selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan dan mereka akan berkhidmat sehingga ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang, melainkan pelantikan mereka ditamatkan oleh Lembaga Koperasi sebelum tempoh berkenaan tamat. Adalah menjadi bidang kuasa Lembaga untuk menamatkan pelantikan tersebut.
2. TERMA RUJUKAN DAN TUGAS-TUGAS 3.1. Tugas
3.1.1. Jawatankuasa bertanggungjawab untuk meneliti secara mendalam apa-apa cadangan atau kertas kerja untuk disyorkan kepada Lembaga Koperasi. Ini adalah kerana Lembaga mungkin tidak dapat meneliti secara mendalam atas faktor faktor yang diberi. Oleh yang demikian penelitian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama akan memudahkan Lembaga Koperasi membuat keputusan.
3.1.2. Jawatankuasa akan berbincang berkenaan bantuan-bantuan kebajikan baru dan mengkaji dari segi bayaran-bayaran, sumbangan-sumbangan dan bantuan- bantuan yang sedia ada untuk disyorkan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.
3.1.3. Jawatankuasa mempunyai kuasa memutuskan , meluluskan atau mengesahkan bayaran yang telah dibuat ke atas apa-apa bantuan kebajikan yang dilaksanakan mengikut aturan-aturan Kumpulan wang ini.
4. MESYUARAT
3.1 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang kurangnya dua (2) kali setahun.
3.2 Komposisi Jawatankuasa terdiri seperti berikut : i. Seorang (1) Pengurus
ii. Seorang (1) Penolong Pengurus
iii. Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi iv. Seorang (1) dikalangan Anggota
3.3 Kuorum bagi mengadakan mesyuarat ini adalah empat (4) orang.
Mra/na
3.4 Lembaga Koperasi berkuasa membubarkan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama ini atau menggantikan anggota Jawatankuasa ini jika difikirkan perlu pada bila-bila masa.
4. BIDANG KUASA JAWATANKUASA
Bidang kuasa Jawatankuasa ini adalah sebagaimana kuasa dan kewajipan Lembaga Koperasi mengikut UUK Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Jawatankuasa ini akan memantau dengan lebih terperinci segala dasar dan aktiviti- aktiviti yang dijalankan mengikut keputusan Lembaga.
4.1 Kewangan
Jawatankuasa dibenar untuk pertimbangkan, meluluskan atau mengesahkan ke atas perkara-perkara berkaitan dengan:-
4.1.1 Kadar Derma Maksimum dan Minimum
Mengkaji dan menetapkan had jumlah derma atau sumbangan untuk disyorkan kepada Lembaga
4.1.2 Punca Kewangan
Mengkaji dan mengesyorkan kepada Lembaga bentuk dan cara untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan.
4.1.3 Menimbangkan, Meluluskan , Mengeluarkan, dan / atau Mengesahkan Derma Yang Telah Dibayar
Kuasa menimbangkan,meluluskan mengeluarkan dan atau mengesahkan semua derma derma yang telah dibuat .
4.1.4 Kelayakan
Mengkaji dari masa ke semasa kelayakan penerima Kumpulan Wang ini.
5. ELAUN MESYUARAT
Elaun mesyuarat Jawatankuasa adalah seperti yang diluluskan dalam Anggaran Belanjawan Tahunan.
7. PENUTUP
Terma rujukan dan garis panduan ini disediakan bagi memastikan keputusan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Wang Kebajikan Bersama adalah rasmi dan sah dari segi UUK seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Mra/na
SKIM KHAIRAT KEMATIAN DAN
SUMBANGAN KELUARGA
Mra/na
ATURAN-ATURAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN DAN SUMBANGAN KELUARGA NAMA DAN MULA BERKUATKUASA :
1. (1) Aturan ini adalah dinamakan ‘Aturan-Aturan Skim Khairat Kematian / Sumbangan Keluarga Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad’.
(2) Aturan ini diwujudkan di bawah perenggan 45(1)(X) UUK dan berkuat kuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya.
TAFSIRAN :
2. Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran berikut adalah dipakai;
(a) ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(b) ‘Anggota’ ertinya seseorang yang telah sah diterima menjadi anggota Koperasi menurut UUK Koperasi ini dan melaksanakan kewajipan sebagaimana yang terkandung dalam UUK 16 dan 55A UUK Koperasi.
(c) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal- ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
(d) ‘Khairat’ ertinya pemberian yang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada akaun Simpanan Khas Khairat Kematian mengikut Aturan ini.
(e) ‘Sumbangan Keluarga’ ertinya pemberian yang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada kutipan derma daripada anggota-anggota.
(f) ‘Jawatankuasa’ ertinya Jawatankuasa Kecil yang dilantik di bawah UUK 45(w).
(g) ‘JAD’ ertinya Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi yang dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi menurut UUK 50
(h) ‘Keluarga’ ertinya suami atau isteri-isterinya, anak-anaknya, termasuk juga anak angkat yang sah di sisi Undang-undang dan anak-anak tiri di bawah penjagaannya yang berumur di bawah 18 tahun pada tarikh permohonan dibuat, ibu dan bapa anggota.
(i) ‘Suami/Isteri’ ertinya suami atau isteri-isteri anggota Koperasi ini yang sah di sisi undang-undang.
(j) ‘Mesyuarat Agung’ ertinya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(k) ‘Wasi’ atau ‘Penama’ tiap-tiap anggota Muslim hendaklah menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk menerima setelah dia mati, wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum Islam .
(l) ‘Skim ini’ ertinya Aturan-aturan Skim Khairat Kematian / Sumbangan Keluarga Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
(m) ‘Derma’ ertinya sumbangan yang diberikan kepada Koperasi bagi tujuan membolehkan Koperasi mendermakannya semula bagi tujuan meringankan beban anggota / keluarga anggota. Di mana derma yang terkumpul ini tidak akan dipulangkan kepada anggota apabila anggota tersebut berhenti atau terhenti keanggotaannya.
(n) ‘Tarikh Peristiwa’ ertinya tarikh yang terdapat pada surat / sijil sebagai bahan bukti yang sahih.
Mra/na
KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD
ATURAN-ATURAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN DAN SUMBANGAN KELUARGA (o) ‘Suruhanjaya’ ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi
Negeri-negeri.
(p) ‘Indivudu’ ertinya orang perseorangan sama ada anggota Koperasi atau bukan anggota.
(q) ‘UUK’ ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.
TUJUAN:
3. Tujuan Skim ini diwujudkan ialah untuk membantu perbelanjaan bagi pengurusan kematian seseorang anggota dan keluarga anggota dan bagi membantu penyelesaikan segala hutang-hutang yang terdapat di Koperasi ini dan meringankan beban anggota keluarga yang ditimpa musibah.
PUNCA KEWANGAN :
4. Punca atau sumber kewangan bagi Skim ini, adalah diperolehi dari:-
(1) Sumbangan dari setiap anggota sebanyak RM 20.00/orang bagi setiap anggota yang meninggal (apabila berlaku kematian, wang ini akan dituntut melalui akaun Simpanan Khas Khairat Kematian).
(2) Keuntungan bersih Koperasi sepertimana yang dijelaskan dalam perenggan 65 (2)(d) UUK Koperasi.
(3) Derma daripada anggota sebanyak RM 5.00/orang setiap bulan.
(4) Derma dan sumbangan daripada anggota Koperasi mengikut keputusan Mesyuarat Agung.
(5) Derma dan sumbangan daripada pihak lain yang difikirkan sesuai.
KELAYAKAN :
5. Kelayakan bagi memohon dan menerima sumbangan dari Skim ini ialah :-
(1) Seseorang yang telah diterima menjadi anggota Koperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan telah menjelaskan bayaran fi masuk dan yuran bagi bulan yang pertama dan seterusnya.
(2) Seseorang anggota bersara hanya boleh diberikan bantuan sumbangan dalam keadaan anggota tersebut telah menjelaskan sepenuhnya yuran dan syer mereka menurut peruntukan UUK 55,55A dan 21(3)(a)(b) Koperasi ini
(3) Anggota hanya layak menerima sumbangan ini jika anggota tersebut telah menjelaskan sumbangannya kepada skim ini pada enam (6) bulan terakhir semasa tuntutan dibuat.
Mra/na
ATURAN-ATURAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN DAN SUMBANGAN KELUARGA
(4) Jika anggota tersebut meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan dimana- mana hospital kerajaan/swasta, anggota tersebut hanya layak menerima sumbangan khairat kematian sahaja.
(5) Permohonan Skim ini tidak layak dipertimbangkan jika dalam keadaan berikut : i) kemasukan hospital kerana kehamilan, kelahiran anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, penguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, apa-apa jenis rawatan ketidaksuburan atau pensterilan.
ii) kemasukan hospital kerana rawatan pergigian, penyalutan gigi atau peletakan gigi palsu.
iii) Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan pemeriksaan diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, yang tidak berkaitan dengan rawatan.
iv) Kemasukan hospital kerana mengidap AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).
v) Kematian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti kematian yang disebabkan kecederaan yang disengajakan seperti mabuk, bunuh diri dan seumpamanya.
KADAR BAYARAN KHAIRAT KEMATIAN / SUMBANGAN KELUARGA:
6. (1) Kadar bayaran bagi Skim ini adalah seperti berikut :-
(a) RM 20.00 daripada seorang anggota atas kematian satu (1) orang anggota yang layak sahaja, dikira atas jumlah anggota yang sah yang ada pada tarikh kematian.
(b) RM 500.00 bagi setiap kematian keluarga anggota.
(c) RM 50.00 bagi satu (1) malam disumbangkan kepada anggota yang dimasukkan ke wad di mana-mana hospital kerajaan/swasta. Maksimum bayaran adalah dua puluh (20) malam bagi tempoh satu (1) tahun tertakluk pada Aturan-aturan Skim Khairat Kematian / Sumbangan Keluarga Koperasi.
(2) Lembaga berhak membuat pemotongan daripada jumlah sumbangan yang diterima oleh anggota bagi tujuan dimasukkan ke dalam Tabung Skim ini semula sekiranya terdapat sumbangan bulanan anggota yang masih tertunggak.
Mra/na
ATURAN-ATURAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN DAN SUMBANGAN KELUARGA PENTADBIRAN :
7. (1) Komposisi Jawatankuasa ini terdiri seperti berikut : i. Seorang (1) Pengurus
ii. Seorang (1) Penolong Pengurus
iii. Tiga (3) orang dikalangan Anggota Lembaga Koperasi iv. Seorang (1) dikalangan Anggota
(2) Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh salah seorang (1) Anggota Lembaga yang dilantik oleh Lembaga.
(3) Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
(4) Tempoh perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa ini adalah satu (1) tahun.
(5) Jawatankuasa hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kumpulan Wang ini berserta dengan akaunnya dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Koperasi.
(6) Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersekali dengan akaun-akaun lain Koperasi setiap tahun.
KUORUM MESYUARAT JAWATANKUASA :
8. (1) Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang- kurangnya empat (4) orang daripada jumlah Jawatankuasa ini.
TAHUN KEWANGAN :
9. (1) Tahun Kewangan bagi Skim ini hendaklah bermula pada Satu (1) hari bulan Januari dan berakhir pada Tiga Puluh Satu (31) hari bulan Disember setiap tahun.
PERMOHONAN :
10. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan sumbangan daripada Skim ini hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Koperasi.
(2) Bagi Skim Khairat Kematian tuntutan hendaklah dibuat oleh suami/isteri anggota /penama atau waris-waris simati yang sah dalam masa tiga (3) bulan daripada tarikh kematian. Koperasi tidak akan membuat apa-apa bayaran Khairat Kematian bagi tuntutan yang melewati tiga (3) bulan.
(2) Setiap permohonan hendaklah dikepilkan bersama Perakuan asal Kematian / perakuan ‘Discharge Hospital’ (yang akan dikembalikan sesudah diwasilkan dibelakangnya) dan satu (1) salinan pendua untuk simpanan Koperasi.
Mra/na
ATURAN-ATURAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN DAN SUMBANGAN KELUARGA
MEMPROSES PERMOHONAN :
11. (1) Semua borang permohonan yang diterima hendaklah diproses oleh Lembaga untuk dipertimbangkan dan meluluskan permohonan ini serta mengeluarkan pembayaran setelah ditentukan bahawa permohonan ini dibuat menurut syarat- syarat kelayakan di dalam Aturan ini.
(2) Perakuan-perakuan itu hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan yang disediakan oleh Lembaga.
PEMBAYARAN :
12. (1) Semua pembayaran setelah diluluskan hendaklah dibuat dengan cek Koperasi.
(2) Bayaran adalah mengikut budi bicara Lembaga setelah berpuashati atas kesahihan permohonan itu.
(3) Hanya satu (1) bayaran sahaja yang akan dibayar bagi satu permohonan.
(4) Caj perkhidmatan Operasi Skim Khairat Kematian adalah sebanyak lima peratus (5%) dan Caj perkhidmatan Operasi Sumbangan Keluarga adalah sebanyak dua setengah peratus (2.5%) akan ditolak dari amaun yang layak dibayar kepada anggota, dimana caj yang terkumpul ini boleh digunakan sebagai bayaran elaun kepada pengendali-pengendali kedua-dua Skim tersebut.
(5) Lembaga mempunyai kuasa menyelaraskan baki hutang-hutang anggota tersebut kepada Koperasi.
(6) Sekiranya keanggotaan seseorang anggota terhenti / berhenti, hanya wang baki daripada Simpanan Khas Khairat Kematian sahaja yang terkumpul di dalam akaunnya yang masih belum didermakan akan dipulangkan kepadanya.
(7) Wang derma Sumbangan Keluarga daripada anggota tidak akan dipulangkan kepada anggota apabila keanggotaannya terhenti / berhenti.
AUDIT :
13. (1) JAD hendaklah memeriksa akaun Kumpulan Wang ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu (1) tahun.
(2) JAD berhak memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubung secara langsung dengan Kumpulan Wang ini dan mempunyai kuasa memanggil mana-mana individu yang dikehendaki supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan dengan Kumpulan Wang ini.