Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran yang seterusnya.
”Sebenarnya banyak mendatangkan faedah.benda ini boleh juga apa orang kata meransangkan pembelajaran budak.”(Temubual 2, 03)
”Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu, komputer cikgu, memang excited nak pi”(Temubual 1,05)
Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jadual 4.3). Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran
9%
55%
36% Negatif
Positif T.Menjawap
dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebih bermakna (63%).
Jadual 4.3:
Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P
Jadual 4.4:
Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P
Pesepsi Tidak Setuju Agak Setuju Setuju Sangat Setuju Pelajaran Menarik - 9% 18% 55% pelajaran jelas - 27% 36% 18%
pelajaran senang difahami 9% 18% 27% 27%
pelajaran lebih bermakna - 9% 36% 27%
Pelajaran lebih
menyeronokkan
- 9% 9% 64%
Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihat sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia.
“dia ada CD dia..Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri..”
(Temu-bual 2 , 01) Pernyataan Bil. Peratus
Tidak menjawap 2 18% Tidak Berkesan 2 18%
Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi, imej dan audio menjadikan pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran.
”Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.” ( Temu-bual1, 05)
”Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring.. kadang-kala kalau kita nyanyi sendiri..dia boring”.
(Temu-bual 2 , 01)
Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangan kelas yang banyak, kerana bahan tersebut boleh diulang pakai.
“Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara.. kita relek sikit la...” (Temubual 1, 05)
“Lagi pun,kalau ada banyak kelas, boleh ulang-ulang..” (Temubual 2, 01)
Apakah tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian adalah rendah. Peratus pelaksanaan pada tahap “Kerap” berada dalam lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ”Kadang-kala” adalah 18% untuk satu tempoh masa seminggu. Tahap “Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhan responden. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini.
Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian, dilaksanakan secara
rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Ia dilaksanakan bergantung kepada waktu lapang guru dan juga minat belajar pelajar. Kalau dirasakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran, maka mereka dibawa masuk ke makmal komputer .
“Hari biasa pun guna, bergantung kepada budak, kalau kita tengok,budak itu kalau kita panggil pun, tak beri perhatian, masuk dalam ini la.”
(Temubual 2,04)
“Waktu BM, tengok kalau ada free… ” (Temubual 1 ,01)
”Tengok la budak, minggu ini saya dah buat.” (Temubual 2,04)
Dengan kata lain, tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal komputer di sekolah kajian. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dan dihadiri oleh ramai pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajar-pelajar tahun lain.
“Kadang-kala saya buat sebelah petang, tapi dalam masa P&P saya juga la. ramai bukan takat darjah satu, darjah tiga.. join juga”
(Temubual 2, 01)
Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen multimedia yang digunakan dalam CD-ROM Interaktif, dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman
pelajar, terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka.
“Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.” (Temubual01,05)
“Ada CD, boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...” (Temubual01,06)
Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun dalam aspek penyampaiannya.
“Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu.. Vokal, cara
berkomunikasi. semua telah diajar dalam itu. Semua kandungan CD Bahasa Arab itu,dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun.”
(Temubual02,03)
Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan ini tidak dibekalkan.
“Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… ” (Temubual02, 01)
Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif , perisian persembahan juga digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas. Namun tahap penggunaannya adalah terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja.
”Pembentangan... Kalau subjek lain ada juga. Macam BI,... saya tengok dia orang guna la..”
Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. Oleh kerana, guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusus dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai, maka guru hanya akan menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja.
“Ya la power point, tapi kurang ada masa nak buat” (Temubual 01,05)
”Kalau buat bahan sendiri, Tak reti” (Temubual01,05)
“Senang saja, dengan slide.. tapi tak pernah buat sendiri.. Guna mana yang diberi”
(Temubual01,05)
Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar, tidak wujud satu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer yang betul, dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaan aplikasi komputer.
“Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. Masing-masing mengajar... “
(Temubual01,05)
”Mula-mula taiplah panjang-panjang, tak erti nak bawah turun, sekarang dah boleh la..”
Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran ?
Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap terpasang dengan kemudahan LCD. Pada masa yang sama, di bawah pelaksanaan program PPSMI, pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini sememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong pelaksanaan amalan ini secara khusus. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemen multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalan CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks.
Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Elemen multimedia seperti audio, imej, dan animasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Pelajar-pelajar lebih terangsang dan akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Bahan multimedia yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar, terutama sekali untuk pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang ingin dipersembahkan.
“Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu komputer, cikgu memang excited nak pi”
“Ada CD,boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...” (Temubual01,06)
Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar Orang Asli yang cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur hiburan. Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isi kandungan yang disampaikan.
“Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02,01)
“Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up...” (Temubual02, 01)
“Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring… (Temubual02, 01)
Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan bersesuaian, menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya dalam kelas. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, penggunaan CD-ROM “Mutiara” dalam sesi mengenali abjad. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa Arab, CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyian sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. (Temubual 02,02)
Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran, dan cara susunan bahan pengajaran tersebut; pengenalan, penggunaan dan pengukuhan, memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut.
“Semua kandungan CD Bahasa Arab itu, dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun. Dia ABM, lengkaplah..”
(Temubual02,03)
“Dia ada, mula-mula cara memperkenalkan benda, lepas tu.cara sebut..cara komunikasi, penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan nyanyi.”
(Temubual02, 03)
Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak hanya menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah mereka menjadi “penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsung ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna.
” Bukan software, CD, CD.... CD Interaktif. Datang tu, budak akan klik “A” dia akan keluar… .”
(Temubual01, 01)
Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran?
Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan bekalan LCD, namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Salah satu faktor utama yang menghalang pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara berterusan ke premis sekolah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan pada sebelah malam sahaja. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada
bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer.
“Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak ada.”
(Temubual01, 01)
“Tulah nak senang macam ini la... Masalah generator. Kalau ada memang kami guna.”
(Temubual02, 01)
Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang panjang, dari sebulan hingga ke beberapa bulan. Keadaan ini tidak merangsangkan guru-guru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK.
“Nak harap makmal, dah berapa bulan tak buka. Selepas cuti tak buka langsung. Tak ada minyak.”
(Temubual02, 06)
Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik, guru-guru juga menghadapi masalah ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Guru-guru banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama dengan buku teks sahaja. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang dibekalkan itu berkaitan dan sesuai.
“Bahan CD yang sesuai, related tak banyak..” (Temubual 01,05)
Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan, kemungkinan besar amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku.
“Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… Kita guna macam tu saja la...”
Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai, guru-guru memerlukan pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek pengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge Shulman (1999)), merupakan satu proses dimana kandungan dan pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik, masalah atau isu boleh disusun, dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan kemampuan pelajar serta dilaksanakan. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap: “tak reti”.(Temubual01, 05) Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 44% responden memohon kursus yang berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan