• Tidak ada hasil yang ditemukan

RUMUSAN DAN CADANGAN

Dalam dokumen Amalan Penggunaan TMK Dalam P&P (Halaman 42-55)

Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p. Selain itu , kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di dalam kelas. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga dikaji. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua,2006) dan membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual.

Perbincangan Dapatan

Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa, dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Hasil dapatan ini, dapat disokong oleh Maurer(1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik, 1991; Toh,1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002, yang mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001).

Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil dapatan kajian, menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “Entry” dan “Adoptation” seperti mana yang digariskan dalam Model “Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et.al,1991). Pada masa yang sama, kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian tertentu. Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di sarankan oleh Heppel (1993).

Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak lengkap, seperti kemudahan makmal komputer, LCD, komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Tahap penggunaan ini adalah tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. Hasil kajian ini, adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Abdul Wahab Ismail Gani et. al (2006), menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik. Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994), sikap terhadap komputer menjadi faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Bagi Kazlauskas (1995), faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan guru semasa proses p&p berjalan.

Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih

pembelajaran. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah menyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini, adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannya pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pihak organisasi.

Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p

Dapatan kajian mendapati, bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Bekalan elektrik hanya dibekalkan mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti pembelian bekalan elektrik , amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK dalam p&p (Lucas ,1986)

Hasil kajian juga mendapati, faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap,”Tak reti”. Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan. Dapatan kajian ini, selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd Manap (1999), yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan, tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah.

Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Menurut Williams et al (2000), guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyai kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. Ini kerana guru-guru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan pembinaan media pengajaran yang sesuai.. Ketiadaan capaian yang berterusan tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut.

Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke-21.

Cadangan Penambahbaikan

Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK.

Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK, seperti komputer dan capaian Internet, tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun ini merupakan langkah pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam kajian (Williams et al, 2000), Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999). Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian.

Penglibatan Pihak Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru. Perana ini penting,terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pihak pentadbir juga perlu boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka.

Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge )

Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian elemen TMK, agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Semua ini berserta dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya

diwujudkan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah dalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan latihan pengkukuhan dalam kelas. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas yang lain.Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian maklumat pengajaran.

Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan

Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan, terutama sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalam kedaaan yang terbaik untuk digunakan. Masalah-masalah teknikal seperti kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD (Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Guru-guru perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberi perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Dalam keadaan ini, jika dibenarkan,seorang juruteknik Makmal Komputer boleh disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di sekolah-sekolah. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya.

Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid Crystal Display) , capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan.

Selain dari itu, penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Perkara ini serba sedikit akan dapat mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan berkaitan. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesra-pengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru- guru.

Kesimpulan

Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Walaupun faktor sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkan amalan TMK dalam bilik darjah. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu dititikberatkan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimana kemahiran, kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. Perancangan dan aplikasi amalan TMK yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pada masa yang sama, sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolah dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan.

Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yang bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk menggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalam mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam proses p&p.

Rujukan

Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2

Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Development. Massachusetts: Allyn & Bacon.

Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Tesis Sarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan)

Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000, Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan.. Mc Graw Hill, Malaysia. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.

Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard Issue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1.

Cox M.J (1997). The Effects of Information Technology on Students’Motivation: Final report. NCET.ISBN 1871984289

Dasar Penyata Razak (1965)

Dwyer, D. C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991) Changes in Teachers’Beliefs and Practices in Technology-rich Classrooms, Educational Leadership, 48(8), pp. 45-52.

Harrison, C., Youngman, M., Bailey, M., Fisher, T., Phillips, R. & Restorick, J. (1998) Multimedia Portables for Teachers Pilot. Coventry: British Educational Communications and Technology Agency.

Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.

Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the progression and evolution of education computing against a background of change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229-238.

Jasmy, Arif, Shahidah & Rosnani, 2001

Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Kazlauskas, E.J., 1995, Innovation, Information and Teacher Education. Technology and Teacher Education Annual: Technology Diffusion. Association for the

Advancement of Computing in Education,

http://www.coe.uh.edu/insite/elec_oub/html.

Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). IAB, 24 –27 November 2008.

Kulik,C. , & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94

Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal of Educational Technology, 23, 164-171.

Lili Nurliyana Abdullah (1996).Multimedia in Education Arming Our Students for Future. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia.

Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: McGraw Hill.

Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of ED-Media 93 World Conference on Educational ED-Media and Hypermedia, Orlando, Florida. June, 23-26.

Mc Lellan (1991).Teachers and classroom management in a computer learning environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.

Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd Sarif Abd Manap (1999). Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Abstrak. Di muat turun daripada

http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall.

Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. U.S.A: McGraw-Hill.

Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor- Faktor Penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Abstrak. Di muat turun daripada

http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content

Sandholtz J. H., Ringstaff, C., Dwyer, D. C. (1997). Teaching with technology: creating student-centered classrooms. New York: Teachers College, Columbia University. Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda

Abdullah (2007)

Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripadahttp://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf. Shulman, L. S. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform, in J. Leach

& B. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. London: Paul Chapman.

Strauss, A. & Corbin, J. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and procedures for developing grounded theory. Thousand Oaks: Sage.

Thomas, A. & Pettigrew, N. with Cotton, D. & Tovey, P. (1999) The Use of Multimedia Portables in Supporting the Achievement of the National Professional Qualification for Headship: an evaluation. Research Report RR92. London: DfEE. Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraN Sains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999

Toh, S.C. (1998). Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Kertas kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics Education, Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pada 22 Oktober 1998.

Tuldoziecki, G. & Herzig,B.(2002).Computer and Internet im Unterricht. Dalam

Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education

Heidelberg. Dimuat turun daripada

http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.

Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Teachers and ICT: current use and future needs, British Journal of Educational Technology, 31, pp. 307-320.

Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Integrating Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis of teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish schools, Journal of Information Technology for Teacher Education,Vol 9, No. 2 2000. pp 167-183

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.

Dalam dokumen Amalan Penggunaan TMK Dalam P&P (Halaman 42-55)

Dokumen terkait