• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengkategorian Pengguna Berdasarkan Ciri Inovatif Diubahsuai daripada Rogers (2003)

Berdasarkan Rajah 2 , golongan yang berada dalam kategori ’Pencipta’ menyukai idea-idea yang baru. Golongan ini gemar mencipta pembaharuan dan bersikap suka mencuba. Golongan pengguna awal merupakan mereka yang paling awal menggunakan sesuatu inovasi dan ini Pengetahuan Penolakan Pengesahan Pelaksanaan Keyakinan Keputusan Tidak Ya 16% 34% 34% 13½% 2½% Pengguna Awal Majoriti Lewat Majoriti Awal Pencipta Ketinggalan Populasi Masa

61 akan diikuti oleh golongan majoriti awal. Manakala golongan majoriti lewat bersikap lebih skeptikal dan mereka hanya akan menggunakan inovasi selepas golongan majoriti awal menggunakannya terlebih dahulu. Golongan terakhir yang akan menggunakan inovasi adalah mereka dalam kategori ’ketinggalan’.

Sistem Sosial merupakan satu unit yang saling berkaitan antara satu sama untuk menyelesaikan masalah demi mencapai sesuatu matlamat (Rogers, 2003). Proses difusi berlaku dalam sistem sosial manakala struktur sosial dan norma-norma dalam sesuatu sistem sosial turut mempengaruhi tahap difusi inovasi sebagaimana ia turut mempengaruhi tahap inovatif seseorang individu.

Pengaruh ke atas proses difusi dan tahap penggunaan inovasi juga bergantung kepada jenis keputusan inovasi (Rogers, 2003). Terdapat tiga jenis keputusan-inovasi iaitu (a) opsyen, iaitu keputusan yang dilakukan oleh individu bebas dalam sistem, (b) kolektif, iaitu keputusan yang dilakukan oleh majoriti ahli dalam sesuatu sistem, dan (c) autoriti, iaitu keputusan yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai kuasa, status atau kemahiran teknikal di dalam sesuatu sistem. Namun menurut Rogers, keputusan autoriti dapat mempengaruhi kadar penggunaan inovasi dengan lebih cepat berbanding jenis keputusan yang lain.

Secara keseluruhannya, teori Difusi Inovasi yang dikemukakan oleh Rogers (2003) menyentuh aspek ciri inovasi, komunikasi, masa dan sistem

62 sosial. Kewujudan elemen-elemen ini akan mempengaruhi tahap penggunaan inovasi teknologi.

Selain daripada Rogers, Ely (1999) telah memberi penekanan terhadap aspek persekitaran sebagai pengaruh yang memberi kesan terhadap tahap penggunaan inovasi teknologi. Lapan kondisi yang dikemukakan Ely adalah sebagaimana berikut:

Kondisi Yang Membantu Penggunaan Inovasi

Kejayaan sesuatu perubahan, bukan sahaja bergantung kepada ciri-ciri yang ada pada sesuatu inovasi, tetapi menurut Ely (1990b), ia juga turut dipengaruhi oleh persekitaran dalam penggunaan inovasi berkenaan. Ely (1990b,1999) telah mengenalpasti lapan kondisi yang boleh membantu kejayaan sesuatu inovasi. Beliau menyifatkan kelapan-lapan kondisi ini sebagai saranan ke arah pelaksanaan yang berjaya.

Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa

Wujudnya rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa, boleh mendorong ke arah berlakunya perubahan. Ely (1990) mendefinisikan ketidakpuasan sebagai ”perasaan atau emosi yang menginginkan perubahan” dan ini disebabkan oleh beberapa punca. Ellsworth (2000), menyatakan ketidakpuasan hati berpunca daripada dua faktor; dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah seperti perasaan kecewa dan tidak berpuas hati dengan metod

63 pengajaran sedia ada atau terhadap bahan-bahan perisian pengajaran dan buku teks yang tidak lagi membekalkan maklumat semasa. Manakala faktor luaran merujuk kepada masalah luaran seperti pelajar kurang berminat, pencapaian pelajar yang rendah atau method pengajaran yang tidak efektif (Ely, 1990).

Ely (1993) juga mengatakan, kondisi atau keadaan ini kadangkala dirujuk oleh penyelidik lain sebagai keperluan terhadap penambahbaikan atau perubahan.

Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

Individu yang akan melaksanakan sesuatu inovasi seharusnya memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan tugas tersebut. Umumnya, orang mungkin menganggap bahawa perubahan akan dapat dilakukan dengan mudah, tetapi tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang khusus individu berkenaan tidak akan dapat merealisasikan sebarang perubahan yang kehendaki. Dalam pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaranmisalnya, seorang guru itu mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan komputer dan selok-belok yang berkaitan. Wetzel, Zambo dan Padget (2002) menyatakan bahawa untuk menggunakan sesuatu teknologi, guru perlu mengetahui cara menggunakannya, memahami peranan dan kemampuan teknologi

64 tersebut serta pengetahuan tentang metod yang sesuai untuk mengintegrasikannya ke dalam kurikulum.

Ely (1993) menyatakan bahawa setiap individu yang akan menggunakan atau melaksanakan sesuatu inovasi mesti memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan tugas tersebut. Dalam hal ini, Verspoor (1989) menyifatkan aspek ini sebagai kompetensi dan kebolehan. Dalam menjayakan sesuatu perubahan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran yang baru, setiap individu yang akan melaksanakan perubahan tersebut perlu diberi pengetahuan dan kemahiran yang terbabit. Namun menurut beliau keadaan ini seringkali diabaikan kerana satu daripada faktor yang sering wujud dalam hasil kajian terhadap kegagalan sesuatu perubahan ialah kekurangan latihan yang diberikan kepada golongan guru atau staf.

Wujudnya Sumber Yang Diperlukan

Sumber ditakrifkan sebagai peralatan atau bahan yang berkaitan yang boleh diperolehi untuk membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran (Ely, 1990b) atau sebagai bahan-bahan serta peralatan yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu inovasi. Jika sekiranya sumber-sumber ini tidak dapat disediakan, pencapaian objektif tidak akan dapat dicapai sebagai mana yang diharapkan. Oleh itu menurut Ely, bagi menjayakan sesuatu perubahan, pihak

65 yang berwajib perlu memastikan sumber-sumber yang diperlukan disediakan untuk kegunaan guru dan pelajar.

Ely (1993) juga menegaskan bahawa kekurangan peralatan dan perisian akan menyebabkan sesuatu inovasi teknologi tidak dapat dilaksanakan. Chapman (1990), Fullan (1991) juga menyatakan adalah mustahil untuk melaksanakan sebarang perubahan jika bahan-bahan sokongan tidak disediakan. Selvam Perumal (2000) juga bersetuju bahawa selain daripada pengalaman, kewujudan sumber seperti perkakasan dan perisian menjadi faktor yang menyumbang ke arah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hajar (2004) mengklasifikasikan kondisi sumber sebagai kondisi yang wajib ada dalam persekitaran sekolah. Menurut beliau, walaupun kondisi lain wujud itu tidak bermakna tanpa kewujudan sumber yang mencukupi untuk kegunaan guru.

Masa Yang Diperlukan Ada

Ely (1990b) menyatakan, untuk melaksanakan sesuatu perubahan, golongan pelaksana (dalam konteks kajian ini - guru) haruslah mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk mempelajari, mengadaptasi, mengintegrasi dan seterusnya membuat refleksi terhadap apa yang mereka laksanakan. Hal ini kerana, perubahan itu sendiri memerlukan pembangunan dalam kemahiran yang baru untuk menyokong produk, prosedur dan prinsip-prinsip baru yang diperkenalkan. Golongan yang melalui perubahan memerlukan

66 masa untuk membangun atau membangunkan semula bahan-bahan sokongan atau alat-alat bantu mengajar yang diperlukan.

Ely (1990b) menganggap masa merupakan elemen yang sangat penting dan merupakan asas dalam proses perubahan dalam pendidikan. Sesuatu perubahan itu berkemungkinan besar akan ditolak oleh golongan pengguna atau pelaksana sekiranya mereka mendapati pelaksanaannya memerlukan pengorbanan masa yang tidak mampu mereka sediakan. Jika perkara sebegini berlaku, maka pelaksanaan sesuatu perubahan itu tidak akan dapat dijalankan secara realistik dan ini akhirnya akan membawa kegagalan. Ini dipersetujui oleh Verspoor (1989) yang menyatakan masa hendaklah dianggap sebagai suatu keadaan yang penting yang perlu diperuntukkan untuk memastikan sesuatu pelaksanaan berlaku.

Wujudnya Ganjaran Dan Insentif Bagi Para Peserta

Bagi sesetengah individu, insentif memberi makna yang berbeza. Ada individu yang menganggap insentif bermaksud mendapat peralatan tambahan atau peralatan baru dan ada pula yang melihat insentif dari sudut pertambahan staf pembantu malah ada juga yang berpuas hati dengan mendapat pengalaman baru yang menawarkan kelainan daripada rutin semasa. Miles, Ekholm dan Van de Burghe (1987) berpendapat walau apapun bentuk ganjaran atau insentif

67 yang diberikan sama ada intrinsik atau ekstrinsik, ia harus disediakan.

Rogers (2003) menyatakan sesuatu perubahan akan lebih berjaya sekiranya terdapat usaha untuk memberi insentif kepada mereka yang melaksanakannya. Sebagai contoh, guru yang telah sekian lama menggunakan kaedah latih tubi atau kedah syarahan dan telah berjaya menghasilkan pencapaian pelajar yang cemerlang tentunya akan menolak untuk mengadakan perubahan dalam corak pengajarannya. Namun, jika guru tersebut diberikan insentif atau ganjaran seperti bantuan dalam penilaian bahan, penambahan peruntukan, pengurangan beban tugas atau kenaikan gaji serta pemberian bonus, perubahan yang diharapkan mungkin akan diterima serta berjaya dilaksanakan. Ini bermakna insentif sama ada berbentuk intrinsik atau ekstrinsik amat diperlukan dalam hal ini (Ely, 1990b).

Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan

Keadaan ini merujuk kepada proses membuat keputusan secara bersama dan melibatkan komunikasi atau perbincangan dalam kalangan semua pihak. Penglibatan bersama adalah perlu kerana sebarang keputusan yang diambil memberikan kesan terhadap diri mereka sendiri. Menurut Ely (1990b), penglibatan semua pihak boleh berlaku dalam beberapa peringkat; (a) semasa mengenalpasti masalah, (b) semasa menimbang penyelesaian alternatif dan (c)

68 semasa membuat keputusan apabila sesuatu program atau pendekatan baru diperkenalkan. Walau bagaimanapun, dalam konteks pendidikan, sebarang keputusan yang dibuat kebiasaannya dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang kemudiannya diarahkan agar dilaksanakan oleh para guru. Proses membuat keputusan secara ”top-down” begini boleh menimbulkan tekanan luaran oleh kerana ia tidak dibuat berdasarkan keputusan secara dalaman dan bersama (Berman & McLauglin, 1974).

Setiap individu boleh diwakili oleh golongan atau pihak yang dipercayai kerana adalah sukar untuk membolehkan setiap individu untuk duduk semeja dan terlibat dalam perbincangan pada setiap kali keputusan hendak diambil. Apa yang penting di sini ialah setiap individu mempunyai perasaan bahawa dia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengutarakan sebarang komentar dan pendapat terhadap sesuatu inovasi yang dilaksanakan itu. Fullan (1991) berpendapat seseorang individu tidak akan dapat melaksanakan sesuatu inovasi dengan penuh minat dan akur sekiranya individu tersebut tidak diberikan peranan atau peluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.

Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

Untuk menjamin kejayaan sesuatu inovasi, komitmen daripada pelbagai pihak adalah perlu terutama daripada pihak yang berkepentingan. Ely (1990b) menyarankan bahawa setiap individu

69 yang terlibat dengan penggunaan teknologi terbabit harus dilibatkan dalam perbincangan berkaitan penggunaan tersebut. Ini kerana golongan yang mengadaptasi sesuatu inovasi yang mana melibatkan peruntukan masa dan tenaga, memerlukan sokongan yang padu serta berterusan daripada pihak yang terbabit dari semua peringkat pentadbiran (Ellsworth, 2000).

Wujudnya Kepemimpinan

Ely (1990) mengatakan faktor ini juga perlu ada untuk menjayakan sesuatu perubahan dalam inovasi. Dua cabang kepepimpinan yang dimaksudkan ialah: (a) dari pegawai eksekutif organisasi berkenaan dan (b) dari ketua projek yang terlibat secara lebih dekat dengan aktiviti harian. Walaupun individu bertindak sendirian, terutama dalam usaha di bilik darjah, mereka memerlukan inspirasi dan sokongan berterusan daripada individu yang mereka hormati iaitu pemimpin yang memberi galakan untuk menerima idea baru; menentukan bahawa latihan yang bersesuaian diberikan dan bahan untuk melaksanakan tugas boleh didapati dengan mudah; boleh ditemui untuk nasihat perundingan apabila kekecewaan atau kegagalan berlaku; dan memberitahu minat mereka ke atas kerja semasa secara berterusan. Ini bermakna seorang ketua yang berkepimpinan harus menyediakan ruang untuk perbincangan dan konsultansi sekiranya timbul kepincangan dalam sesuatu pelaksanaan.

70 Ellsworth (2000) menyokong pendapat ini kerana menurut beliau seorang ketua perlu berusaha memberi inspirasi dan galakan sepanjang pelaksanaan. Perbuatan ini memberi kesan afektif yang signifikan terhadap pekerja. Kemampuan memberikan kesan afektif merupakan faktor penting untuk mengelakkan hilang kesinambungan sesuatu proses atau pelaksanaan dan sekiranya ini berlaku, proses institutionalisasi akan terencat (Ely, 1990b).

Kajian-kajian yang menggunakan lapan kondisi Ely sebagai kerangka telah dijalankan di dalam dan luar negara. Hasil kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kondisi yang dikaji wujud dalam persekitaran kajian. Ini sekaligus menggambarkan kepentingan kondisi Ely dalam membantu meningkatkan penggunaan inovasi. Perenggan seterusnya mengupas kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kondisi Ely.

Kajian-kajian berkaitan kondisi Ely

Langkah awal sehingga terhasilnya lapan kondisi ini bermula daripada kajian yang dilakukan oleh Ely (1990a) di tiga buah negara iaitu Indonesia, Chile dan Peru. Beliau menjalankan kajian perbandingan silang budaya dalam aspek pelaksanaan konsep dan produk teknologi pengajaran antara institusi pendidikan formal dan tidak formal. Beliau menggunakan set soal selidik yang berbentuk soalan terbuka yang memuatkan penyoalan tentang kondisi-kondisi yang membantu pelaksanaan dan penggunaan teknologi pengajaran di premis kajian.

71 Dapatan kajian beliau menghasilkan lapan kondisi yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan sesuatu inovasi. Sekiranya kelapan-lapan kondisi tersebut wujud dalam sesuatu persekitaran, keadaan ini akan dapat menjamin penggunaan inovasi secara berkekalan. Sebaliknya, jika satu atau lebih kondisi tersebut tidak wujud, kemungkinan inovasi yang dijalankan tidak akan dapat diteruskan. Ini kerana setiap kondisi tersebut berkait rapat antara satu sama lain.

Rentetan daripada itu, wujudlah kajian-kajian tentang kewujudan kondisi Ely yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain di dalam dan luar negara. Mahady (1992) telah menjalankan kajian terhadap guru-guru sekolah tinggi di Indonesia dari aspek penggunaan bahan teknologi pengajaran di mana satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 608 orang guru sekolah tinggi yang dipilih secara rawak. Kajian ini menunjukkan penggunaan bahan teknologi pengajaran dalam kalangan guru tersebut adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kemudahan prasarana dan bahan, kemudahan mengakses sumber, ciri media yang mudah untuk digunakan, keberkesanan media dalam mencapai objektif pengajaran, masa untuk menyediakan bahan serta sokongan daripada pentadbir. Faktor-faktor ini mengesahkan kewujudan sebahagian besar daripada kondisi Ely (1999) yang telah membantu pelaksanaan inovasi di lokasi kajian.

Bauder (1993) dalam kajiannya yang melibatkan 325 orang guru sekolah yang terlibat dengan projek CHOICE di Amerika Syarikat mendapati semua

72 kondisi Ely wujud di sekolah yang dikaji namun terdapat perbezaan dari segi persepsi terhadap kewujudan kondisi tersebut di kalangan guru yang berbeza latar geografi dan kategori sekolah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan perbezaan persepsi yang jelas terhadap kondisi Ely antara guru yang menggunakan komputer dengan guru yang tidak menggunakan komputer.

Kajian oleh Ravitz (1999) telah menyokong kepentingan kondisi Ely. Kajian dijalankan ke atas 238 guru dari 124 buah sekolah di Amerika Syarikat yang menggunakan Internet. Satu set soal selidik telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kondisi tersebut adalah perlu untuk menyokong penggunaan internet di dalam bilik darjah. Kajian Varden (2002) pula melibatkan 29 orang guru di sekolah tinggi di Amerika Syarikat yang menggunakan komputer riba. Data dikumpul menggunakan set soal selidik dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan kondisi yang wujud ialah : (a) “Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, (b) “Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”, (c) “ Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan”, (d) “ Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” dan (e) “ Wujudnya Kepemimpinan”.

Hajar Mohd Nor (2004) telah mengkaji kewujudan kondisi dalam pelaksanaan intergrasi teknologi maklumat di sekolah-sekolah menengah bestari di Malaysia. Kajian secara kualitatif ini dijalankan terhadap guru-guru sekolah bestari sebagai responden utama (primer), manakala pengetua, pengarah Jabatan Kurikulum dan penyelaras Teknologi

73 Maklumat dan Komunikasi sebagai responden sekunder. Dapatan kajian menghasilkan dua set kondisi yang menyokong kondisi Ely iaitu : a) kondisi utama atau penting (iaitu kemudahan menggunakan sumber teknologi maklumat dan pengetahuan dalam bidang teknologi meklumat), dan b) kondisi sokongan (iaitu kemudahan untuk mengakses sumber teknologi maklumat, sokongan, kehendak untuk berubah di kalangan guru, pengaruh luaran serta komitmen guru terhadap sesuatu inovasi). Kajian ini juga menonjolkan perhubungan di antara kondisi yang wujud dengan kesinambungan terhadap pelaksanaan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi.

Mokhtar Haji Nawawi, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md. Yunus dan Rohani Ahmad Tarmizi (2005) telah menjalankan kajian yang bertujuan meninjau kewujudan atau ketidakwujuduan kondisi Ely dalam kalangan 120 orang guru Matematik di sekolah-sekolah menengah. Kajian tersebut menunjukkan kesemua kondisi Ely wujud dalam persekitaran sekolah dan telah membantu penggunaan teknologi dalam kalangan guru yang dikaji. Walau bagaimanapun, tahap kewujudan setiap kondisi adalah berbeza. Aspek komitmen merupakan kondisi yang paling tinggi kewujudannya (M = 3.61) sementara ciri kepemimpinan menduduki tangga kedua (M = 3.56). Ini diikuti oleh aspek pengetahuan dan kemahiran (M = 3.41) dan kondisi yang paling rendah dilaporkan wujud adalah berkaitan ganjaran atau insentif kepada peserta (M = 2.73).

74 Selain di latar sekolah, kajian terhadap kewujudan kondisi Ely juga telah dijalankan di latar pendidikan lain seperti di universiti (Haryono, 1990; Stein, 1996; Sutherland, 2001 dan Hj. Nawawi, 2005) serta pusat latihan ketenteraan (Ellsworth, 1998). Kajian-kajian yang ini telah mengukuhkan dapatan Ely bahawa lapan kondisi yang dinyatakan adalah penting dan perlu untuk menjayakan sesuatu inovasi dan boleh digunapakai dalam pelbagai latar pendidikan.

Kewujudan Kondisi Ely Berdasarkan Jenis Sekolah

Bauder (1993) dalam kajiannya telah membuat perbandingan dari aspek persepsi guru tentang kewujudan kondisi Ely berdasarkan jenis sekolah iaitu sekolah swasta dan sekolah kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara guru-guru di kedua buah sekolah dari sudut persepsi mereka terhadap tiga kondisi iaitu ”sumber yang diperlukan boleh didapati”, ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” dan ”wujudnya kepemimpinan”. Dapatan kajian beliau menunjukkan kewujudan sumber dan kemudahan adalah lebih tinggi di sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta. Begitu juga dengan aspek kepemimpinan di mana guru-guru sekolah kerajaan mempunyai perspesi yang lebih tinggi terhadap aspek ini berbanding guru sekolah swasta. Walau bagaimanapun, bagi aspek ganjaran dan insentif, guru-guru sekolah swasta menunjukkan perspesi yang lebih tinggi. Ini bermakna, walaupun terdapat kekurangan dari sudut kemudahan berbanding sekolah kerajaan, guru-guru di sekolah swasta menikmati lebih ganjaran dan insentif

75 bilamana mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebaliknya, guru-guru di sekolah kerajaan kurang mendapat insentif dan ganjaran.

Bauder (1993) dalam rumusannya terhadap dapatan kajiannya, telah menyarankan agar faktor jenis sekolah dimasukkan sebagai pembolehubah dalam kajian yang akan datang. Sebagai menyahut cadangan tersebut, kajian ini cuba menegnalpasti sama ada terdapat perbezaan kewujudan kondisi Ely berdasarkan empat jenis sekolah di negara ini iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, dan Sekolah Menengah Teknik. Walau bagaimanapun, sebagai mana yang dinyatakan dalam batasan kajian, kajian ini tidak melibatkan sekolah swasta.

Kajian oleh Hajar (2004) yang berkaitan kewujudan kondisi di sekolah-sekolah bestari juga menunjukkan wujudnya perbezaan dari sudut persepsi guru dari tiga buah sekolah terhadap kewujudan kondisi Ely. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan dalam persepsi guru terhadap kewujudan kondisi Ely meskipun kesemua sekolah terlibat adalah sekolah bestari. Secara keseluruhan, dua kondisi wajib iaitu sumber dan ilmu pengetahuan wujud di ketiga-tiga sekolah kajian. Walau bagaimanapun, bagi kondisi sokongan iaitu akses kepada sumber, wujudnya sokongan, inginkan perubahan, amalan di sekolah, pengaruh luar dan komitmen daripada guru, kewujudannya adalah berbeza antara satu sekolah dengan yang lain.

76 Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan

Pengalaman Mengajar

Pengalaman mengajar merupakan satu pembolehubah yang mempunyai hubungan dengan tahap penggunaan komputer. Kajian Jorde dan Ford (1988) juga mendapati pengalaman mempunyai hubungan positif yang kuat dengan tahap penggunaan komputer. Ini disokong oleh dapatan kajian Sheingold dan Hadley (1990) dan Loyd dan Gressed (1986). Memandangkan setakat ini belum terdapat kajian yang mengukur hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar, kajian ini akan cuba mengkaji sama ada faktor pengalaman boleh menentukan perbezaan persepsi guru terhadap kewujudan kondisi Ely.

Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Kekerapan Penggunaan Komputer

Sebagai mana yang dinyatakan Ely (1999), sekiranya lapan kondisi yang dikemukakan wujud dalam persekitaran pengguna, maka tahap penggunaan akan dapat ditingkat dan diteruskan. Secara teorinya, jika kondisi Ely itu wujud dalam persekitaran yang dikaji, tahap penggunaan inovasi teknologi seharusnya dapat dilaksanakan dengan jaya. Sebaliknya, ketidakwujudan semua atau mana-mana kondisi Ely akan mengurangkan kekerapan penggunaan inovasi.

Bauder (1993) dalam kajiannya mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara kekerapan penggunaan (diukur melalui masa yang digunakan untuk menggunakan komputer) dengan kewujudan kondisi Ely

77 iaitu : (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”, (b) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”, (c) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, (d) ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan”, (e) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, dan (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”. Ini menggambarkan kewujudan kondisi Ely memang berhubungkait dengan kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru. Semakin tinggi kewujudan kondisi tersebut, semakin meningkat tahap penggunaan komputer guru-guru.

Kerangka Kajian

Menurut Ely (1990b,1999), kejayaan sesuatu inovasi bergantung kepada kondisi yang wujud dalam persekitaran di mana inovasi itu dilaksanakan. Beliau menekankan, sekiranya kondisi-kondisi yang diperlukan tidak wujud dalam sesuatu persekitaran, pelaksanaan atau penggunaan sesuatu teknologi tidak akan dapat dijayaka sepenuhnya, sebaliknya jika kesemua kondisi tersebut wujud dalam sesuatu persekitaran, perubahan dalam penggunaan sesuatu inovasi akan dapat dikekalkan (Ely, 1999).

Sesuatu perubahan yang dilakukan haruslah bermula dengan cetusan perasaan tidak berpuas hati dengan keadaan semasa yang wujud. Jika guru-guru tidak berpuas hati dengan corak pengajaran serta penggunaan media pengajaran yang dilaksanakan sekarang, ini bermakna golongan ini sememangnya bersedia untuk menghadapi perubahan dalam aspek tersebut. Pengetahuan dan kemahiran juga merupakan kunci kepada

78 kejayaan dalam penggunaan sesuatu teknologi kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran, sesuatu teknologi itu tidak akan dapat diadaptasi dengan sebaiknya. Seterusnya untuk membolehkan guru menggunakan sesuatu teknologi dengan efektif dan berterusan, sumber-sumber yang diperlukan haruslah disediakan dengan cukup dan boleh didapati dengan mudah.

Ganjaran dan insentif merupakan dorongan sama ada berbentuk intrinsik

Dokumen terkait