27 BAB II
SOROTAN LITERATUR
Penerapan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu perubahan atau inovasi dalam sistem pendidikan di negara ini. Inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh individu atau sesuatu unit (Rogers, 2003). Tahap penggunaan inovasi teknologi seperti komputer bergantung kepada beberapa faktor.
Bab ini akan mengupas aspek-aspek berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah, pola dan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi, pembolehubah berkait, serta model-model perubahan dalam inovasi.
Kepentingan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
28 Terdapat banyak kajian lepas di dalam negara yang memfokus kepada kepentingan penggunaan komputer dalam meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, Halimah Badioze Zaman (1996) mendapati penggunaan komputer multimedia di sekolah dapat meningkatkan pembelajaran akademik dengan dua cara. Pertama, ia membolehkan pelajar memperolehi maklumat tertentu dan melatih kemahiran semasa melakukan praktikal. Kedua, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkayakan kurikulum di mana komputer dapat mengelakkan perasaan bosan terhadap pengajaran secara tradisional.
29 pelajaran Matematik menggunakan perisian latih tubi. Pelajar yang terlibat dalam kajian diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif untuk menyelesaikan soalan yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan komputer untuk latih tubi telah memberi kesan positif kepada pelajar dari segi pencapaian dalam Matematik dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Dapatan kajian tersebut menguatkan lagi kenyataan tentang kemampuan komputer dalam meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar.
Di Amerika Syarikat, Funkhouser (2002) telah menjalankan kajian untuk mengkaji kesan penggunaan perisian komputer berkaitan geometri terhadap pencapaian pelajar sekolah tinggi dalam tajuk terbabit. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang menerima pengajaran berbantukan komputer mendapat pencapaian yang lebih baik bagi topik tersebut berbanding pelajar yang mempelajari tajuk yang sama secara tradisional. Pelajar juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Matematik setelah mengikuti pengajaran berbantukan komputer.
30 Inggeris telah meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Dalam konteks mata pelajaran Fizik pula, Nor Liya Ismail (2003) telah menjalankan kajian untuk melihat kesan penggunaan perisian helaian hamparan elektronik terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan pelajar yang melalui kaedah pengajaran menggunakan perisian hamparan elektronik menghasilkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran berbentuk tradisional. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Hamzah Mohd Jusin (2002) yang telah menjalankan kajian yang serupa melibatkan pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar bagi ujian pra (M = 28.5) dengan ujian pos (M = 32.3). Ini membuktikan pengajaran berbantukan komputer mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran terbabit.
31 mengaplikasikan komputer dengan cara yang berkesan dan terancang (Forcier & Descy, 2002).
Kebaikan dan faedah yang boleh didapati daripada penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya jelas dilihat daripada dapatan kajian lalu. Sejajar dengan kepercayaan tersebut, peruntukan yang besar daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah disalurkan ke sekolah-sekolah demi untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan komputer dan memangkin penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru-guru untuk merealisasikan hasrat pihak kementerian dengan menggunakan kemudahan tersebut pada tahap yang maksimum secara terancang dan berkesan.
Namun demikian, dapatan yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik dalam kajian lepas menunjukkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah di negara ini masih berada di tahap yang sederhana atau rendah (Abdul Malek Kassim, 2002; Azizan Muhammad, 2001; Nadarajan, 2002; Rabaishah Harun , 1999; Rohaya Hassan, 2003; Rosnah Alias, 2003). Dengan ertikata lain, kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru masih belum mencapai tahap kekerapan yang diharapkan.
32 komputer dalam kalangan guru diukur dalam bentuk frekuensi atau kekerapan guru menggunakan komputer sama ada untuk pengurusan atau untuk pengajaran. Hasil sorotan juga memperlihatkan klasifikasi yang berbeza yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam mengukur aspek penggunaan komputer dalam kalangan guru. Ada yang membahagikan penggunaan komputer kepada kegunaan pengurusan dan pengajaran, dan sebagainya. Kupasan tentang aspek penggunaan komputer dalam kalangan guru dibuat dalam perenggan-perenggan seterusnya.
Pengukuran Tahap Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru
Sebagaimana dinyatakan, terdapat variasi dalam pembahagian atau klasifikasi penggunaan komputer dalam kalangan guru oleh penyelidik-penyelidik yang lepas untuk mengukur aspek penggunaan komputer oleh guru-guru.
33 merumuskan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru masih di tahap sederhana.
Rosnah Alias (2003) dalam mengukur tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sejarah sekolah menengah telah membahagikan kepada lima jenis penggunaan iaitu untuk (a) aktiviti pengajaran, (b) menyediakan bahan pengajaran, (c) perkeranian, (d) mel elektronik dan (e) melayari laman web. Dapatan beliau menunjukkan kekerapan penggunaan komputer yang paling tinggi adalah untuk tujuan perkeranian iaitu sebanyak 70.2%. Manakala sebanyak 61.7% untuk melayari Internet, 55.3% untuk menyediakan bahan pengajaran, 37.2% untuk mel elektronik dan hanya 11.7% untuk aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Klasifikasi penggunaan komputer dalam kajian Nor Aziah Ahmad (1999) pula terdiri daripada penggunaan komputer untuk tujuan (a) pemprosesan perkataan, (b) pengurusan, (c) pengaturcaraan, (d) permainan dan (e) alat bantu mengajar. Beliau mengkaji penggunaan komputer dalam kalangan guru Sains di daerah Hulu Langat. Dapatan kajian beliau menunjukkan guru-guru paling kerap menggunakan komputer untuk tujuan pemprosesan perkataan (88.9%), diikuti pengurusan (44.4%), alat bantu mengajar (35.6%), permainan (13.3%) dan pengaturcaraan (8.9%).
34 penggunaan komputer kepada penggunaan aplikasi (a) pemprosesan perkataan, (b) helaian hamparan elektronik, (c) pangkalan data, (d) perisian persembahan dan (e) pemprograman. Dapatan menunjukkan bahawa seramai 50% daripada responden menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menghasilkan bahan pengajaran mereka. 5% daripada responden menggunakan Helaian Hamparan Elektronik, 3% menggunakan Pangkalan Data, 2% menggunakan Perisian Persembahan dan hanya 1% menggunakan pemprograman manakala 20% lagi tidak menggunakan apa-apa aplikasi komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran mereka.
Miller (1997) telah menjalankan kajian ke atas 282 orang guru vokasional untuk mengukur penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Item-item dalam soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada : (a) perisian produktiviti, (b) aplikasi grafik, (c) teknologi interaktif, (d) sumber telekomunikasi dan (e) pengajaran berbantukan komputer (PBK). Dapatan menunjukkan penggunaan tertinggi adalah bagi perisian pemprosesan perkataan (50.8%). Penggunaan perisian grafik, perisian persembahan, mel elektronik, dan pangkalan data pula mencatatkan penggunaan yang sederhana (min antara 2.0 dan 3.0). Penggunaan paling rendah adalah untuk penggunaan internet, simulasi, tutorial, latih tubi dan multimedia (Min antara 1.5 hingga 2.0).
35 aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah luas dan banyak corak penggunaannya. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang membuat klasifikasi yang terlalu ringkas serta tidak mencakupi setiap aspek penggunaan sebenar komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan item yang digunakan menyebabkan dapatan kajian tidak dapat menghasilkan gambaran yang lengkap dan menyeluruh tentang penggunaan sebenar komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.
Oleh itu, penyelidik telah merujuk kepada klasifikasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dikemukakan oleh Newby et al. (2000) yang lebih menyeluruh dan mencakupi pelbagai aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerangan tentang klasifikasi tersebut diterangkan dalam sub topik berikut.
Klasifikasi Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
36 Komputer Sebagai ’Alat’
Penggunaan komputer sebagai ’alat’ merujuk kepada penggunaan
komputer sebagai alat untuk membantu guru menguruskan pengajarannya (Newby et al., 2000). Antara perisian yang boleh digunakan adalah
pemprosesan perkataan, alat grafik, perisian persembahan, program pengurusan pangkalan data dan helaian hamparan elektronik.
Pemprosesan Perkataan
Pemprosesan perkataan merupakan aplikasi yang paling meluas digunakan dalam penggunaan komputer (Maddux, Johnson & Willis, 1997; Miller, 1997; Nadarajan, 2002; Noriza Suhadi, 1999; Rosnah Alias, 2003). Melalui aplikasi ini guru boleh menyediakan rancangan pengajaran, bahan bercetak, membina soalan peperiksaan dan pelbagai tujuan yang lain (Newby et al., 2000). Aplikasi ini begitu popular kerana ia mudah dihasilkan dan diubahsuai (Maddux et al., 1997).
Peralatan Grafik dan Desktop Publisher
Grafik merujuk kepada apa jua yang berkaitan dengan carta, graf, lukisan, gambar animasi atau fotografi (Newby et al., 2000). Antara pakej grafik yang popular adalah seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan Microsoft PhotoDraw 2000.
37 peralatan grafik yang sering digunakan adalah seperti Bussiness Graphic dan Graphic Calculator yang digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik (Newby et al., 2000). Perisian lain yang boleh digunakan adalah seperti AutoCAD dan PowerCADD yang membolehkan guru menghasilkan lukisan kejuruteraan seperti reka bentuk sesuatu mesin, susun atur bangunan dan sebagainya. Manakala Adobe PageMaker, Ventura Publisher antara perisian boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan bercetak seperti majalah. Dalam konteks pengajaran, guru boleh menghasilkan lembaran bercetak atau bahan grafik untuk tatapan atau rujukan pelajar.
Perisian Persembahan
38 Pangkalan Data Komputer dan Pengurusan Pangkalan Data Pangkalan Data merupakan sumber di mana koleksi maklumat dikumpulkan. Ciri kelebihan Pangkalan Data Komputer ialah kemudahan untuk mengakses yang fleksibel (seperti menaip tajuk, subjek, nama pengarang atau kata kunci untuk mencari sesuatu bahan berkaitan), serta kemudahan pencarian maklumat yang banyak (Newby et al., 2000). Program yang popular untuk tujuan ini adalah seperti Microsoft Access dan FileMaker Pro. Guru boleh menggunakan pakej ini untuk membangunkan data maklumat pelajar, menyimpan rekod bahan pengajaran, atau mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan lepas untuk kegunaan akan datang.
Helaian Hamparan Elektronik
Tujuan asas Helaian Hamparan Elektronik adalah sebagai alat pengiraan. Perisian Helaian Hamparan Elektronik yang popular adalah seperti Microsoft Excel, dan Lotus 1-2-3. Guru boleh mengambil manfaat daripada perisian sebegini untuk membantu mereka menghasilkan rekod kemajuan dan prestasi pelajar serta menyimpan rekod tersebut secara sistematik (Newby et al., 2000).
Telekomunikasi Komputer dan Internet
39 seluruh dunia melalui protokol komunikasi yang dikenali sebagai
Transmission Content Protocol (TCP) atau Internet Protocol (IP). Internet membekalkan sumber dan maklumat yang terkini kepada guru dan pelajar dalam bentuk teks, grafik dan multimedia (Newby et al., 2000).
Antara aplikasi dalam telekomunikasi komputer dan internet seperti mel elektronik, pencarian maklumat serta penerbitan maklumat. Guru boleh mengambil manfaat daripada kemudahan ini dengan menggunakan mel elektronik untuk berhubung dengan guru-guru lain dan bertukar-tukar cadangan serta bahan pengajaran di samping mencari maklumat terkini di laman web.
Komputer Sebagai Guru
Dalam kategori ini, komputer berperanan menyampaikan pengajaran kepada pelajar, sekaligus menyediakan aktiviti pembelajaran contohnya kuiz yang melibatkan interaksi dengan pelajar (Newby et al., 2000). Kelebihan utama penggunaan komputer sebagai guru ialah ciri interaktivitinya yang tidak ada di dalam bahan bercetak. Penggunaan komputer sebagai ’guru’ memerlukan pelajar memberikan respon yang aktif dan menghasilkan pembelajaran yang bersifat individu (Kulik & Kulik, 1991).
40
Instruction), Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer-assisted Instruction) atau Pembelajaran Berbantukan Komputer (Computer-assisted Learning). Terdapat beberapa aplikasi perisian dalam kategori pengajaran berasaskan komputer iaitu : (a) tutorial, (b) latih tubi, (c) simulasi, (d) realiti maya, (e) permainan dan (f) penyelesaian masalah.
Tutorial
Dalam aplikasi ini, komputer menyampaikan maklumat pengajaran, latihan dan seterusnya memberi maklumbalas kepada jawapan pelajar di samping mengemukakan aktiviti pemulihan untuk pelajar (Sharp, 2005). Pelajar yang menggunakan aplikasi tutorial ini akan belajar mengikut kadar kemampuan sendiri serta berpeluang berinteraksi dengan komputer.
Latih tubi
41 kemahiran yang telah mereka pelajari manakala aplikasi tutorial mendedahkan pelajar kepada tajuk atau isi pelajaran yang baru.
Simulasi
Simulasi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan murah tetapi boleh memberi pengalaman kepada pelajar dalam perkara yang berbahaya untuk dilakukan secara realiti (Maddux et al., 1997). Kaedah simulasi mampu menggalakkan pemindahan pengetahuan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dalam satu atmosfera yang melibatkan sosialisi dan kerjasama. Kajian yang dijalankan Sharifuddin dan Kasiran Buang (1994) mendapati penggunaan simulasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar tingkatan empat di Sekolah menengah Skudai Johor telah memberi kesan terhadap pemahaman pelajar dalam subjek Sains. Riley (1990) yang mengkaji kesan penggunaan simulasi komputer dalam pengajaran topik hidrologi juga telah mendapati penggunaan simulasi tersebut telah meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang sukar.
Realiti Maya
42 ’hidup’ sehingga pengguna akan merasakan seperti benar-benar berada di alam tersebut (Forcier & Descy, 2005). Kajian oleh Jensen, Daasch, Seipel, Olbrich, Von Voight dan Nejell (2004) tentang kesan penggunaan perisian realiti maya dalam pengajaran sains mendapati para pelajar menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran tersebut. Mereka mengatakan penggunaan perisian realiti maya dapat menyelesaikan masalah pembelajaran khususnya berkaitan konsep yang sukar diterima oleh pelajar.
Permainan
43 Penyelesaian Masalah
Melalui aplikasi penyelesaian masalah, pelajar berpeluang menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Perisian jenis ini menekankan aspek pemikiran kritis, logik dan menyatakan sebab musabab (Forcier & Descy, 2005). Pakar konstruktivis percaya bahawa penggunaan perisian penyelesaian masalah dapat membantu pelajar menggunakan maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar. Forcier dan Descy juga berpendapat kaedah ini dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran pelajar mengaplikasi maklumat dan membuat penyelidikan.
Komputer Sebagai Pelajar
44 Secara kesimpulannya, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memilih sama ada untuk menggunakan komputer sebagai ’alat’, ’guru’ atau ’pelajar’ selagi mana kaedah tersebut mampu mencapai objektif pengajaran yang diharapkan.
Selaras dengan harapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan yang disalurkan di sekolah-sekolah, teknologi komputer seharusnya digunakan sepenuhnya oleh guru-guru. Namun demikian, masih terdapat kekangan yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan komputer khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sub-topik seterusnya membincangkan faktor-faktor yang menghalang penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah.
Faktor-Faktor Yang Menghalang Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
45 yang dihadapi guru-guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor yang menghalang penggunaan komputer guru adalah:
Kurang Kemudahan Sumber Dan Akses Kepada Teknologi
46 Kekurangan Masa
Aspek lain yang menjadi halangan penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah masa (Becker, 1991; Cuban, 1993; Marcinkiewicz, 1995). Guru-guru memerlukan masa untuk memahami, mengguna dan menguruskan teknologi dengan berkesan (Ely, 1990a). Kajian lepas menunjukkan guru masih berhadapan dengan kekangan masa sama ada untuk mempelajari (Mohammed Hasrori Kasiman, 2005) dan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Abdul Malek Kassim, 2002; Rosnah Alias, 2003; Rohaya Hassan, 2003; Woo Tai Kwan, 2003). Stallard (1998) menyebut bahawa masa merupakan faktor utama yang menghalang guru-guru dari menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, guru-guru keberatan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran kerana penggunaannya kadangkala mengurangkan masa pembelajaran terutama apabila wujud masalah teknikal.
Dari sudut kesediaan para guru pula, Beasley dan Suttan (1993) mencadangkan masa minimum untuk menghilangkan rasa kebimbangan terhadap komputer adalah dengan mengikuti latihan selama 30 jam serta latihan atau amalan selama sekurang-kurangnya tiga hingga enam tahun bagi membolehkan guru membiasakan diri dengan penggunaan komputer.
Kurang Pengalaman Dalam Penggunaan Komputer
47 komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan mendapati guru-guru yang mempunyai pengalaman antara lima hingga sembilan tahun berkaitan penggunaan komputer adalah lebih tinggi tahap penggunaan komputer berbanding mereka yang tidak berpengalaman. Kajian Scott, Cole dan Engel (1992) juga mendapati guru-guru yang mempunyai pengalaman menggunakan komputer adalah lebih yakin untuk menggunakan komputer secara berkesan dalam bilik darjah.
Kurang Latihan Dan Kemahiran
Kunci utama untuk menggalakkan penggunaan teknologi adalah dengan membekalkan guru dengan kefahaman tentang cara menggunakan komputer dengan berkesan dalam bilik darjah (Marcinkiewicz, 1994). Namun demikian, kurangnya peruntukan dan tenaga mahir menyebabkan tidak semua guru yang berminat untuk mengikuti latihan diberi peluang untuk menghadiri latihan (Woo, 2003). Tan Juan Ngoh (1999) menyatakan kurangnya kefahaman guru tentang peranan komputer dan cara mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada rendahnya tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurang Sokongan
48 Namun, sokongan ini masih berkurangan (Abdul Malek Kassim, 2002; Tan Juan Ngoh,1999). Tan Juan Ngoh juga mengatakan kurangnya sokongan yang diterima dari pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia menyebabkan guru hilang komitmen dan semangat untuk meneruskan penggunaan inovasi teknologi. Oleh itu pemantauan dari masa ke semasa adalah perlu untuk memastikan guru-guru kekal dengan kesungguhan untuk melaksanakan perubahan. Ini selaras dengan pendapat Fullan (2001) yang mengatakan setiap inovasi yang diperkenalkan haruslah diikuti dengan sokongan yang merangkumi aspek sumber, pengetahuan, sokongan moral dan motivasi untuk menjamin pelaksanaan yang berterusan.
Sikap Guru
49 Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat pelbagai jenis faktor yang mengekang tahap penggunaan inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Faktor-faktor yang disebut bukan sahaja berkait dengan faktor-faktor kemahiran guru sahaja tetapi mempunyai kaitan dengan pembolehubah lain. Perenggan seterusnya membincangkan beberapa dapatan kajian tentang beberapa pembolehubah lain iaitu pengalaman, jenis sekolah, lokasi sekolah dan bidang pengajaran dengan tahap kekerapan penggunaan komputer.
Perbezaan Tahap Penggunaan Komputer Berdasarkan Bidang Pengajaran
Sebagaimana yang diterangkan dalam definisi operasional, bidang pengajaran merujuk kepada empat kategori atau bidang yang terdapat di sekolah-sekolah di negara ini. Bidang tersebut adalah Bidang Kemanusiaan, Bahasa, Sains dan Teknikal.
50 dikaitkan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian Abdul Malek juga mendapati guru mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan golongan paling tinggi peratus kekerapan penggunaan komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran (12%). Ini diikuti oleh guru mata pelajaran Bahasa Inggeris (10%), Sejarah (8%), Sains (8%), Pendidikan Islam (2%) dan Pendidikan Seni (2%) manakala 2% lagi tidak menggunakan komputer untuk tujuan tersebut.
Dapatan kajian Miller (1997) menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer dalam pengajaran berdasarkan bidang pengajaran. Penggunaan komputer dalam kalangan guru bidang perniagaan adalah lebih tinggi berbanding guru-guru bidang pertanian, pemasaran dan ekonomi rumahtangga.
51 signifikan dalam tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru berdasarkan bidang pengajaran mereka.
Perbezaan Dalam Tahap Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah
Rohaya Hassan (2003) dalam kajiannya telah membuat perbandingan antara tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru yang mengajar di sekolah menengah agama dengan guru yang mengajar di sekolah menengah harian biasa. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer antara guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Agama (M = 2.99) dan guru-guru Sekolah Menengah Harian (M = 2.23) di mana nilai t (98) = 4.607, p<.05. Menurut beliau, perbezaan yang wujud adalah disebabkan faktor sumber di kedua-dua sekolah terbabit. Sekolah Menengah Agama kajiannya menunjukkan kewujudan sumber yang tinggi berbanding Sekolah Menengah Harian.
52 Perbezaan Tahap Penggunaan Komputer Berdasarkan Lokasi Sekolah
Ahmad Rasidi Osman (1999) telah mengkaji penggunaan komputer guru-guru sekolah menengah di Temerloh, Pahang. Dapatan kajian mendapati guru-guru di sekolah bandar lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru-guru di sekolah luar bandar. Ini disebabkan kemudahan komputer yang lebih baik dan banyak terdapat di sekolah bandar berbanding sekolah luar bandar. Malah dari segi pengetahuan, beliau mendapati guru-guru di sekolah bandar lebih berkemahiran dalam aspek penggunaan komputer berbanding guru-guru di luar bandar.
Menurut Laporan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, (KPM, 2001), kemudahan infrastruktur di sekolah luar bandar agak kurang berbanding sekolah bandar. Hal ini disebabkan lokasi sekolah yang jauh di pedalaman menyebabkan kos pembinaan dan pengangkutan bertambah. Laporan tersebut turut menyebut kebanyakan ibu bapa di kawasan pedalaman merupakan mereka yang berpendapatan rendah berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar. Faktor ini menyebabkan kurangnya bantuan daripada ibu bapa untuk menyokong sebarang projek dari segi peruntukan. Ini menyebabkan sekolah luar bandar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan daripada pihak kementerian.
53 perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran antara kedua-dua kumpulan tersebut. Menurut mereka, penggunaan komputer bukanlah bergantung kepada lokasi sekolah, sebaliknya lebih berhubung dengan kemahiran dan sikap guru terhadap komputer. Guru-guru yang lebih mahir dan bersikap positif terhadap penggunaan komputer akan menggunakannya dengan lebih kerap dan berkesan berbanding guru yang kurang mahir serta mempunyai sikap yang negatif terhadap penggunaan komputer.
Hubungan Antara Tahap Kekerapan Penggunaan Komputer Dengan Pengalaman Mengajar
54 Menurut Abdul Manan Kasdi (2005), kekerapan menggunakan komputer akan mempengaruhi sikap seseorang terhadap komputer. Pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap positif terhadap teknologi komputer dan guru hanya akan menggunakan komputer apabila sudah terbiasa dan berasa selesa dengan penggunaannya. Ini selaras dengan pendapat Marcinkiewicz (1994) dan Chireo (1997) bahawa guru-guru yang lebih berpengalaman mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan lebih kerap menggunakannya dalam pengajaran.
Dapatan-dapatan ini walau bagaimanapun, bertentangan dengan kajian Suraini Samakom (2000) yang mendapati hubungan yang negatif antara pengalaman mengajar dengan tahap penggunaan komputer. Menurut beliau, guru-guru yang kurang pengalaman atau guru baru lebih mahir dan lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru yang lebih berpengalaman. Mohd Khairuddin Jamaluddin (2005) dan Nadarajan (2002) pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru berdasarkan pengalaman mengajar.
Oleh kerana masih terdapat pertentangan pendapat tentang hubungan kedua-dua pembolehubah ini, diharapkan kajian ini akan dapat memberi pandangan yang lebih tepat tentang pengaruh antara kedua pembolehubah ini.
55 Dapatan kajian yang dibentangkan menunjukkan wujudnya beberapa pembolehubah bebas yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara pembolehubah tersebut adalah bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi serta latihan yang diterima. Dalam bidang Difusi Inovasi, beberapa aspek lain turut dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi penggunaan inovasi teknologi, selain daripada pembolehubah bebas yang dibentangkan.
Hubungan Antara Tahap Penggunaan Komputer Dengan Kehadiran Ke Kursus Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Faktor kemahiran dan pengetahuan merupakan aspek yang penting dan asas untuk menjayakan sesuatu pelaksanaan inovasi. Sekiranya penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hendak dilaksanakan dengan jaya, latihan harus diberikan kepada para guru. Ini bagi membolehkan guru mendapat pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.
56
Walau bagaimanapun, kajian Rosnah Alias (2003) mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara kehadiran ke kursus berkaitan dengan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Mohd Tajuddin Sidek (2000) juga mendapati kehadiran ke kursus berkaitan tidak mempengaruhi penggunaan komputer yang sepenuhnya dalam kalangan guru. Beliau berpendapat, perkara ini terjadi kerana guru yang menghadiri kursus terbabit hanya berminat dan bersemangat menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal setelah berkursus. Namun semangat tersebut berkurangan dari sehari ke sehari bergantung kepada keadaan dan kemudahan di tempat mereka bekerja.
57 Hasil-hasil kajian yang dijalankan (Muriatun Mohd Said, 1998, Mohd Tajuddin Sidek, 2000; Rosnah Alias, 2003 & Ting, 1998) masih lagi tidak mencapai satu persetujuan yang muktamad tentang hubungan pembolehubah latihan yang diterima terhadap tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Justeru, aspek latihan yang diterima dimasukkan sebagai salah satu pembolehubah kajian ini untuk mendapatkan gambaran sebenar dan terkini tentang status pembolehubah tersebut dalam mempengaruhi tahap penggunaan komputer guru-guru.
Faktor-faktor Mempengaruhi Penggunaan Inovasi Teknologi
58 Teori Difusi Inovasi
Melalui Teori Difusi Inovasi yang diperkenalkan, Rogers (2003) telah menggariskan empat elemen yang menentukan tahap penggunaan sesuatu inovasi iaitu : (a) inovasi, (b) saluran komunikasi, (c) masa dan (d) sistem sosial.
Menurut Rogers (2003) ciri-ciri inovasi memainkan peranan penting terhadap penerimaan atau penolakan sesuatu inovasi. Lima ciri inovasi yang mempengaruhi penggunaannya adalah : (a) kelebihan relatif, yang merupakan tahap di mana sesuatu inovasi akan diterimapakai apabila pengguna mendapati inovasi tersebut mempunyai kelebihan berbanding dengan apa yang digunakan pada masa sekarang, (b) kesesuaian, merujuk kepada sejauh mana sesuatu inovasi itu mempunyai kesesuaian dengan nilai semasa, pengalaman lepas serta keperluan pengguna, (c) kerumitan, iaitu apabila pengguna merasakan inovasi tersebut terlalu sukar, tahap penerimaan akan menjadi rendah, (d) kebolehan untuk diuji, merujuk kepada sejauh mana inovasi boleh diuji dan dinilai terlebih dahulu dan (e) kebolehan untuk dipantau, bermaksud kesan sesuatu inovasi itu boleh dipantau untuk meningkatkan penerimaan pengguna terhadap inovasi.
59 lain. Komunikasi boleh berlaku melalui saluran media massa seperti radio, televisyen, akhbar dan sebagainya, atau melalui saluran inter personal yang melibatkan pertukaran maklumat secara bersemuka di antara dua atau lebih individu. Aspek saluran komunikasi ditekankan kerana kebanyakan individu itu tidak membuat penilaian sesuatu inovasi berdasarkan hasil kajian saintifik yang dijalankan, sebaliknya mereka lebih terpengaruh dengan penilaian yang dibuat oleh orang yang telah berpengalaman menggunakan inovasi tersebut.
60
Rajah 1 : Model Proses Keputusan Inovasi (Innovation-Decision Process) Diubahsuai daripada Rogers (2003)
Rogers (2003) menyatakan tahap kesediaan orang ramai untuk menerima dan melaksanakan sesuatu inovasi boleh dipecahkan kepada lima kategori sebagaimana yang boleh dilihat dalam Rajah 2.
Rajah 2 : Pengkategorian Pengguna Berdasarkan Ciri Inovatif Diubahsuai daripada Rogers (2003)
Berdasarkan Rajah 2 , golongan yang berada dalam kategori ’Pencipta’ menyukai idea-idea yang baru. Golongan ini gemar mencipta pembaharuan dan bersikap suka mencuba. Golongan pengguna awal merupakan mereka yang paling awal menggunakan sesuatu inovasi dan ini Pengetahuan
Penolakan
Pengesahan Pelaksanaan
Keyakinan Keputusan
Tidak Ya
16% 34%
34% 13½%
2½%
Pengguna Awal
Majoriti Lewat Majoriti
Awal
Pencipta
Ketinggalan Populasi
61 akan diikuti oleh golongan majoriti awal. Manakala golongan majoriti lewat bersikap lebih skeptikal dan mereka hanya akan menggunakan inovasi selepas golongan majoriti awal menggunakannya terlebih dahulu. Golongan terakhir yang akan menggunakan inovasi adalah mereka dalam kategori ’ketinggalan’.
Sistem Sosial merupakan satu unit yang saling berkaitan antara satu sama untuk menyelesaikan masalah demi mencapai sesuatu matlamat (Rogers, 2003). Proses difusi berlaku dalam sistem sosial manakala struktur sosial dan norma-norma dalam sesuatu sistem sosial turut mempengaruhi tahap difusi inovasi sebagaimana ia turut mempengaruhi tahap inovatif seseorang individu.
Pengaruh ke atas proses difusi dan tahap penggunaan inovasi juga bergantung kepada jenis keputusan inovasi (Rogers, 2003). Terdapat tiga jenis keputusan-inovasi iaitu (a) opsyen, iaitu keputusan yang dilakukan oleh individu bebas dalam sistem, (b) kolektif, iaitu keputusan yang dilakukan oleh majoriti ahli dalam sesuatu sistem, dan (c) autoriti, iaitu keputusan yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai kuasa, status atau kemahiran teknikal di dalam sesuatu sistem. Namun menurut Rogers, keputusan autoriti dapat mempengaruhi kadar penggunaan inovasi dengan lebih cepat berbanding jenis keputusan yang lain.
62 sosial. Kewujudan elemen-elemen ini akan mempengaruhi tahap penggunaan inovasi teknologi.
Selain daripada Rogers, Ely (1999) telah memberi penekanan terhadap aspek persekitaran sebagai pengaruh yang memberi kesan terhadap tahap penggunaan inovasi teknologi. Lapan kondisi yang dikemukakan Ely adalah sebagaimana berikut:
Kondisi Yang Membantu Penggunaan Inovasi
Kejayaan sesuatu perubahan, bukan sahaja bergantung kepada ciri-ciri yang ada pada sesuatu inovasi, tetapi menurut Ely (1990b), ia juga turut dipengaruhi oleh persekitaran dalam penggunaan inovasi berkenaan. Ely (1990b,1999) telah mengenalpasti lapan kondisi yang boleh membantu kejayaan sesuatu inovasi. Beliau menyifatkan kelapan-lapan kondisi ini sebagai saranan ke arah pelaksanaan yang berjaya.
Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa
63 pengajaran sedia ada atau terhadap bahan-bahan perisian pengajaran dan buku teks yang tidak lagi membekalkan maklumat semasa. Manakala faktor luaran merujuk kepada masalah luaran seperti pelajar kurang berminat, pencapaian pelajar yang rendah atau method pengajaran yang tidak efektif (Ely, 1990).
Ely (1993) juga mengatakan, kondisi atau keadaan ini kadangkala dirujuk oleh penyelidik lain sebagai keperluan terhadap penambahbaikan atau perubahan.
Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran
64 tersebut serta pengetahuan tentang metod yang sesuai untuk mengintegrasikannya ke dalam kurikulum.
Ely (1993) menyatakan bahawa setiap individu yang akan menggunakan atau melaksanakan sesuatu inovasi mesti memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan tugas tersebut. Dalam hal ini, Verspoor (1989) menyifatkan aspek ini sebagai kompetensi dan kebolehan. Dalam menjayakan sesuatu perubahan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran yang baru, setiap individu yang akan melaksanakan perubahan tersebut perlu diberi pengetahuan dan kemahiran yang terbabit. Namun menurut beliau keadaan ini seringkali diabaikan kerana satu daripada faktor yang sering wujud dalam hasil kajian terhadap kegagalan sesuatu perubahan ialah kekurangan latihan yang diberikan kepada golongan guru atau staf.
Wujudnya Sumber Yang Diperlukan
65 yang berwajib perlu memastikan sumber-sumber yang diperlukan disediakan untuk kegunaan guru dan pelajar.
Ely (1993) juga menegaskan bahawa kekurangan peralatan dan perisian akan menyebabkan sesuatu inovasi teknologi tidak dapat dilaksanakan. Chapman (1990), Fullan (1991) juga menyatakan adalah mustahil untuk melaksanakan sebarang perubahan jika bahan-bahan sokongan tidak disediakan. Selvam Perumal (2000) juga bersetuju bahawa selain daripada pengalaman, kewujudan sumber seperti perkakasan dan perisian menjadi faktor yang menyumbang ke arah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hajar (2004) mengklasifikasikan kondisi sumber sebagai kondisi yang wajib ada dalam persekitaran sekolah. Menurut beliau, walaupun kondisi lain wujud itu tidak bermakna tanpa kewujudan sumber yang mencukupi untuk kegunaan guru.
Masa Yang Diperlukan Ada
66 masa untuk membangun atau membangunkan semula bahan-bahan sokongan atau alat-alat bantu mengajar yang diperlukan.
Ely (1990b) menganggap masa merupakan elemen yang sangat penting dan merupakan asas dalam proses perubahan dalam pendidikan. Sesuatu perubahan itu berkemungkinan besar akan ditolak oleh golongan pengguna atau pelaksana sekiranya mereka mendapati pelaksanaannya memerlukan pengorbanan masa yang tidak mampu mereka sediakan. Jika perkara sebegini berlaku, maka pelaksanaan sesuatu perubahan itu tidak akan dapat dijalankan secara realistik dan ini akhirnya akan membawa kegagalan. Ini dipersetujui oleh Verspoor (1989) yang menyatakan masa hendaklah dianggap sebagai suatu keadaan yang penting yang perlu diperuntukkan untuk memastikan sesuatu pelaksanaan berlaku.
Wujudnya Ganjaran Dan Insentif Bagi Para Peserta
67 yang diberikan sama ada intrinsik atau ekstrinsik, ia harus disediakan.
Rogers (2003) menyatakan sesuatu perubahan akan lebih berjaya sekiranya terdapat usaha untuk memberi insentif kepada mereka yang melaksanakannya. Sebagai contoh, guru yang telah sekian lama menggunakan kaedah latih tubi atau kedah syarahan dan telah berjaya menghasilkan pencapaian pelajar yang cemerlang tentunya akan menolak untuk mengadakan perubahan dalam corak pengajarannya. Namun, jika guru tersebut diberikan insentif atau ganjaran seperti bantuan dalam penilaian bahan, penambahan peruntukan, pengurangan beban tugas atau kenaikan gaji serta pemberian bonus, perubahan yang diharapkan mungkin akan diterima serta berjaya dilaksanakan. Ini bermakna insentif sama ada berbentuk intrinsik atau ekstrinsik amat diperlukan dalam hal ini (Ely, 1990b).
Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan
68 semasa membuat keputusan apabila sesuatu program atau pendekatan baru diperkenalkan. Walau bagaimanapun, dalam konteks pendidikan, sebarang keputusan yang dibuat kebiasaannya dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang kemudiannya diarahkan agar dilaksanakan oleh para guru. Proses membuat keputusan secara ”top-down” begini boleh menimbulkan tekanan luaran oleh kerana ia tidak dibuat berdasarkan keputusan secara dalaman dan bersama (Berman & McLauglin, 1974).
Setiap individu boleh diwakili oleh golongan atau pihak yang dipercayai kerana adalah sukar untuk membolehkan setiap individu untuk duduk semeja dan terlibat dalam perbincangan pada setiap kali keputusan hendak diambil. Apa yang penting di sini ialah setiap individu mempunyai perasaan bahawa dia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengutarakan sebarang komentar dan pendapat terhadap sesuatu inovasi yang dilaksanakan itu. Fullan (1991) berpendapat seseorang individu tidak akan dapat melaksanakan sesuatu inovasi dengan penuh minat dan akur sekiranya individu tersebut tidak diberikan peranan atau peluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.
Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat
69 yang terlibat dengan penggunaan teknologi terbabit harus dilibatkan dalam perbincangan berkaitan penggunaan tersebut. Ini kerana golongan yang mengadaptasi sesuatu inovasi yang mana melibatkan peruntukan masa dan tenaga, memerlukan sokongan yang padu serta berterusan daripada pihak yang terbabit dari semua peringkat pentadbiran (Ellsworth, 2000).
Wujudnya Kepemimpinan
70 Ellsworth (2000) menyokong pendapat ini kerana menurut beliau seorang ketua perlu berusaha memberi inspirasi dan galakan sepanjang pelaksanaan. Perbuatan ini memberi kesan afektif yang signifikan terhadap pekerja. Kemampuan memberikan kesan afektif merupakan faktor penting untuk mengelakkan hilang kesinambungan sesuatu proses atau pelaksanaan dan sekiranya ini berlaku, proses institutionalisasi akan terencat (Ely, 1990b).
Kajian-kajian yang menggunakan lapan kondisi Ely sebagai kerangka telah dijalankan di dalam dan luar negara. Hasil kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kondisi yang dikaji wujud dalam persekitaran kajian. Ini sekaligus menggambarkan kepentingan kondisi Ely dalam membantu meningkatkan penggunaan inovasi. Perenggan seterusnya mengupas kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kondisi Ely.
Kajian-kajian berkaitan kondisi Ely
71 Dapatan kajian beliau menghasilkan lapan kondisi yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan sesuatu inovasi. Sekiranya kelapan-lapan kondisi tersebut wujud dalam sesuatu persekitaran, keadaan ini akan dapat menjamin penggunaan inovasi secara berkekalan. Sebaliknya, jika satu atau lebih kondisi tersebut tidak wujud, kemungkinan inovasi yang dijalankan tidak akan dapat diteruskan. Ini kerana setiap kondisi tersebut berkait rapat antara satu sama lain.
Rentetan daripada itu, wujudlah kajian-kajian tentang kewujudan kondisi Ely yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain di dalam dan luar negara. Mahady (1992) telah menjalankan kajian terhadap guru-guru sekolah tinggi di Indonesia dari aspek penggunaan bahan teknologi pengajaran di mana satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 608 orang guru sekolah tinggi yang dipilih secara rawak. Kajian ini menunjukkan penggunaan bahan teknologi pengajaran dalam kalangan guru tersebut adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kemudahan prasarana dan bahan, kemudahan mengakses sumber, ciri media yang mudah untuk digunakan, keberkesanan media dalam mencapai objektif pengajaran, masa untuk menyediakan bahan serta sokongan daripada pentadbir. Faktor-faktor ini mengesahkan kewujudan sebahagian besar daripada kondisi Ely (1999) yang telah membantu pelaksanaan inovasi di lokasi kajian.
72 kondisi Ely wujud di sekolah yang dikaji namun terdapat perbezaan dari segi persepsi terhadap kewujudan kondisi tersebut di kalangan guru yang berbeza latar geografi dan kategori sekolah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan perbezaan persepsi yang jelas terhadap kondisi Ely antara guru yang menggunakan komputer dengan guru yang tidak menggunakan komputer.
Kajian oleh Ravitz (1999) telah menyokong kepentingan kondisi Ely. Kajian dijalankan ke atas 238 guru dari 124 buah sekolah di Amerika Syarikat yang menggunakan Internet. Satu set soal selidik telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kondisi tersebut adalah perlu untuk menyokong penggunaan internet di dalam bilik darjah. Kajian Varden (2002) pula melibatkan 29 orang guru di sekolah tinggi di Amerika Syarikat yang menggunakan komputer riba. Data dikumpul menggunakan set soal selidik dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan kondisi yang wujud ialah : (a) “Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, (b) “Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”, (c) “ Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan”, (d) “ Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” dan (e) “ Wujudnya Kepemimpinan”.
73 Maklumat dan Komunikasi sebagai responden sekunder. Dapatan kajian menghasilkan dua set kondisi yang menyokong kondisi Ely iaitu : a) kondisi utama atau penting (iaitu kemudahan menggunakan sumber teknologi maklumat dan pengetahuan dalam bidang teknologi meklumat), dan b) kondisi sokongan (iaitu kemudahan untuk mengakses sumber teknologi maklumat, sokongan, kehendak untuk berubah di kalangan guru, pengaruh luaran serta komitmen guru terhadap sesuatu inovasi). Kajian ini juga menonjolkan perhubungan di antara kondisi yang wujud dengan kesinambungan terhadap pelaksanaan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi.
74 Selain di latar sekolah, kajian terhadap kewujudan kondisi Ely juga telah dijalankan di latar pendidikan lain seperti di universiti (Haryono, 1990; Stein, 1996; Sutherland, 2001 dan Hj. Nawawi, 2005) serta pusat latihan ketenteraan (Ellsworth, 1998). Kajian-kajian yang ini telah mengukuhkan dapatan Ely bahawa lapan kondisi yang dinyatakan adalah penting dan perlu untuk menjayakan sesuatu inovasi dan boleh digunapakai dalam pelbagai latar pendidikan.
Kewujudan Kondisi Ely Berdasarkan Jenis Sekolah
75 bilamana mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebaliknya, guru-guru di sekolah kerajaan kurang mendapat insentif dan ganjaran.
Bauder (1993) dalam rumusannya terhadap dapatan kajiannya, telah menyarankan agar faktor jenis sekolah dimasukkan sebagai pembolehubah dalam kajian yang akan datang. Sebagai menyahut cadangan tersebut, kajian ini cuba menegnalpasti sama ada terdapat perbezaan kewujudan kondisi Ely berdasarkan empat jenis sekolah di negara ini iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, dan Sekolah Menengah Teknik. Walau bagaimanapun, sebagai mana yang dinyatakan dalam batasan kajian, kajian ini tidak melibatkan sekolah swasta.
76 Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan
Pengalaman Mengajar
Pengalaman mengajar merupakan satu pembolehubah yang mempunyai hubungan dengan tahap penggunaan komputer. Kajian Jorde dan Ford (1988) juga mendapati pengalaman mempunyai hubungan positif yang kuat dengan tahap penggunaan komputer. Ini disokong oleh dapatan kajian Sheingold dan Hadley (1990) dan Loyd dan Gressed (1986). Memandangkan setakat ini belum terdapat kajian yang mengukur hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar, kajian ini akan cuba mengkaji sama ada faktor pengalaman boleh menentukan perbezaan persepsi guru terhadap kewujudan kondisi Ely.
Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Kekerapan Penggunaan Komputer
Sebagai mana yang dinyatakan Ely (1999), sekiranya lapan kondisi yang dikemukakan wujud dalam persekitaran pengguna, maka tahap penggunaan akan dapat ditingkat dan diteruskan. Secara teorinya, jika kondisi Ely itu wujud dalam persekitaran yang dikaji, tahap penggunaan inovasi teknologi seharusnya dapat dilaksanakan dengan jaya. Sebaliknya, ketidakwujudan semua atau mana-mana kondisi Ely akan mengurangkan kekerapan penggunaan inovasi.
77 iaitu : (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”, (b) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”, (c) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, (d) ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan”, (e) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, dan (f) ”Wujudnya Kepemimpinan”. Ini menggambarkan kewujudan kondisi Ely memang berhubungkait dengan kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru. Semakin tinggi kewujudan kondisi tersebut, semakin meningkat tahap penggunaan komputer guru-guru.
Kerangka Kajian
Menurut Ely (1990b,1999), kejayaan sesuatu inovasi bergantung kepada kondisi yang wujud dalam persekitaran di mana inovasi itu dilaksanakan. Beliau menekankan, sekiranya kondisi-kondisi yang diperlukan tidak wujud dalam sesuatu persekitaran, pelaksanaan atau penggunaan sesuatu teknologi tidak akan dapat dijayaka sepenuhnya, sebaliknya jika kesemua kondisi tersebut wujud dalam sesuatu persekitaran, perubahan dalam penggunaan sesuatu inovasi akan dapat dikekalkan (Ely, 1999).
78 kejayaan dalam penggunaan sesuatu teknologi kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran, sesuatu teknologi itu tidak akan dapat diadaptasi dengan sebaiknya. Seterusnya untuk membolehkan guru menggunakan sesuatu teknologi dengan efektif dan berterusan, sumber-sumber yang diperlukan haruslah disediakan dengan cukup dan boleh didapati dengan mudah.
Ganjaran dan insentif merupakan dorongan sama ada berbentuk intrinsik atau ekstrinsik. Adanya ganjaran dan insentif, dipercayai akan meningkatkan penggunaan sesuatu inovasi. Begitu juga halnya dengan penglibatan dalam proses membuat sesuatu keputusan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Komitmen daripada pihak pentadbir serta rakan sejawatan juga dapat meningkatkan semangat dan kesungguhan guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Faktor daya kepemimpinan juga tidak terkecuali dalam memberi sumbangan terhadap tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru.
79 Kebanyakan individu dikatakan lebih terpengaruh untuk menggunakan inovasi berdasarkan penilaian yang dibuat oleh orang lain yang berpengalaman menggunakan inovasi tersebut yang didengar melalui komunikasi. Sistem sosial pula dapat mempengaruhi tahap penggunaan inovasi sebagai mana ia juga mempengaruhi tahap inovatif seseorang individu.
Selain itu, beberapa pembolehubah lain turut memberi kesan kepada tahap penggunaan komputer guru-guru. Lokasi dan jenis sekolah yang berbeza akan mempengaruhi tahap prasarana atau kemudahan di sekolah. Perbezaan ini akan menghasilkan tahap penggunaan komputer yang berbeza dalam kalangan guru. Begitu juga dengan aspek latihan yang diterima kerana berdasarkan kajian lepas, guru-guru yang menerima latihan yang berkaitan dengan penggunaan komputer menunjukkan kemahiran yang lebih tinggi untuk menggunakan komputer berbanding mereka yang tidak mengikutinya. Kemahiran hasil latihan yang diterima menyebabkan wujud perbezaan dari segi tahap penggunaan komputer sebagaimana kesan daripada pembolehubah pengalaman dan bidang latihan
80 kehadiran ke kursus berkaitan serta pengalaman mengajar. Di samping itu, kajian akan melihat sama ada mana-mana kondisi yang wujud mempunyai hubungan dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ringkasan kerangka kajian ini boleh dilihat melalui Rajah 3 :
Rajah 3 : Kerangka Kajian Tidak puas dengan
keadaan semasa
Ilmu pengetahuan dan kemahiran
Sumber
Ganjaran dan Insentif
Masa
Penglibatan
Komitmen
Kepemimpinan
Latihan
Pengalaman mengajar Lokasi sekolah
Jenis sekolah Bidang pengajaran KEKERAPAN
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM P&P Kondisi Ely
Demografi Inovasi
Saluran Komunikasi
Masa
81 Kesimpulan