• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

3.1.2 Pengumpulan Data Sekunder

Kaedah ini juga dapat digunakan untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam memandangkan ia adalah berbeza dengan perbualan biasa kerana ia merupakan perbualan yang dirancang dengan teliti terlebih dahulu. Di samping itu banyak maklumat boleh diperoleh melalui temu bual yang dirancang dengan baik. (Azizah, 1998). Kaedah ini juga fleksibel di mana seseorang yang ditemubual boleh menerangkan perkara yang tidak difahami dengan lebih lanjut lagi. Penemu bual juga boleh membuat pemerhatian terhadap orang yang ditemu bual dan dengan ini boleh menentukan sesuatu perkara berdasarkan reaksi yang diberi (Mohamad Najib Abd Ghaffar, 1999:116).

Rasional pemilihan kaedah temu bual ini adalah kerana kaedah ini dapat menghasilkan maklumat yang lebih tepat daripada maklumat yang didapati daripada kaedah-kaerdah pengumpulan data yang lain yang digunakan penyelidik. Kebenaran maklumat yang didapati juga tinggi kerana penemubual dapat meminta penerangan lanjut sekiranya beliau merasa ragu-ragu terhadap kebenaran jawapan yang diberi.

3.1.2 Pengumpulan Data Sekunder

Data sekunder merupakan data sokongan kepada data primer yang telah dikumpulkan. Tujuan data ini adalah untuk mendapatkan penerangan, fakta serta pemahaman atau hasil kajian pengkajian terdahulu berkaitan dengan tajuk kajian. Data-data sekunder yang diperoleh juga bertujuan untuk mengenal pasti dan mendefinisikan masalah dengan lebih jelas serta membina pendekatan kepada masalah dan menjawab beberapa masalah kajian. Selain itu, data sekunder juga merupakan data yang diperoleh dengan cepat dan ekonomi bagi latar belakang maklumat. Ia juga penting bagi menginterpretasikan data primer (Naresh, 1999).

Pengumpulan data sekunder melibatkan kaedah menggunakan sumber-sumber dokumentari. Kaedah ini lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan. Sumber-sumber ini dapat menyumbangkan maklumat yang diperlukan, sama ada

maklumat berbentuk am ataupun empirikal. Data terkumpul daripada kajian-kajian berkaitan yang dilakukan sebelum ini oleh pengkaji yang lain dapat memberi\kan maklumat asal yang diperlukan (Rohana Yusof, 2003:127).

Sumber sekunder mengandungi bahan-bahan atau maklumat tentang sesuatu kajian yang didapati daripada sumber asli. Fikiran atau pendapat dari pihak ketiga wujud di antara peristiwa, perkembangan dan pengalaman asal dengan penyelidik. Misalnya, fikiran atau pendapat wartawan yang menulis rencana tentang masalah najis dadah di sekolah-sekolah berdasarkan kepada maklumat saksi yang melihat pelajar-pelajar menagih dadah adalah fikiran atau pendapat dari pihak ketiga. Sekiranya penyelidik menggunakan maklumat yang didapati daripada surat khabar tersebut bagi menjelaskan masalah penagihan dadah di sekolah-sekolah, penyelidik menggunakan sumber sekunder kerana maklumat yang diperolehinya adalah hasil daripada maklumat wartawan yang didapati daripada saksi kejadian sebenar (Mohd Majid Konting, 1990: 90,91).

Bagi melaksanakan pengumpulan data sekunder ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan. Senarai perpustakaan yang dilawati oleh penyelidik akan dinyatakan pada tajuk selepas ini.

3.1.2.1 Perpustakaan

Adapun setiap kajian memerlukan faktor bahan perpustakaan. Sekalipun penyelidikan dilakukan sebagai kerja luar (selidik lapangan), tetap ia memerlukan perkhidmatan perpustakaan. Penyelidik perlu mengkaji segala sesuatu yang ditulis samada berhubungan langsung atau tidak tentang perkara yang dikajinya. Perkembangan ilmu pengetahuan adalah seperti sukan lari berganti-ganti. Pelari pertama menyerahkan baton kepada pelari kedua. Pelari kedua tidak bermula pada garis awal, tapi pada akhir lari pelari pertama. Di akhir larinya pelari kedua menyerahkan baton itu kepada pelari ketiga, demikianlah seterusnya. (Sidi Gazalba, 1981:54).

Demikianlah seorang penyelidik perlu mengetahui apa-apa yang sudah diketahui tentang perkara yang sedang diselidikinya. Untuk itu dia perlu melakukan penyiasatan maklumat (penyelidikan perpustakaan). Kalau ini tidak dilakukannya, ia terpaksa mula dari pangkal, seperti pelari akhir memulakan larinya pada garis awal. hal ini berlawanan dengan sifat progresif daripada sains. Di samping itu ia akan mengkaji kembali apa-apa yang telah dikaji orang terdahulu. Maka akan sukarlah untuk mendapatkan kemajuan dalam ilmu pengetahuan (ibid:55).

William dan Susan (1988:63) menyatakan bahawa “Researhers who do not

know their libraries are crippled; they bypass vast bodies of information that they could find easily. Some rely merely on Encyclopedia Britannica, Reader’s Guide to Periodical Literature, and Who’s Who in America. Others simply make a beeline for the card catalog. Those researchers who can find their way in alrge library can find a profusion of facts, often quite quickly”.

Kajian perpustakaan merupakan salah satu cara untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Banyak buku rujukan diperoleh dari beberapa perpustakaan bagi membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Buku-buku yang diperolehi adalah buku-buku yang berkaitan dengan sejarah Balaghah, Perkembangan Balaghah di Malaysia, jurnal-jurnal, kertas-kerja kertas-kerja, kandungan kusus-kursus metodologi penyelidikan sains sosial, dan contoh-contoh tesis yang berkaitan. Semua buku tersebut banyak mengandungi sumber rujukan dan berkait rapat dengan penyelidikan ini. Selain itu juga, kajian perpustakaan merupakan lokasi kedua yang terpenting dalam tugasan ini, di mana semua kemudahan untuk mendapatkan bahan rujukan mudah diperolehi. Begitu juga dengan kemudahan internet, fotokopi dan sebagainya turut juga disediakan di sana.

Oleh itu kajian perpustakaan merupakan sumber utama bahan rujukan dalam

menyiapkan tugasan ini selain daripada beberapa kaedah lain yang digunakan dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Perpustakaan yang telah digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan ialah:

a) Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

b) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. c) Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

d) Perpustakaan Pusat Islam, Kuala Lumpur.

e) Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. f) Perpustakaan Masjid Sultan Ismail (PSI), Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.