• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN AMARAH

Dalam dokumen Pengurusan Masa dan Tekanan dal (Halaman 54-71)

Marah adalah emosi yang tidak stabil dan boleh membawa padah kepada pelajar dan prestasi kerja guru.

Contohnya, guru yang marah mungkin

mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada atau mencederakan pelajar.

Anda marah sebab rasa tertekan. Marah berlaku apabila ada ketidakseimbangan ketara di antara kehendak persekitaran dan keupayaan memenuhi kehendak tersebut sama ada tugas atau keperluan.

Guru yang marah kadang-kadang hilang kawalan diri lalu menggunakan bahanbahan di sekeliling untuk memukul pelajar, seperti berikut:

Menggunakan pembaris panjang untuk memukul pelajar ditapak tangan;

Menyebat pelajar dengan bulu ayam;Menggunakan rotan;

Memukul dengan pembaris pada punggung

pelajar hingga terdapat kesan lebam dan bengkak; – Meludah pelajar;

Membaling pemadam ke muka murid;Menendang dan menerajang murid;Mengurung murid dalam almari;

Mengurung murid dalam tandas;

Mengarahkan murid lari keliling padang;Membuli murid; dan

Menghentak kepala murid dengan ketulan

• Guru yang suka marah akan mudah mendapat

tekanan dan burnout. Sila lihat Rajah 1.

• Burnout bermaksud guru tidak puas hati

dengan pekerjaannya dan ingin meninggalkannya.

• Guru yang burnout bagaikan pokok mati, tidak

lagi menyumbang kepada kemajuan pelajar.

• Menurut Cole M. (1989), “burnout can have a

negatif impact on the teacher themselves and on the pupils they teach”.

• Berikut adalah tanda-tanda guru yang burnout:

– Guru sudah tiada tenaga untuk memberi motivasi kepada

pelajar jadi motivasi yang diberikannya adalah kurang;

– Guru mempamerkan tingkah laku yang membimbangkan

dan mengasari pelajar seperti menengking dan sebagainya, menyebabkan pelajar menjadi tidak berdisiplin;

– Pelajar bersikap negatif, tidak berminat kepada pelajaran,

ponteng kelas, melawan cakap guru dan biadab;

– Keadaan kerja yang kelam-kabut, ketiadaan kemudahan

telefon, ketiadaan pendingin udara, keadaan panas dan tiada kipas;

– Tekanan dan kekangan masa untuk memenuhi tuntutan kerja

mengikut tarikh akhir. Ini merupakan aspek stres yang menimbulkan kemarahan sekiranya tarikh akhir terlalu dekat dan kerja diminta siapkan dalam masa terdekat;

– Status rendah Gaji yang murah dan pandangan masyarakat yang

memperlekehkan profesion keguruan seperti pelajar tidak menghormati guru dan ibu bapa datang ke sekolah memarahi guru di hadapan anak mereka dan pelajar lain;

– Konflik dengan rakan-rakan sejawat yang menjatuhkan maruah

guru di hadapan pelajar, ibu bapa dan guru-guru lain atau termasuk pengetua; dan

– Pihak guru besar atau pengetua yang tidak menghargai

pengorbanan guru dan tidak mengucapkan terima kasih terhadap penat-lelah guru mengajar dan membimbing pelajar. Terdapat juga guru besar yang memarahi guru di hadapan ibu bapa dan pelajar lain.

• Punca guru marah adalah seperti berikut:

– Persekitaran Organisasi. Tiada autonomi,

kerja yang rencam dan pelbagai serta beban kerja yang banyak.

– Emosi Terganggu. Kesempurnaan kendiri

terganggu.

– Fizikal. Kemudahan tidak cukup, lampu tidak

cukup terang dan ketiadaan talian telefon.

– Sosial. Hubungan dengan pelajar tidak

harmoni, kurang sokongan dari staf sokongan dan pihak pentadbir.

– Budaya Kerja. Terlalu birokrasi, peraturan pentadbiran melampau, konflik, pengaruh individu dan beban kerja yang ad-hoc.

– Iklim dan Persekitaran yang Negatif. Kawasan sekolah di pedalaman, kawasan setinggan, kawasan hulu kampung, kawasan orang asli dan kawasan pergunungan jauh dari pengangkutan, pengangkutan sungai sahaja pergi dan balik, kawasan Felda, bangunan sekolah yang hampir roboh, bangunan lama, sekolah di tepi jalan raya dan bunyi bising kenderaan (guru terpaksa menjerit-jerit ketika mengajar).

• Tindakan positif perlu diambil untuk menangani masalah marah.

• Dalam Islam apabila seseorang itu marah maka disarankan kepadanya berwuduk.

• Seorang guru yang mengalami situasi kemarahan mesti mengawal diri dengan kekuatan semangat diri dan peribadi yang baik serta tidak mencederakan pelajar atau orang lain di sekelilingnya dengan cara lisan atau fizikal.

• Sebenarnya, anda tidak perlu menunjukkan

kemarahan kepada pelajar, guru lain atau pengetua.

• Siapa anda sebenarnya? Apa hak anda untuk

memarahi orang lain? Berikut adalah jenis pengurusan amarah:

– Cepat marah, lambat baik; – Cepat marah, cepat baik;

– Lambat marah, lambat baik;

– Lambat marah, cepat baik; dan

• Cara mana yang anda amalkan? – Cepat Marah, Lambat Baik.

• Anda mempunyai pengurusan amarah yang sangat buruk. Anda tidak layak menjadi guru. Anda mempunyai peribadi dan akhlak yang lemah dan mempamerkan tingkah laku yang buruk. Anda memalukan diri, profesion dan keluarga anda. Anda sepatutnya berhenti menjadi seorang guru dan memilih profesion lain.

– Cepat Marah, Cepat Baik.

• Peribadi anda seperti kanak-kanak, anda tidak mempunyai peribadi yang teguh dan tidak boleh dicontohi sebagai guru yang profesional. Anda menghina profesion keguruan dan membawa padah kepada pelajar dan masyarakat. Anda tidak bijak dalam kemahiran interpersonal.

– Lambat Marah, Lambat Baik

• Anda seorang pendendam dan dengki hati. Anda ibarat api dalam sekam. Anda tidak sesuai berada dalam profesion keguruan,

kerana guru berhubung setiap hari dengan pelajar, rakan sejawat dan pengetua. Tingkah laku anda membawa implikasi yang

merosakkan pelajar, bangsa dan negara. Ini kerana jiwa anda tidak ikhlas dalam membimbing pelajar supaya menjadi orang yang berguna kerana anda sendiri gagal mengurus amarah anda.

– Lambat Marah, Cepat Baik

• Anda menyimpan kemarahan yang meluap sehingga masa yang tidak terhad. Sedangkan dalam Islam, hubungan manusia boleh terputus hanya tiga hari sahaja. Selepas tiga hari, anda perlu memberi salam, bermaafmaafan, melupakan peristiwa lalu dan memulakan hubungan yang baik, selesa dan ikhlas. Anda patut menamatkan kemarahan bukannya menyimpan kemarahan yang berlarutan dan memutuskan hubungan.

– Tidak Marah

• Anda mempunyai pengurusan amarah yang hampir

baik sebab yang terbaik ialah tidak pernah marah atau marah yang bertempat iaitu menegur kesalahan dengan kata-kata nasihat kepada pelajar yang salah laku dan tidak mematuhi arahan sekolah. Guru mencari sebab kenapa pelajar berkelakuan yang tidak menyenangkan guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Guru tidak layak memarahi pelajar kerana ini bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Guru perlu menguasai rasa marah dan menggantikannya dengan rasa empati dan prihatin kepada pelajar yang salah laku.

• Berikut adalah contoh pengurusan amarah

yang baik dan yang boleh dipraktikkan oleh guru:

– Mempunyai keyakinan diri;

– Prihatin kepada perbezaan individu, iaitu

menyedari bahawa pelajar yang berbeza- beza terdapat dalam satu kelas;

– Mempamerkan kualiti kerja yang konsisten; – Sentiasa bersedia dalam segala hal;

– Mengajar budaya dengan mendirikan

kumpulan budaya dan meraikan hari perayaan, hari merdeka, hari guru, hari

kanak-kanak, hari buruh, hari ibu, hari bapa, hari sukan, hari kantin dan gotong-royong;

– Bertindak sebagai tutor yang memahami

kehendak pelajar.

– Mengucap selamat dan tahniah kepada

pelajar.

– Berbincang secara terus dan telus dengan

– Peluang kenaikan pangkat atau kedudukan set

keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama berkhidmat agar tidak menimbulkan konflik dan iklim tidak harmoni.

– Pengetua perlu elakkan pilih kasih (ini boleh

mempengaruhi polisi dan operasi sekolah).

– Mempunyai penampilan diri yang baik

Mengekalkan imej sebagai guru yang bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang mantap.

Dalam dokumen Pengurusan Masa dan Tekanan dal (Halaman 54-71)

Dokumen terkait