• Tidak ada hasil yang ditemukan

“Melarang Rasulullah S.A.W memakan setiap

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKAITAN PENGUATKUASAAN DAN PENGAWASAN PRODUK HALAL DI

3.4. Pensijilan Halal Dan Logo Halal Di Malaysia

Di Malaysia pensijilan halal merupakan suatu jaminan penting kepada pengguna untuk mendapatkan produk yang diakui sah kehalalannya. Pensijilan halal bermaksud sijil pengesahan halal (SPH) yang dikeluarkan oleh badan-badan yang berautoriti dan di Malaysia pihak JAKIM dan JAIN merupakan pengeluar tunggal pensijilan halal yang diiktiraf143 oleh kerajaan Malaysia. Pensijilan halal yang diperolehi ini membolehkan penggunaan logo halal pihak berautoriti tersebut dipaparkan ke atas produk dan juga premis pemohon. Penggunaan logo halal ini, hanya dibenarkan kepada yang telah mengambil pensijilan halal daripada JAKIM atau JAIN, dan sekiranya pemalsuan dilakukan terhadap logo tersebut, maka ianya adalah tertakluk kepada undang-undang perihal dagangan di Malaysia.

Pensijilan halal ini ditadbir berasaskan kepada hukum syarak dan tujuan utama pensijilan halal adalah untuk mengatasi masalah-masalah pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan sesuatu produk. Ianya juga sebagai satu nilai komersial perdagangan “marketing tools”144

bagi meraih pasaran dalam dan luar negara kerana permintaan ke atas produk-produk halal145 meningkat seiring dengan peningkatan pengguna Islam di dunia.

143 Halal Industry Development Corporation (2010), Buku Panduan Halal Panduan Untuk Pengeluar

Makanan. Selangor: HDC, h.32.

144 Lokman Ab. Rahman (2009), Isu Halal Tiada Penghujung. Melaka: Alambaca Sdn. Bhd. h. 126. 145 Karijn Bonne, Iris Vermeir, Florence Bergeaud Blackler & Wim Verbeke (2007), Determinants of

148 Pengeluaran pensijilan halal ini adalah tertakluk kepada garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh JAKIM146 dan JAIN. Piawaian asas yang digunakan ini adalah dijadikan mandatori untuk dipatuhi oleh pengusaha yang mahu mendapatkan pensijilan halal kerana sekiranya terdapat ketidakpatuhan berhubung dengan piawaian ini, maka proses permohonan pensijilan halal yang dipohon akan tergendala manakala pensijilan halal yang telah diperolehi akan diambil tindakan. Pensijilan halal adalah juga merujuk kepada proses produk yang dipohon dari sudut pengurusan, penyembelihan, kebersihan, penyimpanan, penyembelihan, penghantaran dan sebagainya berdasarkan kepada hukum syarak dan garis panduan yang ditetapkan bermula proses daripada ladang ke meja (from farm to table).147

Bagi produk yang ingin dipasarkan di peringkat nasional dan antarabangsa maka permohonan dibuat kepada JAKIM dan sekiranya dipasarkan di dalam negara sahaja maka permohonan boleh dibuat di JAIN.148 Jika sesuatu produk itu dikilangkan di luar Malaysia untuk dipasarkan di Malaysia, pihak pengusaha tersebut boleh menggunakan pensijilan dan logo halal oleh badan-badan Islam yang telah diiktiraf oleh JAKIM.149 Terdapat lebih daripada 49 badan Islam di dunia ini yang telah diiktiraf oleh JAKIM sehingga Julai 2010 kerana mempunyai persamaan dari sudut garis panduan pensijilan halal. Maka pensijilan oleh badan-badan Islam tersebut boleh memasuki pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, badan-badan ini akan dipantau garis panduan pensijilan halalnya dan sekiranya terdapat beberapa

146 Johan Fisher (2008), Religion, Science and Market-Modern Halal Production, Trade and

Comsumption. EMBO REPORTS, 9(9): 828-831 Sep 2008.

147 Mohd Amri Abdullah, Penolong Pengarah Hub Halal JAKIM. Temubual pada 13 Ogos 2010 148 JAKIM (2005), op.cit., h. 6.

perkara yang berlainan dengan garis panduan JAKIM yang diragui maka badan tersebut tidak akan diiktiraf pensijilan halalnya. Perkara ini berlaku kepada badan Islam Uruguay iaitu Uruguay Islamic Centre yang mana pihak JAKIM telah menarik balik periktirafan badan itu bermula 15 April 2010.150

Pensijilan halal ini hanya diberikan kepada pengeluar, pengilang produk, pengedar, penjual, pengeluar sub-kontrak, pembungkusan semula, premis makanan dan rumah sembelihan. Bagi dapur hotel dan restoran adalah termasuk di dalam kategori premis makanan.151

Pemohon yang layak untuk memenuhi keperluan pensjilan halal perlulah mengisi dan memenuhkan setiap maklumat yang lengkap di dalam borang yang disediakan oleh JAKIM. Permohonan yang diproses akan dikenakan caj perkhidmatan berdasarkan kepada premis, industri dan rumah sembelihan untuk kos kajian dan ujian makmal bagi produk yang berkaitan.152

Di dalam hal pensijilan halal ini, kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran, dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat-syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices GMP) seperti yang tertakluk di dalam Malaysian Standard MS 1514:2009 Good Manufacturing Practice (GMP). Selain itu, bagi pekerja-pekerja pula

150 Halal JAKIM, http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_list&type=ANN#, 10 Oktober 2010.

151 Halal Industry Development Corporation (2010), op.cit., h. 19. 152 JAKIM (2005), op.cit., h. 10.

150 hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices GHP).153 Sekiranya pihak syarikat mempunyai pensijilan lain seperti HACCP, GMP, GHP, TQM, MS ISO dan sebagainya yang diperolehi adalah perlu dilampirkan bersama di dalam permohonan untuk memudahkan proses pengauditan.

Setelah panel pengesahan halal membuat kelulusan dan sijil pengesahan halal diberikan kepada pemohon maka tempoh sah laku pensijilan tersebut adalah selama dua tahun dan akan terbatal sekiranya pemohon telah melakukan kesalahan yang bercanggah dengan prosedur pensijilan halal Malaysia.

Semua pemilik sijil pengesahan halal Malaysia yang sah adalah dibenarkan untuk menggunakan logo halal Malaysia pada barangan atau premis. Syarat-syarat penggunaan sijil pengesahan halal dan logo halal hendaklah dipatuhi dan sekiranya berlaku penyalahgunaan dan penyelewengan maka ianya adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang diamalkan di Malaysia.154

Logo halal di Malaysia pada mulanya adalah tidak seragam dan berbagai-bagai di antara JAKIM dan JAIN. Setelah mendapat persefahaman JAKIM dan JAIN dalam hal pensijilan halal ini, maka negeri bersetuju menerima pakai logo halal Malaysia yang seragam dengan menggunakan kod negeri sebagai trace element bagi

153 Ibid., h. 13. 154 Ibid., h. 28-29.

mengetahui pengeluar pensijilan halal tersebut.155 Walau bagaimanapun, pada tahun 2008 satu lagi persefahaman telah diadakan yang mana semua negeri bersetuju menggunakan logo halal Malaysia tanpa kod.156 Logo halal yang digunakan di Malaysia mempunyai pelbagai warna seperti hitam, biru, merah, oren, merah dan hijau. Ini adalah untuk memudahkan pihak pengusaha untuk menyesuaikan warna produk dan warna logo halal yang dipaparkan.

Logo halal Malaysia ini telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan Cap Dagangan 1997157 untuk memastikan logo halal Malaysia ini mempunyai autoriti yang diiktiraf bukan hanya di Malaysia tetapi diperakui dan diterima di serata dunia.158 Pemakaian logo halal ini adalah tertakluk kepada undang-undang berkaitan halal termasuklah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975. Maka dalam hal pensijilan halal ini pemantauan dan penguatkuasaan akan dilakukan oleh JAKIM/ JAIN dan KPDNKK untuk memastikan bahawa tiada sebarang penyalahgunaan, penyelewengan, pemalsuan159 dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

155 Logo halal terdapat dua jenis di Malaysia, iaitu logo yang dikeluarkan oleh JAKIM dan JAIN yang mempunyai spesifikasi ditetapkan yang perlu dipatuhi. Sekiranya logo itu dikeluarkan oleh JAKIM maka logo halal yang akan digunakan adalah logo halal yang mempunyai perkataan Halal dengan tulisan rumi dan jawi di bahagian tengah, begitu juga dengan logo halal JAIN cuma ditambah di bawah tulisan rumi kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara seperti H-01 untuk negeri Johor dan H-14 untuk Wilayah Persekutuan.; Ibid., h. 41.

156 Saimah Mukhtar (ed.) (2009), “Penyeragaman Pensijilan Halal Malaysia: JAKIM-MAIN/JAIN”, Buletin Halal, Tahun 6 Bil. 9, Mei 2010, h. 15.

157

Hakimah Mohd Yusoff (2004), “Halal Certification Scheme”, Standards & Quality News, Jil. 11, Bil. 4, Julai-Ogos 2004, h. 4.

158 Halal Industry Development Corporation (2010), op.cit., h. 18.

152