• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peran Majlis Fatwa di Malaysia

KEBIJAKAN MUFTI DI MALAYSIA D ALAM MENGHARAMKAN ALIRAN BLACK METAL

C. Peran Majlis Fatwa di Malaysia

Agama Islam, adalah agama yang sempurna, yang, di dalamnya menyangkut segala hal, berkaitan dengan manusia dengan kehidupan sehariannya, di dalam Al-quran dan hadis telah di aturkan segalanya dan jika tedapat kekurangan maka inilah peran, orang yang diberi kepercayaan untuk merungkai sebarang masalah semasa yang muncul, maka atas perkara tersebut Negara Malaysia dengan kebijakannya telah menubuhkan jawatan kuasa fatwa majlis kebangsaan dan Negeri- negeri bagian.34

1. Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Isla m Malaysia (MKI)

Jawatan kuasa Fatwa majlis kebangsaan Bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja pada awal 1970 dibawah peraturan 11, peraturan majlis kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam di Malaysia, di bawah peraturan 11, hendaklah ditubuhkan sebuah jawatan kuasa Fatwa terdiri daripada ahli-ahli berikut:

i. Pengurusi Jawatan kuasa yang dilantik oleh majlis dari antara ahli ahlinya.

ii. Mufti tiap-tiap Negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri propinsi dalam hal ehwal Agama.

xxxiv

iii. Lima orang Alim Ulama‟ yang dipilih dan dilantik oleh majlis Raja- raja

iv. Seorang Ahli yang beragama Islam dari perkhidmatan kehakiman dan Undang-undang atau dari profession Undang-undang yang dipilih dan dilantik Oleh Raja-raja.

Oleh karena ia ditubuhkan dibawah kuasa Raja-raja, maka majlis raja- raja hendaklah menjalankan fungsinya, yaitu mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau Upacara Agama diperluas ke persekutuan secara menyeluruh.35

Fungsi jawatan kuasa fatwa majlis kebangsaan Malaysia adalah, seperti yang terdapat dalam pasal 14 peraturan Majlis kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia (MKI( yang berbunyi “ tugas jawatan kuasa Fatwa ialah menimbang, memutus dan mengeluarkan Fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan Agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja, jawatan kuasa itu hendaklah mengemukakan pendapat- pendapatnya kepada majlis yang akan menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-raja.

2. Jawatan kuasa Fatwa Negeri-negeri

Selain Majlis Fatwa kebangsaan terdapat juga jawatan kuasa fatwa Negeri- negeri Bagian, yang diberi tugas dan kuasa untuk mengeluarkan Fatwa.36

35 Monografi Al-Ifta‟ siri 1, jabatan kemajuan Islam Malaysia, black and

Asssocietes, hlm,78.

36 http://ke mbaraimanku.blogspot.com/2010_01_01_archive.ht ml, diakses pada tanggal 28/januari 2011.

xxxv

Peruntukan mengenai penubuhan Jawatan kuasa fatwa Negeri dan Fungsi- fungsinya terdapat dalam setiap Akta dan Enakmen pentakbiran Agama Islam Negeri- negeri, dengan dilantik oleh sulthan dari setiap Negara bagian dengan atau tanpa nasihat Menteri selepas berunding dengan Majlis Agama Negeri, melantik orang yang layak menjadi Mufti dan timbalan Mufti, bagi Negara bagian yang tidak mempunyai sulthan maka Agong37 mengantikan posisi sultan bagi urusan Agama.

Kuasa Mufti ialah membantu dan menasihati Agong atau sultan berkenaan dengan semua perkara hukum syarak, pendapat yang dibuat oleh Mufti akan menjadi fatwa setelah ia disiarkan dalam warta. Fatwa yang dibuat oleh Jawatan kuasa Fatwa Negeri atau jawatan kuasa perundingan Syarak perlu dikemukakan kepada sultan atau Raja selaku ketua bagian Agama Islam bagi Negeri- negeri bagian, untuk mendapat perkenannya.38

3. Pengeluaran Fatwa di Malaysia

Terdapat dua faktor yang mendorang pengeluran sesebuah Fatwa di Malaysia yaitu

a . Melalui Arahan Rapat Majlis Raja-raja

Proses pengeluaran fatwa ini bermula apabila rapat Majlis Raja-raja menitahkan agar Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan Fatwa tentang isu yang muncul dalam masyarakat. Majlis Muzakarah Fatwa diadakan, dan apabila Majlis Muzakarah bersetuju mengeluarkan Fatwa maka Fatwa berkenaan akan dikemukankan kepada rapat

37 Agong ialah kepala Negara d i Malaysia, dan ia men jadi ketua bagi setiap sulthan

di Malaysia,pimilihan Agong di adakan setiap 5 tahun sekali, dala m rapat Ma jlis Ra ja -raja 38 Ibid,.

xxxvi

majlis Raja-raja melewati Majlis kebangsaan hal Ehwal Islam Malaysia. Fatwa yang telah diterima oleh Majlis Raja-raja tersebut akan dibawa kepada jawatan Kuasa Fatwa atau Jawatan kuasa Syariah Negeri bagian tanpa boleh diubah dan seterusnya akan diwartakan oleh Negeri bagian berkenaan, antara contoh Fatwa yang pernah dikeluarkan lewat proses ini adalah pengharaman pertubuhan Al- Arqam dan kasus Tafkir.

b. Tanpa Arahan Rapat Majelis Raja-raja

Proses pengeluaran Fatwa ini adalah melalui permohonan masyarkat Islam melalui media massa atau pertanyaan. Kasus yang dikemukankan akan dikaji dan kemudian di sidangkan dalam rapat penel kajian Syariah. Bagi kasus yang memerlukan perbincangan lanjut, ia akan dibentangkan dalam Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Fatwa yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Jawatan kuasa Fatwa/Jawatan kuasa Syariah Negeri bagian, dan Negeri bagian boleh mengubah keputusan tersebut atau menerimanya tanpa perubahan. Antara fatwa yang dihasilkan melewati proses ini Isu Black Metal dan Pengklonan Manusia.39 Fatwa yang diwartakan melewati dua cara seperti ini menjadi hukum dan menjadi Undang- undang dengan ketentuan yang mengikat.

4. Hubungan Jabatan Mufti Negeri dengan Fatwa Majelis Kebangsaan

Jawatan kuasa Majelis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKBHEUIM) adalah sebuah badan pelaksana terhadap Jawatan kuasa Fatwa Negeri bagian khususnya dalam menangani kasus-kasus besar yang

39 Skripsi hajar binti Zaina l, n im 107045202899, kedudukuan muft i dinegeri johor

(ka jian atas jabatan mufti dala m struktur ketatanegaraan negeri Johor. Fa kultas syariah dan hukum universitas Isla m negeri syarif hidayatullah Ja karta.

xxxvii

melibatkan persoalan Negara atau aqidah Umat islam yang perlu diselesaikan segera. Pada saat ini, Jawatankuasa Fatwa MKBHEUIM dikepalai oleh yang berbahagia Prof. Dato‟ Abdul Syukur Bin Hj. Husin yang dianggotai sebanyak 22 orang anggota.40

Satu keputusan Fatwa yang telah diminta oleh Majelis Raja-raja di kaji dan diputuskan oleh Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan, dan kemudian Keputusan Fatwa tersebut di persetujui oleh majelis Raja-raja, tidak bisa diubah oleh Negara bagian tanpa mendapat persetujuan dari Majelis Raja-raja terlebih dahulu, walaubagai- manapun, untuk menjadikan satu fatwa itu terlaksana di negara bagian fatwa tersebut harus dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa negara bagian tersebut yang selanjutnya disiarkan ke dalam warta negara bagian masing- masing.

Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan sebenarnya berfungsi sebagai badan penyeragaman terhadap Jawatan Kuasa Fatwa negara- negara bagian khususnya dalam menangani kasus-kasus besar dan bersifat segera, melibatkan persolan negara ataupun aqidah umat Islam.41

Walau bagaimanapun, berdasarkan analisa terhadap Fatwa- fatwa yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa Fawat Kebangsaan, terdapat kecenderungan negara bagian menukar teks fatwa tersebut setelah dibawa pulang ke negara bagian dan kemudian diputuskan oleh Jawatankuasa fatwa negara bagian tersebut, walaupun keputusan Fatwa yang dibuat ditingkat kebangsaan itu merupakan keputusan mayoritas atau pun keputusan bersama para Mufti yang menjadi

40 Peraturan Maje lis Kebangsaan Bagi Hal Ehwa l Aga ma Isla mMalaysia

MKBHEUM, peraturan 6, h.2 41 Ibid., h 72

xxxviii

anggota, namun perubahan masih berlaku apabila ia dibincang semula diperingkat negara bagian.42

Sementara itu, tidak semua keputusan Fatwa boleh disiarkan kepada Umum. Bahkan ada diantaranya yang dikategorokan sebagai dokumen rahasia, yang diberikan kepada pihak yang meminta fatwa atau pihak-pihak tertentu sahaja.43

Dokumen terkait