• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan NGO Dalam Konteks Hubungan Etnik

Dalam dokumen Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik (Halaman 40-46)

Walaupun terdapat pertubuhan yang berasaskan golongan etnik, namun terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan, Perusahaan Malaysia dan pelbagai lagi. Perkara ini sudah tentulah dapat mempercepat lagi proses hubungan etnik melaui peranan yang dimainkan oleh NGO.

Menyentuh aspek kepimpinan pula sama ada pada peringkat negara atau persatuan, barisan kepimpinan disertai oleh pemimpin pelbagai kaum. Sebagai contoh, kepimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik yang ada di Malaysia.

Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Malayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun ini sewajarnya digunakan oleh NGO ini untuk mewujudkan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Contohnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sentiasa mengadakan seminar bagi menjelaskan kepentingan hubungan etnik dalam konteks Malaysia.

Pada masa yang sama juga, peranan sains dan teknologi amat diperlukan dalam meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuklah dalam sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Untuk itu, kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial berdasarkan kadar 60 : 40. Melalui ini, bilangan saintis antara kaum dapat diseimbangkan.

Justeru, peranan pihak swasta dan kerajaan amat diperlukan dalam menyumbangkan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara. Dana-dana sedia ada seperti Intensive Research Priority Areas (IRPA) dan geran dari pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara.

Disebabkan sains dan teknologi ini begitu memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara, maka aspek ini amat penting dalam meningkatkan hubungan etnik rakyat Malaysia. Hal ini kerana apabila pembangunan ekonomi negara itu berkembang pesat di samping kestabilan politik akan mampu menarik lebih ramai pelabur sama ada dari dalam atau luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Situasi ini seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira golongan etnik. Kesannya, taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi negara akan dapat diseimbangkan dan ini mampu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

KESIMPULAN

Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah suatu fakta yang telah diterima umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahawa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Ternyata, tidak cukup untuk kita hanya menerima fakta-fakta ini tanpa bertindak tetapi perlu menyusun tindakan susulan. Semua pihak dalam masyarakat kita harus terlibat dalam usaha ini. Tindakan-tindakan susulan tersebut mestilah yang bermakna, mudah difahami, berkesan dan akhirnya menjana perpaduan yang diidamkan.

Apa yang dibincangkan dan dihuraikan dalam tugasan ini merupakan salah satu tindakan susulan yang dimaksudkan. Andaian asas yang mendasari tugasan ini ialah bahawa setiap rakyat Malaysia telah mempunyai pengalaman berinteraksi dengan suatu kelompok etnik lain yang wujud di negara ini. Bentuk hubungan, kekerapannya, mendalam atau tidak hubungan tersebut pastinya berbeza antara

Foto-foto petikan internet sekadar untuk renungan, adakah ini yang kita mahukan di negara kita…???

seorang individu dengan individu lain, atau antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Kerencaman sifat hubungan ini, telah mewarnai persepsi setiap rakyat Malaysia mengenai sifat, keadaan dan masa depan hubungan etnik di Malaysia.

Kerencaman ini harus dilihat sebagai sesuatu yang positif, yang kalau disusun kembali dan diisi lompang-lompangnya, akan memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk membentuk satu peta mental yang lebih menyeluruh. Selanjutnya, peta mental tersebut boleh membantu dan meningkatkan taraf kesedaran rakyat tentang hubungan etnik yang mewarnai kehidupan mereka. Melalui kesedaran itu, barulah dapat dibina kefahaman yang lebih mendalam. Seterusnya kefahaman baharu ini akan meningkatkan tahap akomodatif setiap individu atau kelompok terhadap kelompok etnik lain yang wujud seiring dengan mereka dalam kehidupan seharian, sama ada dalam suasana tempat kerja, perayaan dan kegiatan lain. Hanya dengan sikap akomodatif yang bertambah ini mereka dapat menjana perasaan saling menghormati. Aspek saling menghormati ini sangat penting untuk mengurangkan serta menghapuskan salah faham, stereotaip serta prejudis mereka terhadap kumpulan etnik lain. Apabila perasaan saling menghormati tertanam di jiwa masing-masing terbukalah pintu perpaduan dan kerjasama yang harmonis.

Tugasan ini bukan suatu tulisan yang menawarkan cara-cara penyelesaian masalah dalam hubungan etnik. Dengan kata lain, tugasan ini bukan sebuah manual untuk memperbaiki hubungan etnik atau panduan untuk mewujudkan hubungan etnik yang harmonis. Tugasan ini ialah suatu undangan kepada setiap pembaca untuk memikirkan secara berfokus tentang hubungan etnik di Malaysia, iaitu aspek sejarah, latar belakang ekonomi dan politik, aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian untuk mendalami serta mengatur kembali apa yang sudah ada dalam pengetahuan dan yang pernah dialami oleh semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa melalui hasil tugasan ini, kita akan memperoleh lima perkara tersebut ialah “kesedaran,” “kefahaman,” “akomodatif,” “saling menghormati,” dan “perpaduan.”

Kesedaran merujuk kepada kemampuan kita untuk mengenal pasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia, khususnya dalam bentuk kelompok etnik dan selanjutnya dalam bentuk-bentuk lain seperti agama, budaya, kedudukan, ekonomi, politik dan sosial. Kepelbagaian ini mesti diterima sebagai ciri utama dalam masyarakat Malaysia.

Kesedaran membawa kepada kefahaman bahawa kepelbagaian bukan sesuatu yang semestinya bersifat negatif atau menggalakkan pertentangan. Kepelbagaian juga merupakan satu kekuatan kerana daripada sudut alamiah manusia memang wujud berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di tempat-tempat yang berbeza. Oleh sebab itu, membina kesepaduan daripada kepelbagaian itu ialah satu kemestian yang akan memastikan perlanjutan dan kelangsungan sesebuah masyarakat. Aspek positif kepelbagaian ini yang mesti diberikan perhatian. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti. Justeru, perasaan prihatin terhadap semua kelompok etnik yang berbeza semestinya berlandaskan kefahaman yang mendalam.

Apabila wujud kefahaman yang mendalam maka selanjutnya akan terbina pula perilaku dan tindakan yang bersifat akomodatif, iaitu sedia menerima golongan etnik yang berbeza yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek. Sifat akomodatif serta kesanggupan menerima golongan etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat resam dan agama, merupakan apek yang sangat penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi untuk melanjutkan hubungan etnik harmonis.

Sifat akomodatif, menjana pula sikap dan perilaku saling hormat menghormati. Walaupun pada awalnya seseorang itu mungkin berasa tidak senang terhadap kelompok etnik lain tetapi dengan kefahaman dan toleransi terbina dalam diri akan wujud kesabaran dan kesediaan untuk menerima perbezaan setiap

kelompok etnik. Interaksi yang lebih intim antara kelompok etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya menerusi sikap hormat menghormati serta menghindari konflik dalam segala bentuk, sama ada terbuka atau tersirat. Dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman yang mendalam, sifat akomodatif yang tinggi, hubungan saling menghormati yang berterusan pasti akan membuka luas pintu untuk membina segala bentuk usaha ke arah perpaduan etnik yang diidamkan.

Sesungguhnya, Perlembagaan Malaysia bukan hanya untuk tontonan tetapi suatu kenyataan yang perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan. Semua ini juga tiada maknanya jika rakyat negara kita yang majmuk ini tidak menunjukkan komitmen yang jitu hatta memainkan peranan luar biasa. Oleh itu, di sinilah duduk letaknya peranan kita sebagai rakyat yang cintakan kedamaian memegang tanggungjawab besar dalam mewujudkan iklim harmonis dan kondusif demi kedamaian di negara yang tercinta ini.

RUJUKAN

1. Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-undang Islam di

Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia

2. Ibrahim Ali : 29 Julai 2009. Mansuh : Pinda atau Gubal Akta Baharu?: Utusan Malaysia.

3. Ibrahim Ali : 13 Ogos 2009. 1Malaysia Perspektif Generasi Merdeka : Utusan Malaysia

4. Teo Kok Seong. 5 September 2012 : Rencana . Penyata Razak masih

relevan : Berita Harian.

5. 5 Febuari 2013 : Nasional : Isu sensitif ulangi Tragedi 13 Mei: Berita

Harian

6. Open Universiti Malaysia. 2007. HBSS 1203 : Halatuju Pembangunan

Negara. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

7. Profesor Dr. Nor Hashmah Jalaluddin. 31 Julai 2009 : Pemansuhan

PPSMI Wajar. Titian Kementerian Pelajaran Malaysia : Utusan Malaysia.

8. Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Universiti Teknologi MARA. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti

9. Internet. Akses 5 Julai 2009. Wikepedia : Perlembagaan Malaysia: http//ms.wikipedia.org/wiki/PerlembagaanMalaysia

18. Internet. Akses 15 Julai 2009 : Perlembagaan Malaysia:

http://www.scrib.com/doc/16768174/an-Malaysia

Dalam dokumen Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik (Halaman 40-46)

Dokumen terkait