Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Batu Pahat, Johor. Semester 2 Sesi 2012/2013
UWS 10202 HUBUNGAN ETNIK
Nama Pensyarah:
TN. HJ. SHAMSAADAL SHOLEH B. HJ. SAAD Tajuk Tugasan Individu:
ISU-ISU SENSITIF HUBUNGAN ETNIK
Nama Pelajar No. Matrik
MOHD SABAL BIN SARIPAL DB110503
Program:
PRAKATA
“ skills can be developed trough practice. True ease in
writing come from art, not chance.”
MOHD SABAL BIN SARIPAL DB110503 BBV S5 UTHM
KANDUNGAN
1. PRAKATA
i
2. KANDUNGAN
ii
1. ISU-ISU SENSITIF
1
i. Isu 1 : Penyata Razak masih relevan 2
- 6 - Sinopsis - Pengenalan - Prasangka - Faktor - Implikasi - Langkah mengatasi - Rumusan
ii. Isu 2 : Isu sensitif ( Kalimah Allah ) ulangi Tragedi 13 Mei 7 - 9 - Sinopsis - Pengenalan - Prasangka - Faktor - Implikasi - Langkah mengatasi - Rumusan
2. ANALISIS ISU SENSITIF DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
10 - 14
3. CADANGAN MEMBENDUNG FENOMENA ISU SECARA GLOBAL
14 - 39
5. RUJUKAN
6. LAMPIRAN
ISU-ISU SENSITIF YANG DIPERKATAKAN SECARA TERBUKA
Kerajaan amat sedar bahawa terdapat hubungan sosial yang kuat dalam kalangan pelbagai golongan etnik di Malaysia. Pelbagai usaha telah diambil untuk terus mengekalkan kekuatan ini dan membina mesyarakat yang lebih adil dari struktur sosial dan ekonominya.
Namun dalam menongkah ledakan arus kemajuan dan permodenan dunia hari ini, Malaysia dengan masyarakat majmuknya tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada isu-isu sensitif yang berkaitan hubungan etnik diperkatakan secara terbuka. Sememangnya menjadi lumrah naluri manusia, tidak semua apa yang dikecapi di dunia ini mendapat kepuasan yang maksimum. Antara perkara berkaitan hubungan etnik yang sering diperkatakan dan diungkitkan secara terbuka dewasa ini saya mengetengahkan 2 isu yang boleh dilihat berdasarkan carta di bawah :
ISU-ISU
SENSITIF
YANG
DIPERKATAKAN
SECARA
TERBUKA
Penyata Razak masih relevan dan Pendekatan PPSMI Perkaitan
Dengan Bahasa Kebangsaan
Isu Kalimah Allah Mencabar Kesucian Agama Islam dan ulangi Tragedi 13
Isu 1: Penyata Razak masih relevan dan Pendekatan PPSMI, Perkaitan dengan Bahasa Kebangsaan ( Berita Harian 5 September 2012: Rencana- hlm 23 )
SINOPSIS
Azam Penyata Razak yang digubal pada tahun 1956 menggunakan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, untuk tujuan penyatuan, perpaduan dan kemajuan rakyat Malaysia, Ia bermatlamat mewujudkan sistem persekolahan yang seragam bagi semua etnik di Malaysia. Rakyat yang belajar bersama akan terus kekal bersama-sama. Ianya dapat dicapai apabila anak bangsa mengikuti kurikulum yang sama dan bertutur dalam bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Ianya penting kerana sifat negara Malaysia yang majmuk dan Penyata Razak menekankan aspek perpaduan kaum yang berbilang. Lantaran itu PPSMI dimansuhkan dan Penyata Razak masih relevan.
ISU / PRASANGKA
- Pelbagai aliran persekolahan
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - Pemansuhan PPSMI
- Perpaduan kaum pelbagai etnik.
PENDAHULUAN
Sehingga kini rakyat Malaysia masih tidak bersatu padu sepenuhnya, gagal membentuk satu nasionaliti yang utuh selepas 55 tahun merdeka. Ini berpunca kerana adanya gejala polarisasi kaum, ekstremisme etnik dan tiadanya toleransi budaya dan agama di kalangan kaum dalam Negara. Pelbagai aliran
persekolahan wujud, yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah persendirian cina, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan belajar sendiri di rumah yang mengasingkan anak bangsa pada usia muda perlu ditangani sebaik mungkin dalam rangka hala tuju pendidikan Negara. Sehubungan ini rangka ini perlu mencadangkan teras persamaan daripada himpunan pelbagai aliran.untuk tujuan penyatupaduan golongan muda. Penyata Razak yang bermatlamat melahirkan golongan muda yang berkongsi asas dan perspektif nasionaliti Malaysia yang sama masih bersesuaian.Oleh itu ketetapan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat kemajuan dalam Penyata Razak perlu dipertahankan.
Sejak kerajaan mengumumkan keputusan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012, pelbagai pihak menyuarakan pandangan masing-masing. Ada yang mengalu-alukan dan ada yang yang berasa kecewa serta tidak bersetuju. Sebahagian lagi ingin mengetahui kesan pemansuhan dasar itu terhadap kumpulan pelajar sedia ada dan perincian bagaimana ia akan dilaksanakan. Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat bebas bersuara mengenai hal ini. Bagaimanapun saya berpendapat hujah dan perbincangan seharusnya berdasarkan data dan fakta yang konkrit serta mengikut penilaian dan pertimbangan yang waras. Ahli akademik telah membuat banyak kajian berkaitan PPSMI. Berdasarkan perbincangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran, banyak hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa dasar PPSMI memberi kesan negatif kepada pelajar. Sebaliknya, sukar ditemui kajian dengan dapatan yang konklusif mengenai kejayaan PPSMI.
Hasil Undian Merdeka baru-baru ini mendapati 50 peratus rakyat Malaysia berpendirian PPSMI wajar diteruskan. Namun undian sebegini pada kebiasaannya dibuat berasaskan persepsi oleh mereka yang tiada capaian kepada dapatan dan kajian data kajian. Kajian lapangan secara ektensif melalui soal selidik pendapat pelajar, guru dan pentadbir sekolah mempu menghasilkan
keputusan yang lebih saintifik dan tepat (Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, 2009).
FAKTOR ISU
Antara faktor kebangkitan isu berkenaaan ialah cadangan rapi bagi memperkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan satu-satunya aliran persekolahan yang menggunakan bahasa Melayu secara dominan.
Selain daripada itu pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris ( PPSMI ). Bahasa Melayu sekali lagi menjadi alat untuk rakyat bersatu padu. Mengikut logik, setiap negara mesti mempunyai bahasa kebangsaan yang membentuk identiti rakyatnya. Dari aspek perundangan pula, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan dijamin oleh undang-undang negara ini. Idea untuk mewujudkan dua bahasa dalam sistem pendidikan kita adalah tidak wajar kerana ia terbukti gagal pada masa lalu. Bagaimanapun usaha untuk menambah masa pengajaran subjek bahasa Inggeris amat tepat dan dialu-alukan. Pada masa yang sama, saya percaya Kementerian Pelajaran bersungguh-sungguh dalam memarbatkan bahasa kebangsaan dan memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
IMPLIKASI / KESAN
Kita perlu belajar daripada sejarah. Bahasa Melayu dengan jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem dua aliran sebelum ini, iaitu sekolah aliran Melayu dan aliran Inggeris. Sistem dua aliran ini telah menyebabkan negara kita terbahagi dua. Jurang antara pelajar aliran Melayu dan Inggeris sangat besar. Justeru, salah satu matlamat penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah untuk menyatupadukan
rakyat Malaysia. Banyak kejayaan dan pencapaian diperolehi daripada dasar sistem ini satu aliran ini.
Berdasarkan kepada kajian saya sebagai seorang guru, keputusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin memang tepat ini kerana saya mendapati penguasaan bahasa Inggeris pelajar di Kelantan (sampel dari sekolah bandar, pinggir bandar dan luar bandar) tetap sama selepas PPSMI dilaksanakan. 75 peratus responden masih lemah dalam bahasa Inggeris. Hal ini menunjukkan usaha yang berkesan perlu diambil untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Kajian itu juga menunjukkan bahawa pelajar bukan sekadar tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk membina ayat walaupun yang mudah dan ringkas. Justeru, keputusan kerajaan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui pemantapan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran itu sememangnya tepat dan berada di landasan yang betul.
Semua hasil dapatan tersebut juga disokong oleh teori bahasa itu sendiri. Semua teori bahasa menyatakan cara terbaik memperoleh ilmu pengetahuan ialah melalui bahasa ibunda. Teori perkaitan (Relevance Theory) yang membincangkan hubungan antara komunikasi dan (cognition), memperakui bahawa perhatian pendengar semakin lemah apabila mesej semakin kurang difahami. Dalam kes ini, apabila pelajar tidak memahami mesej yang disampaikan dalam bahasa asing, perhatian mereka mudah terganggu dan pendengar mula berasa bosan dan tidak memberi tumpuan. Akibatnya, pelajar mungkin akan terlibat dengan kes salah laku dan prestasi akademik akan menurun.
LANGKAH MENGATASI.
Hasrat murni aini akan dapat dicapai dan menjadi reality andai semua pihak menekankan unsur mendidik di samping menyatu. Sistem pendidikan perlu menyediakan golongan muda yang berpengetahuan untuk bersaing secara global, dan pada masa yang sama lebih bergabung sebagai satu nasionaliti.
Perlu merancang teras persamaan daripada himpunan pelbagai aliran persekolahan tanpa mengambil kira etnik untuk tujuan penyatu paduan golongan muda. Sekolah kebangsaan perlu terus diperkasa dan memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping memperkukuhkan bahasa inggeris sebagai bahasa ke dua.
Langkah yang lebih terperinci dan menyeluruh bagi mengatasi isu berkenaan dinyatakan secara global di hujung pelaporan.
RUMUSAN / KESIMPULAN
Daripada unsur yang telah dinyatakan, saya berpendapat bahawa bahasa
adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri.
Nasional- hlmn 7 )
SINOPSIS
Isu Kalimah Allah Mencabar Kesucian Agama Islam. Isu penggunaan kalimah Allah SWT oleh orang bukan Islam kembali hangat di Malaysia. Penggunaan kalimah Allah yang berkait rapat dengan islam sebagai agama rasmi Negara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya dihormati oleh agama lain. Sama ada sengaja dijadikan isu kerana kepentingan politik atau tidak sengaja, ia tetap isu yang masih diperkatakan seolah-olah ada segelintir ahli politik menentang Yang di-Pertuan Agong. Ditambah pula yang suka memberikan komen adalah dalam kalangan mereka yang bukan ahlinya. Sebahagian mengatakan ia bersangkutan persoalan akidah, dan sebahagian yang lain mengkategorikan sebagai perkara cabang dalam feqh. Lebih malang mereka yang hanya menggunakan lojik akal tanpa sebarang sandaran dalil, tetapi banyak mengaitkan dengan kepentingan (maslahat) agama Islam.
ISU / PRASANGKA
- Pilihan Raya Umum Ke- 13 ( PRU13 )
- Keagamaan - agama islam sebagai agama rasmi ( Kalimah Allah ) - Perlembagaan Persekutuan
- Hak-hak istimewa orang Melayu - Tragedi 13 Mei
PENGENALAN
Tidak dinafikan wujud kebimbangan jika kalimah Allah Azza wa Jalla ini digunakan oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia, hingga tidak dapat dibezakan di antara Allah SWT dengan tuhan yang bukan Allah SWT. Juga kebimbangan disalahguna oleh mereka. Maka pada waktu ini ada kepentingan (maslahat) untuk tidak membenarkan ia digunakan oleh orang bukan Islam dengan syarat kebimbangan
itu diyakini bakal terjadi bukan kebimbangan kosong. Oleh itu, boleh bagi kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah Azza wa Jalla berdasarkan dalil maslahat, sebagaimana boleh juga pihak kerajaan membenarkannya atas dasar maslahat. Tetapi dengan syarat hukum ini tidak kekal selama-lamanya. Pada masa yang sama hukum asal juga perlu diketahui. Sebenarnya isu ini berada di peringkat ini. Namun oleh kerana di Malaysia ini semua orang adalah ‘ustaz’ feqh’ sama ada bidang sosiologi, sastera, perubatan dan lain-lain, maka isu ini menjadi hangat kerana memberi komen tanpa mengikut kaedah yang sebenar. Ketika satu pihak menyatakan hukum asal dan belum sampai kepada maslahat, pihak lain pula terus melompat ke peringkat maslahat tanpa membincangkan hukum asal. Ketika dibincangkan peringkat maslahat pula, pihak lain menyatakan hukum Islam tidak konsisten, dan sebagainya.
FAKTOR ISU
Sikap segelintir ahli politik dan individu yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi untuk memancing undi tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat majmuk. Sikap degil tegar dan hanya mengaut keuntungan politik jangka pendek akan menjejaskan perpaduan kaum.
IMPLIKASI / KESAN
Isu ini bukan sahaja boleh menyebabkan akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan juga adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan fahaman yang berbeza-beza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin. Implikasinya, akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam. Selain itu, isu ini juga akan
menjejaskan perpaduan rakyat untuk hidup rukun, aman damai serta harmoni disamping boleh mencetuskan semula Tragedi 13 Mei 1969.
LANGKAH MENGATASI
Justeru, untuk mengatasi dan membasmi setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat Islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh di sebalik tabir Islam.
RUMUSAN / KESIMPULAN
Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu yang sinonim dengan agama Islam. Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Meskipun peristiwa itu berlaku di kampong Baru namun kehangatan bahangnya terasa hingga ke Petaling Jaya dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
ANALISIS ISU SENSITIF DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk sudah tentu tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran hubungan etnik.
Cabaran-cabaran tersebut dapat dianalisis dan dibahagikan kepada beberapa faktor penting iaitu :
i. Analisis kepentingan antara etnik dari aspek social ii. Analisis kepentingan antara etnik dari aspek ekonomi iii. Analisis kepentingan antara etnik dari aspek politik iv. Analisis aspek nilai antara etnik dan ;
v. Analisis aspek globalisasi.
i. Analisis Kepentingan Etnik Dari Aspek Sosial
a. Pemisahan Fizikal
Pemisahan fizikal yang berlaku dalam masyarakat negara ini wujud akibat kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British. Keadaan ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap, khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terlalu luas mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi. Hal yang sama juga berlaku antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Pemisahan penempatan atau fizikal ini bukan sahaja merenggangkan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik lain.
b. Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk intergrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini menyebabkan
interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Namun, dari segi kurikulumnya adalah sama bagi semua jenis sekolah. Justeru, program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.
c. Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar
Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, berakomodatif, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. Walaupun intergrasi kaum pada peringkat prasekolah khususnya Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan pada peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Situasi ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.
d. Kontrak Sosial Sering Diungkitkan
Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Namun, isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang kerap dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan isu kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi (Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional 2005 – 2010).
ii. Analisis Kepentingan Antara Etnik Dari Aspek Ekonomi
a. Penguasaan Ekomomi
Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden. Dampaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap golongan etnik berusaha
untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi yang wujud. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu golongan etnik dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.
Hal ini telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua, iaitu perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Perpaduan negara tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tenaga buruh yang kian meningkat.
b. Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan Sektor Ekonomi
Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik atau mewujudkan perbezaan dari segi pekerjaan. Setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu seperti pertanian, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam. Situasi ini lebih ketara semasa penjajahan British apabila orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Sebilangan besar orang India pula merupakan buruh di estet. Walaupun perbezaan ini mula berkurangan, namun masih terdapat perbezaan mengikut sektor ekonomi berdasarkan kumpulan etnik. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi antara kaum yang luas. Perkara ini akan memperkukuh lagi semangat perkauma
iii. Analisis Kepentingan Antara Etnik Dari Aspek Politik
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Tambahan pula, jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan
ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, maka tindakan ini tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
iv. Analisis Aspek Nilai Antara Etnik
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
v. Analisis Aspek Globalisasi
Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Semenjak orang Barat memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke-15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun.
Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan manusia yang dipegang pada masa kini, maka mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia. Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah.
Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak. Maka tidak dapat tidak, globalisasi ialah faktor perubah budaya yang amat kuat dan pantas. Jika diperhatikan secara mendalam, secara tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur
dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globaliasi dalam bentuk yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya pada abad ke-19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.
Ketiga-tiga cabaran di atas sekiranya tidak dibendung dan dikawal, akan menjurus kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam, menimbulkan prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dengan beberapa persepsi yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia (Sanusi Osman, 1987).
CADANGAN MEMBENDUNG FENOMENA ISU SECARA GLOBAL
Proses pemupukan perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya bersifat top-down, iaitu usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta keamanan. Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dalam hal hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan pelbagai golongan etnik. Sebahagian besar kejayaan ini merupakan hasil usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya dan disokong oleh pelbagai pihak sama ada sektor swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun rakyat itu sendiri. Seterusnya kita akan membincangkan peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan, rakyat dan NGO dalam mempererat lagi hubungan etnik di Malaysia.
1) Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik
Berikut ialah beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian hubungan etnik di Malaysia sentiasa terpelihara :
Sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat jelatanya ke arah pembinaan satu negara bangsa yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep seperti ini juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destinasi yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa (Ibrahim Ali, Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009).
Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan dalam kalangan pemimpin. Ia menuntut kematangan minda, toleransi dan pengorbanan dalam kalangan warga Malaysia. Ia juga mengharap sumbangan ikhlas daripada seluruh organisasi masyarakat sivil dan NGO untuk sama-sama mendukung serta menjayakannya. Ia adalah konsep pembangunan bangsa Malaysia yang mencerminkan kesunguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk. Ianya bermatlamat supaya kepelbagaian sosiobudaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional yang kemudiannya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa.
Ciri-ciri kekuatan nasional ini juga boleh digunakan untuk mencorak dan melaksanakan program pembangunan insan, pembangunan negara dan pembangunan ekonomi , di samping memperkasakan keupayaan Malaysia menembusi aneka peluang serta aktiviti ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Logo dan Konsep
“1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Ini membuktikan bahawa konsep 1Malaysia sekai-kali tidak serupa dengan Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew pada awal tahun 1960-an yang kini dijadikan asas perjuangan sesetengah parti politik tertentu di negara ini. Sebaliknya, konsep 1Malaysia membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan Perdana Menteri untuk memberikan erti yang seluas-luasnya kepada doktrin Rukun Negara yang diilhamkan oleh ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein pada tahun 1970.
Konsep 1Malaysia juga mencerminkan usaha Perdana Menteri untuk memberikan roh dan jiwa kepada Gagasan Wawasan 2020 hasil daripada pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Konsep 1Malaysia juga bermatlamat mengukuhkan seluruh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan keunggulan masyarakat pribumi dan kewujudan lain-lain warganegara Malaysia yang diiktiraf secara perlembagaan atas prinsip muafakat, musyawarah dan penghormatan kepada kepelbagaian rupa bangsa di tanah air.
Lantaran itu, seluruh warga Malaysia perlu mendukung dan menyokong konsep 1Malaysia dengan sepenuh hati dan dengan keikhlasan total. Sebagai generasi merdeka, saya sendiri amat yakin bahawa konsep ini akan berjaya mencapai matlamatnya jika ia diterima oleh seluruh warganegara, termasuk generasi merdeka seperti saya. Ini kerana teras konsep 1Malaysia adalah pemupukan perpaduan rakyat supaya mereka sentiasa mentaati, berpegang teguh dan menjunjung tinggi seluruh prinsip asas pembinaan negara bangsa seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.
1.2 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, 2006).
Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Antara tahun 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN).
Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta intergrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat, usaha ini telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Pendirian kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut :
“Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan,
nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.”
JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional 2005 – 2010 telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan intergrasi nasional iaitu :
i. Strategi Politik : Persefahaman
Persetujuan yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi asas dan kerangka (framework) bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan serta intergrasi antara wilayah. Dengan itu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan negara hendaklah berlandaskan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai sistem Kerajaan Persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, hak mengamalkan agama masing-masing, hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi, pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri.
Apabila kesedaran kewujudan satu bangsa Malaysia menjadi semakin mantap dan semangat perkauman dan kewilayahan menjadi semakin cair, maka dengan sendirinya pertubuhan-pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merentasi batasan-batasan kaum dan wilayah akan muncul. Perkembangan sedemikian akan membawa kesan positif dan mempercepatkan lagi proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara. Opsyen lain untuk mengawal keadaan seperti kod etika
antara parti politik dan seruan supaya bersikap dan bertindak sederhana kurang berkesan dalam kancah politik.
ii. Strategi Ekonomi
Salah satu faktor utama yang menimbulkan ketegangan antara kaum, sentimen etnosentrisme, prejudis, tanggapan negatif antara kaum dan sebagainya ialah kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum yang tidak seimbang. Masalah ini dirumitkan lagi apabila kaum-kaum dikenali dengan aktiviti-aktiviti ekonomi tertentu. Oleh yang demikian, antara objektif utama ke arah mencapai perpaduan negara adalah untuk mengimbangkan kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi tertentu. Beberapa perkara penting seperti perlu diambil kira iaitu :
a. Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Langkah dan program yang dilancarkan dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan wilayah mungkin menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan golongan tertentu. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetul dan apa-apa perasaan tidak puas hati dapat dibendung.
b. Program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dilaksakan tanpa mengira kaum.
c. Sektor swasta akan digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.
Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri bagi membina jati diri nasional, memupuk semngat kebangsaan serta cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional. Peranan sistem pendidikan dalam aspek-aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat negara yang masih berusia muda dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan dengan menitikberatkan perkara-perkara berikut, iaitu :
a. Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti (sama ada awam ataupun swasta) yang menggunakan satu bahasa perantaraan (Bahasa Melayu); kurikulum dan kokurikulum yang seragam dan satu jenis peperiksaan serta satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama.
b. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini pada peringkat sekolah rendah dan menengah, sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar.
c. Sekiranya wujud sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang pelajar-pelajarnya terdiri umumnya daripada satu kaum sahaja (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil, sekolah agama atau sekolah kebangsaan di kawasan yang penduduknya satu kaum sahaja), langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membolehkan pelajar sekolah dan institusi berkenaan berinteraksi dan bergaul dengan pelajar sekolah serta institusi-institusi lain yang berlainan kaum, setakat yang praktikal. Tindakan ini boleh dilakukan melalui penyertaan dalam acara-acara sukan, acara-acara sosial, khemah kerja dan sebagainya.
d. Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberi tumpuan yang sewajarnya kepada mata pelajaran dan pembelajaran sejarah negara
(termasuk persetujuan antara kaum dan negeri mengenai asas-asas negara dalam perlembagaan), budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama di negara ini.
e. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara.
f. Pendidikan sepanjang hayat, iaitu program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal, juga boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan intergrasi nasional. Bagi mencapai tujuan ini, usaha dapat dilakukan untuk memastikan supaya unsur-unsur perpaduan diserapkan ke dalam kurikulum, kokurikulum dan program-progrm pendidikan tidak formal yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO.
iv. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang serba berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik, kebudayaan, agama, kedudukan ekonomi dan sebagainya. Usaha ini akan membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna, memberi mereka satu bahasa rujukan yang sama untuk menginterpretasi alam dan realiti dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka yang juga merupakan salah satu unsur utama kebudayaan kebangsaan. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu dan segala usaha akan terus dilaksanakan begi memajukan dan mengembangkan penggunaannya dalam segala bidang.
v. Strategi Agama
Semua rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Unuk memelihara suasana harmonis antara rakyat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap berakamodatif, hormat-menghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan sensiviti agama kaum lain hendaklah sentiasa diamalkan. Pengembangan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama-agama lain tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mengenainya dalam perlembagaan dan undang-undang. Justeru, sebarang usaha sedemikian hendaklah dilakukan secara berhati-hati.
vi. Strategi Kebudayaan
Lahirnya sesuatu kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah ialah asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpadua negara. Kebudayaan nasional akan dibentuk berpandukan tiga prinsip yang ditentukan di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
a. Kebudayan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
b. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
c. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Pembentukan apa yang diiktiraf sebagai kebudayaan nasional tidak bermakna kebudayaan kesukuan tidak boleh diamalkan. Malah, kebudayan kesukuan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kebudayaan Kebangsaan
sama ada yang terdiri daripada ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan Melayu, Iban, Kadazan, Dusun, Cina, India dan sebagainya dan kebudayaan Barat akan terus wujud bebas diamalkan sebagai kebudayaan kesukuan dan kebudayaan asing asalkan sesuai dengan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta tidak menjejaskan nilai-nilai kesopanan. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai masyarakat juga merupakan aspek penting dalam kebudayaan nasional memandangkan nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai bersama dalam kalangan berbilang kaum dan keturunan Malaysia akan diketengahkan sebagai nilai-nilai bersama rakyat Malaysia.
vii. Strategi Intergrasi Wilayah
Kedudukan geografi serta banyak faktor persamaan dalam sejarah telah melahirkan intergrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pelbagai langkah telah diambil semenjak penubuhan Malaysia untuk mengintergrasikan kedua-dua wilayah ini dan kemajuan yang signifikan telahpun dicapai. Antara langkah yang telah dan sedang diambil ialah penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem radio dan telivisyen nasional kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di kedua-dua negeri itu dan program lawatan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Walaupun langkah-langkah yang dinyatakan di atas telah di ambil, masih terdapat pelbagai permasalahan dan salah tanggapan dalam usaha ke arah intergrasi wilayah dan dalam perhubungan centre-periphery. Oleh itu, tumpuan khusus akan terus diberi kepada usaha intergrasi wilayah dan perhubungan
centre-periphery sehingga tahap perpaduan yang lebih memuaskan dicapai. Antara aspek yang akan diberi penekanan ialah interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat kedua-dua wilayah, pengetahuan yang lebih mendalam mengenai adat resam dan kebudayaan masing-masing, penjelasan terhadap salah tanggapan dan masalah yang timbul dalam bidang sosioekonomi dan sebagainya.
Selain intergrasi antara negeri, penumpuan juga perlu diberikan kepada pengintergrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Elemen ini penting agar kemajuan ekonomi dan prasarana yang diadakan dapat dikongsi secara adil dan saksama.
viii. Strategi Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan untuk memelihara dan menegakkan perpaduan negara akan memainkan peranan penting dalam strategi perpaduan negara selagi perpaduan negara belum mencapai tahap yang benar-benar mantap, stabil dan berkekalan.
Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi dua aspek iaitu pencegahan dan pemulihan. Pencegahan melibatkan usaha-usaha mencegah daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara ataupun ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan ataupun konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri. Pemulihan pula merupakan usaha-usaha mententeramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik.
Penekanan diberi kepada aspek pencegahan supaya nyawa dan harta benda awam danpembangunan negara dipelihara dan tidak terancam. Aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan-sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan-peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap akhbar, buku dan penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan.
Aspek pemulihan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam melibatkan tindakan-tindakan, terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak-pihak lain seperti angkatan tentera, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Rukun Tetangga dan dalam keadaan ekstrem, pengisytiharan darurat.
ix. Strategi Pembangunan Kawasan
Pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan
kejiranan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum agar batasan sentimen perkauman dapat dicairkan. Perkara ini dapat dilakukan melalui jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum atau agama. Prasarana yang disediakan (seperti dewan serbaguna, dewan komuniti dan sebagainya) turut membantu dalam memudahkan program dan aktiviti yang dapat menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara kaum.
Sesuatu kawasan perumahan juga perlulah mengandungi pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah. Hal ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jurang sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahan-kemudahan yang disediakan haruslah boleh dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf sosioekonomi mereka.
x. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
Majikan sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta perlulah memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor kaum, agama dan budaya. Pemilihan perlulah dibuat berdasarkan keadilan dan kelayakan. Menyedari hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sesuatu organisasi perlulah mengambil kira sensitiviti pekerjanya dalam pendekatan menguruskan organisasi.
Majikan juga perlu memainkan peranan mereka dalam menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang telah digubal oleh kerajaan seperti penggunaan bahasa kebangsaan.
Interaksi antara pekerja pelbagai kaum perlu digalakkan kerana ini dapat mengurangkan perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka. Pemupukan nilai-nilai murni yang menyumbang kepada perpaduan negara seperti semangat patriotisme dan kekitaan perlulah sentiasa dipupuk.
xi. Strategi Media Massa
Perkembangan media elektronik (terutamanya radio, televisyen, akhbar dan majalah) telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman. Dengan itu, media massa boleh memainkan peranan yang sangat penting lagi berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Wadah internet juga perlu digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan maklumat berhubung perpaduan.
Syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan stesyen teleisyen di negara ini juga boleh turut memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan intergrasi nasional. Mekanisme ini merupakan satu tanggungjawab sosial di samping sumbangan yang bermakna daripada sektor swasta kepada bangsa dan negara.
Akhbar dan majalah juga akan digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara. Peranan mereka dalam bidang ini termasuklah pengamalan etika kewartawanan, sikap bertanggungjawab serta peka apabila menyentuh dan melapor perkara-perkara yang boleh menjejas perpaduan antara kaum dan agama, melahirkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pembaca menerusi ruangan meja pengarang dan tulisan-tulisan.
Bagi memastikan bahawa kegiatan dan laporan media cetak termasuk media cetak asing dan laporan melalui internet tidak menjejas atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, undang-undang kawalan yang sedia ada seperti Akta Cetak dan Media Cetak dan Akta Hasutan akan terus dipakai.
xii. Strategi Kesukanan
Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan intergrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum, keturunan, umur dan taraf sosioekonomi. Kesannya bukan sahaja dalam kalangan mereka yang menyertai
aktiviti sukan, tetapi yang lebih penting juga kepada rakyat yang menontonnya (terutamanya bagi sukan yang popular).
Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan. Acara sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan kebangsaan juga membantu menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila acara itu diadakan di tanah air dan boleh ditonton di telivisyen atau diikuti menerusi siaran secara langsung.
xiii. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan
Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu strategi kerajaan ke arah penerapan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerapan nilai-nilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan semua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai bagi maksud proses penerapan tersebut.
xiv. Strategi Pertubuhan Sukarela
Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan-persatuan penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilai-nilai murni, perpaduan dan intergrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang.
xv. Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan
Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan intergrasi nasional adalah sangat perlu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa. Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Pengesanan ini dapat diperkukuh dengan adanya penerbitan
bahan-bahan bacaan mengenai perpaduan dan intergrasi serta adat resam masyarakat Malaysia.
xvi. Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik
Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan intergrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal. Pengesanan perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem online kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal.
xvii. Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negara Peringkat Negeri (JKPPN)
Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan intergrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Sebagai badan yang membincangkan isu-isu perpaduan dan intergrasi nasional, badan ini akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab untuk menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai apa-apa juga isu yang berkaitan dengan perpaduan dan intergrasi nasional.
xviii. Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan
Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu (termasuk kanak-kanak prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti iaitu belia, wanita, orang kurang upaya serta orang ramai yang akan membawa perubahan perlakuan termasuklah mengenai
pengetahuan, sikap dan juga kemahiran) tentang perpaduan antara kaum. Aktiviti-aktiviti tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasar. Pada peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintergrasikan dalambentuk kurikulum dan kokurikulum. Di tempat kerja pula, aktiviti yang dicadangkan ialah mengenai pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja, manakala pada peringkat komuniti merupakan aktiviti pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat.
xix. Strategi-strategi Lain
Strategi-strategi lain yang dicadangkan dan difikirkan boleh membantu memantapkan proses perpaduan dan intergrasi adalah seperti berikut :
i. Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya; ii. Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan;
iii. Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia; dan
iv. Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia.
1.3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Justeru, para pelajar dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.
Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengenepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka.
Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institut pengajian tinggi. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah seperti berikut, iaitu :
i. Tidak mengenepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil;
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik;
iii. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik; dan
iv. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.
1.4 Sekolah Wawasan
Konsep Sekolah Wawasan diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama serta berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya. Pelaksanaan Sekolah Wawasan bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolah jenis kebangsaan yang ada.
1.5 Program Latihan Khidmat Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakan berasaskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul : Modul Fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan); Modul Kenegaraan (pengetahuan tentang pembinaan negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter (penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal); dan Modul Khidmat Komuniti (merangkumi aktiviti gotong-royong seperti membersih, mengindah dan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut trend yang diamalkan oleh negara lain.
Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas serta penuh keyakinan. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara
peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul Kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan intergrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Mekanisme ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.
2) Peranan Masyarakat Dalam Konteks Hubungan Etnik
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga, antaranya :
2.1 Rukun Tetangga
Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuatkuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat awal, Rukun Tetangga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.
Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Berikutan dengan ini, Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dalam tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.
Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020.
Manakala misinya ialah memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan mottonya pula ialah Bersatu Terus Maju.
Objektif Rukun Tetangga iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan intergrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti telah dilakukan oleh komuniti Rukun Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti seperti berikut :
i. Sosial – amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan, dan Hari Keluarga.
ii. Pendidikan – pendidikan tidak formal, kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen, ceramah-ceramah dalam pelbagai bidang.
iii. Sukan – sukaneka, larian, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional, sukan rakyat dan lain-lain.
iv. Rekreasi – tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara dan mountaineering,
khemah kerja dan lain-lain.
v. Kesihatan dan Alam Sekitar – ceramah kesihatan berkaitan antidadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, antinyamuk dan menjaga harta awam.
vi. Kebajikan – melawat ke rumah warga tua, sumbangan kepada orang miskin, kerja-kerja amal, bantu mangsa banjir, ribut dan bencana alam.
viii. Kesenian dan Kebudayaan – kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan pentas dan lain-lain.
ix. Ekonomi – aktiviti tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada.
x. Keselamatan – rondaan sukarela, mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik.
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluas lagi dengan pendekatan pembagunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional).
2.2 Rumah Terbuka
Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi
akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Situasi ini menunjukkan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami serta menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan intergrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan.
2.3 Penerimaan Budaya
Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu. Fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pegawai-pegawai kerajaan dan pelajar bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Dewasa ini juga telah kelihatan di taman-taman perumahan, terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.
2.4 Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab hendaklah sentiasa menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, melalui aktiviti Pesta Tanglung, yang bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi juga turut disertai oleh mahasiswa Melayu. Menyentuh kepimpinan pelajar, ternyata tidak didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja tetapi turut sama dianggotai oleh pelbagai kaum seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kandungan kursus di semua institusi pendidikan harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.
Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik. Maka, adalah penting kurikulum yang ada menguatkan lagi peribadi moral dan sahsiah para pelajar. Ini kerana keperibadian yang tinggi menjadi asas kepada segala nilai rohani dan budaya yang akan menyatupadukan generasi muda.
Saranan diwujudkan kelab perpaduan atau kelab Rukun Negara di IPT merupakan satu langkah yang amat baik kerana saranan ini merupakan usaha bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Justeru, bahagian hal ehwal pelajar sewajarnya menggalakkan para mahasiswa menganggotai kepab perpaduan atau kelan Rukun Negara dengan memberi beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Pihak universiti juga perlulah memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan baik dari segi material mahupun khidmat nasihat.
Aktiviti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Keadaan ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.
Manakala aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat, mahasiswa balik kampung dan sebagainya.
Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Para pensyarah mestilah diberi pendedahan kepada kursus seperti sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk