• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perasaan lapar sehingga tamat sesi persekolahan 69%

Dalam dokumen kajian makanan seimbang (Halaman 42-50)

31% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% Ya Tidak Ya Tidak Perasaan lapar Jumlah Peratusan, %

Ya 97 69

43 3.0 PERBINCANGAN

Hasil kajian selama 3 hari,pengkaji mendapati bahawa lebih ramai pelajar tidak suka makana sayur dan gemar menjadikan hot dog sebagai makanan pilihan di kantin.Pelajar juga tidak memilih menu sup sayur sebagi pilihan makanan di waktu rehat sebaliknya memilih nasi dan ayam goreng.Ini disebabkan ibu bapa tidak mendedahkan olehdengan makan sayuran. Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kelly-Plate dan Eubanks (2000), menyatakan bahawa di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi, kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Di dalam kajian ini, pengkaji membahagikan faktor-faktor ini kepada empat bahagian iaitu; faktor persekitaran yang merangkumi keluarga dan rakan sebaya, faktor emosi dan faktor aktiviti fizikal.

Bagi faktor persekitaran, analisis mendapati bahawa kebanyakan responden belajar mengenai amalan pemakanan daripada keluarga mereka. Ini selaras dengan pernyataan oleh Kelly-Plate dan Eubanks (2000), yang menyatakan bahawa kebanyakan orang cenderung untuk mengikuti tradisi jenis makanan keluarga. Kajian juga menunjukkan bahawa responden cenderung untuk makan jenis makanan yang sama seperti yang dimakan oleh keluarga mereka. Responden juga menunjukkan bahawa mereka tidak semestinya makan makanan seperti yang dipelajari di dalam kelas. Berkaitan dengan faktor emosi pula, sebahagian responden merasakan bahawa kadangkala perkara yang berlaku tidak seperti yang mereka jangkakan. Manakala sebahagian responden menyatakan bahawa mereka kurang berasa murung dan tertekan.Pengaruh emosi terhadap makanan adalah seperti yang dinyatakan oleh Kelly-Plate dan Eubanks (2000), iaitu manusia kerap mengaitkan beberapa jenis makanan dengan emosi mereka. Dapatan adalah selari dengan pernyataan Govindji et al. (2002), iaitu diet yang tidak sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan, emosi yang tidak stabil. Dalam kajian ini, responden kurang berasa tertekan dan murung kerana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang hanya akan menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun berikutnya.

Faktor fizikal pula menunjukkan bahawa majoriti pelajar berjalan kaki ke sekolah dan melakukan aktiviti riadah. Namun demikian, tidak semua responden bersetuju bahawa mereka mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan Sekolah. Ini selaras dengan pernyataan Blades

44

(2001), iaitu pemakanan dipengaruhi oleh factor biologi yang merangkumi tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Maka aktiviti fizikal membezakan keperluan, corak dan amalan pemakanan manusia.Peningkatan kesedaran dan pengetahuan pelajar boleh dibantu oleh pihak sekolah. Contohnya, menurut Keca dan Cook-Cottone (2005), sekolah perlu menyediakan informasi mengenai apakah pemakanan yang seimbang dan dimanakah pelajar boleh mendapatkan bantuan untuk mengamalkan diet seimbang. Bagi tujuan mengkaji kesedaran pelajar dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, lapan item telah dibangunkan. Melalui analisis yang telah dibuat, didapati bahawa hanya satu daripada lapan item telah mendapat skor min tahap tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti responden lebih kerap meminum air mineral berbading minuman berkarbonat.

Kesedaran ini menunjukkan bahawa responden mengetahui dan menyedari bahawa minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh mengakibatkan penyakit kencing manis sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh itu analisis ini menunjukkan ramai responden yang mempunyai kesedaran dalam menjaga kesihatan diri.

Analisis juga menunjukkan bahawa sebahagian responden berasa bahawa mereka dapat mempengaruhi rakan-rakan untuk makan lebih buah-buahan berbanding dengan mempengaruhi rakan-rakan untuk makan lebih sayur-sayuran. Ini kerana skor min yang lebih tinggi pada item yang menyatakan bahawa responden berasa dapat mempengaruhi rakan-rakan memakan lebih buah-buahan, berbanding dengan item yang menyatakan responden dapat mempengaruhi rakan-rakan memakan sayur-sayuran. Namun demikian, tahap kedua-dua min adalah pada tahap sederhana.

Kesimpulannya, tahap kesedaran responden dalam mengamalkan pemakanan

yang sihat adalah pada tahap sederhana. Walaupun mempunyai pengetahuan, tetapi kesedaran untuk mengamalkan pemakanan yang sihat masih dipengaruhi oleh budaya

dan persekitaran

Maka, adalah dicadangakan agar pihak keluarga, sekolah dan masyarakat

membentuk satu budaya pemakanan yang baru. Walaupun ia akan mangambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara berterusan dan komited akan menghasilkan pelajar yang sihat dan berpotensi menyumbang kepada Negara.

45

Analisis atas kekerapan responden memakan makanan rapu mendapati bahawa

sejumlah besar responden tidak makan makanan rapu atau hanya memakannya sebanyak dua kali dalam seminggu. Makanan rapu yang dimaksudkan adalah seperti keropok, jeruk dan apa jua makanan yang tidak memberi faedah kepada badan. Secara tidak langsung, analisis ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden prihatin akan keburukan kesan memakan terlalu banyak makanan rapu terhadap badan. Melalui

analisis juga telah mendapati bahawa peratus responden yang tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya adalah rendah. Ini kerana, bilangan responden yang tidak makan

pada waktu makan atau hanya makan sebanyak dua kali seminggu adalah sangat sedikit. Dapatan ini menunjukkan responden sedar akan pentingnya makan pada kadar yang cukup untuk membolehkan mereka mencapai potensi yang baik semasa pembelajaran. Ini selari dengan pernyataan dari Blades (2001), iaitu pemakanan mempengaruhi tumbesaran, memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal seterusnya mempengaruhi penampilan seseorang.

Kesimpulannya, konsistensi pengambilan makanan oleh responden adalah pada

tahap sederhana. Kebanyakan responden juga menunjukkan mengambil makanan secara teratur dan tidak berlebihan iaitu pengambilan makanan yang cukup pada waktu pagi dan tengah hari dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Mereka juga lebih memakan buah-buahan berbanding makanan rapu.

Melalui perbincangan di atas, cadangan yang dapat dkemukakan ialah,memandangkan kebanyakan responden gemar memakan buah-buahan makan pihak sekolah boleh menambah bilangan kaunter atau amaun buah-buahan yang dijual sama ada di kantin sekolah atau di gerai yang dikendalikan oleh pelajar. Pihak sekolah juga dicadangkan memberi fleksibiliti masa kepada pelajar agar membolehkan mereka sempat mengambil makan malam seperti memanjangkan waktu pelajar boleh makan malam di kafeteria atau dewan makan.

Pendidikan mengenai amalan pemakanan yang sihat diberikan kepada pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dengan menganggap bahwa responden mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan amalan pemakanan yang sihat yang dipelajari di sekolah, melalui keluarga dan media, satu analisis berkaitan tahap

46

pengetahuan responden telah dilakukan. Satu set ujian yang mempunyai sepuluh soalan berkisar tentang pemakanan yang sihat diberikan kepada responden. Pengkelasan pemarkahan diberikan berdasarkan skala penilaian guru cemerlang.

Kesimpulannya, daripada analisis, didapati bahawa majoriti mempunyai tahap pengetahuan yang tingggi berkaitan amalan pemakanan yang sihat. Ini adalah kerana terdapat berbagai sumber di mana responden boleh mendapatkan pengetahuan tersebut. Contohnya, melalui keluarga, rakan sebaya, media, persekitaran dan melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat, adalah dicadangkan kepada pihak sekolah mendidik generasi muda mengenai makanan dan nutrisi mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan dengan menyediakan pilihan makanan yang sihat di kantin sekolah.

47 4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Setelah mengumpul data, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa pelajar tidak berminat untuk menjadikan sayur sebagai menu hidangan mereka. Selain tidak mempunyai pilihan makanan yang berunsurkan sayuran dalam menu di kantin, buah-buahan juga tidak di jual di kantin sekolah. Pelajar tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Tahap pengetahuan pelajar yang kurang mengenai piramid makanan merupakan salah satu faktor menyebabkan menu seimbang tidak diamalkan. Pelajar juga tidak mengetahui keburukan mengambil makanan ringan yang mereka ambil.

Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan.

1. Pihak sekolah perlu memainkan peranan yang tegas kepada pengusaha kantin supaya makanan yang seimbang dapat di jual di kantin sekolah.

2. AJK pengurusan kantin perlu memantau penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran . Makanan diproses seperti nuget, sosej tidak seharusnya menjadikan pilihan makanan pelajar kerana mengandungi kandungan garam yang tinggi.

3. Kaunselor perlu memainkan peranan untuk mengadakan program/kempen untuk menarik minat pelajar.Contohnya mengadakan demo masakan berasaskan sayuran dan menjemput chef-chef bertaraf selebriti seperti Chef Ismail.

4. Pihak kantin perlu mempelbagaikan pilihan makanan berasaskan sayuran.Setiap hidangan makanan perlu ada hidangan sayuran hijau.Selain itu,buah-buahan perlu dijual sebagai pencuci mulut.Bagi menarik minat pelajar untuk membeli, buah-buahan tersebut digantikan dengan salad. Kueh-muih pula ditambah dengan sayur seperti popiah dan cucur sayur.

48

Contohnya, menurut Cook-Cottone dan Keca (2005), kanak-kanak dan remaja menganggap bentuk dan saiz badan yang ideal adalah penting. Mereka akan berusaha mendapatkan bentuk badan yang diinginkan sehingga sanggup untuk berlapar. Apabila pegangan tersebut digabungkan dengan faktor kehidupan yang lain, maka ia boleh mencetuskan amalan pemakanan yang tidak seimbang dan mengganggu keupayaan seseorang untuk belajar. Menurut Whitman (2000), jawatankuasa pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) mendapati bahawa kajian di negara-negara maju dan membangun menunjukkan program kesihatan yang dijalankan di sekolah dapat mengurangkan masalah kesihatan, meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan dan seterusnya kesihatan awam, pembangunan sosial dan ekonomi.

Secara keseluruhan, kajian ini telah mengupas persoalan-persoalan berkaitan dengan pendekatan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar, tahap pengetahuan dan kesedaran kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan secara teratur oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kajian ini juga memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pendidikan. Selain itu, beberapa cadangan berkaitan kajian lanjutan turut diutarakan agar dapat menyumbang kepada tahap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar yang lebih cemerlang.

Kesihatan yang baik merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Ia turut memberi kesan terhadap potensi pembelajaran dan pencapaian pelajar. Amalan pemakanan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Untuk merealisasikan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar, pelbagai langkah perlu diambil dan langkah-langkah tersebut memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat. Hasil kajian ini,dapat menunjukkan bahawa faktor persekitaran memberikan pengaruh yang besar terhadap pelajar. Pendekatan secara serius, efektif dan konsisten perlu diambil oleh pihak sekolah dalam usaha memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Ini adalah sebagai penjana kepada kesihatan fizikal dan mental pelajar bagi membantu mereka mencapai kejayaan yang cemerlang

49

dalam pelajaran. Secara tidak langsung amalan pemakanan yang sihat akan membentuk pelajar menjadi warga yang cemerlang dalam kehidupan.

Hasil kajian ini diharap akan dapat memberi suatu sumber yang berguna untuk meningkatkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar dan meningkatkan prestasi pencapaian persekolahan mereka. Selain itu, kajian ini dapat memberikan gambaran kelebihan dan kekurangan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah.

RUJUKAN

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Noble, C., et al, (2003). Food choice and secondary school meals: the nutritional implications of choices based on preference rather than perceived healthiness. International Journal of

Hospitality

Norlaila Hamima Jamaluddin, (2006). “Ibubapa antara penyebab masalah berat badan berlebihan”. Harian Metro: Artikel.

Pelto, G. H., Santos, I., Gonocalves, H., (2004). “Counseling training changes physician behavior and improves caregiver knowledge acquisition”. The Journal of

Nutrition, 134, 2. 357-362.

Picciano , M. F., McBean, L. D., Stallings, V. A. (1999). “How to grow a healthy child: a conference report”. Nutrition today, 34, 1. 6-14.

Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan Masyaraka,

5, 90-91.

Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002). “Persepsi ibu bapa terhadap amalan pemakanan kanak-kanak prasekolah”. School of Medical Science: Universiti Sains Malaysia. Abstrak.

Rosso, J. M. D. (1999). “School Feeding Programs : Improving effectiveness and increasing the benefit to education. A Guide for program managers”. The

Partnership for Child Development.Tidak diterbitkan.

50

Approach. “Ed.2. (pp. 253). New York: John Wiley & Sons.Inc

Storper, B. (2003). “Moving toward health sustainable diets”. Nutrition Today, 38, 2. 57- 59.

Taras H. H. & Datema, W. P., (2005). “Sleep and Student Performance at School”.

Journal of School Health. 75, 7. 248.

Dalam dokumen kajian makanan seimbang (Halaman 42-50)

Dokumen terkait