• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan mineral dengan batuan

Dalam dokumen nota bumi dan angkasa.docx (Halaman 47-52)

 Mineral = pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur yang tetap.

 Batuan = agregat satu atau lebih mineral. (Batuan boleh merangkumi sisa-sisa organik.) Batuan adalah terbentuk daripada kumpulan mineral-mineral yang terikat bersama. Mineral-mineral yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza.

BATUAN

Pengkelasan batuandibuat berdasarkan :

1. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan. 2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batu 3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

Jenis batuan:

1) Batuan igneus 2) Batuan enapan

3) Batuan metamorfosis Kitar batuan

49

 Kitar batuan ialah perubahan kumpulan batu.

 Batuan igneus boleh bertukar kepada batu enapan atau batuan metaforfosis.

 Batu enapan boleh bertukar kepada batuan metaforfosis atau batuan igneus.

 Batuan metaforfosis boleh bertukar kepada batuan igneus atau batuan enapan.

 Batuan igneus terbentuk apabila magma menyejuk dan membentuk kristal. Magma ialah cecair panas berasal daripada mineral yang cair. Mineral boleh membentuk kristal apabila sejuk. Batuan igneus boleh membentuk bawah tanah apabila magma menyejuk perlahan-lahan @ batuan igneus boleh membentuk permukaan tanah apabila magma menyejuk dengan cepat.

 Apabila magma keluar daripada permukaan bumi, ia disebut lava.

 Pada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batuan kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain. Ketulan-ketulan batuan kecil ini dipanggil enapan dan membentuk lapisan. Lapisan tersebut boleh tertanam di bawah lapisan enapan lain. Selepas tempoh masa yang panjang, enapan tersebut bersatu bersama membentuk batuan enapan. Melalui cara ini, batuan igneus boleh membentuk batuan enapan.

 Semua batuan boleh menjadi panas. Di dalam bumi terdapat haba daripada tekanan, pecahan dan pereputan radioaktif. Haba tersebut memanaskan batuan.  Batuan yang dipanaskan tidak mencair tetapi berubah bentuk. Ia membentuk

kristal. Disebabkan batuan tersebut sudah berubah, ia dipanggil batuan metaforfosis.

 Apabila plak tektonik bergerak, haba terhasil. Apabila ia berlanggar, terbentuklah gunung.

 Kitar batuan berterusan. Gunung yang terdiri daripada batuan metaforfosis boleh pecah dan dihanyutkan oleh aliran. Enapan yang baru daripada gunung ganang boleh membentuk batuan enapan yang baru. Kitar batuan tidak akan berhenti. Jenis batuan

1) Batuan Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi.

berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.

Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya.

batuan asid mengandungi lebih banyak silika. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid tidak padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi

oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium.

Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :

Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan –

Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi.

Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan.

Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal.

Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan.

Batu Gunung Berapi atau Terobosan -

Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava.

Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang

dihasilkannya berbentuk halus.

Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol.

Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava.

Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa

dan menghasilkan menara-menara batu.

Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan.

Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.

2) Batuan Enapan

Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang.

Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis.

Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras.

Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.

Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.

batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya.

Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

Batuan enapan yang terjadi secara mekanik

Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain.

51

Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza.

Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza.

Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling.

Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit.

Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya

sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi).

Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak.

Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.

Batuan enapan yang terjadi secara organik

Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras.

Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.

Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan.

Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.

Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.

Batuan enapan yang terjadi secara kimia

Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis.

Natrium klorida (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik.

Gipsum atau kalsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.

Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

3) Batuan Metamorfosis

 Batuan metamorfosis terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami proses perubahan mineralogi, tekstur dan struktur batuan.

 Batuan metamorfosis terbentuk dari perubahan batuan induk; iaitu batuan sedimen, igneus, dan juga batuan metamorfosis itu sendiri.

 3 jenis metamorphosis :- 1) metamorfosis rantau

 kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi

 membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral 2) metamorfosis sentuh

 kesan tindakan haba

 berasosiasi dengan rejahan igneus 3) metamorfosis dinamik

 terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang menyebabkan pemecahan batuan dan perubahan pada mineral.  Contoh; kesan dari aktiviti sesar dan perlipatan

Dalam dokumen nota bumi dan angkasa.docx (Halaman 47-52)

Dokumen terkait