• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEORI PLAT TEKTONIK

Dalam dokumen nota bumi dan angkasa.docx (Halaman 52-56)

1. Teori Hanyutan Benua

 Alfred Wegener mengemukakan teorinya tentang hanyutan benuatetapi teori ini ditolak sebagian besar ahli ilmu bumi.

 1950-an -1960-an banyak bukti yang ditemukan oleh para peneliti yang mendukung teori tersebut, sehingga teori yang sudah pernah ditinggalkan ini menjadi pembicaraan lagi.

 1968, melalui perkembangan teknologi banyak dilakukan pemetaan pada lantai lautan, data yang banyak tentang aktiviti seismik dan medan magnit bumi diperoleh.

 Sehingga muncul teori baru yang dinamakanTeori Plat Tektonik.

 Benua pertama yang ada bernama Pangea pertama kali terpecah 300 tahun yang lalu, setengah di bagian utara yang disebut Laurasis (Eropah dan Asia) dan setengah lagi di selatan yang disebut Gownwanaland (Amerika Selatan, Afrika, India, Antartika, Australia dan New Zealand).

53

Bukti Teori Hanyutan Benua 1. Kesesuaian benua

 Bukti yang paling kuat adalah kesamaan antara benua Amerika Selatan dan Afrika.

 terpecah-pecahnya Pangea, iaitu sebelumnya benua Afrika dan Amerika Selatan merupakan satu daratan yang bergabung pada pematang pertengahan Lautan Atlantik.

 Ketika lapisan kerak bumi pada ridge/pematang baru terbentuk, daratan ini didesak secara perlahan-lahan, dan terpisah satu sama lain.

 Rata-rata kecepatan gerakan memisah ke arah timur dan barat, terbukti seimbang, oleh karena itu pematang ini sekarang terletak pada jarak yang sama dari kedua benua.

 Hal ini juga telah dibuktikan oleh Sir Edward Bullard dan kawan-kawannya pada tahun 1960-an. Buktinya ialah peta yang digambar dengan menggunakan bantuan komputer, datanya diambil dari kedalaman 900 meter di bawah muka air laut

2. Bukti-Bukti Fosil

 Bukti- bukti fosil ini telah ditemukan oleh Alfred Wegener (1913-1930) dan para ahli geologi lainnya seperti :

Fosil tumbuhan “Glassopteria” yang ditemukan menyebar secara luas di benua-benua bagian Selatan, seperti Afrika, Australia dan Amerika Selatan. Fosil ini diperkirakan berumur Mesozoikum. Fosil tersebut kemudian ditemukan juga di benua Antartika.

Fosil reptil “Mesosaurus” dan haiwan amphibia yang ditemukan di Amerika Selatan bahagian timur dan Afrika bahagian Barat dan benua lainnya yang diperkirakan hidup pada Periode Triassic (kira-kira 200 juta tahun yang lalu) dan Kapur Akhir (kira-kira 75 juta tahun yang lalu)

Penemuan fosil karang (jenis brachiopods)banyak terdapat di daratan Eropah bahagian timur, Amerika Utara, Asia, pegunungan Alpen dan Himalaya yang diperkirakan hidup sekitar 300 juta tahun. Ini menandakan bahawa daerah ini sebelumnya merupakan wilayah lautan, kerana menurut ilmu koral (koralogi) bahawa karang hanya hidup pada daerah perairan dan di atas suhu 18o C atau hanya boleh berkembang pada daerah khatulitiwa, sedangkan kedua benua tersebut berada pada daerah subtropis.

3. Kesamaan jenis dan Struktur Batuan

 Di daerah Busur Pegunungan Appalachian yang berarah timur laut dan memanjang sampai ke bahagian timur Amerika Syarikat, yang tiba-tiba menghilang di bahagian pantai Newfoundland.

 Pegunungan yang mempunyai umur dan struktur yang sama dengan pegunungan di atas, ditemukan di Greendland dan Eropah Utara.

 Jika kedua benua tersebut (Amerika dan Eropah) disatukan kembali, maka pergunungan di atas juga akan bersatu menjadi satu rangkaian pegunungan.

Teori Plat Tektonik

 Mengikut Teori Plat Tektonik lapisan kerak bumiboleh dibahagikan kepada kepingan- kepinganyang dikenali sebagai plat.

 Plat ini terbahagi kepada 2 bahagian: a)plat benua - plat yang membawa benua b)plat lautan - plat yang membawa lautan

 Di permukaan bumi terdapat tujuh plat benua yang besar dan beberapa plat benua yang kecil.

 Plat-plat ini sentiasa bergerak.

o Pergerakan plat-plat adalah disebabkanwujud pergerakan arus pergolakan magma yang panas di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi.

o Arus perolakan dalam magma mempunyaidaya yang kuat untuk menggerakkan plat yang terapung-apung di atas lautan magma.

o Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan iaitu hanya beberapa sentimeter setahun.

o Kadar dan arah pergerakan antara plat-plat tersebut juga berbeza-beza antara satu sama lain.

 Plat-plat tektonik ini bergerak secara 3 cara:

1) Secara pertembungan

 Zon plat lautan yang terjunam dinamakan sebagai zon subduksi@zon benam.

 Di zon ini, terbentuk jurang lautan yang sangat dalam (Contoh:Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil melaui pertembungan Plat Pasifik dengan Plat Filipina).

 Seterusnya plat yang terbenam ke bawah akan mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi.

55

 Plat ini akan cair membentuk magma. Magma ini pula akan bergerak ke luar ke permukaan kerak bumi di dasar laut membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut.

 Pertembungan plat terjadi apabila dua sempadan plat bertembung antara satu sama lain.

 Petembungan antara plat-plat ini boleh berlaku antara : 1. Plat benua dengan plat benua

 Apabila dua plat benua bertembung maka pinggir kedua-dua plat tersebut akan dimampatkan dan terlipat.

 Proses lipatan ini berlangsung kerana adanya kuasa tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung tadi.

 Dalam pertembungan ini tidak ada sempadan plat yang terbenam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.

 Seterusnya,lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gunung lipat.

 Misalnya sistem pergunungan Himalaya adalah terhasil melalui pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia

2. Plat lautan dengan plat lautan

 Apabila dua plat lautan bertembung antara satu sama lain maka plat yang tumpat akan terjunam atau terbenam ke bawah.

 Menerusi proses ataman(pengangkatan kerak bumi),lama-kelamaan barisan-barisan gunung berapi ini akan timbul dan munculdi permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung-gunung berapi.Contohdi Kepulauan Jawa,Indonesia dan Kepulauan Filipina.

3. Plat benua dengan plat lautan

 Apabila plat lautan berkembang dengan plat benua maka

proses yang hampir sama berlaku.

 Plat lautan yang lebih tumpat berbanding dengan plat benua akan terbenam ke bawah.

 Di zon benam,plat lautan akan mencair berbentuk

magma.

 Manakala di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua tadi akan terdapat juga jurang benua.

 Ini berbeza di bahagian plat benua.Di bahagian ini kerak bumi akan termampat.Proses mampatan kerak bumi akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut.

 Jika terdapat rekahan-rekahan di banjaran gunung lipat tadi,maka magma boleh keluar melaluinya sebagai fenomena gunung berapi di bahagian daratan/benua.

o Misalnya pertembungan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan yang menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipatnya.

2) Secara pencapahan@pemisahan

 Dalam pergerakan ini,plat-plat akan terpisah dan bergerakmenjauhi antara satu sama lain.

 Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi,kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah.

 Ini menyebabkan wujud satu garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magma yang panas dari lapisan mantel mengalir keluar.

 Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini,maka magma tersebut akan menyejuk dan membeku di dasarlaut membentuk lapisan kerak yang baru yang dikenal sebagai permatang tengah lautan.

 Contoh:Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah lautan Atlantik.

 Kewujudan permatang tengah lautan akibat proses pencapahan kerak bumi menunjukkan berlakunya perebakan dasar laut.

3) Secara perselisihan

 Berlaku di sepanjang garis gelinciran(sesar).

 Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan sebagai sempadan neutral iaitu sempadan plat-plat yang tidak bertembung atau bergerak menjauhi antara satu sama lain tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja.

 Selain itu,fenomena yang sering berlaku di semapadan neutral ialah gempa bumi.

Dalam dokumen nota bumi dan angkasa.docx (Halaman 52-56)

Dokumen terkait