• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Pengumpulan Data

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Dalam bab ini penyelidik akan memberikan gambaran dan penjelasan yang terkandung di dalam kajian ini di samping membuat kesimpulan. Melalui skop perbincangan, penyelidik menghuraikan dapatan kajian yang diperolehi dan dikaitkan dengan penulisan yang berkaitan. Penyelidik juga mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dan wajar serta perlu dalam menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dari hasil kajian ini. Pandangan dan cadangan yang diutarakan di sini diharap akan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat kea rah meningkatkan lagi tahap prestasi mereka serta garis panduan kepada penyelidik pada masa akan datang.

Perbincangan

Perkara yang harus ditegaskan dalam kajian ini ialah keputusan yang diperolehi mengenai motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

Berdasarkan kajian ini, terdapat perbezaan yang signifikan pada empat motif iaitu orientasi kecergasan, faktor situasi, persahabatan dan keseronokan.

Ianya menyokong pendapat Halliwell (1980) menyatakan bahawa dalam bidang sukan terdapat ramai orang yang mempunyai motif penglibatan intrinsik apabila menyertai sesuatu aktiviti tanpa mendapat sebarang hadiah. Ini menunjukkan bahawa, ramai pelajar lebih suka melibatkan diri dalam arena sukan semenjak kecil kerana pada masa itu pengaruh daripada rakan-rakan sebaya serta ingin mendapatkan keseronokan dalam bermain.

Kajian ini mengukuhkan lagi pendapat Gill (1986), bahawa motif penglibatan intrinsik dan ekstrinsik memainkan peranan penting dalam sukan. Menurut beliau, kebanyakan atlit yang melibatkan diri dalam sukan adalah berdasarkan faktor intrinsik kerana ingin keseronokan, suka akan sukan tersebut, beraksi dan ada kepuasan. Tambah beliau lagi, ganjaran seperti pemberian baju, piala atau biasiswa yang disertakan dengan faktor intrinsik membolehkan individu terbabit berlatih dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Terdapat pelbagi faktor motif penglibatan yang menjadi motif utama penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti sukan. Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhan daripada lapan faktor yang dikategorikan, faktor motif penglibatan yang paling ketara di kalangan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak ialah faktor keseronokan. Item-item yang terkandung dalam faktor ini seperti minat, menyeronokkan dan mendapat kepuasan daripada sukan yang diceburi. Ini merupakan pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling. Ia menyokong lagi pendapat yang dikemukakan oleh Magill (1982),

mengatakan bahawa motif penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan didorong oleh faktor keseronokan, ingin mempelajari kemahiran baru, mendapatkan kecergasan fizikal dan ingin berinteraksi dengan kumpulan rakan sebaya. Jelas menunjukkan bahawa, faktor keseronokan dalam sukan yang disertai merupakan faktor yang utama dalam naluri kanak-kanak. Kajian oleh Scanlan dan Lewthwaite (1986), juga menyatakan bahawa keseronokan dalam sukan sebagai kesan kepada motivasi diri. Justeru itu, faktor keseronokan dalam sukan yang diceburi menyumbang kepada keinginan serta naluri pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan yang mereka minati.

Faktor peningkatan kemahiran merupakan faktor yang kedua dalam motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Menurut Gill dan rakan-rakannya (1983) yang melakukan kajian terhadap 750 orang pelajar lelaki dan 418 orang pelajar perempuan dari

Summer Sports School mengemukakan keputusan yang diperolehi sebab utama

mereka menyertai sukan ialah untuk memperbaiki kemahiran, untuk cabaran dan untuk kecergasan fizikal. Analisis kajian mereka selanjutnya menunjukkan faktor peningkatan kemahiran adalah salah satu faktor yang menjadi pilihan responden.

Kajian oleh Longhurst dan Spink (1987) ke atas lima jenis sukan juga menunjukkan motif utama atlit melibatkan diri dalam sukan yang diceburi adalah untuk peningkatan kemahiran. Keputusan kajian membawa implikasi yang baik dan ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap bidang sukan bukanlah suatu bidang yang tidak penting bagi mereka. Ini bersesuaian dengan pendapat yang

dikemukan oleh Kim (1991), bahawa atlit perlu dimotivasikan untuk mencapai prestasi cemerlang dan ‘superior‘ dari segi kemahiran dan tahap psikologinya.

Faktor orientasi kecergasan merupakan faktor ketiga yang terpenting bagi pelajar ko-kurikulum bola baling di universiti tersebut. Walaupun ianya tidak sependapat dengan keputusan kajian oleh Longhurst dan Spink (1987), di mana kajian mereka mendapati bahawa motif penglibatan sukan untuk kecergasan fizikal adalah faktor yang kedua penting selepas motif untuk memperbaiki kemahiran. Percanggahan keputusan kajian tidak menafikan bahawa faktor ini turut memainkan peranan penting dan mempengaruhi penglibatan seseorang individu dalam sukan namun, keutamaan faktor-faktor motif di antara individu adalah berbeza.

Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor orientasi pasukan merupakan faktor keempat terpenting bagi pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Ini mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat oleh Cruz dan Viana (1989), di mana untuk mengenalpasti motif penglibatan atlit dalam permainan berpasukan iaitu bola tampar dan bola baling menunjukkan faktor minat kepada semangat berpasukan juga merupakan motif penglibatan atlit untuk berjaya. Selain itu, kajian oleh Carron dan Ball (1976) membuktikan bahawa faktor semangat berpasukan merupakan salah satu faktor terpenting dalam aktiviti tersebut.

Faktor orientasi pasukan penting bagi sesuatu sukan yang lebih kepada berpasukan atau berkumpulan. Semangat serta kerjasama pasukan wujud apabila setiap individu dalam pasukan menganggap dirinya sebahagian daripada

ahli kumpulan dan akan melakukan yang terbaik untuk kumpulannya. Kenyataan ini adalah berdasarkan Gill (1986), iaitu kejayaan pasukan bergantung kepada kebolehan setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab dalam kumpulan tersebut. Faktor semangat berpasukan ini perlu dipupuk dan ditingkatkan kerana ianya bukan sahaja dapat menarik minat atlit untuk melibatkan diri dalam sukan tetapi menjadi faktor kejayaan dalam pelbagai sukan berpasukan. Carron (1982) menyatakan kerjasama merupakan satu proses dinamik yang mencerminkan kewujudan hubungan yang erat dan bersatu padu untuk memenuhi tujuan dan objektif mereka. Oleh itu, penglibatan individu dalam aktiviti sukan yang dipengaruhi oleh faktor semangat berpasukan menunjukkan individu tersebut mempunyai matlamat untuk mencapai kejayaan dan kemantapan dalam pasukan yang disertainya.

Faktor pembebasan tenaga merupakan pilihan kelima dalam motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Walau bagaimanapun kajian Gill dan rakan-rakannya (1983) dan Longhurst dan Spink (1987), kurang bersetuju dengan hasil kajian ini kerana hasil kajian mereka mendapati faktor ini kurang diminati oleh atlit di mana pemilihan faktor ini berada dalam kedudukan di antara 26 hingga 30 yang dianggap kurang penting bagi para atlit.

Faktor persahabatan adalah pilihan keenam bagi pelajar ko-kurikulum bola baling di universiti tersebut. Penglibatan atlit dalam sukan membolehkan mereka bersama-sama dengan rakan, di samping itu juga mereka dapat mengenali lebih ramai rakan baru apabila melibatkan diri dalam sesuatu

pertandingan. Elemen ini juga dibuktikan oleh Bergerone dan rakan-rakan (1985) mendapati kanak-kanak melibatkan diri dalam mini permainan bola tampar adalah kerana rakan sebaya, penglibatan ibu bapa serta kemudahan permainan bola tampar yang berdekatan dengan kediaman mereka. Berdasarkan keputusan ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengaruh rakan juga dapat mendorong pelajar bergiat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum yang mereka ceburi.

Faktor situasi merupakan faktor yang kedua terakhir dalam motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Walaupun faktor ini bukan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada motif penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling, tetapi ia juga merupakan faktor penting dalam memberi motivasi kepada mereka. Faktor ini juga perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa untuk memastikan para pelajar atau individu kekal dengan aktiviti yang mereka sertai.

Faktor status pencapaian merupakan faktor yang terakhir bagi pilihan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menurut Silva dan Weinberg (1984), seseorang yang melibatkan diri dalam pertandingan olahraga ada kaitannya dengan pengiktirafan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa faktor status pencapaian iaitu mahu mendapat pengiktirafan sama ada berbentuk hadiah, kata-kata pujian, kemenangan ataupun menjadi terkenal turut menjadi motif penglibatan pelajar dalam sukan. Ini menunjukkan bahawa atlit tidak menjadikan ganjaran sebagai motif utama mereka bergiat aktif dalam sukan. Namun penglibatan mereka sememangnya mempunyai kaitan untuk

mendapat pengiktirafan dan ianya menjadi faktor yang menyokong serta mengukuhkan lagi minat dan keinginan mereka untuk terus menceburi bidang ini.

Rumusan

Melalui perbincangan jelas menunjukkan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi seseorang individu untuk berjaya dalam sukan yang mereka ceburi. Pelbagai usaha diteruskan untuk mendorong pelajar bergiat aktif dalam sukan. Jelaslah di sini bahawa, motif penglibatan dapat mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu. Pengujian persoalan kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara motif penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak pada empat motif iaitu orientasi kecergasan, faktor situasi, persahabatan dan keseronokan.

Menurut Robert (1984), menjelaskan bahawa aspek motivasi dalam psikologi sukan harus difahami dan diberi penekanan oleh guru, jurulatih, ibubapa dan masyarakat keseluruhannya untuk mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ini kerana sukan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sosial kanak-kanak. Hal ini menyokong lagi kenyataan oleh Suinn (1980), menyatakan bahawa bidang psikologi merupakan satu bidang pengetahuan yang terpenting dalam semua aspek kehidupan.

Dapatan kajian yang dibincangkan menujukkan bahawa faktor keseronokan merupakan motif utama penglibatan pelajar ko-kurikulum bola

baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan diikuti oleh faktor peningkatan kemahiran dan orientasi kecergasan. Faktor pembebasan tenaga dan orientasi pasukan juga dianggap penting sebagi motif penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum yang diceburi. Seterusnya, faktor persahabatan tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi penglibatan responden dalam kajian ini. Bagi faktor situasi dan status pencapaian masing-masing berada pada faktor yang ketujuh dan kelapan terpenting dalam motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di universiti tersebut.

Jelaslah menunjukkan bahawa, faktor keseronokan merupakan pilihan utama yang mendorong pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Ini adalah kerana faktor keseronokan dapat memberi kepuasan dan juga erti keseronokan sebenar kepada mereka untuk bersaing dalam arena sukan yang diminatinya.

Hasil kajian ini memberi gambaran yang jelas bahawa penglibatan pelajar dalam sukan didorong oleh motif penglibatan sama ada intirinsik atau pun ekstrinsik. Berlandaskan kajian-kajian lampau, terdapat pelbagai faktor motif yang menggalakkan penglibatan seseorang individu dalam sukan. Jadi, terpulang kepada pelajar itu sendiri untuk memastikan mereka sentiasa didorong oleh motivasi ini untuk terus maju dalam sukan yang diceburinya.

Justeru itu, jurulatih, instruktor dan sebagainya perlu peka dan menggunakan pendekatan yang berkesan bagi memastikan dan menerapkan faktor-faktor motif penglibatan intrinsik dan ekstrinsik di kalangan pelajar atau

atlit mereka agar berjaya dalam sukan yang diminati seterusnya keperingkat yang lebih berprestij.

Cadangan

Dalam bahagian ini, penyelidik menggalurkan beberapa cadangan terhadap permasalahan yang dihadapi semasa kajian dilakukan. Cadangan-cadangan ini difikirkan perlu untuk mengatasi kelemahan bagi mendapatkan kualiti kajian yang lebih baik pada masa akan datang oleh para penyelidik lain. Di antara beberapa faktor yang dikenalpasti ialah:

1. Persampelan

Subjek haruslah dipilih dengan lebih teliti supaya hasil kajian lebih mantap dan signifikan. Adalah disarankan bagi penyelidik lain yang ingin menjalankan kajian seumpama ini agar dapat memilih subjek yang lebih besar jumlahnya. Ini perlu untuk memperolehi perwakilan populasi yang lebih baik, realistik dan menyeluruh.

2. Pentadbiran ujian

Pengawasan terhadap subjek perlu diteliti terutama semasa menjawab soal selidik supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah ditetapkan. Keadaan ini perlu agar kajian mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi dan mencapai objektif yang dikehendaki.

3. Faktor Penglibatan

Terdapat pelbagai motif penglibatan selain terkandung dalam kajian ini. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kajian terhadap motif penglibatan yang lain divariasikan dan dikaji untuk memberi alternatif yang mencukupi kepada responden terhadap motif penglibatan yang benar-benar mempengaruhi penyertaan mereka dalam sesuatu jenis sukan.

4. Perancangan program latihan

Instruktor dan jurulatih harus menjalankan kajian berkaitan dengan motif penglibatan pelajar atau atlit untuk merancang program latihan yang berkaitan serta persediaan psikologi yang perlu untuk memperkukuhkan motivasi pelajar terhadap sukan yang mereka sertai.

5. Peranan pihak atasan

Kementerian Pendidikan juga perlu melaksanakan pelbagai kursus yang memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Jasmani, guru Sains Sukan dan jurulatih berkaitan dengan kemahiran-kemahiran dan perubahan yang berlaku dalam setiap permainan dari semasa ke

semasa supaya mereka senantiasa dibekalkan dengan pelbagai informasi.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof dan Juhary Ali (2000). Seminar prosiding pendidikan kebangsaan

2000. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bakker, F. S., Groot, G. D., Koning, J. J., & Schenau, G. J. (1993). Motivation of young elite speed skaters. Journal of Sports Psychology, 24:432-442.

Butt, D. S., & Cox, D. L. (1992). Motivational pattern in davis cup, university and recreation tennis player. International Journal of Sport Psychology, 23:1-3.

Fortier, M. S., Briere, N. M., & Proveche, P. J. (1995). Competitive and

recreational sport structures and gender: a test their relationship with sport motivation. International Journal of Sports Psychology, 26:98-116.

George, T. R., & Feltz, D. L. (1995). Motivation in sport from a collective efficacy perspective. International Journal of Sports Psychology, 26:98-116.

Gill, D. L., Gross, J. B., & Huddlestone, S. (1983). Participation motivation questionnaire in youth sports. International Journal of Sport Psychology, 14:1-14.

Hamel, J., & Ryckman, R. M. (1991). Perceived physical ability differences in the sport participation motives of young athletes. Journal of Sports

Psychology, 12:270-

283.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Laporan jawatankuasa kabinet:

mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamad. (1990). Pengantar psikologi satu pengenalan asas

jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Ronnie Ooi Sew Teik & Wan Rafaei Abdul Rahman. (1992/1993). Psikologi sukan: motivasi di kalangan atlit. Jurnal Psikologi Malaysia, 18:27-28.

Scanlan, T. K., Ravizza, K., & Stein, G. L. (1989). An in-depth study of former elite figure skater: one intruduction to the Project. Journal of Sports

Psychology,11:54-56.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Syarifah Alawiyah Alsagoff (1987). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: HeinemanBooks Ltd.

Yusoff Ismail (1988). Kegiatan ko-kurikulum sukan: satu pendekatan mengurus. Ipoh: Pustaka Muda.

LAMPIRAN A

JABATAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN

Dokumen terkait