BAB 3: PERINCIAN TUGAS YANG TELAH DIBERIKAN
Lapor Diri
Pada 28 Jun 2015, empat orang pelajar dari UMT telah melapor diri di Jabatan Laut Wilayah Timur (JLWT) dan telah bertemu dengan penyelia latihan industri di sini iaitu Cik Tengku Farah Nadiana Bt Tengku Mahmood. Kami telah membincangkan perkara-perkara serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang tiga bulan sesi latihan di sini. Selepas itu, pelajar diberikan jadual tugasan masing-masing.di setiap bahagian.
Bahagian Khidmat Pengurusan (28/6/2015
–
17/7/2015)Bahagian khidmat pengurusan merupakan tunjang organisasi kerana bahagian ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada semua kakitangan atau aktiviti-aktiviti Jabatan Laut dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, aset, dan juga sistem maklumat jabatan. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Tadbir & Diplomatik
iaitu Cik Tengku Farah Nadiana Bt Tengku Mahmood dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir iaitu En. Kamaruzzaman Bin Yaakub.
Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Kewangan, Unit Kecil Perolehan & Aset, dan Unit Pengurusan Sumber Manusia. Unit Kewangan bertanggungjawab menguruskan bayaran gaji, bayaran kerja lebih masa (OT) & tuntutan perjalanan, dan bayaran kontrak serta penyediaan baucer bayaran persekutuan. Unit Kecil Perolehan & Aset pula bertanggungjawab menguruskan hal-hal perolehan iaitu pembelian secara turus ataupun sebut harga dan menguruskan aset-aset pejabat seperti komputer, pendingin hawa dan sebagainya. Unit Pengurusan Sumber Manusia pula menguruskan perkhidmatan kakitangan berkaitan kursus, perubahan gaji dan „Human Resource Management Inf ormation System (HRMIS)
Antara tugas yang telah dijalankan di bahagian Khidmat Pengurusan adalah menyediakan dokumen berkaitan untuk mesyuarat jabatan, menyusun fail-fail dan dokumen-dokumen lama mengikut kategori masing-masing, menyemak bil-bil daripada TNB untuk proses pembayaran bil pukal, dan mengemaskini bil-bil daripada TM mengikut bulan untuk tahun 2015. Selain itu, pelajar juga ditugaskan untuk mennyemak bil-bil daripada TM, surat-surat kontrak sewaan dan penyelenggaraan alatan dan invois daripada syarikat Konica Minolta berkaitan sewaan alatan. Pelajar juga diajar cara mencatat minit surat, emel dan faks, cara membuat salinan dokumen serta cara menggunakan mesin faksimili.
Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan (18/7/2015
–
4/8/2015)Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan diketuai oleh En. Norazihan Bin Mohd Daud. Pegawai yang menguruskan Hal Ehwal Pelaut ialah En. Mohd Noor Haidzir Bin Mohd Fauzi manakala pegawai yang menguruskan Hal Ehwal Pelabuhan ialah En. Sayful Islam Bin Mat. Bahagian ini bertanggungjawab memastikan Kekompetenan pelaut Malaysia diiktiraf di dalam dan luar Negara sesuai dengan keperluan Konvensyen STCW dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Bahagian ini juga memelihara hal ehwal dan kebajikan pelaut-pelaut serta memastikan semua pelabuhan dan jeti di bawah pengawasan Jabatan Laut sentiasa selamat dan sedia digunakan pada bila-bila masa.
Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan mempunyai empat unit utama. Unit pertama adalah Unit Penilaian & Standard Latihan yang bertanggungjawab menyemak sijil-sijil perubatan untuk pemeriksaan perubatan ke atas pelaut-pelaut. Unit kedua adalah Unit Pembangunan Pelaut yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan pelaut. Unit ketiga adalah Unit Peperiksaan & Perakuan Pelaut yang bertanggungjawab menguruskan perakuan kekompetenan manakala unit keempat adalah Unit Pengurusan Pelabuhan, Kargo & Barter Trade yang bertanggungjawab menguruskan permohonan mendapatkan kata laluan dan User-ID bagi Sistem Online Port Clearance (SCS).
Sepanjang bertugas di bahagian ini, saya ditugaskan di kaunter utama Jabatan Laut Wilayah Timur. Tugas utama yang dijalankan di bahagian ini adalah menguruskan permohonan keluar masuk kapal ke pelabuhan dengan menggunakan Sistem Online Port Clearance (SCS). Saya juga berpeluang belajar cara-cara membuat kad pelaut dan buku pelaut tempatan serta pelaut asing. Tugasan lain yang dijalankan ialah mencatat rekod aktiviti “Ship To Ship (STS)”, menyusun dokumen-dokumen perjalanan kapal dan juga mengemaskini profil-profil pelaut tempatan.
Bahagian Kawalan Industri (5/8/2015
–
24/8/2015)Bahagian Kawalan Industri berfungsi untuk menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur, dan konervasi ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti. Bahagian Kawalan Industri di Jabatan Laut Wilayah Timur mempunyai dua unit sahaja. Unit pertama adalah Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan yang diketuai oleh Pn. Siti Nor Paizal Bt Husin. Unit kedua adalah Unit Pendaftaran dan Perlesenan yang diketuai oleh En, Johari Bin Mohamed. Bahagian Kawalan Industri JLWT bertanggungjawab untuk menentukan kapal-kapal Malaysia mematuhi tahap keselamatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Peraturan Nasional dan Konvensyen antarabangsa.
Aktiviti yang dijalankan dibahagian ini ialah menguruskan aktiviti pemeriksaan bot-bot berlesen, menguruskan siasatan & pendakwaan untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, aktiviti pemeriksaan / rondaan dengan agensi-agensi maritim kebangsaan yang lain, urusan semakan & kelulusan pelan-pelan kapal, urusan pemeriksaan & pengeluaran pelan-pelan kapal, urusan pemeriksaan kawalan nagara dan bendera kapal-kapal konvensi & bukan konvensim mengurus dan menyelaras perlesenan bot, menyiasat kemalangan maritim, dan akhir sekali pengurusan pengauditan keselamatan kapal / bot jabatan.
Sepanjang tiga minggu di bahagian ini, saya ditugaskan di kaunter perlesenan bot. Sepanjang berada di kaunter ini, saya ditugaskan untuk menyusun semula data-data bot yang telah didaftarkan dengan mengambil data daripada setiap fail dan memindahkannya ke dalam buku rekod. Selain itu, saya ditugaskan untuk membantu staf disini untuk mengeluarkan lesen bot serta sijil penumpang. Saya juga berpeluang mengikut pegawai membuat pemeriksaan bot. Pemeriksaan akan dilakukan sekiranya pemilik bot membuat permohonan lesen ataupun memperbaharui lesen bot. Akhir
Bahagian Keselamatan Pelayaran (25/8/2014
–
17/9/2015)Bahagian Keselamatan Pelayaran berperanan menentukan sistem pelayaran yang efisen, berkesan dan selamat di perairan Malaysia serta menyelaras dan melaksanakan tindakan melawan tumpahan minyak daripada kapal bagi mengelakkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Laut En Nasrol Azrin Bin Jaafar. Bahagian Keselamatan Pelayaran JLWT mempunyai dua unit. Unit pertama adalah Unit Bantuan Pelayaran yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan / pembaikan alat bantuan pelayaran seperti rumah api, tandarah suar (beacon) dan pelampung pandu (buoy). Unit ini juga mengeluarkan notis pelayaran dan membuat petempatan baru alat bantuan pelayaran. Unit kedua adalah Unit Pengurusan Alam Sekitar yang bertanggungjawab ke atas sistem pencegahan dan melawan
pencemaran marin. Unit ini juga mengurus latihan tumpahan minyak, mengurus bot-bot Catamaran, mengurus aset Oil Spill Response Equipment (OSRE), dan menyelia tumpahan minyak berskala besar.
Semasa berada di bahagian ini, saya ditugaskan untuk membantu Pegawai Laut serta staf-staf berkaitan hal-hal keselamatan pelayaran. Saya juga berpeluang mengikut pegawai membaik pulih tandarah suar (beacon) yang rosak di Batu Rakit. Di bahagian ini, saya berpeluang belajar tentang pentingnya alat bantuan pelayaran. Hal ini kerana keselamatan kapal-kapal serta bot-bot bergantung kepada alat-alat ini. Jika alat bantuan pelayaran ini mengalami kesorakan, risiko untuk terjadinya kemalangan di laut sangat tinggi. Oleh itu, jika berlaku apa-apa kerosakan, alat bantuan pelayaran ini haruslah dibaiki dengan kadar segera.