• Tidak ada hasil yang ditemukan

Report Latihan Industri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Report Latihan Industri"

Copied!
62
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2015

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2015

(MMS4992A)

(MMS4992A)

Disediakan oleh: Disediakan oleh:

AHMAD NAZRIN BIN ABDUL RAHIM

AHMAD NAZRIN BIN ABDUL RAHIM

UK29885

UK29885

SARJANA MUDA SAINS (SAINS SAMUDERA)

SARJANA MUDA SAINS (SAINS SAMUDERA)

Penyelia: Penyelia:

TG FARAH NADIANA BT TG MAHMOOD

TG FARAH NADIANA BT TG MAHMOOD

Penyelaras Latihan Industri: Penyelaras Latihan Industri:

DR. ONG MENG CHUAN

DR. ONG MENG CHUAN

(2)
(3)

PERAKUAN KEASLIAN LAPORAN

PERAKUAN KEASLIAN LAPORAN

Saya, Ahmad Nazrin Bin Abdul Rahim (UK29885), dengan ini mengaku bahawa Saya, Ahmad Nazrin Bin Abdul Rahim (UK29885), dengan ini mengaku bahawa Laporan Latihan Industri di Jabatan Laut Wilayah Timur adalah hasil kerja saya yang Laporan Latihan Industri di Jabatan Laut Wilayah Timur adalah hasil kerja saya yang asli melainkan dari petikan dan rujukan yang telah tersedia sumbernya. Segala perkara asli melainkan dari petikan dan rujukan yang telah tersedia sumbernya. Segala perkara yang telah ditulis dalam laporan ini adalah daripada pandangan saya sendiri yang telah ditulis dalam laporan ini adalah daripada pandangan saya sendiri berdasarkan teori dan pemerhatian dalam tempoh latihan tersebut. Laporan ini berdasarkan teori dan pemerhatian dalam tempoh latihan tersebut. Laporan ini disediakan untuk Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran sebagai memenuhi syarat disediakan untuk Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran sebagai memenuhi syarat bergraduasi untuk program Sarjana Muda Sains (Sains Samudera).

bergraduasi untuk program Sarjana Muda Sains (Sains Samudera).

Tanda Tangan: Tanda Tangan:

...

...  Ahmad Na

 Ahmad Nazrin Bin zrin Bin Abdul RaAbdul Rahimhim Uk29885 Uk29885 4 4ththSeptember 2015September 2015 Disahkan oleh: Disahkan oleh: ... ...

Dr. Ong Meng Chuan, Dr. Ong Meng Chuan,

(4)
(5)

PERAKUAN KEASLIAN LAPORAN

PERAKUAN KEASLIAN LAPORAN

Saya, Ahmad Nazrin Bin Abdul Rahim (UK29885), dengan ini mengaku bahawa Saya, Ahmad Nazrin Bin Abdul Rahim (UK29885), dengan ini mengaku bahawa Laporan Latihan Industri di Jabatan Laut Wilayah Timur adalah hasil kerja saya yang Laporan Latihan Industri di Jabatan Laut Wilayah Timur adalah hasil kerja saya yang asli melainkan dari petikan dan rujukan yang telah tersedia sumbernya. Segala perkara asli melainkan dari petikan dan rujukan yang telah tersedia sumbernya. Segala perkara yang telah ditulis dalam laporan ini adalah daripada pandangan saya sendiri yang telah ditulis dalam laporan ini adalah daripada pandangan saya sendiri berdasarkan teori dan pemerhatian dalam tempoh latihan tersebut. Laporan ini berdasarkan teori dan pemerhatian dalam tempoh latihan tersebut. Laporan ini disediakan untuk Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran sebagai memenuhi syarat disediakan untuk Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran sebagai memenuhi syarat bergraduasi untuk program Sarjana Muda Sains (Sains Samudera).

bergraduasi untuk program Sarjana Muda Sains (Sains Samudera).

Tanda Tangan: Tanda Tangan:

...

...  Ahmad Na

 Ahmad Nazrin Bin zrin Bin Abdul RaAbdul Rahimhim Uk29885 Uk29885 4 4ththSeptember 2015September 2015 Disahkan oleh: Disahkan oleh: ... ...

Dr. Ong Meng Chuan, Dr. Ong Meng Chuan,

(6)
(7)

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

 Alhamduli

 Alhamdulillah llah syukur kepada ALLAH syukur kepada ALLAH SWT SWT kerana memberi kerana memberi saya peluang saya peluang untukuntuk menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini dengan sempurna. Latihan industri di menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini dengan sempurna. Latihan industri di Jabatan Laut Wilayah Timur selama 12 minggu merupakan sesuatu yang sangat Jabatan Laut Wilayah Timur selama 12 minggu merupakan sesuatu yang sangat berharga bagi saya kerana saya memperoleh banyak pengalaman yang berguna.

berharga bagi saya kerana saya memperoleh banyak pengalaman yang berguna.

Pertama sekali, saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Jabatan Laut Pertama sekali, saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Jabatan Laut Wilayah Timur (JLWT) kerana membenarkan saya untuk melakukan Latihan Industri di Wilayah Timur (JLWT) kerana membenarkan saya untuk melakukan Latihan Industri di organisasi mereka. Saya juga ingin merakam penghargaan dan terima kasih kepada organisasi mereka. Saya juga ingin merakam penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya, Cik Tg Farah Nadiana Bt Tg Mahmood yang banyak memberi panduan penyelia saya, Cik Tg Farah Nadiana Bt Tg Mahmood yang banyak memberi panduan kepada saya ketika menjalankan latihan. Tidak dilupakan pegawai-pegawai serta kepada saya ketika menjalankan latihan. Tidak dilupakan pegawai-pegawai serta staf-staf Jabatan Laut yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar ketika saya staf Jabatan Laut yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar ketika saya melakukan kerja dan tugasan. Tanpa sokongan dan nasihat mereka semua, tidak melakukan kerja dan tugasan. Tanpa sokongan dan nasihat mereka semua, tidak mungkin saya akan dapat memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh latihan mungkin saya akan dapat memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh latihan ini.

ini.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada penyelaras universiti, Dr. Ong Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada penyelaras universiti, Dr. Ong Meng Chuan atas panduan dan nasihat sepanjang tempoh latihan ini. Akhir sekali saya Meng Chuan atas panduan dan nasihat sepanjang tempoh latihan ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya dan rakan-rakan yang ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya dan rakan-rakan yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung selama saya menjalankan latihan. membantu secara langsung mahupun tidak langsung selama saya menjalankan latihan. Segala bantuan dan dorongan amatlah dihargai.

(8)
(9)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza. Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia. Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang pertama ialah YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Bin Othman. Tugas utama Jabatan Laut adalah untuk memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal dagang, memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal dagang seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan, memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal yang masuk ke perairan Malaysia, dan menyelia peperiksaan untuk pelaut-pelaut. Dalam tempoh 12 minggu latihan, pelatih mempelajari selok belok organisasi serta dapat mengetahui fungsi-fungsi serta tugas-tugas di Jabatan Laut. Hasil daripada latihan, pelajar memperoleh pengalaman serta kemahiran yang boleh digunakan di alam pekerjaan sebenar kelak.

(10)
(11)

KANDUNGAN

PERKARA M/S

Bab 1: Maklumat Umum

Pengenalan 6

Objektif Latihan Industri 6

Lokasi Latihan 7

Bab 2: Pengenalan Kepada Organisasi

Pengenalan 8

Objektif Jabatan Laut, Visi, Misi, Logo 9

Carta Organisasi 10

Bab 3: Perincian Tugas yang Telah Diberikan

Lapor Diri 11

Bahagian Khidmat Pengurusan 12

Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan 13

Bahagian Kawalan Industri 14

Bahagian Keselamatan Maritim 15

Bab 4: Pengalaman dan Kemahiran yang Diperoleh

Rumusan Pengalaman Serta Kemahiran yang Diperoleh 16

Kaitan Dengan Teori Dalam Program di UMT 17

Ilmu yang Dipelajari yang Membantu Dalam Latihan 17

Sumbangan Pelajar Kepada Organisasi 17

Sumbangan Organisasi Kepada Pelajar 18

Rangkaian Perhubungan 19

Bab 5: Penutup dan Cadangan

(12)
(13)

BAB 1: MAKLUMAT UMUM

Pengenalan

Tujuan laporan latihan industri dibuat adalah untuk membentang segala aktiviti dan tugasan yang telah dilakukan dalam tempoh latihan yang bermula pada 28 Jun 2015 dan berakhir pada 17 September 2015. Ketika latihan, pelajar diberikan tugasan di setiap bahagian di Jabatan Laut Wilayah Timur. Sebagai pelajar jurusan Sains (Sains Samudera) di UMT, latihan industri amat penting kerana ini merupakan salah satu syarat untuk bergraduasi. Latihan dijalankan pada akhir semester dan berjalan selama 12 minggu. Latihan industri ini akan mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada pelatih sebagai langkah persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Objektif Latihan Industri

i. Untuk meningkatkan kemahiran serta ilmu yang dipelajari ketika di universiti ke tahap yang lebih tinggi.

ii. Untuk mendedahkan pelatih kepada alam pekerjaan. iii. Untuk melatih serta meningkatkan disiplin diri pelatih.

iv. Membolehkan pelatih menghasilkan sesuatu idea atau sumbangan ke dalam organisasi.

(14)
(15)

Lokasi Latihan

 Alamat:

Pejabat Pelabuhan Kuala Terengganu, Jabatan Laut Wilayah Timur,

Jalan Hiliran,

20300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Tel: 09-6221471

Faks: 09-6233676

(16)
(17)

BAB2: PENGENALAN KEPADA ORGANISASI

Pengenalan

Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia serta memastikan urusan keselamatan pelayaran di perairan Negara dapat dikendalikan dengan cekap dan efisen.

Jabatan Laut Wilayah Timur (JLWT) mempunyai 10 pejabat di tiga negeri iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pejabat-pejabat tersebut adalah Pejabat Laut Kerteh, Pejabat Laut Kemaman, Pejabat Laut Kuala Besar, Pejabat Laut Pengkalan Kubor, Pejabat Laut Kuala Rompin, Pejabat Laut Kuantan, Pejabat Laut Pulau Tioman, Pejabat Laut Kuala Besut, Pejabat Laut Tok Bali, dan Pejabat Laut Tanjung Gemok.

JLWT mempunyai empat bahagian utama yang mempunyai peranan masing-masing. Empat bahagian tersebut adalah Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan, Bahagian Kawalan Industri, dan Bahagian Keselamatan Pelayaran. Aktiviti-aktiviti utama Jabatan Laut adalah:

a. Memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal dagang.

b. Memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal dagang seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan.

c. Memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal yang masuk ke perairan dan pelabuhan Malaysia.

(18)
(19)

Objektif Jabatan Laut

Menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur dan pemuliharaan laut ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.

Visi

"Agensi peneraju bertaraf dunia dalam bidang keselamatan maritim dan perlindungan persekitaran marin menjelang tahun 2020"

Misi

Memantapkan sistem pengangkutan maritim berdasarkan pematuhan standard keselamatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Logo

(20)
(21)

10 Carta Organisasi

Rajah 3: Carta Organisasi Kakitangan Utama JLWT

BAB 3: PERINCIAN TUGAS YANG TELAH DIBERIKAN

(22)
(23)

BAB 3: PERINCIAN TUGAS YANG TELAH DIBERIKAN

Lapor Diri

Pada 28 Jun 2015, empat orang pelajar dari UMT telah melapor diri di Jabatan Laut Wilayah Timur (JLWT) dan telah bertemu dengan penyelia latihan industri di sini iaitu Cik Tengku Farah Nadiana Bt Tengku Mahmood. Kami telah membincangkan perkara-perkara serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang tiga bulan sesi latihan di sini. Selepas itu, pelajar diberikan jadual tugasan masing-masing.di setiap bahagian.

(24)
(25)

Bahagian Khidmat Pengurusan (28/6/2015

 –

 17/7/2015)

Bahagian khidmat pengurusan merupakan tunjang organisasi kerana bahagian ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada semua kakitangan atau aktiviti-aktiviti Jabatan Laut dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, aset, dan  juga sistem maklumat jabatan. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Tadbir & Diplomatik

iaitu Cik Tengku Farah Nadiana Bt Tengku Mahmood dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir iaitu En. Kamaruzzaman Bin Yaakub.

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Kewangan, Unit Kecil Perolehan & Aset, dan Unit Pengurusan Sumber Manusia. Unit Kewangan bertanggungjawab menguruskan bayaran gaji, bayaran kerja lebih masa (OT) & tuntutan perjalanan, dan bayaran kontrak serta penyediaan baucer bayaran persekutuan. Unit Kecil Perolehan & Aset pula bertanggungjawab menguruskan hal-hal perolehan iaitu pembelian secara turus ataupun sebut harga dan menguruskan aset-aset pejabat seperti komputer, pendingin hawa dan sebagainya. Unit Pengurusan Sumber Manusia pula menguruskan perkhidmatan kakitangan berkaitan kursus, perubahan gaji dan „Human Resource Management Inf ormation System (HRMIS)

 Antara tugas yang telah dijalankan di bahagian Khidmat Pengurusan adalah menyediakan dokumen berkaitan untuk mesyuarat jabatan, menyusun fail-fail dan dokumen-dokumen lama mengikut kategori masing-masing, menyemak bil-bil daripada TNB untuk proses pembayaran bil pukal, dan mengemaskini bil-bil daripada TM mengikut bulan untuk tahun 2015. Selain itu, pelajar juga ditugaskan untuk mennyemak bil-bil daripada TM, surat-surat kontrak sewaan dan penyelenggaraan alatan dan invois daripada syarikat Konica Minolta berkaitan sewaan alatan. Pelajar juga diajar cara mencatat minit surat, emel dan faks, cara membuat salinan dokumen serta cara menggunakan mesin faksimili.

(26)
(27)

Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan (18/7/2015

 –

 4/8/2015)

Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan diketuai oleh En. Norazihan Bin Mohd Daud. Pegawai yang menguruskan Hal Ehwal Pelaut ialah En. Mohd Noor Haidzir Bin Mohd Fauzi manakala pegawai yang menguruskan Hal Ehwal Pelabuhan ialah En. Sayful Islam Bin Mat. Bahagian ini bertanggungjawab memastikan Kekompetenan pelaut Malaysia diiktiraf di dalam dan luar Negara sesuai dengan keperluan Konvensyen STCW dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Bahagian ini juga memelihara hal ehwal dan kebajikan pelaut-pelaut serta memastikan semua pelabuhan dan jeti di bawah pengawasan Jabatan Laut sentiasa selamat dan sedia digunakan pada bila-bila masa.

Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan mempunyai empat unit utama. Unit pertama adalah Unit Penilaian & Standard Latihan yang bertanggungjawab menyemak sijil-sijil perubatan untuk pemeriksaan perubatan ke atas pelaut-pelaut. Unit kedua adalah Unit Pembangunan Pelaut yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan pelaut. Unit ketiga adalah Unit Peperiksaan & Perakuan Pelaut yang bertanggungjawab menguruskan perakuan kekompetenan manakala unit keempat adalah Unit Pengurusan Pelabuhan, Kargo & Barter Trade yang bertanggungjawab menguruskan permohonan mendapatkan kata laluan dan User-ID bagi Sistem Online Port Clearance (SCS).

Sepanjang bertugas di bahagian ini, saya ditugaskan di kaunter utama Jabatan Laut Wilayah Timur. Tugas utama yang dijalankan di bahagian ini adalah menguruskan permohonan keluar masuk kapal ke pelabuhan dengan menggunakan Sistem Online Port Clearance (SCS). Saya juga berpeluang belajar cara-cara membuat kad pelaut dan buku pelaut tempatan serta pelaut asing. Tugasan lain yang dijalankan ialah mencatat rekod aktiviti “Ship To Ship (STS)”, menyusun dokumen-dokumen perjalanan kapal dan juga mengemaskini profil-profil pelaut tempatan.

(28)
(29)

Bahagian Kawalan Industri (5/8/2015

 –

 24/8/2015)

Bahagian Kawalan Industri berfungsi untuk menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur, dan konervasi ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti. Bahagian Kawalan Industri di Jabatan Laut Wilayah Timur mempunyai dua unit sahaja. Unit pertama adalah Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan yang diketuai oleh Pn. Siti Nor Paizal Bt Husin. Unit kedua adalah Unit Pendaftaran dan Perlesenan yang diketuai oleh En, Johari Bin Mohamed. Bahagian Kawalan Industri JLWT bertanggungjawab untuk menentukan kapal-kapal Malaysia mematuhi tahap keselamatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Peraturan Nasional dan Konvensyen antarabangsa.

 Aktiviti yang dijalankan dibahagian ini ialah menguruskan aktiviti pemeriksaan bot-bot berlesen, menguruskan siasatan & pendakwaan untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, aktiviti pemeriksaan / rondaan dengan agensi-agensi maritim kebangsaan yang lain, urusan semakan & kelulusan pelan-pelan kapal, urusan pemeriksaan & pengeluaran pelan-pelan kapal, urusan pemeriksaan kawalan nagara dan bendera kapal-kapal konvensi & bukan konvensim mengurus dan menyelaras perlesenan bot, menyiasat kemalangan maritim, dan akhir sekali pengurusan pengauditan keselamatan kapal / bot jabatan.

Sepanjang tiga minggu di bahagian ini, saya ditugaskan di kaunter perlesenan bot. Sepanjang berada di kaunter ini, saya ditugaskan untuk menyusun semula data-data bot yang telah didaftarkan dengan mengambil data daripada setiap fail dan memindahkannya ke dalam buku rekod. Selain itu, saya ditugaskan untuk membantu staf disini untuk mengeluarkan lesen bot serta sijil penumpang. Saya juga berpeluang mengikut pegawai membuat pemeriksaan bot. Pemeriksaan akan dilakukan sekiranya pemilik bot membuat permohonan lesen ataupun memperbaharui lesen bot. Akhir

(30)
(31)

Bahagian Keselamatan Pelayaran (25/8/2014

 –

 17/9/2015)

Bahagian Keselamatan Pelayaran berperanan menentukan sistem pelayaran yang efisen, berkesan dan selamat di perairan Malaysia serta menyelaras dan melaksanakan tindakan melawan tumpahan minyak daripada kapal bagi mengelakkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Laut En Nasrol  Azrin Bin Jaafar. Bahagian Keselamatan Pelayaran JLWT mempunyai dua unit. Unit pertama adalah Unit Bantuan Pelayaran yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan / pembaikan alat bantuan pelayaran seperti rumah api, tandarah suar (beacon) dan pelampung pandu (buoy). Unit ini juga mengeluarkan notis pelayaran dan membuat petempatan baru alat bantuan pelayaran. Unit kedua adalah Unit Pengurusan  Alam Sekitar yang bertanggungjawab ke atas sistem pencegahan dan melawan

pencemaran marin. Unit ini juga mengurus latihan tumpahan minyak, mengurus bot-bot Catamaran, mengurus aset Oil Spill Response Equipment (OSRE), dan menyelia tumpahan minyak berskala besar.

Semasa berada di bahagian ini, saya ditugaskan untuk membantu Pegawai Laut serta staf-staf berkaitan hal-hal keselamatan pelayaran. Saya juga berpeluang mengikut pegawai membaik pulih tandarah suar (beacon) yang rosak di Batu Rakit. Di bahagian ini, saya berpeluang belajar tentang pentingnya alat bantuan pelayaran. Hal ini kerana keselamatan kapal-kapal serta bot-bot bergantung kepada alat-alat ini. Jika alat bantuan pelayaran ini mengalami kesorakan, risiko untuk terjadinya kemalangan di laut sangat tinggi. Oleh itu, jika berlaku apa-apa kerosakan, alat bantuan pelayaran ini haruslah dibaiki dengan kadar segera.

(32)
(33)

BAB 4: PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN YANG DIPEROLEH

Rumusan Pengalaman dan Kemahiran yang Diperoleh

Pelbagai kemahiran serta pengalaman telah diperoleh sepanjang menjalani latihan industri di Jabatan Laut Wilayah Timur. Antara pengalaman yang diperolehi ialah dapat belajar dan mengetahui fungsi sebenar Jabatan Laut. Pelajar dapat merasai sendiri bagaimana suasana alam pekerjaan yang sebenar dengan melaksanakan segala tugasan yang diberikan. Semasa bertugas di bahagian Khidmat Pengurusan, saya dapat mengetahui tugas-tugas admin serta pengurusan hal-hal seperti gaji, aset, dah hal ehwal sumber manusia. Semasa bertugas di bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan, saya dapat merasai pengalaman berurusan dengan pelanggan yang datang untuk memohon kad pelaut, buku pelaut dan lain-lain. Saya juga dapat mengetahui bagaimana proses kemasukan dan pelepasan kapal-kapal yang beroperasi di pelabuhan Kuala Terengganu. Semasa bertugas di bahagian Kawalan Industri pula, saya memperoleh pengalaman dalam menguruskan proses pengeluaran lesen bot serta sijil penumpang. Saya juga mempunyai pengalaman melakukan pemeriksaan bot serta kapal. Akhir sekali, semasa bertugas di Bahagian Keselamatan Pelayaran, saya mempunyai pengalaman tentang hal-hal berkaitan keselamatan aktiviti-aktiviti marin. Saya berpeluang melihat sendiri bagaimana proses pembaikan tandarah suar (beacon). Selain daripada itu, saya dapat merasai pengalaman anggota kerajaan bekerja di mana kita perlu menepati dan mematuhui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Pengalaman ini telah mengajar saya untuk lebih berdisiplin serta mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan.

(34)
(35)

Kaitan Dengan Teori Dalam Progam di UMT

Sebahagian besar teori dalam program yang dipelajari ketika di UMT iaitu program sains samudera ada berkaitan dengan bidang dan tugas kerja di Jabatan Laut. Sebagai contoh, undang-undang laut serta akta-akta yang dipelajari banyak membantu dalam melaksanakan tugas-tugas kerana segala perkara tersebut adalah sangat penting dalam organisasi Jabatan Laut. Undang-undang serta akta-akta ini akan diguna pakai untuk melaksanakan proses undang-undang terhadap pemilik kapal atau bot yang melanggar kesalahan dan tidak terkecuali juga kepada pelaut-pelaut. Selain itu, aspek penjagaan alam sekitar terutamanya berkaitan tumpahan minyak amat berkaitan dengan apa yang dipelajari di UMT.

Ilmu yang Dipelajari yang Membantu Dalam Latihan

Pelbagai ilmu yang dipelajari dapat membantu dalam menjalankan latihan industri ini dengan sempurna terutamanya berkaitan dengan undang-undang serta akta-akta yang digunakan di laut dan ilmu yang berkaitan dengan alam sekitar. Secara tidak langsung, ilmu yang telah dipelajari ini membantu dalam memudahkan pelatih mengadaptasi suasana kerja seterusnya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Sumbangan Pelajar Kepada Organisasi

Sumbangan utama pelajar kepada organisasi adalah membantu pegawai serta staf di Jabatan Laut Wilayah Timur. Sebagai contoh, pelajar membantu staf berurusan dengan pelanggan yang datang ke organisasi. Kebiasaannya, pelanggan datang untuk membuat kad pelaut serta mendaftar lesen bot. Pelajar juga banyak membantu

(36)
(37)

sambutan Hari Raya Aidilfitri di JLWT. Syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat pujian daripada kakitangan JLWT.

Sumbangan Organisasi Kepada Pelajar

Pelbagai sumbangan telah disumbangkan oleh organisasi kepada pelajar. Sistem organisasi Jabatan Laut telah melatih pelajar agar sentiasa mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas seharian. Tugas yang diberikan haruslah disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan. Pelajar diwajibkan mamatuhi etika pakaian yang telah ditetapkan dan pelajar juga haruslah masuk dan keluar daripada pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Selain itu, pelajar telah diajar tentang tugas-tugas dan bidang kerja di dalam organisasi. Pelajar telah ditugaskan di setiap unit berbeza di JLWT untuk mengetahui dan mempelajari tentang tugas-tugas dan bidang kerja di setiap unit tersebut.

Disamping itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi ke tahap yang lebih tinggi kerana pelajar telah perpeluang melayan sendiri pelanggan yang datang ke JLWT atas urusan masing-masing. Kemahiran berkomunikasi ini amat penting untuk digunakan apabila memasuki alam pekerjaan yang sebenar kelak. Sehubungan dengan itu, amat wajarlah pelajar dilatih untuk berkomunikasi dengan orang ramai agar tidak kekok apabila berkomunikasi apabila sudah bekerja kelak. Selain itu, layanan yang baik dan mesra daripada pegawai-pegawai serta staf-staf di JLWT membuatkan pelatih berasa selesa dan menganggap warga JLWT sebagai ahli keluarga sendiri.

(38)
(39)

Rangkaian Perhubungan

Pelbagai rangkaian perhubungan telah dijalinkan oleh pelajar sepanjang bertugas di Jabatan Laut Wilayah Timur. Antara rangkaian perhubungan utama yang telah terjalin oleh pelajar adalah rangkaian perhubungan dengan pegawai-pegawai serta staf-staf di JLWT. Tempoh 12 minggu latihan merupakan satu tempoh yang panjang untuk mendalami proses perkenalan dengan warga JLWT . Hubungan yang baik membolehkan pelajar melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna.

Selain itu, pelajar juga telah menjalinkan rangkaian perhubungan dengan pemilik-pemilik bot dan kapal di sekitar Kuala Terengganu.. Hubungan ini terjalin apabila pelatih kerap kali berurusan dengan mereka apabila mengikut pegawai menjalankan pemeriksaan bot serta kapal. Hubungan yang baik di antara pelajar dengan pemilik bot dan kapal ini membolehkan pelajar memperoleh pengalaman serta ilmu yang boleh digunakan dalam menyelesaikan serta menyiapkan tugasan yang diberikan ketika latihan.

(40)
(41)

BAB 5: PENUTUP & CADANGAN

Penutup

Latihan Industri ini adalah salah satu subjek penting yang diwujudkan bertujuan melatih serta mendedahkan pelajar dengan suasana sebenar alam pekerjaan. Objektif utama latihan industri adalah untuk memberikan pelajar peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi ketika belajar di universiti. Selama 12 minggu bertugas di Jabatan Laut Wilayah Timur, pelajar telah diberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang amat penting yang tidak dapat diperolehi di tempat lain. Di samping itu, program latihan industri ini juga dapat membantu mengesan kelemahan diri pelajar di alam pekerjaan. Hal ini dapat membantu pelajar agar lebih bersedia dan berhati-hati dalam menyelesaikan segala kerja serta tugasan yang diberikan pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu, amat penting untuk pelajar memperbaiki segala kemahan diri seperti membaiki kelemahan kemahiran komunikasi dengan orang ramai. Masalah komunikasi yang lemah dapat dipertingkatkan dengan belajar berkomunikasi dengan mereka yang datang dari pelbagai posisi atau jawatan didalam organisasi semasa latihan industri. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari dan melaksanakan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kemahiran bekerja dalam satu pasukan amat penting ketika memasuki alam pekerjaan. Sesuatu tugasan hanya dapat diselesaikan dengan hanya bekerjasama, berbincang serta mahu menerima pandangan orang lain. Hal ini penting bagi mendapatkan hasil dan mutu yang terbaik dalam sesuatu kerja yang dilakukan. Kesimpulannya, latihan selama 12 minggu di JLWT banyak memberi pengalaman yang sangat berguna kepada pelajar.

(42)
(43)

Cadangan

Latihan industri adalah satu langkah untuk memastikan pelajar didedahkan dalam keadaan kerja yang sebenar. Ilmu pengetahuan yang diperoleh ketika belajar di universiti akan diguna pakai ketika menjalankan latihan. Pada akhir latihan, pelajar akan sedar bahawa untuk menjadi seorang pekerja yang berdedikasi, pelajar haruslah berfikiran kreatif, inovatif serta mudah beradaptasi dengan keadaan tempat kerja. Kesimpulannya, latihan industri di Jabatan Laut adalah tempat yang sangat sesuai kerana ianya berkait rapat dengan apa yang dipelajari dalam program Sarjana Muda Sains (Sains Samudera).

(44)
(45)

LAMPIRAN

(46)
(47)
(48)
(49)

Lampiran 3: Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Negara (Port State Control) di perairan Kuala Terengganu

(50)
(51)

Lampiran 4: Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Negara (Port State Control) di Pelabuhan Kuantan

(52)
(53)

Lampiran 5: Pemeriksaan Kawalan Bendara Negara (Flag State Control) di perairan Kemaman

(54)
(55)

Lampiran 6: Alat Bantuan Pelayaran

Rumah Api

-Ketersediaan 99% setahun

Tandarah Suar (Beacon) -Ketersediaan 98% setahun

Pelampung Pandu (Bouy)

-Ketersediaan 97% setahun

(56)
(57)
(58)
(59)
(60)
(61)
(62)

Referensi

Dokumen terkait

Abdul Mu'izz Bin Mohamad Telahah* Adam Husaini Bin Azman Hashim* Ahmad Fadhil Bin Johari* Ahmad Muhaimin Bin Ramli* Ahmad Rusydan Bin Mamaf Aminuddin Bin Noor Ishak* Amirah

• Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh penyelia agensi Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan dengan tugasan yang diberikan iaitu Skim

Latihan Industri ini harus dilalui oleh para pelajar selama 6 bulan untuk melengkapkan kursus yang diikuti di Politeknik. Para pelajar akan memperolehi pengalaman baru

6 6 Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Yassin 7 Encik Abdullah bin Haji Hassan 8 Kaptan Abdul Latiff bin Ahmad. 9 Penolong Penguasa Polis Abdul Majid bin Silan 10 Kaptan

KES-KES DI HADAPAN TUAN MUHAMMAD NAZRIN BIN ALI RAHIM PADA 8 JUN 2020 (MONDAY) 9:00 AM.. DI MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH MAHKAMAH

• Pelajar juga wajib menyediakan laporan lengkap tentang projek industri yang dilakukan semasa menjalani Latihan

Abdul Rahim bin Ahmad 2015 Januari- Disember 2015 KUIS GPI 50 Keyakinan Masyarakat Terhadap Institusi Zakat: Kajian Agihan Zakat Di Lembah Klang Puan Aza Shahnaz binti Azman K

Sementara itu, hasil dapatan kajian Mazanah dan Adanan 2004, Lokman dan Musa 2011 dan Abdul Rahim dan Ahmad Faizal 2010 menyatakan bahawa masih wujud perbezaan yang signifikan dalam