52 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 12-13
Kemasukan serta campur tangan kuasa-kuasa besat British ke Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19, telah menyaksikan suatu perubahan yang ketara bukan sahaja dari segi politinya, tetapi dari aspek ekonomi juga. Setelah British berjaya melantik serta menghantar penasihat dan penolong penasihat di Kelantan pada pertengahan tahun 1908, telah banyak perubahan yang dibawa dalam pentadbiran. Namun, pada tahun sebelumnya, Kelantan telah di kuasai oleh kegiatan Syarikat Pembangunan Duff. Graham yang tiba di Kelantan pada 1903, telah diberikan konsensi oleh Sultan Kelantan, iaitu melibatkan dua kawasan.54 Negeri Kelantan, di bawah pentadbiran kolonial terdapat beberapa pentadbiran yang dilaksanakan yang membawa perkembangan ekonomi terutamanya, dari segi pemegangan tanah. Sebelum Peraturan Tanah Baru 191555 diperkenalkan di Kelantan.
Namun, melihat kepada perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sektor pertanian, ianya telah banyak dilakukan oleh Syarikat Pembangunan Duff. Pada tahun 1906, Syarikat Duff ini mula untuk mengiklankan konsensi mereka untuk tujuan pertanian dan pihak kerajaan British juga akan turut menentukan jenis tanaman yang sesuai di bangunkan di Kelantan. Rundingan secara aktif yang dijalankan dan estet yang terdiri daripada 21,700 ekar tanah telah dibuka dengan tanaman getah dan kelapa.56 Selain itu, tanaman lain seperti lada hitam, gambir dan tembakau juga turut dijalankan di Kelantan. Kelapa adalah merupakan tanaman kedua terpenting di Kelantan selepas padi. Setiap kampung akan dikelilingi dengan pokok kelapa dan jumlah pokok kelapa ini telah mencecah sebanyak 500,000 dan semakin bertambah setiap tahun bilangannya. Tanaman seperti Pinang juga banyak ditanam dan menjadi eksport di Kelantan, namun tidak sebanyak tanaman seperti kelapa. Tanaman lain yang turut ditanam dengan pesatnya semasa abad ini ialah ubi kayu, tebu, gambir, lada hitam serta buah-buahan. Kelantan turut mengalami perkembangan ekonomi dalam bidang pertaniannya sejak kehadiran British.
54 Kawasan yang pertama, kawasan di sebelah utara sempadannya adalah dari Kuala Kusial mengikut sungai ke ulu hingga sempadan Legeh dan di selatan sempadannya adalah dari Kuala Stong mengikut sungai hingga ke ulu dan perbatasan Perak-Kelantan dan Legeh.
55 Setelah pengambil alihan pentadbiran oleh British, sistem pungutan cukai tanah yang baru diperkenalkan di mana petani harus membayar cukai ke atas setiap tanah sama ada ianya dikerjakan atau tidak. Hal ini sememangnya adalah suatu perkara yang sangat membebankan masyarakat Melayu Kelantan pada ketika ini. Beban ini ama dirasakan pada tahun 1915 apabila hasil tanaman tidak begitu menjadi sedangkan mereka dibebani dengan cukai tanah dan hasil.
56 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Selepas kedatangan kolonial, negeri Terengganu juga turut menerima pelbagai perubahan, dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Kegiatan penanaman padi dilihat semakin penting di Terengganu, pada abad ke-20. Kekurangan sumber yang ada di Terengganu telah menyebabkan masyarakat di negeri ini tetap terus bergiat dengan aktivit pertanian.57 Terdapat dua jenis padi yang ditanam, iaitu padi sawah dan padi kering58 Padi sawah kebanyakannya telah ditanam di Kuala Terengganu dan Besut, dan padi kering pula ditanam di Ulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Pada tahun 1938, jumlah keluasan tanah yang ditanam dengan padi sawah ialah sebanyak 32,310 ekar. Di daerah Kuala Terengganu sahaja padi sawah ditanam di kawasan seluas 20,400 ekar, diikuti dengan Besut pada keluasan 8,140 ekar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pertanian di Terengganu masih diteruskan sejak kedatangan British dan menjadi sumber ekonomi yang utama masyarakat di Terengganu.
Pada abad ke-20. kegiatan penanaman padi masih lagi diteruskan. Meskipun begitu, hasil padi yang dikeluarkan hanya mencukupi keperluan satu perlima penduduknya dan masih perlu diimport di luar negeri. Walaupun keluasan kawasan penanaman padi bertambah, namun hal ini tidak menjamin pertambahan hasil pengeluaran. Jumlah penghasilan yang tidak seimbang dan kadang kala merosot telah menjadikan hasil pengeluaran padi di negeri Terengganu berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini adalah disebabkan oleh serangan mahluk perosak dan keadaan cuaca yang menjejaskan tanaman padi.59 Selain itu, masalah lain yang timbul adalah ketiadaan tanah oleh golongan petani ini dan mereka terpaksa menyewa bagi melakukan kegiatan pertanian ini. Peratus menyewa yang tinggi secara tidak langsung telah menyumbang kepada penghasilan pengeluaran padi yang rendah di Terengganu. Hal ini berlaku disebabkan tanah padi di Terengganu disewa mengikut kaedah yang dinamakan sistem pawah60 dan telah menyebabkan penyewa tidak berusaha untuk meningkatkan pengeluarannya
57 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 89-90
58 Padi basah ialah padi yang ditanam di kawasan berair manakala padi kering ialah padi yang ditanam di kawasan yang tanahnya mengandungi kurang air atau kawasan-kawasan kering. termasuklah padi tugalan, taburan dan huma.
59 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 91 60 Menerusi sistem ini, hasil penegluaran akan dikongsi bersama tuan tanah tetapi perbelanjaan yang lebih tinggi terpaksa ditanggung oleh penyewa untuk
sekaligus akan menyebabkan pengeluaran padi di negeri Terengganu tidak berganjak dan kekal rendah.
Kegiatan ekonomi di Pahang seperti kegiatan pertanian secara tradisonal ini kurang diganggu atau disentuh oleh kolonial di Bristish, hal ini kerana mereka lebih menumpukan pencapaian serta peningkatan ekonomi di pantai barat yang dilihat lebih memberikan keuntungan kepada mereka. Tahun 1891, telah memberikan gambaran buruk kepada pemerintahan British apabila telah berlaku siri pemberontakan di yang bermula di Semantan dan akhirnya telah merebak ke kawasan yang lain. Gangguan ini kemudiannya hanya reda pada tahun 1895.61 Gangguan yang berlaku ini telah menyebabkan kegiatan pertanian di negeri Pahang masih tidak mendapat pembaharuan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan. Selepas kematian Bendahara Ali, Pahang sering terlibat dengan beberapa siri perang saudara yang akhirnya kekacauan ini telah memberikan kesan kepada pentadbiran serta menggangu perjalanan ekonomi di Pahang. Pada tahun 1891, Pahang telah dilanda banjir dan kemarau dan secara berturut-turut pada tahun 1896, 1897 dan 1898. Walaupun begitu, gangguan dan keadaan kekekacauan yang timbul di Pahang bukan merupakan satu penghalang untuk British mempertingkat kegiatan pertanian. Pada tahun 1901, Residen British di Pahang telah mencatatkan hasil padi di Pahang yang dianggarkan sejumlah 27,400 ekar itu meningkat lebih daripada 5,000 berbanding tahun 1895.62
Namun begitu, peningkatan ini serta negeri Pahang itu sendiri yang luas dan kaya dengan hasil tanaman tidak memberikan keterujaan yang besar buat pihak British. Hal ini kerana, hal yang sebenarnya dilihat adalah bertentangan yang dilihat oleh British dan pihak ini melihat keadaan pertanian di Pahang adalah sangat buruk. Keadaan negeri Pahang yang ketiadaan kawasan yang besar untuk pertanian serta kelangsungannya, sawah padi yang bertaburan dan sukar diakses, dan kawasan yang luas dengan kecekapan komunikasi yang sedikit telah memberikan gambaran terhadap ekonomi pertanian di negeri Pahang adalah pada tahap yang membimbangkan. Oleh kerana kekurangan teknik pertanian, penggunaan kaedah penanaman yang tradisonal, benih yang tidak berkualiti telah menyebabkan negeri Pahang terkebelakang berbanding negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu. Perkembangan pertanian padi di negeri Pahang sememangnya tidak menunjukkan suatu yang positif sejak kedatangan kolonial. Hal ini disebabkan tiada teknologi
61 Lim Teck Ghee, Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941, London: Oxford University Press, 1977, Hlm 36
canggih yang membantu dan terdapat banyak gangguan yang menyebabkan ekonomi Pahang dalam bidang pertanian padi tidak menonjol.
4.2 PERIKANAN
Selepas 1914, rangka ekonomi kolonial telah mempengaruhi pola dan lokasi aktiviti ekonomi negara secara jelas. Kemajuan dan pembangunana semakin dirasakan di negeri-negeri pantai barat dan negeri selat. Namun, keadaannya di pantai timur yang walaupun mewakili dua per tiga daripada kawasan Semenanjung telah ketandusan dari segi pembangunannya. Masyarakat di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang masih terlibat dengan ekonomi sara diri tradisonal dan sebahagian besar daripada pola petempatan penduduk Melayu ini tidak dipengaruhi unsur-unsur luar.63 Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan pada abad ke-20 masyarakat di pantai timur masih hidup dalam kemiskinan kerana pembangunan negerinya yang lemah serta kegiatan ekonominya masih bersifat tradisonal dan bukan komersial secara besar-besaran.
Abad ke-20 telah menyaksikan perkembangan dalam sektor yang berasaskan kelautan oleh masyarakat Terengganu apabila telah wujud 26 buah kampung nelayan di sepanjang perairan pantai Terengganu. Antara perkampungan nelayan yang utama termasuklah Kuala Besut, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Kuala Marang dan Kuala Kemaman.64 Jumlah nelayan di negeri Terengganu semakin meningkat saban tahun telah menjadikan negeri Terengganu adalah negeri yang utama yang menjalankan kegiatan perikanan di perairan pantai timur yang turut menandingi negeri Kelantan. Perkembangan teknologi juga telah menyaksikan pertambahan penggunaan bot berjentera dan penggunaan bot dengan enjin sangkut semakin meningkat. Keadaan ini telah menunjukkan secara tidak langsung akan peningkatan taraf hidup di kalangan komuniti nelayan di negeri ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Walaupun perkembangan telah berlaku di negeri Terengganu terutamnya dalam kegiatan perikanannya, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan kerana proses perubahan ekonomi di negeri ini yang agak lewat telah menyebabkan golongan ini sentiasa menghadapi masalah untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.65
63 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 69-70
64 Ibid, Hlm 77 65 Ibid, Hlm 87
Kegiatan ekonomi berasaskan kelautan bagi negeri Kelantan dan Pahang adalah sedikit dan tidak mampu untuk menandingi pengeluarannya di negeri Terengganu. Hal ini kerana, negeri Kelantan lebih menitikberatkan penguasaan ekonominya dalam sektor pertanian atau tanaman-tanaman lain seperti padi dan kelapa. Seperti yang dapat kita dapat lihat bahawa sektor berasaskan kelautan ini adalah kurang dipelopori oleh masyarakat di kedua-dua negeri ini kerana mereka lebih mengutamakan kegiatan ekonomi yang lain bagi menampung kehidupan. Hal yang sama juga dilihat bagi masyarakat Pahang di mana mereka lebih mengutamakan pengeluaran hasil padi berbanding memperkembangkan ekonomi berasaskan kelautan ini. Walaupun begitu, negeri Kelantan turut menjalankan kegiatan perikanan dan telah menjual hasilnya ke pasar-pasar yang berhampiran dan juga turut wujud perusahaan ikan kering yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Kelantan. Jika kita lihat berpandukan sumber yang diperolehi oleh T.E Smith dalam bukunya yang bertajuk Population Growth in Malaya: An Analysis of recent Trends telah mencatatkan pekerjaan utama penduduk mengikut negeri pada tahun 194766 yang mana negeri Pahang dan Kelantan, masing-masing hanya mencatatkan sebanyak 7.6 peratus dan 6.1 peratus berbanding dengan negeri Terengganu yang mencatatkan sebanyak 21 peratus dalam kegiatan perikanan. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa kegiatan perikanan di kedua negeri Pahang dan Kelantan adalah berkurang kerana kegiatan masyarakat adalah lebih tertumpu kepada sektor pertanian dan pengeluaran padi yang telah mencatatkan sebanyak 62.4 peratus di Pahang dan 64 peratus di Kelantan, manakala hanya 44.8 peratus sahaja di Terengganu.
66 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
4.3 PERLADANGAN
Pada abad ke-20, perkembangan kegiatan ekonomi berasaskan tanah adalah semakin meningkat berbanding ekonomi berasaskan kelautan itu sendiri. Hal ini adalah merupakan suatu perubahan yang dibawa oleh British yang mentadbir Tanah Melayu. Sejak kedatangan British, semakin banyak ladang-ladang yang dibuka untuk tujuan penanaman seperti getah. Penanaman getah adalah merupakan aktiviti ekonomi yang penting di Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.67 Hal ini amat berbeza sekali dengan negeri pantai timur yang kegiatan ekonominya tidak mementingkan aktiviti penanaman getah seperti di negeri-negeri pantai barat. Hal ini mungkin sahaja desebabkan ketidaksesuaian tanah yang ada di pantai timur dan menyebabkan industri getah ini tidak mampu untuk berkembang dengan pesat, walaupun getah pada abad ke-20 adalah merupakan bahan mentah yang paling dikehendaki oleh pihak British.
Negeri Kelantan, sejak awal lagi pihak Kerajaan Inggeris di London telah menjadi penggalak utama di dalam penanaman getah ladang di kawasan jajahannya dan kegiatan mereka telah diteruskan pula oleh pentadbir-pentadbir di situ.68 Penasihat British di Kelantan iaitu Graham menjelaskan bahawa getah yang terkenal ialah getah perca, iaitu getah yang didapati daripada pokok perca atau pokok getah yang mampu mengeluarkan hasil yang sama. Hasil getah yang paling baik adalah daripada Taban, manakala daripada Pokok Getah Putih, Pokok Getah Merah, Pokok Jeletong dan sebagainya menghasilkan kualiti getah yang rendah.69 Namun, walaupun tanah, cuaca dan keluasan tanah di Kelantan adalah sesuai dengan penanaman getah, namun jumlah tanaman ini hanya sedikit. Perkembangan tanaman getah ini kemudian memperlihatkan usaha untuk menanam getah yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta pada kurun ke-20. Hugh Clifford melihat bahawa negeri Kelantan adalah negeri yang mempunyai potensi ekonomi. Salah seorang peneroka awal ialah R.W Duff, iaitu seorang pegawai polis. Pada tahun 1900 kemudiannya, Duff telah berjaya membentuk sindiket mengusahakan konsens
67 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 76 68 Badariah Salleh, Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes Ke Atas Imperialisem Industri Getah Di Tanah Melayu dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad,
Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara Lain, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1990, Hlm 239
69 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
yang diberi di Kelantan. Kemudian sindiket ini ditukarkan kepada Syarikat Kemajuan Duff.70
Di Terengganu, tanaman getah adalah merupakan tanaman kedua terpenting selepas tanaman padi. Tanaman getah mula diperkenalkan di negeri Terengganu pada tahun 1911.71 Namun, perkembangan kegiatan ekonomi perladangan ini hanya bermula selepas tahun 1930-an. Sehingga tahun 1938, keluasan kawasan yang telah ditanam dengan getah di negeri Terengganu adalah sebanyak 43,000 dan terus meningkat kepada 61,965 ekar pada abad ke-20. Daripada jumlah ini, 16,737 ekar adalah merupakan tanaman estet dan selebihnya adalah merupakan tanaman pekebun kecil. Walaupun penanaman getah di Terengganu mengalami peningkatan pada abad ke-20, namun perkembangan ini belum mampu untuk menandingi pengeluaran hasil getah di negeri-negeri pantai barat yang lain, dan yang nyata negeri Terengganu masih jauh tertinggal dalam tanaman ini. Selain itu, kualiti getah yang dihasilkan pekebun-pekebun kecil ini didapati berada pada tahap yang rendah dan pokok getah yang diusahakan terdiri daripada pokok-pokok getah yang tua dan tidak mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Oleh itu, walaupun ekonomi getah sudah sedia wujud di Terengganu, namun purata pengeluarannya adalah sangat rendah.
Pahang juga adalah merupakan salah satu negeri di pantai barat yang turut berkembang dalam penanaman getahnya. Telah wujud satu abad yang dikatakan telah berlaku ledakan ekonomi getah yang menjadi permintaan dunia ini dan British turut tidak melepaskan peluang untuk menggiatkan perkembangan industri ini. Namun, pada tahun 1905 sehingga 1909 peningkatan terhadap tanaman getah di Pahang telah berlaku. Peningkatan ekonomi tanaman getah di Pahang juga adalah kesan daripada usaha pihak British membangunkan lebih banyak lagi ladang getah di Pahang bagi memenuhi permintaan getah yang semakin tinggi. Menurut catatan peningkatan yang dinyatakan di negeri-negeri Melayu bersekutu, dalam AR Director of Agriculture 1906-9, pada tahun 1905, hasil getah negeri Pahang hanya 15 sahaja. Angka ini terus meningkat kepada 2,877 pada tahun 190972 dan ini adalah
70Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,hlm32
71Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 95
72 Lim Teck Ghee, Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941, London: Oxford University Press, 1977, Hlm 95
merupakan suatu perkembangan yang sangat baik bagi Pahang dalam kegiatan tanaman getah di semenanjung Tanah Melayu.
4.4 PERLOMBONGAN
Perlombongan di negeri-negeri pantai timur agak perlahan dan keadaan geografi di negeri-negeri ini telah menyukarkan pencarian sumber terhadap perlombongan, contohnya seperti bijih timah dan bijih besi serta emas. Jika mineral-mineral ini dijumpai sekalipun, jumlahnya pasti tidak banyak untuk menjadikannya sebagai suatu sumber ekonomi yang penting. Di Kelantan, perlombongan bijih timah dan emas sudah bermula sejak awal lagi oleh kapitan cina, namun disebabkan kekurangan sumber, timbul beberapa kekacauan dan kekurangan teknologi kegiatan ini telah dihentikan. Selain bijih timah, perlombongan bijih besi di Kelantan turut berkembang dengan perlahan.73 Hanya pada tahun 1935 barulah bijih besi ditemui di daerah Temangan di Kelantan. Hal ini jelas meggambarkan bahawa sejarah perlombongan Kelantan yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan pengeluaran negeri ini terhadap hasil perlombongan adalah tidak memberangsangkan sama sekali.
Di Terengganu, kegiatan perlombongannya adalah perlahan yang turut tidak menonjol seperti yang lainnya. Kegiatan perlombongan di Terengganu mula berkembang selepas 1910. Pada tahun 1908 nilai eksport hasil bijih timah ke Singapura berjumlah $222,000 dan semakin meningkat pada tahun berikutnya dengan jumlah yang mencecah $270,000. Pada tahun 1919 pula, sektor perlombongan bijih timah telah menyumbang hampir separuh daripada hasil yang diperolehi oleh negeri iaitu sebanyak $762,455.74 Namun begitu, pengembangan perlombongan bijih timah dan hasil ekonominya ini hanya pada jangka masa yang singkat. Hal ini kerana, pada tahun 1920 industri ini telah mengalami kemerostotan, dan hal yang sama juga berlaku pada negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu. Keadaan ini telah menandakan bahawa berakhirnya fasa pertama industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Walaupun segelintir pihak masih berminat untuk menghidupkan semula industri ini namun pada tahun 1927 usaha ini mendatangkan hasil yang tidak seberapa. Kejatuhan kedua kegiatan perlombongan dan komersil dalam ekonomi telah memberikan kesan kepada pendapatan keseluruhan negeri Terengganu. Hal ini kerana pada tahun 1931, hanya sebanyak 9
73 Drabble John H, An Economic History of Malaysia 1800-1990: The Transition To Modern Economic Groeth, New York: St Martin’s Book, 2000, Hlm 133
74 Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984,
peratus sahaja yang disumbang oleh sektor ini terhadap pendapatan negeri.75 Perkembangan kegiatan perlombongan di Terengganu turut melalui fasa perkembangannya pada abad-20, apabila dikuasai oleh kuasa British yang kemudiannya turut melalui kejatuhan pasarannya dalam industri bijih timah ini.
Di Pahang, perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah adalah bermula sejak kemasukan kuasa British yang mula campur tangan terhadap kedudukan politik di Pahang. Terdapat syarikat-syarikat yang berkaitan ekonomi perlombongan bijih timah ini mula dibentuk, antaranya ialah Pahang Corporation Ltd, Pahang Central Tin and Exploration Co, dan Bentong Stairts Co. Ltd.76 Walaupun permulaan yang baik buat perkembangan perlombongan bijih timah di Pahang, namun ianya tidak mencapai suatu yang diharapkan oleh syarikat-syarikat ini dan Pahang Boom atau ledakan negeri Pahang adalah tidak berjaya. Di Pahang, kejayaan perlombongan bijih timahnya tidak berjaya berbanding negeri di pantai barat adalah kerana syarikat berkaitan dengan perlombongan bijih timah yang ditubuhkan adalah keseluruhannya adalah milik British dan hal ini seterusnya akan mengurangkan sebarang diskriminasi yang berlaku ke atas syarikat yang berlainan bangsa atau negara. Walaupun begitu, di Pahang pihak British telah memecahkan monopoli itu dengan membenarkan kemasukan pemodal Cina.77
Oleh itu, jika kita melihat pada abad ke-20, sudah pasti dapat kita rungkaikan bahawa pelaburan British di Tanah Melayu dan perubahan pengeluar barangan eksport daripada China kepada pihak British telah menyebabkan perubahan yang baik telah berlaku pada industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1930, British telah memiliki dan menguasai kira-kira dua per tiga pengeluaran bijih timah.78 Nilai dan jumlah penegeluaran bijih timah adalah semakin bertambah semenjak ianya dibawah penguasaan British. Hal ini dapat disaksikan semasa tahun 1898 sehingga 1903, Tanah Melayu telah menghasilkan sebanyak $30 juta bijih timah, dan terus meningkat kepada $78 juta pada tahun berikutnya.79 Malah, Pahang yang merupakan salah satu ahli dalam Negeri Melayu Bersekutu dikatakan lebih
75 Ibid, Hlm 81
76Wong Lin Ken, The Malayan Tin Industry To 1914, Tuscon: The University Of Arizona Press, 1965 Hlm 51-52
77 Ibid, Hlm 53
78 Jim Baker, Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore, Singapore: Times Books International, 1999, Hlm 175
tertinggal dan terkebelakang, walaupun terdapat mendapan bijih timah di negeri ini yang boleh dijadikan sumber pembangunan.80
4.5 PERDAGANGAN
Perkembangan perdagangan di pantai timur di semenanjung Tanah Melayu telah berlaku sejak kemasukan British ke Tanah Melayu dengan agenda yang berbagai.