Negeri-negeri di pantai timur, bukan hanya terkenal dengan kegiatan ekonominya yang berasaskan pelbagai sumber seperi hutan, tanah dan juga laut. Namun, negeri ini juga cukup terkenal dengan stuktur masyarakatnya. Oleh itu, dalam membicarakanhal yang berkaitan ekonomi, tidak lengkap tanpa membicarakan perihal masyarakat-masyarakat di negeri-negeri pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta perkembangannya. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa setiap negeri di pantai timur, sama ada Kelantan, Terengganu atau Pahang, masing-masing mempunyai populasi dan perkembangan masyarakat yang berbeza. Jika melihat dari sudut demografi, dapat dijelaskan bahawa masyarakat di Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah terdiri daripada masyarakat yang tinggal di kampung-kampung dan penduduknya adalah orang Melayu.
Di Kelantan, seperti yang dinyatakan sebelumnya ialah merupakan sebuah negeri yang mempunyai kawasan lembah sungai yang luas serta subur terutamanya di sebelah timur Sungai Kelantan dan kawasan ini telah menjadi tumpuan penduduk. Penduduk di negeri Kelantan adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang berkelompok di kampung-kampung di sepanjang sungai dan anak-anak sungai. Di Kelantan tidak hanya terdapat kampung Melayu dan orang Melayu sahaja. Kampung Cina juga turut terdapat di Kelantan tetapi bukan di kawasan perairan, tetapi orang Cina lebih tertumpu di daerah Pulai, Hulu Kelantan dan Kampung Cina di Kota Bharu. Penduduk Cina di Kelantan dianggarkan berjumlah 8,000 orang. Mereka adalah bangsa Cina yang terdiri daripada keturunan Hokkien yang kebanyakannya adalah tinggal menetap serta membesar di negeri ini, oleh kerana kedatangan datuk neneknya ke Kelantan sejak dari dahulu. Selain orang Hokkien, terdapat juga Cina Singapura dan Hailam yang turut ke Kelantan atas tujuan perniagaan seperti pekedai dan juga sebagai buruh. Kedatangan mereka ini sekaligus telah meningkatkan populasi masyarakat Cina di Kelantan. Selain itu, terdapat juga penduduk di Kelantan yang terdiri daripada orang Siam. Menurut W.A Graham, orang Siam di negeri Kelantan adalah berjumlah 15,000 orang. Petempatan mereka adalah di kawasan
pantai dan diperkampungan yang jauh daripada perkampungan Melayu dan mereka mengamalkan agama mereka serta adat dan kepercayaan mereka sendiri.84
Terengganu juga merupakan negeri yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Negeri Terengganu bermajoritikan kaum Melayu ini adalah salah satu negeri yang mempunyai penduduk yang paling ramai antara negeri-negeri pantai timur yang lainnya. Terengganu mempunyai jumlah penduduk seramai 35,000 orang dan separuh daripadanya tinggal di pusat perdagangan. Peratusan orang Melayu di Terengganu adalah sangat tinggi, dan telah mencatatkan sebanyak 99 peratus orang Melayu pada abad ke-19. Pertambahan penduduk Terengganu terus berlaku pada abad ke-20 iaitu pada tahun 1911 apabila mencatatkan penduduk sebanyak 154,000 orang. Demografi di Terengganu adalah berbeza dengan Kelantan, kerana orang Melayu dilihat mewakili hampir keseluruhan kependudukan di sini. Selepas pentadbiran British di Terengganu, data kependudukan orang Melayu di negeri Terengganu masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara. Demografi penduduk Melayu yang tinggi di negeri Terengganu telah menunjukkan pengaliran masuk imigran yang sangat kecil di negeri tersebut.85 Walaupun abad ke-20 telah menyaksikan berlakunya kemasukan orang-orang Cinl, India dan juga Indonesia ke Tanah Melayu namun hal ini tidaklah begitu ketara di negeri Terengganu. Hal ini menunjukkan bahawa sehingga awal abad ke-20 negeri Terengganu masih bermajoritikan orang Melayu dan masyarakat Melayu ini adalah terdiri daripada mereka yang beragama islam dan mengamalkan cara hidup islam. Begitu juga dalam aspek ekonomi juga kebanyakan dipelopori oleh masyarakat Melayu.
Negeri Pahang juga adalah merupakan negeri yang mempunyai demografinya tersendiri. Negeri Pahang pada awalnya adalah didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu di Pahang akan tinggal di kawasan-kawasan kampung dan turut mengerjakan sawah padi sebagai kegiatan ekonomi seharian. Selain daripada orang Melayu, negeri Pahang juga terdapat masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman dan mereka dikenali sebagai Semai dan Jakun. Selain itu, orang-orang Cina walaupun dalam jumlah yang kecil turut dilihat mendiami negeri Pahang dan mereka mempunyai perkampungannya sendiri. Oleh itu, dapat kita saksikan bahawa pola petempatan di Pahang adalah dibahagikan mengikut golongan masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan, sama ada orang Melayu,
84 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
85 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
orang Asli atau orang Cina. Demografi orang Melayu di negeri Pahang pada tahun 1911 sehingga 1970 oleh Laporan Am Banci Penduduk Malaysia 1970, telah mencatatkan sebanyak 73.4 peratus pada tahun 1911 dan semakin menurun pada tahun-tahun yang berikutnya sehingga mencecah 61.2 peratus pada tahun 1970.86 Hal ini kerana, dapat kita lihat bahawa, negeri Pahang sudah mula dibanjiri oleh kedatangan imigran dan orang-orang luar yang bermigrasi ke Pahang sejak tahun 1947 lagi kerana hanya 54.3 peratus sahaja orang Melayu pada ketika itu. Masyarakat Pahang, walaupun terdiri daripada pelbagai etnik, namun mereka saling bertoleransi dalam pengamalan adat dan budaya masing-masing. Pahang adalah negeri yang digabungkan bersama-sama negeri di pantai Barat yang membentuk negeri Melayu bersekutu adalah merupakan antara salah satu negeri yang menjadi perhatian pihak British. Oleh itu, kemasukan buruh jawa juga dilihat telah berlaku di Pahang. Walaupun jumlah kemasukan buruh-buruh ini dalam jumlah yang sedikit, namun ianya telah merubah populasi penduduk di negeri Pahang. Tahun 1912 telah menyaksikan bahawa kedatangan buruh jawa asalah sebanyak 800 orang dan angka ini terus meningkat kepada 2,988 orang pada tahun 1920.87 Peningkatan ini telah memberikan kesan kepada masyarakat di negeri-negeri Melayu bersekutu apabila kedudukan mereka adalah seperti kebanyakan kumpulan Melayu di semenanjung Tanah Melayu.88
86 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 50 87 Khazin Mohd Tamrin, Javanese labour And The Development Of Malaya, 1992, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm 92
5.2 AGAMA
Apabila membicarakan berkenaan perkembangan masyarakat, sudah pastinya kita tidak dapat lari untuk turut membicarakan berkenaan agama dan adat masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat yang tinggal dalam satu kelompok atau petempatan sudah pastinya mempunyai anutan agama dan aktiviti keagamaan yang dilakukan. Oleh itu, masyarakat di pantai timur juga memperlihatkan hal yang sama apabila agama Islam itu sendiri bukan hanya menyediakan suatu penyatuan yang baik dalam masyarakat, tetapi juga membantu untuk mencipta suatu semangat jati diri bangsa.89 Di Kelantan, oleh kerana kaum majoriti adalah orang Melayu, maka mereka juga adalah terdiri daripada mereka yang beragama islam. Bagi menjalankan kehidupan cara islam, pentadbiran serta panduan hidup masyarakat di Kelantan juga adalah berlandaskan islam. Negeri Kelantan telah dibahagikan kepada 25 mukim yang setiap satunya akan mempunyai Imam dan Tok Bilal. Tugas kedua-dua mereka ini adalah untuk menguruskan rumah ibadah seperti surau dan masjid, mengendalikan hal perkahwinan, kematian, serta turut memberikan kebajikan berbentuk rohani.90 terdapat tiga buah masjid yang dibina di Kelantan semasa abad ke-20 dan juga mempunyai sistem zakat dan fitrah. Pungutan zakat akan dikendalikan oleh Mufti yang akan dibayar gaji oleh pihak kerajaan.
Sebelum kedatangan islam ke Kelantan, masyarakat pada dahulunya sudah terdedah dengan apa yang dikatakan perkara yang khurafat seperti mempercayai keramat, iaitu mempercayai sesuatu benda atau objek itu mempunyai kuasa yang luar biasa. Namun, setelah kedatangan islam, perkara ini adalah dilarang sama sekali di dalam Islam. Selain agama Islam yang menjadi anutan masyarakat Melayu, terdapat juga agama lain yang turut dianuti oleh masyarakat Kelantan yang terdiri daripada orang Siam. Orang Siam menganuti agama Buddha dan mereka akan ke kuil mereka atau dikenali sebagai Watt untuk melakukan penyembahan terhadap Tuhan mereka. Hal ini menunjukkan perkembangan masyarakat Islam di Kelantan adalah bermula sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, dan sehingga terbentuknya corak pemerintahan cara islam dan perubahan ke atas perlakuan sosial masyarakat juga adalah berlandaskan islam. Namun, di Kelantan terdapat juga
89 Jim Baker, Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore, Singapore: Times Books International, 1999, Hlm 29
90Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
prinsip kebebasan beragama oleh kaum lain, dan dengan ini keharmonian dapat diwujudkan.
Kedatangan islam di Terengganu adalah bermula sejak awal lagi. Penemuan batu bersurat di Terengganu pada awal abad ke-14 Masihi adalah suatu gambaran yang diberikan oleh sejarawan bahawa negeri Terengganu adalah antara negeri yang terawal menerima islam. Oleh kerana penduduk di Terengganu majoritinya adalah terdiri daripada orang Melayu, maka dapat disimpulkan bahawa kesemua mereka adalah menganut agama Islam yang dibawa ke negeri ini sejak dahulu lagi. Di setiap kampung di Terengganu akan didirikan surau bagi membolehkan penduduk kampung beribadat dan setiap mukim akan terdapat masjid yang dibina secara gotong-royong. Pengajaran islam di Terengganu adalah dilakukan pada peringkat awal lagi, apabila terdapat kelas membaca dan mengahafal Juzu’ ‘Amma dan ayat suci Al-Quran serta kelas akhlak kepada golongan kanak-kanak.91
Hal keagamaan yang berkait dengan amal ibadat seperti pelajaran tauhid, fikah dan tasawuf akan diajar di masjid, surau atau dirumah alim ulama. Perkembangan institusi pondok di Terengganu telah memperlihatkan bahawa masyarakat di sini lebih mendalami ilmu agama berbanding dengan ilmu yang bercorak duniawi. Perkembangan perundangan Islam di Terengganu selepas kedatangan kolonial dilihat apabila telah berlaku proses penstukturan semula pentadbiran dan undang-undang di Terengganu yang dilakukan oleh British dan menyebabkan agama Islam bersifat keinstitusian dan bergantung kepada penyeliaan kerajaan. Islam mula terpisah jauh daripada teras politik dan undang-undang negeri, dan raja hanya berkuasa kepada hal yang berkaiatan dengan agama sahaja. Perubahan ini telah menunjukkan kedatangan kolonial bukan hanya mencampuri hal ekonomi, tetapi turut memberi kesan dalam hal-hal Islam di Tanah Melayu, khususnya negeri Terengganu.
Pahang yang juga merupakan negeri yang bermajoritikan orang Melayu juga telah memperlihatkan suatu pegangan agama yang jelas iaitu agama Islam. Hal ini turut dinyatakan dan dijelaskan oleh Abdullah Munsyi dalam lawatannya ke Pahang dimana ia menyatakan sudah wujud kelas-kelas mengaji oleh masyarakat Pahang pada ketika itu dengan pesat. Oleh itu, hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat Pahang sebelum dan selepas kedatangan kolonial adalah masih berpegang kepada ajaran islam serta mengamalkan hidup cara islam. Golongan cina dan Orang Asli di
91 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Pahang berpegang kepada agama masing-masing dan negeri Pahang turut melihat konsep kebebasan agama adalah perlu bagi mewujudkan keharmonian.
5.3 PENDIDIKAN
Dalam aspek pendidikan pula, perkembangan pendidikan di negeri Terengganu pada peringkat awalnya dikatakan agak terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri lain di semenanjung. Di Kelantan, sejak kedatangan British menjelang tahun 1904, tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.92 Kanak-kanak lelaki yang terdiri daripada mereka yang kelas menengah telah diajar membaca dan menulis dengan pembelajaran bersendirian serta pembelajaran A-Quran daripada Haji di Kelantan. Namun begitu, pada penghujung tahun, telah wujud satu sekolah yang kecil di daerah Kota Bharu yang dibina oleh kerajaan. Sekolah ini menekankan pembelajaran seperti membaca, menulis, ilmu kira-kira, elemen geografi yang mana setiap pembelajaran adalah secara percuma. Sekolah ini mempunyai seramai 83 orang pelajar dan selepas 4 tahun kewujudannya telah menjadikan golongan lelaki yang telah mempunyai pendidikan yang cukup dan diserap sebagai jawatan juru tulis di pejabat kerajaan. Sekolah lain yang ditubuhkan dengan bantuan kewangan kerajaan British juga dibina selepas itu. Sekolah-sekolah ini kebanyakannya mempunyai pertalian dengan masjid pusat. di mana suatu pembelajaran yang menggabungkan sekular dengan agama telah disediakan. Pedagang atau peniaga-peniaga di Kelantan telah mendirikan sekolah-sekolah khas untuk pendidikan anak mereka yang mana pembelajaran Inggeris telah dimasukkan sebagai elemen tambahan.
Sehingga tahun 1915, hanya terdapat sebuah Sekolah Menengah Terengganu dengan jumlah muridnya sekitar 80 orang yang terdiri daripada murid lelaki.93 Terengganu adalah merupakan negeri yang lewat menerima perkembangan dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana adalah disebabkan oleh sikap masyarakat tempatan yang lebih mengutamakan pendidikan agama dan sistem pendidikan pondok. Masyarakat Terengganu yang pada awalnya sudah terdedah dengan pendidikan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, percambahan sistem pendidikan ke arah pendidikan yang lebih bersifat moden adalah berkembang
92 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 116
93 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 106
dengan perlahan di Terengganu. Namun begitu, perubahan sikap masyarakat terhadap penerimaan sistem pendidikan yang baru telah berlaku pada selepas perang. Penerimaan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan sekolah dan pendidikan terhadap anak-anak juga mula dititikberatkan. Selain wujudnya Sekolah Kebangsaan, penduduk kampung juga mengambil inisiatif membina sendiri sekolah-sekolah untuk pendidikan anak-anak mereka.94 Sehingga tahun 1956, terdapat 54 buah Sekolah Rakyat dengan bilangan pelajar seramai 2,570 orang manakala Sekolah Kerajaan pula berjumlah 131 buah dan jumlah pelajar mencecah 30,228 orang.95 Peningkatan bilangan sekolah-sekolah di Terengganu telah membuktikan bahawa kesedaran terhadap kepentingan pendidikan mula dilihat dalam masyarakat Terengganu dan saranan pihak kolonial terhadap sistem pendidikan juga telah menyaksikan perkembangan dalam sistem pendidikan daripada bercorak tradisional dan keagamaan kepada yang lebih bersifat moden.
Negeri Pahang juga adalah tidak terkecuali menyaksikan perkembangan pendidikannya. Pada peringkat awal, pendidikan di negeri Pahang hanya berkisar mengenai hal-hal yang berkaitan agama sahaja. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam siri pelayarannya ke Pahang yang mendapati bahawa telah terdapat kelas belajar Al-Quran96 yang mana dikendalikan oleh mereka yang lebih mahir dalam hal-hal keagamaan, dan hal ini adalah merupakan satu kemestian kepada masyarakat Melayu di Kelantan. Walaupun begitu, dalam pengenalan ilmu moden itu sendiri, masyarakat Pahang adalah antara negeri yang lambat dan perlahan perkembangannya pendidikannya. Walaupun Pahang adalah merupakan negeri di bawah negeri-negeri Melayu Bersekutu, namun sentuhan ke atas pendidikan di Pahang adalah tidak begitu menonjol berbanding di Perak dan Selangor yang sudah mempunyai sekolah-sekolah bagi anak golongan elit seperi Maktab Kuala Kangsar. Namun, setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, barulah suatu sistem persekolahan yang jelas telah terwujud di Pahang. Hal ini telah dibuktikan pada tahun 1965 hingga 1974 menurut bancian terhadap bilangan sekolah aliran Melayu yang wujud di Pahang adalah pada jumlah yang sangat
94 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 107
95 Ibid, Hlm 108
96 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 7-13
memberangsangkan iaitu pada tahun 1965 adalah sebanyak 268 buah sekolah dan telah meningkat kepada 279 buah sekolah pada tahun 1974.97